LAMPIRAN A
BORANG PENCALONAN
ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)
1. Nama Organisasi:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan:
Server Consolidation - Pengurusan Pusat Data Secara Maya
3. Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi:
April 2011
4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan:
Nama: Fara binti Jamal
Jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat
Agensi: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Alamat: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,ARAS 7, NO.13, PERSIARAN PERDANA,PRECINT 2 FEDERAL GOVERNMENTADMINISTRATIVE CENTRE 62623 PUTRAJAYA
Telefon: 03-88825666
Faks: 03-88825669
E-mel: [email protected]
5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Nama: Saharudin bin Saat
Jawatan: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Telefon: 03-88825642
Faks: 03-88825669
E-mel: [email protected]
1. Nama Projek/Sistem/Inisiatif
Server Consolidation - Pengurusan Pusat Data Secara Maya
2. Profil Kementerian / Jabatan / Institusi (maksimum 200 patah perkataan)
Penubuhan Kementerian
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
• Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
• Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
Fungsi KPDNKK
KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
• Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
• Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu;
• Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
• Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
• Melesenkan urusniaga jualan langsung;
• Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
• Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
• Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
• Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.
Kepenggunaan
• Melaksanakan program pendidikan pengguna;
• Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna;
LAPORAN PENCALONAN
ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)
dan
• Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
3. Sinopsis Projek/Sistem/Inisiatif (maksimum 150 patah perkataan)Bagi projek/sistem/inisiatif:# Ringkasan / Keterangan# Faedah kepada orang awam / Kerajaan# Kelebihan / keistimewaan projek/sistem/inisiatif # Mengapa projek/sistem/inisiatif layak memenangi Anugerah MYGOSS
Projek ini dibina dengan menggunakan pelbagai Perisian Sumber Terbuka dengan
memindahkan semua pelayan ke dalam bentuk virtual machine bagi memudahkan proses
pemindahan,naik taraf sistem dan penyelenggaraan pelayan. Ianya bermula dengan
menggunakan pelayan-pelayan lama yang dikitar semula untuk dijadikan backup hosting
kepada aplikasi sedia ada. Ia kemudiannya mendapat peruntukan dan dipertingkatkan
dengan penambahan pelayan-pelayan baru. Antara faedah yang terdapat dalam projek ini
ialah penjimatan wang dari segi penyelenggaraan oleh kerana projek ini diselenggara secara
dalaman. Ia juga dapat mengurangkan kos perolehan perkakasan jika terdapat
pembangunan aplikasi atau sistem baru. Pada masa yang sama, projek ini berjaya
menghasilkan kakitangan awam yang lebih kompeten dalam bidang pengurusan pusat data.
Kelebihan utama projek ini ialah menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan dibangunkan
sepenuhnya secara dalaman.
4. Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan)Penggunaan development tools, pangkalan data, language, teknologi, platform, dan lain-lain
Teknologi Oracle virtualbox digunakan sebagai tulang belakang dalam menghasilkan projek
ini kerana antara mukanya yang lebih mesra pengguna. Selain itu projek ini menggunakan
beberapa teknologi Sumber Terbuka yang lain dalam menyokong aktiviti yang dijalankan :-
1. Sistem Operasi GNU/Linux & BSD – Ubuntu,Debian,fedora,centos dan freebsd
2. Bahasa Pengaturcaraan Skrip – BASH dan PERL
3. Pangkalan Data – MySQL
4. Protokol Pemindahan Data – SSH, NFS dan ISCSI
5. Storan / Backup – FREENAS
6. Pemantauan Pelayan – Nagios dan Twitter Plugin
5. Kelebihan / Keunikan (maksimum 350 patah perkataan)# Faedah kepada orang awam / Kerajaan# Kelebihan projek/sistem/inisiatif berbanding projek/sistem/inisiatif lain # Kelainan konsep dan idea bagi projek/sistem/inisiatif # Peningkatan keberkesanan (termasuk mengurangkan birokrasi)# Perkongsian maklumat# Lain-lain
Kelebihan utama projek ini berbanding projek lain ialah perlaksanaannya menggunakan
tenaga kerja dalaman. Ini secara tidak langsung telah mengurangkan kos perlaksanaan dan
penyelenggaraan Pusat Data. Projek ini juga telah berjaya mengurangkan kos baik pulih
pelayan sedia ada. Sebelum ini pelayan-pelayan yang telah lama digunakan kerap rosak
dan terpaksa diganti peralatan seperti hard disk, RAM, dan sebagainya. Jika semakin lama
usia pelayan tersebut, alat gantinya mungkin sudah tiada di pasaran atau harganya terlalu
tinggi. Dengan projek ini, pelayan tersebut dimasukkan ke dalam virtual dan tidak lagi perlu
perolehan alat ganti.
Selain itu, projek ini dapat mengurangkan kos jangka panjang di mana bagi sistem-sistem
yang akan dibangunkan pada masa hadapan tidak perlu dibeli dengan server atau
perkakasan dan perisian lain.
Perlaksanaan projek ini juga dapat menyahut seruan Kerajaan ke arah Green IT di mana
dengan pengurangan penggunaan server, penjimatan dapat dibuat pada kegunaan tenaga
elektrik, ruangan bilik server dan penggunaan penghawa dingin.
