PERANAN JURULATIH DAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DI SATU AGENSI KERAJAAN DI SARAWAK
KEVIN ANAK NIRU
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2005
1
Projek bertajuk "Peranan Jurulatih dan Keberkesanan Program Latihan di Satu Agensi Kerajaan di Sarawak" telah disediakan oleh Kevin Anak Niru dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia).
Diterima untuk ditwriksa oleh:
(En. Roslan Bin Ali)
Tarikh:
ý. ý ý- oý
ii
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Roslan Bin Ali selaku penyelia saya yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan cadangan-cadangan yang bermanfaat serta membina dalam menyempurnakan projek atau kajian ini dengan jayanya. Bimbingan dan sumbangan yang diberikan oleh beliau, amat saya hargai.
Ucapan penghargaan turut diberikan kepada Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching Sarawak, yang telah memberi kebenaran kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Penghargaan ini khas diberikan kepada ASP Ernest John (Pegawai Penjaga Latihan Luar), P/SM Kamaruddin Alias (A/CDI), Encik Naremaslan Bin Remli (Persiden atau Ketua Skuad Siri 1/2004) dan semua pelatih-pelatih Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching. Tanpa kerjasama dan bentuan mereka, kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar dan disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Tidak terkecuali, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), terutama Dr. Rusli Ahmad, Timbalan Dekan FSKPM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Segala bantuan, sokongan dan bimbingan yang mereka berikan bagi menjayakan kajian ini, amat saya hargai.
Jutaan terima kasih dan penghargaan istimewa turut ditujukan kepada keluarga saya, terutama ibu bapa saya, yang telah banyak memberi semangat, dorongan dan galakan kepada saya sepanjang pengajian saya di UNIMAS. Tanpa dorongan dan sokongan mereka selama ini, segala kesukaran dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan dan menyiapkan kajian ini tidak dapat diatasi dengan mudah.
Akhir sekali, jutaan terima kasih ditujukan kepada Avun, Jimmy, Lingkai, Robert serta rakan-rakan seperjuangan Program Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Sesi 2002/2003 dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih atas segala-galanya.
Kevin Anak Niru 8416
Program Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Sains Kognitif clan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300, Kota Samarahan
Sarawak
111
JADUAL KANDUNGAN
PENGHARGAAN JADUAL KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH ABSTRAK ABSTRACT
BAB 1 PENGENALAN
111
iv
viii x xi
xii
1.0 Pengenalan I 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Kenyataan Masalah 2 1.3 Objektif Kajian 3
1.3.1 Umum 3 1.3.2 Khusus 3
1.4 Hipotesis Kajian 4 1.5 Rangka Konsepsual Kajian 5 1.6 Definisi Istilah 6
1.6.1 Jurulatih 6 1.6.2 Pelatih 7 1.6.3 Latihan 7 1.6.4 Jurulatih sebagai Jurulatih 8 1.6.5 Jurulatih sebagai Penyedia 9 1.6.6 Jurulatih sebagai Jururunding 10 1.6.7 Jurulatih sebagai Pembaharu 10 1.6.8 Jurulatih sebagai Pengurus 11 1.6.9 Keberkesanan Program latihan 12
1.7 Kepentingan Kajian 13 1.7.1 Pengkaji 13
1.7.2 Jurulatih 14 1.7.3 Organisasi 14
1.8 Limitasi Kajian 15 1.9 Kesimpulan 18
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan 19 2.1 Konsep Latihan 19 2.2 Teori Yang Berkeitan Bengan Keberkesanan Program
