Rancangan Pengajaran Harian Sains KSSR
Kelas : Tahun 3A1
Bil. Murid : 31 orang
Tarikh : 12/2/2015
Masa : 9.15 – 10.15 pagi (60 minit)
Tema/Tajuk : Pengenalan kepada Sains/ Kemahiran saintifik
Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat
1.1 Memahami kemahiran proses sains
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Memerhati
1.1.2 Mengelas
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat:
1. Murid dapat mengenalpasti 3 daripada 5 ciri-ciri
objek melalui pemerhatian secara bertulis.
2. Murid dapat mengelaskan sekurang-kurangnya 3
daripada 5 ciri objek dengan betul secara bertulis
dalam lembaran aktiviti yang diberi.
Aktiviti P&P : 1) Murid diminta memerhati dan meneka bahan/objek
apakah yang terdapat di dalam kotak
2) murid diminta memerhatikan dan mencirikan kedua-
dua bahan yang ditunjukkan oleh guru.
3) Murid melakukan aktiviti berkumpulan.
4) Murid memerhati sekeliling mereka dan mengelaskan
benda hidup dan benda bukan hidup.
5) Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru.
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah tahu menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau dalam
kehidupan seharian.
Kemahiran Saintifik : Memerhati, berkomunikasi, mengelas
Kemahiran Berfikir : Menghubungkat, banding beza, menjana idea
Sikap Saintifik dan nilai murni : Sifat ingin tahu, kerjasama, disiplin, tolak ansur
EMK : Kreativiti dan inovasi
Sumber P&P : Kotak hitam, buah limau, buah pisang, lembaran aktiviti.
Pentaksiran P&P : B3DS1E1 Memerhati ( menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena)
: B3DS1E2 Mengelas ( menggunakan pemerhatian untuk
mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena
berdasarkan ciri yang sama)
Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa/Masa Kandungan Aktiviti P&P Catatan
Persediaan/
orientasi
(5 minit)
Aktiviti :
Permainan “black
box”
1. Guru mengeluarkan satu kotak hitam yang terdapat bahan/objek di dalamnya.
2. Murid diminta memerhati dan meneka bahan/objek apakah yang terdapat di dalam kotak tersebut.
3. Seorang murid dipilih untuk memasukan tangan ke dalam kotak hitam untuk menyentuh objek tersebut.
4. Seorang murid diminta untuk membau objek tersebut.
5. Murid menjawab soalan guru.Contoh soalan:
Apa bahan yang terdapat dalam kotak ini?
Apa yang kamu rasa bila sentuh bahan ini?
Adakah bahan ini mempunyai bau?
6. Guru mengeluarkan objek tersebut untuk dilihat murid.
KB:, Menghubungkait,
KPS: memerhati, berkomunikasi,
Imaginasi
(10 minit)
1. Guru meletakkan dua jenis buah yang berbeza di hadapan kelas.
2. Dalam berkumpulan murid
KPS:
Memerhati,
diminta memerhatikan dan mencirikan kedua-dua jenis buah tersebut berdasarkan pemerhatian mereka di atas kertas.
3. Murid menjawab soalan guru:
Berdasarkan pemerhatian kamu,apakah ciri-ciri kedua-dua buah ini?
4. Guru menerima semua jawapan yang diberi oleh murid berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka.
mengelas
SSNM:
Sifat ingin tahu
Perkembangan
(30 minit) 1. Murid dibahagikan kepada 6
kumpulan.
2. Setiap kumpulan diedarkan
dua bahan yang berbeza,
dan lembaran aktiviti.
3. Murid diminta berbincang
dalam kumpulan dan
menyiapkan lembaran
aktiviti yang diberi.
4. Wakil kumpulan diminta
membentangkan hasil
perbincangan di hadapan
kelas.
KPS:
Memerhati,
mengelas
KB:
Banding beza,
menghubungkait
SSNM:
Kerjasama
Disiplin
Tolak ansur
EMK: Kreativiti dan Inovasi,
Tindakan
(10 minit)
Aplikasi dalam
kehidupan
seharian.
1. Murid diminta memerhati
keadaan di sekeliling
sekolah mereka.
2. Murid diminta menyatakan
benda hidup dan benda
KPS:
Memerhati
bukan hidup yang berada di
sekeliling mereka.
KB:
Menjana idea
Banding beza
Penutup
(5 minit)
Membuat refleksi
pembelajaran
Murid membuat refleksi
tentang pengetahuan baru
yang diperolehi hari ini
dengan bimbingan guru.
.
LEMBARAN AKTIVITI
Arahan: Kenalpasti ciri-ciri persamaan dan ciri-ciri perbezaan antara kedua-dua
buah ini. Kemudian lakukan pengelasan terhadap ciri-ciri yang dikenalpasti.
Nama buah: ____________ Nama buah:____________
Persamaan
Perbezaan
Warna
tekstur
Bau
Rasa
Bentuk