PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR...

12
1 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA 47800 PETALING JAYA SELANGOR MESYUARAT AGUNG PIBG BIL/10 2011/2012 TARIKH : 19 FEBUARI 2011 MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SMKBU 3 Kehadiran : (Guru) 1. Pn. Azizah Bt. Yusoff 2. Pn. Misliah Bt. Kulop 3. En. Mah See See 4. En. Wong Tzyy Yu 5. Pn. Salawati Bt. Ahmad Ghazali 6. Pn. Haniza Bt. Abd Rahman 7. Pn. Zaharah Bt. Hamzah 8. Pn. Tan Soa Tiam 9. Pn Jamilah Bt Mohamed 10. Cik Rajeswari A/P Sinnakoundan 11. Cik Harmaizan Bt. Abdullah 12. En. Abdul Kohar B. Ahmad Zahid 13. Pn. Aiton Bt Wahab 14. En. Amer B. Ain 15. En. Bong Joo Ping 16. Pn Chan Mei Chow 17. Pn. Choo Saw Khim 18. Cik Fatima M.Lopez 19. Pn. Gajathiswari A/P Vejian 20. Pn. Gan Ah Gen 21. Cik Hasniraiza Bt Abdullah 22. Pn. Hoo Lee Peng 23. Pn. Intan Zaharah Bt. Abd Rahim 24. En. Jam Arif B. Abd Wahab 25. Pn. Juliana Patsy Lucas Sadin 26. Pn. Kee Geat Hong 27. Pn. Kuah Mei Gaik 28. En. Lim Chee Hong 29. Pn. Ling King Yen 30. Pn. Malini A/P L.Mohanandas 31. Cik Mardiah Bt. Yusof 32. Pn. Mastura Bt. Buang 33. Cik Najwa Bt. Khasim 34. Pn. Nazima Bt. Abu Naim 35. Pn. Neoh Kim Nai 36. Pn. Nik Rosmalihana Bt. Nik Mustapa 37. Pn. Noor Suzina Bt. Saiful Yazan

Transcript of PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR...

Page 1: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3

PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA

47800 PETALING JAYA

SELANGOR

MESYUARAT AGUNG PIBG BIL/10 2011/2012

TARIKH : 19 FEBUARI 2011

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN SMKBU 3

Kehadiran : (Guru)

