SENARAI TUGAS SETIAUSAHA GURU NILAM
1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
3. Membantu penyelaras program menjalankan aktiviti NILAM.
4. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM
5. Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data dan menyerahkan
kepada penyelaras program).
6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukan
kepada penyelaras program dan salinan kepada pengerusi.
7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
SENARAI TUGAS PENOLONG SETIAUSAHA
GURU DATA NILAM
1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada guru kelas
setiap tahun.
2. Memasukkan data ke pangkalan data
3. Menganalisis data rekod membaca rekod aktiviti rakan pembaca
4. Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti rakan
pembaca kepada guru NILAM
5. Mengemaskini data NILAM
6. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid
SENARAI TUGAS GURU RAKAN PEMBACA
1. Memberi taklimat kepada murid Rakan Pembaca tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
2. Memastikan program Rakan Pembaca berjalan mengikut perancangan.
3. Memastikan murid melaksanakan aktiviti program Rakan Pembaca
4. Membimbing dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh murid Rakan
Pembaca.
5. Mengesahkan dan menandatangan Rekod Aktiviti Rakan Pembaca.
6. Menyediakan dan menyerahkan data penilaian NILAM (Rakan Pembaca) kepada
guru kelas pada setiap akhir bulan.