INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS DARULAMAN, JITRA.Nama JABATAN : PENDIDIDKAN JASMANI.
TAHUN : 2009
MATAPELAJARAN : PENDIDDIKAN JASMANI TERAS.
NAMA KHUSUS : PPISMP AMBILAN JULAI 2008
NAMA AHLI KUMPULAN : SITI HAJAR BINTI MOHD
SALIM.
: LILI FARHANA BINTI MD
YASIN.
: NOOR FARRAH HAYATI BINTI
RAMADZAN.
KURSUS / UNIT : PPISMP PK ( BM/PJ/BI )
Nama Pensyarah Pembimbing: YUSAINY BIN AZIZAN
PENGENALAN :
Permainan Kecil mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan
jasmani kanak-kanak di sekolah rendah. Objektifnya utama adalah untuk
memberi hibur, menyeronok dan memberi kepuasan kepada kanak-kanak. Oleh
itu,permainan-permainan kecil ini, memberi banyak sumbanagan terhadap
proses pertumbuhan kanak-kanak.
Permainan-permainan kecil dalam pelajaran pendidikan jasmani di sekolah
adalah kegiatan-kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru.Disamping itu,
mempunyai tujuan untuk mendidik.
Terdapat banyak jenis permainan kecil. Permainan burung dalam sangkar
merupakan salah satu contoh permainan kecil. Ia merupakan permainan yang
amat diminati oleh kanak-kanak. Permainan ini juga mempunyai objektifnya
tersendiri. Antara objektif permainan burung dalam sangkar ialah meningkatkan
ketangkasan dan meningkatkan keupayaan kanak-kanak terhadap kepekaan
bunyi. Selain itu, pergerakan kreatif juga dapat diadaptasi dalam permainan ini
seperti cara burung terbang. Dengan itu, ia dapat merangsang kanak-kanak
supaya berfikiran dengan lebih kreatif lagi.
Disamping itu, sikap-sikap sepeti toleransi, semangat kesukanan, keadilan
dan kegemaran kepada kegiatan-kegiatan sukan dapat diterapkan dalam diri
kanak-kanak tersebut.
Permainan- permainan kecil ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh para guru di sekolah kerana ia hanya memerlukan kemahiran-kemahiran
asas , tidak menggunakan masa yang panjang, ruang permainan yang
sederhana,dan perjalanan permainan dapat diubahsuaikan serta permainan-
permainan ini senang dijalankan.
KUMPULAN SASARAN :
Kumpulan sasarannya adalah pelajar-pelajar yang berumur antara 7
hingga 10 tahun.
Permainan ini amat sesuai dimainkan oleh mereka kerana ia bersesuaian
dengan tahap pemikiran kanak-kanak. Selain itu, cara permainan yang
mudah juga merupakan faktornya disamping pengendalian permainan
yang mudah dikendalikan oleh guru.
Murid-murid yang berumur lingkungan tujuh hingga sepuluh tahun ini
amat bersesuaian untuk dilatih dan inilah masanya untuk para guru
memupuk sikap toleransi,bekerjasama, dan berdisiplin dalam diri murid-
murid tersebut.
PROSES PENYEDIAAN ALATAN DAN GELANGGANG :
1. Bahan atau peralatan yang digunakan di dalam permainan ini antaranya ialah
gelung rotan .
2. Rakaman muzik atau Wisel turut digunakan.
3. Tempat yang diperlukan ketika permainan ini berlangsung ialah kawasan
lapang.
PERATURAN PERMAINAN :
1. Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak-kanak.
2. Dua orang menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
3. Setiap kali burung terbang keluar, mereka tidak boleh balik ke sangkar
asal mereka,sebaliknya mereka masuk ke sangkar yang lain.
4. Dalam permainan ini, seorang penjaga muzik ditugaskan untuk menjaga
muzik dan kepekaan terhadap masa amat penting.
5. Penjaga muzik dilarang berkomunikasi dengan pemain.
6. Pemenang dikira apabila burung dari mana-mana kumpulan yang berjaya
masuk ke dalam sangkar dalam bilangan yang banyak.
