1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Maktab Perguruan Teknik
Institut Perguruan Teknik (IPTeknik) ditubuhkan pada 17 Mei 1962 dengan nama
asalnya Maktab Perguruan Teknik (MPT). Bangunan asal MPT terletak di Jalan Damansara,
Kuala Lumpur, yang merupakan bekas tapak Malay Girls’ College (sekarang Kolej Tunku
Kurshiah di Seremban). Pada peringkat awal operasinya, MPT mendapat bantuan dalam
berbagai-bagai bidang dari kerajaan Canada, termasuk kepakaran, tenaga pengajar, latihan,
malah alat kelengkapan seperti jentera berat dan perkakas pertukangan.
Peranan MPT menjadi bertambah penting apabila empat mata pelajaran baru
diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Sains Rumah Tangga dalam Sistem Pelajaran Aneka Jurusan mulai tahun
1965. Kampus baru MPT yang berdiri megah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sekarang
dibina dalam tahun itu di atas sebuah tapak seluas 22.3 hektar.
MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan
berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun
1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan
Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan
jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus
Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan
Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu
Pahat dalam tahun 1992. Pada tahun 2003, mata pelajaran utama di MPT ialah Kejuruteraan
Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan
Kejuruteraan, Sains Komputer, Multimedia & Animasi, ERT, Perakaunan, Matematik dan
Sains.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah
Perguruan kepada para pelajarnya. Ianya mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik.
Maktab ini ditubuhkan dengan tujuan :
i. Melatih guru-guru untuk sekolah menengah dalam bidang Seni Perusahaan,
Perdagangan dan Kemahiran Hidup.
ii. Melatih guru-guru untuk SMV dalam pelbagai bidang Pertukangan sebagai
persediaan untuk mencurahkan ilmu tersebut kepada pelajar.
iii. Melengkapkan pelatih-pelatih bukan sahaja dalam kemahiran vokasional tetai juga
dalam pedagogi.
iv. Melengkapkan pelatih-pelatih dengan tingkat kecekapan yang sepenuhnya dalam
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
v. Memberi peluang kepada pelatih-pelatih dengan pengalaman-pengalaman yang
berkaitan dengan perindustrian.
1.2 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
MLVK ditubuhkan pada 2 Mei 1989 untuk merumus, mengalakkan dan
menyelaraskan strategi serta program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan
keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara. Akta Pembangunan
Kemahiran 2006 (Akta 652) atau NASDA diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong pada 29
Jun 2006. NASDA dikuatkuasakan pada 1 September 2006. Nama MLVK ditukarkan
kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ianya ditubuhkan melalui penyusunan
semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPKK).
Nama MLVK ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tetapi masih
mengekalkan fungsinya. Ianya adalah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah
Kementerian Sumber Manusia.
Tujuan MLVK atau JPK adalah untuk merumus, menggalakkan dan menyelaraskan
segala program latihan vokasional. Antara fungsinya ialah:
• Menilai keperluan sumber manusia dalam bidang kemahiran
• Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (NOSS).
• Melaksanakan program Pensijilan Latihan Kemahiran.
• Membantu dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran individu.
• Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran.
• Membimbing pembelajaran penyelidikan berkenaan latihan kemahiran.
• Membangun standard kemahiran kebangsaan
• Menjalankan program persijilan kemahiran
• Menjalankan promosi bidang kemahiran
• Membantu meningkatkan pengetahuan/kemahiran pengajar
• Menjalankan kajian latihan vokasional
• Menjalankan penilaian dan pengiktirafan terhadap program latihan
1.3 Objektif Penubuhan MLVK
Objektif penubuhan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ialah:
1. Untuk mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian
yang menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan negara
yang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang
berdasarkan bidang perindustrian menjelang tahun 2020.
