Download - RPH 2

Transcript
Page 1: RPH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Mata Pelajaran Sejarah

Kelas Tahun 4 Cemerlang

Tema Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Tajuk Pengembaraan Parameswara

Masa 8.10 – 8.40 pagi

Fokus

Standard Kandungan:

5.2 Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu

Melaka.

Standard Pembelajaran:

5.2.1 Menyatakan latar belakang Parameswara sebagai

pengasas Melaka.

5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara

dari Palembang ke Melaka.

K 5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh

dicontohi.

Objektif

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;

i. Menceritakan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara

dari Palembang ke Melaka.

ii. Menyenaraikan sifat-sifat kepimpinan Parameswara.

Aktiviti

1. Murid melihat peta yang dipaparkan oleh guru mengenai

rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang

ke Melaka.

2. Murid menyaksikan persembahan anak patung

(Parameswara) yang digunakan oleh guru.

3. Murid menyusun rentetan peristiwa perjalanan

Parameswara dari Palembang ke Melaka mengikut

kumpulan.

EMK Nilai Murni - ketabahan, keberanian

KPS - Elemen Asas Sejarah

Kewarganegaraan - berbangga dengan sejarah asal-usul

negara.

Page 2: RPH 2

TMK - belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajaralat tulis, anak patung, peta, komputer riba, LCD, lembaran

kerja