INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK KAJIAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU
PERMULAAN PRA-SEKOLAH
OLEH
JAWATANKUASA PENYELIDIKANJABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN RAJANGBINTANGOR, SARAWAK.
09 – 11 OKTOBER 2006
1
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN
PRA-SEKOLAH
Disediakan oleh :Jawatankuasa Penyelidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan,Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarawak.
Abstrak
2
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and
Phonetics (1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik,
emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah
berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar
bahasa, malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan
sebenar sesuatu bahasa tersebut.
Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai
pengkaji bahasa untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan
pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak
prasekolah. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan
psikologi berhubung pengajaran bahasa di kalangan kanak-kanak.
1.1 Latar Belakang Kajian
Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab,
berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam pelbagai bidang. Fungsi utama
proses pendidikan ialah sebagai agen perubahan dan pemasyarakatan ke arah
menjadikan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh.
3
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menggubal satu kurikulum kebangsaan prasekolah yang menitikberatkan enam
komponen asas yang meliputi komponen bahasa dan komunikasi, komponen
perkembangan kognitif, komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen
perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen
kreativiti dan estetika. Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan
pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan memahami perkembangan kanak-
kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan supaya mereka boleh
mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan,
kebolehan dan minat murid. Dengan perkataan lainnya kemahiran guru dalam
mengurus pedagogi pengajaran di pusat prasekolah dianggap sebagai satu yang
amat vital.
Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guru
prasekolah perlu meneliti kurikulum kebangsaan prasekolah secara menyeluruh
dan kemudian menstrukturkannya semula mengikut:-
a) titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang
mereka tahu dan boleh buat;
b) bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan
tahap serta keperluan kanak-kanak; dan
4
c) merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk
memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan
dalam bilik darjah.
Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikan
prasekolah:
“Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah”
( Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, 1993 )
Adalah sangat malang, sekiranya guru-guru prasekolah yang diharapkan
untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu
serta kurang berkemahiran untuk melaksana, memikul dan menyempurnakan
tugas tersebut. Jika keadaan ini berlaku, siapakah yang patut dipersalahkan?
Oleh itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
1.2 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung
amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru
5
permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Masalah yang akan dikaji ialah
melihat tahap amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek
kemahiran menulis dan kemahiran membaca.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang
berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan
semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah
berhubung tingkah laku kanak-kanak yang berada dalam transisi kemahiran
menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan ibu bapa dan guru prasekolah
kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka yang sudah
melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik
berbanding kanak-kanak prasekolah swasta.
Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan
cemas apabila mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi
tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi
ialah apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum
menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca)
dengan sempurna.
6
Sepatutnya ibu bapa dan guru prasekolah tidak harus bimbang dan
cemas kerana dari segi fisikologi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut
tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Pada peringkat
perkembangan yang sedang dialami oleh kanak-kanak tersebut , kordinasi motor
mereka belum lagi mantap untuk menulis dengan baik. Peranan orang dewasa
ialah memberi motivasi dan peneguhan kepada sebarang perlakuan bahasa
yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut (Vygotsky, 1978).
Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guru
prasekolah tersebut maka pengkaji beranggapan terdapat dua masalah dalam
amalan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan
guru-guru permulaan prasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-masalah
tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :-
i. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot
perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
ii. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru
permulaan prasekolah sebagai satu permasalahan dalam amalan pedagogi
7
pengajaran perkembangan bahasa di pusat-pusat prasekolah yang perlu
diselidiki.
(a) Soalan-soalan kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan
pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru
permulaan di Pusat-pusat Prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Soalan-soalan
kajian adalah seperti berikut:-
i. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
ii. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
1.4 Kesignifikan Kajian
Dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :
i. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain
dalam kalangan guru-guru permulaan berhubung pengajaran di bilik
darjah;
ii. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang
tahap amalan guru-guru permulaan terhadap pendekatan belajar melalui
bermain dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi;
8
iii. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran merangka satu pelan bertindak untuk
memastikan amalan pedagogi belajar melalui bermain diamalkan dalam
pengajaran perkembangan bahasa; dan
iv. hasil kajian ini juga membantu BPG KPM dalam mendapatkan
maklumat ke arah membuat satu perancangan yang berstruktur ke arah
mempertingkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan
pedagogi pengajaran perkembangan bahasa berasaskan pendekatan
belajar melalui bermain di kalangan guru-guru prasekolah.
1.5 Definisi operasi
1.5.1 Amalan
Satu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang
atau satu kebiasaan.
1.5.2 Pedagogi
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang
digunakan oleh guru-guru permulaan prasekolah dalam slot
komponen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak.
Pendekatan yang difokuskan ialah pendekatan belajar melalui
bermain.
1.5.3 Pendekatan Belajar melalui bermain
Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang bebas
9
dan selamat, mengembirakan dan bermakna. Ia meliputi main
sosioemosi (main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah /
binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas (psikomotor,
permainan luar), dan main sosiodrama (main peranan / simulasi /
hasil ciptaan).
1.5.4 Pengajaran
Merujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-murid
prasekolah.
1.5.5 Perkembangan Bahasa
Merujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang
terkandung dalam Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
yang meliputi lisan, menulis dan membaca.
1.6.6 Kemahiran Menulis
Merujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan,
lakaran dan tulisan yang kemas melalui aktiviti yang
menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat,
menconteng, membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
1.7.7 Kemahiran Membaca
Merujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut,
membaca perkataan dan rangkaikata yang bermakna.
1.7.8 Guru-guru Permulaan
Guru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun
hingga 3 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.
10
1.8 Batasan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan
pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru
permulaan di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Daerah Sibu, Sarawak sahaja.
Selain itu kejituan dapatan kajian bergantung kepada kejujuran tindak balas
respondan kepada soal selidik yang diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya
boleh digunapakai oleh semua institusi yang berkenaan di lokasi lain yang
mempunyai situasi, latar belakang dan tahap penyebatian amalan pedagogi
pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti dalam daerah kajian ini.
Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :
1.8.1 amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan
bahasa dan komunikasi)
1.8.2 dalam kalangan guru-guru permulaan
1.8.3 di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,
11
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan
kemudiannya menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi
mengkaji masalah perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran bahasa
kanak-kanak prasekolah.
2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di
kalangan kanak-kanak
Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis
dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga
enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak,
bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan
yang menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan
membentuk satu peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri
menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut telah mengubah
pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan
mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan
perkembangan mereka.
12
Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar
peranan guru prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan
keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah
kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan
pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis,
guru prasekolah telah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak
membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta
membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple
et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui
pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini
semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak
menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.
2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis
dan Membaca di Kalangan Kanak- Kanak
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan
keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah
kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal
perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh
diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara
mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna
yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini bahawa apabila seseorang
individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di
13
persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di
sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan
bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran
bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula
pandai bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin
et.al, 1986,2).
Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan
kanak-kanak:-
a) Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),
b) Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),
c) Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),
d) Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters),
dan
e) Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling
of first name).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa
dari aspek menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak
adalah dalam bentuk contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk
lakaran dan bentuk-bentuk yang dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang
lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak juga
14
dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak pandai mengatakan bahawa
mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya dilakukan sewaktu
kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah pandangan tersebut
masih relevan? Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh berbeza pada
hari ini dengan pengalaman dalam lingkungan lima belas atau dua puluh tahun
yang lampau.
Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan
perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan
kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut
Allyn dan Bacon (1997) kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah
meliputi kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil,
krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk contengan
(scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sebarang bentuk
lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan pada contengan
secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk huruf.
Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-
kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita. Kanak-
kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-
huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak
(composed of letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis
perkataan yang bermakna (distinguishable words).
15
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah
merupakan satu perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak
yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku
secara berperingkat-peringkat khususnya dalam konteks pengalaman bahasa
secara total. Terdapat banyak faktor perkembangan tertentu yang
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain faktor-
faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor persepsi, faktor kognitif,
faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau pengalaman seseorang
individu .
Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat
mekanik tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan
pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-
kanak prasekolah haruslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi.
Ferreiro dan Teberosky dalan buku mereka Literacy Before Schooling
(1982) menyebut
In children’s own first spontaneously produced graphic representations,
drawing and writing are undifferentiated. Gradually some lines acquire
forms like drawings, while others evolve towards imitation of the most
salient characteristics of written language. (ms. 52)
16
Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis
melalui penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku
bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang
tulisan. Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-
kanak adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri.
Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Schrader et.al (1987) dengan
mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan sistem
pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui
pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut
mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri
mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.
Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir,
emosi, sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan
mereka melalui permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-
bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah
sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana
perkembangan menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak banyak
dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak memerlukan alat untuk
menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan mereka untuk
menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan menulis
adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan
17
prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari dan
bercakap dengan bantuan orang dewasa.
Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanak
prasekolah tidak mendapat peluang menikmati menggunakannya tetapi hanya
melakukan latihan tersebut melalui menulis di udara dan di atas debu pasir.
Tanpa buku untuk diperhatian, kanak-kanak prasekolah mempunyai kurang daya
dorongan untuk membaca. Peranan ibu bapa dan guru prasekolah dengan
menunjukkan satu model minat membaca buku dan tingkah laku menulis
menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka juga ingin melakukan aktiviti
bacaan dan tulisan.
Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru
terpaksa duduk sepanjang hari dan mengajar kanak-kanak prasekolah membaca
dan menulis dengan menggunakan kaedah konvensyenal. Menurut Schrader
dan Hoffman (1987,3) kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekira guru
mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana
cara tersebut telah menyebabkan kana-kanak merasakan mereka kurang
mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah
terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara yang bermakna (meaningful
ways).
18
2.3Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran
Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak
Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun
boleh mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan
untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah
terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat
perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan
dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.
Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran
menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan
yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-
kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti
seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-
aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas.
Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai
kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat.
Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk
menulis dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan
kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah
19
disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan
penentu ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru
adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana
kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata
dalam interaksi seharian mereka.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai
kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca)
dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana
”..... that sounds are how language is put together”
(Nurss, 1980)
Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang
mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon,
1995; 317).
Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik
untuk memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-
kanak prasekolah (Beaty, J.J., 1998).
20
Antara cara-cara tersebut adalah :-
2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-
kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya
menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut
berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama
dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul
suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip
kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya
tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-
up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan
menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru
tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan
melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran
Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya
dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-
bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-
buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat
jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya.
Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan
21
(print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan
dan bacaan.
2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan
Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-
bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah
dan buku besar ditempatkan di sudut ini.
2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan
Jari
Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk
menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam,
kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir
atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan
menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya
perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula
huruf dan sebaginya.
2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam
penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis
olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan
kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter
writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti
menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut
22
dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak
balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa
tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul
motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.
2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan
olok-olok (mock writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan
disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti
bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil
atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu
mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.
2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad
Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna,
menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau
orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama
tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh
membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama
namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta
mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama
dengannya.
2.3.8 Kad-kad Abjad
Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang
mempunyai gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu
23
kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari
dengannya.
2.3.9 Membaca Buku Abjad
Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru
kepada seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa.
Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan
sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang untuk mengenal
pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.
2.3.10 Peti Surat Peribadi
Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan
menggunakan kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan
menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka
masing-masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada
murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka
untuk membalas pesanan tersebut.
2.3.11 Permainan Abjad Komputar
Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan
kemudahan komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh
menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka
untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat
baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad
di papan kekunci komputer.
24
2.3.12 Buku Besar / Big Books
Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding
dengan buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam
meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan
oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak
secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan
gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.
2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran
Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut
pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge ,
sudut permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut
Sains diletakkan buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif
diletakkan buku Moving from One to Ten, dan sudut motor kasar
diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya.
2.3.14 Hidangan Sup Abjad
Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk
mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan
tersebut. Kanak-kanak boleh membanding dan membuat perbezaan
kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya.
2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual
Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk
meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad.
Kanak-kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-
25
perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-
kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri bagaimana
mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah
papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.
3.0 Rumusan.
Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan
pada kadar masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita
sedar bahawa guru prasekolah semacam tidak memberi tekanan kepada aspek
perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian
mungkin terdapat kanak-kanak yang dapat membuat tulisan olok-olok (mock
writing) tetapi tidak pernah melakukannya di prasekolah. Mungkin juga terdapat
dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari tentang kewujudaan huruf-
huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah diabaikan oleh guru-guru
prasekolah dan orang dewasa.
26
(i) BAB III
(ii) METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan
digunakan dalam kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah proses pengumpulan
data, pemilihan sample, tempat kajian, kajian rintis, alat pengukuran kajian dan
kedah penganalisisan data. Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif
dalam bentuk deskriptif yang mengukur keberkesanan amalan penggunaan
pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema dalam pengajaran
oleh guru tersebut.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang
akan dijalankan melalui set senarai semak untuk mengumpul dapatan dari
maklumat guru-guru permulaan yang baru berkhidmat sebagai guru pra-sekolah
di sekolah-sekolah yang terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada
kekerapan amalan pedagogi pengajaran dalam slot perkembangan bahasa
dalam pengajaran harian, perancangan pengajaran, perlakuan-perlakuan
pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru terlibat.
27
(iii) 3.2 Prosedur Pengumpulan Data
(iv) 3.2.1 Penentuan Subjek kajian
Populasi dan responden kajian ini adalah meliputi semua guru
permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak yang telah berkhidmat dalam
tempoh masa 1 hingga 3 tahun. Terdapat seramai 15 orang guru permulaan
prasekolah di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Oleh
kerana jumlah populasi di daerah tersebut adalah kecil, maka semua populasi
tersebut telah diambil sebagai sample kajian untuk mendapatkan data.