1. Pn. Azizah Bt. Yusoff

2. Pn. Misliah Bt. Kulop

3. En. Mah See See

4. En. Wong Tzyy Yu

5. Pn. Salawati Bt. Ahmad Ghazali

6. Pn. Haniza Bt. Abd Rahman

7. Pn. Zaharah Bt. Hamzah

8. Pn. Tan Soa Tiam

9. Pn Jamilah Bt Mohamed

10. Cik Rajeswari A/P Sinnakoundan

11. Cik Harmaizan Bt. Abdullah

12. En. Abdul Kohar B. Ahmad Zahid

13. Pn. Aiton Bt Wahab

14. En. Amer B. Ain

15. En. Bong Joo Ping

16. Pn Chan Mei Chow

17. Pn. Choo Saw Khim

18. Cik Fatima M.Lopez

19. Pn. Gajathiswari A/P Vejian

20. Pn. Gan Ah Gen

21. Cik Hasniraiza Bt Abdullah

22. Pn. Hoo Lee Peng

23. Pn. Intan Zaharah Bt. Abd Rahim

24. En. Jam Arif B. Abd Wahab

25. Pn. Juliana Patsy Lucas Sadin

26. Pn. Kee Geat Hong

27. Pn. Kuah Mei Gaik

28. En. Lim Chee Hong

29. Pn. Ling King Yen

30. Pn. Malini A/P L.Mohanandas

31. Cik Mardiah Bt. Yusof

32. Pn. Mastura Bt. Buang

33. Cik Najwa Bt. Khasim

34. Pn. Nazima Bt. Abu Naim

35. Pn. Neoh Kim Nai

36. Pn. Nik Rosmalihana Bt. Nik Mustapa

37. Pn. Noor Suzina Bt. Saiful Yazan

Page 2: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

2

38. Pn. Noor Zaida Bt. Mohd Zaidi

39. Pn. Nor Azlina Bt. Hawari

40. Cik Noraziah Anina Bt Mohd Rashid

41. En. Norhadi B. Muhammad Husin

42. Pn. Norhani Bt. Remeli

43. Pn. Nor Hayatul Hassanah Bt. Mohd Noor

44. En. Parandaman A/L M.Andy

45. Pn. Phay Hean Heng

46. Pn. Rosashima Bt. Abd Rahim

47. En. Rozaimi B. Che Soh

48. Pn. Rozita Bt. Sulaiman

49. Pn. Sabrina Bt. Mohd Rafai

50. Pn. Shairatul Asrina Bt Kamaruddin

51. Pn. Siti Hasmah Bt. Haron

52. Cik Siti Nor Hafizah Bt Mohd Salleh

53. Pn. Suzana Bt. Mohamed

54. Pn. Tan Chooi Peng

55. Pn. Wan Nafisah Bt. Wan Ismail

56. Cik Yeow Kon Tai

57. Cik Yow Yoke Kwan

58. Pn. Zaharani Bt. Ghani

59. Pn. Zakiah Bt. Zakaria

60. Pn Zarinah Saik Ibrahim

61. Pn Zuridah Bt Yusof

62. Cik Haniza Bt Sartijan

63. En Izzar B. Idris

64. Cik Suhaila Bt. Mat

65. Cik Suzy Bt Rahim@Abdul Rahim

66. Cik Azidah Bt. M.Tajuddin

67. Cik Lenny anak Joseph Agong

68. Cik Nor Nadhirah Mazlan

69. Cik Nurul Amirah Nasir

70. Cik Nur Azlin Azman

71. Cik Nur Wahida Zainal Kamarudin

72. Datin Tan Kok Suan (Pertandingan Robotik)

73. Pn. Asmani Bt. Morad (Pertandingan Robotik)

74. En. Mohd Idaham B. Ibrahim (Kursus Pengakap)

75. Cik Yusniza Bt. Ahmad (Pertandingan Robotik)

Tidak Hadir

1. Pn Foo Pei Jiun (Cuti Bersalin)

2. Cik Hazlinda Bt. Zaidi (CRK)

3. Pn. Kuah Mei Gaik

4. Pn. Norli Bt. Abdul Ranee (Cuti Bersalin)

5. Cik Pearl Yeong Huoy Min (CRK)

6. Pn. Suhaila Bt. Idris (Cuti Sakit)

Page 3: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

3

Kehadiran Ibu Bapa

1. En Adnan Hassan

2. Pn. Zurina Ayu

3. Dr Azman Ariff

4. En. Abdull Aziz Ismail

5. Pn. Sheiron Akmal Ismail

6. En. Taha Sheikh Mohammad

7. En. Zed Zariman Zulkifli

8. Pn.Yati Muhamad

9. Pn. V.Suris

10. En. Chen Lee Siong

11. En. Anthony Ng

12. Pn. Soo May Leng

13. Pn. Ng Ping Onn

14. En. Lim Jit Yoong

15. En. Ng Lee Kheng

16. En. Ringo Kaw

17. Pn. Shirley Chua

18. Pn. Tan Soa Tiam

19. En. P.Udayakumar

20. En. Zulkifli Mohamad Noor

21. Pn. Suzana Mohamed

22. Pn. Haniza Abd Rahman

23. Pn Salawati Ahmad Ghazali

24. En. Jamaludin Non

25. En. Parandaman A/L M.Andy

26. Pn. Shireen

27. Pn. Too Bee Lian

28. Pn. Gan Ah Gen

29. Pn. Zaharani Ghani

30. En. Yap Yeng Hong

31. En. Lee Yoke Hock

32. En. Lum Weng Fook

33. En. Sieh Chong Lim

34. Pn. Melinda Chang

35. Pn. Noor Zaida Mohd Zairi

36. En. Lee Wai Kay

37. Pn. Jessica

38. Pn. Neoh Kim Nai

39. Pn. Saw Su Kee

40. En. Simon Khor

41. En. Ho Wai Yee

42. En Yap Swee On

43. Pn. Wang Swee Yeong

44. En. Khidhir Zakaria

45. En. Nik Badrul Hisham

46. En. Sabaruddin

47. Pn. Normala

48. Pn. Patricia Roberts

Page 4: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

4

49. Asp Andrew Veno

50. En Yeoh Hai Yong

51. En. Baithma Jothi

52. En. Neo Soon Aw

Catatan Mesyuarat

1.0 Ucapan Penasihat PIBG

Pengetua SMKBU3 Pn Azizah Bt Yusoff selaku penasihat PIBG

mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir

walaupun jumlah kehadiran ibu bapa tidak sampai 100 orang. Beliau memanjatkan

rasa syukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-10 memandangkan

tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat di SMKBU 3. Pn Azizah

memaklumkan bahawa beliau akan bersara pada awal tahun 2012.

1.1 Pelajar dan Kakitangan Sekolah

Beliau memaklumkan SMKBU 3 telah berusia 10 tahun dan jumlah pelajar

pada tahun ini telah meningkat kepada 1362 orang, dengan jumlah kelas sebanyak 37

kelas termasuk satu kelas tingkatan peralihan. Berdasarkan keputusan peperiksaan

tahun 2010, SMKBU 3 berada pada tahap 189 daripada 2900 buah sekolah menengah

di Malaysia dan telah dicadangkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah

sebuah sekolah SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) pada tahun 2012. SMKBU 3 juga

telah ditawarkan untuk mengadakan kelas tingkatan enam dan pihak sekolah telah

menerima tawaran tersebut.

Sekolah mempunyai seramai 71 orang guru terlatih termasuk 4 orang guru

GSTT dan 10 orang kakitangan sokongan. Walaupun pihak sekolah baharu saja

menerima dua orang guru baru, tetapi pihak sekolah masih lagi memerlukan 4 orang

guru terutama bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Pada masa yang sama, 3 orang

guru termasuk 2 orang guru Bahasa Melayu akan bersalin dalam masa terdekat dan

akan bercuti selam 90 hari. Ini menambahkan lagi masalah kekurangan guru kerana

PPD tidak mempunyai peruntukan untuk menyediakan guru ganti. Disamping itu,

pihak sekolah juga memerlukan 2 orang pembantu makmal. Kekosongan guru ini

perlu dipenuhi dengan segera kerana Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan dua

mata pelajaran teras. Pengetua memaklumkan bahawa masalah kekurangan guru

bukan sahaja dihadapi di SMKBU 3 malahan merupakan masalah di semua sekolah

di daerah Petaling. Daerah Petaling memerlukan seramai 90 orang guru Bahasa

Melayu. Beliau berjanji untuk mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah

tersebut secepat mungkin.

1.2 Keputusan PMR

Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan

membanggakan dengan peningkatan dari segi peratus, kualiti dang gred purata

sekolah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2010 telah mencatatkan gred

purata sekolah terbaik iaitu 1.79. Seramai 29 pelajar mencapai semua A. Walaupun

jumlah pelajar mencapai semua A berkurang, tetapi dari segi pencapaian SMKBU 3

berada pada tahap ke 5 daripada 27 buah sekolah di daerah Petaling Utama. Salah satu

sebab penurunan jumlah pelajar mencapai semua A adalah tidak mencapai A dalam

Page 5: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

5

subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Cina. Ini berkaitan dengan masalah kekosongan

guru Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak sekolah. Oleh sebab itu pihak sekolah

akan berusaha untuk mendapatkan guru-guru tersebut.

Ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar, ibu bapa, pentadbir, guru dan

barisan AJK PIBG yang membantu kejayaan pelajar-pelajar serta menjadikan

SMKBU 3 sebuah sekolah yang cemerlang. Semoga kejayaan ini dapat

dipertingkatkan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang

telah bertungkus lumus untuk melahirkan warga pelajar yang berjaya. Beliau berharap

agar keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi juga bakal

mencatat keputusan cemerlang kerana SMKBU 3 merupakan salah sebuah sekolah

terbaik di daerah Petaling Utama berdasarkan keputusan SPM 2010.

1.3 Program Peningkatan Prestasi

Untuk mengekalkan prestasi cemerlang, pelbagai program peningkatan prestasi

telah dirangka sedemikian rupa dan dijalankan bukan sahaja di peringkat sekolah

malahan di peringkat daerah, jabatan dan negeri. Program PATS dan Headcount

merupakan program yang sangat bagus yang mana keberkesanannya dapat dilihat

melalui peningkatan keputusan peperiksaan UPSR dan PMR di peringkat negara.

