1
Program Kesejahteraan Rakyat
3
Program Pembangunan Masyarakat
Dan Institusi
Lawatan Turun Padang
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 6 Tahun 2017 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (JKTPNg) Bilangan 7 Tahun 2017 Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) Bilangan 4 Tahun 2017 Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang
Mesyuarat–Mesyuarat Utama
Pengurusan Organisasi
16
Pembangunan Projek/Program Persekutuan
Lawatan Mobile Team Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Julai – September Tahun 2017 Sumbangan Kerajaan Persekutuan Kepada Mangsa-mangsa Banjir Di Pulau Pinang Lawatan Ke Rumah Penerima Bantuan Baik Pulih Rumah Di Bawah Program NBOS Cabinet Away Day Majlis Pelancaran Program Baik Pulih Rumah Di Bawah Projek Touch Points ICU JPM Tahun 2017 Peringkat Parlimen Kepala Batas Majlis Pelancaran Program Baik Pulih Rumah Di Bawah Projek Touch Points ICU JPM Tahun 2017 Peringkat Parlimen Tasek Gelugor
4
5
6
7
Larian Obor Kuala Lumpur 2017 Sempena Kejohanan Sukan Sea Ke-29 Dan Sukan Para Asean Ke-9 Peringkat Negeri Pulau Pinang Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Pulau Pinang
8
9
10
11
11
12
13
16
17
17
Lawatan Ketua Pengarah JKT ke Balik Pulau (Projek BP1) Lawatan Menteri KKR ke Projek FT006 dari Teluk Kumbar ke Airport Lawatan Turun Padang Ketua Pengarah ICU JPM dan Majlis Penyerahan Projek Membina Sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang Lawatan Turun Padang Oleh YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Ke Kawasan Perumahan Flat Teratai Taman Desa Sena, Tasek Gelugor Lawatan Turun Padang Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Program Bantuan Rumah Lawatan Turun Padang Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM Projek Baik Pulih Rumah Touch Points
18
18
19
20 Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil 4 Tahun 2017 Pameran Kerajaan Digital 2017 Negeri Pulau Pinang Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 Lawatan Pasukan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 ICU JPM Majlis Jasamu Dikenang Pegawai Keluar/Masuk Julai-September 2017 Program/Aktiviti Warga 5P
21
21
22
23
24
Program #YouCanDuit Peringkat Negeri Pulau Pinang Di Politeknik Balik Pulau Majlis Pemberian Sumbangan Kepada Bilal Dan Siak Negeri Pulau Pinang Secara One Off Tahun 2017 Majlis Perasmian Casa Anggun, Sungai Nibong Pulau Pinang Majlis Kenduri Rakyat/ Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Permatang Pauh Program Pra-pelancaran My Beautiful Neighbourhood (MyBN) Tahun 2017 Peringkat Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Perai, Pulau Pinang
Ringkasan Prestasi RP2 RMK-11 Pulau Pinang
(Sehingga 30 September 2017)
Pembangunan Projek Rancangan Malaysia
Lima Tahun (RMLT)
14
15
15
19
20
Program Kesejahteraan Rakyat
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat 3
Lawatan Mobile Team
PEJABAT
PEMBANGUNAN
PERSEKUTUAN
PULAU PINANG
Pada 9 Ogos 2017, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau
Pinang telah mengadakan lawatan Mobile Team ke rumah Ketua
Isi Rumah (KIR) eKasih dan B40 melibatkan beberapa kawasan
DUN seperti Seberang Jaya, Padang Kota, Bayan Lepas dan
Bertam. Lawatan turun padang ini bertujuan menyampaikan
sumbangan berupa bakul makanan dan sumbangan tunai kepada
KIR yang memerlukan selain mengemaskini maklumat Isi Rumah
dan maklumat bantuan yang diterima oleh KIR eKasih. Antara
rumah KIR yang dilawati adalah Muhammad Fadhil bin Ab Ghani
yang beralamat di Kampung Belah Dua, Permatang Pauh.
Sempena lawatan ini, PPPPP telah menyampaikan sumbangan
ehsan kepada KIR yang ditimpa kemalangan jalanraya isterinya
iaitu Nur Hijriyah bt Othman. Seterusnya, PPPPP telah
berkunjung ke rumah KIR di DUN Padang Kota iaitu Mohd Farook
bin Abdullah. KIR tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat
penyakit saraf dan mengalami bengkak-bengkak di seluruh tubuh
badan. Sumbangan disalurkan bertujuan menampung
perbelanjaan harian KIR serta bayaran sewa rumah yang
tertunggak.