(v) 3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Daerah
Seramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai
responden dalam kajian ini. Bilangan ini merupakan 100 % daripada
keseluruhan populasi. Mereka terdiri daripada guru-guru prasekolah di
sekolah kebangsaan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan
Gabungan Sibu.
(vii) 3.2.3 Metod Yang Digunakan
Untuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian,
penyelidik menggunakan 2 kaedah iaitu pertama kaedah tinjauan dan kedua
ialah kaedah kedua ialah amalan pemerhatian.
Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang
soal selidik yang menggunakan Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk
membuat tinjauan terhadap aspek perancangan dan pelaksanaan amalan
28
pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal selidik yang dihantar kepada subjek
kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-
f) Bahagian A : demografi responden ;
g) Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang
berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui
bermain, bersepadu dan bertema
h) Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang
berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui
bermain, bersepadu dan bertema.
Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai adalah
kerana mengikut Rubin dan Babie (1993), bagi mengukur responden yang besar
atau keseluruhan daripada populasi yang dipilih, penggunaan soalselidik adalah
lebih tepat dari segi kebolehpercayaan. Soalselidik juga memudahkan
responden memberikan reaksi sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang
dikemukakan. Ia memberikan masa kepada responden untuk berfikir sebelum
menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat ditujukan kepada banyak
responden pada masa yang sama di samping membolehkan keseragaman
dalam situasi pengukuran kerana setiap responden memberi tindakbalas
kepada soalan yang sama. Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti
akan lebih tekal semasa dianalisis dan ditafsir.
29
Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung
pengajaran guru permulaan prasekolah dalam bilik darjah. Satu senarai semak
pengajaran slot pengajaran Bahasa dan Komunikasi akan digunakan untuk
mendapat data yang berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam
bilik darjah selain dari data-data yang diperoleh melalui soal selidik yang
diberikan kepada subjek kajian. Set senarai semak ini akan dibina berpandukan
kajian-kajian terdahulu dan ditambah dengan aspek-aspek baru yang difikirkan
perlu.
Senarai semak pengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-
a) perancangan pengajaran slot Bahasa dan
Komunikasi oleh guru permulaan; dan
b) amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot
Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan.
3.3 Pentadbiran Alat Kajian
3.3.1 Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus
subjek kajian yang dipilih dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat.
Perjumpaan secara langsung dengan semua subjek kajian akan dapat
mengurangkan rasa syak wasangka dan tahap kebimbangan tinggi di kalangan
subjek.
3.3.2 Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki
kawasan kajian. Oleh kerana subjek kajian adalah di kalangan guru-guru
30
permulaan prasekolah, maka penyelidik akan membuat satu temu janji untuk
membuat satu sesi pertemuan untuk mengedar borang-borang soal selidik dan
untuk menentukan tarikh-tarikh untuk sesi pemerhatian.
3.3.3 Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan
kepada semua responden dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari
berkenaan atau beberapa hari selepas itu.
3.3.4 Senarai semak pula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi
pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan
dalam pengajaran-pembelajaran guru-murid.
3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang guru
permulaan di sekolah pilihan yang bukan termasuk dalam sample kajian. Sample
untuk tujuan kajian rintis ini mempunyai persamaan dari segi sifat dan cirri
daripada sample sebenar. Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian
rintis kerana Sarrilla (1998) pernah menggunakannya terhadap 20 sampel
sahaja.
Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan /
realibiliti instrument bagi menentukan tahap ketekalan dalaman melalui nilai
pekali cronbach alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan seperti jadual 1
berikut:
31
Jadual 1: Keputusan Kajian Rintis
No. Item Item Variable Nilai Alpha (α) Pilot Test Jumlah
1-6 Demografi var 1 – var 6 -
α.9101
B1 – B10
Bahagian B: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
var1 – var 10 α .8992
C1 – C8
Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
var 1 – var 8 α .7926
Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh
penyelidik menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada pada cronbach
α . 7926(stability coefficients) dan α .8992 (sufficient realibility) dan ditafsirkan
sebagai acceptable standardised test for internal consistency (Walter R. Borg &
Meredith Maien Gall, 1979. Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali
cronbach keseluruhan item berada pada nilai α . 91 yang ditafsirkan sebagai very
good realibility ( Vierra, A., & Pollock, J., 1992).
32
3.5 Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Data
(vi) Untuk pepemprosesan data yang diperolehi, bentuk statistik
yang akan digunakan ialah statistik Deskriptif. Data yang dikumpulkan
akan dianalisis dengan menggunakan perisian `Statistical For The Sosial
Science ( SPSS ) version 10.0 .
33
BAB IVDAPATAN / ANALISIS DAN PERBINCANGAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN SLOT PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN PRASEKOLAH.
4.0 Pendahuluan
Bab ini bertujuan untuk menentukan amalan pedagogi pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan
prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak . Tumpuan khusus dalam bab ini adalah
untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam Bab I.
Hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa iaitu fasal 4.1, fasal 4.2, dan
fasal 4.3. Dalam fasal 4.1 perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian
berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot
perkembangan bahasa dan komunikasi. Selian dari itu dalam fasal 4.1 juga
akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan
belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran guru-guru permulaan
prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.2 adalah
berhubung perbincangan hasil kajian dan fasal 4.3 ialah mengenai rumusan
dapatan kajian.
4.1 Hasil Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan
bahasa dan komunikasi bagi guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu,
Sarawak akan dibincangkan dalam fasal-fasal yang berkenaan. Fasal 4.1.1 akan
34
membincangkan analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar
melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi. Fasal 4.1.2 akan membincangkan analisi kajian berhubung
pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan
pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi oleh guru-guru
permulaan prasekolah.
4.1.1 Analisis pengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam merancang pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi
Berdasarkan data yang dikutip, terdapat seramai 28 orang respondan
telah menyatakan pandangan mereka melalui soal selidik yang dihantar secara
langsung kepada mereka. Respondad tersebut adalah terdiri daripada 28 orang
guru-guru permulaan di pusat prasekolah di Daerah (Bahagian )Sibu. Jadual 1
berikut menunjukkan latar belakang respondan.
Jadual 2: Latar belakang Respondan Mengikut Jantina, Pengalaman Mengajar, Kelulusan Akademik, Pengkhususan Di Maktab / Universiti dan Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang.
Pembolehubah Kekerapan
Jantina Lelaki 4 (14.3%)Perempuan 24 (85.7%)
Pengalaman MengajarTahun Pertama 6 (21.4%Tahun Kedua 9 (32.1%Tahun Ketiga 13 (46.4%)
Kelulusan Akademik
SPM 17 (60.7%)STPM 10 (35.7%)Diploma 0 (0.0%)Ijazah 1 (3.6%)
Pengkhususan Di Maktab / Universiti
Pengajian Prasekolah 26 (92.9%)Pengajian Melayu 0 (0.0%)Pengajian Inggeris 0 (0.0%)Am 2 (7.1)
Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang Prasekolah 28 (100.0%)
35
Jadual 3: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi.
