1
PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT DI
KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Yufiza Mohd Yusof1, Rafidah Mohd Basir
2, Saleha Abd Azis
3 dan Zamaruzaman Mohamad
4
Kolej Komuniti Sungai Siput1,2
, Kolej Komuniti Pasir Salak3 &
Kolej Komuniti Batu Gajah4
E-mel: [email protected], [email protected], [email protected],
Abstrak
Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013. Kolej
Komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan PISH bagi institusi pendidikan di Malaysia
dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk
membangun insan seimbang melalui proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual,
kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah
dengan penuh ikhlas dan redhaNYA. Beberapa buah Sekolah Tahfiz, Sekolah Maahad dan
Sekolah Pondok telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini. Ini melibatkan pembinaan kurikulum,
tenaga pengajar yang sesuai, pengguna premis serta penglibatan keseluruhan tenaga kolej dan
pihak sekolah. Penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti jumlah kolaborasi kursus PISH dengan
institusi-institusi luar, mengenalpasti jumlah kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar
institusi agama, mengenalpasti jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH dan
keberkesanan PISH kepada komuniti. Akhirnya kajian ini ingin melihat impak pelaksanaan PISH
terhadap komuniti Fasa 1. Kesemua 7 Wilayah Kolej Komuniti yang mewakili seluruh Kolej
Komuniti di Malaysia terlibat sebagai responden dalam proses pengumpulan dan kutipan data.
Diharapkan pelaksanaan PISH di kolej komuniti dapat memberi pendedahan tentang ilmu
kemahiran teknikal dan keusahawanan kepada peserta dari institusi keagamaan ia juga memberi
peluang kepada komuniti setempat mendalami ilmu keagamaan secara berterusan. Seterusnya,
semoga harapan atau cita-cita TPM dapat direalisasikan dengan berkesan agar masyarakat Islam
di Malaysia bersedia untuk berubah, iaitu dengan mengembalikan semula semangat belajar dan
meneroka ilmu tanpa had umur. Meskipun mereka sudah lama meninggalkan alam persekolahan
atau pendidikan formal, umat Islam tidak sepatutnya melihat bahawa proses pembelajarannya
sudah tamat.
Kata Kunci: PISH, keberkesanan, kolaborasi, institusi dan badan keagamaan
2
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan tunjang utama dalam melahirkan individu yang berpengetahuan serta
mampu bersaing di peringkat global. Cabaran-cabaran seperti perubahan ekonomi global,
perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan
mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
Melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh
merupakan hasrat kerajaan Malaysia.Penambahbaikkan ini bermula daripada peringkat pra
sekolah sehingga ke menengah atas,ini termasuklah aliran vokasional.Program berorientasikan
Pendidikan Islam telah diberi perhatian pada masa kini, dimana program ini diharap mampu
memberi keseimbangan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Perubahan ini perlu dilaksanakanuntuk
mencapai kemajuan negara, di mana ia bergantung kepada kecemerlangan dan akhirnya
membentuk modal insan yang holistik dan kompeten. Selain itu negara juga ingin melahirkan
modal insan yang mampu menguasai ilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu dunia tetapi hebat ilmu
akhiratnya. Dalam ucapan Menteri Pendidikan II beliau mengatakan, “....bahawasanya modal
insan bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan negara”.
Rasullah SAW telah bersabda:
‘Untuk berjaya dalam hidup, kita mestilah berilmu. Untuk berjaya di akhirat kita
juga perlu berilmu. Untuk berjaya dunia dan akhirat wajiblah kita berilmu’.
(Riwayat Al-Tarmizi).
Ayat ini bermaksud bahawa untuk menjadi seorang yang berjaya, ilmu pengetahuan itu
amatlah penting. Kejayaan seseorang individu bergantung kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki
untuk terus maju di dalam apa juga lapangan yang diceburi, baik di dunia mahupun di akhirat.
Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan Pendidikan
Kolej Komuniti (JPKK) telah mewujudkan satu program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat
(PISH) untuk dilaksanakan kepada komuniti. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan
pelancaran PISH oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April 2014. Program ini
dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti terutamanya pelajar-pelajar
institusi keagamaan seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah, masjid,
surau dan juga komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan berjaya dalam pelbagai
kerjaya dunia dan akhirat.
3
Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00 oleh Menteri
Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui
Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej
komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehingga tahun 2014, sebanyak 91
buah kolej komuniti beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah
menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir
daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal
dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat
setempat bagi meningkatkan kehidupan masyarakat; mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli
masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah bermula pada tahun 2004 dan kolej komuniti
telah bertindak sebagai hub PSH tersebut. Sehingga akhir tahun 2013, penyertaan PSH di kolej
komuniti mencecah lebih sejuta orang peserta dalam pelbagai bidang kemahiran. YAB Timbalan
Perdana Menteri telah mencadangkan agar pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH) dijadikan dasar utama negara. Pada 5 April 2014,YAB Timbalan Perdana Menteri telah
melancarkan Program PISH bertempat di Kolej Komuniti Ledang, Johor.Sepanjang tahun 2011
hingga 2013, sebanyak 22,082 orang peserta telah mengikuti kursus jangka pendek berkaitan
Pendidikan Islam.
Oleh yang demikian, satu kajian untuk melihatkeberkesananprogramPISHdi kolej komuniti
perlu dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk melihat samada pelaksanaan program PISH ini
seiring dengan matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada
komuniti setempat tanpa mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan
PSH yang dilaksanakan KPM merupakan penyumbang utama dalam menyediakan akses
kemahiran kepada masyarakat. Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal
insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara
agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan
komuniti.
4
1.1 KRONOLOGI
Idea pelaksanaan PISH berdasarkan saranan yang dikemukakan olehYAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Rentetan
dari itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh
pada 9 Disember 2013 untuk mendapatkan input awal berkenaan hala tuju PISH.
