Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR
Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan
terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-
pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.
Berikut adalah senarai 10 Sekolah Amanah yang menyertai projek
perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan
AMIR ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak:
Sekolah di Johor
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2
2. SK Kampung Layau
3. Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Kangkar, Pulai
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu
5. SMK Gelang Patah
Sekolah di Sarawak
1. Sekolah Menengah Sains Kuching
2. SMK Bandar Kuching 2
3. SK Tabuan
4. SK Empila, Samarahan
5. SK Combine
Sektor swasta yang terlibat buat masa ini adalah Khazanah Nasional
Berhad yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan
program Sekolah Amanah. Ini selaras dengan komitmen Khazanah
Nasional menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan.
Dilaporkan terdapat beberapa syarikat korporat serta swasta lain
menyatakan minat menyertai program Yayasan Amanah ini.
Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah
SMART dan Sekolah Wawasan kerana Sekolah Amanah menggunakan
model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan
perkongsian awam-swasta.
Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini
untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-
masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah.
Baca di: http://eputra.com/senarai-sekolah-amanah-2011/#ixzz2piFiHird Under Creative Commons License: Attribution
Sekolah wawasan
Kompleks Sekolah WawasanIa adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasanyang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buahsekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama (KPM,2000). Kompleks Sekolah Wawasan yang dikaji dalam tugasan ini adalah khusus kepadaKompleks Sekolah Wawasan yang terletak di USJ 15, Subang Jaya. Kompleks SekolahWawasan ini mengandungi tiga buah sekolah berlainan aliran, iaitu SK. Dato’ Onn Jaafar,SJK(C) Tun Tan Cheng Lock, dan SJK(T) Tun Sambanthan. Di Malaysia, terdapat enambuah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang,Perak (2 buah kompleks), Selangor dan Negeri Sembilan. Namun uniknya KompleksSekolah Wawasan di Selangor ini menempatkan tiga buah sekolah berlainan aliranberbanding kompleks lain yang menempatkan hanya dua buah sekolah berlainan aliran.
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang- SJK(T) Tasek Permai Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor- SJK(T) Tun Sambanthan
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak- SJK (T) Mukim Pundut
Kompleks Sekolah Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenis-jenis/1199-sekolah-wawasan.html
Top Related