1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA
47800 PETALING JAYA
SELANGOR
MESYUARAT AGUNG PIBG BIL/10 2011/2012
TARIKH : 19 FEBUARI 2011
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SMKBU 3
Kehadiran : (Guru)
1. Pn. Azizah Bt. Yusoff
2. Pn. Misliah Bt. Kulop
3. En. Mah See See
4. En. Wong Tzyy Yu
5. Pn. Salawati Bt. Ahmad Ghazali
6. Pn. Haniza Bt. Abd Rahman
7. Pn. Zaharah Bt. Hamzah
8. Pn. Tan Soa Tiam
9. Pn Jamilah Bt Mohamed
10. Cik Rajeswari A/P Sinnakoundan
11. Cik Harmaizan Bt. Abdullah
12. En. Abdul Kohar B. Ahmad Zahid
13. Pn. Aiton Bt Wahab
14. En. Amer B. Ain
15. En. Bong Joo Ping
16. Pn Chan Mei Chow
17. Pn. Choo Saw Khim
18. Cik Fatima M.Lopez
19. Pn. Gajathiswari A/P Vejian
20. Pn. Gan Ah Gen
21. Cik Hasniraiza Bt Abdullah
22. Pn. Hoo Lee Peng
23. Pn. Intan Zaharah Bt. Abd Rahim
24. En. Jam Arif B. Abd Wahab
25. Pn. Juliana Patsy Lucas Sadin
26. Pn. Kee Geat Hong
27. Pn. Kuah Mei Gaik
28. En. Lim Chee Hong
29. Pn. Ling King Yen
30. Pn. Malini A/P L.Mohanandas
31. Cik Mardiah Bt. Yusof
32. Pn. Mastura Bt. Buang
33. Cik Najwa Bt. Khasim
34. Pn. Nazima Bt. Abu Naim
35. Pn. Neoh Kim Nai
36. Pn. Nik Rosmalihana Bt. Nik Mustapa
37. Pn. Noor Suzina Bt. Saiful Yazan
2
38. Pn. Noor Zaida Bt. Mohd Zaidi
39. Pn. Nor Azlina Bt. Hawari
40. Cik Noraziah Anina Bt Mohd Rashid
41. En. Norhadi B. Muhammad Husin
42. Pn. Norhani Bt. Remeli
43. Pn. Nor Hayatul Hassanah Bt. Mohd Noor
44. En. Parandaman A/L M.Andy
45. Pn. Phay Hean Heng
46. Pn. Rosashima Bt. Abd Rahim
47. En. Rozaimi B. Che Soh
48. Pn. Rozita Bt. Sulaiman
49. Pn. Sabrina Bt. Mohd Rafai
50. Pn. Shairatul Asrina Bt Kamaruddin
51. Pn. Siti Hasmah Bt. Haron
52. Cik Siti Nor Hafizah Bt Mohd Salleh
53. Pn. Suzana Bt. Mohamed
54. Pn. Tan Chooi Peng
55. Pn. Wan Nafisah Bt. Wan Ismail
56. Cik Yeow Kon Tai
57. Cik Yow Yoke Kwan
58. Pn. Zaharani Bt. Ghani
59. Pn. Zakiah Bt. Zakaria
60. Pn Zarinah Saik Ibrahim
61. Pn Zuridah Bt Yusof
62. Cik Haniza Bt Sartijan
63. En Izzar B. Idris
64. Cik Suhaila Bt. Mat
65. Cik Suzy Bt Rahim@Abdul Rahim
66. Cik Azidah Bt. M.Tajuddin
67. Cik Lenny anak Joseph Agong
68. Cik Nor Nadhirah Mazlan
69. Cik Nurul Amirah Nasir
70. Cik Nur Azlin Azman
71. Cik Nur Wahida Zainal Kamarudin
72. Datin Tan Kok Suan (Pertandingan Robotik)
73. Pn. Asmani Bt. Morad (Pertandingan Robotik)
74. En. Mohd Idaham B. Ibrahim (Kursus Pengakap)
75. Cik Yusniza Bt. Ahmad (Pertandingan Robotik)
Tidak Hadir
1. Pn Foo Pei Jiun (Cuti Bersalin)