Item(N=28) STS TS S SS Min Sisihan
PiawaiSentiasa merancang kategori belajar melalui bermain yang sesuai dalam pendakatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
0(0.0%)
2(7.1%)
17(60.7%)
9(32.1%) 3.250 .5853
Sentiasa mencatatkan kategori main yang perlu/hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran.
0(0.0%)
4(14.3)
21(75.0%)
3(10.7) 2.964 .5079
Sentiasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid-murid
0(0.0%)
0(0.0%)
19(67.9%)
9(32.1%) 3.321 .4756
Sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak gunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas.
0(0.0%)
3(10.7%)
13(46.4%)
12(42.9%) 3.321 .6696
Sentiasa merancangan beberapa soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa muird-murid melalui aktiviti bermain.
0(0.0%)
1(3.6%)
17(60.7%)
10(35.7%) 3.321 .5480
Sentiasa merancang supaya unsur kesepaduan pendekatan main sambil belajar dan pendekatan bertema dan bersepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
0(0.0%)
1(3.6%)
18(64.3%)
9(32.1%) 3.285 .5345
Sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0(0.0%)
0(0.0%)
17(60.7%)
11(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang untuk menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam P & P melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0(0.0%)
2(7.1%)
14(50.0%)
12(42.9%) 3.357 .6215
Sentiasa memilih stretegi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni.
0(0.0%)
0(0.0%)
17(60.7%)
11(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang supaya kategori main yang dipilih bersesuaian dengan objektif pelajaran hendak yang dicapai.
0(0.0%)
2(7.1%)
14(50.0%)
12(42.9%) 3.357 .6215
Purata 0% 5.35% 59.66% 35.0% 3.296
(Realibility : α .8992)
36
Dari Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya 59.66% dan 35.0% guru-
guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka mengambil kira
pendekatan belajar melalui bermain apabila merancang pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan
bahawa aspek menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang
diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain (60.7% dan 39.3%) dan
memilih strategi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni
(60.7% dan 39.3%) adalah sepenuhnya dibuat dalam menyediakan perancangan
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kelas
prasekolah. Selain dari itu guru-guru permulaan prsekolah juga bersetuju
bahawa mereka senitasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan
perkembangan murid.
Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa
aspek mencatat kategori main yang perlu / hendak digunapakai dalam
perancangan pendekatan pengajaran mendapat skor kurang setuju yang paling
tinggi. 14.3% guru-guru permulaan prasekolah tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan hanya
merancang aktiviti bermain tanpa mengkategorikan jenis main yang hendak
digunakan dalam pendekatan yang dikenal pasti. Begitu jugalah terdapat 10.7%
guru-guru permulaan kurang bersetuju sentiasa merancang penggunaan bahan
sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak digunapakai
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas prasekolah.
37
Data ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan ada merancang bahan
sumber untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi mereka
tidak menitikberatkan kelasifikasi bahan tersebut dengan kategori main yang
hendak digunapaka oleh mereka.
4.1.2: Analisis mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain pelaksanaan pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.
Analisis berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain
dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi
dapat diperoleh dari Jadual 4 di bawah.
Jadual 4: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
Item(N=28) STS TS S SS Min Sisihan
PiawaiSentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran
0(0.0%)
3(10.7%)
20(71.4%)
5(17.9%) 3.071 .5394
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran.
0(0.0%)
2(7.1%)
17(60.7%)
9(32.1%) 3.250 .5853
Menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran
0(0.0%)
5(17.9%)
19(67.9%)
4(14.3%) 2.964 .5762
Selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0(0.0%)
0(0.0%)
12(42.9%)
16(57.1%) 3.571 .5040
Mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa.
1(3.6%)
4(14.3%)
14(50.0%)
9(32.1%) 3.107 .7860
Selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik.
3(10.7%)
10(35.7%)
10(35.7%)
5(17.9%) 2.607 .9165
38
Selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan .
0(0.0%)
2(7.1%)
18(64.3%)
8(28.6%) 3.214 .5681
Selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan.
0(0.0%)
3(10.7%)
15(53.6%)
10(35.7%) 3.250 .6455
Purata 0.0% 12.93% 55.81% 29.46% 3.129
(Realibility : α .7926)
Secara keseluruhannya, 55.81% dan 29.46% guru-guru permulaan
memberi pandangan bahawa mereka menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru
permulaan juga memberi pandangan bahawa mereka selalu menyebatikan nilai-
nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain (42.29% dan 57.1%).
Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa
guru-guru permulaan kurang bersetuju bahawa mereka selalu memberi
keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui bermain air dan pasir bagi
membolehkan murid menulis dengan baik (10.7% sangat tidak bersetuju dan
35.7% tidak bersetuju). Ini menunjukkan bahawa penggunaan sudut main pasir
dan main air kurang dimanfaatkan oleh guru-guru permulaan untuk menyubur
perkembangan fizikal (motor halus) bagi membolehkan murid-murid prasekolah
menulis dengan baik.
39
4.2 Perbincangan Hasil /Analisis Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran guru-
guru permulaan prasekolah seperti yang dinyatakan dalam fasal 4.1.1, dan fasal
4.1.2, akan dibincangkan dalam bahagian ini dalam fasal-fasal berikut:-
4.2.1 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasil kajian ini telah
mendapati bahawa hampir semua semua guru permulaan (71.4% dan 17.9%)
sentiasa menyediaan rancangan kategori bermain yang sesuai dalam
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Daripada 28 orang
respondan hanya 3 orang respondan (10.7%) yang tidak bersetuju mengatakan
bahawa mereka menyediakan rancangan kategori bermain yang sesuai dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini mengukuhkan lagi
pandangan Spodek & Saracho (1988) bahawa guru perlu membuat perancangan
yang rapi sebelum memulakan pengajarannya di bilik darjah. Perancangan yang
teliti adalah satu rancangan yang mengambilkira antara kategori main yang
bersifat kependidikan (educational play) dan kategori main yang bukan bersifat
kependidikan (noneducational play).
Bukti-bukti daripada kajian ini juga memberi satu gambaran kepada kita
bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang aktiviti yang
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (67.9% dan 32.1%). Menurut
40
Doris Bergen (1988, 169-180) sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru adalah
perlu menitik beratkan kesesuaian antara kategori dan jenis main dengan aspek
pembelajaran atau perkembangan kanak-kanak.
Dariapada soal selidik kajian ini ia juga jelas menunjukkan bahawa guru-
guru permulaan prasekolah sentiasa merancang penggunaan bahan sumber
yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak diguna pakai dalam
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (46.4 % dan 42.9%).