CARA PERMAINAN :
Permainan ini mempunyai dua jenis cara permainan iaitu :
1. Cara permainan yang satu :
Dua orang kanak-kanak menghadap antara satu sama lain
berpegang tangan untuk menjadi sangkar.
Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri dalam
sangkar.
Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak
mempunyai sangkar.
Apabila guru menyebut “Burung Terbang!” ataupun
membunyikan wisel semua burung perlu terbang di luar
sangkar, termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
Burung tidak boleh balik ke sangkar asal mereka dan mesti
bertukar ke sangkar lain apabila guru menyebut “Burung
Masuk” atau wisel kedua dibunyikan.
Kanak-kanak yang menjadi sangkar pula bertukar menjadi
burung.
Ulang permainan itu beberapa kali.
2. Cara permainan yang kedua :
Sediakan beberapa peserta untuk dijadikan burung.
Gelung rotan digunakan sebagai sangkar.
Apabila muzik dimainkan, peserta yang menjadi burung
bebas bergerak mengikut arahan guru.
Apabila muzik berhenti, semua burung mesti mencari sangkar
yang kosong dan masuk kedalamnya.
Burung yang gagal masuk ke dalam sangkar tidak dikira kalah
tetapi dikekalkan manakala satu sangkar akan disingkirkan
setiap pusingan sehingga tinggal sangkar yang terakhir.
BORANG PERMAKAHAN :
1 2 3kumpulan
pusingan
A
B
C
D
REFLEKSI :
SITI HAJAR BINTI MOHD SALIM :
Assalammualaikum,
Saya dapat mempelajari banyak perkara dalam proses menyiapkan kerja khusus saya ini. Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari cara permainan burung dalam sangkar kerana sebelum ini saya tidak ketahui kewujudan permainan kecil ini. Disamping itu, saya juga dapat menggunakan permainan ini apabila saya masuk mengajar pada masa hadapan. Permaianan burung dalam sangkar ini adalah permainan yang amat menyeronokkan bagi diri
saya. Ia dapat memepuk sikap tolenrasi, berkerjasama dan peka pada keadaan sekeliling.
Disamping itu, permaianan ini juga dapat menguji ketangkasan dan kecergasan fizikal seseorang itu. Ia dapat merangsang fikiran kita untuk berfikiran dengan lebih kreatif lagi.
Sekian, terima kasih.
LILI FARHANA BINTI MD YASIN :
Salam..
Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang
kepadasaya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan pendek ini. Melalui
tugasan ini, barulah saya tahu permainan kecil burung dalam sangkar ini kerana
saya tidak pernah memainkannya ketika kecil dulu. Pada mulanya saya berasa
pelik mendengar tajuk permainan ini.
Kemudian saya melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
permainan tersebut tetapi malang sekali apa yang saya cari tidak dijumpai. Kerja
menjadi agak rumit kerana rata-rata rakan-rakan saya juga turut tidak
mengetahuinya. Mujurlah saya bertanya rakan dari maktab lain dan hanya
mendapat bayangan awal.
Setelah itu, saya dan rakan sekumpulan duduk berbincang dan akhirnya
tugasan ini berjaya disiapkan. Dan saya seronok untuk bermainan permainan
burung dalam sangkar ini.
Sekian, terima kasih.
NOORFARRAH HAYATI BINTI RAMADZAN :
Assalammualaikum w.b.t,
Perkara yang saya dapati semasa membuat tugasan ini adalah saya menyedari bahawa banyak permainan kecil yang tidak saya tahui kewujudannya. Saya menyedari bahawa permainan ini adalah warisan yang tidak patut dilupakan oleh generasi ini. Saya berterima kasih kepada En. Yus kerana
memberi tugasan yang berguna kepada kami semua. Dengan membuat dan mencar maklumat tentang permainan ini, kami dapat mengetahui sedikit sebanyak cara-cara bermain. Dengan ini, kami boleh mengajar adik-adik mahupun pelajar kami sutu ari nanti akan permainan ini. Selain itu, saya juga berasa gembira ketika mencuba permainan ini.
Sekian, terima kasih.
SUMBER RUJUKAN :
Encik Yusainy Bin Azizan
Encik Rosli Bin