1.0 PENGENALAN
Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang.
Jika kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal
fasa sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di
sini adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti,
sejarah lisan mahupun artifak.
Menurut kamus dewan 2005, naskhah membawa maksud karangan dan lain-lain yang
bertulis tangan. Naskhah merupakan peninggalan tertulis yang menceritakan hal-hal ehwal
suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah terbahagi kepada dua iaitu naskhah
berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara prasasti yang telah ditemukan adalah
Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga batu, Kota Kapur dan Karang berahi
yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya. Sementara manuskrip yang ada
kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat, salasilah, perubatan dan sejarah itu
sendiri. Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah
disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku. Manuskrip
merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang menjadi bidang kajian
fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak dilakukan jika
dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita ini.
Jumlah naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia ini belum boleh ditentukan.
Terdapat anggaran jumlah sebanyak 4 000 naskah, ada juga anggaran sebanyak 10 000
naskhah. Di Indonesia tempat yang paling banyak menyimpan khazanah Melayu adalah di
Muzium Nasional, Jakarta, Indonesia.
1.1 Sinopsis dan Ulasan Sejarah Melayu
BUKU Sejarah Melayu karya W.G Shellabear ini merupakan terbitan Fajar Bakti.
Buku ini berkisar tentang sejarah kewujudan Tanah melayu dari awal sehinggalah
berakhirnya pemerintahan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan zaman
kegemilangan bagi sejarah Melayu satu waktu dahulu. Bermula dengan kedatangan
pendatang-pendatang daripada tanah asing ke Tanah Melayu sehinggalah kedatangan
Portugis dengan niat untuk memonopoli kekuasaan Melaka. Sejarah Melayu mengisahkan
tentang kekuasaan Tanah Melaka sehingga terkenal ke China dan kejayaan Melaka
menjalinkan hubungan akrab dengan negara-negara luar yang lebih besar kekuasaannya
dengan kebijaksanaan pemerintah. Shellabear juga mengupas tentang isu kemerosotan Tanah
Melayu akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pembesar kanan negeri Melaka
serta kejatuhan Melaka yang berpunca daripada pucuk kepimpinan yang masih muda iaitu
Sultan Mahmud Syah yang sangat muda sewaktu ditabalkan menjadi Sultan Melaka selepas
kemangkatan ayahandanya. Kekurangan ilmu pemerintahan menyebabkan Sultan Mahmud
syah tersilap langkah dan mengikut kata-kata pembesar yang salah dan mempunyai niat yang
lain sehingga tercetusnya permusuhan dengan pedagang Portugis yang sedari awalnya
sengaja mahu mencetuskan perbalahan untuk mengaut kekuasaan, kekayaan dan
menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus,
menjadi rebutan pedagang datang, kekuasaan wilayah, dan juga majoriti penduduk yang
menganut agama Islam.
2.0 Pemikiran (mesej dan Isi) dalam Sejarah Melayu
Kedatangan Islam sendiri diceritakan dalam bentuk mitos, iaitu sultan yang
memerintah diislamkan dalam mimpi selepas bertemu Nabi Muhammad (s.a.w) dan
adakalanya telah sedia berkhatan. Kita tahu ini berlawanan dengan ajaran Islam yang
menjauhi hal-hal yang tahyul. Tetapi kenapakah diceritakan dengan jalan mitos? Ini juga
memerlukan jawapan yang ilmiah bukan setakat jawapan orang Melayu suka berkhayal.
Cerita Kitul dan Raja Mundaliar(orang India Hindu, bukan orang Melayu Islam) yang
membawa fitnah bukanlah menggambarkan nilai korupsi dalam peradaban Melayu Islam atau
Hindu, tetapi adalah gambaran bagaimana lemahnya manusia, terutama sekali apabila
hidupnya menjadi kompleks.
Penyebaran Islam sendiri oleh makhdum-makhdum dari atas angin tidak sunyi daripada
dikritik dalam Sejarah Melayu seperti yang dilihat pada episod Tun Mai Ulat Bulu. Tetapi ini
tidak bermakna bahawa semua penyebar agama mencari kekayaan di negeri bawah angin.