2. Objektif seterusnya ialah untuk mengalakkan, memperkembangkan, membantu dan
membangunkan program-program latihan vokasional dan perindustrian di peringkat
mahir dan separuh mahir. Objektif ini adalah penting ditekankan untuk memastikan
menjadi sebuah negara perindustrian maka tenaga-tenaga pekerja hendaklah
mempunyai kemahiran dan kebolehan yang tinggi dan setanding dengan tenaga pakar
seperti di negara-negara maju yang lain.
3. Untuk menentukan pencapaian tahap kemahiran seimbang dengan tahap kemajuan
teknologi. Jika dilihat kepada perkembangan teknologi dunia hari ini ianya berlaku
dengan begitu cepat dan pantas sekali. Oleh yang demikian maka adalah menjadi
tanggungjawab kerajaan menyerap kemajuan yang berlaku dengan memastikan
teknologi yang dipelajari adalah selari dan seimbangan dengan pekembangan
teknologi yang berlaku.
4. Untuk menyediakan rancangan bagi menggunakkan sepenuhnya potensi latihan-
latihan di loji syarikat-syarikat yang terpilih dan di institusi-institusi latihan swasta. Ini
dilaksanakan dengan kerajaan mengadakan satu sukatan pelajaran yang khusus dalam
kemahiran vokasiaonal serta garis panduan yang perlu mereka ikuti dalam
mengendalikan program-program kemahiran samada oleh pihak swasta mahupun oleh
pihak kerajaan.
Program atau aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) atau JPK ialah:
i. Pembangunan NOSS
ii. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (Pentauliahan Pusat/PPT/Ujian)
iii. Pelaksanaan “National Dual Training System”
iv. Perakuan Kemahiran Pekerja Asing
v. Program pembangunan Pengajar (Crash Program JPA)
vi. Pembangunan Pakar Industri
vii. Promosi
MLVK dipertanggungjawabkan untuk merumus, menggalak dan menyelaraskan
starategi latihan vokasional dan program pembangunan sumber manusia. Piagam pelanggan
MLVK dengan jelas menyatakan bahawa Malaysia:
1. Membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dalam tempoh empat
bulan untuk setiap bidang pekerjaan yang dipohon.
2. Mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi setiap pelajar bertauliah dalam
tempoh tiga bulan setelah pemeriksaan kemahiran dijalankan.
3. Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap.
2.0 SISTEM DAN LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DAN
MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL NEGARA (MLVK)
2.1 LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Di Malaysia, maktab perguruan merupakan sebuah organisasi formal yang mempunyai
peranan tersendiri untuk melahirkan guru-guru yang professional. Hari ini peranan maktab
perguruan adalah semakin mencabar kerana ia diberi tanggungjawab yang lebih untuk
mengendalikan pelbagai kursus pendidikan guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Kursus Perguruan Khas Satu Tahun
(KSPK), dan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Perkembangan
yang terkini ialah kerajaan telah menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada Insititut
Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah kepada para pelajar. Untuk itu,
maktab perlu mempunyai budaya organisasi yang kukuh kerana budaya organisasi
mempunyai kaitan dengan prestasi kerja (Peters & Waterman, 1982)
2.1.1 Objektif Latihan Dalam Maktab Perguruan
Objektif Latihan dalam Maktab ialah:
i. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan strategi
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa
dalam sistemnpendidikan di Negara ini.
ii. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa
yang berkaitan dengan pendidikan sekolah menengah dan sekolah rendah.
