1
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menguji, Mentauliah dan
Menyenggara Sistem Pemantauan Prestasi dan Trafik Rangkaian
untuk Kegunaan MAMPU Secara Sewaan Bagi Tempoh (12)
Bulan
Untuk
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
TARIKH PELAWAAN
3 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
8 NOVEMBER 2016 (SELASA)
DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL
NOMBOR SEBUT HARGA: 21/2016
2
ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Kenyataan Tawaran
1.1 Sebut Harga Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menguji,
Mentauliah dan Menyenggara Sistem Pemantauan Prestasi dan Trafik
Rangkaian untuk Kegunaan MAMPU Secara Sewaan Bagi Tempoh
(12) Bulan adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan di bawah kesemua kod bidang
seperti berikut:
1.2
Kod Bidang
210101 Hardware (Low End Technology) - Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance.
210103 Software – Supply all computer software, operating system, database, off-the- shelf packages including maintenance.
210105 Telecommunication/networking - supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN / WAN / Internet / wireless / satellite).
1.3 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan
Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.
1.4 Tarikh Tutup
1.4.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 8 November 2016
(SELASA) sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
1.4.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
2. Dokumen Sebut Harga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.mampu.gov.my.
3. Penyerahan Dokumen Tawaran Sebut Harga
3.1 Penyebut harga WAJIB menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga
(Lampiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:
3
3.2 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah
diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Perolehan)
3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen
Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
4. SYARAT-SYARAT AM
Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan
apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan
terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
JADUAL 1
Lampiran 1 Borang Tawaran Harga
Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa
Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga
Lampiran 6
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib);
Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);
Penyata bank satu bulan yang terkini (September 2016/Oktober 2016) (Wajib); dan
Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika Ada)
Lampiran 7 Cadangan Penyebut Harga
4
4.1 Pembiayaan
Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam
penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam
proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.
4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga
4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur
dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta
keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari
lokasi penyebut harga sendiri.
4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan
tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan
Malaysia.
4.3 Tempoh Sah laku Tawaran
4.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada
tarikh tutup sebut harga.
4.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku
tawaran asal, MAMPU boleh meminta tempoh sah laku tawaran
dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara
bertulis.
4.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak
diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi
hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebut harga.
4.4 Penyebut harga Yang Berjaya
4.4.1 Penyebut harga yang berjaya perlu untuk menandatangani Surat
Setuju Terima (SST) dalam tempoh empat belas (14) hari daripada
tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan dan satu dokumen kontrak
boleh disediakan oleh Kerajaan bersama Penyebut Harga yang
berjaya.
4.4.2 Penyebut harga yang berjaya perlu melaksanakan aktiviti
pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan
5
pentauliahan perisian yang ditawarkan sehingga dapat beroperasi
sepenuhnya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Surat
Setuju Terima Tawaran. Sekiranya pihak Penyebut harga yang
berjaya GAGAL berbuat demikian, tawaran yang diserahkan akan
DIBATALKAN.
4.4.3 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan
sebagai telah dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut
harga.
4.5 Harga Tawaran
4.5.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia
(RM) dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta
kos tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan,
pembungkusan, penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain
kos yang bersangkutan dengan pembekalan yang ditawarkan.
4.5.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap
dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan
berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga
yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah
dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh
dibuat sebarang perubahan.
4.5.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan
secara elektronik sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti
yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran
Pembekal di bawah Sistem eP.
4.6 Publisiti
Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di
dalam sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan /
media massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih
dahulu.
4.7 Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan
6
penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa
Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan
jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa
kontrak yang timbul daripadanya.
4.8 Hak Menerima Atau Menolak
4.8.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga
dan membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut
harga pada bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa
melibatkan apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang
terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk
memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebut harga
yang terlibat.
4.8.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut
harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta
menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam
spesifikasi.
4.8.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut
harga yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua
pun. Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak
diperlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut
harga.
4.9 Penamatan Kontrak
MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-
bila masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi
obligasi sebut harga mengikut perjanjian.
4.10 Pembetulan Kesalahan
4.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh
penyebut harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah
tidak dibenarkan sama sekali.
4.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam
sebut harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:-
7
a) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka
dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan
diambilkira; dan
b) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang
didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar
unit yang dicatitkan akan diambilkira.
4.10.3 MAMPU akan mengubah apa-apa perbezaan seperti yang
dinyatakan di para 4.10.2 mengikut prosidur yang ditetapkan dan
penyebut harga adalah terikat diatas perubahan ini.
4.11 Hak Milik dan Deliverables
4.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan
tidak boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk
pihak lain tanpa kebenaran MAMPU.
4.11.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya
semua kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang
telah ditetapkan.
4.12 Rasuah
4.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-
apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka
pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat
aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak
terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
8
4.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan
bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau
tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau
tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan
awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).
4.13 Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar
atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil
syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga
melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak
syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan
Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di LAMPIRAN 4.
4.14 Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai
dokumen sebut harga boleh merujuk kepada:
Encik Badrul Hisham bin Abu Bakar
No. Tel : 03-8872 3073
Encik Mohd Hafedzy bin Mohd Nasir
No. Tel : 03-8892 7452
9
LAMPIRAN 1
BORANG TAWARAN HARGA
Spesifikasi Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyenggara Sistem Pemantauan Prestasi dan Trafik Rangkaian untuk Kegunaan MAMPU Bagi Secara Sewaan Bagi Tempoh (12) Bulan
SPESIFIKASI KUANTITI HARGA SEUNIT
HARGA (RM)
1. Membekal, Memasang, Menguji, Mentauliah
dan Menyenggara Sistem Pemantauan Prestasi dan Trafik Rangkaian untuk Kegunaan MAMPU Secara Sewaan Bagi Tempoh (12) Bulan
Merangkumi: i Pemantauan “Distribution Switch”
ii Pemantauan “Floor Switch”
iii 1 unit “Network Probe”
iv Management Server and Console with Web-
based Dashboard
Termasuk:
a. Support Service (1-Year)
i. 9.00am – 5.30pm unlimited phone/email/web
support and remote troubleshooting/consultation
(working days)
ii. Onsite troubleshooting (8.30am – 5.30pm
working days)
iii. 4-hours response onsite visit for critical
servers incident
b. Preventive Maintenance (4 kali setahun)
c. Administrator Training (Latest version), 5 pax
HARGA SEWAAN SEBULAN (TANPA 6% GST)
HARGA KESELURUHAN SEWAAN UNTUK 12 BULAN (TANPA 6% GST)
RINGGIT MALAYSIA :
10
LAMPIRAN 2
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual
ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut Harga
berkenaan tidak dipertimbangkan.
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
A. Spesifikasi Umum
1 Sistem pemantauan prestasi dan trafik rangkaian dalaman MAMPU di Putrajaya dan Cyberjaya secara sewaan
M
2 Tempoh sewaan selama dua belas (12) bulan
M
3 Sistem mestilah serasi dan boleh berintegrasi
dengan sistem sedia ada. Rujuk lampiran 8. M
4 The proposed system must able to automatic
classification of traffic by type and protocol in
real-time M
5 The proposed system must be to extensive
support for switches and routers from H3C,
Cisco, Juniper, Foundry, Extreme and
Enterasys
M
6 The proposed system must able to identify the
traffic patterns through the network in real-
time M
7 The proposed system must able to identify the
traffic sources (top talkers) and destinations M
8 The proposed system must able to identify
the:
traffic destination by group,
domain,
top level domain (TLD)
M
9 The proposed system must able to grouping
information based on common parameters
including IP addresses by domain, TLD or
country and work together with all the desktop
management module which is currently used
by MAMPU.
M
11
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
10 The proposed system must able to
automatically flags high traffic flows to
unmonitored ports and highlights those ports
as candidates for monitoring
M
11 The proposed system must able to
configurable support for proprietary protocols M
12 The proposed system must able to exposes
unauthorized applications, including file and
music sharing and link the user to existing
Desktop Management.
M
13 The proposed system must able to detect of
failed connections M
14 The proposed system must able to configure
the role based management for user access
to configure and reports generation
M
15 The proposed system must able to configure
and manage the data retention policies
M
16 The proposed system must able to start and
stop services from console
M
17 The proposed system must able to setting of
address remodule levels
M
18 The proposed system must able to access to
database and service status, providing instant
views of database parameters and running
services
M
19 The proposed system must able to confige
logging levels
M
20 The proposed system must able has
notification on database status
M
21 The proposed system must able to access to
specific reports via web console
M
12
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
22 The proposed system must able to produce
the following reports:
Top Protocol,
Top application (port number),
Top conversations,
Top sender host,
Top receiver host,
Top sender domain,
Top receiver domain,
Top sender top level domain(TLD),
Top receiver TLD,
Top type of service
M
23 The proposed system must able to automated
rollup data with hourly, daily, weekly, monthly
and yearly views
M
24 The proposed system must able to allow user
configuration of all reports to display
information in custom formats.
M
25 The proposed system must able to sorts and
displays filtered reports by:
protocol,
application,
host,
domain,
Top Level Domain,
groups,
type of service.
M
B. Perkhidmatan Memasang, Menguji Dan Mentauliah
1 Installation and complete configuration of administration server
M
2 Ground installation and complete
configuration for all monitoring devices including but not limited to Network Probe , Management Server and Console for MAMPU HQ and branches.
M
3 Penyebutharga mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya 3-tahun pengalaman mengendalikan penyelesaian yang ditawarkan. Sila kemukakan senarai pengalaman seperti di LAMPIRAN 5.
M
13
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
4 Kesemua perkhidmatan berkaitan hendaklah hanya dijalankan oleh kakitangan teknikal penyebutharga yang bertauliah dalam pengendalian perisian ditawarkan. Sila kemukakan Carta Organisasi projek, senarai kakitangan teknikal serta sijil pentauliahan.
M
5 Prepare Final Acceptance Test (FAT)/User
Acceptance Test (UAT) upon completion M
C. Perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan/Preventive Maintenance (PM) Berkala
1 Keperluan kekerapan : 4 kali setahun M 2 Sila kemukakan cadangan jadual
penyelenggaraan dalam bentuk Gantt Chart.
M
3 Penyebutharga perlulah mengeluarkan laporan Preventive Maintenance (PM) dan diserahkan kepada MAMPU dalam tempoh 1-minggu selepas setiap kali penyelenggaraan disempurnakan.
M
Penyebutharga perlulah mematuhi skop penyelenggaraan seperti berikut :
4 Netflow management servers/s configuration fine-tuning, database optimization, logs backup and archiving, upgrade version upon availability.
M
5 Identify problematic on monitoring issues and reportings (not updated for a long time, damaged system, performance issue due to resource usage etc..) and perform immediate corrective action.
M
6 To compile and prepare periodic network
monitoring report/analysis/action plan and incident tracking report (solved/pending issue,)
M
D. Khidmat Sokongan & Meja Bantuan
Penyebutharga perlulah memberi khidmat sokongan dan mempunyai kemudahan meja bantuan seperti berikut di sepanjang tempoh kontrak :
1 Pembekal mesti mempunyai Sistem Helpdesk dan Pelan Perkhidmatan Penyelenggaraan yang lengkap.
M
2 Khidmat sokongan yang ditawarkan hendaklah meliputi hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
M
3 Sila kemukakan cadangan support procedure (flow chart) atau deraf Service Level Agreement (SLA) yang menyatakan dengan jelas respon masa dan saluran khidmat sokongan bagi setiap jenis kes.
M
14
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
E. Khidmat Latihan Kemahiran Pengendalian Perisian Antivirus (Transfer Of Technology)
Penyebutharga mesti memberikan latihan rasmi kepada pegawai ICT MAMPU yang terlibat sekurang-kurangnya seperti berikut :
1 Penyebutharga MESTI memberi maklumat lengkap mengenai tawaran latihan-latihan i. topik latihan dan ii. bilangan hari yang diperlukan.
M
2 Penyebutharga MESTI memberi latihan (Transfer of Technology) untuk perisian yang dibekalkan dalam perlaksanaan projek dari tenaga pengajar atau Engineer yang diiktiraf (Certified Engineer and Recognize by Principle).