Pada 21 Januari 2014, Mesyuarat Perancangan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat Bil.1/2014 berlangsung dengan dihadiri oleh Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri
Pendidikan II, Y.Bhg. Tan Sri Yusof Noor Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran
dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Ketua Pengarah JPKK, Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Politeknik, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran, Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Dasar Antarabangsa SPT serta Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan SPT. Mesyuarat Penyelarasan bagi penyediaan bahan/silibus PISH anjuran
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran Bil 1/2014 telah diadakan pada 28 Januari
2014 dan disusuli Mesyuarat berikutnya Bil 2/2014 pada 6 Februari bagi tujuan pembinaan,
penyelarasan dan kemaskini bahan dan silibus yang berkaitan dengan kursus dan program PISH.
Pada tarikh 5 April 2014 Majlis Pelancaran PISH telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang,
Johor yang dirasmikan oleh TPM.
Aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH di Persidangan Lembaga
Penasihat Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI) kali ke-42 pada 8 Mei 2014
untuk makluman ahli LEPAI. Seterusnya, pada 4 Jun 2014 Pembentangan Nota Jemaah Menteri
bertajuk “Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)” dalam Mesyuarat Kabinet telah
dibentangkan. Mesyuarat diteruskan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali
ke-6 Bil. 1/2014 pada 16 Jun 2014 dan pada 3 November 2014 Jawatankuasa PISH Nasional
diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi memantapkan
pelaksanaan PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11
November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH.
1.2 KERANGKA KONSEPTUAL
Rajah 1 di atas menunjukkan kerangka konseptual kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji.
Komuniti yang terpilih dalam program ini adalah terdiri daripada pelajar Institusi Agama, Badan
Keagaman dan pihak NGO yang ingin mencari ilmu ukhrawi dan duniawi. Program PISH yang
diberikan kepada komuniti tersebut adalah berbentuk kemahiran teknik vokasional dankemahiran
5
keusahwanan.Dari kajian ini diharapkan keberkesananprogram PISH yang dilaksanakan dapat
meningkatkan hubungn dan kolaborasi di antara pihak JPKK dan institusi serta agensi
keagamaan. Dengan program PISH ini komuniti bukan sahaja memiliki ilmu duniawi malah
mereka akan menjadi modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Rajah 1: Kerangka Konseptual
1.3 PENYATAAN MASALAH
Kolej Komuniti adalah penggerak utama Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini akan
dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional
dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah Tahfiz, Maahad, sekolah
pondok, madarsah, masjid, surau.Program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan
Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah,
belia tercicir dan pelajar malah pada pihak yang memerlukan program ini.
Program PISH ini telah dilaksanakan pada tahun 2014. Di mana masih tiada lagi kajian
impak dan statistik pelaksanaanPISH terhadap komuniti. Oleh itu pihak pengkaji ingin mengkaji
sejauhmanakah keberkesananprogram PISH terhadap komuniti.Impak yang tercetus dari
pelaksanaan program PISH ini adalah penambahan ilmu dan peningkatan kemahiran, serta
kolaborasi yang terjalin di antara pihak JPKK dan institusi luar yang menyertai program ini.
KO
MU
NIT
I
INSTITUSI & BADAN KEAGAMAAN
*Sekolah Tahfiz
*Sekolah Mahaad
*Sekolah pondok
*Sekolah Agama/Kafa
*Mardasah
*IPTA/IPTS
*Jabatan Agama
*Jabatan Kerajaan
*Pihak NGO Islam
PIS
H
PROGRAM
PISH
*Kemahiran Teknikal Vokasioanal
&
*Pendidikan Keusahawanan
IM
PA
K
IMPAK
*Jenis Kursus yang ditawarkan
&
*Kolaborasi Bersama Institusi
6
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ialah melihatpelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di kolej
komuniti. Secara khusus, objektif kajian ialah:
i. Mengenalpasti jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH.
ii. Mengenalpasti jumlah dan jenis-jenis kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar
institusi agama.
iii. Mengenalpasti program-program PISH yang menarik serta model-model perlaksanaan
program.
iv. Mengenalpasti institusi-institusi luar dan jumlah kolaborasi yang terjalin dari program
PISH ini.
v. Mengenalpasti impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi
dan kursus yang ditawarkan.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan umum kajian ialah melihat impak pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat.
Secara khusus, persoalan kajian ialah:
i. Berapakah jumlah peserta yang terlibat dalam program PISH?
ii. Berapakah jumlah dan jenis-jenis kursus kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar
institusi agama?
iii. Apakah program-program PISH yang menarik serta model-model perlaksanaan program?
iv. Apakah institusi-institusi keagamaan luar dan jumlah kolaborasi yang terjalin dari
program PISH ini?
v. Apakah impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan
kursus yang ditawarkan?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dijalankan bagi melihat sejauhmanakah impak PISH terhadap komuniti. Impak
program PISH yang dilaksanakan dapat meningkatkan hubungn dan kolaborasi di antara pihak
JPKK dan institusi serta agensi keagamaanyang menyertai program ini. Pengkaji merasakan dua
pihak ini mempunyai kepentingan dalam kajian iaitu:-
i. Kolej Komuniti
7
Program PISH merupakan salah satu langkah bagi mengeratkanhubungan komuniti
dengan pihak kolej komuniti sekaligus dapat mempromosikan kursus dan program yang
dijalankan. Selain itu, kolaborasi antara dua pihak iaitu kolej komuniti dan institusi
keagamaan atau institusi kerajaan mahupun swasta dapat diwujudkan.
ii. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Mewujudkan usaha sama dengan menglibatkan perkongsian sumber sedia ada untuk
menyebarluaskan program PISH.
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini menjurus kepada program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang telah dilaksanakan
di seluruh kolej komuniti di Malaysia. Ia dibahagian kepada 7 wilayah kolej komuniti iaitu
Wilayah Negeri Sembilan & Melaka, Wilayah Johor, Wilayah Utara, Wilayah Perak, Wilayah
Selangor, Wilayah Timur dan Wilayah Sabah/Sarawak.