Latihan 25 2.2.1 Teori Pembelajaran (Andargogi) 26 2.2.2 Teori Identical "Elementary" 27 2.2.3 Teori "Discovery" 29
2.3 Kajian Lepas Berkenaan Demografi Terpilih (Umur dan Tahap Pendidikan) 30
iv
2.4 Kajian Lepas Berkenaan Peranan Jurulatih 31 2.4.1 Gaya Penyampaian Jurulatih 32 2.4.2 Jurulatih Sebagai Pengurus 34 2.4.3 Sokongan Jurulatih (Kejurulatihan) 35 2.4.4 Pengendalian Latihan Oleh Jurulatih 37
2.5 Kajian Lepas Berkenaan Keberkesanan Program Latihan 41 2.5.1 Keberkesanan Program Latihan 41 2.5.2 Menilai Program Latihan 45 2.5.3 Pengertian Model 47
2.5.3.1 Model Kirkpatrick 47 2.8 Kesimpulan 51
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk kajian 3.2 Lokasi Kajian 3.3 Populasi 3.4 Sampel 3.5 Instrumentasi Kajian
52 52 53 54 54 56
3.5.1 Bahagian A 57 3.5.2 Bahagian B 57
3.5.2.1 Bahagian B (I) - Jurulatih 58 3.5.2.2 Bahagian B (II)) - Penyedia 59 3.5.2.3 Bahagian B (III) - Jururunding 60 3.5.2.4 Bahagian B (IV) - Pembaharu 60 3.5.2.5 Bahagian B (V) - Pengurus 61 3.5.3 Bahagian C 61
3.6 Pengumpulan Data 62 3.6.1 Data Primer 63 3.6.2 Data Sekunder 63
3.7 Penganalisaan Data 63 3.7.1 Statistik Deskriptif 64 3.7.2 Statistik ANOVA 64 3.7.3 Statistik Infrensi 65 3.7.4 Tahap Keberkesanan Program Latihan 67
3.8 Ujian Kebolehpercayaan 70 3.9 Kesimpulan 71
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 72 4.1 Dapatan Kajian 73
4.1.1 Demografi / Latarbelakang responden 73 4.1.1.1 Umur Responden 73 4.1.1.2 Bangsa Responden 74 4.1.1.3 Tahap Pendidikan Responden 75 4.1.1.4 Jumlah Tahun Perkhidmatan responden 76 4.1.1.5 Jawatan Responden 77
V
4.2 Hubungan Di Antara Faktor Demografi dan Peranan- Peranan Jurulatih Dengan Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL Kuching. 78 4.2.1 Hubungan Faktor Demografi Iaitu Kepelbagaian
Umur Pelatih Dengan Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL 79 Kuching.
4.2.2 Hubungan Faktor Demografi laitu Kepelbagaian Tahap Pendidikan Pelatih Dengan Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 81 PULAPOL Kuching.
4.2.3 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 83 Peranan Jurulatih Sebagai Jurulatih
4.2.4 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 84 Peranan Jurulatih Sebagai Penyedia
4.2.5 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 86 Peranan Jurulatih Sebagai Jururunding
4.2.6 Perhubungan Di Antara Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 87 Peranan Jurulatih Sebagai Pembaharu
4.2.7 Perhubungan Di antara Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 Dengan 88 Peranan Jurulatih Sebagai Pengurus
4.3 Perbincangan Dapatan Kajian Berkenaan Peranan Jurulatih 89
4.4 Dapatan kajian berkenaan Tahap Keberkesanan Program Latihan 92
4.5 Rumusan / Ringkasan Hasil Dapatan 93
BAB 5 RINGKASAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 96 5.1 Ringkasan Bab 96 5.2 Rumusan Teperinci Dapatan Kajian Berdasarkan
Hipotesis 98 5.3 Cadangan 100
5.3.1 Organisasi 100 5.3.2 Pengamal Sumber Manusia 101 5.3.3 Pengkaji akan dating 102
5.4 Kesimpulan 103
vi
6 RUJUKAN 104
7 LAMPIRAN 107
Lampiran A: Surat permohonan kebenaran menjalankan kajian di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.
Lampiran B: Borang Soal Selidik
vii
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Skala Likert
Jadua13.2 Bahagian B di borang soal selidik.
Jadual 3.3 Skor negatif dan skor positif
Jadual 3.4 Hasil keseluruhan pengumpulan data.
