BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM PROSESPENGAJARAN DAN PENGAJARAN KIMIA DI BAWAII TAJUKJADUAL BERKALA UNSUR
SESI PENGAIAN : 2005/2006
Sryr ! MIJHAMAD HAFIZ BIN RAMLI( HIJRUF BESAR )
men$ku m€mbenarkan tesis (Psl\tsarjana,/Doktor Falsafah)* ini disimpn di PeQustskaanUniversiti Malaysia dengan syarat-syarat keguaar s€p€ni berikut:
Tesis adalah hqkmilik Universiti Teknologi Mala)sia.Perpustakaan Univeniti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpslrkarn dibenar&an membuat salinan tesis ini s€bagai bahan pertukann antaraimtitusi pengajian tinggi.+* Sila tandakan ( { )
l2.
3.
4.
! r*.. ( Mengandungi maklunat yang berdadd keselanaran ataukepentingan Mala)ria sepeni yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )
( Mengandungi maklumar TERHAD yang t€lah dilcntukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
TERHAD
TIDAK TERHAD
I{N9,R KAMPIJNG TOK KAYA.2OO5O KUAh TER.ENCGANU.Tf, Rf, NCGANU DARIJL IMAN.
au1y1, . 2 U'.a j@t
PROF. DR SIJI-AIMAN B YAMINNama Penyelia
raatr, . 2tv^' reg6'
( TANDA AN PENULIS )
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan,.. Jika tesis ini SULIT atar TERIIAD, sila lampirkan sur&t daripada pihak
berkuairorgarisasi b€*enaln dengan rnen'"t8l(an sekali sebab dantempoh tesis ini pedu dikelaskan SUIJT atau TERHAD.
. Tesis dimaksudkan s€bagai resis bagi ljazah Doktor Falsafah d.n Sarjana s€canpenyelidikan, arau disert.asi bagi penSsjien secrra kerja kursus drn penyelidikan, aLuLaporar Prcjek S€rjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca keya ini dan pada pandaogao saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti unnrk tujuan penganugeralun ljazsh
Ssrjan Muda Ssins Serta Pendfulikan (Kfuniaf'.
Tmdatangan
Nama Penyelia
Tadkh
AMALAN KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KIMIA DI BAWAH TAJUK JADUAL BERKALA UNSUR
MUHAMAD HAFIZ BIN RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
u
'Scrn&ti k 4,r ini ',lrtrh h.ril kcda r.y. sdirt hrdt n*iln rha rialrmyrot tirF{hp rdnF dd raya jder !Edb.r!yE".
Taodamgm :Nmr P€ouli! :Trilt i
MI,HAMAD HAFIZ BIN RAMLI, tr4r' tLAte
iii
DEDIKASI
Khas buat mama, Munah Binti Muda
dan papa, Ramli Bin Mohd Amin
yang dikasihi..
Terima kasih atas sokongan dan doamu..
Semoga Allah memberkati kalian..
Buat adik-adikku sekalian....
Eri, Imi, Ja dan Man..
Terus berusaha di masa akan datang
Jadikan kejayaanku ini sebagai...
Pembakar semangat kejayaan kalian.
Buat penyeliaku yang dikasihi...
Prof. Dr. Sulaiman Bin Yamin,
Jutaan terima kasih diucapkan..
Di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar..
Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan..
Ku mohon maaf jika terdapat kesilapan...
Dalam usaha menyiapkan tesis ini
Buat sahabat seperjuangan yang diingati...
Terima kasih di atas segala sokongan...
dan bantuan yang telah disumbangkan.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala
puji-pujian bagiNya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat baginda Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarganya.
Pertama-tamanya, jutaan terima kasih buat penyeliaku, Prof. Dr. Sulaiman
Bin Yamin di atas segala tunjuk ajar dan bimbingannya dalam usaha untuk
menyiapkan karya agung ini. Segala nasihat dan teguranmu akan ku kenang seumur
hidupku. Juga tidak lupa buat semua warga kakitangan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang banyak membantuku.
Tidak lupa juga buat semua keluarga kakitangan pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kerana telah
meluluskan proposalku sekali gus membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah-
sekolah. Tidak lupa juga buat kakitangan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor
khususnya kepada En. Mohd. Hassim Bin Sudiman yang telah bersusah payah
menyiapkan surat kebenaran untuk ke sekolah.
Buat kawan-kawan, segala jasa baik kamu semua membantuku terutamanya
semasa proses menganalisis data sangat-sangat ku hargai. Hanya Allah s.w.t
sahajalah yang dapat membalas budi baik kamu semua. Akhir sekali, segala
pertolongan para individu yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak
akan senantisa segar dalam ingatan ku.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengamalan teori
konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia di kalangan guru
dan pelajar tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana satu set soal selidik
digunakan untuk meninjau aspek-aspek dalam pengamalan teori konstruktivisme di
kalangan guru dan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar, Kimia
KBSM, Tingkatan Empat, di lima buah sekolah di Daerah Johor Bahru, Johor.
Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan komputer melalui
program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Analisis data
dibuat dengan cara mendapatkan peratusan dan min bagi item-item dalam set soal
selidik. Dapatan kajian mendapati guru-guru Kimia KBSM mempunyai tahap
pengamalan konstruktivisme yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kimia, dengan catatan nilai min 3.71. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati
pelajar Kimia KBSM mempunyai tahap pengamalan yang sederhana dalam proses
pembelajaran kimia, dengan catatan nilai min sebanyak 3.61. Beberapa cadangan
telah disertakan dalam kajian ini seperti pelajar berusaha untuk mencari buku rujukan
tambahan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam mata pelajaran Kimia.
Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan turut disertakan. Penyelidik berharap agar
kajian lanjutan dapat diteruskan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the degree of practice of
constructivist theory in the teaching and learning process of chemistry among KBSM
Chemistry teachers and students in the topic of Periodic Table of Elements. The
research used questionnair as the instrument to gather aspects related to the practice
of constructivist theory among teachers and students. The sample of this research
consists of 150 Form Four KBSM Chemistry students from five secondary schools in
Johor Bahru, Johor. The data collected were analyzed using Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 13.0 to obtain the percentage usage of constructivism
in the teaching process among the teachers. It was found that percentage of usage
among teachers are high with a mean of 3.71. The study also showed that the practice
of constructivism in learning process among the students is moderate with a mean of
3.61. Suggestions like students must find another references book to increase their
knowlege in chemistry were also given. Hence, few suggestions are given including
proposals for follow-up researches. The researcher hopes that more researchers on
constructivisme will follow up in the near future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
i
AKUAN PENYELIDIK
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xiii
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
2
1.3 Pernyataan Masalah
4
1.4 Objektif Kajian
5
1.5 Persoalan Kajian
5
1.6 Kepentingan Kajian
5
1.7 Batasan Kajian
6
1.8 Definisi Istilah
6
1.8.1 Amalan
7
1.8.2 Proses Pengajaran
7
1
1.8.3 Proses Pembelajaran
7
viii
1.8.4 Mata Pelajaran Kimia
7
1.8.5 Jadual Berkala Unsur
7
1.8.6 Kumpulan
8
1.8.7 Kala
8
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
9
2.2 Teori Konstruktivisme
10
2.2.1 Perbandingan Pembelajaran Secara Objektivisme dan Konstruktivisme
12
2.2.2 Fasa Pengajaran Berasaskan Pendekatan Konstruktivisme
15
2.3 Pembelajaran dan Konstruktivisme
17
2.4 Pengalaman dan Pengetahuan Sedia Ada Pelajar
18
2.5 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
21
2.6 Pembelajaran Penyiasatan dan Inkuiri Penemuan
23
2
2.7 Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif
24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
26
3.2 Reka Bentuk Kajian
26
3.3 Populasi dan Sampel
27
3.4 Instrumen Kajian
27
3.5 Prosedur Mengumpul Maklumat
29
3.6 Kajian Rintis
30
3.7 Analisis Data
30
ix
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
31
4.2 Analisis Bahagian A
32
4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
32
4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah
33
4.3 Analisis Bahagian B
34
4.3.1 Persoalan 1
34
4.3.1.1 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Orientasi
35
4.3.1.2 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh
Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Pencetusan Idea
37
4.3.1.3 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Penstrukturan Semula Idea
38
4.3.1.4 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Penggunaan Idea
40
4.3.1.5 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Pelajar Dalam Proses Pembelajaran Kimia Dalam Fasa Renungan Kembali
42
4.3.2 Persoalan 2
44
x
4.3.2.1 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Orientasi
45
4.3.2.2 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Pencetusan Idea
47
4.3.2.3 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Penstrukturan Semula Idea
49
4.3.2.4 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Penggunaan Idea
52
4.3.2.5 Tahap Pengamalan Teori Konstruktivisme Oleh Guru Dalam Proses Pengajaran Kimia Dalam Fasa Renungan Kembali
53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
55
5.2 Ringkasan Kajian
55
5.3 Perbincangan
56
5.4 Rumusan
59
5.5 Cadangan
59
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
61
RUJUKAN
62
xi
LAMPIRAN A Borang Soal Selidik
66
LAMPIRAN B Surat Pengesahan Penyeliaan UTM
Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor
73
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA
MUKA SURAT
2.1 Perbandingan antara pendekatan objektivisme dan konstruktivisme
12
2.2 Perbandingan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang melibatkan pendekatan objektivisme dan konstruktivisme
14