Persediaan akademik yang sempurna sangat penting bagi pelajar sebelum

menghadapi peperiksaan. Antara program yang dijalankan pada tahun 2010 di

peringkat negeri Selangor adalah peperiksaan setara, manakala di peringkat sekolah,

program akademik yang dijalankan adalah “Intensive Revision Class”(IRC), kelas

PECUTAN dan kelas jadual anjal di samping program motivasi dan teknik menjawab.

Bagi pengisian rohani, program solat hajat dan bacaan yasin diadakan khas bagi

pelajar Islam. Pelajar bukan Islam juga mengadakan acara keagamaan mereka di

rumah ibadat masing-masing. Majlis restu ilmu juga diadakan sebelum pelajar

menghadapi peperiksaan.

Setiap program yang dijalankan semestinya memerlukan pengorbanan dari segi

masa dan kewangan. PIBG perlu berkorban dari segi kewangan kerana perbelanjaan

yang besar diperlukan untuk bayaran kertas peperiksaan, fotostat dan reso. Harga

dakwat pula meningkat sebanyak 25%. Selain sumbangan PIBG, pihak sekolah juga

menggunakan duit sumbangan kerajaan (SUWA & PCG) dan bayaran tambahan

pelajar semaksima yang mungkin untuk program-program yang dijalankan di sekolah.

Bayaran RM20 dikenakan bagi setiap calon PMR dan SPM bagi menampung semua

aktiviti yang dijalankan di sekolah. Jumlah RM20 dikenakan adalah sangat kecil jika

dibandingkan dengan jumlah aktiviti yang dijalankan.

.

1.4 Kegiatan Kokurikulum

SMKBU 3 juga cemerlang dalam kokurikulum sepanjang tahun 2010. Antaranya

dalam bidang sukan iaitu bola keranjang. (rujuk buku program m/s 19-22) Kejayaan

kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan sebagai johan telah menjadikan pasukan

sekolah sebagai medium perkongsian pintar dengan sekolah swasta yang lain dalam

bidang sukan termasuk sekolah Sri Sedaya dan Kolej Damansara Utama. Beberapa

orang pelajar SMKBU 3 telah memenangi hadiah biasiswa yang telah ditawarkan oleh

KDU berikutan kejayaan tersebut. Ibu bapa juga digalakkan untuk memberi

sokongan padu kepada anak masing-masing bergiat cergas dalam bidang sukan. Bola

Tampar juga tidak kurang hebatnya kerana memenangi banyak perlawanan yang

disertai.

Page 6: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

6

Tiga orang pelajar tingkatan 4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan

sains yang dianjurkan oleh Petrosains dan telah mengharumkan nama sekolah dengan

menjadi naib johan dan memenangi hadiah bernilai RM20,000.00 dalam bentuk

aktiviti pelajar. Panitia Bahasa Tamil juga telah mengharumkan nama sekolah di

peringkat negeri Selangor apabila muncul sebagai johan dalam pertandingan kuiz

Bahasa Tamil. Tidak ketinggalan juga peserta pertandingan sajak Bahasa Cina telah

mencapai tahap kepujian dalam Penulisan Karya Kreatif peringkat kebangsaan dan

tahap kepujian dalam penulisan cerpen peringkat antarabangsa. Ibu bapa boleh

melawat laman web sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencapaian

sekolah serta isu-isu lain di sekolah.

1.5 Pembangunan Sekolah

SMKBU 3 merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Walau bagaimanapun

peruntukan kerajaan adalah terhad kepada perkara-perkara asas sahaja. Pembangunan

prasarana yang lain adalah diatas inisiatif pihak sekolah sendiri termasuk

penyelenggaraan bangunan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Contoh

terbaik adalah penyelenggaraan komputer di makmal komputer. Ianya bergantung

kepada budi bicara pihak sekolah untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Contoh seterusnya adalah penyelenggaraan tandas rosak. Tandas yang diperbaiki

biasanya akan kembali rosak dalam waktu yang singkat. Kes –kes kecurian juga

berlaku dalam kawasan sekolah. Alat-alatan seperti kepala paip, spotlight dan papan

tanda besi telah dicuri.

Komputer yang ada di makmal komputer sangat memerlukan penaiktarafan

kerana komputer tersebut boleh dikatakan ketinggalan zaman. Mana-mana ibu bapa

yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan. Sekolah juga sangat memerlukan

CCTV untuk tujuan keselamatan.

1.6 Program Sihathon

Aktiviti yang dijalankan pada tahun 2010 adalah sangat minima, namun begitu,

Program Sihathon telah diadakan dengan jayanya pada 27 September 2010, walaupun

terlewat sedikit daripada tarikh yang sepatutnya. Pada masa yang sama pelajar

terpaksa menumpukan perhatian kepada peperiksaan diikuti dengan cuti hari raya dan

cuti persekolahan. Walau bagaimanapun, dalam jangkamasa kurang dari 2 bulan yang

diperuntukkan, sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM49,445.90.

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama guru-

guru, Datin Peggy selaku YDP dan semua AJK PIBG yang bekerja keras dan telah

memberikan komitmen yang padu kepada pihak sekolah dalam menjayakan program

tersebut.

1.7 Wang Sumbangan PIBG

Sumbangan wang PIBG berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga yang

disumbangkan oleh pelajar digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sekolah. Pada tahun

2011, pembahagian peruntukan kewangan PIBG adalah mengikut peratusan. 40%

diperuntukkan bagi pembangunan dan penyelenggaraan prasarana sekolah kerana

tiada peruntukan diterima dari kerajaan. 20% untuk kurikulum, 20% untuk Hal Ehwal

Murid, 15% untuk kokurikulum dan 5% untuk 3K. Pengetua memaklumkan bahawa

ada beberapa ibu bapa yang tidak mahu menyumbang kepada tabung PIBG sekolah.

Page 7: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

7

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah

melibatkan semua pelajar bukan segelintir sahaja, jadi ibu bapa tidak sepatutnya

mempertikaikan sumbangan tersebut.

1.8 Fokus 2011

Fokus sekolah pada tahun 2011 adalah untuk melengkapkan prasarana Pusat

Sumber Sekolah (PSS). Fokus untuk tahun 2009 dan 2010 iaitu peningkatan dalam

kurikulum dan 3K telah berjaya dicapai. Sekolah juga berterima kasih kepada En.

Alfred kerana menyumbangkan sebanyak RM6,000.00 sempena memperingati

mendiang ibu beliau. Sumbangan beliau digunakan untuk menyediakan bangku-

bangku di sekitar kawasan sekolah sebagai kemudahan untuk pelajar duduk termasuk

di kantin. Sekolah juga mengalu-alukan sebarang sumbangan dari ibu bapa yang sudi

untuk menyumbang. Aktiviti PSS pada tahun ini akan lebih berfokus kepada

akademik. Antaranya adalah program Memperkasakan Bahasa Melayu dan

Memertabatkan Bahasa Inggeris (MBM & MBI) yang menggantikan program PPSMI.

Semua aktiviti akademik dan ko-akademik yang dijalankan adalah berfokus kepada

program ini. Salah satu langkah yang telah dilambil oleh PSS ialah menambah

bilangan buku bacaan di PSS. Setakat ini sejumlah RM5,000.00 nilai buku bacaan

terkini telah dipesan oleh PSS. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk menyumbang buku-

buku bacaan kepada PSS.

1.9 Ucapan Penghargaan

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang

termasuk institusi swasta, orang perseorangan, para ibu bapa dan Datin Peggy sendiri

yang telah meletakkan SMKBU 3 di tempat ianya berada sekarang. Tak lupa juga

penghargaan kepada En. Mahiyudin Abdul Rahman yang secara sukarela bertindak

sebagai juruaudit walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di SMKBU 3. Pengetua

juga berharap semoga AJK PIBG yang baru dilantik mempunyai komitmen yang

tinggi demi kemajuan anak-anak di SMKBU 3.

2.0 Ucapan YDP PIBG

YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, guru, AJK

PIBG dan ibu bapa yang hadir serta komitmen dan kerjasama yang telah diberikan

untuk menjayakan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Beliau megucapkan

tahniah kepada pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar di atas

keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun 2010. SMKBU 3 sememangnya

beruntung kerana mempunyai seorang pengetua yang berdedikasi serta barisan guru

yang bertanggungjawab, sanggup bekerja keras demi kejayaan anak-anak didik

masing-masing. Keputusan cemerlang tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa

kerjasama pihak sekolah, para guru, doa ibu bapa serta kerja kuat dari para pelajar

sendiri. Beliau berharap agar pencapaian dalam peperiksaan SPM yang bakal

diumumkan tidak lama lagi akan mencatat peningkatan yang baik dan cemerlang

sebagaimana peperiksaan PMR.

Beliau juga memaklumkan bahawa PIBG sentiasa memberi kerjasama kepada

pihak sekolah dalam menjayakan program dan aktiviti akademik mahupun

Page 8: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

8

kokurikulum. Program-program yang telah dijalankan antaranya menaiktaraf kantin,

menambah keluasan tempat menunggu bas, membeli 100 buah kerusi pelajar, kelas

klinikal, IRC, kelas pecutan, gerak gempur, program motivasi dan Sihathon. Sihathon

dijalankan bertujuan untuk menambah tabung PIBG, meningkatkan prasarana sekolah

disamping mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dana

yang dikumpul melalui program ini adalah sebanyak RM49.445.90. PIBG juga turut

menyumbangkan dana bantuan kewangan kepada 47 orang pelajar yang tidak dapat

mejelaskan yuran sekolah kerana masalah kewangan.

Beliau menyeru semua pihak untuk membantu dan menyokong program-

program kerjasama PIBG dan pihak sekolah yang bakal diadakan nanti kerana semua

program yang bakal dijalankan nanti tidak lain untuk kepentingan dan keselesaan

semua pelajar SMKBU 3. Beliau mengucapkan terima kasih semua kepada AJK 2010

yang telah memberi kerjasama selama beliau menjadi YDP. Beliau juga mengucapkan

tahniah kepada AJK baharu yang dilantik dan berharap semoga mereka dapat

memberi komitmen yang padu dalam menjayakan semua program PIBG. Harapan

beliau semoga AGM kali ini berlangsung dengan baik dan harmoni. Seterusnya beliau

merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 10.

3.0 Pengesahan / Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 9

3.1 En.Simon Khor mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kali

Ke-9 disahkan.

3.2 En. Jamaludin Non menyokong cadangan tersebut

4.0 Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG

Perbentangan tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Kehormat PIBG sesi

2010/2011 Pn Wan Nafisah Wan Ismail. (rujuk buku AGM m/s 23-42)

5.0 Membentang / Menerima Penyata Kewangan PIBG Sesi 2009

5.1 Pembentangan tersebut dibuat oleh Bendahari Kehormat PIBG sesi

2010/2011 Pn. Ling King Yen (rujuk buku AGM PIBG m/s 60). Pn.

Ling mengucapkan terima kasih kepada En. Mahiyudin kerana

memperkenalkan format akaun yang mudah.

5.2 En Jamaludin mencadangkan agar penyata kewangan disahkan dan

disokong oleh En. Yeoh Hai Yong.

6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2010/2011

6.1 YDP PIBG dengan ini membubarkan AJK PIBG sesi 2010/2011

dengan harapan AJK baru yang akan dilantik dapat meneruskan tugas

dengan jayanya.

7.0 Perlantikan Pengerusi Sementara

7.1 En. Simon Khor telah mencadangkan En Mahiyudin sebagai pengerusi

sementara dan disokong oleh En Jamaludin.

Page 9: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

9

8.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2011

8.1 Pemilihan AJK guru ditetapkan oleh pihak sekolah dan disahkan

sebulat suara dalam AGM iaitu:

AJK (Guru)

1. Pn Suzana Bt Mohamed

2. Pn Ling King Yen

3. Cik Yeow Kon Tai

4. Cik Hasniraiza bt Abdullah

5. Pn Tan Soa Tiam

6. En Parandaman a/l Muniandy

7. Cik Najwa Khasim

Senarai AJK 2010/2011 seperti berikut:

Penasihat PIBG : Pn Azizah Bt Yusoff (Pengetua)

Ex- Officio : Pn Misliah Kulop (Penolong Kanan)