iii. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini tentang kemahiran
berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu
profesionalisme supaya menjadi seorang guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif, dan
berkebolehan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
2.1.2 Senarai Maktab Perguruan Di Malaysia
Dahulunya maktab perguruan dikenali sebagai Maktab Perguruan tetapi setelah
dinaiktaraf maktab dikenali sebagai Institut Perguruan
1. Maktab Perguruan Gaya , Sabah (Institut Perguruan Gaya)
2. Maktab Perguruan Keningau, Sabah (Institut Perguruan Keningau)
3. Maktab Perguruan Kent, Sabah (Institut Perguruan Kent)
4. Maktab Perguruan Sandakan (Institut Perguruan Sandakan)
5. Maktab Perguruan Batu Lintang , Sarawak (Institut Perguruan Batu Lintang)
6. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (Institut Perguruan Sarawak)
7. Maktab Perguruan Sains Bintulu (Institut Perguruan Sains Bintulu)
8. Maktab Perguruan Rajang, Sarawak (Institut Perguruan Rajang)
9. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Institut Perguruan Temenggong
Ibrahim)
10. Maktab Perguruan Batu Pahat (Institut Perguruan Tun Hussein Onn)
11. Maktab Perguruan Raja Melewar , Seremban (Institut Perguruan Raja Melewar)
12. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan , Kuantan
(Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan)
13. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka (Institut Perguruan Perempuan
Melayu)
14. Maktab Institut Bahasa (Institut Perguruan Bahasa
Antarabangsa)
15. Maktab Perguruan Ilmu Khas , Kuala Lumpur (Institut Perguruan Ilmu Khas)
16. Maktab Perguruan Islam Bangi (Institut Perguruan Islam)
17. Maktab Perguruan Teknik, Cheras (Institut Perguruan Teknik)
18. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (Institut Perguruan Ipoh)
19. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (Institut Perguruan Kuala Terengganu)
20. Maktab Perguruan Besut (Institut Perguruan Sultan Mizan)
21. Maktab Perguruan Kota Bharu (Institut Perguruan Kota Bharu)
22. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (Institut Perguruan Persekutuan
P.Pinang)
23. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (Institut Perguruan Tengku Bainum)
24. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim)
25. Institut Perguruan Darul Aman (Institut Perguruan Darul Aman)
26. Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan (Institut Perguruan )
27. Maktab Perguruan Sri Kota
28. Maktab Perguruan Sri Pinang
29. Maktab Perguruan Sandakan
30. Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bharu
31. Maktab Perguruan Sultan Idris (Institut Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim)
2.2 LATIHAN DALAM MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN
(MLVK)
Sistem latihan Majlis Latihan Vokasional diwujudkan bagi memberi kelayakan
kebangsaan yang lebih responsif dan berupaya memenuhi keperluan alam pekerjaan pihak
industri. Pada Disember 1992, MLVK merangka satu sistem standard dan pensijilan
kemahiran bagi meningkatkan kualiti dan meningkatkan produktiviti tenaga kerja negara
seterusnya memperbaiki daya saing industri negara. Sistem ini menyelaraskan aktiviti latihan
kemahiran yang pelbagai dan mengarahkan latihan kepada keperluan industri yang
sebenarnya. Teras utama dalam struktur ini ialah:
1. Menerapkan konsep “Latihan Berasaskan Keterampilan”
(Competency Based Training, CPT) dalam system latihan kemahiran negara.
2. Menjadikan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia lebih
fleksibel dan relevan.
2.2.1 Latihan Berasaskan Keterampilan (Competency Based Training,CPT)
Konsep ini bertujuan untuk mengubah system latihan daripada ‘instructor-centered’
kepada ‘trainee-centered’. Konsep ini diperkenalkan dengan mengenalpasti keterampilan yang
diperlukan dalam alam pekerjaan dan menumpukan kepada pencapaian sebenar dalam menilai
keterampilan. Berdasarkan konsep ini, MLVK menjalankan sistem latihan kemahiran yang
mengandungi kriteria berikut:
i. Keterampilan yang perlu dicapai atau diperoleh dalam latihan bagi sesuatu pekerjaan
adalah dikenalpasti oleh pakar dan pekerja mahir dinyatakan dalam Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standard, NOSS).