M
3 Penyebutharga MESTI memberi maklumat
lengkap mengenai tawaran latihan-latihan di atas mengikut topik latihan dan bilangan hari yang diperlukan
M
4 Penyebutharga MESTI menjelaskan program
Pemindahan Teknologi (ToT) dan Change Management yang ditawarkan semasa perlaksanaan projek ini.
M
5 Penyebutharga MESTI membekal minima dua (2) set lengkap dokumentasi dan manual untuk perisian yang dibekalkan semasa projek dilaksanakan. i. Standarad Operating Procedure (SOP); ii. System Requirement Specification (SRS); iii. Manual Pengguna; dan iv. Laporan Ujian Penerimaan Project Accomplishment Plan (Plan Timeline)
M
15
LAMPIRAN 3
SURAT AKUAN PEMBIDA
Kepala Surat
Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili
….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti
di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti
di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
16
LAMPIRAN 4
SURAT PERWAKILAN KUASA
Kepala Surat Syarikat
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA Tarikh:
Tuan,
PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:………………………………
selaku pemilik Syarikat………………………………………………………………akan
menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga
Membekal, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyenggara Sistem Pemantauan
Prestasi dan Trafik Rangkaian untuk Kegunaan MAMPU Secara Sewaan Bagi Tempoh
(12) Bulan untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan
perolehan tersebut iaitu:
Nama : …………………………………………
Alamat : …………………………………………
Jawatan : ………………………………………
No. I/C : …………………………………………
No Telefon : …………………………………………
Emel : …………………………………………
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak
kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi
perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
………(Tandatangan)…........
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat: * potong yang mana tidak berkenaan.
17
LAMPIRAN 5
KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT
1. Nama Syarikat : ……………………………………………………………………
2. Alamat Syarikat : ……………………………………………………………………
3. No.Telefon : ……………………………………………………………………
4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : ……………………………………………………………………
5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………………..
6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………………..
7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..
Bil Nama No. K/P Warganegara
1.
2.
3.
8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.
Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %
Bumiputera
Bukan Bumiputera
9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..
10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..
18
11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………
Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
Eksekutif
Teknikal
Perkeranian
Buruh/Kaki
tangan
Rendah
12. Pengalaman syarikat yang berkaitan/setara kepada agensi lain yang telah siap atau
dalam pelaksanaan (3 Tahun Terkini):
Bil. Keterangan Kontrak/Projek
Tarikh Mula – Tarikh tamat
Nilai Kos Nama Agensi yang dilaksanakan
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………………….
Nama : ………………………………………………………….
Jawatan Rasmi : …………………………………………………………
No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………
No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………
Emel : …………………………………………………………
Cop Rasmi Syarikat : …………………………………………………………
19
LAMPIRAN 6
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (wajib);
Sijil Akuan Bumiputera (jika ada); dan
Penyata Bank satu bulan yang terkini (Bulan Spetember 2016/Oktober 2016)
(wajib); dan
Sijil Pendafaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika ada).
20
LAMPIRAN 7
CADANGAN PENYEBUT HARGA
Carta Organisasi Projek (wajib);
Senarai Kakitangan Teknikal Serta Sijil Pentauliahan (wajib); dan
Jadual Penyelenggaraan dalam Carta Gantt (wajib);
Cadangan ‘support procedure (flow chart) atau Services Level Aggrement (SLA)
bagi Khidmat Sokongan dan Meja Bantuan (wajib); dan
Risalah tentang produk yang ditawarkan (jika ada).
LAMPIRAN 8
21
SISTEM SEDIA ADA
1. PERKAKASAN:
i. Floor Switch : H3C
ii. Building Switch : H3C, CISCO
iii. Server : Virtual, Quad-core AMD Opteron Processor 8378 2.41GHz;
Windows Server 2012, 64bit; RAM 6Gb; Storage 400Gb.
iv. PC & Notebook (Windows 10 64bit) : 850 unit
2. PERISIAN
i. Desktop Management Application: TCO Stream
ii. Application Antivirus : ESET
Top Related