PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
BIODATA
NAMA : HAFIZAN BIN MUNIER
JANTINA : LELAKI
NO. K/P : 820614-10-5573
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA :ISLAM
OPSYEN : PGSR NOV 2009 PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN.
NO.H/P : 019-2359538
SEKOLAH BERTUGAS : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
UTAMA, 45300 SUNGAI
BESAR, SELANGOR.
PENSYARAH PENYELIA : DR SHAHRUL ARBA’IAH BT OSMAN
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
1.0 PENGHARGAAN.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di
atas nikmat dan rahmat-Nya dapat kami meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini.
Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipermudahkan untuk menyempurnakan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan untuk
merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk
ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Shahrul Arba’iah Binti Osman kerana telah
banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang
menyiapkan tugasan bagi kursus PKU 3112 Pemulihan Dalam Komuniti ini.
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan
ibunda saya atas kata-kata semangat yang tak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan
kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut
bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap
tugasan ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik mereka.
.Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak
perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan
tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi dan manfaat
kepada diri saya sebagai guru serta dapat menyampaikannya kepada para pelajar
kelak.
Sekian Terima Kasih.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
2.0 PENGENALAN.
Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh peserta program
PGSR pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semester 7. Kursus ini
memwajibkan kami melaksanakan satu aktiviti kemasyarakatan di Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti di bawah tangunggjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat. Projek
tersebut perlu dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan perlu diselesaikan dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.
Selain daripada merancang dan menyiapkan projek, kuliah juga perlu dihadiri
oleh peserta PGSR bagi melengkapkan diri kami dengan pengetahuan asas mengenai
PDK secara umumnya. Perbincangan dengan pihak PDK juga perlu dilakukan bagi
memastikan program yang bakal dirancang dipersetujui bersama bagi mengelakkan
daripada berlaku beberapa insiden yang tidak diingini.
Projek yang dirancang haruslah melibatkan bukan sahaja golongan OKU yang
ditempatkan di PDK malah perlu melibatkan anggota masyarakat bagi memberi peluang
kepada OKU didedahkan dengan komuniti setempat. Laporan setiap program dan
aktiviti yang dijalankan harus dibuat dan diserahkan kepada pensyarah pembimbing
sebagai bahan bukti pelaksanaan projek yang telah dilakukan.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
3.0 REFLEKSI AKTIVITI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI.
3.1 Pengenalan.
Pada 28 hingga 30 Mac 2013, saya beserta 9 orang peserta program PGSR
Institut Perguruan Malaysia Kampus Ilmu Khas telah menjalankan aktiviti selama tiga
hari di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan yang terletak di Taman Ehsan
Kepong. Dalam menjalankan dan menjayakan aktiviti tersebut kolabarasi dan
perbicangan awal bersama ahli jawatankuasa pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
telah dilaksanakan pada 2 bulan sebelumnya bagi melicinkan program yang bakal
dijalankan. Perbincangan yang dilakukan adalah penting dalam membincangkan aktiviti
yang dijalankan adalah sesuai dengan latar murid dan latar tempat pusat tersebut.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Petaling ini dipengerusikan oleh Tuan Haji
Jamil Bin Haji Mustafa dan dikelolakan oleh beberapa orang tenaga kerja. Terdapat
murid dalam lingkungan 15 hingga 25 murid yang telah didaftarkan, namun hanya 20
orang yang murid yang aktif hadir di pusat tersebut. Seperti yang disedia maklum Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti ini ditempatkan khususnya kepada golongan individu atau
kanak-kanak yang gagal ditempatkan di sekolah oleh sebab faktor masalah penyakit
yang dihadapi. Justeru itu, murid-murid yang ditempatkan pada Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Taman Ehsan ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai masalah
seperti cerebral parsy, autisme, sindrom down dan banyak lagi.