Keterampilan dikelompokkan dalam satu modul dinamakan ‘duties’ dalam NOSS
supaya sistem penyampaian latihan dapat dijalankan dengan lebih fleksibel. Tiap-tiap
duties mengandungi sekumpulan tugasan. Pengrekodan tugasan-tugasan adalah
mengikut ciri berikut :
Ia mengandungi kata perbuatan (action verb) dan objek yang menerima
perbuatan tersebut,
Ia mestilah jelas dan tepat,
Ia boleh mengandungi satu atau lebih “qualifier
ii. Penilaian keterampilan menekankan kepada pencapaian sebenar berasaskan criteria
yang lebih spesifik.
iii. Kaedah pembelajaran sendiri (self-placed learning) menjadi amalan dalam latihan iaitu
kemajuan pelatih adalah berdasarkan pencapaian individu dan bukan diarah oleh
pengajar atau ditentukan kumpulan.
iv. Konsep pembelajaran sendiri (self-directed learning) menjadi elemen utama latihan,
iaitu pelatih lebih bertanggungjawab ke atas pembelajarannya manakala pengajar
bertindak sebagai fasilitator.
2.2.2 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills
Standard (NOSS) ialah satu dokumen Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang
menggariskan ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pekerja yang bekerja di Malaysia
pada satu-satu tahap dan bidang pekerjaan. Dokumen ini dibangunkan oleh pekerja mahir
serta tenaga pengajar di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
JPK adalah Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab di dalam memastikan pembangunan
dokumen ini adalah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan.
2.2.3 Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Persijilan Kemahiran Malaysia telah diperkenal oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) pada tahun 1993 dengan berstrukturkan lima (5) tahap seperti berikut :-
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
ii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
iii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
iv. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
v. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Persijilan Kemahiran Malaysia dilaksanakan dengan berteraskan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan – SKPK (National Occupational Skill Standard – NOSS), dimana
setiap calon akan dinilai dan disahkan memenuhi keperluan NOSS sebelum dianugerahkan
dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui (3) kaedah, iaitu :
i. Pentauliahan Melalui Institusi Latihan Yang Diiktiraf (Pusat Bertauliah)
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang
& tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
ii. Pentauliahan Melalui Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang
dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
iii. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja
atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-
bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan
oleh Pegawai Pengesah Luaran yang di lantik JPK.
2.3 SUKATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.
Untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang satu sukatan latihan telah
disediakan untuk membantu agensi latihan menyeragamkan latihan kemahiran mengikut
keperluaan industri, di mana teknologinya berubah mengikuti pemintaan ke atas pasaran
semasa. Ini memungkin satu sukatan latihan yang seragam perlu dilaksanakan mengikut
perkembangan dan pemintaan semasa. Dalam menyeragamkan program yang dilaksanakan
satu Piawaian Ketukangan Kebangsaan ditubuhkan. Penubuhannya adalah selaras dengan
keperluan industri. Ia menetapkan kemahiran yang patut dimiliki oleh seseorang pekerja
dalam bidang berkenaan. Pakar-pakar dalam bidang ketukangan yang berkaitan dari industri
dan agensi latihan untuk menduduki Jawatankuasa Piawaian Ketukangan. Piawaian
ketukangan berkenaan merangkumi sembilan kumpulan ketukangan seperti berikut:
i. Automotif
ii. Bangunan
iii. Kerja Kayu
iv. Elektrik dan elektronik
v. Mekanikal
vi. Percetakan
vii. Jahitan.
viii. Pengujian dan Pemeriksaan
ix. Lukisan Pelan.
3.0 PERANAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
3.1 PENTAULIAHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
3.1.1 Keperluan Guru Teknik dan Vokasional
Keperluan tenaga pengajar siswazah (aliran teknikal) di SMT/SMV adalah mencukupi
dan tidak kritikal bagi tempoh 2002-2006. Namun begitu, jumlah kekurangan tenaga pengajar
terlatih dalam bidang vokasional (ketukangan dan kemahiran) dijangkakan meningkat kepada
791 orang di sepanjang tempoh tersebut. Kekurangan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor
berikut:
a) Kebanyakan guru-guru terlatih berpengalaman telah dan akan menyertai program
PKPG.
b) Ketiadaan bekalan baru guru-guru terlatih di bidang tersebut yang sebelum ini di latih
di Maktab Perguruan Teknik.
