UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKANKPS6024
PROF MADYA DR AMIR HASAN
TUGASAN 2
FAIRUZ SYAZWANI BADIOZE ZAMANSOSIOLOGI PENDIDIKAN
M20131001196
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Peristiwa Perkauman di Malaysia 4
2.1 13 Mei 1969 4
2.2 Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001 5
2.3 HINDRAF 6
3.0 Perpaduan dalam Pendidikan 7
4.0 Cabaran Perpaduan Kaum Melalui Pendidikan 11
4.1 Laporan Barnes 1951, Penyata Razak 1956, 11
Akta Pelajaran 1961
4.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 12
4.3 Wawasan 2020 13
5.0 Penutup 13
6.0 Rujukan 15
2
1.0 PENGENALAN
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
penaklukan British di Tanah Melayu tidak membawa balik kesemua yang pernah
dibawanya terutamanya tenaga manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya
dan agama. Kemasukan mereka ke Tanah Melayu bertujuan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti ekonomi dan mengutip hasil bumi di Tanah Melayu ketika itu. Setelah
mencapai kemerdekaan mereka ditinggalkan tanpa dibawa pulang semula ke tanah air
mereka dan seterusnya menjadi penduduk tetap di Tanah Melayu. Kepelbagaian kaum
ini dapat dilihat sehingga kini setelah Persekutuan Tanah Melayu bertukar nama
kepada Malaysia pada 16 September 1963 yang terdiri daripada Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak ketika itu.
Oleh yang demikian, setiap penggubalan dasar, undang-undang dan sebagainya,
kerajaan perlulah mengambil kira akan kepentingan dan kebajikan pendatang-
pendatang tersebut. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah satu cara yang mudah bagi
mencapai kata sepakat daripada semua pihak apabila tiap-tiap kaum berusaha untuk
memberi keutamaan kepada kaum, budaya dan agama masing-masing. Kesemuanya
ada nota yang tercatat, pelbagai peristiwa yang telah berlaku antaranya penarikan diri
Singapura daripada Malaysia, Rusuhan Kaum 1969, Hindraf dan lain-lain lagi.
Dari tahun ke tahun aliran zaman turut berubah, semakin maju dalam menuju sebuah
negara moden dan membangun. Kemajuan teknologi maklumat dan media massa
begitu pesat dan pantas berlabuh di bumi Malaysia. Namun begitu, ideologi-ideologi
yang dulu masih tersemat di dalam diri orang-orang lama sekaligus menurunkan
3
cerita ke anak cucu kini. Bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak dan para
remaja di sekolah juga kadang-kalanya bersifat rasis apabila sering kali duduk
sekelompok dalam kaum dan budaya mereka sendiri. Pemikiran-pemikiran stereotaip
sudah semestinya wujud dalam diri, “Cina tak mandi pagi”, “Keling”, Cina pengotor”,
dan sebagainya, saya sendiri ketika kecil bersama rakan-rakan sering kali berfikiran
begitu. Namun, dewasa ini adakah ianya benar? Dari mana pemikiran ini datang jika
tidak dari orang-orang lama.
Lantaran itu, pemikiran ini harus disingkir dari kotak minda generasi kini agar ia tidak
menular hingga ke generasi akan datang, agar ia tidak menjadi virus yang menekap di
dalam otak generasi akan datang. Pendidikan adalah jawapannya, pendidikan adalah
medium terbaik bagi menghapuskan pemikiran ini. Agaknya bagaimanakah kesediaan
guru-guru dalam menghadapi isu ini? Bagaimanakah ibu bapa yang berfikiran moden
menyingkirkan pemikiran ini? Sudah tentu ada ulasannya.
2.0 Peristiwa Perkauman di Malaysia
2.1 13 Mei 1969
Peristiwa ini telah menjadi titik hitam di dalam sejarah perpaduan di Malaysia. Bukan
sahaja melibatkan kecederaan malahan telah mengorbankan nyawa orang yang tidak
bersalah. Kejadian berpunca daripada keputusan pilihan raya umum pada tahun 1969.
Parti Perikatan telah kalah walaupun mampu membentuk kerajaan baru namun kerusi
yang dimenangi telah berkurangan berbanding pilihan raya sebelumnya. Perkara ini
merupakan satu kejayaan besar bagi parti-parti politik pembangkang yang majoritinya
Cina (DAP & Gerakan), menganggapnya sebagai satu kemenangan.