2. Cik Hazlinda Bt. Zaidi (CRK)
3. Pn. Kuah Mei Gaik
4. Pn. Norli Bt. Abdul Ranee (Cuti Bersalin)
5. Cik Pearl Yeong Huoy Min (CRK)
6. Pn. Suhaila Bt. Idris (Cuti Sakit)
3
Kehadiran Ibu Bapa
1. En Adnan Hassan
2. Pn. Zurina Ayu
3. Dr Azman Ariff
4. En. Abdull Aziz Ismail
5. Pn. Sheiron Akmal Ismail
6. En. Taha Sheikh Mohammad
7. En. Zed Zariman Zulkifli
8. Pn.Yati Muhamad
9. Pn. V.Suris
10. En. Chen Lee Siong
11. En. Anthony Ng
12. Pn. Soo May Leng
13. Pn. Ng Ping Onn
14. En. Lim Jit Yoong
15. En. Ng Lee Kheng
16. En. Ringo Kaw
17. Pn. Shirley Chua
18. Pn. Tan Soa Tiam
19. En. P.Udayakumar
20. En. Zulkifli Mohamad Noor
21. Pn. Suzana Mohamed
22. Pn. Haniza Abd Rahman
23. Pn Salawati Ahmad Ghazali
24. En. Jamaludin Non
25. En. Parandaman A/L M.Andy
26. Pn. Shireen
27. Pn. Too Bee Lian
28. Pn. Gan Ah Gen
29. Pn. Zaharani Ghani
30. En. Yap Yeng Hong
31. En. Lee Yoke Hock
32. En. Lum Weng Fook
33. En. Sieh Chong Lim
34. Pn. Melinda Chang
35. Pn. Noor Zaida Mohd Zairi
36. En. Lee Wai Kay
37. Pn. Jessica
38. Pn. Neoh Kim Nai
39. Pn. Saw Su Kee
40. En. Simon Khor
41. En. Ho Wai Yee
42. En Yap Swee On
43. Pn. Wang Swee Yeong
44. En. Khidhir Zakaria
45. En. Nik Badrul Hisham
46. En. Sabaruddin
47. Pn. Normala
48. Pn. Patricia Roberts
4
49. Asp Andrew Veno
50. En Yeoh Hai Yong
51. En. Baithma Jothi
52. En. Neo Soon Aw
Catatan Mesyuarat
1.0 Ucapan Penasihat PIBG
Pengetua SMKBU3 Pn Azizah Bt Yusoff selaku penasihat PIBG
mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir
walaupun jumlah kehadiran ibu bapa tidak sampai 100 orang. Beliau memanjatkan
rasa syukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-10 memandangkan
tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat di SMKBU 3. Pn Azizah
memaklumkan bahawa beliau akan bersara pada awal tahun 2012.
1.1 Pelajar dan Kakitangan Sekolah
Beliau memaklumkan SMKBU 3 telah berusia 10 tahun dan jumlah pelajar
pada tahun ini telah meningkat kepada 1362 orang, dengan jumlah kelas sebanyak 37
kelas termasuk satu kelas tingkatan peralihan. Berdasarkan keputusan peperiksaan
tahun 2010, SMKBU 3 berada pada tahap 189 daripada 2900 buah sekolah menengah
di Malaysia dan telah dicadangkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah
sebuah sekolah SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) pada tahun 2012. SMKBU 3 juga
telah ditawarkan untuk mengadakan kelas tingkatan enam dan pihak sekolah telah
menerima tawaran tersebut.