Kekosongan yang disebabkan oleh kenaikan pangkat guru-guru berpengalaman atau
telah bersara disamping tempoh 2002-2006, seramai 3885 orang tenaga pengajar terlatih
diperlukan di Politeknik seluruh negara. Jumlah ini termasuklah seramai 2863 tenaga pengajar
(siswazah) terlatih dan 1148 orang tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih.
Keperluan tenaga pengajar siswazah dan bukan siswazah di kolej Komuniti (Projek
Rintis) adalah kritikal bagi tempoh 2002-2006. Seramai 890 orang tenaga pengajar terlatih
diperlukan oleh Kolej Komuniti seluruh negara. Kekurangan tenaga pengajar (siswazah)
terlatih dijangkakan seramai 740 orang manakala tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih
dijangkakan seramai 740 orang manakala tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih
dijangkakan seramai 150 orang.
3.1.2 Penilaian Pelatih-pelatih
a) Penilaian dibuat secara berterusan.
b) Penilaian kerja kursus dijalankan sepanjang Semester 1, 2, 3, 4, 5, dan 6.
c) Penilaian peperiksaan diadakan pada akhir Semester 2, Semester 4 dan Semester
6.
d) Penilaian Latihan Mengajar dijalankan selama 12 minggu dalam semester 6.
e) Konsep penilaian berterusan akan diamalkan untuk penilaian kerja kursus. Kerja
kursus boleh ditakrifkan sebagai kerja-kerja yang dilakukan atau dihasilkan
dengan sesuatu latihan untuk membina pengetahuan dan sahsiah diri pelajar.
f) Penilaian kerja kursus boleh dilakukan melalui pelbagai cara iaitu dalam bentuk
kerja amali, praktikum, seminar, kajian luar, perbincangan, lawatan, ujian pendek
dan laporan. Tugasan bertulis atau lisan dan lain-lain lagi. Semua kerja kursus ini
perlu dirancang selaras dengan objektif pendidikan guru.
g) Penilaian peperiksaan boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti ujian bertulis
yang berbentuk esei atau objektif atau tugasan atau ujian amali.
h) Penilaian dan peperiksaan ini adalah berdasarkan:
i. Penilaian latihan mengajar/praktikum
Latihan mengajar/praktikum dijalankan selama 12 minggu dalam Semester
6.
ii. Penilaian latihan perindustrian
Latihan perindustrian dijalankan mulai akhir Semester 4 hingga
pertengahan Semester 5 selama 14 minggu.
iii. Penilaian gerak kerja kokurikulum
Penilaian bidang ini dibuat secara berterusan dan berasaskan tiga
komponen iaitu;
Unit beruniform
Persatuan dan kelab
Sukan dan permainan
3.1.3 Kelayakan Calon Menduduki Peperiksaan
Hanya calon-calon yang didaftarkan dengan maktab perguruan sahaja dibenarkan
menduduki peperiksaan maktab. Calon-calon yang hadir semasa kuliah, mengikuti gerak kerja
kokurikulum dan menjalani kesemua aktiviti yang dijadualkan oleh maktab yang mendapat
markah kurang daripada 100% tanpa sebab-sebab yang munasabah tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran khas daripada Pengarah Pendidikan Guru.
Hanya calon yang menyempurnakan kerja kursus setiap semester sahaja dibenarkan
mengambil peperiksaan. Calon-calon boleh menduduki peperiksaan dengan bantahan setelah
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua Maktab.
3.1.4 Penilaian Setiap Semester
Penilaian dibahagikan seperti berikut:
a. Mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan pada akhir Semester 2, Semester 4 dan
Semester 6 dan penilaian kerja kursus sepanjang semester.
b. Mata pelajaran yang dinilai secara berterusan.
