PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
1.0 PENDAHULUAN
Kualiti pencapaian pendidikan di kalangan murid adalah sangat bergantung
kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas khususnya.
Pengajaran yang berkesan dan efektif dapat memperkasakan murid dalam
menguasai subjek Kemahiran Hidup. Guru perlu sentiasa mempunyai
persediaan dalam mengajar subjek Kemahiran Hidup dan mengetahui
bagaimana murid berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran bukan berkaitan projek amali semata-mata bahkan berminat
untuk belajar berkaitan teori sekaligus tahu bagaimana cara terbaik untuk
mengajar mereka. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus
menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana
daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan
dan diperkembangkan. (Kementerian Pendidikan Malaysia:
2002)
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang dikenali dengan
pembelajaran bercorak amali. Ia diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang yang
menampilkan bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan
keusahawanan. Walaupun subjek ini bercorak amali tetapi terdapat sub tajuk
yang memerlukan murid belajar mengenai teori terlebih dahulu. Tajuk Ikan
Hiasan bagi Tahun 5 merupakan salah satu tajuk yang digemari khususnya
murid lelaki. Tajuk ini menarik apabila dipelajari kerana ia bukan sahaja dapat
mengenali spesies ikan hiasan tropika malahan dapat mempelajari
penyediaan bekas dan penjagaannya. Pada permulaan sub tajuk, guru
akan menyampaikan pengajaran berbentuk teori dan akan berlangsung
proses amali pada sub tajuk penyediaan bekas. Hal ini kerana murid perlu
diajar dan diterangkan mengenai sesuatu perkara itu terlebih dahulu
supaya mereka mendapat gambaran awal dan mengetahui mengenai
pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung.
1
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sekolah praktikum ketiga merupakan salah sebuah sekolah yang
mempunyai pencapaian akademik pada tahap sederhana. Setiap tahun
1 hingga 6 mempunyai dua buah kelas di mana terdapat kelas 5 Pintar
dan 5 Cerdik. Pelajar dikategorikan mengikut pencapaian yang berlainan.
Kelas 5 Pintar merupakan kumpulan yang dianggap
pencapaianakademiknya baik manakala kelas 5 Cerdik di
tahap yang sederhana. Saya telah mengambil alih untuk mengajar pelajar
tahun 5 Pintar.
Apabila tiba sahaja waktu Kemahiran Hidup, semua pelajar saya tidak
sabar untuk ke bengkel. Riak wajah mereka yang sentiasa teruja
menyebabkan saya sentiasa ingin memperbaiki kelemahan yang ada dalam
merancang proses pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa. Hal ini
kerana dalam pemikiran pelajar mereka akan melaksanakan aktiviti amali
apabila masuk ke bengkel Kemahiran Hidup. Setiap barangan yang dipesan
untuk dibawa pasti mereka tidak akan lupa. Ini kerana mereka lebih berminat
melaksanakan amali berbanding mengikuti pengajaran teori semata-
mata seperti dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,
Sejarah dan lain-lain. Di dalam subjek Kemahiran Hidup pelajar saya
sering menggunakan kebebasan beraktiviti, melakukan amali dan
pendekatan kecerdasan pelbagai dalam memperkenalkan sesuatu tajuk.
Namun begitu, terdapat juga topik/ sub-topik di dalam subjek Kemahiran
Hidup yang tidak melibatkan amali seperti merancang jualan serta terdapat
beberapa perkara yang memerlukan murid untuk membaca, memahami serta
mengingati seperti fungsi-fungsi alatan tangan, fungsi komponen elektrik dan
lain-lain. Setiap kali diberitahu kepada pelajar bahawa mereka akan
melakukan projek amali, ketika inilah saya dapat melihat keceriaan dan
sorakan tanda mereka gembira untuk mengikuti kelas tersebut.
Bagi pelajar tahun 5 Pintar, walaupun pelajar ini berada dalam kelas yang
mempunyai pencapaian yang baik namun dari segi pencapaian dalam
subjek Kemahiran Hidup terdapat murid yang lemah dan
pencapaiannya
2
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
memuaskan. Hal ini dapat dilihat apabila saya merujuk sendiri dengan guru
pembimbing melalui pencapaian dalam peperiksaan yang lepas. Mereka
mempunyai masalah dalam mengingat spesies ikan hiasan tropika dalam
tajuk Ikan Hiasan. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas,
pelajar tidak dapat mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan jelas.
Mereka hanya menghafal setiap nama spesies ikan hiasan tropika
seperti yang terdapat dalam buku teks Kemahiran Hidup.
Melalui latihan yang diberikan selepas tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran, pelajar hanya menulis spesies ikan hiasan tropika mengikut
spesies ikan hiasan tropika yang mereka ingat. Ada di antara mereka yang
membuka semula buku teks dan menyalin nama spesies ikan hiasan tropika
tersebut ke dalam latihan yang diberikan. Apabila saya menyoal mereka
tanpa melihat buku teks, hanya beberapa orang sahaja yang dapat menjawab
kerana pelajar tersebut ada memelihara di rumah. Bagi pelajar yang tidak
dapat menjawab soalan yang diberi, pelajar tersebut akan merujuk kepada
buku teks. Apabila ditanya “mengapa kamu melihat buku teks?”, pelajar
hanya menjawab bahawa “saya tidak ingat cikgu”. Hal ini menunjukkan
pelajar hanya menghafal dan melihat spesies ikan hiasan tropika tersebut
dengan betul.
Ekoran daripada itu, jika pelajar lupa terhadap spesies ikan hiasan
tropika semasa peperiksaan ataupun jika disoal kembali, maka secara
automatik pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan yang
berkaitan kelak. Berdasarkan refleksi tersebut, kajian tindakan perlu
dijalankan agar guru
dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut dengan berkesan.
3
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
3.0 FOKUS KAJIAN
Situasi yang berlaku telah menimbulkan rasa sedih bercampur kecewa dalam
diri saya. Tanggungjawab utama saya sebagai seorang guru adalah untuk
mengajar serta mendidik dan sekaligus memberikan kefahaman
kepada pelajar seolah-olah telah gagal saya laksanakan. Sememangnya
tajuk Ikan Hiasan merupakan salah satu tajuk yang sukar kerana tidak
semua pelajar mengetahui spesies ikan hiasan tropika. Namun
begitu, saya telah memperkenalkan spesies ikan hiasan
tropika dengan mempamerkan gambar ikan-ikan yang berwarna dan
menarik serta nama setiap ikan hiasan tropika tersebut.
Sungguhpun begitu, pelajar masih kurang mengingatinya. Pelajar seolah-
olah hanya menghafal tanpa mengenali spesies ikan hiasan tropika yang
telah disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya
telah menggunakan permainan “Let‟s Find Me!” secara koperatif bagi
menguji kebolehan mengingat mereka di samping melihat kerjasama yang
diberikan dalam kumpulan. Memang mereka katakan bahawa mereka ingat
semasa di kelas, tetapi malangnya, apabila diuji dan diajukan soalan, pelajar
tidak dapat menjawabnya dan di dalam mereka memberikan jawapan,
seolah-olah mereka memberikan jawapan mengikut apa yang terlintas di
fikiran mereka.
Memarahi atau menasihati mereka tidak banyak membantu
kerana guru-guru yang lain juga lebih banyak memarahi dan menasihati
mereka. Pelajar ini memerlukan suatu panduan atau teknik yang mudah serta
praktikal yang dapat membantu mereka memahami apa yang disampaikan
oleh guru. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini khusus saya buat
dengan tujuan untuk membantu pelajar supaya dapat meningkatkan
kebolehan mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan mudah.
Permainan “Let‟s Find Me!” digunakan sebagai satu cara untuk
meningkatkan kebolehan mengingat sekaligus memupuk semangat
berkumpulan di kalangan pelajar. Sungguhpun begitu, jika hasil dapatan
4
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
kajian adalah tidak berjaya dan tidak mencapai seperti apa yang telah
ditetapkan, maka teknik yang lain perlulah dijalankan dan dikaji bagi
membantu meningkatkan kebolehan mengingat pelajar terhadap spesies
ikan hiasan tropika. Secara tidak langsung, kajian ini perlulah dikaji semula
dan dijalankan untuk skop bilangan pelajar yang lebih ramai. Maka, hasil
daripada kajian mungkin dapat dilihat dengan lebih jelas. Aspek
penambahbaikan perlulah dikaji semula jika hasil daripada kajian ini tidak
mencapai objektifnya. Jika permainan “Let‟s Find Me!” ini
tidak berjayadan tidak sesuai diaplikasikan di dalam tajuk ini,
perlulah dijalankan kajian lain dalam mencari alternatif untuk menyelesaikan
permasalahan yang timbul ini.
Justeru, jika permainan “Let‟s Find Me!” ini berjaya di dalam
membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengingat mereka terhadap
spesies ikan hiasan tropika, maka ianya dapat dijalankan dan
diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini kelak.
Permainan “Let‟s Find Me!” yang telah dipilih sebagai satu cara
membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengingat terhadap spesies ikan
hiasan tropika, diharapkan ianya berjaya dijalankan sekaligus memberikan
kesan dan impak yang positif terhadap pelajar khususnya dari aspek
kebolehan mengingat pelajar. Dengan penggunaan permainan “Let‟s Find
Me!” ini, diharap pelajar dapat mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan
lebih baik lagi.
5
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
3.1 ANALISIS MASALAH
Kajian difokuskan ke atas 5 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah
rendah sekitar Batu Pahat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji
kebolehan mengingat murid-murid terhadap spesies ikan hiasan tropika
sekaligus meningkatkan kebolehan mengingat murid-murid dengan
menggunakan permainan “Let‟s Find Me!”.
Kajian ini dijalankan selepas melihat kepada kebolehan mengingat
murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui
pemerhatian yang dijalankan, saya dapati bahawa murid-murid
menghafal semata-mata spesies ikan hiasan tersebut. Apabila saya
mengajukan soalan kepada murid mengenai spesies ikan hiasan
tropika, mereka melihat kepada buku teks Kemahiran Hidup
berdasarkan warna ikan hiasan tersebut. Selain itu, melalui latihan
yang diberikan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid hanya merujuk kepada
buku teks untuk melihat bentuk ikan hiasan.
6
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
i. Meningkatkan kebolehan mengingat murid Tahun 5 mengenai spesies
ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan melalui permainan “Let‟s
Find Me!”.
ii. Meningkatkan minat murid Tahun 5 mempelajari spesies ikan hiasan
tropika dalam tajuk Ikan Hiasan melalui permainan “Let‟s Find Me!”.
5.0 SOALAN KAJIAN
Antara persoalan yang wujud dalam kajian ini adalah:
i. Adakah permainan “Let‟s Find Me!” dapat meningkatkan kebolehan
mengingat murid Tahun 5 mengenai spesies ikan hiasan tropika dalam
tajuk Ikan Hiasan?
ii. Adakah permainan “Let‟s Find Me!” dapat meningkatkan minat murid
Tahun 5 mengenai spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan?
7
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 24 orang murid. Subjek kajian ini ialah 5 orang murid
tahun 5 di sebuah sekolah di sekitar Batu Pahat pada tahun 2012. Subjek
kajian yang disasarkan adalah mereka yang terdiri daripada seorang murid
lelaki dan 4 orang murid perempuan.
BIL JANTINA BILANGAN
1 LELAKI 1
2 PEREMPUAN 4
JUMLAH 5
6.1 KENALPASTI SUBJEK/ RESPONDEN KAJIAN
Jika dilihat dari segi pencapaian murid di dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, 5 orang subjek
dikenalpasti mempunyai tahap penguasaan yang lemah berbanding murid
lain. Jika dinilai secara fizikal, murid lelaki adalah murid yang pasif kerana
baru berpindah ke sekolah ini. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, subjek hanya melaksanakan tugasan apabila diarahkan.
Murid perempuan pula, semuanya kelihatan pasif dan kurang melibatkan
diri sewaktu sesi P&P dijalankan. Sungguhpun begitu, kesemua murid ini
begitu berminat ketika menjalankan aktiviti amali mahupun projek.
Pengkaji telah mengenalpasti subjek melalui beberapa cara iaitu:
i. Pencapaian Ujian Formatif.
ii. Temu bual guru pembimbing.
iii. Pemerhatian.
iv. Soal selidik.
v. Penelitian dokumen.
8
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
7.0 PELAKSANAAN KAJIAN
7.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
7.11 PENERANGAN GURU
i. Guru menerangkan spesies ikan hiasan tropika kepada murid.
ii. Guru memaparkan gambar-gambar spesies ikan hiasan tropika
kepada murid.
iii. Guru mengarahkan murid meneliti gambar spesies ikan hiasan
tropika.
iv. Guru memperkenalkan nama-nama spesies ikan hiasan tropika
kepada murid.
7.12 PELAKSANAAN PERMAINAN
LATAR BELAKANG
Permainan merupakan suatu kaedah yang tidak asing bagi kanak-
kanak. Bagi memenuhi pencapaian objektif yang akan dikaji, saya
telah memilih permainan “Let„s Find Me!” yang bersesuaian dengan
murid bagi tahun 5. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan
“puzzle”. Permainan ini dilaksanakan dengan menggunakan
pelaksanaan berpusatkan murid. Murid akan bekerjasama dalam
kumpulan dan membentuk semangat koperatif dalam menjayakan
permainan ini. Permainan ini dipilih juga kerana dapat
menambahkan keseronokan dalam pembelajaran. Mereka
amat menggemari permainan yang mencabar
minda serta ketangkasan dalam melaksanakan
tugasan. Nilai kerjasama yang ditonjolkan dapat meransang
minda murid untuk mengetahui bentuk gambar yang telah
dicantumkan seterusnya meningkatkan kemahiran mengingat
murid terhadap spesies ikan hiasan tropika tersebut.
9
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
PERATURAN PERMAINAN
i. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
ii. Setiap kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang ahli.
iii. Ketua akan dilantik dalam setiap kumpulan.
iv. Murid akan menyelesaikan “Let‟s Find Me!” dalam masa yang
ditetapkan iaitu 20 minit.
v. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan pantas dan betul
akan diberikan hadiah sebagai peneguhan positif.
vi. Jika kumpulan tidak dapat menyelesaikan dalam masa yang
ditetapkan akan dikenakan denda dengan menyebut kesemua
spesies ikan hiasan tropika.
10
PERGERAKAN (PLAN)
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
PERGERAKAN (PLAN)
PETUNJUK
Papan hitam puzzle
Meja guru Murid
Meja kumpulan Guru
11
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
CARA BERMAIN
i. Guru akan memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai
tugasan yang akan dilaksanakan.
ii. Guru menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli
kumpulan.
iii. Setiap kumpulan akan diberikan kadbod dan sampul surat
berwarna yang mengandungi kepingan gambar.
iv. Ketua kumpulan yang telah dilantik ditugaskan memegang
kertas A4 dan pensel bagi menulis jawapan setelah kata
sepakat dibuat di dalam kumpulan.
v. Apabila arahan diberikan, murid akan memulakan tugasan dan
permainan dihentikan apabila bunyi loceng kedengaran.
vi. Kumpulan yang berjaya menyiapkan “Let‟s Find Me!” dengan
pantas dan memberikan jawapan yang betul dengan banyak
akan dikira sebagai pemenang dan akan menerima hadiah.
12
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
7.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA
Di dalam kajian yang dijalankan ini, cara pengumpulan data yang akan
saya gunakan seperti :
a) Temu bual
b) Pemerhatian.
c) Penelitian dokumen.
d) Rekod markah.
a) Temu bual
Saya akan membuat temu bual dengan guru kelas dan guru mata
pelajaran Kemahiran Hidup mengenai perkembangan pembelajaran
subjek dan sikap subjek dalam kelas. Markah yang tercatat dalam
buku rekod telah dikenalpasti dengan perbezaan gred yang dicapai
oleh setiap subjek. Temu bual dengan subjek dilaksanakan untuk
mengumpul sedikit maklumat berkaitan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dan keberkesanan bagi setiap
penyampaian kepada subjek tersebut.
b) Pemerhatian
Saya akan membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cara memerhati tingkah laku dan interaksi
subjek. Pemerhatian direkodkan melalui alat perakam atau video
untuk merakam perbualan atau tingkah laku yang diperhatikan.
Dengan menggunakan cara ini guru dapat menyemak semula apa
yang diperhatikan.
13
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
c) Penelitian dokumen
Saya akan membuat penelitian dokumen bagi mendapatkan data
daripada dokumen yang berkaitan bagi bertujuan menyokong
dapatan yang sedia ada. Analisis dokumen seperti foto, video, audio
dan ujian digunakan untuk menyokong dapatan kajian.
d) Rekod markah
Saya akan menyediakan ujian formatif bagi menguji subjek sejauh
mana pencapaian dalam mengingat spesies ikan hiasan tropika.
Markah yang diperoleh telah menggambarkan sama ada murid lemah
dalam mengingat atau sebaliknya. Bagi mengatasi masalah ini, saya
akan mengambil isu ini sebagai isu dalam kajian tindakan akan
datang.
14
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
7.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
UJIAN FORMATIF
Markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas akan dikira dalam bentuk
kuantitatif iaitu dengan mengira bilangan jawapan yang betul. Data yang
diperoleh melalui Ujian Sebelum dan Ujian Selepas diinterpretasikan
dalam bentuk jadual. Saya akan membuat perbandingan markah antara
Ujian Sebelum dan Ujian Selepas.
Penganalisisan markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas untuk
setiap murid adalah dengan cara membezakan hasil dapatan daripada
kedua-dua ujian tersebut. Hal ini adalah bertujuan membezakan markah
mereka untuk memerhatikan perubahan markah yang berlaku, sama ada
meningkat ataupun menurun selepas permainan “Let‟s Find Me!”
digunakan.
Perbezaan markah untuk kedua-dua ujian ini adalah bagi melihat
tahap kefahaman murid sama ada meningkat ataupun menurun. Data
yang didapati direkod dalam borang di bawah.
Jadual 1 : Borang markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas &perbandingan markah
BIL. NAMA SUBJEK
JA
NT
INA
UJ
IAN
SE
BE
LU
M
UJ
IAN
SE
LE
PA
S
BE
ZA
1 S1 L
2 S2 P
3 S3 P
4 S4 P
5 S5 P
15
JUMLAH SOALAN
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
Kemudian, markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas dipindahkan ke
dalam bentuk graf bar. Hal ini bertujuan supaya dapat dilihat dengan lebih
jelas lagi perbezaan antara markah yang terhasil daripada kedua-dua
Ujian Sebelum dan Ujian Selepas. Contoh graf bar yang akan digunakan
adalah seperti:
7
6
5
4
Ujian Sebelum3 Ujian Selepas
2
1
0
S1 S2 S3 S4 S5
Analisis Ujian Sebelum dan Ujian Selepas
JUMLAH SOALAN BETULX 100 = %
Jadual 2 : Peratus markah Ujian Pra & Ujian Pasca
16
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
TAHAP PENCAPAIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA
BIL % BIL %
CEMERLANG (80-100%)
BAIK (60-79%)
SEDERHANA (40-59%)
MEMUASKAN (20-39%)
LEMAH (0-19%)
TEMU BUAL
Melalui temu bual yang dijalankan, guru mengajukan beberapa soalan
dan mencatat jawapan murid semasa temubual tersebut dijalankan.
Temu bual ini dilaksanakan secara tidak formal dengan mengetahui
mengenai minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup, pengetahuan
mengenai mata pelajaran ini dan setiap jawapan akan transkripsi melalui
rakaman audio.
VIDEO
Sepanjang aktiviti permainan dilaksanaan, penggunaan rakaman video
digunakan bagi merakamkan perjalanan sepanjang aktiviti ini
berlangsung. Saya akan meminta bantuan
guru yang lain untuk merakamkan
video tersebut. Rakaman ini banyak membantu dan sangat penting
kerana ia dapat mengimbas kembali perjalanan yang berlaku
sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. Pencapaian objektif dalam kajian
juga dapat dikenalpasti melalui rakaman ini dan dapat ditayangkan
kepada individu lain bagi menggambarkan keadaan aktiviti permainan
“Let‟s Find
Me!”.
17
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
8.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
8.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
BULAN
PERKARA
FEB MAC APR MEI JUL AUG SEPT
Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data tinjauan awal
Membuat kertas cadangan
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan
Mengumpul data
Menganalisis data selepas
tindakan
Membuat refleksi
Menulis laporan penyelidikan
tindakan
Pembentangan dapatan
penyelidikan
18
PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL PISMP/ RBT 2/ SEM 7
8.2 KOS KAJIAN
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA
SEUNIT
JUMLAH
1 Kertas A4 1 rim RM 11.00 RM 11.00
2 Fotostat 7 RM 0.40 RM2.80
3 Fotostat 6 RM 2.50 RM 15.00
4 Polistrin 2 RM 2.50 RM 5.00
5 Cardboard 3 RM 2.50 RM 7.50
6 Pemotong polistrin 1 RM 9.00 RM 9.00
7 Kertas warna 1 set RM 4.00 RM 4.00
8 Manilakad 6 RM 0.40 RM 2.40
9 Gam 1 RM 1.00 RM 1.00
10 Loceng basikal 1 RM 5.00 RM 5.00
11 Bateri 3 RM 3.90 RM 11.70
12 Dakwat pencetak 1 botol RM 10.00 RM 10.00
JUMLAH RM 84 . 4 0
19
Top Related