Peranan Media dalam pengajaran dan pembelajaran
1.0 Pengenalan
Di dalam sesuatu pendidikan kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa guru merupakan
“pusat” bagi sesuatu sistem di sekolah. Guru memikul tanggungjawab yang berat bukan sahaja
terhadap pelajar dibawah pengawasannya, malah sekolah keseluruhannya. Guru dianggap serba
kebolehan dan serba tahu oleh pelajar-pelajarnya. Guru juga adalah tempat pelajar bergantung
dan mengadu hal khususnya mengenai pelajaran. Guru boleh ditakrifkan sebagai alat
perhubungan dalam pendidikan. Hal ini juga menunjukkan bahawa guru adalah orang yang
terpenting di sekolah. Oleh itu, amatlah wajar bagi guru bersikap positif dalam urusan
penyampaian pelajaran kepada pelajar. Pelajar akan bersedia menerima apa sahaja bentuk
pelajaran yang diajar oleh guru. Tetapi mereka akan lebih berminat dan menghayati usaha guru
yang dapat mempelbagaikan teknik penyampaian pengajaran. Guru tidak dapat mengasingkan
diri dengan teknologi pendidikan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermaksud, seorang guru harus sentiasa mengikut perkembangaan teknologi pendidikan dari
semasa ke semasa.
Guru juga perlu lebih kritikal dalam urusan pemilihan media untuk pengajaran. Mereka mesti
merancang pengajaran dengan lebih terperinci terlebih dahulu. Pada praktiknya media yang
digunakan oleh guru akan dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kuantiti media pengajaran tersebut digunakan secara maksimum dan efektif.
Dengan menggunakan media papan tulis dan kapur dalam menyampaikan pengajaran, objektif
pembelajaran boleh juga dicapai. Apa yang penting ialah penggunaan media itu Penggunaan
bahan pengajaran yang teratur dan sistematik akan dapat membantu objektif guru mencapai
pengajaran yang baik.
Seorang guru yang membawa pelbagai jenis media pengajaran ke dalam bilik darjah belum
tentu pengajarannya itu akan berjaya. Kadang-kadang perkara itu mungkin pula akan
menimbulkan kekeliruan kepada pelajar kerana terlalu banyak idea yang ingin disampaikan
dalam satu masa.
1
2.0 Konsep media
Media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi yang membawa
maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh penerima melalui saluran
komunikasi yang disebut sebagai media. Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio,
televisyen , rakaman audio, gambar foto, slaid , bahan-bahan bercetak dan komputer. Dalam
pengajaran, media berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan
dengan ini meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. Sebelum bidang teknologi
memainkan peranannya yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru
merupakan media utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru-guru ini dibantu
dengan buku teks, papan tulis, dan kapur. Sebilangan besar guru pada waktu itu sudah mampu
menggunakan bahan-bahan yang lain untuk membantu proses pengajaran dengan menggunakan
gambar dan bahan-bahan semula jadi seperti bijih getah dalam pengajaran matematik atau daun
dan air dalam pengajaran sains. Penggunaan bahan-bahan lain untuk mendorong minat pelajar
dalam proses pembelajaran banyak bergantung pada keupayaan dan kreativiti guru itu sendiri.
Dalam hal ini, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan guru.
Perkembangan dalam bidang teknologi memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Pembelajaran kendiri boleh berlaku sekiranya pelajar
disediakan dengan media pengajaran yang berkesan dan sesuai. Media pengajaran yang
mendorong pembelajaran kendiri berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru
sendiri atau oleh pihak yang lain. Media pengajaran ini membolehkan pelajar mengalami proses
pembelajaran tanpa kehadiran guru, sebaliknya bahan-bahan media tersebut mengambil peranan
guru. Antara contoh media pengajaran yang boleh digunakan guru masih berperanan dalam
menentukan hasil pembelajaran , pemilihan tajuk, dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik
dan kaedah pengajaran, serta bentuk penilaian.