Maklum balas ini mengukuhkan lagi pandangan yang dibuat oleh Margaret Lay-
Dopyera dan John Dopyera (1993) bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah menuntut guru merancang sumber yang sesuai
dengan perkembangan kanak-kanak.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru permulaan sentiasa
merancang soalan-soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa murid-
murid melalui aktiviti bermain. 60.7% dan 35.7% respondan memberi pandangan
bahawa mereka merancang soalan-soalan yang berkaitan dalam persediaan
mengajar mereka. Kajian Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) ke
atas pengajaran guru yang bernama Kate membuktikan bahawa guru tersebut
menggunakan persediaan mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang. Guru yang dikaji (Kate) oleh Margaret Lay-Dopyera dan John
Dopyera melakukan soalan dan penyoalan dalam bilik darjah berlandaskan
soalan-soalan yang telah dirancangkannya. Dengan adanya satu rancangan
41
soalan-soalan bertujuan untuk menyuburkan perkembangan bahasa kanak-
kanak, seseorang guru berupaya untuk membawa murid-muridnya melepasi
tahap perkembangan proximal(Vygotsky, 1988).
Berdasarkan soal selidik dari respondan, adalah didapati bahawa guru-
guru permulaaan sentiasa merancang untuk memasukkan unsur-unsur
kesepaduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (64.3%
dan 32.1%). Data ini menjelaskan bahawa amalan pedekatan bersepadu dalam
kalangan guru-guru permulaan di Daerah Sibu amat menggalakkan. Dapatan
kajian yang dibuat oleh Shatz dan Gelman (1977, 189-198) ke atas murid-murid
prasekolah menunjukkan bahawa unsur kesepaduan kemahiran dalam
perkembangan bahasa perlu dirancang sama ada kemahiran mendengar dan
kemahiran bercakap atau kemahiran menulis dan kemahiran membaca.
Sehubungan dengan itu Morrison (1995, 367), menyarankan unsur kesepaduan
dalam pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk membantu murid-murid
membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari mereka di bilik darjah.
Dari soal selidik adalah didapti bahawa guru-guru permulaan prasekolah
sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan
yang diserapkan melalui belajar melalui bermain. Dapatan dari soal selidik ini
selaras dengan satu kajian yang dibuat oleh Warren-Leubecker dan Bohannon
(1989) berhubung nilai dalam berkomunikasi. Nilai dalam komunikasi perlu
dibimbing (rancang) untuk membantu kanak-kanak menyedari tentang
42
perbezaan nilai dalam komunikasi. Terdapatnya perbezaan nilai semasa
berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan orang lebih dewasa.
Pernyataan yang diperoleh dari soal selidik ini mengukuhkan amalan pedagogi
pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan dalam kandungan Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah.
Unsur kemahiran berfikir adalah satu keperluan dalam pengajaran dan
pembelajaran di pusat prasekolah. Data yang diperoleh dari soal selidik
menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang
unsur penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah (50.0% dan 42.1%). Hanya 2 (7.1%) dari 28 orang respondan
menyatakan mereka kurang bersetuju ada merancang penyebatikan kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Seifert dan Hoffnung
(1991), perkembangan kognitif kanak-kanak amat mempengaruhi pemikiran
kanak-kanak, perasaan dan juga tingkah laku mereka. Memandangkan bacaan
adalah satu tingkah laku berfikir dan memahami, dan belajar membaca adalah
satu proses konstrukif dalam penyelesaian masalah, Mason (1986, 48-66),
mencadangkan mengajar bacaan hendaklah dirancang dan difokuskan kepada
cara kanak-kanak berfikir. Hal yang sama pernah diingatkan oleh Marrison
(1995, 357) agar guru-guru pendidikan prasekolah perlu memasukkan kemahiran
berfikir melalui soalan dan penyoalan dalam bilik darjah. Dengan adanya
membuat rancangan secara sistematik ini kanak-kanak dapat dibantu untuk
membuat perkaitan antara makna dan fungsi dengan baik.
43
Dari data soal selidik adalah didapati bahawa 60.7% dan 39.3% guru-guru
permulaan prasekolah sentiasa memilih strategi yang sesuai untuk
menyebatikan nilai-nilai murni. 50.0% dan 42.9% respondan memberi
pandangan bahawa mereka sentiasa merancang kategori main yang dipilih
sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Data ini memberi
makluman bahawa guru-guru permulaan prasekolah masih mengamalkan nsur-
unsur yang ditekankan semasa dalam latihan di maktab perguruan.
Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan
oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa
kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu
senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat
maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik
seperti dalam Jadual 6 .
Jadual 6: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan
Kategori Main Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan PembelajaranMin
Main Sosioemosi / Main Pondok dll
Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek2.2016
(57.1%4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll
Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh1.751
(3.6%)3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll
Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa4.01
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll
Menconteng Atas Pasir Menulis Dalam Air2.02
(7.1%)1
(3.6%)
44
Berdasar Jadual 6 di atas, guru-guru permulaan lebih gemar memilih
kategori Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%)
untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam menyediakan
rancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dari
pemerhatian ini juga dapat dirumuskan bahawa guru-guru permulaan kurang
menggunakan kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam merancangan
pengajaran mereka.
Walau bagaimanapun dapatan dari pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik secara langsung ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan
prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain ketika
merancang pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam bilik
darjah.
4.2.2 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
Berdasar Jadual 4, secara keseluruhannya respondan bersetuju memberi
pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan Bahasa dan Komunikasi
(55.81% bersetuju dan 29.46% sangat bersetuju). Skor yang paling tinggi dari
segi pandangan mengenai pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain
ialah penyebatian nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. Semua
respondan memberi pandangan bahawa mereka menerapan nilai murni melalui
45
aktiviti belajar melalui bermain. 42.9% respondan bersetuju dan 57.1%
respondan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.
64.3% dan 28.6% respondan menyatakan bahawa mereka selalu
menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam
pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Bermain yang bermakna dan
menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah adalah yang
merujuk kepada educational play (Spodek & Saracho, 1988, 9-22). Permainan
yang bersifat kependidikan dalam konteks pengajaran bagi murid-murid
prasekolah memerlukan satu perancangan strategi yang sesuai dan rapi.
Dari aspek menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perkembangan pelajaran 60.7% dan 32.1% respondan memberi pandangan
bahawa mereka melaksanakannya dalam amalan pengajaran di bilik darjah.
Jenis main yang digunapakai dalam pelaksanaan amalan pengajaran dan
pembelajaran adalah yang meliputi permainan yang dirancang dengan teliti dan
memasukkan beberapa unsur berkaitan dengan peraturan-peraturan dalam
pelaksanaanya. Murid-murid hendaklah diajar tentang strategi permainan terlebih
dahulu bagi memungkinkan pelaksanaannya berjalan dengan baik. Kajian
Hawkin (1965) mendapati permainan dramatik adalah amat berguna dalam
perkembangan sosial dan sekali gus membantu pembelajaran bahasa dalam
kalangan murid-murid prasekolah.