Jadua13.5 Julat nilai pekali "r"
Jadual 3.6 Skala Likert
Jadual 3.7 Tahap Keberkesanan Program Latihan
Jadual 3.8 Jadual Ujian Kebolehpercayaan
Jadual 4.1 Taburan Umur Responden
Jadual 4.2 Taburan Bangsa Responden
Jadua14.3 Tahap Pendidikan Responden
Jadua14.4 Jumlah Tahun Perkhidmatan
Jadual 4.5 Taburan Jawatan Responden
57
58
59
62
67
68
70
71
73
75
76
77
78
Jadua14.6 Hasil ujian ANOVA untuk melihat sama ada ketidakadaan perbezaan faktor demografi responden iaitu kepelbagaian umur responden dengan 79 keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL Kuching.
viii
Jadua14.7 Hasil ujian ANOVA untuk melihat sama ada ketidakadaan perbezaan faktor demografi responden iaitu kepelbagaian tahap pendidikan 81 responden dengan keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL Kuching.
Jadua14.8 Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 83 Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai jurulatih
Jadua14.8.1 Julat nilai pekali "r" 84
Jadua14.9 Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 85 Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai penyedia
Jadua14.10 Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 86 Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai jururunding
Jadua14.11 Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 87 Skuad 1/2004 dengan peranan jurulatih sebagai pembaharu
Jadua14.12 Ujian korelasi di antara keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, 88 Skuad 1/2004 dengan perananjurulatih sebagai pengurus
Jadual 4.13 Tahap Keberkesanan Program Latihan 92
Jadual 4.13.1 Statistik diskriptif untuk tahap keberkesanan program Latihan Asas 93 Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching.
Jadua14.14 Ringkasan berkenaan hasil semua pengujian hipotesis yang dijalankan di 93 dalam kajian ini.
ix
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Rangka konsepsual kajian 6
Rajah 2.1 Graf perbandingan Secara Relatif di antara Konsep Latihan, Pendidikan, 21 & Pembangunan dengan Jangka Masa
Rajah 2.2 Model Kitaran Latihan
Rajah 2.3 Model Perekabentukan Program latihan
Rajah 2.4 Penilaian keberkesanan latihan
Rajah 4.1 Taburan Umur Responden
Rajah 4.2 Taburan Bangsa Responden
Rajah 4.3 Taburan Tahap Pandidikan Responden
Rajah 4.4 Taburan Jumlah Tahun Perkhidmatan Responden
Rajah 4.5 Taburan Jawatan Responden
23
38
43
74
75
76
77
78
X
ABSTRAK
PERANAN JURULATIH DAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DI SATU AGENSI KERAJAAN DI SARAWAK
Kevin Anak Niru
Tujuan utama kajian ialah untuk mengenalpasti persepsi para pelatih terhadap peranan-peranan jurulatih dalam pelbagai aspek iaitu jurulatih sebagai jurulatih, penyedia, jururunding, pembaharu dan pengurus terhadap keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching. Di samping itu, tujuan kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tiada perbezaan faktor demografi iaitu kepelbagaian kumpulan umur dan tahap pendidikan responden terhadap keberkesanan program latihan tersebut. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi para pelatih terhadap tahap keberkesanan program latihan hasil daripada
perlaksanaan program latihan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Saiz sampel dianggarkan dengan menggunakan stratified random sampling. Sampel kajian terdiri daripada 73 orang responden atau pelatih daripada populasi yang berjumlah 300 orang. Data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS 11.5). Dapatan kajian yang diuji dengan Korelasi Pearson menunjukkan perkaitan yang signifikan di
antara persepsi para pelatih terhadap keberkesanan program latihan dengan peranan- peranan jurulatih dalam pelbagai aspek iaitu jurulatih sebagai jurulatih (r = 0.236),
penyedia (r = 0.313), jururunding (r = 0.333), pembaharu (r = 0.500) dan pengurus (r
= 0.247). Seterusnya, hasil dapatan kajian turut menunjukkan tidak ada perhubungan yang signifikan wujud di antara keberkesanan program latihan dengan kepelbagaian
umur pelatih (f = 0.873) dan kepelbagaian tahap pendidikan pelatih (f = 1.473) setelah data diuji dengan analisa ANOVA Satu Hala. Di samping itu, dapatan kajian
menunjukkan tahap keberkesanan program latihan adalah tinggi. Kesimpulannya,
objektif program latihan perlu jelas, spesifik, dan difahami oleh para pelatih dan pihak organisasi itu sendiri. Jurulatih perlu memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi keberkesanan program latihan di samping memiliki ciri-ciri antara perorangan yang baik dalam meyampaikan program latihan. Penting untuk organisasi dan pihak pengurusan menilai program latihan sebelum, semasa dan selepas program latihan supaya keberkesanannya dapat ditentukan dengan lebih tepat. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberi satu garis panduan kepada pihak organisasi dalam mempertingkatkan tahap keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel di PULAPOL Kuching.