Data statistik penglibatan institusi-institusi luar, bilangan perserta, jumlah dan jenis kursus
yang ditawarkan dalam program PISH ini akan diperolehi dari Unit PSH, JPKK terhadap semua
kolej komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan
agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang
menjamin kesejahteraan dimana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi
konsep ukhrawi, PISH memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada
komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir dan pelajar.
Manakala konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada
pelajar institusi agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti.
Menurut Mohd Zainudin (2014), program PISH secara tidak langsung telah melestarikan
Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan
penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat.
Rajah 2 di bawah menunjukkan konsep JPKK dalam menlaksanakan program PISH ini.
Tujuan utamanya adalah menyerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat secara berterusan. Ini
8
adalah merupakan satu insiatif untuk menyebarkan luaskan ilmu keagamaan kepada mereka
selepas pendidikan rasmi di sekolah. Dengan mengabungkan latihan kemahiran dan pendidikan
agama hasrat JPKK adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang yang tercatat dalam
RMK ke -10. Bagi melancarkan harsat murni ini maka pihak JPKK akan melaksankan program
PISH ini secara berperingkat dalam tiga fasa. Fasa tersebut bolah dirujuk dari rajah 3 di bawah.
Rajah 2: Konsep program PISH
Rajah 3: Fasa Pelaksanaan program PISH
9
PISH dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah.
Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan
bahagian dalam Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor
Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan
Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan
badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara
agensi yang terlibat.
Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan
Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu:
• Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi-
agensi yang berkolaborasi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi
pondok dan tahfiz yang berdaftar seluruh negara.
• Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community
college). Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu
yang ditawarkan oleh kolej komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK);
dan
• Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada aspek fardu kifayah.
Fasa 3 (2021- 2025): Melestarikan Ummah
Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa
hadapan. Ini akan menjadi wadah penting untuk rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan
yang seimbang dan holistik mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah.
Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang dibangunkan akan sentiasa ditambah baik secara
berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi dan permintaan komuniti.
2.2 PROGRAM PISH DI KOLEJ KOMUNITI
10
Pendidikan merupakan peluang kepada individu untuk menyambung pengajian mereka. Begitu
juga dengan kolej komuniti dimana penubuhannya adalah untuk menyediakan peluang pendidikan
kepada komunti. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam menggulung
perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 ada menyarankan supaya PISH
dijadikan dasar utama untuk menyebarluaskan pengetahuan ilmu dan kefahaman kita tentang
Islam. Setakat ini sudah wujud 85 kolej komuniti dan program-program berkaitan Pendidikan
Islam dimasukkan ke dalam program latihan di kolej berkenaan. (Petikan YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, 2013). Program PISH dilaksanakan secara kursus jangka pendek yang
berkonsepkan duniawi dan ukhrawi dimana ia ditawarkan kepada komuniti yang ingin meningkat
ilmu, kemahiran dan peluang kerjaya. Rajah 4 di bawah merujuk kepada maksud konsep ukhrawi
dan duniawi yang dicadangkan oleh pihak JPKK.
Rajah 4: Konsep ukhrawi dan duniawi
2.3 SEKOLAH TAHFIZ, MAAHAD DAN PONDOK
Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang
Pengajian Islam adalah satu bidang pengajian yang amat penting bagi menyempurnakan tuntutan
kehidupan harian warganya, di samping menyumbang kepakaran pada peringkat antarabangsa.
Oleh itu, bidang Pengajian Islam ini mestilah jelas dan berfokus hala tujunya, malahan hala
tujunya itu mestilah sentiasa dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan ia selaras dengan
peredaran dan tuntutan zaman. Di samping itu dapat melahirkan produk yang sesuai untuk
kegunaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
11
Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui
proses pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan
peranan dalam kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redha.
Menurut Mohd. Hanif, terdapat beberapa kategori sekolah agama di Malaysia berdasarkan
pentadbirannya, antaranya adalah seperti yang berikut:
i. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat
menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
ii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS)
dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan kelas aliran agama (KAA).
iii. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah seperti
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).
iv. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan
menengah.
v. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan
dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan
menengah.
vi. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan
menengah.
vii. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.
Majoriti sekolah agama rakyat mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain.
viii. NGO yang terdiri daripada persatuan-persatuan yang dikelolakan oleh individu secara
pensendirian.Contohnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
ix. Agensi – agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi.
2.4 KOLABORASI
Jonathan (2004) mendefinisikan kolaborasi sebagai satu proses interaksi di antara beberapa orang
yang mempunyai kepentingan bersama.Menurut Kamus Heritage Amerika (2000), kolaborasi
adalah kerjasama khususnya dalam usaha penggabungan pemikiran.
Dari berbagai definisi yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa kolaborasi adalah
suatu proses interaksi yang melibatkan beberapa orang untuk bekerjasama dengan
menggabungkan pemikiran secara berterusan dimana setiap pihak yang terlibat saling
12
bergantungan di antara satu sama lain. Apapun bentuk dan tempatnya, kolaborasi meliputi suatu
pertukaran pandangan atau idea yang memberikan perspektif kepada seluruh kolaborasi.
Kolaborasi yang dilaksanakan di antara agensi juga melibatkan keperluan dan persepsi
dari komuniti berhubung dengan program pembelajaran Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan
di semua kolej komuniti seluruh Malaysia.
2.5. KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah pelaksanaan program PISH adalah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan impak
yang positif supaya program PISH ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi
agenda tahunan bagi semua institusi. Terdapat lima tahap pelaksanaan program ini iaitu:
i. Kurikulum
Kurikulum program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah
penyediaan kurikulum Pendidikan Islam di mana pihak yang bertanggungjawab adalah
pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak
yang bertanggungjawab adalah ILKA, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat MARA, KV
dan lain-lain.
ii. Tenga Pengajar
Dari segi Tenaga Pengajar mereka adalah terdiri daripada Pensyarah
KK/Politeknik/ILKA IPG, Guru Pendidikan Islam, Guru Takmir dan Guru KAFA.
iii. Premis
Premis yang akan digunakan sebagai platform program PISH ini dijalankan adalah
Masjid/surau, Kolej Komuniti, Politeknik, Sekolah Tahfiz, Sekolah pondok dan lain-
lain premis yang bersesuaian.
iv. Sasaran
Sasaran utama bagi melaksanakan program PISH adalah belia/pelajar dan komuniti
setempat. Namum bagi mendapatkan lebih penglibatan dari semua pihak, sasaran
adalah dibuka kepada segenap lapisan masyarakat.
v. Penglibatan
13
Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program
PISH ini adalah terdiri daripada pihak JAKIM, pihak Jabatan Agama, pihak KPM,
pihak Kementerian / agensi berkaitan dan pihak ILK/MARA.