4
Kemenangan tersebut dirai dan berarak di jalan-jalan utama dengan kaum Cinanya
membawa penyapu sebagai simbolik ‘menyapu’ (menyingkir) kaum Melayu keluar
dari Tanah Melayu. Simbol penyapu yang sinonim dengan sial oleh kaum Melayu
telah marah dan pergaduhan tercetus pada 13 Mei 1969 sehingga tercetus kepada
perintah berkurung setelah mengorbankan nyawa. Menurut Zaid Ahmad (2006), kaum
bukan bumiputera secara lantang menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka
terhadap hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu atau Bumiputera.
Dasar ‘pecah dan perintah’ yang dibawa oleh pihak penjajah telah menyebabkan
gangguan terhadap struktur masyarakat ketika itu yang mana kaum Melayu
ditempatkan di dalam bidang pertanian sebagai pesawah, petani dan sebagainya,
manakala kaum India di estet-estet dan kaum Cina di bidang perlombongan. Berikutan
daripada peristiwa ini, pada tahun 1971 kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dengan strategi serampang 2 matanya iaitu membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi
yang tidak seimbang sekali gus menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi.
2.2 Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001
Berbeza dengan peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa ini mencetuskan pergaduhan di
antara kaum Melayu dan India di sebuah perkampungan iaitu Kampung Medan.
Pergaduhan berlaku apabila sebuah keluarga Melayu sedang mengadakan kenduri
kahwin manakala sebuah keluarga India yang duduk berdekatan membuat persiapan
pengebumian salah seorang ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Salah seorang
pemuda telah dengan sengaja memasuki khemah perkahwinan tersebut dan membuat
5
onar sebagai tanda tidak puas hati kerana khemah tersebut telah menghalang upacara
perarakan.
Setelah itu, pemuda tersebut kembali dengan membawa kira-kira 10 orang lelaki
bersenjata dan menyerang ahli keluarga pengantin. Seterusnya keesokan hari
sekumpulan orang yang tidak dikenali pula telah memasuki kawasan penduduk India,
tetapi pertelingkahan dapat diselesaikan. Namun, terdapat khabar angin mengatakan
pergaduhan antara orang Melayu dan orang India dan pergaduhan menjadi tegang,
kesemua penduduk telah mula bersiap-sedia dengan senjata bagi mempertahankan diri
dan keluarga masing-masing.
Pergaduhan yang berlaku ini menyebabkan 37 orang cedera, 5 orang terkorban dan
153 orang telah ditahan. Polis juga berjaya merampas senjata yang digunakan seperti
pisau, paip besi, rantai besi, senjata buatan sendiri, kapak dan kayu.
2.3 Hindraf
Hindraf merujuk kepada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu merupakan satu
pertubuhan oleh kaum-kaum India dengan membawa slogan ‘Kuasa Rakyat’. Hindraf
memperjuangkan hak-hak kaum India apabila kebanyakan kuil-kuil tidak rasmi yang
telah dibina beratus-ratus tahun hendak dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan atas
sebab arus pemodenan di Malaysia. Majoriti masyarakat India yang bekerja di ladang-
ladang sejak beratus tahun yang dulu yang dibawa masuk oleh British telah membina
banyak kuil-kuil haram.
Hindraf telah ditubuhkan melalui sentimen melampau oleh 5 orang peguam dan
seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat swasta di ibu negara. Pada 25 November
2007, satu perhimpunan besar telah diadakan dengan menghantar memorandum 6
kepada kerajaan British untuk menuntut ganti rugi kerana kesalahan membawa masuk
warganegara India ke Tanah Melayu satu ketika dulu. Hindraf menyatakan bahawa
masyarakat India di Malaysia telah ditindas dan telah mencampurkan isu peristiwa
Kampung Medan yang telah mengorbankan 100 orang India. Peristiwa ini bukan
sahaja melibatkan kerajaan Malaysia dan British malahan Ketua Menteri Tamil Nadu
daripada India juga turut campur tangan untuk membela nasib masyarakat India di
Malaysia.
Peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia atas sentimen perkauman dan
agama, sudah pasti turut memberi kesan kepada anak-anak muda. Walaupun isu-isu
ini sudah lama berlalu namun sudah pasti sentimen dan ideologi yang dibawa oleh
nenek moyang dan ibu bapa generasi kini menceritakan di sebalik peristiwa yang
berlaku, kemungkinan besar dalam pelbagai versi. Inilah cabaran yang perlu dihadapi
Malaysia bagi memastikan sejarah lama tidak berulang lagi.
