7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
1/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 1
1.0 PENGENALAN
Polisi dan Peraturan Perkhidmatan TASKA dan TADIKA NCDRC disediakan untuk ibu
bapa/penjaga memahami tatacara pendaftaran dan program yang dilaksanakan di TASKA dan
TADIKA NCDRC. Sebagai sebuah pusat penyelidikan, TASKA dan TADIKA NCDRC bukan
sahaja menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan sistematik, tetapi
juga menekankan pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-
kanak. Ini meliputi aspekaspek pengasuhan, pembelajaran, penjagaan kesihatan dan
keselamatan, kemahiran urus diri dan kreativiti untuk kanak-kanak. Semua program dan aktiviti
yang dilaksanakan adalah mengikut Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum tersebut merupakan kurikulum kebangsaan yang
diwajibkan kepada setiap TASKA dan TADIKA di Malaysia. Kanak-kanak diberi pendedahan
secara menyeluruh menggunakan konsep pembelajaran berasaskan belajar melalui bermain. Ini
memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka persekitaran pembelajaran secara bebas
dengan panduan dan sokongan pendidik yang berkelayakan dan berpengalaman.
1.1 VISI
Menawarkan didikan dan asuhan kanak
kanak yang berkualiti dalam persekitaran yangkaya dengan alam semula jadi.
1.2 MISI
Meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak secara holistik, seimbang
dan harmonis.
1.3 OBJEKTIF
Menyediakan garis panduan perkhidmatan bagi kemudahan ibu bapa/penjaga yang
menerima perkhidmatan asuhan dan didikan di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Menyediakan maklumat-maklumat penting tentang program dan aktiviti kanak-kanak
di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan baik dan harmonis.
Mewujudkan sebuah komuniti dalam kalangan ibu bapa dan memastikan semua ibu
bapa melibatkan diri dalam program penglibatan ibu bapa.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
2/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 2
2.0 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
2.1 Peringkat umur
TASKA : 0 hingga 4 Tahun
TADIKA : 5 dan 6 Tahun
2.2 Waktu Operasi TASKA dan TADIKA
Hari : Isnin - Jumaat
TASKA : 7.30 pagi - 5.30 petang
TADIKA : Sesi 1
Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi12.00 tengah hari
Sesi 2
Isnin hingga Khamis - 1.00 petang5.00 petang
Jumaat2.005.30 petang
2.3 Waktu Operasi Pejabat Pentadbiran TASKA/TADIKA
Hari : Isnin-Jumaat
Masa : 8.00 pagi1.00 petang
2.00 petang
4.30 petang
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
3/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 3
3.0 YURAN
3.1 Prosedur Pembayaran
Bagi melancarkan proses pentadbiran, ibu bapa hendaklah mematuhi peraturan dan
prosedur berikut:
Membayar yuran bulanan dan tahunan mengikut kadar yang telah ditetapkan setiap
tahun.
Menjelaskan yuran sebelum 7hbsetiap bulan.
Yuran dibayar terus kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Kaunter Pejabat
Pentadbiran NCDRC seperti berikut:
Hari : Isnin hingga Rabu
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Membayar sepenuhnya yuran dalam situasi berikut:
i. Cuti ibu bersalin
ii.
Cuti sakitiii. Cuti umum/perayaan
iv. Percutian keluarga
v. Penangguhan operasi.
Pemotongan gaji akan dibuat ke atas kelewatan membayar yuran melebihi dua (2)
bulan.