Pengalaman saya perolehi dalam menjayakan program yang dirancang ini
adalah sangat bermakna. Interaksi sosial antara saya dengan guru-guru, murid-murid
dan masyarakat dipersekitaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti memberikan saya
keyakinan yang tinggi bagi saya dalam menempuhi alam pekerjaan saya sebagai guru
pada masa kini. Pengetahuan dan pengalaman ini membolehkan saya mengaplikasikan
kemahiran dan pengalaman yang telah saya pelajari untuk disekolah nanti. InsyaAllah.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
3.2 Tanggungjawab dan Jawatan Yang Disandang
Bagi program selama tiga hari yang telah dijalankan Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Petaling. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa kecil dalam AJK Induk
Program Khidmat Siswa di PDK ini. Saya juga telah memegang jawatan sebagai
penyelaras program keceriaan didalam AJK pelaksana aktiviti keceriaan di PDK Taman
Ehsan. Tugas pertama saya sebagai penyelaras program keceriaan menjadi
tangungjawab saya untuk menyediakan satu kertas cadangan aktiviti keceriaan yang
akan dijalankan di PDK Taman Ehsan nanti. Selain itu antara tugas yang perlu saya
selesaikan sebagai penyelaras program, adalah tanggungjawab saya dalam
memastikan dan memantau ahli jawatankuasa kecil melaksanakan tugas yang telah
diberikan.
Bagi melicinkan program aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan saya telah
melakukan perbincangan bersama pengerusi saya iaitu En. Suhairi Bin Abu Bakar
terlebih dahulu dalam menentukan aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan, Kepong.
Setelah kata sepakat diperolehi pengerusi saya melakukan perbincangan bersama
dengan pihak ahli jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuti Taman Ehsan dalam
merancang dan mempersetujui aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari yang telah
ditetapkan.
Selain menyandang sebagai penyelaras program aktiviti keceriaan, saya juga
telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi dan laporan bagi program
akademik iaitu aktiviti membuat cendawan hiasan. Tugas yang telah saya jalankan
sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi aktiviti membuat cendawan hiasan ialah saya
telah mengambil gambar kronologi peristiwa sebelum, semasa dan selepas aktiviti
membuat cendawan hiasan yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Taman Ehsan. Setelah selesai aktiviti membuat cendawan hiasan, tugas saya
seterusnya ialah menyediakan satu laporan penuh program akademik iaitu aktiviti
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
membuat cendawan hiasan sebagai bukti aktiviti ini telah kami jalankan dengan
jayanya.
Alhamdulillah, tanggungjawab saya sebagai penyelaras program aktiviti kecerian
dan juga ahli jawatankuasa dokumentasi dan laporan aktiviti membuat cendawan
hiasan dapat saya laksanakan dengan baik. Pengalaman menyandang jawatan yang
telah dilantik ini sedikit sebanyak meningkat daya kepimpinan saya dalam memimpin
sesebuah organisasi.
3.3 Program Aktiviti Keceriaan di PDK Taman Ehsan.
Berketetapan pada 28 Mac 2013, saya dan kumpulan seramai 10 orang peserta
PGSR 2009 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas telah mengadakan satu program khidmat sosial di PDK Taman Ehsan.
Perjalanan aktiviti khidmat sosial ini di mulakan dengan aktiviti keceriaan di PDK Taman
Ehsan ini.
Aktiviti keceriaan ini dimulakan dengan taklimat yang di taklimatkan oleh saya
sendiri untuk menerangkan aktiviti keceriaan yang perlu dilakukan di bangunan dan
kawasan sekitar PDK Taman Ehsan. Taklimat saya lebih berfokus kepada pengagihan
tugas kepada rakan-rakan supaya perjalanan aktiviti keceriaan yang melibatkan
beberapa perkara yang besar dapat dijalankan dengan lancar ini kerana ia melibatkan
penggunaan masa yang terhad. Antara aktiviti yang telah saya dan kumpulan
selesaikan ialah aktiviti gotong-royong, mengecat mural, menanam pokok bunga dan
memotong rumput di sekitar kawasan PDK Taman Ehsan.
Penggalaman saya sebagai guru banyak membantu melancarkan aktiviti
keceriaan seperti ini kerana guru di sekolah sememangnya sinonim dengan aktiviti
keceriaan seperti ini. Penggalaman saya menghias bilik darjah dan juga kawasan
sekolah banyak memberi inspirasi kepada saya sebagai penyelaras program keceriaan
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
dimana penggalaman ini banyak membantu saya mencurahkan buah fikiran kepada
rakan-rakan lain untuk membantu PDK Taman Ehsan menjadi lebih kondusif.
