PERANAN KAUNSELOR SEBAGAI PEMUDAHCARA
“MEMUDAHCARA”
‘menjadi mudah’ (Kamus Collins)
dalam konteks kaunseling kelompok,
memudahcara bermaksud beliau akan
melaksanakan fungsi dan aktiviti-
aktiviti tertentu pada tiga peringkat
sesi iaitu sebelum, semasa dan
selepas (Gerard, dalam Kane, 2006)
Pemudahcara kaunseling kelompok mempunyai
sekurang-kurangnya 6 peranan seperti berikut
(Moore & Feldt, 1993)
pengarahOrang yang berkecuali
Orang yang tidak campur
tanganmanipulator
pengurus pemangkin
PENGARAHPada peringkat penapisan,
pemudahcara dikehendaki menentukan
matlamat dan tujuan kelompok, serta
menjalankan proses pemilihan ahli
dengan sempurna.
Merancang dengan rapi merangkumi
aspek seperti pemilihan tempat dan
penentuan masa yang sesuai.
Pada peringkat orientasi kelompok,
pemudahcara mengubah peranan
menjadi seorang pemerhati
i) mengenal pasti apa yang berlaku
ii) tingkahlaku yang ditunjukkan
iii) arah yang sedang ditujui
ORANG YANG BERKECUALI
Pemudahcara yang berperanan
sebagai orang yang berkecuali bererti
bahawa beliau harus bersifat objektif
terhadap isu perbincangan ahli.
Dengan itu beliau boleh menumpukan
perhatian kepada proses dan dinamika
kelompok
ORANG YANG TIDAK CAMPUR
TANGAN
Pemudahcara yang bersifat sedemikian
perlu elak daripada melibatkan diri dalam
membincangkan tentang kandungan isu
yang berkenaan.
Campur tangan akan menunjukkan sikap
ketidakprihatinan atau tidak mengendahkan
perasaan dan masalah ahli-ahli kelompok.
Suasana teraputik akan terjejas
MANIPULATORManipulator membawa ahli-ahli kembali ke
pangkuan yang betul.
Dalam hal ini, beliau akan menggunakan
kemahiran memimpin dan menyokong.
Pemudahcara menghargai dan mengiktiraf
secara positif sumbangan semua ahli tanpa
menunjukkan pilih kasih. Akan tetapi, perlu peka
kepada niat yang buruk di sebalik idea,
pandangan dan tindakan sesetengah ahli yang
berkenaan
PENGURUS
Bertindak sebagai pengadil atau refri demi
memastikan perbincangan kelompok berjalan
dengan lancar dan tidak menyimpang daripada
tajuk.
Mungkin perlu menghentikan perbincangan tajuk
yang tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau
manfaat kepada mana-mana ahli.
Peranan ini hendaklah dimainkan dengan
diplomasi agar tidak menyinggung hati sesiapa
pun dalam kalangan kelompok.
PEMANGKIN
Pemudahcara berusaha supaya
mencapai satu keseimbangan di mana
semua ahli diberi peluang untuk
mengemukakan pendapat mereka, tanpa
mengambil kira idea bernas atau biasa
sahaja.
Perlu memastikan supaya dapat
mengoptimumkan pencapaian kelompok
dan kepuasan ahli-ahli.
“pemudahcara membawa bersama kualiti,
nilai dan pengalaman hidup masing-masing
ke dalam kelompok yang mereka
kendalikan… yang paling berkesan bagi ahli-
ahli ialah apa yang dilakukan oleh
pemudahcara, bukannya apa yang
diperkatakan.” Corey (dalam Thompson,
Rudolph & Henderson, 2004:488-489)
DINAMIKA DALAM KELOMPOK
DEFINISI
Dinamika dalam kelompok merujuk kepada kuasa-
kuasa sosial yang wujud dalam kelompok.
Memerihalkan interaksi yang berlaku antara dan
sesama ahli termasuklah impak peranan
kelompok serta pemudahcara dan penglibatan
ahli.
Dinamika kelompok juga boleh diukur melalui
teknik-teknik seperti main peranan, aktiviti
kelompok, mainan dan sebagainya.
Dinamika dalam kelompok juga merujuk kepada
perasaan kepunyaan ahli terhadap kelompok yang
mereka sertai.
Pemudahcara perlu percaya bahawa ahli-ahli
mampu untuk mengawal perjalanan sesi
kelompok.
Dinamika dalam kelompok akan menjelma apabila
semakin beransur sesi, semakin tinggi perasaan
kekitaan dalam kalangan ahli. Mereka akan
mencuba sedaya upaya untuk membawa
kelompok ke arah pencapaian matlamat.
BIBLIOGRAFILee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan,
Taquddin Abd Mukti (2012) Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd
Zuraida Abdul Rahman (1999) Pengenalan Kaunseling
Kelompok. Selangor : IBS Buku Sdn Bhd
Choong Lean Keow (2010) Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Top Related