30 September 2017 - PPPPP telah menyerahkan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada sepuluh (10)
orang penerima yang terdiri daripada KIR eKasih, ibu tunggal, warga emas dan KIR terlantar sempena Majlis
Pelancaran Program MyBeautiful Neighbourhood (MyBN) Peringkat Parlimen Kepala Batas. Sumbangan telah
disampaikan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB. Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan disertai oleh
Pegawai Kemajuan Negeri, YBhg. Dato’ Syed Shaari Syed Abdullah serta beberapa Pemimpin Persekutuan Tempatan.
Lawatan serta penyampaian sumbangan ini diharap dapat menampung keperluan harian golongan sasar selain
merapatkan jurang di antara Pemimpin Persekutuan Tempatan dengan golongan yang memerlukan.
Bulan Julai – September
Tahun 2017
Program Kesejahteraan Rakyat
SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI PULAU PINANG
11 September 2017
Sumbangan Kepada
Keluarga Mangsa
Lemas di Pantai
Teluk Kumbar
15 September 2017
Sumbangan
Bantuan Makanan
Kepada Mangsa
Pusat Pemindahan
Banjir di
Teluk Kumbar,
Bayan Lepas
21 September 2017
Sumbangan
Kepada Keluarga
Mangsa Lemas
Banjir
4 Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Zon Pulau)
Program Kesejahteraan Rakyat
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
LAWATAN KE RUMAH PENERIMA BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DI BAWAH PROGRAM NBOS CABINET AWAY DAY
29 September 2017 - Pejabat Pembangunan
Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama
Politeknik Seberang Perai selaku agensi pelaksana
Projek Baik Pulih Rumah di bawah Program NBOS
Cabinet Away Day, Kementerian Pengajian Tinggi
telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah KIR
eKasih melibatkan kawasan DUN Bertam dan DUN
Teluk Ayer Tawar. Lawatan ini disertai oleh pegawai-
pegawai dari Politeknik Sebarang Perai dan Pemimpin
Persekutuan Tempatan.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan rumah
penerima bantuan selain mengenalpasti kerosakan
yang boleh dibaikpulih oleh agensi pelaksana.
Pelaksanaan projek ini turut melibatkan penyertaan
para pelajar Politeknik Seberang Perai daripada
pelbagai jabatan dan masyarakat setempat selaras
dengan konsep NBOS yang dihasratkan oleh Kerajaan
Persekutuan. Senarai penerima bantuan projek baik
pulih di bawah Program NBOS Cabinet Away Day tahun
2017 adalah seperti berikut:
Ahmad bin Jamaludin
(No.K/P : 440726-07-5239)
Sblh. 10447, Permatang Bertam,
13200, Kepala Batas
Morad bin Ibrahim
(No.K/P : 390314-02-5101)
Sblh. TS 10842, Mk. 4, PBA V,
Kuala Bekah, 13050 Butterworth
Zakaria bin Salleh
(No.K/P : 731014-07-5759)
7054, Permatang Sintok,
13100 Penaga
Che Siah binti Mat Zain
(No.K/P : 460109-02-5170)
No. 1990, Bagan Belat,
Teluk Air Tawar
Che Ma binti Ibrahim
(No.K/P : 471003-07-5228)
No. 991, Bagan Lebai Tahir,
13050 Butterworth
Maryam binti Ismail
(No.K/P : 471003-07-5228)
No. 515, Pekan Darat, Sg. Dua,
Butterworth
DUN
Bertam
DUN
Teluk
Ayer Tawar
5
Program Kesejahteraan Rakyat
6
29 Julai 2017 - Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 7 Jun
2017, ICU JPM telah dipertanggungjawabkan sebagai lead agency dalam
pelaksanaan projek baik pulih rumah yang bertujuan meningkatkan
impak sosial selain meningkatkan kualiti kehidupan golongan sasar yang
terpilih. Bagi pelancaran program baik pulih rumah peringkat Parlimen
Kepala Batas, seorang warga emas iaitu Encik Zainol bin Mat yang
beralamat di Kampung Permatang Manggis, Bertam telah terpilih
sebagai salah seorang penerima bantuan berkenaan dan seterusnya
dijadikan lokasi Majlis Pelancaran Program Baik Pulih di bawah Projek
Touch Points ICU JPM. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YB
Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican selaku Ahli Parlimen Kepala
Batas dan turut dihadiri oleh YB ADUN Bertam dan Pinang Tunggal,
JKKKP Permatang Manggis, Pegawai-pegawai dari PPPPP, GiatMARA
Pulau Pinang, Kolej Komuniti Seberang Jaya serta penduduk setempat.