X1
ABSTRACT
ROLE OF TRANER AND THE EFFECTIVENESS OF TRAINING PROGRAM IN ONE GONERNMENT AGENCY IN SARA WAK
Kevin Anak Niru
The main aim of this study is to identify the trainees' perception towards diversities
aspect of trainer's roles as trainer, provider, consultant, innovator and manager towards the effectiveness of the Squad 1/2004 Basic Constable Training Program in Police Training Center (PULAPOL) Kuching. Besides that, the aim also to identify
the no differentiation demographic factors such diversities of group of ages and trainee's education level towards the training program. On the other hand, this study
also to identify the trainees' perception towards level of the effectiveness of training
program after the implementation of training program. Questionnaires were used as instrument of the study. Sample size was estimated using stratified random sampling. A total of 73 trainees were chosen as sample from a total population of 300. Data
collected was analyzed using Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS 11.5). Pearson correlation test was shows that there is a significant correlation between perception towards the effectiveness-training program with diversities aspect
of trainer's roles as trainer (r = 0.236), provider (r = 0.313), consultant (0.333),
innovator (r = 0.500) and manager (r = 0.247). Next, the study was show that there is
no significant between the effectiveness of training program with diversities group of
ages (f = 0.873) and diversities of trainees' education level (f= 1.473) after the data
was tested using One-Way ANOVA analysis. Besides that, the study shows that the level of the effectiveness of training program was high. In conclusion, the objectives
of must be clear, specific, and well defined. They also need to be understood by the
trainees and the organization itself. Trainer also needs to play their important roles in
affecting the effectiveness of training program besides to possess good interpersonal
skills in delivering the training. It is essential for organization and the management
people to evaluate the training program before, during and after its implementation in
order to ensure its effectiveness. In conjunction, the findings from this study may
provide useful guidelines for organization in improving the effectiveness of Basic
Constable Training Program in Police Training Center (PULAPOL) Kuching.
X11
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan berkenaan latar belakang kajian, penyataan
masalah, objektif kajian (umum dan khusus), definisi istilah, rangka konsepsual
kajian, kepentingan kajian dan limitasi kajian.
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam hubungan pembangunan manusia di negara ini, perkataan `jurulatih"
tidak melahirkan gambaran yang tepat tentang tugas dan tanggungjawab seseorang
jurulatih yang sebenar. Gambaran jurulatih yang selalu ditonjolkan adalah gambaran
seseorang jurulatih sukan dalam melatih pemain bola sepak atau hoki, tetapi,
sebaliknya. Kajian ini membicarakan peranan serta beberapa aspek lain seperti ciri-
ciri kelayakan yang perlu ada di dalam diri seseorang jurulatih untuk mengendalikan
program latihan dan menjayakan kegiatan organisasi. Hal ini demikian, jurulatih
merupakan individu yang berperanan penting di dalam memastikan pengendalian
berdasarkan program latihan yang dianjurkan oleh organisasi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan di samping memastikan pemindahan latihan berjaya
dilaksanakan. Sesuatu program latihan akan menjadi yang efektif sekiranya sesuatu
program latihan dilaksanakan oleh kakitangan dalaman organisasi yang berkelayakan
seperti jurulatih yang berkhidmat di organisasi itu sendiri (Lawrence S. Munson
I
(1992). Disamping itu, faktor-faktor demografi terpilih juga mempunyai peranan
tersendiri di dalam mempengaruhi keberkesanan program latihan.
Keberkesanan program latihan hanya dapat dicapai sekiranya pelatih
mempraktikkan apa yang dipelajari semasa latihan di persekitaran kerja yang sebenar.
