PRABACAAN• Merupakan kesediaan murid untuk membaca• Kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu
peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk
bacaan awal atau bacaan asas.• Murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran.
AKTIVITI PRABCAAN
• Pengamatan Penglihatan• Pengamatan Pendengaran• Koordinasi Pergerakan tangan dan mata
Contoh Aktiviti Pengamatan Penglihatan
• Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.
• Menggunting dan menampal pelbagai gambar mengikut tajuk. (buku skrap)
Contoh Aktiviti Pengamatan Pendengaran
• Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam pelbagai bunyi.
• Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, angin kencang, petir, hujan dan ombak
Contoh Aktiviti Koordinasi Pergerakan Tangan dan Mata
• Membentuk benda daripada plastisin @ tanah liat.• Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari
kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan pembentukan huruf.
Berikut adalah aktiviti pengamatan
penglihatan kecuali
(A) mendiskriminasi benda yang ganjil.
(B) membulatkan gambar yang sama besar.
(C) memadankan gambar yang sama bentuk.
(D) menyambungkan titik-titik bagi
membentuk gambar.
• Antara aktiviti prabacaan yang boleh dilaksanakan pada peringkat kesediaan membaca ialah aktiviti pengamatan penglihatan. Aktiviti yang manakah paling sesuai untuk dilaksanakan?
(A) Tunjuk bentuk yang sama.
(B) Padankan bentuk dengan acuannya.
(C) Warnakan bola dengan pelbagai warna.
(D) Mengikut arah pergerakan anak kucing
dengan jari.
Top Related