2.6 PERANAN SETIAP RAKAN KOLABORASI
PIHAK LEPAI
Merupakan penasihat program PISH
PIHAK JAKIM
Membekalkan sumber tenaga yang bertauliah (guru takmir).
Mendapatkan persetujuan oleh pihak Berkuasa Agama Negeri
untuk menggunakan guru takmir di masjid atau surau.
PIHAK ILIM
Menyediakan modul Islam Kontemporasi yang boleh
digunapakai untuk program PISH.
Menyediakan tenaga pengajar.
Menyediakan premis dan prasaran.
PIHAK AGAMA ISLAM NEGERI
Menggunakan guru takmir yang bertauliah mengikut JAIN
Menyediakan premis dan prasarana (masjid / surau)
PIHAK IKIM
Membuat hebahan bagi mempromosikan program PISH
Rajah 5: Peranan Setiap Rakan Kolaborasi
2.7 KOLABORASI SEBELUM PELAKSANAAN PISH
Pengkaji telah membahagikan pihak yang terlibat dalam program PISH kepada 9 kategori.
Kategori tersebut adalah:-
Sekolah Tahfiz
Sekolah Mahaad
Sekolah pondok
Sekolah Agama/Kafa
Mardasah
IPTA/IPTS
14
Jabatan Agama
Jabatan Kerajaan
Pihak NGO Islam
Senarai agensi yang bekerjasama dan berkolaborasi dengan kolej komuniti bagi melaksanakan
program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat adalah seperti dalam jadual 1.
2.8 TAHFIZ
Maahad tahfiz al-quran dikenali juga sebagai tahfiz al-quran yang merupakan pusat pengajian al-
quran yang dikendalikan di bawah Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Dewasa ini kebanyakkan ibu bapa gemar menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz. Senario yang
berlaku pada hari ini menampakkan bahawa, kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan
kebaikan menghafaz al-Quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah
agama yang menyediakan pengajian tahfiz al-Quran di samping mata pelajaran agama dan
akademik.
Di samping sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian
dan institut al-Quran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz al-Quran.
Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan
kelas-kelas tahfiz al-Quran yang ditubuhkan. Pendidikan tahfiz al-quran merupakan pendidikan
terawal di dalam sejarah Pendidikan Islam. Al Qabisi (1955), mengemukakan kaedah yang
tertentu dalam proses pembelajaran dan pengajaran tahfiz iaitu kaedah talqin, takrar (latihtubi),
almail (cintakan al-quran) dan al fahm(kefahaman). Beliau juga menyarankan agar teknik yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini ialah teknik menggunakan pancaindera
antaranya mendengar, melihat, membaca dan menulis. Terdapat dua kategori di dalam sistem
pendidikan tahfiz iaitu moden dan tradisional. Pendidikan secara moden bermaksud mempunyai
struktur yang tersusun, meliputi sudut pengurusan, kurikulum dan kemudahan strukturnya.
Manakala pendidikan secara tradisional bermaksud pendidikan yang kurang tersusun dan seperti
sistem pondok.
2.9 MADRASAH
Merupakan perkataan bahasa Arab untuk sekolah. Manakala dalam bahasa Malaysia ia dinamakan
sebagai sesebuah institusi pendidikan Islam. Pada asasnya madrasah adalah tempat umat islam
bagi membincangkan persoalan agama. Pada tahap awal ini, muslim cenderung berkumpul
sekeliling orang berilmu dan mendapatkan ilmu daripada mereka. Guru –guru informal ini
15
dikenali sebagai syeikh. Madrasah juga adalah lokasi untuk perkumpulan umat islam bagi
membincangkan mengenai persoalan agma mahupun aktiviti keagamaan.
2.10 MASJID
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat
beribadat yang khusus, seperti solatdan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan
pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwahIslamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.
Manakala menurut kamus Dewan masjid amnya adalah “bangunan khas tempat untuk umat islam
melakukan solat jumaat dan ibadah-ibadah lain”, (KamusDewan, 1997:864). Sidi Gazalba pula
mendefinasikan masjid secara terminologi sebagai “pusat ibadah dan kebudayaan islam “. (Sidi
Gazalba,1975 : 116).
Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya
masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.Sejak zaman
permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula
dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang
strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan
penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada
mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang
biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah
digunakan untuk solat Jumaatmelebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau
musolla. Ada tiga masjid utama yang dimuliakan umat Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah –
tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam,Masjid Nabawi di Madinahdan Masjidil Aqsa di Al-Quds
(Jerusalem), Palestin. Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa
pecahan iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan Surau. Pada
amnya, masyarakat islam memperolehi kekuatan dan penyatuan dengan berpegang kepada
peraturan islam, akidah dan adab-adabnya.
Semua itu terhasil daripada roh masjid yang berada dalam diri setiap muslim. Skop dan
peranan masjid adalah lebih luas daripada tempat beribadat semata-mata kerana masjid juga
adalah nadi gerakan islam dan penggerak kegiatan masyarakat, pusat menuntut hak dan keadilan,
pusat kebajikan , gudang ilmu pengetahuan (norrodzoh (ed), 2003 :103) dalam islam hadhari
16
“kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang. “Nosoha Saabin (2001:9), penggunaan
masjid sebagai pusat ilmu tidak lagi dimanfaatkan oleh masyarakat ini. Hubungan antara masjid
dengan pendidikan islam amat sebati dan tidak boleh dipisahkan. Semenjak zaman permulaan
islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid. Sistem pendidikan islam telah
menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan di samping peranannya sebagai pusat ibadah,
pentadbiran dan kemasyarakatan.