Oleh itu, keberkesanan program latihan perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas
tentang program latihan berkenaan. Segala maklumat yang diperolehi melalui
tindakbalas ini akan dapat digunakan untuk mengetahui tahap pencapaian objektif
kajian, untuk memperbaiki program latihan di masa hadapan, dan untuk memperbaiki
gaya perlaksanaan program latihan. Di samping itu, penilaian ini juga akan membantu
organisasi dalam membuat keputusan tentang program latihan dan pembangunan
sumber manusia (Ibrahim mamat, (1996). Oleh yang demikian, Kajian ini dijalankan
di satu Agensi Kerajaan di Sarawak iaitu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)
Kuching, bertempat di Batu 15, Jalan Puncak Borneo, Kuching. Di harap, kajian ini
bakal merungkaikan permasalahan yang wujud iaitu, keberkesanan program latihan di
PULAPOL telah dipengaruhi oleh perlaksanaan dan pengaruh peranan jurlatih
disamping kepelbagaian demografi yang wujud di kalangan pelatih itu sendiri.
1.2 Kenyataan Masalah
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan program
latihan di dalam organisasi. Namun, di dalam kajian ini hanya memfokuskan faktor-
faktor yang spesifik di dalam mempengaruhi keberkesanan program latihan. Maka
kajian ini bakal merungkaikan permasalahan berkenaan sejauh manakah jurulatih
memainkan peranan penting di samping pemilihan faktor demografi terpilih iaitu
kepelbagaian umur dan tahap pendidikan pelatih di dalam mempengaruhi
2
keberkesanan program latihan yang dikendalikan di organisasi berkenaan iaitu
Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Umum
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelatih terhadap peranan jurulatih
mereka dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad
1/2004 di PULAPOL Kuching yang dilalui oleh setiap pelatih di bawah kendalian
jurulatih-jurulatih yang telah dipilih oleh organisasi tersebut.
1.3.2 Khusus
Dalam objektif khusus untuk kajian ini, kepelbagaian umur dan tahap
pendidikan pelatih serta setiap peranan yang dimainkan oleh jurulatih iaitu, jurulatih,
penyedia, jururunding, pembaharu dan sebagai pengurus akan ditentukan untuk
melihat kaitannya dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad
1/2004 di PULAPOL Kuching Sarawak. Oleh itu, objektif khusus untuk kajian
iniseperti yang berikut:
" Mengenalpasti ketiadaan perbezaan yang signifikan di antara kepelbagaian
umur pelatih dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,
Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching
" Mengenalpasti ketiadaan perbezaan yang signifikan di antara tahap
pendidikan pelatih dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,
Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching.
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai jurulatih (The
Trainer) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
3
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai penyedia (The
Provider) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai jururunding
(The Consultant) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan
Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai pembaharu
(The Innovator) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
" Mengenalpasti hubungan di antara peranan jurulatih sebagai pengurus
(The Manager) dalam mempengaruhi keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak
" Mengenalpasti tahap keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,
Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
1.4 Hipotesis Kajian
Berdasarkan kepada beberapa dapatan kajian lepas tentang keberkesanan
sesuatu program latihan dalam sesebuah organisasi, hipotesis berikut telah dibentuk:
Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepelbagaian umur pelatih
dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di
PULAPOL Kuching, Sarawak.
Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan pelatih
dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di
PULAPOL Kuching, Sarawak.
4
Ho 3 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai
jurulatih (The Trainer) dengan keberkesanan program Latihan Asas Konstabel,
Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
Ho 4 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai
penyedia (The Provider) dengan keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
Ho 5 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai jururunding (The Consultant) dengan keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
Ho 6 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai
pembaharu (The Innovator) dengan keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
Ho 7 Tidak terdapat kaitan yang signifikan di antara peranan jurulatih sebagai
pengurus (The Manager) dengan keberkesanan program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
1.5 Rangka Konsepsual Kajian
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah keberkesanan program Latihan
Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak, manakala
pembolehubah bebas pula ialah kumpulan demografi pelatih iaitu umur dan tahap
pendidikan dan peranan jurulatih dalam mempengaruhi keberkesanan program
Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching iaitu, jurulatih sebagai
jurulatih, penyedia, jururunding, pembaharu dan pengurus.