Menerima resit rasmi bayaran. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
4/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 4
3.2 Yuran Pendaftaran
Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Perkara Bayi 2 tahun 3 tahun- 6 tahun
a)Yuran Pendaftaran (Yuran Aktiviti)
100.00 100.00
b)Yuran Pelbagai
T-shirt 1 pasang
1 pasang uniform TASKA/TADIKA
Alat tulis
Insuran
-
-
10.00
30.00
50.00
30.00
10.00
Jumlah 110.00 RM220.00
*Sekiranya ibu bapa/ penjaga membatalkan pendaftaran, yuran ini TIDAK akan dikembalikan
3.3 Yuran Bulanan
Yuran bulanan ialah yuran yang dikenakan setiap awal bulan sepanjang tempoh kanak-
kanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Jenis Perkhidmatan Umur kanak-kanak Waktu Perkhidmatan Yuran
TASKA
0-2 Tahun 7.30 pg - 5.30 ptg RM 210.00
3-4 Tahun 7.30 pg - 5.30 ptg RM 170.00
TADIKA 5-6 Tahun 8.00 pg12.00 tgh RM 70.00
* Y u r an K e las Iq r a B u lan an ( 4 t ah u n ) R M 20 .00
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
5/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 5
3.4 Bayaran Lebih Masa
Kadar bayaran lebih masa dikenakan sekiranya ibu bapa/penjaga lewat mengambil
kanak-kanak. Ibu bapa /penjaga boleh membuat bayaran terus di kelas masing-masing.
Resit akan dikeluarkan oleh PPM yang menjaga bahagian kewangan. Kadar bayaran
adalah seperti berikut:-
* T A S K A /T A D IK A t amat o p er as i j am 6 .00 p e t an g
4.0 KEMASUKAN KANAK-KANAK
Borang pendaftaran kemasukan baharu akan dibuka pada bulan September setiap tahun.
Ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran secara atas talian apabila permohonan
kemasukan dibuka.
Jika sekiranya kanak-kanak telah didaftarkan tetapi gagal hadir dalam masa 1 bulan tanpa
penjelasan dari tarikh pendaftaran, kemasukan akan dibatalkan secara automatik.
Sebuah keluarga dibenarkan mendaftar anak-anak tetapi hanya dua (2) orang anak sahaja
diterima pada satu-satu masa.
Bilangan kanak-kanak dalam sebuah kelas adalah mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Umur minimum bagi kelas bayi adalah 1 bulan hingga 3 bulan pada Januari setiap tahun.
Masa Kadar Bayaran
5.40 petang hingga 6.00 petang RM 5.00
12.31 tengahari1.00 petang RM 5.00
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
6/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 6
5.0 KURIKULUM DAN AKTIVITI TAHUNAN
Kurikulum yang dilaksanakan di TASKA dan TADIKA NCDRC adalah Kurikulum PERMATA
Negara dan Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK).
5.1 Kurikulum Permata Negara (TASKA 0- 4 Tahun)
Kurikulum Permata Negara sangat menekankan aspek-aspek asuhan dan didikan awal
kanak-kanak di mana amalan asuhannya berasaskan kasih sayang, memperbanyakkan
interaksi dan komunikasi, menekankan kepada proses pembelajaran dan bukan kepada
hasil pembelajaran, dan menanam rasa suka dan minat membaca, bukannya mengajar
membaca secara intensif. Kurikulum Permata Negara berpandukan lima (5) modul
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut umur:-
i. 06 bulan;
ii. 612 bulan;
iii. 12 tahun;
iv. 23 tahun; dan
v. 34 tahun.
Kurikulum PERMATA Negara merangkumi enam bidang perkembangan pembelajaran
yang terdiri daripada:i. Perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian
ii. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
iii. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik
iv. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
v. Perkembangan fizikal; dan
vi. Perkembangan kreativiti dan estetika
Rajah 1: Bidang Perkembangan Pembelajaran
Sumber: Kurikulum Permata Negara 2013
PENDIDKAN
PEMAKANANSIHAT
LATIHANURUSDIRI
SENAMAN&
KECERGASAN
KESIHATAN,KEBERSIHAN
KESELAMATAN
PERKEMBANGAN
AWAL
MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
PERKEMBANGAN
BAHASA ,
KOMUNIKASI &
AWAL LITERASIA
PERKEMBANGAN
SAHSIAH, SOSIO-
EMOSI &
KEROHANIAN
PERKEMBANGAN
DERIA
&PEMAHAMAN
DUNIA
PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
FIZIKAL &
KEMAHIRAN
URUS DIRI
PERKEMBANGAN
KREATIVITI &
ESTETIKA
PENDIDIK
IBU BAPASISTEM
KOMUNITI
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
7/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 7
5.2 Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK)
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah
bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani
cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Peringkat perkembangan kanak-
kanak mengikut umur 5+ dan 6 tahun adalah berasaskan enam (6) tunjang utama iaitu:
i. Tunjang Komunikasi
ii. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai - Pendidikan Moral
iii. Tunjang Ketrampilan Diri-Perkembangan Sosio emosi
iv. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
v. Tunjang Sains & Teknologi
vi. Tunjang Kemanusiaan
5.3 Elemen Nilai Tambah
i.