Sekolah mempunyai seramai 71 orang guru terlatih termasuk 4 orang guru
GSTT dan 10 orang kakitangan sokongan. Walaupun pihak sekolah baharu saja
menerima dua orang guru baru, tetapi pihak sekolah masih lagi memerlukan 4 orang
guru terutama bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Pada masa yang sama, 3 orang
guru termasuk 2 orang guru Bahasa Melayu akan bersalin dalam masa terdekat dan
akan bercuti selam 90 hari. Ini menambahkan lagi masalah kekurangan guru kerana
PPD tidak mempunyai peruntukan untuk menyediakan guru ganti. Disamping itu,
pihak sekolah juga memerlukan 2 orang pembantu makmal. Kekosongan guru ini
perlu dipenuhi dengan segera kerana Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan dua
mata pelajaran teras. Pengetua memaklumkan bahawa masalah kekurangan guru
bukan sahaja dihadapi di SMKBU 3 malahan merupakan masalah di semua sekolah
di daerah Petaling. Daerah Petaling memerlukan seramai 90 orang guru Bahasa
Melayu. Beliau berjanji untuk mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah
tersebut secepat mungkin.
1.2 Keputusan PMR
Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan
membanggakan dengan peningkatan dari segi peratus, kualiti dang gred purata
sekolah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2010 telah mencatatkan gred
purata sekolah terbaik iaitu 1.79. Seramai 29 pelajar mencapai semua A. Walaupun
jumlah pelajar mencapai semua A berkurang, tetapi dari segi pencapaian SMKBU 3
berada pada tahap ke 5 daripada 27 buah sekolah di daerah Petaling Utama. Salah satu
sebab penurunan jumlah pelajar mencapai semua A adalah tidak mencapai A dalam
5
subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Cina. Ini berkaitan dengan masalah kekosongan
guru Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak sekolah. Oleh sebab itu pihak sekolah
akan berusaha untuk mendapatkan guru-guru tersebut.
Ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar, ibu bapa, pentadbir, guru dan
barisan AJK PIBG yang membantu kejayaan pelajar-pelajar serta menjadikan
SMKBU 3 sebuah sekolah yang cemerlang. Semoga kejayaan ini dapat
dipertingkatkan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang
telah bertungkus lumus untuk melahirkan warga pelajar yang berjaya. Beliau berharap
agar keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi juga bakal
mencatat keputusan cemerlang kerana SMKBU 3 merupakan salah sebuah sekolah
terbaik di daerah Petaling Utama berdasarkan keputusan SPM 2010.
1.3 Program Peningkatan Prestasi
Untuk mengekalkan prestasi cemerlang, pelbagai program peningkatan prestasi
telah dirangka sedemikian rupa dan dijalankan bukan sahaja di peringkat sekolah
malahan di peringkat daerah, jabatan dan negeri. Program PATS dan Headcount
merupakan program yang sangat bagus yang mana keberkesanannya dapat dilihat
melalui peningkatan keputusan peperiksaan UPSR dan PMR di peringkat negara.
Persediaan akademik yang sempurna sangat penting bagi pelajar sebelum
menghadapi peperiksaan. Antara program yang dijalankan pada tahun 2010 di
peringkat negeri Selangor adalah peperiksaan setara, manakala di peringkat sekolah,
program akademik yang dijalankan adalah “Intensive Revision Class”(IRC), kelas
PECUTAN dan kelas jadual anjal di samping program motivasi dan teknik menjawab.
Bagi pengisian rohani, program solat hajat dan bacaan yasin diadakan khas bagi
pelajar Islam. Pelajar bukan Islam juga mengadakan acara keagamaan mereka di
rumah ibadat masing-masing. Majlis restu ilmu juga diadakan sebelum pelajar
menghadapi peperiksaan.
Setiap program yang dijalankan semestinya memerlukan pengorbanan dari segi
masa dan kewangan. PIBG perlu berkorban dari segi kewangan kerana perbelanjaan
yang besar diperlukan untuk bayaran kertas peperiksaan, fotostat dan reso. Harga
dakwat pula meningkat sebanyak 25%. Selain sumbangan PIBG, pihak sekolah juga
menggunakan duit sumbangan kerajaan (SUWA & PCG) dan bayaran tambahan
pelajar semaksima yang mungkin untuk program-program yang dijalankan di sekolah.