Sejarah Melayu lebih merupakan kitab yang memaparkan perubahan sosial di kalangan
manusia Melayu. Struktur sosial peradaban Melayu telah mantap apabila Islam masuk ke
dalam Melayu. Adat istiadat diraja pun diatur, dan Islam telah diletakkan pada struktur yang
sedia ada dengan perubahan kepada makna. Kestabilan masyarakat tidak disentuh kerana
ideologi Islam diterima walaupun tidak dipraktikkan seratus peratus dan kemungkinan
mempraktikkan seratus peratus tetap ada kerana sepanjang masa itu tidak kurang pula para
pemikir dan pendakwah Islam di rantau ini menyebarkan ajaran Islam yang benar. Jadi pada
satu pihak kita dapati struktur sosiopolitik yang tidak berubah, kegiatan ekonomi juga tidak
terjejas, corak hidup yang pada bahagian besar bersambung seperti dahulu dan yang cuma
berubah ialah ethos dan world view yang dibawa oleh Islam.
Begitu juga dengan aspek pemikiran yang lain seperti tahap intelektualisme orang-orang
Melayu yang tinggi dapat dilihat melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Sejarah
Melayu.
Penulis amat tertarik kepada muslihat atau tipu helah yang terdapat dalam Sejarah Melayu.
Selain itu, sejauh manakah sumbangan muslihat atau tipu helah ini dalam Sejarah Melayu?
Mengapakah ia dianggap penting ? Apakah kesannya kepada kesarwajagatan, kekayaan,
keabadian dan kebenaran atau lebih teliti lagi berdasarkan kebijaksanaan (wisdom) kefasihan
(eloquent), keanggunan (elegant), keadilan (justices) dan kebenaran (truth) dalam Sejarah
Melayu.
Peristiwa-peristiwa yang terdapatnya unsur muslihat dalam beberapa bab iaitu cetera
pertama, cetera kelima, cetera keenam, cetera kelapan, cetera ketiga belas, cetera kelima
belas, cetera ke dua puluh tujuh berdasarkan karya agong. Sejarah Melayu diselenggara oleh
W.G. Shellabear.
Berdasarkan penelitian saya, muslihat yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini lebih
memperlihatkan kebijaksanaan , kesabaran, berpandangan jauh, teliti, tindakan dan kata-
katanya yang pada setiap pengucapnya itu tergolong daripada orang bawahan (rakyat atau
pembesar) dan tidak datangnya akal yang bernas itu daripada keturunan raja-raja walaupun
ada cuma segelentir sahaja.. Hal ini menjelaskan bahawa, rakyat juga mempunyai otak yang
geliga berbanding orang yang berkuasa. Yang membezakan antara rakyat dan raja itu adalah
berdasarkan waadat yang pernah termeterai di Bukit Siguntang.
Keseluruhan daripada teks Sejarah Melayu ini banyak dipengaruhi oleh unsur waadat di
antara Demang Lebar daun dan Sang Sapurba yang terkandung di dalamnya tentang kesetiaan
dan kepatuhan rakyat terhadap rajanya. Sama ada di pihak rakyat atau raja itu jika ingkar
turut menerima padahnya. Biar apa pun kesetiaan dan kepentingan kepada sesuatu perkara itu
mencetuskan tipu helah yang akhirnya membawa kepada kebaikan dan keuntungan kepada
pihak raja atau negeri.
Pertama : Peristiwa perjalanan hendak menakluk Negeri China. Iaitu Raja Suran telah
membatalkan rancangannya menakluk China kerana terpedaya dengan muslihat yang
dipersembahakan oleh Raja Cina yang menghantar orang-orang tua, pohon bidara yang sudah
berbuah, jarum berkarat yang memperlihatkan betapa jauhnya negeri China dari Singapura.
Konsepnya – Keupayaan berfikir secara kritis membuatkan negeri China terselamat daripada
ditakluki oleh Raja Suran.
Kedua: Peristiwa Tatal dan menarah kepala Budak iaitu Betara Majapahit menghantar utusan
ke Singapura dengan satu bingkisan sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus
dan nipisnya seperti sehelai kertas yang digulung seperti subang. Manakala Raja Singapura
pula membalasnya dengan menarah kepala budak dengan menggunakan beliung kalang.
Konsepnya – menunjukkan kepandaian dengan cara tersembunyi tanpa melibatkan
peperangan.
Ketiga: Peristiwa Badang beradu kekuatan dengan Benderang di satu majlis keramaian.