Hal ini dapat kita memahami dengan jelas makna media dalam pengajaran. Media di
definisikan sebagai pelbagai alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran. Antaranya
guru,radio, televisyen, slaid, pita perakam, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Percival dan
Elington (1984) mengetengahkan dua bentuk media iaitu media yang terdiri daripada pelbagai
alatan fizikal teknologi pendidikan dan media yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi
massa. Bagi mereka radio, televisyen, dan surat khabar ialah media berbentuk saluran
2
komunikasi, manakala filem, slaid, gambar, pita perakam dan alatan yang lain ialah media
berbentuk alatan fizikal teknologi.
Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej
pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan,
minat, dan perhatian penerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat
yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan mesej dengan berkesan
kepada penerima (pelajar).
3.0 Media dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian
dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan
gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan
untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak
memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran. Tujuan penggunaan media
pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa
yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan
motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat
pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara jenis-jenis
tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan elektronik. Pada hari
ini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam
kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini lebih
memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional seperti papan tulis, kapur dan
buku teks.
3.1 Projektor Overhed
Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal di dunia. Menurut Abd.
Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia adalah alat bantu mengajar yang kini meluas digunakan di sekolah-
sekolah. Peranan dan fungsi projektor overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan
3
tulis. Bahan pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi atau lut
sinar.
OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru dalam bilik darjah.
Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini menjadi kegemaran guru untuk
menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian penting pada OHP seperti sius on
dan off, fokus, pancaran, tayangan dan mentol. Alatannya yang sederhana merupakan satu
cabaran bagi guru untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dalam pembelajaran. Hal
ini kerana alat tersebut tidak menarik seperti teknologi lain seperti televisyen, komputer dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, Penggunaan OHP memudahkan guru dalam mempelbagikan
lagi kaedah seperti perbincangan, soal jawab, syarahan, sokratik dan sebagainya.
Pada kebiasaannya, penggunaan OHP akan digabungkan dengan kaedah syarahan. Hal ini
kerana penggunaannya meletakkan seseorang guru berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat
memastikan kawalan bilik darjah terjamin. Guru boleh membaca bahan pada transperansi tanpa
menoleh ke arah skrin. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memberi tumpuan semasa proses
pengajaran berlaku. OHP berbeza daripada kebanyakan projektor tayangan yang lain,
penggunaannya perlulah di bilik yang terang. Kelebihan ini merupakan satu bonus kepada guru
untuk menjayakan pengajaran. Keadaan bilik yang terang memudahkan pelajar untuk melihat
apa yang tertera di hadapan mereka dan sekaligus pelajar dapat menyalin dan membuat catatan
ketika guru menayang transparensi.
Penggunaan OHP juga boleh dipelbagai, selain menayangkan transprensi ia juga dapat
ditayangkan pelbagai bahan seperti sehelai daun atau pelbagai geomatrik yang dibuat daripada
kertas. Penayangan melalui OHP, bahan-bahan tersebut dapat dilihat dengan jelas lagi. Hal ini
dapat membantu pelajar sekiranya bahan yang dibawa oleh guru itu tidak mencukupi, jadi
dengan penayangan melalui OHP guru dapat menunjukkan kepada semua pelajar. Walaupun
OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi kesan penggunaan kepada pelajar masih
berkesan. Hal ini dapat dibuktikan, di mana banyak sekolah yang menggunakan OHP dan papan
tulis berbanding media pengajaran yang lain seperti televisyen, video dan lain-lain.
4
3.2 Perakam Kaset
Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru biasanya
menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan
pembelajaran atau gabung jalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain menyampaikan
pengajaran kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang sering
menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang
terdiri daripada fizik, kimia dan biologi. Ia juga merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal
ini kerana media perakam kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamt
pengajaran jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya sebagai media yang
membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu yang mempunyai keistimewaan yang
tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2002 ).