3.0 Perpaduan dalam Pendidikan
Beberapa temu bual telah dibuat bersama dengan guru-guru yang mengajar di
sekolah-sekolah elit, sekolah bandar dan seorang tutor berbangsa Melayu tetapi
mengajar pelajar Cina di sebuah pusat tuisyen. Selain itu, saya juga sempat menemu
bual seorang awam yang telah belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan kini
menjadi seorang guru taska.
Soalan yang di aju adalah tentang cabaran dan pendapat mengajar pelajar berlainan
kaum di sekolah dan bagaimana pendidikan boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan
ke dalam diri pelajar. Setiap guru pasti ada jawapannya yang tersendiri, walau
bagaimanapun setiap jawapan tidak lari dari tema pendidikan.
7
Seorang guru yang mengajar Sejarah di sebuah sekolah di bandar memberikan
pandangan:
Dalam peraturan sekolah guru tidak boleh membawa sebarang lambang parti politik contohnya jam, pen dan sebagainya yang diperoleh semasa kempen pilihan raya. Perkara ini bagi mengelakkan pelajar terpengaruh dengan ideologi ibu bapa mereka. Perkara ini telah diletakkan di dalam Buku Peraturan Sekolah.
Bagi pandangan yang diberikan oleh guru tersebut, jelas menunjukkan politik turut
menyumbang kepada masalah perkauman. Seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang
berpunca daripada kemelut politik antara parti yang majoritinya Cina dengan UMNO.
Bagi seorang guru muda yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am di sebuah
sekolah elit di selatan tanah air, bagi beliau masalah perkauman nampak ketara di
sekolah-sekolah bandar, bagi pelajar yang bijak dan terpelajar mereka sebenarnya
lebih cenderung untuk terpengaruh dengan media massa dan laman sosial ketika ini
yang memaparkan isu-isu perkauman terutamanya apabila melibatkan sentimen
agama. Menurutnya:
Kita lihat dari perspektif luar bandar dan dalam bandar, kalau luar bandar isu perkauman mungkin kurang disebabkan ketercapaian maklumat pelajar luar bandar tidak sampai berbanding bandar, pelajar di bandar cepat terpengaruh dengan media. Misalannya di bandar isu perkauman memang ketara, tambah-tambah kalau di bandar yang maju. Namun begitu bergantung pada keadaan sekolah yang mana bagi sekolah elit masalah perkauman tidak terlalu terserlah.
Walaupun masih wujud isu yang melibatkan sentimen-sentimen berbaur perkauman,
bahasa dan agama masih ada lagi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk
bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Seterusnya seorang tutor yang
8
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah pusat tuisyen cina dan juga bekas
pelajar SJK (C) memberikan pendapatnya:
Ibu bapa menghantar anak-anak ke SJK adalah kerana bagi memastikan anak-anak mempelajari bahasa tambahan sekali gus berpeluang mengenali budaya kaum yang dipelajari bahasanya. Memandangkan pasaran kerja kini sangat meluas hingga ke luar negara, paling kurang setiap orang mempunyai kemahiran bahasa lain selain bahasa ibunda sendiri dan Bahasa Inggeris. Tetapi, bagi ibu bapa yang mengharap anak-anak mempelajari bahasa ketiga perlulah memberi sepenuh perhatian akan pencapaian akademik mereka agar mereka tidak keciciran.
Pendapat tutor tersebut bersamaan dengan pendapat rakannya yang juga bersekolah di
SJK (C). Namun begitu, kedua-dua mereka apabila diajukan soalan adakah mereka
turut akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah SJK, kedua-duanya kurang
berminat. Bagi mereka, beliau lebih senang menghantar anak-anak ke sekolah
kebangsaan (SK) ataupun sekolah aliran agama. Negara sedang menuju ke arah maju,
pengaruh-pengaruh dari luar sudah tentu menular masuk ke dalam negara dengan
mudah memandangkan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.
Bukan sahaja masalah perkauman, tetapi agama turut menjadi isu, ramai anak-anak
muda yang terpesong akidahnya. Oleh itu, mereka lebih senang menghantar anak-anak
mereka bersekolah di sekolah aliran agama.
Pelbagai versi, pelbagai ragam dan pelbagai ideologi yang terikat di minda rakyat.