3.1.5 Syarat-syarat Lulus
Untuk lulus setiap peperiksaan, calon mesti lulus kesemua mata pelajaran kecuali mata
pelajaran Penyuburan Diri dan Bahasa Inggeris Khas.
3.1.6 Markah dan Gred
Setiap mata pelajaran yang diuji diberi abjad gred berdasarkan markah yang diperolehi
dalam penilaian dan peperiksaan. Markah abjad gred, mata gred dan peringkat pencapaian
adalah seperti berikut:
MarkahAbjad
GredMata Gred Peringkat
80 - 00 A 5.0 Lulus
75 - 79 B+ 4.5 Lulus
70 - 74 B 4.0 Lulus
65 - 69 C+ 3.5 Lulus
60 - 64 C 3.0 Lulus
55 - 59 D+ 2.5 Lulus
50 - 54 D 2.0 Lulus
30 - 49 E 1.0 Gagal
0 - 29 F 0.0 Gagal
3.1.7 Pangkat Pensijilan
Calon yang tamat latihan perguruan dan lulus semua peperiksaan akan dianugerahkan
sijil Pangkat CEMERLANG atau KEPUJIAN atau LULUS berdasarkan Purata Mata Gred
Terkumpul (PMGT) dalam peperiksaan dan Penilaian.
PMGT bagi semua mata pelajaran untuk menentukan pangkat sijil adalah seperti
berikut:
4.20 – 5.00 CEMERLANG
3.60 – 4.19 KEPUJIAN
2.00 – 3.59 LULUS
Untuk melayakkan diri bagi pangkat CEMERLANG, calon dikehendaki mendapat
PMGT 4.20 ke atas dan mencapai sekurang-kurangnya Gred B dalam Pengkhususan, Latihan
Mengajar. Dan Gerak Kerja Korikulum
Untuk melayakkan diri bagi pangkat KEPUJIAN calon dikehendaki mendapat PMGT
3.60 – 4.19 dan mencapai sekurang-kurangnya Gred C+ dalam Pengkhususan Latihan
Mengajar dan Gerak Kerja Korikulum.
Untuk melayakkan diri bagi pangkat LULUS calon dikehendaki mendapat PMGT
2.0 – 3.59 dan lulus dalam Pengkhususan, Latihan Mengajar dan Gerak Kerja Korikulum.
3.1.8 Penempatan
Setelah tamat berkursus, pelatih-pelatih ini akan ditempatkan di SMV dan mengajar
mata pelajaran berdasarkan pengkhususan masing-masing:
i. Pelatih-pelatih Kursus Pertukangan akan ditempatkan di SMV (Tingkatan 4 dan 5,
gred 10 dan 11) dan di politeknik-politeknik sebagai guru. Mereka dijangkakan
mengajar mata pelajaran pertukangan yang berkaitan.
ii. Pelatih-pelatih kursus Seni Perusahaan akan ditempatkan di sekolah-sekolah
menengah biasa. Mereka dijangka mengajar Seni Perusahaan di peringkat menengah
rendah (Tingkatan 1 hingga 3, Gred 7 hingga 9).
iii. Pelatih-pelatih Perdagangan akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah biasa
untuk mengajar mata pelajaran Perdagangan di peringkat menengah rendah (Tingkatan
1 hingga 3, Gred 7 hingga 9).
iv. Pelatih-pelatih yang menghadiri Kursus Perdagangan Khas akan ditempatkan di
sekolah-sekolah menengah biasa untuk mengajar Perdagangan di peringkat menengah
atas (Tingkatan 4 dan 5, Gred 10 hingga 11).
v. Pelatih-pelatih KHB akan ditempatkan di sekolah menengah biasa untuk mengajar
mata pelajaran KHB peringkat menengah rendah.