" Pembolehubah Bersandar - Keberkesanan Program Latihan Asas
Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching, Sarawak.
" Pembolehubah Bebas - Demografi Terpilih dan Peranan jurulatih
5
Pembolehubah Bebas
(Demografi terpilih & Peranan Jurulatih)
Demogfari Terpilih (Umur & Tahap Pendidikan)
Jurulatih (The Trainer)
Penyedia (The Provider)
Jururunding (The Consultant)
Pembaharu (The Innovator)
Pengurus (The Manager)
Pembolehubah Bersandar
Keberkesanan Program Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 PULAPOL
Kuching
Rajah 1.1: Rangka konsepsual kajian. Sumber: Dr. Roger Bennett dan Tad Leduchowicz (1990).
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Jurulatih
Definisi konsepsual: Jurulatih adalah peranan yang dimainkan oleh seseorang
fasilitator dalam membantu pelatih untuk mempelajari dan memahami sesuatu,
menerangkan tindakbalas susulan dari pembalajaran dan menjadikan isi kandungan
kursus sebagai perantaraan bagi memenuhi kehendak pelatih. Jurulatih akan
menjalankan peranannya dalam bilik darjah, makmal, kumpulan kerja kecil, menyelia
projek-projek individu dan semua aktiviti yang terlibat secara langsung dengan
pembelajaran. Secara ringkasnya, jurulatih ialah seorang pakar dalam memberi latihan
dan pembelajaran (Banneth, 1990). Selain itu, jurulatih juga merujuk kepada
seseorang yang bertanggungjawab dalam menolong individu yang lain untuk
..................................... lpý
6
meningkatkan prestasi terkini seseorang pelatih dengan membekalkan pembelajaran,
dan pengalaman jurulatih yang tersusun (Reynolds, Sambrook, dan Stewart, 1993).
Definisi Operasional: Jurulatih di dalam kajian merujuk kepada jurulatih
anggota polis yang diberi tanggungjawab sebagai jurulatih untuk Platun Skuad
1/2004. Jurulatih di PULAPOL Kuching di anggap sebagai Pegawai Penjaga atau
Sekolah, terdiri daripada pelbagai pangkat, dan jurulatih tersebut telah berkhidmat
selama dua hingga 35 tahun sebagai jurulatih di PULAPOL Kuching.
1.6.2 Pelatih
Deiinisi Kosepsual: Pihak yang mengikuti sesuatu latihan berdasarkan
keperluan dan kehendak pelatih dan pihak organisasi akan Analisis Keperluan Latihan
(TNA) untuk mengurangkan jurang keperluan di antara apa yang diharapkan (what is
expected) dengan apa yang ada (what is existing) pada diri seorang pelatih atau
pekerj a.
Definisi Operasional: Pelatih di dalam kajian merujuk kepada rekrut baru
yang menjalani Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004 di PULAPOL Kuching selama
6 bulan iaitu dari 01 /09/2004 hingga 28/02/2005.
1.6.3 Latihan
Definisi Konsepsual: Latihan merujuk kepada segala usaha yang terancang
untuk mempermudahkan aspek pembelajaran sesuatu tingkah laku kerja yang tertentu.
Tujuan latihan ialah memperbaiki prestasi semasa dan masa hadapan pelatih dengan
meningkatkan kebolehan pelatih dalam melakukan tugas mereka untuk mencapai
7
objektif organisasi yang telah dibentuk. Latihan juga bermaksud satu proses
pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan
dan kemahiran kakitangan serta prestasi kerja dapat dipertingkatkan (Ibrahim Mamat,
1996).
Definisi Operasional: Latihan dalam kajian ini merujuk kepada program
latihan "Latihan Asas Kepolisan" atau "Latihan Asas Konstabel, Skuad 1/2004".
Latihan ini berlangsung selama enam bulan iaitu dari 09/09/2004 hingga 28/02/2005.
