SENI BINA INDIA
Bermula sejak zaman Tamadun Lembah Indus. Ianya banyak dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dan cuaca. Seni bina India menggunakan jendela berkisi yang bertujuan
untuk mengurangkan pancaran matahari dan penggunaan batu marmar putih. Seni bina
India asalnya berakar pada sejarah, budaya, agama dan banyak dipamerkan melalui
kuil-kuil Hindu. Kebiasaannya berwarna-warni serta mempunyai unsur dewa-dewi
kepercayaan agama Hindu. Seni bina adalah secara terperinci dengan menggabungkan
ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.
Perbandaran di India
• Pembinaan rumah – menggunakan batu bermutu tinggi
• Terdiri daripada beberapa buah bilik dan serambi
• Bilik mandi dan perigi
• Terdapat ruang antara rumah untuk peredaran udara
• Struktur asas : menggunakan batu dan kayu
• Tamadun Lembah Indus – susun atur bandar Mohenjodaro dan Harappa yang lengkap
• Kota dilengkapi dengan pemandian awam, saluran pembuangan air kotor bawah tanah, gedung-gedung, kota-kota pertahanan dan tempat tinggal.
• Pelan – bilik kediaman menghadap halaman tengah
• Masyarakat Lembah Indus mempunyai pengetahuan tingggi dalam bidang perancangan bandar.
• Bandar dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas.
• Sistem perparitan, rangkaian jalan raya, tandas awam, dewan perhimpunan dan lain-lain.
• Merupakan bandar terancang pertama di dunia
Pengaruh Dari Seni Bina Lain
Seni Bina Hindu
Seni bina kuil yang berbentuk bulatan dan empat segi. Mempunyai 4 struktur penting :
▫ Shikhara bentuk kereta kuda
▫ Vimana menara piramid
▫ Ratha batu tunggak (binatang)
▫ Gopuram pintu masuk
Seni Bina Buddha
Terdapat elemen geometri (empat segi) dan bulat pada zaman Asoka. Contohnya
Stupa Buddha, Stambas, seni bina gua, Vedika Batu dan Torana Buddha.
Seni Bina Islam
Mempunyai pengaruh dari Timur (Parsi). Contohnya dalam seni bina masjid iaitu Masjid
Quwat al-Islam yang mempunyai gabungan India-Islam. Halaman tengah dikelilingi oleh
tiang-tiang dengan kubah kecil di atas pintu gerbang utama. Selain itu, seni bina agung
iaitu Taj Mahal.
Taj Mahal
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India,
merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai
monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada
1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh
terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan
gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj
Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam,
dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO
mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi .
Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian
isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan
anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan
pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan
tanah jajahannya. Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini.
Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu,
tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih,
serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda
Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz
dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Top Related