3.2 PENTAULIAHAN MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN
(MLVK)
Dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. “pertauliahan” ditakrifkan sebagai:
“ Suatu prosedur di mana Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sebagai Badan
Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), menilai dan meluluskan organisasi
sebagai Pusat Bertauliah bagi menjalankan latihan dan penilaian bagi tujuan penganugerahan
Sijil Kemahiran Malaysia”.
(MLVK, 2001)
3.2.1 Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah MLVK
Sesuatu organisasi boleh memohon sebagai Pusat Bertauliah MLVK jika memenuhi
kriteria-kriteria berikut:
i. Ditubuhkan secara sah mengikut undang-undang Malaysia.
ii. Mempunyai atau boleh menyediakan kemudahan fizikal tempat, kelengkapan dan
peralatan di organisasi lain yang dapat memenuhi kesemua kehendak Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau NOSS.
iii. Mempunyai atau boleh menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan
mencukupi untuk melatih, membimbing dan mendorong pelatih-pelatih bagi
memenuhi kehendak NOSS untuk bidang dan tahap tertentu.
iv. Menyediakan sistem jaminan mutu seperti yang dikehendaki, termasuk melantik
Pegawai Penilai dan Pegawai Pengesah Dalaman daripada kalangan mereka yang
ditauliahkan oleh MLVK untuk melaksanakan aktiviti penilaian dan pengesahan
terhadap ketrampilan calon-calon.
v. Boleh menyediakan khidmat sokongan seperti pusat sumber dan kaunseling untuk
menjayakan latihan dan penilaian.
Bagi mengekalkan kredibiliti dan penerimaan SKM, sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia memperkenalkan suatu prosedur kawalan dan jaminan mutu yang ketat. Sistem ini
melibatkan tiga peringkat personel iaitu Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesahan Dalaman
(PPD), dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL). PP dan PPd adalah dilantik oleh Pusat
Bertauliah daripada kalangan pegawai latihan dan pengajar yang telah ditauliahkan oleh
MLVK melalui Kursus Induksi PP/PPD. Mereka menjalankan penilaian dan verifikasi
dalaman berpandukan prosedur yang ditetapkan oleh MLVK.
3.2.2 Ujian Ketukangan Kebangsaan
Dalam mengendalikan ujian ketukangan kebangsaan, ia berpandukan pada piawaian
ketukangan kebangsaan untuk mengesahkan kemahiran seseorang, sijil kecekapan ketukangan
akan diberikan kepada pelatih-pelatih yang mampu menunjukkan kemahiran masing-masing
menurut tahap yang diperakui. Ujian ketukangan kebangsaan MLVK diadakan dua kali
setahun iaitu pada sesi Mei dan November. Ia meliputi ujian teori dan kemahiran amali.
Ujian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan yang dikendalikan oleh MLVK
dibahagikan kepada tiga peringkat seperti Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan
Peringkat Tinggi. Semua ujian mengandungi dua kertas iaitu kertas ujian amali dan kertas
ujian teori. Sijil MLVK akan diberikan kepada calon-calon yang lulus dalam kedua-dua kertas
yang disebutkan. Bagi calon yang lulus dalam ujian amali dan gagal dalam ujian teori,
keputusan muktamadnya ialah Mengulang Teori (MT). Calon tersebut dikehendaki
menduduki semula kertas ujian teori sahaja dan sekiranya lulus ujian barulah keputusan
muktamadnya lulus. Bagi calon yang lulus dalam ujian teori dan gagal dalam ujian amali,
keputusan muktamadnya gagal. Selain itu, calon-calon yang gagal dalam ujian pada sesuatu
peringkat dibolehkan mengulang di peringkat yang sama hanya selepas enam bulan daripada
tarikh ujian. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu bidang ketukangan dan satu peringkat
ujian sahaja.