46
53.6% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu
menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid,
seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan
lawatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamal pusat prasekolah
menerima secara positif bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah
suatu pendekatan teras. Aktiviti menulis dan membaca di pusat prasekolah dapat
dicapai dengan berkesan apabila murid-murid menerokanya sendiri melalui
penerokaan yang menyeronokkan (main) dengan bahan-bahan
dipersekitarannya mereka (Janice J.Beaty, 1998,294). Dapatan ini juga sejajar
dengan dapatan kajian-kajian yang dibuat oleh Gentile & Hoot, 1983; Pellegrini,
1980; Wofgang & Sanders, 1981 yang mengatakan bahawa permainan dramatik
adalah aktiviti simbolik yang menyeronokkan seperti dalam tulisan dan bacaan
yang ada unsur-unsur yang bersifat simbolik.
71.4% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka
sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan
pengajaran. Pandangan yang diberikan oleh respondan seperti ini
memperlihatkan kepekaan mereka tentang peri pentingnya permulaan
pengajaran yang menyeronokkan. Menurut J. Piaget bahawa murid-murid
prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun masih berada dalam peringkat
perkembangan praoperasi konkrit. Unsur bermain sebagai pencetus berfikir
adalah sesuai dan berkesan.
47
67.9% dan 14.3% respondan memberi pandangan mereka sentiasa
menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran. Dari
data yang dikutip ia jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan bersetuju
bahawa penutup bagi setiap aktiviti di bilik kelas prasekolah akan lebih menarik
dengan adanya penutup yang menyeronokkan. Penggunaann teknik nyanyian
dan pergerakan kreatif selalunya mengakhiri sesuatu sesi slot pengajaran di bilik
prasekolah. Dapatan dari data ini ada kaitannya dengan kajian yang dibuat oleh
M.Greenberg (1979, 110-111) ke atas Jimmy, seorang murid prasekolah.
Kajiannya memperlihatkan bahawa nyanyian yang dipilih oleh guru perlulah
mengambil kira nyanyian yang pernah dalam pengalaman murid. Nyanyian-
nyanyian yang di luar pengalaman murid atau di luar konteks budaya murid akan
menyebabkan ia tidak diminati oleh mereka.
50.0% dan 32.1% respondan memberi pandangan mereka mengamalkan
belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi. 35.7% dan 17.9% respondan memberi
pandangan bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor
halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik .
Latihan motor halus dengan menggunakan unsur bermain air memang dianggap
sesuai dijalankan oleh guru-guru dalam bilik darjah. Dapatan dari maklum balas
soal selidik mendapati hanya sebilangan kecil sahaja guru-guru permulaan
menggunakan unsur main air dalam membantu perkembangan bahasa murid-
murid walaupun permainan air adalah merupakan salah satu permainan
48
manipulatif dan juga boleh diklasifikasikan sebagai main bebas membantu
perkembangan motor dan perkembangan afektif bagi murid-murid prasekolah.
Menurut Dorothy Cohen (1972) dengan menyediakan permainan air dan pasir,
murid-murid prasekolah dapat berpeluang untuk meneroka dan membentuk
makna mereka sendiri.
Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan
oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa
kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu
senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat
maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik
seperti dalam Jadual 7 .
Jadual 7: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan
Kategori Main Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan PembelajaranMin
Main Sosioemosi / Main Pondok dll
Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek2.2016
(57.1%4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll
Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh1.751
(3.6%)3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll
Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa4.01
(3.6%)Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Baca dan Tulis Dalam Air 2.0
2(7.1%)
1(3.6%)
49
Berdasar Jadual 7 di atas, guru-guru permulaan lebih memilih kategori
Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk
dilaksanakan dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
Menurut Beaty, J.J ( 1998,268), bahawa kanak-kanak pada peringkat prasekolah
apabila disediakan dengan persekitaran yang kondusif contohnya melalui
suasana yang menyeronokkan, akan memberi galakkan kepada mereka untuk
meneroka dan menulis huruf secara bebas. Cara yang dilakukan oleh guru-guru
permulaan ini adalah sejajar dengan pandangan Goodman (1986)
......if both teacher and children attempt to understand written language. In
this way, the children will greater reading power.
Selain dari itu pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik juga
menunjukkan bahawa kategori Main Sosiodrama / Main Peranan kurang
dilaksanakan oleh guru-guru permula dalam pengajaran slot Perkembangan
Bahasa dan Komunikasi.
Walau bagaimanapun secara keseluruhannya hasil dari pemerhatian yang
dilakukan oleh penyelidik semasa pelaksanaan pengajaran dilakukan oleh guru,
ia dapat mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa guru-guru permulaan
prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam aktiviti
pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi.
50
Berdasarkan analisis data dari soal selidik dan senarai semak
pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik, maka bolehlah disimpulkan
bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan
pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan dan pelaksanaan
pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Rumusan ini adalah
bersandar kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru permulaan melalui
soal selidik (Jadual 3, dan Jadual 4) serta pemerhatian secara langsung
pengajaran guru dalam bilik darjah oleh kumpulan penyelidik (Jadual 6 dan
Jadual 7).
4.2.3 Kekangan dalam kajian
Secara amnya penyelidik menghadapi beberapa kekangan untuk
menganalisiskan data dalam bentuk kuantitatif secara deskriptif. Masalah
menyebatikan prinsip triangulation dalam kajian deskriptif mengalami satu
kesukaran. Penyelidik sedar tentang keperluan membuat triangulation dalam
kajian bercorak deskriptif. Namun unsur yang dikaji ialah amalan pedagogi
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah.
Perkara utama yang menjadi kekangan penyelidik ialah apabila penyelidik tiada
keupayaan melaksanakan triangulation melalui sesi temu bual untuk
mengesahkan antara data yang ditulis sendiri oleh respondan dan perkara yang
diperhatikan oleh penyelidik. Faktor kesuntukan masa dan kewangan yang ketat
menyebabkan penyelidik mengambil keputusan untuk mengabaikan sesi temu
bual dengan respondan.
51
Perkara yang kedua menjadi kekangan penyelidik ialah dari segi masa
kajian ini dibuat. Kajian ini hanya melalui masa yang agak pendek yakni hanya
dalam tempoh dua bulan sahaja. Kekangan masa yang dialami oleh penyelidik
adalah ekoran dari kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berwajib agak
lewat diterima.
Kekangan yang ketiga ialah kajian ini tidak melihat pemerolehan sintaksis
dan semantik dari faktor sosio - psikologi. Pengkaji memang sedar bahawa faktor
sosio-psikologi mempunyai kaitan yang amat erat dalam mempengaruhi
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Faktor -faktor budaya,
politik, dan ekonomi dalam persekitaran individu itu memang mempunyai
pengaruh ke atas perkembangan bahasa. Bukti-bukti daripada kajian yang dibuat
oleh Basil Bernstein (1962) dan Frank Riessman (1962) yang mendapati bahawa
faktor persekitaran seperti budaya, politik dan ekonomi mempengaruhi
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak golongan pertengahan dan
golongan buruh di England dan kanak-kanak di kawasan setinggan atau ghetto
di Amerika Syarikat. Kajian-kajian lain seperti yang dibuat oleh Well ( 1981 ;
1985), Snow (1972), Newport dan Gleitman (1979) dan Ringler (1978) telah
membuktikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah akibat daripada
interaksi orang dewasa dengan kanak-kanak.