2.3 Fasa pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme
15
3.1 Jadual jenis respon dan skor
28
3.2 Jenis skor min dan tahap persetujuannya
28
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
32
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut sekolah
33
4.3 Tahap penerapan teori konstruktivisme ke dalam diri pelajar dalam proses pembelajaran kimia tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur (N=150)
34
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa orientasi (N=150)
36
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa pencetusan idea (N=150)
37
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa penstrukturan semula idea (N=150)
38
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses
40
xii
pembelajaran kimia dalam fasa penggunaan idea (N=150)
4.8
Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh pelajar dalam proses pembelajaran kimia dalam fasa renungan kembali (N=150)
42
4.9 Tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia tingkatan empat dalam tajuk Jadual Berkala Unsur (N=150)
44
4.10 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran kimia dalam fasa orientasi (N= 150)
45
4.11 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dan proses pengajaran kimia dalam fasa pencetusan idea (N=150)
47
4.12 Taburan kekerapan peratusan dan peratusan serta purata min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa penstrukturan semula idea (N=150)
50
4.13 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa penggunaan idea (N=150)
52
4.14 Taburan kekerapan dan peratusan serta nilai min responden bagi tahap pengamalan teori konstruktivisme oleh guru dalam proses pengajaran kimia dalam fasa renungan kembali (N=150)
53
xiii
SENARAI RAJAH RAJAH PERKARA
MUKA SURAT
4.1 Kekerapan responden mengikut jantina
32
4.2 Kekerapan responden mengikut sekolah
33
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Cita-cita dan matlamat Negara Malaysia telah dinyatakan dengan jelas di
dalam Wawasan 2020. Selain itu, hasrat ini juga telah diungkapkan di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan ini beberapa usaha telah dilakukan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Kementerian
Pelajaran Malaysia) bagi mencapai matlamat tersebut.
Kurikulum Kimia di sekolah juga turut mengalami perubahan ke arah ini.
Perubahan mula dijalankan apabila Kurikulum Kimia Tradisi berubah kepada
Kurikulum Kimia Moden (1972). Pengubahsuaian ini terus dijalankan dan pada
tahun 1989, Kurikulum Kimia Moden telah diubah kepada Kimia KBSM dan yang
terkini, Kimia KBSM baru (yang disemak semula pada 2002) telah digunakan.
Penyemakan ini bertujuan bagi menyambut cabaran terkini dan akan datang seperti
perkembangan sains dan teknologi yang canggih, ledakan maklumat tanpa sempadan
serta ke arah pencapaian Wawasan 2020. Selain itu, perubahan ini juga diharapkan
dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, mahir dan berpotensi dari semua
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).
Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia, strategi pengajaran dan
pembelajaran Sains KBSM hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan
antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan
nilai murni yang perlu dilakukan secara terancang dan sistematik. Dengan ini,
strategi pengajaran dan pembelajaran ini haruslah berteraskan kepada pembelajaran
2
menerusi pengalaman yang memfokuskan pendekatan inkuiri dan penemuan. Melalui
pendekatan ini, pelajar seharusnya diberi peluang untuk mengenal pasti masalah,
merancang, dan seterusnya menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri. Ini
bermakna segala aktiviti pengajaran yang dirancang haruslah melibatkan penyertaan
pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis
dan kreatif. Pendekatan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi
penguasaan dan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya bagi
mata pelajaran Kimia.
Sehubungan dengan ini, satu teori pembelajaran yang sesuai iaitu secara
konstruktif boleh dijadikan sebagai amalan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya, teori konstruktivisme ini memberi penekanan
kepada aktiviti pelajar di mana fokus utama teori ini adalah menjurus kepada aktiviti
mental pelajar, dan bukan hanya kepada tingkah laku.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, ada menyatakan matlamat
utama sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar
terhadap konsep asas, di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Pembentukan diri pelajar
adalah dibantu oleh guru yang bertindak sebagai pendidik kepada pelajar (Abu
Hassan dan Meor Ibrahim, 2000).
Masalah para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Kimia sebenarnya
bukanlah suatu perkara yang baru didengari. Ini kerana, mata pelajaran ini bukanlah
seperti mata pelajaran Sejarah yang mana perlu dibaca dan dihafal. Dalam mata
pelajaran Kimia, pemahaman konsep dan sebarang pembuktian tentang sesuatu
tindak balas mestilah diperkukuhkan dengan melakukan eksperimen. Jika pelajar
hanya sekadar membaca dan menghafal semata-mata, maka ini akan menyebabkan
mereka gagal untuk menguasai mana-mana topik atau konsep dengan baik.
3
Konstruktivisme merupakan satu proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme
telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah, maktab dan universiti tetapi penekanannya tidak begitu ketara. Ini dapat
dilihat di sekolah-sekolah pada masa kini di mana pelajar sekarang didapati kurang
berminat kepada pembelajaran Kimia. Bagi mereka, apabila bercakap tentang kimia
sudah tergambar dalam minda mereka tentang penggunaan asid yang boleh
mengkakis serta letupan yang menakutkan. Dengan timbulnya persepsi yang negatif
ini akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari Kimia.
Selain itu, sikap sesetengah pelajar yang gemar membaca dan menghafal
sesuatu topik dan konsep dalam kimia menyebabkan mereka gagal untuk
menguasainya dengan baik. Cara ini sebenarnya tidak sesuai kerana menurut
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kimia, pelajar hanya memperoleh pengetahuan
melalui aktiviti yang dijalankan. Dengan kata lain, hands on, minds on. Para guru
juga seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti seperti eksperimen agar pelajar dapat
melihat sendiri perubahan yang berlaku secara langsung. Corak atau pendekatan
yang diamalkan oleh para pendidik sekarang boleh dikatakan masih lagi seperti
kaedah pengajaran secara tradisional iaitu pengajaran secara satu hala daripada guru
terus kepada pelajar. Proses ini boleh dibandingkan dengan kerja menyalurkan air
atau minyak dari satu tangki ke dalam sebuah botol atau tin kosong.
Menurut Abu Hassan, (2003), kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan
kehidupan manusia. Dari penerokaan di dasar laut dan bumi (sumber dan kandungan
perut bumi) sehinggalah kepada penerokaan ke angkasa lepas (bahan kapal, bahan
bakar, gas dan sebagainya); dari yang memberi manfaat (seperti ubat-ubatan,
makanan, vitamin, baja, bahan pencuci, pakaian, dan sebagainya) sehinggalah
kepada bahan yang boleh membawa mudarat atau kemusnahan (racun, senjata
perang- bom, nukelar, gas beracun, dan sebagainya). Ringkasnya, penghasilan dan
penggunaan kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan baik dan
buruk, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat dan
persekitaran. Sebelum memasuki kelas, pelajar seharunya telah mempunyai idea-idea
yang berkaitan dengan sekeliling mereka. Adalah menjadi tugas guru terbabit untuk
mengambil kira idea mereka dan seterusnya mengaitkannya sepanjang proses
4
pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menambahkan lagi minat pelajar untuk
mengikuti kelas selain dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan pemahaman
mereka terhadap konsep yang dibincangkan.
Menurut Aziz, (1989), kaedah pengajaran mata pelajaran Sains, seseorang
guru itu perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi (competent), kaedah pengajaran
yang efektif serta dapat menyesuaikan penyampaian dengan tajuk dan situasi yang
berubah-ubah. Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan
pelajar semasa mempelajari kimia, maka pengajaran dengan menggunakan teori
konstruktivisme telah diutarakan dalam pengajaran mata pelajaran Kimia di semua
sekolah sekarang. Penyelidik berkeyakinan bahawa dengan amalan teori
konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tentunya akan dapat
mendatangkan manfaat dalam penjelajahan ilmu kimia.
1.3 Pernyataan Masalah
Kita sedia maklum bahawa amalan konstruktivisme dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sememangnya perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Namun,
adakah guru itu sendiri dapat mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses
pengajaran yang dilaksanakan itu? Tambahan pula, adakah para pelajar sentiasa
diberi penekanan dalam mengamalkan teori konstruktivisme sepanjang proses
pembelajaran mata pelajaran Kimia mereka?
Dengan ini, tujuan penyelidik melakukan kajian ini adalah untuk meninjau
pengamalan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik ingin meninjau sejauh mana amalan teori konstruktivisme ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Kimia tingkatan empat di bawah tajuk Jadual
Berkala Unsur.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah amalan teori
konstruktivisme diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Kimia tingkatan empat.
Secara khususnya, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara
berikut:
i. Amalan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
Kimia di bawah tajuk Jadual Berkala Unsur.
ii. Penerapan pembelajaran secara konstruktivisme dalam diri pelajar.
iii. Pelaksanaan pengajaran secara konstruktivisme di kalangan guru
mata pelajaran Kimia.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, dua perkara berikut telah dipertimbangkan:
i. Sejauh manakah teori konstruktivisme diterapkan ke dalam
diri pelajar dalam proses pembelajaran kimia di bawah tajuk
Jadual Berkala Unsur?
ii. Sejauh manakah guru mata pelajaran Kimia menggunakan
pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran kimia di
bawah tajuk Jadual Berkala Unsur?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berpendapat bahawa kajian ini sangat penting. Antaranya ialah:
Top Related