Peristiwa itu secara tidak langsung menguji sejauh mana keupayaan Badang dan Benderang
sebelum memulakan peraduan yang sebenarnya. Dalam majlis itu, tindih menindih peha di
antara kedua-duanya telah berlaku. Konsepnya – Melihat keupayaan seseorang musuh itu
sebelum benar-benar beradu kekuatan dan dengan cara itu, maruah dapat dijaga jika gagal
dalam peraduan tersebut.
Keempat: Peristiwa Raja Pasai ditipu dan ditawan. Raja Pasai telah diculik dan dijadikan
pengembala ayam. Oleh itu, Sidi Ali Ghiathudin telah memberikan pelbagai persembahan
hingga akhirnya Raja Pasai dapat dibebaskan oleh Raja Syahrun Nuwi. Konsepnya –
Pemberian pelbagai persembahan sebenarnya merupakan tipu helah termakan budi dan
akhirnya orang yang menerima sesuatu pemberian itu tidak dapat menggelakkan daripada
membalasnya kelak.
Kelima: Peristiwa kebijaksanaan Tun Perak iaitu semasa peperangan dengan Siam, segala
anak dan isteri parajurit telah dibawa bersama dan mengikat puntung api di akar pokok kayu
bakau bagi memperlihatkan jumlah askar Melaka lebih ramai daripada Siam. Konsepnya –
Mengelakkan sebarang perasaan takut atau ingin cabut lari kerana dengan cara ini, semua
askar yang berperang akan berjuang berhabis-habisan mempertahankan anak dan isteri. Juga
kebijaksanaannya menyelamatkan Melaka daripada kuasa Siam.
Keenam: Peristiwa perhubungan dengan China iaituTun Perpatih Putih memperlihatkan
kebijaksaannya dengan memakan sayur kangkung yang tidak dipotong untuk melihat dengan
jelas Raja China. Konsepnya – Kebijaksanaannya ini menguntungkan kerana dapat melihat
dengan jelas Raja China tanpa dikenakan sebarang hukuman.
Ketujuh: Peristiwa perkahwinan Tun Kudu dan dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar
Syah telah menceraikan Tun kudu kerana mahukan Tun Perak menjadi bendahara
menggantikan Seri Nara Diraja. Konsepnya – Perlantikan Tun Perak tidak meninggalkan
sebarang perasaan kecil hati di antara pengikut Seri Nara Diraja.
Kelapan: Peminangan Puteri Gunung Ledang. Hantaran yang dikenakan mustahil dapat
diperolehi. Konsepnya – Menolak kemahuan Sultan dengan bijaksana.
3.0 Estetika dan Kepengarangan
Istilah estetika berasal daripada bahasa latin ‘aestheticus atau bahasa yunani ‘aestheticos yang
bersumber dari kata ‘aithe’ yang bermaksud merasa. Estetika dapat didefinisikan sebagai
susunan bahagian dari sesuatu yang mengandung pola yang mana mempersatukan bahagian-
bahagian dan mengandungi keselarasan dari unsur-unsur sehingga menimbulkan keindahan.
Dalam teks Sejarah Melayu, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan
pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan. Unsur bahasa dalam teks
secara tidak langsung menjadi cerminan jati diri penulis khalayak dapat mnegenali diri
pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam teks yang dihayati. Antara beberapa
contoh unsur bahasa yang sering di dapati dalam teks ialah metafora, personnafikasi, simile,
hiperbola, simbolik dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam teks bagi
menimbulkan keindahan luaran dan kepelbagaian maksud cerita. Seni keindahan bahasa atau
estetik dapat diperhatikan melalui gambaran perlukisan, taman-taman, kejelitaan puteri dan
keindahan pakaian.
Dalam Sejarah Melayu, penggunaan simile yang digunakan oleh Tun Seri Lanang
memberikan nilai estetik yang tersendiri kepada Sejarah Melayu. Dalam ayat di bawah,
penggunaan simile yang digunakan oleh pengarang menimbulkan keindahan dengan
membandingkan dengan benda lain yang mempunyai perumpamaan yang lebih menarik yang
membawa maksud yang sama. Perkataan ‘seperti’ yang digunakan menunjukkan penggunaan
gaya bahasa simile dalam karya agung Sejarah Melayu dan menimbulkan nilai keindahan
pada karya tersebut.
‘Seperti ular berbelit-belit lakunya’
(Halaman 175)
‘Baginda pun melambung-lambung dirinya seperti ayam disembelih’
(Halaman 176)
4.0 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
Buku terbitan Fajar Bakti ini ditulis oleh W.G Shellabear. Buku ini berkisar dari
cetera yang pertama tentang kisah Raja Khindi sehinggalah ke cetera yang ketiga puluh
empat yang berkisar tentang kisah kesultanan Melayu Melaka yang telah menjalari negeri
Johor selepas peperangan daripada Portugis.