Saya amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak PDK
Taman Ehsan dan rakan-rakan dalam kumpulan saya. Kekuatan pada aktiviti ini ialah
kerjasama dan persefahaman yang baik diantara kami dalam kumpulan menjadi
tunjang utama menjayakan aktiviti keceriaan ini. Rakan-rakan saya telah memberi
kerjasama yang padu dengan menyiapkan aktiviti gotong-royong, mengecat mural dan
menanam pokok bunga tanpa ada rasa untuk menggelakan diri dalam penglibatan
keseluruhan aktiviti. Oleh yang demikian perjalanan aktiviti keceriaan ini berjalan
dengan jayanya dan menghasilkan hasil kerja yang cemerlang. Suasana suram
dikawasan PDK Taman Ehsan telah bertukar menjadi suasana yang ceria setelah saya
dan kumpulan khidmat siswa PGSR membuat sentuhan kreatif bagi mewujudkan suatu
kawasan pembelajaran yang lebih kondusif di PDK Taman Ehsan.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu
diperbaiki dalam aktiviti keceriaan ini. Kesan daripada kekangan masa yang saya
hadapi aktiviti keceriaan ini terbantut dengan kami kekurangan bahan untuk
menyelesaikan kerja-kerja mengecat mural dan menghiasi kawasan PDK dengan
ketetapan masa yang telah dijadualkan. Kejadian ini berlaku kerana semasa aktiviti
mengecat mural berjalan kami kehabisan cat untuk mewarna mural yang telah dilukis.
Saya dan rakan terpaksa membeli semula kekurangan cat yang diperlukan dan ini
melibatkan masa untuk meneruskan akitiviti mengecat mural tersebut.
Untuk memperbaiki kelemahan yang ada, saya mencadangkan pada masa akan
datang untuk mengatasi masalah seperti yang telah dialami adalah dengan membuat
penilaian keperluan bahan yang lebih tepat supaya kekurangan bahan semasa aktivti
berjalan dapat diatasi. Dengan penyelesaian begini tempoh masa yang telah
dijadualkan untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti dapat diikuti.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
3.4 Aktiviti Lawatan Home Based.
Aktiviti lawatan ke rumah orang kurang upaya (OKU) merupakan salah satu
model pelaksanaan program PDK di Malaysia. Oleh yang demikian pada 29 Mac yang
lalu saya dan rakan kumpulan PGSR telah mengadakan aktiviti ‘home based’
sepertimana tuntutan yang perlu dipenuhi dalam kursus PKU 3112 ini. Aktiviti ‘home
based’ ini melibatkan kakitangan PDK Taman Ehsan, ibu bapa dan peserta PGSR
dalam khidmat siswa ini. Aktiviti yang telah kami lakukan semasa aktiviti ‘home based’
adalah seperti aktiviti terapi yang sangat bersesuaian dengan kekurangan OKU dalam
perkembangan psikomotor halus dan psikomotor kasar.
Saya dan rakan-rakan telah membuat lawatan ‘home based’ ke rumah Puan
Syarifah Khadijah Hanam iaitu penyelia PDK Taman Ehsan sendiri. Dengan kelebihan
ini menjadi kekuatan kepada kami peserta PGSR yang kurang penggalaman untuk
berhadapan dengan OKU semasa dirumah. Penggalaman saya semasa di sekolah
mengajar kanak-kanak berkeperluan khas adalah amat berbeza sama sekali dengan
aktiviti lawatan ‘home based’ ini. Kesudian beliau membawa saya dan rakan-rakan
untuk menjalankan aktiviti ‘home based’ banyak membantu saya dalam menjalankan
aktiviti terapi terhadap anak beliau. Kekurangan ilmu mengenai terapi banyak dibantu
oleh beliau sendiri dimana saya banyak mendapat pengetahuan untuk menguruskan
golongan OKU mendapatkan khidmat terapi. Selain itu saya juga telah mendapat
banyak infomasi berkaitan masalah kesihatan, kos perubatan yang telah dibelanjakan
untuk membantu anak beliau menjalani kehidupan seharian. Beliau telah memaklumkan
kepada saya mengenai susu yang digunakan oleh anak beliau dimana susu khas itu
adalah sangat mahal dan sukar didapati. Ini kerana susu yang diberikan mempunyai
kandungan khas untuk mengatasi masalah anak beliau yang menghadapi masalah
kekejangan.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
Disebalik kelebihan dan kekuatan yang dimiliki, saya tidak terlepas dari
kelemahan yang dihadapi sepanjang aktiviti ‘home based’ berlangsung. Walaupun saya
bekerjaya sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah penguasaan
ilmu mengenai khidmat terapi sangat membataskan saya dalam menjalani program
‘home based’ ini. Kelemahan ini memberi tekanan kepada saya untuk memberi khidmat
terapi yang terbaik kepada anak beliau.