Bayaran RM20 dikenakan bagi setiap calon PMR dan SPM bagi menampung semua
aktiviti yang dijalankan di sekolah. Jumlah RM20 dikenakan adalah sangat kecil jika
dibandingkan dengan jumlah aktiviti yang dijalankan.
.
1.4 Kegiatan Kokurikulum
SMKBU 3 juga cemerlang dalam kokurikulum sepanjang tahun 2010. Antaranya
dalam bidang sukan iaitu bola keranjang. (rujuk buku program m/s 19-22) Kejayaan
kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan sebagai johan telah menjadikan pasukan
sekolah sebagai medium perkongsian pintar dengan sekolah swasta yang lain dalam
bidang sukan termasuk sekolah Sri Sedaya dan Kolej Damansara Utama. Beberapa
orang pelajar SMKBU 3 telah memenangi hadiah biasiswa yang telah ditawarkan oleh
KDU berikutan kejayaan tersebut. Ibu bapa juga digalakkan untuk memberi
sokongan padu kepada anak masing-masing bergiat cergas dalam bidang sukan. Bola
Tampar juga tidak kurang hebatnya kerana memenangi banyak perlawanan yang
disertai.
6
Tiga orang pelajar tingkatan 4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan
sains yang dianjurkan oleh Petrosains dan telah mengharumkan nama sekolah dengan
menjadi naib johan dan memenangi hadiah bernilai RM20,000.00 dalam bentuk
aktiviti pelajar. Panitia Bahasa Tamil juga telah mengharumkan nama sekolah di
peringkat negeri Selangor apabila muncul sebagai johan dalam pertandingan kuiz
Bahasa Tamil. Tidak ketinggalan juga peserta pertandingan sajak Bahasa Cina telah
mencapai tahap kepujian dalam Penulisan Karya Kreatif peringkat kebangsaan dan
tahap kepujian dalam penulisan cerpen peringkat antarabangsa. Ibu bapa boleh
melawat laman web sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencapaian
sekolah serta isu-isu lain di sekolah.
1.5 Pembangunan Sekolah
SMKBU 3 merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Walau bagaimanapun
peruntukan kerajaan adalah terhad kepada perkara-perkara asas sahaja. Pembangunan
prasarana yang lain adalah diatas inisiatif pihak sekolah sendiri termasuk
penyelenggaraan bangunan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Contoh
terbaik adalah penyelenggaraan komputer di makmal komputer. Ianya bergantung
kepada budi bicara pihak sekolah untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Contoh seterusnya adalah penyelenggaraan tandas rosak. Tandas yang diperbaiki
biasanya akan kembali rosak dalam waktu yang singkat. Kes –kes kecurian juga
berlaku dalam kawasan sekolah. Alat-alatan seperti kepala paip, spotlight dan papan
tanda besi telah dicuri.
Komputer yang ada di makmal komputer sangat memerlukan penaiktarafan
kerana komputer tersebut boleh dikatakan ketinggalan zaman. Mana-mana ibu bapa
yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan. Sekolah juga sangat memerlukan
CCTV untuk tujuan keselamatan.
1.6 Program Sihathon
Aktiviti yang dijalankan pada tahun 2010 adalah sangat minima, namun begitu,
Program Sihathon telah diadakan dengan jayanya pada 27 September 2010, walaupun
terlewat sedikit daripada tarikh yang sepatutnya. Pada masa yang sama pelajar
terpaksa menumpukan perhatian kepada peperiksaan diikuti dengan cuti hari raya dan
cuti persekolahan. Walau bagaimanapun, dalam jangkamasa kurang dari 2 bulan yang
diperuntukkan, sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM49,445.90.
Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama guru-
guru, Datin Peggy selaku YDP dan semua AJK PIBG yang bekerja keras dan telah
memberikan komitmen yang padu kepada pihak sekolah dalam menjayakan program
tersebut.
1.7 Wang Sumbangan PIBG
Sumbangan wang PIBG berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga yang
disumbangkan oleh pelajar digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sekolah. Pada tahun
2011, pembahagian peruntukan kewangan PIBG adalah mengikut peratusan. 40%
diperuntukkan bagi pembangunan dan penyelenggaraan prasarana sekolah kerana
tiada peruntukan diterima dari kerajaan. 20% untuk kurikulum, 20% untuk Hal Ehwal
Murid, 15% untuk kokurikulum dan 5% untuk 3K. Pengetua memaklumkan bahawa
ada beberapa ibu bapa yang tidak mahu menyumbang kepada tabung PIBG sekolah.
7
Beliau mengingatkan para hadirin bahawa aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah
melibatkan semua pelajar bukan segelintir sahaja, jadi ibu bapa tidak sepatutnya
mempertikaikan sumbangan tersebut.
1.8 Fokus 2011
Fokus sekolah pada tahun 2011 adalah untuk melengkapkan prasarana Pusat
Sumber Sekolah (PSS). Fokus untuk tahun 2009 dan 2010 iaitu peningkatan dalam
kurikulum dan 3K telah berjaya dicapai. Sekolah juga berterima kasih kepada En.
Alfred kerana menyumbangkan sebanyak RM6,000.00 sempena memperingati
mendiang ibu beliau. Sumbangan beliau digunakan untuk menyediakan bangku-
bangku di sekitar kawasan sekolah sebagai kemudahan untuk pelajar duduk termasuk
di kantin. Sekolah juga mengalu-alukan sebarang sumbangan dari ibu bapa yang sudi
untuk menyumbang. Aktiviti PSS pada tahun ini akan lebih berfokus kepada
akademik. Antaranya adalah program Memperkasakan Bahasa Melayu dan
Memertabatkan Bahasa Inggeris (MBM & MBI) yang menggantikan program PPSMI.
Semua aktiviti akademik dan ko-akademik yang dijalankan adalah berfokus kepada
program ini. Salah satu langkah yang telah dilambil oleh PSS ialah menambah
bilangan buku bacaan di PSS. Setakat ini sejumlah RM5,000.00 nilai buku bacaan
terkini telah dipesan oleh PSS. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk menyumbang buku-
buku bacaan kepada PSS.
1.9 Ucapan Penghargaan
Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang
termasuk institusi swasta, orang perseorangan, para ibu bapa dan Datin Peggy sendiri
yang telah meletakkan SMKBU 3 di tempat ianya berada sekarang. Tak lupa juga
penghargaan kepada En. Mahiyudin Abdul Rahman yang secara sukarela bertindak
sebagai juruaudit walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di SMKBU 3. Pengetua
juga berharap semoga AJK PIBG yang baru dilantik mempunyai komitmen yang
tinggi demi kemajuan anak-anak di SMKBU 3.
2.0 Ucapan YDP PIBG
YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, guru, AJK
PIBG dan ibu bapa yang hadir serta komitmen dan kerjasama yang telah diberikan
untuk menjayakan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Beliau megucapkan
tahniah kepada pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar di atas
keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun 2010. SMKBU 3 sememangnya
beruntung kerana mempunyai seorang pengetua yang berdedikasi serta barisan guru
yang bertanggungjawab, sanggup bekerja keras demi kejayaan anak-anak didik
masing-masing. Keputusan cemerlang tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa
kerjasama pihak sekolah, para guru, doa ibu bapa serta kerja kuat dari para pelajar
sendiri. Beliau berharap agar pencapaian dalam peperiksaan SPM yang bakal
diumumkan tidak lama lagi akan mencatat peningkatan yang baik dan cemerlang
sebagaimana peperiksaan PMR.