52
BAB V
RUMUSAN
5.0. Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan pandangan keseluruhan tentang
rumusan kajian yang dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat daripada
dapatan kajian. Rumusan tentang tujuan, soalan kajian, sampel, prosedur
dan instrumen kajian akan dibincangkan dalam fasal 5.1. Fasal 5.2 adalah
yang berkaitan dengan kesimpulan dapatan kajian mana kala fasal 5.3 akan
membicarakan implikasi dapatan kajian ini.
5.1 Rumusan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan
pedagogi pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam
kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan
membaca. Secara spesifiknya tumpuan kajian ialah kepada pendekatan
pengajaran belajar melalui bermain di kelas prasekolah. Di samping itu kajian
ini juga ingin melihat amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan
bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan.
Selain daripada tujuan utama di atas kajian ini juga bertujuan untuk
meninjau amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi di pusat prasekolah dalam kalangan guru-guru permulaan.
. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:-
53
1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran
perkembangan bahasa dan komunikasi?, dan;
2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran
perkembangan bahasa dan komunikasi?
Sample kajian ini meliputi 28 orang guru permulaan prasekolah di
Daerah Sibu, Sarawak. Jumlah sample tersebut mewakili lebih dari 70%
(tujuh puluh peratus) dari 40 buah pusat prasekolah di sekolah kebangsaan di
Daerah Sibu.
Prosedur pengumpulan data yang dijalankan oleh penyelidik meliputi
aspek-aspek penentuan subjek, taburan respondan, metod pengumpulan
data dan pentadbiran kajian. Secara keseluruhannya penentuan subjek
kajian adalah secara rawak dengan mengambil kira kemudahcapaian
respondan. Sekolah-sekolah yang sukar dihubungi dengan jalan raya
dikecualikan. Oleh yang demikian tiada data yang mewakili maklumat amalan
pedagogi pengajaran di pusat prasekolah di kawasan pesisiran pantai dan
kawasan pedalaman di Daerah Sibu.
54
Taburan respondan dilakukan secara rawak. Seramai 28 orang guru
permulaan prasekolah digunakan sebagai sample. Ia meliputi 70% dari
populasi guru prasekolah di Daerah Sibu. Jumlah ini dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi kerana hampir semua guru prasekolah diambil
sebagai sample.
Dengan menggunakan metod tinjauan dan pemerhatian, pengkaji
dapat membuat triangulation. Data yang diperoleh dari tinjuan melalui soal
selidik kemudiannya dibuat tringulation melalui pemerhatian secara langsung
oleh penyelidik di sekolah-sekolah yang berkenaan. Dengan cara ini segala
maklumat dari tinjauan akan dapat disemak kebolehpercayaanya melalui
data-data yang dikutip melalui pemerhatian. Walau bagaimanapun masih
terdapat kelemahan dengan cara yang sedia ada. Penyelidikan bersifat
desriptif akan lebih tinggi kebolehpercayaannya apabila triangulation secara
temu bual dapat dilakukan oleh penyelidik. Triangulation melalui temubual
tidak dapat dijalankan oleh penyelidik akibat faktor masa dan kewangan.
Dari aspek pentadbiran alat kajian terdapat beberapa kekuatan yang
dilakukan oleh penyelidik. Data tinjauan dijalankan semasa lawatan ke
sekolah. Setelah data dilengkap isi oleh respondan penyelidik mengutip
semua soal selidik pada ketika itu. Pada ketika yang sama penyelidik terus
membuat pemerhatian ke atas rancangan mengajar dan pelaksanaan
55
pengajaran dan pembelajaran guru. Data-data yang diperoleh adalah secara
langsung oleh penyelidik sendiri.
5.2 Kesimpulan Kajian
Pada keseluruhannya kajian ini telah memberi jawapan kepada
dua perkara pokok dalam amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan
bahasa dan komunikasi di bilik darjah prasekolah dari aspek kemahiran
membaca dan kemahiran menulis iaitu;
1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan
belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
Tegasnya daripada bukti-bukti yang terdapat dalam penyelidikan ini
menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir
mengaplikasikan perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi. 59.66% dan 35.0% respondan memberi pandangan mereka
bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
56
Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang
dilakukan oleh penyelidik iaitu 57.1% dan 14.3% respondan merancang
memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih
kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih kategori
Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih kategori Main Sosiodrama / Main
Peranan.
Guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu adalah juga mahir
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan
pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Iaitu 58.81% dan
29.46% respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini
diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian
yang dilakukan oleh penyelidik. Terdapat 57.1% dan 14.3% respondan telah
melaksanakan aktiviti kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan
10.7% memilih aktiviti kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6%
memilih aktiviti kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih aktiviti
kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
57
5.4 Implikasi Dapatan
Dapatan-dapatan kajian yang disimpulkan di atas mempunyai
beberapa implikasi terhadap pendidikan bahasa, khususnya terhadap teori
pembelajaran bahasa dan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
dalam kalangan kanak-kanak di peringkat prasekolah.
Pertama, dapatan-dapatan kajian ini memberi natijah bahawa
perancangan program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah vital
dalam menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa. Menurut Cazden
(1972) dan Krashen (1981) bahawa proses pembelajaran bahasa kedua
sewajarnya mesti selari dengan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-
kanak.
Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan
Morrison (1995) bahawa penyediaan program atau aktiviti yang berkualiti di
pusat prasekolah memerlukan suatu perancangan yang teliti. Walau
bagaimanapun, dapatan dari kajian ini juga memberi gambaran kepada kita
bahawa guru prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan
psikologi untuk membantu mereka menghadapi kanak-kanak yang baru
melangkah ke alam persekolahan di peringkat prasekolah.
Dapatan kajian ini juga menyokong bentuk Sukatan Prasekolah
Kebangsaan bagi Pendidikan Prasekolah Kebangsaan sekarang
58
(Kementerian Pelajaran Malaysia,1993) kerana sukatan ini selari dengan teori
bahasa dan psikologi mutakhir. Tegasnya, sukatan pelajaran ini mempunyai
unsur pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang
berasaskan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak peringkat praoperasi.
Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah
perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi tertentu yang dapat
membantu mereka mentafsir sukatan pelajaran serta memilih strategi,
membina dan menyusun bahan pengajaran secara berkesan. Di samping itu
pembelajaran bahasa di kelas prasekolah merupakan lanjutan dari
pemerolehan bahasa di rumah (Lindfors, 1980) iaitu melalui penerokaan.
(exploratory play).
Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap
pengajaran bahasa di bilik kelas prasekolah. Ia membayangkan bahawa
angkubah guru sebagai “model bahasa” dan pengajar bahasa mempunyai
hubungan yang rapat. Dari sudut yang lainnya bahawa amalan pendekatan,
prosedur dan teknik mengajar serta bahan pengajaran yang digunakan oleh
guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan pembelajaran bahasa
di bilik kelas prasekolah.