CLIL
Content Language and Integrated Learning
Satu pendekatan di mana gabung jalin pelbagai bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran. CLIL adalah satu cara untuk menggalakkan kemahiran
interpersonal, budaya dan bahasa komunikasi serta kebolehan yang ada
dalam kalangan kanak-kanak.
ii. EMVEthics, Moral and Values
Kanak-kanak di dedahkan dengan pendekatan pendidikan islam, nilai-nilai
moral dan budaya melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luarkelas. Etika, nilai dan moral penting dari sudut pembangunan peribadi,
sosial dan rohani.
iii. GAP - Global Awareness Program
Pendekatan kesedaran persekitaran dapat membantu kanak-kanak
mengenali budaya, agama, tradisi dan adat resam negara-negara luar.
Kanak-kanak didedahkan dengan kesedaran persekitaran melalui aktiviti-
aktiviti seperti memasak, diorama, puppet, nyanyian, tarian dan sebagainya.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
8/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 8
iv. PA - Project Approach
Pendekatan projek lebih menekankan kepada fenomena sebenar di mana
kanak-kanak mengkaji, menyiasat dan bertanya soalan berkaitan projek dan
melalui jawapan. Pendekatan projek dapat memberi satu pengalaman
baharu kepada kanak-kanak.
v. ITL- Innovative Teaching and Learning
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi seperti Kinect, Smart
Board, Now Boarddan komputer dapat membantu kanak-kanak menguasai
sesuatu serta membina kemahiran yang berkaitan.
6.0 PEMAKANAN
Penyediaan makanan untuk bayi dan kanak-kanak mengambil kira semua aspek kesihatan dan
keperluan tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak. Makanan yang disediakan dipilih dari
bahan-bahan yang berkhasiat dan segar.
6.1 Bayi
Penyusuan ibu adalah digalakkan dengan menyusukan bayi di TASKA atau
menyediakan bekalan susu ibu yang mencukupi.
Bayi diberi makanan pelengkap apabila mereka berusia 6 bulan mengikut sajian yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
6.2 Kanak-Kanak
TASKA dan TADIKA NCDRC menyediakan menu yang bersesuaian dan seimbang
mengikut umur dan keperluan kanak-kanak.
Kanak-kanak digalakkan untuk makan sendiri menggunakan peralatan yang
disediakan.
Ibu bapa diminta menyediakan makanan tambahan sekiranya kanak-kanak
mengalami sebarang alahan dan ibu bapa/penjaga hendaklah dimaklumkan semasa
pendaftaran.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
9/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 9
PERINGATAN:
Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan membawa bekalan makanan sendiri
kepada anak-anak.
Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memberi makanan ringan sebagaicenderahati hari jadi.
7.0 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
7.1 Kesihatan Fizikal dan Oral
Ibu bapa/penjaga perlu memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih
dan sihat ketika hadir ke TASKA dan TADIKA NCDRC.
Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak telah mandi dan dalam
keadaan bersih dan sihat terlebih dahulu sebelum dihantar ke TASKA dan
TADIKA NCDRC.
Kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit seperti dibawah tidak
dibenarkan ke TASKA dan TADIKA NCDRC sehingga benar-benar sihat:
i. Demam campak
ii. Sakit mata
iii. Kutu
iv. Penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut
v. Demam dengan suhu melebihi 38C
vi. Cirit-birit (Ibu bapa harus memastikan kanak-kanak bebas dari muntah
atau cirit-birit 24 jam selepas serangan pertama).
