KAUNSELING D’PUNCAK - ucs.uitm.edu.my · Kaunselor sebagai pemudahcara sedang Selain ceramah,...
Transcript of KAUNSELING D’PUNCAK - ucs.uitm.edu.my · Kaunselor sebagai pemudahcara sedang Selain ceramah,...
Bengkel Kenali Watak Bengkel Kenali Watak anjuran Unit Kerjaya & Kaunseling
dengan kerjasama pejabat PNC telah berjaya dilaksanakan pa-
da 16 Oktober 2014. Bengkel yang dikendalikan dalam bentuk
ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan ini telah menghimpun-
kan 32 orang peserta yang terdiri daripada staff bukan akade-
mik kategori B ke bawah, UiTM Puncak Alam. Antara pen-
gisisan bengkel ialah ceramah oleh Ketua Pusat Kerjaya &
Kaunseling Tn.Hj.Mohammed Sodir Rahmad berkaitan dengan
jenis-jenis personaliti dan kesesuaian personaliti mengikut
peranan yang dimainkan.
Selain ceramah, aktiviti “O Card “ serta penggunaan inven-
tori DASS membantu peserta mengenali diri serta potensi
yang ada pada dirinya dalam menangani permasalahan
hidup. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, majoriti pe-
serta berpuas hati dengan pengisian program. Sijil
penyertaan turut diberikan kepada peserta terlibat.
Keluaran 1: Okt. 2014
KAUNSELING D’PUNCAK
HUBUNGI KAMI
UNIT KERJAYA & KAUNSELING
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana
03-32584084/4094/79622326
Tarikh : 16 Oktober 2014
Tempat : Bilik Seminar 2PTAR
Kaunselor sebagai pemudahcara sedang mengendalikan kelompok
Peserta khusyuk meneliti skor Inventori
Aktiviti “Oh Card” sebagai medium ekspresi diri
Taklimat Kegunaan Ujian Personaliti