4.0 CARTA ORGANISASI
4.1 CARTA ORGANISASI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
4.2 CARTA ORGANISASI MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN
(MLVK) / JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
4.2.1 Carta Organisasi Keahlian Majlis JPK
Carta Organisasi Keahlian Majlis JPK
Perwakilan Kuasa Majlis
Perwakilan Majlis Latihan Vokasional Malaysia adalah tertakluk kepada mana-mana
syarat, had atau sekatan yang difikirkannya perlu, Majlis ini boleh mewakilkan kuasanya
kepada Pengerusi atau mana-mana Jawatankuasa yang diwujudkan oleh Majlis atau orang
perseorangan untuk menjalankan sesuatu tindakan atau tugas bagi pihaknya mengenai
sebarang kewajipan atau tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Majlis menurut
Perlembagaan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dan apa-apa kuasa atau tugas
yang diwakilkan demikian itu boleh dijalankan atau dilaksanakan atas nama dan bagi pihak
majlis. Oleh yang demikian fungsi Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan adalah untuk
mengawal dan menyelaraskan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahapun yang
dilaksanakan oleh pihak swasta.
Jika dilihat kepada carta organisasi Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan terdapat
satu badan atau jawatankuasa yang bertindak sebagai penasihat ketukangan dan jawatankusa
piawaian dan persijilan. Dimana kedua-dua jawatankuasa ini mempunyai bidang kuasa yang
telah diperuntukkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan untuk mengawas dan
mengendalikan program yang telah dirancangkan. Antara bidang kuasa Jawatankuasa
penasihat ketukangan ialah menasihati Majlis kepada perkara-perkara berikut:
i. Keperluan latihan bagi sesuatu ketukangan dalam sektor perindustrian.
ii. Piawaian ketukangan untuk tujuan ujian dan persijilan.
iii. Struktur dan kurikulum kursus iaitu setiap jawatankuasa penasihat ketukangan
dianggotai oleh pakar-pakar yang mempunyai kebolehan teknikal dalam bidang-
bidang ketukangannya dan mengetahui akan keperluan industri.
Semantara itu Jawatankuasa Piawaian dan Persijilan pula bertanggungjawab untuk
meluluskan piawaian ketukangan dan tahap persijilan sesuatu kemahiran. Ianya dianggotai
oleh tiga orang ahli Majlis yang dipilih, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ketukangan dan
wakil-wakil dari jabatan dan agensi kerajaan. Jawatankuasa ini juga berhak menjemput pakar-
pakar dari sektor swasta dan awam untuk meminta pandangan, nasihat dan membantunya
dalam bidang-bidang ketukangan. Disamping itu terdapat satu lagi bahagian yang baru
dibentuk bagi menentukan perkembangan latihan vokasional di negara ini selaras dengan
perkembangan teknologi semasa. Ia bertanggungjawab merancang, menilai serta menyelaras
program-program latihan vokasional di negara ini. Antara aktiviti-aktiviti yang
dipertanggungjawabkan ialah:
i. Menilai keperluan dan program latihan.
ii. Mengikuti perkembangan teknologi di bidang perindustrian.
iii. Menggubal dasar latihan
iv. Menyelaraskan dan menilai program latihan vokasional.
v. Merancang program latihan.
vi. Menilai dan memajukan latihan di loji.
vii. Menyediakan maklumat mengenai latihan vokasional.
viii. Menyediakan maklumat mengenai latihan vokasional.
ix. Mewujudkan rangkaian maklumat.
Ahli-ahli majlis terdiri daripada:
i. Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia sebagai Pengerusi (ex-officio)
ii. 10 Wakil Kerajaan
iii. 10 Wakil Swasta
iv. 2 Ahli Tambahan
Jumlah 23 + 1 Setiausaha Kerja
(Perlantikan ahli majlis oleh Y.B. Menteri )
4.2.2 Carta Organisasi Urusetia JPK
Carta Organisasi Urusetia JPK
4.2.3 Carta Organisasi JPK Mengikut Bahagian
Carta Organisasi JPK Mengikut Bahagian
5.0 SENARAI PERKAITAN DENGAN MLVK/JPK
Top Related