6. Inovasi (maksimum 350 patah perkataan)# Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif # Keaslian atau penambahbaikan # Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan dan/atau pemasaran) # Ciri-ciri / fungsi yang ketara# Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif# Teknologi enabling# Menggunakan pelbagai teknologu untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan
Projek ini menggunakan pelbagai Perisian Sumber Terbuka bagi menghasilkan penyelesaian
masalah pengurusan Pusat Data KPDNKK. Gabungan fungsi setiap perisian tersebut
membolehkan aspek-aspek dan keperluan teknikal seperti pemantauan dan
penyelenggaraan dapat dijalankan dengan berkesan. Sebelum ini, perkhidmatan pihak
pembekal digunakan sebagai penyelesaian masalah penyelenggaraan di samping
menggunakan perisian komersil yang mahal harganya. Ini amatlah merugikan kerajaan
kerana menanggung kos yang sepatutnya boleh dikurangkan dengan menggunakan
Perisian Sumber Terbuka.
Satu lagi inovasi yang berjaya dihasilkan oleh projek ini ialah menggunakan aplikasi Nagios
dan Twitter plugin sebagai medium untuk notifikasi sekiranya berlaku sebarang masalah.
Ianya lebih tepat dan tiada kos berbanding menggunakan notifikasi pelayan email atau
SMS. Keseluruhan infrastruktur projek ini juga dipantau dengan menggunakan Nagios bagi
tujuan memudahkan proses pemantauan. Laman Twitter yang digunakan hanya boleh
dilawati oleh pengguna yang diluluskan menjadi follower sahaja.
7. Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan)# Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan # Metodologi projek/sistem/inisiatif # Keberkesanan kos # Peningkatan produktiviti dan keberkesanan # Kepakaran kakitangan # Keberkesanan projek/sistem/inisiatif # Tahap bantuan dan sokongan projek/sistem/inisiatif # Kejayaan pelaksanaan # Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna# Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek/sistem/inisiatif # Pengiktirafan komuniti atau media # Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan # Pencapaian pengiktirafan antarabangsa # Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran # Perkongsian pasaran # Beridentitikan Malaysia
Nilai anggaran kos kini bagi semua perisian aplikasi dan perkakasan pelayan di KPDNKK
dianggarkan lebih kurang RM30,000,000.00 juta. Kos bagi perisian adalah lebih tinggi dari
perkakasan dan adalah penting bagi memastikan data-data kerajaan yang bernilai ini dijaga
dengan baik. Dengan pelaksanaan projek ini, maka dapat mengurangkan kos pembelian
bagi pelayan-pelayan akan datang. Kos penyelenggaraan juga dapat dikurangkan dan
memudahkan penyelenggaraan perkakasan dan perisian pada masa akan datang. Jika
menggunakan khidmat pembekal, kos dijangkakan sebanyak RM1,000,000.00. Manakala
kos sebenar hanya menelan belanja sebanyak RM 200,000.00 sahaja. Pihak KPDNKK
berjaya membuat penjimatan sebanyak 80% peratus berbanding menggunakan khidmat
pembekal.
Projek ini juga berjaya mengurangkan kos jangka panjang di mana bagi sistem-sistem yang
akan dibangunkan pada masa hadapan tidak perlu dibeli dengan pelayan atau perkakasan
dan perisian lain. Penjimatan boleh dibuat di mana kos hanya ditumpukan pada aspek
pembangunan aplikasi. Ini boleh mengurangkan kos kerana kebiasaannya 50% peratus kos
pembangunan sistem adalah kos bagi perkakasan.
8. Potensi (maksimum 350 patah perkataan) # Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi # Pelaksanaan yang lebih luas# Faedah kepada industri lain pada masa hadapan # Strategi pembangunan dan menerajui persaingan # Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan
Projek ini berpotensi untuk diperluaskan untuk persediaan menghadapi sebarang bencana.
Pelayan-pelayan sedia ada boleh direplikasi ke Disaster Recovery Center yang akan
dibangunkan. Jika berlaku bencana pada Kementerian, pelayan-pelayan sedia ada ini boleh
diaktifkan bagi memastikan kesinambungan perjalanan kementerian. Secara langsung,
dengan perlaksanaan projek ini dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan (service
delivery) kakitangan kerajaan kerana sistem-sistem Kementerian adalah high availability dan
boleh dipercayai. Dianggarkan berpuluh-puluh jutaan ringgit dapat dijimatkan sekiranya
projek ini diperluaskan ke agensi-agensi lain selain meningkatkan kepakaran kakitangan
awam dalam menguruskan Pusat Data masing-masing.
Projek ini juga akan menjalani proses naik taraf ke platform yang lebih stabil iaitu
menggunakan KVM (kernel-based virtual machine) di masa akan datang. Dijangka prestasi
pelayan-pelayan akan lebih mantap berbanding menggunakan Virtualbox sebelum ini.
Beberapa penambahbaikan juga telah dikenalpasti iaitu dengan menambah lagi perkakasan
pelayan dan storan bagi menambah lagi high availability projek ini.
9. Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan) # Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia atau# Dibangunkan sebahagian di Malaysia (nyatakan peratusan pembangunan di Malaysia)# Sekiranya pembangunan sebahagian di Malaysia, nyatakan modul yang dibangunkan di Malaysia# Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia# Tambah nilai di Malaysia
Projek ini dibangunkan di Malaysia dengan menggunakan pelbagai Perisian Sumber
Terbuka sebagai penyelesaian kepada permasalahan pengurusan Pusat Data di KPDNKK.
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat KPDNKK,
didapati projek ini telah banyak membantu mengatasi masalah downtime,migrasi pelayan
dan proses naik taraf aplikasi yang lebih selamat dan terjamin.Ianya juga boleh
mendatangkan keuntungan kepada kerajaan sekiranya dilaksanakan di agensi-agensi lain.
Sekiranya projek ini diperluaskan ke agensi-agensi, secara tidak langsung inovasi ini dapat
dikongsi dan boleh menghasilkan lebih ramai kakitangan kerajaan yang lebih kompeten.
Top Related