Beliau juga memaklumkan bahawa PIBG sentiasa memberi kerjasama kepada
pihak sekolah dalam menjayakan program dan aktiviti akademik mahupun
8
kokurikulum. Program-program yang telah dijalankan antaranya menaiktaraf kantin,
menambah keluasan tempat menunggu bas, membeli 100 buah kerusi pelajar, kelas
klinikal, IRC, kelas pecutan, gerak gempur, program motivasi dan Sihathon. Sihathon
dijalankan bertujuan untuk menambah tabung PIBG, meningkatkan prasarana sekolah
disamping mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dana
yang dikumpul melalui program ini adalah sebanyak RM49.445.90. PIBG juga turut
menyumbangkan dana bantuan kewangan kepada 47 orang pelajar yang tidak dapat
mejelaskan yuran sekolah kerana masalah kewangan.
Beliau menyeru semua pihak untuk membantu dan menyokong program-
program kerjasama PIBG dan pihak sekolah yang bakal diadakan nanti kerana semua
program yang bakal dijalankan nanti tidak lain untuk kepentingan dan keselesaan
semua pelajar SMKBU 3. Beliau mengucapkan terima kasih semua kepada AJK 2010
yang telah memberi kerjasama selama beliau menjadi YDP. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada AJK baharu yang dilantik dan berharap semoga mereka dapat
memberi komitmen yang padu dalam menjayakan semua program PIBG. Harapan
beliau semoga AGM kali ini berlangsung dengan baik dan harmoni. Seterusnya beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 10.
3.0 Pengesahan / Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 9
3.1 En.Simon Khor mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kali
Ke-9 disahkan.
3.2 En. Jamaludin Non menyokong cadangan tersebut
4.0 Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG
Perbentangan tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Kehormat PIBG sesi
2010/2011 Pn Wan Nafisah Wan Ismail. (rujuk buku AGM m/s 23-42)
5.0 Membentang / Menerima Penyata Kewangan PIBG Sesi 2009
5.1 Pembentangan tersebut dibuat oleh Bendahari Kehormat PIBG sesi
2010/2011 Pn. Ling King Yen (rujuk buku AGM PIBG m/s 60). Pn.
Ling mengucapkan terima kasih kepada En. Mahiyudin kerana
memperkenalkan format akaun yang mudah.
5.2 En Jamaludin mencadangkan agar penyata kewangan disahkan dan
disokong oleh En. Yeoh Hai Yong.
6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2010/2011
6.1 YDP PIBG dengan ini membubarkan AJK PIBG sesi 2010/2011
dengan harapan AJK baru yang akan dilantik dapat meneruskan tugas
dengan jayanya.
7.0 Perlantikan Pengerusi Sementara
7.1 En. Simon Khor telah mencadangkan En Mahiyudin sebagai pengerusi
sementara dan disokong oleh En Jamaludin.