59
5.5 Cadangan Untuk Penyelidikan Lain Pada Masa Akan Datang.
Penyelidik memang menyedari tentang beberapa batasan penyelidikan
ini. Pertama penyelidikan ini dijalankan terhadap kanak-kanak peringkat
prasekolah di pusat prasekolah Daerah dan respondannya adalah terdiri
daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi yang pelbagai. Kanak-
kanak prasekolah di luar bandar dan dalam bandar , dan kanak-kanak pada
peringkat umur yang sama dan umur yang berbeza-beza. Ketiga adalah
pemerhatian pengajaran slot bahasa dan komunikasi terhadap kanak-kanak
prasekolah dibuat dalam satu tempoh masa yang amat singkat.
Memandangkan pemilihan sampel dibuat oleh pengkaji dengan
mengambil kira jangka masa untuk pemerhatian agak singkat berbanding
beberapa kajian yang pernah dibuat oleh Brown (1973) dan Wells (1981)
yang memakan masa selama satu tahun, maka sudah pastilah kajian ini
hanya mampu membuktikan beberapa ciri umum amalan peadagogi
pengajaran bahasa dan komunikasi dari bacaan dan tulisan. Penyelidikan
jangka panjang mungkin lebih memberi input yang lebih banyak . Banyak
unsur lain yang akan dicungkilkan untuk menjadi renungan kita bersama.
Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan ini amat menggalakkan dan
perlu diperkemaskan lagi kaedah kajian atau penyelidiakan yang sedia ada
ini agar dapat pola-pola pengajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Penyelidikan ini yang dijalankan secara deskriptif mungkin akan
diperkemasakan menjadi kajian yang bercorak kuantitatif yang lebih mantap.
60
Dengan pembatasan dan implikasi kajian ini maka pastilah ia dapat
dijadikan sebagai landasan baru untuk kajian-kajian bahasa kanak-kanak
yang selanjutnya, khususnya tentang perkara-perkara seperti berikut:-
5.5.1 Penyelidikan jangka panjang (longitudinal) terhadap amalan
pedagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dalam kalangan
guru-guru permulaan di sekolah-sekolah bandar atau luar
bandar.
5.5.2 Penyelidikan terhadap faktor-faktor sosio-psikologi dalam
pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-
kanak prasekolah.
61
Bibliografi
Bergen, D. (1988). Using a schema for play and learning. In D. Bergen (Ed.), Play as a medium for learning and development. Portmouth, NH: Heinemann.
Bernstein, B. (1962). “Social Class, Linguistics Codesw and Grammatical Elements”. Language and Speech, 5, hlm 221-240.
Cazden, C. (1972). Child Language and Education. New York: Holt, Rinehart dan Winston.
Cohen,D.H. (1972). The Learning Child. New York: Pantheon.
Ferreiro, E., & Teberosky, a. (1982). Literacy before schooling. Portsmouth, NH: Heinemann.
Janice, J. Beaty, (1998). Observing Development of the Young Child.New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Gentile, L.M., & Hoot, J.L. (1983). Kindergarten play: The foundation of reading. Reading Teacher, 36, 436-439.
Goodman, Y, (1986). Children coming to know literacy. In W.H.Teale & E. Sulzby (Eds.), Emergent literacy: Writing and reading. Norwood, NJ: Ablex
Gordon, A.M., & Browne, K.W. (1995). Beginning and Beyond: Foundation in Early Childhood Education: Delmar Publishers Inc.
Greenberg, M. (1979), Young Children need music. Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall.
Hawkins, D. (1965). Messing about in science. Science and Children, 2(5).
Kamaruddin Hussin, (1986). Kaedah Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa. Subang Jaya, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Krashen, S.D. (1981). Second Language Acquisition and Secong Language Learning in the Classroom. Oxford: Pergamon Press.
Lay-Dopyera, M. & Dopyera, J. (1993). Becoming a Teacher of Young Children. USA: McGraw-Hill, inc.
Linfors, J.W. (1980). Children’s Language and Learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall, Inc.
62
Mason, J. (1986). Kindergaten reading: A proposal for a problem-solving approach. In Spodek (Ed.), Today’s kindergarten: Exploring the knowledge base, expanding the curriculum. New York: Teachers College Press.
Morrison, G.S. (1995). Early Childhood Education Today. Englewood Cliffs, New Jersy: Prentice Hall.
Newport, E.L., Gleitmann, H dan Gleitman, L.R. (1979). ”Mother, I’d rather Do It Myself: Some Effects and Non-Effects of Maternal Speech Acts”. Dalam P. Fletcher dan M. Garman, Language Acquisition-Studies in First Language Development. Cambridge: Cambridge University Press.
Nurss, J.R. “Research in Review: Linguistic Awareness and Learning to Read.” Young Children,March 1980.
Pellegrini, A.D. (1980). The relationship between kindergarten’s play and achievement in pre-reading, language and writing. Psychology in the schools, 17, 530-535.
Ringler, N. (1978). “A Longitudinal Study of Mother’s Language”. Dalam N. Waterson dan C. Snow (Eds). The Development of Communication. Chichester: John Wiley and Sons.
Shazts, M. dan Gelman, R. (1977). ”Beyond Syntax: The Influence of Coversational Constrains on Speech Modification”. Dalam Talking to Children: Language Input & Acquisition, ed.C.E. Snow dan C.A Ferguson. Cambridge: Cambridge University Press.
Saracho, O.N. (1990). Developmental sequences in three-year-old children’s writing. Eraly Child Development and Care.
Schrader, C.T., & Hoffman, S. (1987). Encouraging children’s early writing efforts. Day Care and Early Education.
Seifert, K.L, & Hoffnung, R.J. (1991). Child and adolescent development. (2nd ed). Boston: Houghton Mifflin.
Snow, C. (1972). “Mother’s Speech to Children Learning Language”. Journal Child Developent. 43 (1972) hlm. 549-65.
63
Spodek, B., & Saracho, O.N. (1988). The Challenge of education play. In D.Bergen (Ed.), Play as a medium for learning and development. Portsmouth, NH: Heinemann.
Temple, C.A., Nathan, R.G., & Burris, N.A. (1993). The beginnings of writing. Boston: Allyn and Bacon.
Vierra, A. & Pollock,J. (1992). Readingf Education Research. Scottsdale: Gorsuch Sewishirch.
Vygotsky, L. (1978). Mind and society. Cambridge: Havard University Press.
Walter, R. Borg & Meredith Damien Gall. (1979), Educational Research : An Introduction. 3rd Edition, New York, London: Longman.
Wells, G. (1985). Language and Development in the Pre-School Years. Cambridge: Cambridge University Press.
______ . 1981Learning through interaction: A Study of Language Development. Cambridge: Cambridge University Press.
Wolfgang, C.H., & Sanders, T.S. (1981. Defending young children’s play as the ladder to literacy. Theory into Practice, 20, 116-120.
64
Top Related