RPH BOLA TAMPAR
Minggu 5 2 Waktu
Tunjang TP2 PJ
PERMAINAN
Tajuk Bola Tampar - Servis
Isi 1. Definisi - Lakuan memulakan permainan dengan menggunakan
bahagian pergelangan tangan (Servis bawah pinggang – under
hand) , tapak tangan, servis atas kepala -“Tennis serve”.
Kemahiran Servis
Butir 1. Servis bawah pinggang (Under-hand)
Mengajar Fasa - Persediaan dan Ayunan Tangan
- Berdiri sisi, bahu menghadap jari dan lutut dibengkokkan
sedikit.
- Pegang bola dengan kedua belah tangan dengan tangan kiri
mencengkam bola.
- Ayun tangan kanan ke belakang
1.1 Fasa Sentuh dan Ikut Lajak
- Tangan diayun ke hadapan dan berat badan dipindahkan ke
kaki hadapan semasa bola dilepaskan.
- Sentuh bahagian bawah bola dengan tangan ikut lajak.
2. Servis Atas Kepala (Tennis-Serve)
2.1 Fasa Persediaan dan Lambungan
- Berdiri sisi, kaki dibuka seluas bahu dengan sebelah kaki
di hadapan.
- Pegang dan lambung bola dengan tangan kiri sambil mata
memandang ke arah bola.
2.2 Fasa Sentuh dan Ikut Lajak
- Ayun tangan kanan tinggi ke belakang, kemudian ke hadapan
- Sentuh bahagian belakang bola dengan tapak tangan atau
pergelangan tangan.
- Tangan ikut lajak