Demi memperbaiki kelemahan yang ada saya bertekad untuk memperolehi ilmu
perkhidmatan terapi yang berguna untuk pembangunan perkembangan psikomotor
kanak-kanak berkeperluan khas. Pada masa akan datang saya bercadang membawa
jurulatih khidmat terapi ke sekolah saya untuk memberi pendedahan kepada rakan-
rakan di sekolah.
3.4 Program Aktiviti Akademik.
Pada kejadian 30 Mac 2013, satu program berkaitan akademik telah diadakan di
PDK Taman Ehsan. Program akademik ini telah dimulakan dengan senamrobik dan
sukaneka yang melibatkan ibu bapa, pelatih PDK dan juga kakitangan PDK Taman
Ehsan.
Kekuatan dan kelebihan yang ada pada program ini adalah penglibatan ibu bapa
sangat memuaskan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Saya sangat teruja
melihat ramai ibu bapa dan penjaga kepada pelatih PDK Taman Ehsan datang untuk
menyertai program yang telah saya dan rakan-rakan kumpulan PGSR rancangkan.
Dengan kehadiran ibu bapa yang ramai dapat memeriahkan lagi program yang telah
diaturkan. Ini dapat dilihat melalui aktiviti senamrobik dan sukaneka yang kami jalankan
dimana ibu bapa dan penjaga sangat ‘sporting’ melibatkan diri bersama anak mereka
dalam senamrobik dan sukaneka. Saya sangat berpuashati dengan kehadiran dan
penglibatan ibu bapa dan penjaga pada hari kejadian tersebut. Disini saya
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
mengharapkan kejadian yang sama juga berlaku di sekolah nanti dimana ibu bapa dan
penjaga khususnya ibu bapa kepada murid-murid PPKI di sekolah saya sukar untuk
menglibatkan diri dalam segala aktiviti yang pihak PPKI jalankan. Penggalaman ini akan
saya jadikan penanda aras untuk membuat satu perubahan kepada PPKI di sekolah
saya nanti supaya setiap aktiviti yang akan dijalankan mendapat sokongan daripada ibu
bapa dan penjaga.
Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan di dalam penganjuran
program akademik yang telah dijalankan. Pada pemerhatian saya kelemahan dan
kekurangan yang terdapat semasa perjalanan aktiviti ini berjalan adalah kekurangan
dari aspek peralatan. Aktiviti senamrobik terganggu akibat penggunaan sistem
pembesar suara yang kurang berkesan dan diletak berjauhan daripada tempat
senamrobik berlaku. Perkara ini juga berlaku semasa aktiviti sukaneka berjalan
khususnya semasa didalam permainan rebut kerusi. Ini kerana ada peserta tidak dapat
mendengar dengan baik semasa muzik dimainkan. Kejadian yang sama juga berlaku
semasa aktiviti ceramah yang dijalankan. Pembesar suara tersekat-sekat menyebabkan
kelancaran ceramah yang dijalankan sedikit terganggu.