Di dalam buku hasil Shellabear ini juga diselitkan zaman kegemilangan Melayu
Melaka yang diperintah oleh Parameswara sehinggalah pemerintahan kesultanan Melayu
Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah sebelum dijajah oleh Portugis pada tahun
1511.
W.G Shellabear turut menulis berkenaan kegemilangan pahlawan Melaka yang
menjadi epik sehingga kini iaitu Laksamana Hang Tuah semasa pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka. Shellabear menulis semula kisah pertarungan antara Laksamana Hang Tuah
dan Hang Kasturi. Terdapat dua pendapat yang mengatakan Hang Tuah bertarung dengan
Hang Jebat manakala pendapat lain yang turut digunapakai oleh W.G Shellabear iaitu Hang
Tuah bertarung dengan Hang Kasturi.
Selain daripada itu, bahasa yang digunapakai di dalam buku Sejarah Melayu ini
diceduk daripada kata-kata lama yang diambil secara sepenuhnya dengan glosari kata yang
disediakan di muka akhir buku ini. Shellabear seolah menyalin semula kata-kata atau perkara
yang dipetik daripada manuskrip yang dikaji oleh beliau. Hal ini sendiri telah diperakui oleh
W.G Shellabear di dalam kata-kata awal pada buku Sejarah Melayu ini yang mana beliau
hanya menginterpretasikan karya beliau ke dalam bentuk yang lebih mudah yang diambil
daripda manuskrip-manuskrip lama yang diperolehi beliau.
W.G Shellabear mengambil maklumat daripada penulis-penulis terdahulu yang
menulis manuskrip berdasarkan pandangan peribadi penulis manuskrip itu sendiri.
Karya Tun Sri Lanang yang paling popular ialah Sejarah Melayu atau Sulatus Salatin. Sejarah
Melayu dinobatkan sebagai karya agung warisan Melayu kerana ia merupakan satu karya
sejarah yang berkisar mengenai saat-saat kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Tun Sri
Lanang ialah pengarang ketiga Sejarah Melayu dengan merombak semula Sejarah Melayu
yang asal. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa
ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah
berundur dari Melaka pada tahun 1511.
Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada tahun 1528. Teks yang turun
masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak 1356, dan disunting semula
pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. Portugis merampas naskhah Sejarah
Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa
balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa.
Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua
merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Terdapat perbezaan
ejaan antara keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya
Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah
Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan. Sejarah Melayu mempunyai
sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling masyur adalah versi Shellabear.
Sejarah Melayu Sulalatus Salatin disenaraikan dalam karya agung warisan Melayu
adalah kerana di dalamnya memaparkan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan
sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di
mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan
disimpan di arkib negara tersebut. Karya Sejarah Melayu menceritakan zaman kesultanan
Melayu Melaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,
sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Sejarah Melayu
mengandungi 15 bab dan mempunyai pelbagai versi.
Sejarah Melayu juga menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang
memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada Melaka
mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita
terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque menyerang
Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke
negeri Pahang. Sejarah Melayu memaparkan 34 kisah yang meyingkap mengenai
pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-kisah yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat
Melayu. Kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini bercampur aduk di antara perkara yang
betul-betul benar dan mitos-mitos yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contohnya
perkara yang betul-betul benar adalah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka dan perkara-perkara mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja yang ditulis
hanyalah mitos dan perkara mengenai tulah ini di tulis supaya rakyat akan akan takut kepada
raja dan seterusnya mereka akan patuh dan taat kepada perintah raja
Peristiwa yang berlaku di dalam Hikayat Sejarah Melayu ini berkisarkan tentang latar tempat
yang luas dan tempoh waktu yang agak panjang. Latar tempat yang diceritakan di dalam
Hikayat Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di negeri Melaka semata-mata malahan
turut berlaku di tempat-tempat lain seperti Majapahit, Siam, China,Keling dan sebagainya.
Manakala latar masa perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masayang
lama iaitu melebihi seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaannegeri Melaka
sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511.Pengkisahan yang
berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan untukmenggambarkan kedudukan dan
kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintah dan keagungan yang diperintah oleh
mereka.