Schultz (1961) menyatakan sekolah sebagai sebuah institusi dapat memberi satu
pengalaman dan pendedahan yang sama, yang dalam jangka masa yang panjang dapat
mengaburkan jurang-jurang kebudayaan dan latar belakang yang berbeza yang dibawa
oleh kanak-kanak ke dalam bilik darjah (dalam Haris Md. Jadi, 1990). Lantaran itu,
9
kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang tersebut melalui
dasar-dasar dan juga pendidikan yang bertemakan perpaduan. Bagi guru yang
mengajar Pengajian Am, bagi menggalakkan perpaduan di kalangan pelajar:
Apa yang guru boleh buat adalah dengan menerapkan perpaduan dalam P&P, contohnya dalam silibus bagi subjek sivik, sejarah, moral, sastera dan sebagainya. Tetapi bagi subjek-subjek yang lain, boleh diterapkan juga. Dari segi perbincangan kumpulan atau aktiviti kumpulan, kalau tak terap secara ilmiah, kita terapkan dengan perbuatan. Tapi kalau sekolah yang kurang elit, contoh paling dekat SMK Rapat Setia pelajar memang suka bergaduh sesama kaum, sampai pernah masuk surat khabar. Hanya kerana percakapan sahaja, yang Cina cakap Melayu babi, yang Melayu cakap Cina bangsat.
Tugas-tugas guru bukanlah sahaja mendidik mengikut silibus yang diberi, tetapi secara
tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan di dalam diri pelajar. Seperti
guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah, beliau menggunakan pendekatan aktiviti
berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Aktiviti dapat mengeratkan
perpaduan di antara pelajar itu sendiri disamping dapat mengenal budaya dan
bertukar-tukar pendapat.
Bagi tutor yang mengajar di sebuah pusat tuisyen cina, beliau menyatakan tidak ada
masalah perkauman dalam dirinya, hal ini kerana:
Tak macam zaman kita dulu, budak Cina tengok orang Melayu pun takut, tak suka. Sama dengan Melayu, India dan bangsa lain. Dulu pergaulan tak macam sekarang, sekarang ni dah bebas, macam-macam media ada untuk connection. Kalau dulu lebih kepada duduk rumah, sekarang ni macam-macam aktiviti kementerian buat, jadi perpaduan itu tak menjadi masalah kepada saya.
10
Sekali lagi, guru Pengajian Am memberikan pendapat bahawa selain daripada sekolah,
guru dan kerajaan semata-mata, pihak komuniti juga perlu memainkan peranan.
Sekiranya komuniti sendiri hidup berpuak-puak, duduk di mana pun pasti akan timbul
masalah perkauman. Oleh itu kerajaan sangat-sangat perlu menitikberatkan isu
perkauman, manakala bagi mencapai kata perpaduan dalam lapangan pendidikan
perlulah mengikut peringkat umur dan bersesuaian dengan program yang
dilaksanakan. Contohnya, perpaduan juga perlu diterap sejak tadika lagi kerana
sekiranya ibu bapa kanak-kanak bersifat rasis sudah tentu menjadi ikutan kanak-kanak
tersebut.
4.0 Cabaran Perpaduan Kaum Melalui Pendidikan
Berdasarkan peristiwa dan pendapat daripada guru dan orang awam, ternyata
pendidikan merupakan satu medium yang penting bagi menyemarakkan semangat
perpaduan bagi seluruh rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Jadi, tidak
hairanlah apabila kerajaan telah melancarkan dan melaksanakan pelbagai jenis dasar,
program dan rancangan bagi penambahbaikan demi kebaikan rakyatnya sendiri.
Setiap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan semuanya bertemakan perpaduan,
tidak kurang juga diselitkan dalam lapangan pendidikan.
4.1 Laporan Barnes 1951, Penyata Razak 1956, Akta Pelajaran 1961
Salah satu syor yang telah diajukan dalam Laporan Barnes adalah bagi
menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum, sekolah vernakular Melayu, Cina
dan India perlulah di gantikan dengan sekolah kebangsaan yang mana merujuk
kepada sekolah yang menyediakan pendidikan di peringkat rendah secara percuma
11
kepada semua kanak-kanak dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, laporan ini telah mendapat kritikan
oleh Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951 yang mahu sekolah Cina diteruskan kerana
berpendapat penyediaan buku teks berlatarbelakangkan kehidupan Tanah Melayu
sebagai proses asimilasi keturunan Cina ke dalam masyarakat Melayu. Namun begitu,
selepas Parti Perikatan memenangi pilihan raya yang pertama, Jawatankuasa Razak
telah ditugaskan untuk meneliti semula dasar pendidikan negara, akhirnya keputusan
telah membawa kepada 2 jenis sekolah iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum
di peringkat rendah dan menengah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai
bahasa pengantar tanpa menyekat bahasa dan budaya bangsa lain. Pada tahun 1961,
Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan syor-syor Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960. Tahun demi tahun pelbagai penambahbaikan telah
dibuat bagi memastikan perpaduan sejagat bagi seluruh rakyat Malaysia.