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
10/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 10
Jika suhu tinggi semasa di dalam kelas, ibu bapa diminta untuk datang
mengambil anak dengan segera. Sekiranya tidak datang selepas dihubungi,
pihak TASKA TADIKA tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara ini.
Ibu bapa/penjaga wajib melaporkan sebarang penyakit yang dihidapi olehkanak-kanak kepada pihak TASKA dan TADIKA NCDRC.
Protokol kesihatan seperti pemeriksaan suhu, pemeriksaan fizikal dan sanitasi
tangan diwajibkan kepada semua kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga sebelum
memasuki kelas.
7.2 Kebersihan
Penggunaan lampin kain tidak dibenarkan dibawa ke TASKA dan TADIKA.
Pemeriksaan gigi kanak-kanak oleh Unit Pergigian Pusat Kesihatan UPSI akan
dilakukan. Ibu bapa diberikan kad temu janji untuk rawatan susulan jika perlu.
Kanak-kanak perlu membawa berus dan ubat gigi untuk kegunaan di TASKA
dan TADIKA NCDRC.
Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan set mandian (gel mandian, syampu, sikat
dan bedak).
Pemberian ubat yang diarahkan oleh ibu bapa kepada pendidik/ppm/pengasuh
haruslah direkod di dalam buku laporan.
8.0 ETIKA PAKAIAN
8.1 TADIKA
Kanak-kanak 3 hingga 6 tahun perlu memakai pakaian seragam pada setiap
pagi Isnin, Rabu dan Jumaat.
T-shirt/pakaian sukan dipakai pada hari Selasa dan Khamis untuk aktiviti luar.
Kanak-kanak perlu memakai kasut sukan/kanvas apabila mengadakan aktiviti
luar atau mengikuti rombongan lawatan di luar kelas.
8.2 TASKA
Lampin bayi pakai buang hendaklah ditukar dan bersih sebelum datang ke
TASKA.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
11/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 11
Pakaian adalah bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan peribadi seperti:-
i.
Pakaian (3 set pakaian setiap hari)
ii. Lampin pakai buang (5 keping sehari)
iii. Minyak bayi, losyen dan sikat.
iv.Susu formula untuk bayi dan botol susu bayi bagi kanak-kanak di bawah umur
dua tahun sahaja.
v. Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun digalakkan menggunakan sip cup, manakala
kanak-kanak 3 tahun ke atas menggunakan cawan.
vi.
Ibubapa/penjaga diminta melabelkan nama kanak-kanak ke atas semuapakaian.
vii.Beg plastik untuk pakaian kotor.
9.0 KESELAMATAN
Keselamatan kanak-kanak merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa kanak-
kanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC. Pendidik/PPM/Pengasuh akan memastikan
kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.
9.1 Barang Persendirian
Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barangan berharga seperti barang kemas.
Kanak-kanak tidak digalakkan membawa barang mainan dari rumah. Pihak TASKA
dan TADIKA NCDRC tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan atau
kerosakan terhadap barang-barang tersebut.
9.2. Kebenaran Mengambil Gambar Kanak-kanak
Bagi memelihara privasi kanak-kanak, pihak TASKA dan TADIKA hanya membenarkan
diambil gambar prasarana, dan tidak mengambil gambar kanak-kanak semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
12/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 12
9.3 Kebenaran Mengambil dan Melawat
Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pendidik sekiranya ada
waris/wakil yang akan mengambil kanak-kanak semasa waktu operasi pada waktu
pulang.
Wakil perlu mengisi Buku Log Kehadiran ketika mengambil kanak-kanak.
Ibu yang datang untuk menyusu hanya dibenarkan berada di bilik Feeding Roombagi
tujuan menyusu.
Bapa/penjaga tidak dibenarkan untuk memasuki bilik Feeding Room.
9.4 Insurans
Kanak-kanak dilindungi dengan Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok, Takaful
Malaysia Berhad apabila mendaftar dan mengikuti aktiviti lawatan bersama pendidik.