Antara skop kerja yang terlibat adalah mengecat dinding rumah,
menggantikan bumbung serta lantai yang rosak dan pendawaian semula
elektrik. Pelaksanaan projek secara gotong royong ini telah berjaya
mewujudkan jaringan kerjasama dari pelbagai pihak selain
mengoptimumkan sumber sedia ada di peringkat jabatan, meningkatkan
produktiviti dan merapatkan jurang antara Pemimpin Persekutuan
Tempatan dengan golongan masyarakat.
MAJLIS
PELANCARAN
PROGRAM BAIK
PULIH RUMAH DI
BAWAH PROJEK TOUCH POINTS ICU JPM
TAHUN 2017 PERINGKAT
PARLIMEN KEPALA BATAS
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
BAIK PULIH RUMAH DI BAWAH
PROJEK TOUCH POINTS ICU JPM
TAHUN 2017 PERINGKAT PARLIMEN TASEK GELUGOR
Program Kesejahteraan Rakyat
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat 7
29 Julai 2017 – PPPPP dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli
Parlimen Tasek Gelugor telah mengenalpasti KIR eKasih
warga emas, Encik Azidin bin Awang Teh yang beralamat di
Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor sebagai penerima
bantuan projek baik pulih rumah di bawah Projek Touch
Points ICU JPM bagi tahun 2017. Rumah KIR tersebut juga
terpilih sebagai lokasi Pelancaran Projek Baik Pulih Peringkat
Parlimen Tasek Gelugor yang telah disempurnakan oleh YB.
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya selaku Ahli Parlimen Tasek
Gelugor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB ADUN
Permatang Berangan, JKKKP Bukit Tok Alang, pegawai-
pegawai dari PPPPP, GiatMARA Pulau Pinang, Kolej Komuniti
Seberang Jaya serta penduduk-penduduk setempat. Kerja
baik pulih rumah melibatkan penggantian bumbung yang
rosak, mengecat dinding rumah dan pendawaian semula
elektrik yang dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan
kerjasama jabatan Kerajaan, Pemimpin Persekutuan
Tempatan dan pelajar daripada institusi latihan seperti
GiatMARA dan Kolej Komuniti. Projek ini memberikan
keselesaan kepada golongan sasar dengan membaik pulih
beberapa komponen rumah yang usang atau rosak selain
kerosakan yang diakibatkan oleh bencana alam atau musibah.
Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi
8
LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017 SEMPENA KEJOHANAN
SUKAN SEA KE-29 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-9
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 3 JULAI 2017
3 Julai 2017 - Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan
bersempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Pulau Pinang adalah merupakan
negeri kesembilan dalam siri jelajah larian obor KL2017 di setiap negeri di seluruh negara yang bermula
dari 14 Mei 2017 di Johor dan berakhir pada 12 Ogos 2017 di Kuala Lumpur. Bagi negeri Pulau Pinang,
larian obor KL2017 dimulakan dengan enam perenang membawa baton obor merentasi Pantai Jerejak dan
tiba di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Batu Uban. Baton obor diserahkan kepada YBhg. Dato’ Syed Shaari
Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang mengetuai 800 peserta membawa baton
obor menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban. Larian obor ini diadakan di
semua peringkat kawasan Parlimen di Pulau Pinang yang mana larian ini berakhir di Parlimen Nibong Tebal
pada 6 Julai 2017 dan serahan baton obor dibuat kepada wakil pemimpim/peserta di Parlimen Parit
Buntar, Perak. Penyertaan larian obor di Pulau Pinang telah mendapat sambutan menyeluruh dari semua
barisan kepimpinan dan lapisan masyarakat tempatan antaranya YB Ahli Parlimen dan ADUN, Pegawai
Kanan Kerajaan, warga OKU, IPTA, IPTS dan NGO. Larian Obor ini telah berjaya menyemarakkan semangat
rakyat di Pulau Pinang untuk bersama-sama menyokong sambutan temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para
ASEAN ke-9 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Ogos nanti.
Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi
9
MAJLIS SAMBUTAN AMBANG
MERDEKA PERINGKAT NEGERI
PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2017
30 Ogos 2017 (Khamis) - Bertempat di Midtown PERDA,
Kubang Menerong di Parlimen Tasek Gelugor telah
berlangsungnya Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat
Negeri Pulau Pinang sempena ulang tahun Hari Kebangsaan
Negara Malaysia ke-60 yang mengekalkan tema sambutan
“Negaraku Sehati Sejiwa”. Pada tahun ini, majlis Ambang
Merdeka diadakan bersekali dengan Majlis Penutup Ekspo
Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX) 2017 dan Hari
Koperasi Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 yang
telahpun berlangsung pada 25 hingga 30 Ogos 2017. YBhg.
Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman selaku Pengerusi Majlis
Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dan barisan
kepimpinan kehormat termasuklah YB ADUN Sungai Dua, YB
ADUN Permatang Berangan dan Pegawai Kemajuan Negeri
Pulau Pinang telah dijemput untuk meraikan sambutan
Ambang Merdeka peringkat Negeri Pulau Pinang bersama-
sama hampir 10,000 rakyat Pulau Pinang dengan melaungkan
“MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan
diikuti nyanyian lagu kebangsaan. Acara sambutan Ambang
Merdeka pada kali ini diserikan dengan aktiviti pertandingan
Karaoke Merdeka, Forum Bual Bicara, Klinik Trapeze,
pertandingan Autoshow, pertunjukan Freestyle BMX dan
persembahan tarian kebudayaan serta nyanyian oleh artis-
artis tersohor tanahair.
Program Pembangunan Masyarakat Dan Institusi
Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
10
29 Julai 2017 - Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau selaku urusetia bersama Perbadanan Ekonomi Digital
Malaysia (MDEC) telah menganjurkan Program #YouCanDuit Peringkat Negeri Pulau Pinang selama 2 hari
bertempat di Politeknik Balik Pulau. Program ini merupakan inisiatif nasional bagi meningkatkan pendapatan
tambahan dikalangan rakyat Malaysia melalui bengkel eUsahawan dan eRezeki. Program ini telah dirasmikan
oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik
Pulau dan turut dihadiri oleh YB ADUN Pulau Betong, YB ADUN Teluk Bahang dan Encik Mohd Balkish bin
Othman, Pegawai Kemajuan Daerah Zon Pulau. Program ini juga turut menampilkan beberapa selebriti tanah
air seperti Dato’ Rosyam Nor, Fizo Omar dan Mak Cun untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam
perniagaan.
Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Zon Pulau)
PROGRAM #YOUCANDUIT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI POLITEKNIK BALIK PULAU PADA 29 DAN 30 JULAI 2017
MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN RM500 KEPADA 745 BILAL DAN SIAK NEGERI PULAU PINANG
SECARA ONE OFF TAHUN 2017
16 OGOS 2017
MAJLIS PERASMIAN CASA ANGGUN, SUNGAI NIBONG
PULAU PINANG
17 OGOS 2017
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 11
Bil. Bilal : 346 orang
Bil. Siak : 399 orang
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
12
MAJLIS
KENDURI RAKYAT/
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PARLIMEN PERMATANG PAUH
17 Ogos 2017 - Majlis Kenduri Rakyat/Pemimpin Bersama
Rakyat telah diadakan di Politeknik Seberang Perai dan
berjaya mengumpulkan seramai 22,000 rakyat Negeri Pulau
Pinang khususnya penduduk Parlimen Pematang Pauh untuk
bersama-sama duduk bersila menikmati santapan makan
tengahari bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia. Catatan angka 22,000
orang tersebut telah melakar sejarah baru bagi Malaysia
dengan tercatatnya didalam Malaysia Book of Records sebagai
penyertaan bilangan manusia terbanyak makan secara
bersila. Dalam majlis ini, YAB Perdana Menteri telah
mengumumkan peruntukan RM45 juta untuk pembinaan
Sekolah Menengah Agama Seberang Perai Tengah yang
merupakan satu-satunya sekolah agama di Parlimen
Permatang Pauh. Perkara ini telah diambil perhatian oleh
PPPPP selaku penyelaras projek pembangunan di Negeri
Pulau Pinang dan perancangan awal pembinaan akan bermula
dalam tempoh terdekat. Di majlis tersebut pelbagai
perkhidmatan kerajaan dan NGO telah ditawarkan
diantaranya khemah jualan barang mentah daripada FAMA,
15 buah food truck, kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan
seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran
Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Pemeriksaan Kesihatan oleh
LPPKN dan bas daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
Seterusnya. Lawatan kerja YAB Perdana Menteri di Pulau
Pinang diteruskan ke Majlis Pelancaran NCER Blue Print 2.0
and Roadshow di SPICE Convention Centre, Bukit Jambul dan
Lawatan Projek Perumahan Kos Sederhana Casa Anggun
(Projek Perumahan JKP Sdn Bhd), Sungai Nibong.