9
8.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2011
8.1 Pemilihan AJK guru ditetapkan oleh pihak sekolah dan disahkan
sebulat suara dalam AGM iaitu:
AJK (Guru)
1. Pn Suzana Bt Mohamed
2. Pn Ling King Yen
3. Cik Yeow Kon Tai
4. Cik Hasniraiza bt Abdullah
5. Pn Tan Soa Tiam
6. En Parandaman a/l Muniandy
7. Cik Najwa Khasim
Senarai AJK 2010/2011 seperti berikut:
Penasihat PIBG : Pn Azizah Bt Yusoff (Pengetua)
Ex- Officio : Pn Misliah Kulop (Penolong Kanan)
: En Mah See See (Penolong Kanan HEM)
: En Wong Tzyy Yu (Penolong Kanan KOKU)
Keputusan pemilihan
Yang Dipertua PIBG : En. Ringo Kaw Fan Chu
Naib Yang Dipertua : Dr. Azman Ariff
Setiausaha : Pn Suzana Mohamed
Bendahari : Pn Ling King Yen
AJK (Ibu Bapa)
1. Pn. Abdull Aziz Ismail
2. En. Ng Ping Onn
3. En. Sieh Chong Lim
4. En. P.Udayakumar
5. En. Jamaludin Non
6. En. Andrew Veno
7. Pn. Vinnie Yap
8. Pn. Soo May Leng
Juruaudit
En. Nik Badrul Hisham (Ibu Bapa)
Pn.Gan Ah Gen (Guru)
8.2 Permohonan menukar nama Yang Dipertua daripada Datin Peggy
Leong kepada En. Ringo Kaw dan Setiausaha Pn. Wan Nafisah Wan
Ismail kepada Pn. Suzana Mohamed diluluskan dan urusan pertukaran
tersebut akan dibuat dengan pihak bank (CIMB)
Tindakan : Setiausaha dan Bendahari PIBG
10
9.0 Ucapan YDP PIBG 2011
YDP PIBG, En Ringo Kaw Fan Chu, seorang pengusaha restoran
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah
memilih beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2011/2012. Harapan beliau agar
barisan AJK baru dapat memberikan kerjasama yang padu dan mantap demi
kecemerlangan anak-anak. Beliau berjanji untuk memberikan yang terbaik dan
akan memberikan kerjasama sepenuhnya demi pendidikan anak-anak di
SMKBU 3.
10.0 Perbahasan Usul
6.1 Usul Sekolah Pertama
Pihak sekolah mencadangkan bahawa Bayaran Tambahan dikenakan
sebanyak RM55.50 bagi setiap pelajar.
Usul diterima sebulat suara.
10.2 Usul Sekolah Kedua
Yuran PIBG dicadangkan agar kekal kepada RM50.00 bagi setiap
keluarga.
Usul diterima sebulat suara.
10.3 Usul Sekolah Ketiga
Pihak sekolah mencadangkan penerbitan majalah sekolah diteruskan
dengan bayaran RM12.00 bagi satu keluarga seperti tahun sebelumnya.
Usul diterima sebulat suara.
10.4 Usul Sekolah Keempat
Pihak sekolah mencadangkan agar bayaran untuk Program
Peningkatan Prestasi bagi kelas-kelas peperiksaan am (SPM dan PMR)
diturunkan daripada RM30.00 kepada RM20.00 bagi setiap pelajar
yang terlibat.
Usul diterima sebulat suara.
11.0 Jawapan Usul Ibu Bapa
11.1 Usul En Taha Sheikh Mohammad (Sheikh Omar Taha – 1 Orkid)
Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh pihak sekolah untuk
mengatasi kesesakan lalu-lintas di luar pagar utama sekolah
terutamanya pada waktu pagi dan waktu tamat sekolah (2.30ptg)?
Pengetua menjelaskan bahawa lalu-lintas di hadapan sekolah
merupakan masalah besar yang dihadapi oleh pihak sekolah pada masa
ini. Beliau menyeru kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai
hubungan dengan pihak MBPJ supaya tampil memberikan
11
pertolongan. Beliau menjelaskan bahawa jalan di hadapan sekolah
belum diserahkan di bawah kelolaan MBPJ justeru itu jika ‘U-Turn’
ditutup satu masalah lain pula akan timbul. Sikap ibu bapa yang
mementingkan diri juga menambah kepada masalah sedia ada. Ada
segelintir ibu bapa yang meletak kenderaan di hadapan pagar sekolah
sewaktu menjemput anak-anak mereka tanpa mempedulikan kesesakan
lalu lintas yang terjadi. Saiz pagar yang kecil juga menambahkan lagi
kesesakan tersebut. Salah satu jalan penyelesaian yang boleh diambil
adalah dengan memohon pihak MBPJ melebarkan jalan yang sedia
ada. Beliau berharap AJK PIBG yang baharu memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
11.2 Usul En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga)
Harga alat-alat tulis yang dijual di kedai buku telah meningkat kepada
33% melebihi kenaikan harga di pasaran umum yang hanya 6%.