Antara latihan yang dilalui oleh para pelatih ialah, latihan kelas akedemik (undang-
undang), latihan kawad, latihan seni mempertahankan diri (SMD), latihan pertolongan
cemas dan latihan renang, latihan tembak atau lapang sasar, latihan jasmani atau
sukan dan Fatique.
1.6.4 Jurulatih sebagai Jurulatih
Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai jurulatih serta menekankan
aspek latihan langsung yang sebenar dan melibatkan aktiviti yang membantu
individu-individu belajar, menyediakan maklum balas berkenaan pembelajaran yang
dilakukan oleh jurulatih, dan mengadaptasi rekabentuk krusus atau program latihan
bagi memenuhi keperluan latihan pelatih. Peranan jurulatih sebagai jurulatih juga
melibatkan kaedah pengajaran di dalam kelas, kerja-kerja di makmal, kerja
berkumpulan berskala kecil, menyelia kerja projek pelatih secara individu, dan
aktiviti-aktiviti yang mempengaruhi secara langsung dengan pengalaman mengajar.
Jurulatih ini juga boleh dikenali sebagai pakar dalam pengajaran (Banneth, 1990).
8
Definisi Operasional: Jurulatih merujuk kepada jurulatih di PULAPOL
Kuching yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan dengan itu, mereka akan layak
menjadi jurulatih / fasilitator untuk program yang dianjurkan oleh sesebuah
organisasi. Selain itu, jurulatih pelatih di dalam kajian ini merujuk kepada seseorang
yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pengendalian latihan.
Beliau berperanan sebagai agen yang terpentingpenting dalam memindahkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terkandung dalam latihan kepada pelatihnya.
1.6.5 Jurulatih sebagai Penyedia
Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai penyedia menekankan aspek
rekabentuk, penyelenggaraan dan mengendali program-program latihan. Peranan ini
melibatkan jurulatih di dalam membuat analisis keperluan latihan (Training Needs
Analysis), menetapkan objektif mereka bentuk krusus latihan, menilai krusus atau
aktiviti-aktiviti latihan dan membantu jurulatih lain dalam mengendalikan program
latihan (Banneth, 1990).
Definisi Operasional: Jurulatih sebagai penyedia di dalam kajian ini merujuk
kepada jurulatih PULAPOL Kuching yang melakukan persediaan awal seperti
penyediaan analisis keperluan latihan sebelum sesebuah program latihan berkenaan
dijalankan. Selain itu, jurulatih ini juga berperanan menjalankan penyediaan latihan
yang berdasarkan objektif dan rekabentuk program latihan yang disediakan oleh
jurulatih dan organisasi sebelum latihan dijalankan.
9
1.6.6 Jurulatih Sebagai Jururunding
Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai jururunding menekankan
aspek menganalisis masalah pengoperasian organisasi, dan menilai atau
mencadangkan jalan penyelesaian, yang mana sesetengahnya memerlukan latihan. la
mungkin melibatkan beberapa elemen-elemen peranan jurulatih sebagai penyedia,
tetapi ia lebih menumpukan secara spesifik terhadap perhubungan jurulatih dengan
pengurus pertengahan, mengenalpasti masalah pengurusan prestasi pengurus
pertengahan, menjadi penasihat penyelesaian di dalam program latihan sekiranya
perlu (sekiranya bersesuaian), bekerja dengan penyedia dan / atau jurulatih lain untuk
membentuk dan memperkukuhkan program-program latihan, menjadi penasihat
kepada pihak pengurusan latihan berkenaan objektif dan polisi latihan serta
menjalankan tanggungjawab untuk menilai program latihan kendaliannya (Banneth,
1990).
Definisi Operasional: Jurulatih sebagai jururunding di dalam kajian ini
bermaksud jurulatih PULAPOL Kuching yang memberi nasihat, serta pandangan dan
idea yang diperlukan yang dilihat sesuai untuk organisasi atau pihak pengurus
berkenaan program latihan yang hendak dilakukan dan dikendalikan oleh jurulatih
berkenaan. Jurulatih ini juga berperanan di dalam membantu pihak organisasi dalam
melakukan aktiviti penyelesaian masalah berkaitan program latihan yang dilakukan.