: En Mah See See (Penolong Kanan HEM)

: En Wong Tzyy Yu (Penolong Kanan KOKU)

Keputusan pemilihan

Yang Dipertua PIBG : En. Ringo Kaw Fan Chu

Naib Yang Dipertua : Dr. Azman Ariff

Setiausaha : Pn Suzana Mohamed

Bendahari : Pn Ling King Yen

AJK (Ibu Bapa)

1. Pn. Abdull Aziz Ismail

2. En. Ng Ping Onn

3. En. Sieh Chong Lim

4. En. P.Udayakumar

5. En. Jamaludin Non

6. En. Andrew Veno

7. Pn. Vinnie Yap

8. Pn. Soo May Leng

Juruaudit

En. Nik Badrul Hisham (Ibu Bapa)

Pn.Gan Ah Gen (Guru)

8.2 Permohonan menukar nama Yang Dipertua daripada Datin Peggy

Leong kepada En. Ringo Kaw dan Setiausaha Pn. Wan Nafisah Wan

Ismail kepada Pn. Suzana Mohamed diluluskan dan urusan pertukaran

tersebut akan dibuat dengan pihak bank (CIMB)

Tindakan : Setiausaha dan Bendahari PIBG

Page 10: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

10

9.0 Ucapan YDP PIBG 2011

YDP PIBG, En Ringo Kaw Fan Chu, seorang pengusaha restoran

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah

memilih beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2011/2012. Harapan beliau agar

barisan AJK baru dapat memberikan kerjasama yang padu dan mantap demi

kecemerlangan anak-anak. Beliau berjanji untuk memberikan yang terbaik dan

akan memberikan kerjasama sepenuhnya demi pendidikan anak-anak di

SMKBU 3.

10.0 Perbahasan Usul

6.1 Usul Sekolah Pertama

Pihak sekolah mencadangkan bahawa Bayaran Tambahan dikenakan

sebanyak RM55.50 bagi setiap pelajar.

Usul diterima sebulat suara.

10.2 Usul Sekolah Kedua

Yuran PIBG dicadangkan agar kekal kepada RM50.00 bagi setiap

keluarga.

Usul diterima sebulat suara.

10.3 Usul Sekolah Ketiga

Pihak sekolah mencadangkan penerbitan majalah sekolah diteruskan

dengan bayaran RM12.00 bagi satu keluarga seperti tahun sebelumnya.

Usul diterima sebulat suara.

10.4 Usul Sekolah Keempat

Pihak sekolah mencadangkan agar bayaran untuk Program

Peningkatan Prestasi bagi kelas-kelas peperiksaan am (SPM dan PMR)

diturunkan daripada RM30.00 kepada RM20.00 bagi setiap pelajar

yang terlibat.

Usul diterima sebulat suara.

11.0 Jawapan Usul Ibu Bapa

11.1 Usul En Taha Sheikh Mohammad (Sheikh Omar Taha – 1 Orkid)

Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh pihak sekolah untuk

mengatasi kesesakan lalu-lintas di luar pagar utama sekolah

terutamanya pada waktu pagi dan waktu tamat sekolah (2.30ptg)?

Pengetua menjelaskan bahawa lalu-lintas di hadapan sekolah

merupakan masalah besar yang dihadapi oleh pihak sekolah pada masa

ini. Beliau menyeru kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai

hubungan dengan pihak MBPJ supaya tampil memberikan

Page 11: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

11

pertolongan. Beliau menjelaskan bahawa jalan di hadapan sekolah

belum diserahkan di bawah kelolaan MBPJ justeru itu jika ‘U-Turn’

ditutup satu masalah lain pula akan timbul. Sikap ibu bapa yang

mementingkan diri juga menambah kepada masalah sedia ada. Ada

segelintir ibu bapa yang meletak kenderaan di hadapan pagar sekolah

sewaktu menjemput anak-anak mereka tanpa mempedulikan kesesakan

lalu lintas yang terjadi. Saiz pagar yang kecil juga menambahkan lagi

kesesakan tersebut. Salah satu jalan penyelesaian yang boleh diambil

adalah dengan memohon pihak MBPJ melebarkan jalan yang sedia

ada. Beliau berharap AJK PIBG yang baharu memikirkan cara untuk

menyelesaikan masalah tersebut.

11.2 Usul En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga)

Harga alat-alat tulis yang dijual di kedai buku telah meningkat kepada

33% melebihi kenaikan harga di pasaran umum yang hanya 6%.

Pengetua menjelaskan bahawa kedai buku sekolah diberikan mengikut

tender. Barang-barang yang dijual adalah mengikut harga pasaran

kerana barang diambil dalam volume tertentu. Beliau berjanji untuk

memastikan bahawa barang dijual dikedai buku dijual mengikut harga

pasaran semasa.

Harga makanan yang dijual di kantin sangat mahal, kurang rasa dan tak

bervariasi serta tidak mencukupi bagi pelajar-pelajar yang menunggu

untuk aktiviti selepas sekolah.

Pengetua telah mengarahkan AJK kantin untuk membuat soal selidik

untuk mempelbagaikan jenis makanan yang dijual di kantin. Harga

makanan yang dijual digerai Melayu adalah 40% lebih murah dari

tahun lepas.

12.0 Hal-hal lain

12.1 Pihak sekolah telah menghantar satu surat permohonan untuk menerbit

dan mengutip bayaran RM12 untuk majalah sekolah, juga kebenaran

untuk mencetak serta mengedar majalah tersebut.

12.2 En. Chen Lee Siong (Chen Wei Shern – 1 Mawar) memaklumkan

bahawa beliau ternampak seorang pemotong rumput sedang bekerja

berhampiran dengan pelajar-pelajar yang sedang menjalankan aktiviti

PJK di padang sekolah. Menurut beliau tidak sepatutnya kedua-dua

aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama kerana boleh

membahayakan pelajar-pelajar tersebut.

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada En. Chen yang prihatin

dengan aktiviti yang berjalan di sekolah dan meminta beliau untuk

terus memberi kerjasama pada masa hadapan. Beliau menjelaskan

bahawa pemotong rumput tersebut adalah pekerja swasta yang bekerja

pada masa yang tidak sesuai. Mereka bekerja disaat-saat akhir kerana

bimbang tidak akan mendapat bayaran jika kerja tidak diselesaikan.

Pengetua meminta En. Wong supaya mengambil tindakan yang

Page 12: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR … MESYUARAT AGUNG PIBG 2011.pdf · Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan ... guru-guru yang telah bertungkus

12

sewajarnya kerana di bawah bidang kuasa En. Wong selaku Penolong

Kanan Kokurikulum.

11.3 En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga) mempersoalkan

kenapa terdapat aktiviti kokurikulum yang dijalankan di bawah panas

matahari pada pukul 2 – 4 petang kerana keadaan dan tempat yang

digunakan adalah tidak sesuai.

En. Wong selaku Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan bahawa

semua pelajar digalakkan untuk menjalankan aktiviti masing-masing di

tempat teduh sama ada di dalam bilik darjah, di tepi koridor atau di

bawah pokok. En. Wong juga akan memastikan bahawa semua aktiviti

dijalankan di tempat yang sesuai.

12.3 En.Yeoh Hai Hong (Yeoh Jin Hao – 5 Ixora) bertanya adakah sebarang

tindakan telah diambil untuk membuat bumbung gelanggang bola

keranjang di belakang blok D.

Pengetua menjelaskan bahawa sehingga akhir tahun semasa, jumlah

kutipan dari Program Sihathon serta baki dalam akaun simpanan tetap

sekolah berjumlah RM80,000 dan adalah tidak mencukupi untuk

projek yang dirancang. Beliau berharap En. Ringo selaku YDP berserta

AJK baru akan bekerja dengan lebih keras untuk melaksanakan hasrat

tersebut.

12.4 Pn. Soo May Leng (Valerie Chow – 1 Ixora) mencadangkan agar

kantin menjual minuman panas seperti milo kepada pelajar. AJK

kantin diingatkan untuk mengambil tindakan mencadangkan perkara

tersebut kepada pihak kantin.

12.5 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menukar penama buku cek

dari Datin Peggy Leong kepada En. Ringo Kaw Fan Chu.

13.0 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat Agung kali ke 10 ditangguhkan pada pukul 5. 15 petang.