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
PADA 17 OGOS 2017
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
13
PROGRAM PRA-PELANCARAN
MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD (MyBN) TAHUN 2017 PERINGKAT PARLIMEN & DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
30 September 2017 - Bersempena dengan
Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)
Tahun 2017 yang akan dirasmikan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia 14 Oktober 2017,
PPPPP dengan kerjasama Pejabat Parlimen
Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
program pra-pelancaran MyBN. Program
tersebut telah diadakan di tiga lokasi iaitu di
Taman Bertam Indah Fasa 1A, Parlimen
Kepala Batas dan di Taman Sungai Dua
Utama, dan Masjid Jamek Simpang Tiga di
Parlimen Tasek Gelugor. Majlis Perasmian
MyBN di dua kawasan Parlimen tersebut telah
disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen masing-
masing. Pelbagai gerak kerja pembersihan
yang melibatkan engagement pelbagai pihak
antaranya komuniti setempat, pelajar kolej
komuniti, ahli JKKKP, golongan belia dan
Jabatan/Agensi Kerajaan telah diadakan
antaranya mengecat semula masjid,
membersih kubur, memotong rumput,
mencantas dahan pokok, membersih longkang
dan sebagainya. Di samping itu, terdapat
aktiviti lain turut diadakan untuk
memeriahkan lagi program MyBN antaranya
adalah penyerahan sumbangan kepada
golongan kurang berkemampuan, cabutan
bertuah, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti
memasak bubur asyura beramai-ramai.
Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian 14
Lawatan Turun Padang
27 Julai 2017
Lawatan
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan
Tempatan, KPKT
ke Balik Pulau
(Projek BP1)
15
Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas
30 Julai 2017
Lawatan
Menteri KKR
ke Projek
FT006 dari
Teluk Kumbar
ke Airport
Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian
Lawatan Turun Padang
16 Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas
19 Ogos 2017
Lawatan Turun
Padang Oleh YB
Menteri KPKT
Ke Kawasan
Perumahan
Flat Teratai
Taman Desa
Sena, Tasek
Gelugor
Lawatan Turun
Padang Ketua
Pengarah ICUJPM
& Majlis
Penyerahan
Projek Membina
Dewan Serbaguna
Masyarakat
Kawasan Nibong
Tebal,
Pulau Pinang
Sumber : Seksyen Projek Khas
19 Julai 2017
17
Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Zon Seberang Perai)
LAWATAN TURUN PADANG TIMBALAN KETUA PENGARAH ICU JPM
PROJEK BAIK PULIH RUMAH
TOUCH POINTS ICU JPM 2017
18 Ogos 2017
Parlimen Kepala Batas
Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Zon Pulau)
LAWATAN TURUN PADANG TIMBALAN KETUA PENGARAH ICU JPM
PROJEK BAIK PULIH RUMAH
TOUCH POINTS ICU JPM 2017
14 September 2017
Parlimen Balik Pulau
Lawatan Turun Padang
Mesyuarat–Mesyuarat Utama
Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas 18
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang (JKTPNg)
Bilangan 6 Tahun 2017 27 Julai 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang (JKTPNg)
Bilangan 7 Tahun 2017 28 Ogos 2017
Mesyuarat–Mesyuarat Utama
Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang (MTPNg)
Bilangan 4 Tahun 2017
Mesyuarat Majlis
Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang
(MTPNg) Bilangan 4 Tahun 2017
Mesyuarat Penyelarasan
Sambutan Hari Sukan
Negara Peringkat Negeri
Pulau Pinang
28 September 2017
Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas 19
14 September 2017
Pengurusan Organisasi
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 20
MAJLIS
PERHIMPUNAN BULANAN
PEJABAT PEMBANGUNAN
PERSEKUTUAN PULAU PINANG BILANGAN 4 TAHUN 2017
24 Ogos 2017
Anjung Putra, Menara Boustead
PAMERAN
KERAJAAN DIGITAL 2017
NEGERI PULAU PINANG
26 & 27 Ogos 2017
Mydin Mall, Kepala Batas
Pengurusan Organisasi
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 21
17 Julai 2017
LAWATAN PASUKAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 ICU JPM
27 - 29 September 2017
KESELAMATAN PERLINDUNGAN
TAHUN 2016
MAJLIS JASAMU DIKENANG
Pengurusan Organisasi
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
PUAN NOOR AZLINDA BINTI GHAZALI
J29
CIK TEH NUR AMALINA BT. MOHD. ZAKI
J17
ENCIK SYAHARUDIN SHAH BIN MOHD NOOR
PTD M52
ENCIK AZUAR SHAHNAZ BIN ABDUL AZIZ
PTD M48
22
Pengurusan Organisasi
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan 23
24