Teknik merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti kesusasteraan iaitu
sajak, puisi, syair, gurindam dan lain-lain. Guru boleh mendeklamasikan dulu bahan tersebut
dengan diiringi oleh muzik yang sesuai, selepas itu, bahan tersebut boleh diperdengarkan kepada
pelajar-pelajar. Kemudian meminta pelajar ulang kembali apa yang didengarkannya serta
meminta mereka mengeluarkan isi dari bahan tersebut. Melalui cara ini pelajar akan mudah
faham kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Latar suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat semulajadi ( Abdul
Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed, ( 2007 ). Ketiga-ketiga
aspek ini perlu diambil kira bagi mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan jelas
dan muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggalami suara guru tersebut. Rakaman yang
tidak jelas mengganggu tumpuan pelajar dalam memahami pengajaran yang hendak disampaikan
kepada guru. Perakam kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam
daripada daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan seperti guru mengajar
kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di mana semasa proses pengajaran berlaku
pelajar akan dapat terus mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana
perakam kaset dapat mengawal dan memberhentikan rakaman pada ketika yang sesuai. Dengan
5
itu guru boleh mencelah untuk menegaskan sesuatu perkara sebelum menyiarkan semula
rakaman tersebut.
Perakam ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran. Melibatkan pelajar
sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran yang akan datang adalah satu cara untuk
melibatkan pelajar. Guru boleh meminta pelajar merakam rancangan-rancangan yang sesuai
dengan topik pelajaran yang akan diajar, kemudian memperdengarkan rakaman tersebut di
hadapan kelas dan meminta komen, pendapat dan meminta pelajar mengaitkan dengan pelajaran
yang akan diajar. Kaedah ini bukan sahaja pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi
tajuk pengajaran yang diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga.
Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang mengajar ujian
lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakannya.
Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan
diajar. Sebagai contoh, guru dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk
merakam nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set atau semasa
pengajaran boleh diperdengarkan.
3.3 Televisyen dan Video
Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan.
Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak
membebankan para guru. Walaubagaimanapun pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu
sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan
kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para
pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara secara langsung.
Televisyen merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran ( pemancaran )
gambar hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi haba atau udara pada skrin
televisyen. Manakala video menurut kamus dewan bahasa ialah alat untuk merakamkan dan
menayangkan filem dengan menggunakan pita video yang disalurkan melalui peti televisyen.
Selain itu ia juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet yang digunakan untuk merakam gambar
dengan suaranya sekali dari televisyen.
6
Sebagai contoh, mata pelajaran dalam bab fekah seperti menunaikan haji dan umrah. Guru
yang pernah menjejaki ke tanah suci tidak menjadi masalah dalam menyampaikan isi pengajaran
tersebut, berbeza bagi guru yang belum berpeluang ke sana. Ia menjadi satu masalah bagi mereka
untuk menerangkan keadaan di sana. Jesteru sebagai alternatifnya, media televisyen dan video
menjadi pengganti untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana. Melalui media tersebut pelajar
akan dapat merasai suasana yang sebenar ketika di Mekah walaupun bukan secara keseluruhan.
Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen
pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa program televisyen khususnya kanak-kanak
telah berjaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka seperti menambah pengalaman baru,
perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Selain itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu mengelakan pelajar merasa
bosan ketika belajar. Kadang kala guru perlu ubah cara pengajaran dengan mempertontonkan
pelajar dengan video-video yang berkaitan untuk dikaitkan dengan mata pelajaran yang hendak
diajar. Sebagaimana contoh dalam pendidikan sejarah, guru boleh menayangkan filem yang
berunsurkan sejarah misalnya, Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan. Melalui filem ini guru boleh
menyuruh pelajar berfikir dan meminta mereka mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang
dipelajari. Secara tidak langsung pelajar akan mengulangkaji matapelajaran tersebut. Hal ini
berdasarkan pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu televisyen pendidikan telah banyak
mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid.
Pada hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan seperti rancangan
berbentuk kehidupan semulajdi iaitu flora dan fauna. Program-program seperti ini, guru boleh
sesuaikan dengan matapelajaran yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan
sebagainya. Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih cenderung kepada perkara
yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang guru, perlu pandai mengambil peluang ini
untuk diaplikasikan dalam subjek mereka dengan menyuruh pelajar menonton rancangan
tersebut supaya mereka lebih memahami subjek tersebut.
3.4 Komputer
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga
sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
7
kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Menurut Merrill ( 1986 ) komputer
adalah satu mesin pemprosesan maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Dalam
kamus dewan bahasa komputer membawa maksud alat elektronik yang menyimpan maklumat
pada cekera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya
apabila diperlukan. Terdapat beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara penginterasi tersebut ialah dalam bidang matematik, sains,
penulisan dan sebagainya. Penggunaan komputer ini boleh dilakukan dengan dua keadaan iaitu
guru sahaja yang menggunakan komputer dengan bantuan projektor overhed dan LCD supaya
apa yang ada pada skrin monitor dapat diperlihatkan kepada semua pelajar ataupun guru
membawa pelajar ke makmal komputer yang sedia menampung pelajar tersebut.
Menurut Compoy ( 1992 ), komputer memberikan pengalaman kepada pelajar untuk belajar
menjadi seorang penyelesai masalah yang cekap. Kebolehan ini akan menambahkan lagi
kecekapan mereka dalam bacaan dan matematik. Kenyataan ini menunjukan komputer menjadi
pembantu dalam menyelesaikan masalah pelajar dalam subjek matematik. Pelajar dapat
mejimatkan masa dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik yang kompleks serta
mendapat jawapan serta merta. Satu lagi bidang penggunaan komputer sebagai alat ialah dalam
pelajaran sains, di mana komputer di gunakan sebagai probeware dan alat interface. Probeware
apabila disambung dengan komputer akan membolehkan pelajar mengutip dan merekod data
seperti suhu, pH, pergerakan dan sebagainya. antara bidang lain ynag mengaplikasikan media ini
sebagai pengajran ialah dalam bidang penulisan iaitu dalam pemprosesan perkataan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu guru dalam melicinkan
pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat dan
juga untuk mengajar pelajar tajuk yang berkaitan. Sandholtz ( 1997 ) menyatakan bahawa
penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Seorang
guru perlu mempertimbangkan setiap pemilihan matapelajaran supaya dapat disesuaikan dengan
alat bantu mengajar menggunakan komputer. Hal ini supaya proses pangajaran dan pembelajaran
tercapai objektif. Selain itu, guru perlu membuat persediaan terlebih supaya dahulu, hal yang
tidak dijangka dapat dielakkan seperti komputer rosak atau bekalan elektrik terputus.
Pengendalian yang lancar dan penyampaian yang menarik akan dapat menarik minat pelajar.
8
Komputer digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu membosankan atau terlalu panjang
sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk Pendidikan Islam iaitu perkara-perkara yang
membatalkan iman. Di mana bawah tajuk ini terdapat beberapa unit antaranya syirik, kufur,
khurafat dan lain-lain. Jadi sebagai alternatifnya guru menggunakan komputer supaya
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh melibatkan pelajar dengan
menyuruh mereka membuat pembentangan di dalam kelas dengan menggunakan komputer.
Secara tidak langsung guru tersebut dapat mengajar mereka menggunakan power point semasa
pembentangan. Selain itu, mereka juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi pelajaran
tersebut. Penggunaan media berasaskan komputer sangat kurang digunakan oleh guru, bukan
kerana guru tidak berminat sebaliknya pihak pengurusan sekolah yang menyediakan pelbagai
prosedur untuk menggunakan bilik tersebut. Sepatutnya pihak sekolah tidak menghadkan kepada
guru tertenti sahaja sebaliknya memberi peluang kepada semua guru.
3.5 CD-ROM
CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca.
Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau cakera padat ialah cakera magnetik yang
mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar. CD-ROM juga
membawa maksud cakera padat iaitu ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory).
Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-
ROM. Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan
boleh menyimpan data sehingga 650MB.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitan CD-ROM buku teks. Ia adalah selaras
untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian buku
teks telah memperkenalkan buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan CD-ROM Guru. MyCD ialah CD-
ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti
interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks.
Aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti
pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif
9
di mana keputusan semua aktiviti murid dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan
interaktif memberikan murid latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang
telah dipelajari dalam buku teks. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran Galeri meningkatkan lagi proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Nilai
bahan dalam galeri tersebut dapat membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Bahan
multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi yang menarik.
Di samping itu, E-ujian juga turut diwujudkan iaitu ia merupakan satu alat pentaksiran
elektronik interaktif yang sebenar dan bertujuan untuk mengukur pencapaian murid secara
sumatif tetapi berperingkat. Keputusan ujian dan semua maklumatnya boleh disimpan di dalam
cakera keras komputer atau disket murid dalam papan skor. Di dalam E-ujian terdapat soalan
yang dikemukakan secara rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut aras. Murid tidak akan
diberi sebarang maklum balas pada jawapan yang betul atau salah kecuali markah ujian dalam
peratus, gred atau komen, tarikh ujian dan masa yang diambil untuk menyelesaikan ujian
tersebut. E-glosari atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi istilah
dan frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan audio bagi memudahkan
cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan istilah yang berkenaan manakala e-kamus
bergambar disediakan dengan gambar foto, ilustrasi atau animasi. Ini menunjukkan perbezaan
antara e-glosari dan e-kamus.
E-jurnal juga diperkenalkan oleh kementerian tersebut. E-jurnal adalah sebuah buku catatan
elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti atau tugasan. Maklumat yang dicatat dalam
e-jurnal boleh disimpan ke dalam disket murid atau pada cakera keras komputer. Maklumat ini
juga boleh dihantar kepada rakan atau guru melalui kemudahan e-mel.
Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD
sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama
sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar
meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam
makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran
berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya.
10
4.0 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk meningkatkan minat
dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah penggunaan media dapat mengatasi
pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah. Selain itu, penggunaan
media pada masa ini mampu mempenuhi pelbagai tuntutan dalam pendidikan memandangkan
pendidikan pada hari ini bukan hanya terbatas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semata-
mata, bahkan matlamat pendidikan lebih luas dan menyeluruh. Antara matlamat pendidikan ialah
untuk menghasilkan masyarakat yang memiliki pengetahuan keupayaan dalam mereka cipta
dengan menggunakan kreativiti disamping mampu bersaing dengan pelbagai kemajuan dalam
sains teknologi dan ledakan maklumat. Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai
ilmu pengetahuan belum mampu menjadikan modal insan, sebaliknya seorang manusia perlu
juga memiliki keupayaan dalam menguruskan diri dan mempunyai ketahanan mental dan emosi.
Tuntutan tersebut adalah berat bagi seseorang guru untuk memikulnya, maka penggunaan media
dalam pengajaran dapat meringankan tanggungjawab tersebut.
4.1 Pembantu guru
Memandankan peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar, maka media dapat
memainkan peranannya bersama-sama guru dalam meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dapat merancang jenis dan bentuk media yang sesuai
dan berkesan untuk digunakan semasa guru menjalankan pengajarannya. Guru-guru boleh
menggunakan carta, gambar rajah, slaid, foto, pita rakaman untuk memperdengarkan muzik atau
lagu dan bahan rakaman yang lain. Penggunaan pelbagai jenis media akan membolehkan pelajar
mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Media itu juga mendorong
pelajar menggunakan pancaindera sendiri untuk meninggalkan kesan sebenar, dengan ini
menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Contohnya, untuk memupuk nilai patriotik melalui
pengajaran sejarah, guru boleh menyampaikan fakta-fakta sejarah keganasan komunis ke atas
rakyat tanah melayu dengan sempurna sebaliknya sekiranya guru menggunakan sedutan filem
“bukit kepong” sewaktu pengajarannya pasti nilai-nilai patriotik dapat disemai ke dalam jiwa
pelajar. Maka dalam konteks tersebut, penggunaan televisyen dengan menayangkan filem bukit
kepong dapat membantu guru meningkatkan mutu pengajarannya dan pembelajaran menjadi
lebih bermakna.
11
4.2 penganti guru
Keupayaan guru mengendalikan pengajaran ada kalanya berdepan dengan pelbagai kekangan
seperti guru perlu menghadiri mesyuarat atau tugas-tugas lain yang memungkinkan kelas
terpaksa ditinggalkan seketika. Sebagai seorang manusia, guru tidak lepas daripada mengalami
situasi kurang sihat dan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti yang lazim
dilakukan. Hal-hal sebegini menjejaskan sedikit sebanyak proses pembelajaran pelajar, tetapi
dengan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran akan mampu mengurangkan
sebarang kesulitan tersebut.
Dalam hal ini penggunaan media mampu mewujudkan pembelajaran kendiri di mana
pelajar boleh belajar sendiri dengan panduan dan bimbingan yang terdapat dalam media yang
digunakan. Pada masa sekarang, terdapat banyak pihak yang telah menyediakan portal
pembelajaran kendiri yang membenarkan proses pembelajaran dikhendalikan sendiri pelajar
hanya dengan mematuhi arahan dan langkah pembelajaran yang diarahkan oleh media yang
digunakan. Secara tradisionalnya, guru menggunakan buku-buku latihan atau kad-kad aktiviti
yang mengandungi arahan dan langkah yang akan dilakukan oleh pelajar. Namun, pada masa
sekarang, perkembangan dalam multimedia melahirkan pelbagai ciptaan bahan media yang lebih
mampu menarik pelajar untuk mengikuti pembelajaran mereka walaupun sewaktu ketiadaan
guru. Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video.
Selepas mengikuti tayangan video tentang gemba bumi, pelajar diberikan latihan untuk
menjawab soalan-soalan berhubung dengan kejadian gempa bumi. Penggunaan media ini bukan
sahaja membangkitkan minat dan memupuk sikap berdikari pelajar, malahan pelajar menjadi
lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri dan pembelajarannya. Pelajar boleh
mempelajari sesuatu tajuk berulang-ulang kali sehingga pelajar benar-benar faham akan
kandungan tajuk pembelajaran tersebut. Walaupun tanpa kehadiran guru di bilik darjah, proses
pengajaran diteruskan dan pelajar tidak mengalami sebarang kerugian masa, malah tajuk-tajuk
pembelajaran dapat diteruskan seperti yang dirancangkan.
4.3 pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pengajaran pada masa ini yang
mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan menyelesaikan masalah dikalangan pelajar.
12
Dalam pendekatan ini, pelajar berpeluang untuk mengalami proses pembelajaran kendiri dengan
membina tajuk-tajuk pembelajaran, proses pembelajaran, hasil pembelajaran, dan penilaian
terhadap pembelajaran. Media memainkan peranan utama dalam pendekatan pembelajaran
berasaskan projek. Bermula dengan tema pembelajaran, pelajar dapat menjurus kearah tajuk-
tajuk yang lebih berfokus. Pelajar dapat memulakan pencarian maklumat dengan mengakses
maklumat yang dikhendaki dari internet. Penggunaan multimedia dalam sesuatu tugasan atau
projek yang dijalankan oleh pelajar menggalakkan daya kreativiti pelajar dalam persembahan.
Dalam pendekatan ini, pelajar diberikan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti atau projek
dengan berbantukan media.
4.4 media dalam pendidikan khas
Sistem pendidikan dituntut agar memberikan peluang yang sama rata kepada seluruh kanak-
kanak tanpa ada perbezaan. Perhatian yang khusus perlu ditumpukan kepada kanak-kanak
istimewa yang memerlukan keperluan khas dalam proses pembelajaran. Pendidikan khas
terbahagi kepada beberapa bentuk, antaranya pendidikan khas pemulihan, pendidikan khas
masalah pembelajaran, pendidikan khas penglihatan, dan pendidikan khas pendengaran. Kanak-
kanak berkeperluan khas ini mempunyai masalah yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Contohnya, kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka perlu melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Maka, penggunaan media yang sesuai akan dapat
membentu kanak-kanak ini menjalani proses pembelajaran dengan lebih sempurna.
Keupayaan teknologi hari ini telah berjaya mereka cipta pelbagai media pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak ini tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu dan
kemahiran contohnya, kanak-kanak yang cacat penglihatan boleh membaca dan mengarang
dengan bebrbantukan komputer yang memasukkan program bacaan dan mengarang kepada
mereka yang menghadapi masalah penglihatan. Komputer yang mempunyai reka bentuk khas ini
mempunyai papan kekunci berhuruf braille. Kanak-kanak tersebut akan menekan huruf
pilihannya dan setiap sesuatu perkataan selesai dieja, komputer tersebut akan membunyikan
huruf tersebut. Kanak-kanak ini akan meneruskan pembelajarannya hingga ke peringkat
mengarang dimana komputer tersebut akan membacakan setiap ayat lengkap yang telah dikarang
oleh pelajar tersebut sebaik sahaja pelajar meletakkan nokta pada ayatnya. Bantuan alat
13
komputer ini telah membuka peluang yang luas kepada kanak-kanak golongan ini untuk
mendapat hak dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Bagi kanak-kanak yang normal tetapi menghadapi masalah pembelajaran, mereka
memerlukan pendekatan yang berbeza dengan kanak-kanak normal yang tidak bermasalah dalam
pembelajaran. Kanak-kanak ini memerlukan strategi pemulihan bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan media dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah suatu pendekatan yang sangat berkesan bagi memupuk minat dan
meningkatkan pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Pemilihan media yang sesuai dan
menarik adalah penting bagi mendorong kanak-kanak ini belajar. Contohnya, penggunaan lagu
yang mempunyai susunan muzik yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak, menjadi tarikan ketika
kanak-kanak mengeja huruf-huruf yang di paparkan di skrin dan paparan huruf tersebut
dicantikan lagi dengan animasi yang menyebabkan kanak-kanak tidak bosan mengikuti
pembelajaran. Hal ini, jelas bahawa media dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan
khas merupakan satu pendekatan yang sangat positif dan berkesan.
4.5 media penyebar ilmu
Ledakan teknologi maklumat telah menyebabkan pelbagai ilmu dan maklumat telah tersebar
dengan pantas dalam masa yang cukup pendek. Seorang guru mungkin tidak mampu
menyampaikan pelbagai maklumat kepada pelajar pada satu waktu interaksi di bilik darjah.
Bahagian teknologi pendidikan, Kementrian Pelajaran Malaysia turut memainkan peranan
menjadi TV pendidikan yang menyediakan pelbagai rancangan dan program yang berinformatif.
Pelajar juga boleh memproleh pelbagai ilmu pengetahuan melalui program-program pendidikan
yang disiarkan melalui pelbagai saluran televisyen. Contohnya, pelajar boleh menguasai ilmu
geografi berhubung dengan kehidupan manusia di tempat lain yang mempunyai perbezaan
iklim, topografi, dan budaya melalui saluran discovery. Pelajar boleh mendapatkan bahan bacaan
dan rujukan melalui e-lebrary atau laman-laman web pendidikan yang menyediakan pelbagai
maklumat dan pengetahuan. Pada masa ini, maklumat dan pengetahuan bukan sahaja boleh
diperoleh dari pusat sumber hanya pada waktu-waktu tertentu. Sebaliknya waktu pembelajaran
boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan khendak pelajar dengan
menggunakan pelbagai saluran media. Bahan yang diperoleh akan dibawa ke bilik darjah untuk
dibincangkan bersama-sama dengan guru dan rakan-rakan. Ini bermakna, pembelajaran yang
14
berbantukan media mengubah konsep pengajaran dan pembelajaran tradisional yang terlalu
bergantung pada pemerolehan ilmu bermula dari bilik darjah dan guru.
Kesimpulannya
Media dalam pengajaran ialah suatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim
kepada penerima sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan
perhatian peneriama. Media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu guru dalam
meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Pembelajaran kendiri dan
pendekatan berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan melalui penggunaan media dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kepelbagaian media melibatkan pelbagai pancaindera pelajar daripada
pendengaran kepada penglihatan dan juga deria yang lain memberi pelajar pengalaman belajar
yang sebenar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
Terdapat pelbagai peranan yang dimainkan oleh media dalam pengajaran dan pembelajaran,
antaranya media boleh beperanan sebagai pengganti guru, pembantu guru, serta penyebar ilmu.
Seterusnya, media berperanan besar dalam pendidikan khas, yang mampu memudahkan proses
pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang cacat penglihatan dan
pendengaran serta media berperanan juga dalam pendekatan pembelajaran berasaskan projek.
15
Top Related