9.5 Tempoh Penyesuaian
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penyesuaian diri, ibu bapa tidak
digalakkan menemani anak-anak sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan
suasana persekitaran TASKA dan TADIKA NCDRC. Namun, sekiranya anak-anak
masih tidak dapat menyesuaikan diri, perbincangan bersama pendidik akan diadakan. Ibu bapa tidak dibenarkan berada dalam kawasan TASKA/TADIKA apabila
pengajaran bermula.
9.6 Kecederaan
Situasi yang membahayakan keselamatan bayi dan kanak-kanak berada di mana-
mana.Kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga, tetapi hampir
kesemua jenis kecederaan termasuklah yang mengakibatkan kematian boleh
dicegah.Adalah penting pendidik dan pengasuh kanak-kanak untuk mengetahui tanda-
tanda awal bahaya dan langkah-langkah bantuan yang boleh diberikan kerana ianya
dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecacatan kekal kepada kanak-kanak di
bawah pengawasan mereka. Berikut adalah langkah yang diambil:
Mempelajari teknik penyusuan bayi yang betul.
Bersabar ketika mengasuh bayi dan tidak boleh menggoncang bayi.
Menyediakan peralatan kanak-kanak dengan selamat dan mematuhi piawaian.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
13/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 13
Memastikan ruang permainan yang lapang
Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya atau beracun, mancis dan pemetik
api ditempat selamat.
Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mandi. Memastikan tiada bahan panas berdekatan kanak-kanak.
Mengawasi dan menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain ketika makan.
Menyediakan bilik rawatan untuk kes-kes ringan.
10.0 KEHADIRAN
Kehadiran kanak-kanak sangat penting apabila berada di TASKA DAN TADIKA. Rekod
kehadiran akan diambil setiap hari.
Ibu bapa diminta menghantar anak-anak bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.
Sekiranya lewat, ibu bapa diminta memaklumkan kepada pendidik atau pentadbir sebelum
jam 9.00 pagi bagi melancarkan urusan penerimaan dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Sekiranya kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA/TADIKA, ibu bapa/penjaga diminta
memaklumkan kepada pendidik/pentadbir sama ada melalui telefon atau surat.
Ibu bapa perlu mengisi Buku Log kehadiran kanak-kanak yang disediakan.
11.0 PENGLIBATAN IBUBAPA
Penglibatan ibu bapa/penjaga adalah pemangkin kepada kejayaan kanak-kanak. Ibu
bapa/penjaga diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA dan TADIKA NCDRC
sekurang-kurangnya 1 jam sebulan. Tujuan penglibatan ibu bapa adalah untuk memberi peluang
ibu bapa memahami perkembangan anak-anak di samping merapatkan hubungan bersama anak
masing-masing. Penglibatan ibu bapa yang boleh dilakukan termasuk:
Ibu bapa/penjaga hendaklah hadir semasa sesi perjumpaan dengan pendidik dari masa ke
semasa mengikut perancangan dan keperluan TASKA dan TADIKA;
Perjumpaan Ibu bapa dengan pendidik dua (2) kali setahun.
Penilaian kanak-kanak TASKA dan TADIKA NCDRC dijalankan secara berterusan.
Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga dan pendidik diadakan dari masa ke semasa bagi
membincangkan perkembangan dan isu-isu berkaitan anak-anak.
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
14/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 14
Bekerjasama dengan pendidik bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran bersama
kanak-kanak seperti :
i. Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar.
ii. Bermain bersama kanak-kanak.
iii. Menyelia kanak-kanak semasa bermain di luar.
iv. Membantu kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran.
v. Membaca dan bercerita.
vi. Aktiviti luar.
vii. Aktiviti sukan dan permainan
.
Sambutan Hari Lahir
i. Ibu bapa/penjaga boleh menganjurkan sambutan hari lahir kanak-kanak di
TASKA dan TADIKA.
ii. Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan mengenai tarikh sambutan kepada
pendidik kelas.
iii. Ibu bapa/penjaga boleh menyediakan party pack (buah-buahan, roti dan air
kotak) untuk majlis sambutan hari jadi
iv. Ibu bapa digalakkan membawa pinggan dan cawan kertas untuk kanak-kanak.