Pengetua menjelaskan bahawa kedai buku sekolah diberikan mengikut
tender. Barang-barang yang dijual adalah mengikut harga pasaran
kerana barang diambil dalam volume tertentu. Beliau berjanji untuk
memastikan bahawa barang dijual dikedai buku dijual mengikut harga
pasaran semasa.
Harga makanan yang dijual di kantin sangat mahal, kurang rasa dan tak
bervariasi serta tidak mencukupi bagi pelajar-pelajar yang menunggu
untuk aktiviti selepas sekolah.
Pengetua telah mengarahkan AJK kantin untuk membuat soal selidik
untuk mempelbagaikan jenis makanan yang dijual di kantin. Harga
makanan yang dijual digerai Melayu adalah 40% lebih murah dari
tahun lepas.
12.0 Hal-hal lain
12.1 Pihak sekolah telah menghantar satu surat permohonan untuk menerbit
dan mengutip bayaran RM12 untuk majalah sekolah, juga kebenaran
untuk mencetak serta mengedar majalah tersebut.
12.2 En. Chen Lee Siong (Chen Wei Shern – 1 Mawar) memaklumkan
bahawa beliau ternampak seorang pemotong rumput sedang bekerja
berhampiran dengan pelajar-pelajar yang sedang menjalankan aktiviti
PJK di padang sekolah. Menurut beliau tidak sepatutnya kedua-dua
aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama kerana boleh
membahayakan pelajar-pelajar tersebut.
Pengetua mengucapkan terima kasih kepada En. Chen yang prihatin
dengan aktiviti yang berjalan di sekolah dan meminta beliau untuk
terus memberi kerjasama pada masa hadapan. Beliau menjelaskan
bahawa pemotong rumput tersebut adalah pekerja swasta yang bekerja
pada masa yang tidak sesuai. Mereka bekerja disaat-saat akhir kerana
bimbang tidak akan mendapat bayaran jika kerja tidak diselesaikan.
Pengetua meminta En. Wong supaya mengambil tindakan yang
12
sewajarnya kerana di bawah bidang kuasa En. Wong selaku Penolong
Kanan Kokurikulum.
11.3 En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga) mempersoalkan
kenapa terdapat aktiviti kokurikulum yang dijalankan di bawah panas
matahari pada pukul 2 – 4 petang kerana keadaan dan tempat yang
digunakan adalah tidak sesuai.
En. Wong selaku Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan bahawa
semua pelajar digalakkan untuk menjalankan aktiviti masing-masing di
tempat teduh sama ada di dalam bilik darjah, di tepi koridor atau di
bawah pokok. En. Wong juga akan memastikan bahawa semua aktiviti
dijalankan di tempat yang sesuai.
12.3 En.Yeoh Hai Hong (Yeoh Jin Hao – 5 Ixora) bertanya adakah sebarang
tindakan telah diambil untuk membuat bumbung gelanggang bola
keranjang di belakang blok D.
Pengetua menjelaskan bahawa sehingga akhir tahun semasa, jumlah
kutipan dari Program Sihathon serta baki dalam akaun simpanan tetap
sekolah berjumlah RM80,000 dan adalah tidak mencukupi untuk
projek yang dirancang. Beliau berharap En. Ringo selaku YDP berserta
AJK baru akan bekerja dengan lebih keras untuk melaksanakan hasrat
tersebut.
12.4 Pn. Soo May Leng (Valerie Chow – 1 Ixora) mencadangkan agar
kantin menjual minuman panas seperti milo kepada pelajar. AJK
kantin diingatkan untuk mengambil tindakan mencadangkan perkara
tersebut kepada pihak kantin.
12.5 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menukar penama buku cek
dari Datin Peggy Leong kepada En. Ringo Kaw Fan Chu.
13.0 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat Agung kali ke 10 ditangguhkan pada pukul 5. 15 petang.
Top Related