2.11 SURAU
Surau adalah merujuk kepada tempat beribadah yang khusus seperti solat dan iktikaf bagi orang
islam dan juga menjadi pusat kebudayaan,muamalat serta perkembangan dakwah islamiah.
Menurut Abdullah (1989), surau adalah tempat ibadah yang kecil daripada masjid dan tidak
digunakan untuk solat jumaat dan ianya sering digunakan untuk belajar agama. Surau mempunyai
sedikit perbezaan dengan masjid iaitu surau adalah tempat solat yang digunakan kurang daripada
40 orang dan tidak diadakan solat jumaat.
Di samping itu, pengajian islam juga diajar di surau –surau yang berhampiran dengan
rumah-rumah tuan guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Abdullah,1989).
Surau-surau ini menjadi pusat pengajian agama serta ibadah masyarakat setempat dan jadi pusat
kemasyarakatan. Perkembangan dalam pendidikan islam telah memberi kesedaran kepada
keperluan pembinaan tempat bagi pelajar menunaikan solat di waktu pembelajaran. Kemudahan
surau membolehkan para pelajar melaksanakan solat dan aktiviti keagamaan di sekolah. Secara
umumnya, dapat difahami bahawa surau mempunyai peranan yang amat besar dalam mencapai
matlamat pendidikan islam untuk membentuk masyarakat yang berilmu, beriman, beramal soleh,
berpendidikan dan membentuk peribadi yang mulia.
2.12 SEKOLAH PONDOK
Perkataan “pondok” berasal daripada perkataan arab ‘fuduqun’ yang bererti rumah penginapan
para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah
kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar berhampiran surau atau madrasah dan rumah
tuan guru di sebuah kawasan khas. Pondok-pondok ini biasanya dikenali dengan nama guru yang
menjadi pengasasnya. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , ‘sekolah pondok’ merupakan
institusi pengajian dan pendidikan secara tradisional. Pendidikan tradisional yang banyak
diamalkan di Malaysia dan Indonesia. Sistem pendidikan pondok ini tiada had usia dan tidak
mengira latar belakang. Meliputi pembelajaran ilmu akhirat dan menekankan asas-asas ibadah
17
(fardhu ain) seperti solat,bersuci dan lain-lain. Kewujudan sistem pengajian pondok bermula pada
abad ke 18 sehingga abad ke 20 (S.Ishak dan Shafie,1998).
Sekolah pondok yang dikenali sebagai “pesantren”. Pesantren merupakan sekumpulan
rumah yang terletak di sekeliling masjid atau rumah guru (Abdul Samat Musa,1976). Menurut
Maziah Yunus (1988) dalam kajiannya menyatakan pendidikan pondok boleh dikatakan lebih
kemas daripada penyampaian guru agama di rumah atau surau. Muhammad Abu Bakar (1997)
menyatakan bahawa kemunculan institusi pondok adalah kerana peranan para ulama yang mahir
dalam pengajian islam. Ciri-ciri pendidikan sekolah pondok adalah merangkumi ilmu agama iaitu
sukatan pembelajaran yang didedahkan kepada para pelajar tidak tersusun dan bergantung kepada
kemahiran guru. Antara subjek yang diajar adalah seperti tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis,
doa dan lain-lain ilmu keagamaan. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan
menguasai kaedah jawi dan bahasa arab. Ilmu perubatan juga turut diajar di sesetengah institusi
pendidikan pondok seperti penggunaan akar kayu dan doa. Mata pelajaran sampingan seperti
nasyid , zanji, marhaban dan qasidah turut diajar . kaedah pembelajaran ini dilaksanakan dalam
bentuk ‘halaqah’ iaitu pelajar akan duduk mengelilingi guru .Guru juga akan menggunakan
kaedah hafalan, syarahan, perbincangan (muhadatah), soal jawab, perdebatan,pengembaraan dan
lain-lain.
Bagi menambahkan lagi kefahaman dalam ilmu agama , terdapat juga pelajar yang
sambung belajar ke timur tengah. keberkesanan sistem pengajian pondok adalah gabungan dua
aspek iaitu aspek kurikulum dan kokurikulum. Nurul Farhana (2013), menjelaskan kegiatan
kurikulum ini dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kerohanian, akidah dan jasmaniah yang
bertujuan untuk membentuk kecergasan, berinteraksi, berkomunikasi serta meningkatkan
kekuatan fizikal dan mental. Para pelajar sekolah pondok juga selain menjalankan kegiatan
utamanya iaitu belajar, mereka juga turut menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti
solat jenazah, tahlil, mengimamkan solat dan pelbagai kegiatan lain atas permintaan masyarakat
setempat (Hashim, Rafai dan Mohd Nor, 2011).
3.0 METODOLOGI
Kaedah melaksanakan penyelidikan melibatkan aspek rekabentuk kajian dalam memperolehi dan
menganalisis data.
3.1 REKABENTUK KAJIAN
18
Penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Rekabentuk
kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan/pemerhatian. Ini adalah kerana
kaedah tinjauan adalah lebih sesuai digunakan untuk penyelidikan yang memerlukan maklumat
yang sebanyak mungkin tentang sesuatu populasi. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah
tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan temubual merupakan salah satu kaedah yang
paling popular dalam kalangan penyelidik.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmanakah keberkesanan program PISH
terhadap komuniti. Impak yang ingin dikaji ialah kolaborasi institusi luar dengan JPKK.
3.2 PENGUMPALAN DATA
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan data yang diperolehi melalui sumber
primer dan sumber sekunder. Sumber untuk mendapatkan data bagi kajian ini terdiri daripada data
sekunder yang diperolehi dari Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, JPKK. Menurut Mohd
MajidKonting (2000) data sekunder ialah data yang diperolehi dengan mudah dan cepat kerana
sudah tersedia ada seperti di perpustakan, unit statistik, dan sebagainya. Data primer biasanya
masih mentah dan belum diproses atau disusun. Data-data mentah ini diperolehi daripada
instrumen kajian contohnya daripada soalan soal selidik atau temu bual. Oleh itu boleh dikatakan
bahawa data primer adalah data yang mempunyai kebolehpercayaan yang sangat tepat.