12.0 CUTI TAHUNAN
Cuti tahunan untuk TASKA dan TADIKA adalah sebanyak 5 (lima) hari. Berikut merupakan cuti
untuk TASKA/TADIKA setiap tahun :
Hari Kanak-kanak Sedunia - 1 hari
Hari Keceriaan Persekitaran - 2 hari
Cuti Peristiwa - 1 hari
Latihan Kakitangan1 hari
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
15/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 15
13.0 MAKLUMAN ATAU ADUAN
Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah atau aduan mengenai kanak-kanak dan perkhidmatan
yang ditawarkan, boleh merujuk kepada pendidik masing-masing.
13.1 Memo
Setiap memo dan makluman untuk ibu bapa/penjaga akan dihebahkan melalui surat dan
email. Semua ibu bapa/penjaga perlu menyemak makluman berkaitan dari semasa ke
semasa.
13.2 Hubungi Kami
Sekiranya ibu bapa/penjaga memerlukan sebarang maklumat tambahan sila hubungi :
Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,
35900, Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 0154817 129/7141/7143/7144/7142
Email: [email protected]
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
16/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 16
Senarai Nama Kakitangan Pentadbiran TASKA dan TADIKA NCDRC
Bil. Nama Jawatan
1 Pn. Amel ia Bt Mohamed Amin Pengurus
2 Cik Nursyazwani bt Ismai l Penyel ia TASKA
3 Cik Noraida bt Othman Penyel ia TADIKA
4 Pn. Naziroh bt Haj i Romli Pendidik
5 Pn. Mimi Bai jura bt Mohd Yusoff Pendidik
6 Pn. Noor Sharizad bt Rohaizad Pendidik
7 Pn. Norelme bt Mokhtar Pendidik
8 Pn. Rozi ta bt Md Rosly Pendidik
9 Pn. Nurul Husmi Sulaiman Pendidik
10 Pn. Nur Hidayah Shazira bt Mohd Shukor Pendidik
11 Pn. Nor Azura bt Yusofe Pendidik
12 En. Mohd Nor Zakuan bin Abdul Rashid Pendidik
13 Cik Izni bt Mohd Daud PPM
14 Pn. Nor Baizura bt Zahari PPM
15 Pn. Rose She-ra bt Mohd Saharuddin PPM
16 Cik Nurul Asikin bt Arbain PPM
17 Cik Noor Wahedah Sayuti PPM
18 Cik Nurul Izzati Mohd Noor PPM
19 Pn. Maziah bt Ahmad PPM
20 Pn. Noorasyikin bt Osman PPM
21 Pn. Farah Hadila bt Abas PPM
22 Pn. Hashimah bt Harun PPM
23 Pn. Noor Jannah bt Ayob PPM
24 Cik Nurul Ashikin bt Hassan Basri PPM
25 Cik Syamazatulaini bt Abd Samat PPM
26 Pn. Laliawati bt Hassan Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
27 Pn. Melati bt Khalid Pemban tu TASKA/ TAD IKA
28 Pn. Zuzila bt Abdul Rahman Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
29 Pn. Radziah bt Hassim Pe mb an tu TA SK A/ TA DI KA
30 Cik Nor Hazlina Bt Ab Samad Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
7/25/2019 Polisi Taska Tadika 25.8.15 (3)
17/17
POLISI DAN PERATURAN
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC 17
31 Pn. Saniah bt Ali Pemban tu TASKA/ TAD IKA
32 Pn. Halimatus Saadiah bt ali Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
33 Pn. Azura Suhaila Izani bt Azid Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
34 Cik Aziema bt Sefee Pemban tu TASKA/ TAD IKA35 Pn. Noor Atikah bt Mokhtar Pe mb an tu TA SK A/ TADI KA
36 En. Nor Azwan Jaafar Pembantu Penyediaan Makanan
37 Cik Nor Ain bt Ismail Pembantu Penyediaan Makanan
38 Cik Nor Hayati bt Haron Pembantu Penyediaan Makanan
39 Pn. Syarifah Sehah bt Syed Yassin Pembantu Penyediaan Makanan
Top Related