1.6.7 Jurulatih sebagai Pembaharu
Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai pembaharu lebih menekankan
aspek membantu organisasi secara berkesan dalam mengurus perubahan dan
menyelesaikan permasalahan prestasi. la secara langsung melibatkan jurulatih
10
bersama-sama bekerja dengan pihak pengurus senior atau pertengahan, menyedia
bantuan atau sokongan dan membantu pihak pengurusan menghadapi perubahan, dan
mengenalpasti seminar atau bengkel-bengkel latihan yang berguna untuk mendidik
pihak pengurusan supaya berubah dan mempermudahkan perubahan. Selain itu,
jurulatih ini juga mengenalpasti sumber sebenar di dalam organisasi dan
menghubungkaitkannya di dalam membantu membawa perubahan, dan menasihati
fungsi latihan dalam bagaimana ia boleh membantu di dalam perubahan organisasi.
(Didalam terma Pembangunan Organisasi, jurulatih sebagai pembaharu dikenali
sebagai agen perubahan "change agent") (Banneth, 1990).
Definisi Operasional: Jurulatih sebagai pembaharu di dalam kajian ini
merujuk kepada peranan jurulatih sebagai agen pengubah di dalam mengendalikan
program latihan yang dijalankan di PULAPOL Kuching. Jurulatih juga berperanan
dalam membantu pihak organisasi terutama pihak pengurus untuk menghadapi
sebarang perubahan sekiranya program latihan yang dikendalikan memerlukan
pendekatan yang baru atau berlainan dengan pendekatan latihan yang sering
dilakukan sebelum ini.
1.6.8 Jurulatih sebagai Pengurus
Definisi Konsepsual: Peranan jurulatih sebagai pengurus lebih menekankan
tanggungjawab jurulatih dalam membuat perancangan (plan), mengorganisasi
(organizing), mengawal (controlling), dan membangun (developing) aktiviti atau
fungsi latihan dan pembangunan (training and development). la melibatkan penetapan
objektif latihan, polisi dan perancangan; membuat perhubungan yang baik dengan
bahagian-bahagian (department) lain dan pihak pengurus yang senior bekerjasarna
II
dalam latihan yang boleh meningkatkan prestasi. Selain itu, jurulatih juga berperanan
dalam memastikan aktiviti latihan bersesuaian dengan keperluan latihan telah
direkabentuk, dibangun dan dinilai dengan terperinci sebelum dan selepas latihan.
Jurulatih juga berperanan membangun staf-staf latihan, mewujudkan komunikasi yang
berkesan dengan unit-unit latihan di dalam organisasi, memantau kualiti dan standard
latihan, dan mengawal aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan perancangan
program latihan secara keseluruhan. Sebahagian peranan jurulatih sebagai "penyedia"
juga terdapat di dalam peranan jurulatih sebagai "pengurus" di dalam organisasi yang
bersaiz kecil dan sederhana (Banneth, 1990).
Definisi Operasional: Jurulatih sebagai pengurus di dalam kajian ini merujuk
kepada jurulatih di PULAPOL yang melakukan perancangan awal sebelum
menjalankan sebarang program latihan seperti penyediaan objektif program latihan. la
kemudiannya mengorganisasi serta mengawal setiap aktiviti di dalam program latihan
yang berada di bawah kendaliaannya dan kemudiannya melakukan aktiviti
pembangunan dan penilaian terhadap aktiviti program latihan yang dikendalinya
sebelum ini berpandukan kepada keperluan dan kehendak latihan para pelatihnya.
1.6.9 Keberkesanan Program Latihan
Definisi Konsepsual: Pelbagai tokoh telah mengutarakan definisi
keberkesanan latihan yang berbeza-beza mengikut pengalaman dan pandangan
masing-masing. Aamodt (1991) contohnya, menjelaskan bahawa program latihan
dikatakan berkesan sekiranya program tersebut berupaya mengubah tingkah laku
semasa menjadi pelatih atau pelatih yang berada di tempat kerja. Cascio (1991),
menyatakan bahawa keberkesanan latihan dapat dilihat dari aspek pemindahan
12
Top Related