Pada masa akan datang kelemahan ini dapat diatasi dengan membuat
persediaan lebih awal yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti LCD, Lap
Top dan mikrofon serta pembesar suara. Diharapkan dengan membuat persediaan awal
dapat mengatasi masalah ini berulang lagi. Saya juga mencadangkan agar setiap
aktiviti yang dijalankan pada masa akan datang membuat perancangan kedua agar
kelancaran perjalan setiap aktiviti dapat diteruskan walaupun perancangan asal
menggalami kesukaran.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
4.0 KESIMPULAN.
Kesimpulan daripada program tiga hari yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong ini banyak memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada saya dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi. Pendedahan
dalam aspek membina kertas kerja serta mencari tajaan merupakan antara kemahiran
yang telah saya pelajari. Pendedahan membina kertas kerja dan mengumpul dana
membolehkan saya mengaplikasikan dalam membina sebuah program pada masa
akan datang dan juga disekolah nanti.
Selain itu juga, kemahiran komunikasi saya dengan masyarakat luar dapat
ditingkatkan. Keyakinan berinteraksi dengan pihak luar dapat saya tingkatkan apabila
saya melakukan perbincangan bersama ahli jawatankuasa pusat pemulihan dalam
komuniti Taman Ehsan, masyarakat dan ahli jawatan kuasa lain dalam melicinkan
aktiviti yang dirancang. Meningkat keyakinan dan kemahiran berkomunikasi merupakan
salah satu faktor yang penting dalam membentuk guru yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Sifat kerjasama di antara ahli jawatankuasa juga dapat ditingkatkan. Ini dapat
dilihat dengan aktiviti yang dijalankan dilakukan secara bersama contohnya seperti
aktiviti keceriaan, gotong-royong dan program ceramah. Saya bersama dengan ahli
jawatankuasa yang lain bertungkus-lumus senang dan susah dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
Disamping itu juga, daya kepimpinan saya sebagi penyelaras program juga
dapat diasah. Contohnya dalam memutuskan sesuatu tindakan dan mengeluarkan satu
arahan kepada ahli jawatankuasa bagi membolehkan aktiviti yang dijalan dapat
dijalankan dengan sempurna dan jayannya.
5.0 PENUTUP.
Ternyata aktiviti Program Khidmat Sosial Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang
melibatakan golongan insan istimewa di PDK Taman Ehsan, Kepong ini telah membuka
minda saya untuk lebih menghayati profesyen saya sebagai guru pendidikan khas
masalah pembelajaran. Dengan pengalaman indah yang saya lalui di sini menyebabkan
hati saya terusik mengenangkan nasib anak-anak didik saya di PPKI SK Seri Utama.
Kerjasama yang diberikan oleh penyelia PDK, Puan Syarifah Khadijah Hanam,
amat saya hargai. Senyumannya yang sentiasa terukir dan keramahan beliau melayan
karenah insan istimewa di PDK sememangnya harus mendapat pujian. Malahan
kesediaanya menerima ‘rombongan’ seramai 10 orang guru yang bakal mendapat
segulung ijazah penghujung Disember ini kami dahlui dengan ucapan terima kasih.
Buat Insan istimewa di PDK juga saya panjangkan doa agar mereka dapat terus
menempuh cabaran hidup walaupun kami hanya berkesempatan bersama seorang
pelajarnya melalui lawatan ‘home based’ yang telah kami adakan. Walaupun
menyedari kekurangan diri namun semangat untuk terus hidup tetap ditunjukkan dan
terus melangkah dan melangkah ke hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup
mereka. Biar ada yang berat melangkah, perlahan dalam pergerakan malahan
mempunyai kemampuan minda yang sangat lemah, itu bukanlah menjadikan alasan
untuk mereka menyerah kalah. Semangat inilah yang mengukirkan senyuman biar pun
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS
PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
2009172360010
pahit untuk ditelan tetapi meruntun mata hati bagi insan yang mengerti penderitaan
mereka.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang masih melangkah gagah ucapan tahniah
yang tidak terhingga saya tujukan. Kekalkan perjuangan anda yang telah hampir
sampai kepenghujungnya. Janganlah dibuang jauh nilai-nilai murni yang telah tersemat
di jiwa anda. Malah pasakkan lagi dengan ilmu yang tidak pernah putus datang dan
pergi.
PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS