PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Peranan Seni dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai
“3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu
perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam
Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni
Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah:
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan
tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih
seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami
sesuatu tajuk yang diajar.
b) Memupuk nilai kerjasama
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama.
Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni
Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik
tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh.
c) Memenuhi keperluan sosial yang asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti –aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota
kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada
masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan,
keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang
diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin
terhdap dirinya danb menghargai bakat yang dimiliki.
d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea
dan isi kandungan.
e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau
bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang
dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan:
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.
Top Related