4.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
PPPM telah merancang 11 anjakan yang bakal dilaksanakan dalam lapangan
pendidikan demi masa depan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia tanpa mengira
bangsa, agama dan budaya. Salah satu anjakan yang memperlihatkan isu-isu ras dan
etnik bagi meningkatkan perpaduan adalah anjakan 3 iaitu melahirkan rakyat
Malaysia dengan penghayatan nilai. Di dalam anjakan ini, terdapat 3 strategi yang
bakal dilaksanakan iaitu memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moran dan
Sivik menjelang 2017, membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform. Seterusnya adalah
mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan
12
etnik dan sosioekonomi. RIMUP merupakan satu program untuk perpaduan yang
dijalankan di peringkat sekolah dan bermatlamat untuk melahirkan persefahaman
antara murid dalam pelbagai kaum di peringkat sekolah.
4.3 Wawasan 2020
Dasar ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Beliau merancang Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju
menjelang tahun 2020. Lantaran itu, beliau telah menyasarkan 9 cabaran yang perlu
ditempuh bagi mencapai sebuah negara maju berdasarkan corak Malaysia sendiri.
Kemajuan yang diidamkan bukanlah hanya berlandaskan ekonomi sahaja malahan
merangkumi aspek sosial, politik, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Antara
sembilan cabaran yang telah direncanakan, salah satu daripadanya adalah membina
bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dalam cabaran ini, kerajaan berharap dapat
mewujudkan rakyat yang berbilang kaum dan memiliki matlamat yang sama dalam
menjadikan Malaysia sebuah negara aman, bekerjasama antara kaum dan sebagainya.
Lantaran itu, kerajaan telah melaksanakan Program Khidmat Negara bagi setiap
pelajar lepasan sekolah tanpa mengira bangsa dan agama untuk melahirkan semangat
patriotik dan perpaduan.
5.0 Penutup
Setelah memerhatikan sistem perpaduan yang dilaksanakan oleh kerajaan, jelas
menunjukkan kerajaan sentiasa memberi komitmen dalam memastikan nilai
perpaduan, kerohanian dan keamanan diperolehi oleh setiap rakyat tanpa mengira
13
bangsa, agama dan budaya. Walaupun berlaku peristiwa-peristiwa yang berbaur
perkauman sejak dulu lagi, namun keamanan masih dapat dicapai sehingga kini.
Menerusi pendapat guru-guru dan juga tenaga pengajar yang lain, mereka
menyuarakan pendapat dan perasaan mereka menerusi lapangan pendidikan. Teknik-
teknik dan kaedah yang digunakan beserta dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
kementerian sedikit sebanyak mampu memberi input kepada pelajar apa itu erti
perpaduan. Kanak-kanak dan pelajar adalah satu zaman yang mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir luar, yang mana membolehkan mereka cenderung dengan isu-isu
perkauman dan agama.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penggubalan dasar dilakukan dengan
menitikberatkan pelbagai aspek, daripada etnik, bahasa, agama, budaya dan struktur
sekolah. Dari tahun ke tahun, kerajaan sentiasa membuat kajian semula, penelitian
bagi memastikan apa yang dilaksanakan mencapai suara rakyat.
14
6.0 Rujukan
Puan Hamidah Zakaria, guru Sejarah SMK Bukit Sentosa 2, Rawang, Selangor.
Cik Afhzan Zainal, tutor Pusat Tuisyen L&L dan bekas pelajar SMJK Yuk Choy, Ipoh
Cik Nur Azean Abdul Rahim, guru Pengajian Am Maktab Sultan Abu Bakar, Johor.
Cik Saqila Nur Syuhada Abd Hamid, bekas pelajar SMJK Yuk Choy, Ipoh
Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hindraf. (t.t). Wikipedia. Diakses daripada http://en.wikipedia.org/wiki/HINDRAF pada 30 Oktober 2013.
Peristiwa 13 Mei. (t.t). Wikipedia. Diakses daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei pada 30 Oktober 2013.
Peristiwa Kampung Medan. (t.t). Wikipedia. Diakses daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Kampung_Medan pada 30 Oktober 2013.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Zaid Ahmad, Ho. H.L, Gill. S. S, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee. Y.F, Nazri Muslim, Ruslan Zainuddin. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
15