3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Kajian ini melibatkan responden daripada institusi keagamaan dan komunti setempat yang berada
di 7 wilayah yang telah dinyatakan sebelum ini di mana ia terlibat dengan program yang telah
dijalankan oleh kolej komuniti. Fokus utama, penyelidik adalah untuk menjalankan satu tinjauan
sejauhmanakah keberkesanan program PISH di Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan kursus yang
ditawarkankomuniti.
3.4 INSTRUMENT KAJIAN DAN KAEDAH ANALISIS
Instrumen kajian adalah penting bagi mencapai objektif sesuatu kajian (Mohd Majid, 2000).
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah data aktiviti program PISH yang diperolehi
daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti.
Data-data mentah adalah diperolehi daripada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan
Pengurusan Kolej Komuniti. Data-data mentah meliputi hampir keseluruhan Kolej Komuniti di
19
Malaysia. Keseluruhan data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package
for Social Science) untuk mencari kekerapan dan perbandingan dalam setiap satu data yang
diperolehi.
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.1 Jumlah peserta yang terlibat dan kursus-kursus dalam program PISH.
Jadual 2 dan 3 menunjukkan jumlah peserta dan bilangan kursus bagi program PISH yang
terbahagi kepada 2 iaitu agama/kerohanian dan kemahiran. Bagi program jenis agama /kerohanian
seramai 19,589 peserta terlibat pada tahun 2014 berbanding 6,147 bagi tahun 2015. Manakala
bagi program jenis kemahiran seramai 17,667 peserta pada tahun 2014 berbanding 6,834 peserta
pada tahun 2015. Perbezaan ini adalah kerana data 2 suku tahun 2015 belum dikutip kerana
program tersebut masih dijalankan. Keseluruhan peserta yang telah menyertai program PISH pada
tahun 2014 adalah seramai 37,256 peserta dan 1,029 berbanding pada tahun 2015 seramai 12,981
peserta dan 465 kursus yang dijalankan.
TAHUN Agama /
Kerohanian Kemahiran Jumlah
2014 19589 17667 37256
2015 6147 6834 12981
Jadual 2: Bilangan peserta program PISH
TAHUN Agama /
Kerohanian Kemahiran Jumlah
2014 421 618 1039
2015 182 283 465
Jadual 3: Bilangan kursus program PISH
4.2 Jumlah peserta mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 dan 2015.
Jadual 4 dan 5 menunjukkan jumlah peserta kursus yang mengikuti program PISH berdasarkan
sukuan tahun. Bagi tahun 2014 data diperolehi sepenuhnya selama 4 sukuan tahun manakala bagi
tahun 2015 data hanya dari Januari hingga Jun bagi setiap wilayah. Bagi tahun 2014 KK Wilayah
Selangor mencapai bilangan peserta tertinggi dalam kursus TVET ialah seramai 3,387 perserta
manakalan KK Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka mencapai bilangan peserta seramai 4,027
bagi kursus kerohanian. Bagi tahun 2015 KK Wilayah Utara mencatatkan jumlah peserta tertinggi
bagi kursus kemahiran TVET iaitu seramai 2,310 peserta. Manakala KK Wilayah Selangor
mempunyai peserta tertinggi bagi kursus keagamaan iaitu seramai 1,583 peserta. Keseluruhan
bilangan peserta bagi tahun 2014 KK Wilayah Negeri Sembilan dan Melaka memperolehi
bilangan perserta seramai 6,844 dan pada tahun 2015 KK Wilayah Utara mencatatkan jumlah
penyertaan tertinggi iaitu seramai 2,625 peserta.
20
Bil Wilayah
Sukuan
Tahun 1
Sukuan
Tahun 2
Sukuan
Tahun 3
Sukuan
Tahun 4 Jumlah
Jumlah
Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag
1 Wilayah
Negeri Sembilan
& Melaka
1663 1023 1010 2495 129 509 15 0 2817 4027 6844
2 Wilayah Utara 1107 1327 1471 1500 290 255 60 117 2928 3199 6127
3 Wilayah Perak 434 2469 1212 771 144 138 0 611 1790 3989 5779
4 Wilayah
Selangor 1916 596 843 400 480 92 148 488 3387 1576 4963
5 Wilayah Johor 1409 1012 967 627 98 512 53 185 2530 2336 4866
6 Wilayah Sabah
& Sarawak 348 395 1177 1437 164 669 40 150 1729 2651 4380
7 Wilayah Timur 1282 850 1078 732 0 229 126 0 2486 1811 4297
Jadual 4: Bilangan peserta mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014.
Bil Wilayah
Sukuan
Tahun 1
Sukuan
Tahun 2
Sukuan
Tahun 3
Sukuan
Tahun 4 Jumlah
Jumlah
Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag Tvet Ag
1 Wilayah
Negeri Sembilan
& Melaka
354 752 176 280 530 1032 1562
2 Wilayah Utara 1262 214 1048 101 2310 315 2625
3 Wilayah Perak 324 428 591 601 915 1029 1944
4 Wilayah
Selangor 92 343 202 1240 294 1583 1877
5 Wilayah Johor 374 500 565 462 939 962 1901
6 Wilayah Sabah
& Sarawak 456 273 608 214 1064 487 1551
7 Wilayah Timur 249 292 533 447 782 739 1521
Jadual 5: Bilangan peserta dan kursus mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2015.
4.3 Jumlah dan jenis-jenis kursus mengikut wilayah
BIL NEGERI JUMLAH KURSUS
2014 2015
1 Wilayah Utara 198 113
2 Wilayah Johor 156 62
3 Wilayah Negeri Sembilan & Melaka 155 34
4 Wilayah Selangor 146 30
5 Wilayah Timur 141 95
6 Wilayah Perak 124 87
7 Wilayah Sabah & Sarawak 107 43
Jumlah 1039 464
Jadual 6: Bilangan kursus mengikut wilayah
21
Rajah 6 mengambarkan jumlah dan jenis-jenis kursus yang ditawarkan kepada komuniti mengikut
wilayah masing-masing. KK Wilayah Utara menunjukkan jumlah yang tertinggi ditawarkan
kepada komuniti iaitu sebanyak 198 kursus pada 2014 dan 113 kursus pada tahun 2015.
4.4 Peningkatan peserta PISH mengikut Wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 dan
2015.
Maklumat yang diambil untuk membandingkan peserta program PISH ini adalah berdasarkan
sukuan tahun yang bermula dari Jan hingga Jun 2014, Julai hingga Disember 2014 dan Jan hingga
Jun 2015. Ini adalah untuk melihat peningkatan bilangan peserta bagi program PISH yang
dijalankan dari Januari 2014 sehingga Jun 2015 ini. Rajah 8 dan 9, mengambarkan peningkatan
bilangan peserta mengikut wilayah masing-masing yang dilihat dari aspek agama/kerohanian dan
TVET. Didapati bahawa semua kolej menjana peningkatan dalam aspek TVET dan kerohanian
terutama sekali KK Wilayah Selangor yang mencapai 18.5% sukuan kedua dan 44.1%
peningkatan bagi KK Wilayah Utara sukuan ketiga. Bagi aspek kerohanian peningkatan yang
paling tinggi adalah KK Wilayah Selangor sebanyak 36.8% bagi sukuan kedua dan 50.1% bagi
sukuan ketiga.
Bil Wilayah
Tvet
Jan – Jun
2014
Julai – Dis
2014
% Jan – Jun
2015
%
1 Wilayah
Negeri Sembilan & Melaka 2673 144 5.1% 530 15.9%
2 Wilayah Utara 2578 350 12% 2310 44.1%
3 Wilayah Perak 1646 144 8.0% 915 33.8%
4 Wilayah Selangor 2759 628 18.5% 294 8.0%
5 Wilayah Johor 2376 151 5.2% 939 27.1%
6 Wilayah Sabah & Sarawak 1525 204 11.8% 1064 38.1%
7 Wilayah Timur 2360 126 5.1% 782 24%
Jadual 8: Peningkatan peserta kemahiran mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 & 2015
22
Bil Wilayah
Kerohanian
Jan – Jun
2014
Julai –
Dis 2014
% Jan – Jun
2015
%
1 Wilayah
Negeri Sembilan & Melaka 3518 509 12.6% 1032 20.3%
2 Wilayah Utara 2827 372 11.6% 315 8.9%
3 Wilayah Perak 3240 749 18.7% 1029 20.5%
4 Wilayah Selangor 996 580 36.8% 1583 50.11%
5 Wilayah Johor 1639 697 29.3% 962 29.1%
6 Wilayah Sabah & Sarawak 1832 819 30.8% 487 15.1%
7 Wilayah Timur 1582 229 12.6% 739 28.9%
Jadual 9:Perbandingan peserta kerohanian mengikut wilayah berdasarkan sukuan tahun 2014 & 2015
4.5 Model-model perlaksanaan program PISH
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) telah mengadakan kolaborasi bersama pihak luar iaitu
bersama pihak Majils Agama dan Jabatan Agama Negeri Selangor. Tiga program yang dianggap
berimpak tinggi dan memberikan kesan kolaborasi yang mantap di antara pihak KKSB dan
institusi keagamaan yang lain. Contoh-contoh program yang telah dilaksanakan seperti berikut:-
a. Baitul Ehsan
Baitul Ehsan adalah satu unit di bawah pengurusan Majlis Agama yang ditubuhkan bagi
memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang terlanjur. Modul yang diberikan
kepada peserta wanita tersebut adalah berkaitan dengan masakkan dan jahitan. Bengkel ini
dijalankan selama 2 tahun di mana kos pembiayaan bengkel ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama.
Bengkel ini dijalankan selama 6 jam setiap 3 kali pertemuan. Tenaga pengajar adalah
dalam kalangan pegawai yang dilantik oleh pihak Baitul Ehsan. Pensyarah kolej dilantik
sebagai fasilitor yang akan datang ke Baitul Ehsan sekali pertemuan bagi menilai prestasi
peserta samada mereka kompeten ataupun tidak. Peserta yang kompeten akan diberikan
sijil yang dikeluarkan oleh pihak KKSB. Ini adalah bertujuan untuk melindungi nama baik
para wanita dalam bengkel tersebut di samping memberikan peluang pekerjaan kepada
mereka di dunia luar. Sekiranya peserta tersebut berminat, tawaran melanjutkan pelajaran
di KKSB akan diberikan kepada mereka bagi menyediakan mereka ke alam pekerjaan
yang lebih mencabar di dunia sebenar nanti.
Pembiayaan yang ditanggung oleh pihak Majlis Agama dimasukkan sebagai akaun
amanah kolej. Setakat hari ini program PISH bersama Baitul Ehsan telah dilaksanakan
23
selama 6 bulan dan jumlah hasil akaun amanah yang diterima adalah sebanyak
RM18,000.00.
b. PITAS (Persatuan Mahaad Tafiz)
Program yang dijalankan bersama Persatuan Mahaad Tahfiz (PITAS) ini adalah dibawah
kelolaan Jabatan Agama Islam. 9 buah kolej komuniti di seluruh Wilayah Selangor
bersetuju dan berpakat untuk menggunapakai modul yang telah dibina bersama
bergantung pada daerah masing-masing. Kursus yang ditawarkan adalah kursus teknikal
yang berbentuk kursus pendek atas permintaan. Kursus ini dijalanan dalam masa 20 jam
mengikut keperluan. Program ini dinyatakan dalam laporan PISH dan dihantar ke Unit
PSH, JPKK.
c. AIM (Amanah Iktiar Malaysia)
Program yang sama dijalankan secara kolaborasi di antara 9 buah Kolej Komuniti Wilayah
Selangor. Perlaksanaan program ini adalah lebih berstuktur dan terancang dan setiap kolej
menjalankan program ini di kolej masing-masing.
Konsep program ini adalah sama seperti PITAS yang dijalankan secara kursus pendek
mengikut keperluan dari masa ke semasa. Program ini dinyatakan dalam laporan PISH dan
dihantar ke Unit PSH, JPKK.
4.6 Institusi-institusi luar dan badan keagamaan serta jumlah kolaborasi yang terjalin
dari program PISH adalah seperti berikut:
Merujuk Jadual 10, di atas menunjukkan institusi dan badan keagamaan yang menjadi rakan
kolaborasi dalam menjayakan program PISH ini. Jadual 1 di atas menunjukkan senarai terperinci
setiap pihak institusi dan badan keagaman yang terlibat dalam kolaborasi dalam program PISH.
Bil Institusi & Badan Keagamaan Jumlah
1 Sekolah Tahfiz 7
2 Sekolah Mahaad 54
3 Sekolah pondok 5
4 Sekolah Agama/Kafa 64
5 Mardasah 30
6 IPTA/IPTS 10
7 Jabatan Agama 73
8 Jabatan Kerajaan 17
9 Pihak NGO Islam 54
JUMLAH 314
Jadual 10: Kolaborasi dengan Institusi dan Badan Keagamaan
24
4.7 Impak pelaksanaan PISH terhadap komuniti Fasa 1 dari aspek kolaborasi dan
kursus yang ditawarkan
4.7.1 Bilangan Kolaborasi Dengan Institusi/ Badan Keagamaan
Jadual 11 menunjukkan jumlah bilangan institusi dan badan keagamaan yang menjadi rakan
kolaborasi sebelum dan selepas program PISH dilaksanakan.
Jadual 11: Bilangan Kolaborasi
4.7.2 Bilangan Kursus Dengan Institusi/ Badan Keagamaan
Jadual 12 menunjukkan jumlah bilangan kursus bagi Kerohanian dan kemahiran sebelum dan
selepas program PISH dilaksanakan.
Bil Aktiviti Sebelum Ada
Program PISH
Ada Program
PISH
1 Pendidikan Islam 26 421
2 Kemahiran
Teknikal
48 618
Jadual 12: Bilangan Kursus
5.0 JANGKAAN DAPATAN DAN IMPLIKASI DENGAN DASAR.
Jangkaan dapatan daripada aktiviti PISH ini adalah diharapkan agar pelajar-pelajar aliran agama
ini dapat membina hubungan dan merapatkan ukhuwah sesama mereka. Dengan ilmu akhirat
yang dipelajari oleh mereka dan diselitkan juga dengan kemahiran duniawi maka ini dapat
memperkasa bakat insan di dalam diri mereka untuk menjadi lebih berjaya. Akhirnya pelajar-
pelajar ini dapat melestarikan diri mereka sebagai ummah yang cemerlang dunia dan akhirat.
Implikasi kajian ini dengan dasar yang ditetapkan oleh pihak JPKK adalah mencapai
matlamat untuk kerjasama dan berkolaborasi dengan Jabatan Agama untuk melahirkan insan
kamil akan tecapai. Ini dapat memperbanyakkan pelajar yang berjaya di akhirat malah dengan izin
Allah mereka juga kan berjaya di dunia.
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAAN
Oleh kerana kajian ini berfokus pada Fasa 1 Keberkesanan Program PISH terhadap masyarakat
maka belum dapat dipastikan sejauh mana program PISH ini benar-benar dapat memberi impak
yang positif terhadap masyarakat. Fasa 1 meliput aspek kolaborasi JPKK dengan agensi luar
maka didapati bahawa hubungan kolaborasi di antara kedua pihak ini mengarah ke hala tuju yang
Bil Sebelum Ada Program PISH Ada Program PISH
1 40 314
25
positif. Oleh itu pihak pengkaji mencadangkan agar kajian terhadap Fasa 2 dan dan Fasa 3
dijalankan bagi melihat sejauh impak program PISH ini benar-benar dapat melahirkan para
peserta yang mencakupi ilmu duniawi dan ukrawi.
7.0 PENUTUP
Kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Impak keberkesanan
program PISH ini amat penting untuk melihat sejauh mana program ini benar-benar memberikan
kebaikkan kepada semua pihak. Di samping itu juga untuk melihat jaringan kolaborasi di antara
pihak JPKK dan institusi-institusi luar dalam menjayakan program PISH ini. Semoga kajian ini
dirahmati dan berkati Allah.
RUJUKAN
Abdullah Basmeth (1977), Kedudukan Masjid Dalam Islam. Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian
Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah Jusoh (1989), Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Azmil Hashim (2010), Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran Dan Maahad Tahfiz
Al Quran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in
HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK.
Dr Sidi Gazalba (1975), Masjid Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, Jakarta, Pustaka Antara
Sdn. Bhd.
Ghazali Darussalam & Mohd Khari Hussin (2013). Penilaian Tahap Amalan Pelaksaaan Kursus
Pengajian Islam Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) Di Malaysia.
Ishak.S & Shafie F. (1998). Pondok Sebagai Satu Pilihan Tempat Tinggal Di Kalangan Orang
Tua. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Islam Hadhari : Kekuatan Masjid Dalam Menjana Masyarakat Gemilang (2007). Yayasan Islam
Hadhari : Putrajaya.
Kamus Dewan (1998), Edisi Baru,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan (2007), Edisi Baru,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kementerian Pendidikkan Malaysia.
26
Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa Kamal (2014).
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) “Membina Hubungan Dan Merapatkan Ukhuwah”.
Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
Nurul Farhana Abdul Samat (2013), Peranan Pondok Dalam Mendidik Akhlak Muslim : Kajian
Di Pusat Pengajian Pondok Kampung Telong Kandis, Bachok, Kelantan. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia ,http://www.moe.gov.my
The Malaysian Insider,http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pengurusuan Kolej Komuniti
Wan Rashid Wan Ahmad, Mohamad Hisyam Mohd Hashim & Abdul Rasid Abdul Razzaq
(2013).Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Top Related