Download - Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA

Transcript

Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA (Programme For International Students Assessment)

Salam.Sebenarnya lama dah berhajat nak tulis tentang entri di atas. Akibat kesibukan, ianya sentiasa berada dalam status 'draf'. Pada mulanya tajuk entri "Status Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara", tak manis dibaca dan siapalah kita nak hentam sistem pendidikan negara sendiri. Walau apa-apapun, yang pentingnya maklumat dalam entri ini dapat dikongsi bersama.

Laporan terkini PISA

Pencapaian Pelajar Malaysia lebih tinggi dalam matematik tetapi menurun dalam keupayaan membaca dan kemahiran sains, merujuk kepada laporanProgramme for International Student Assessment (PISA)yang telah dikeluarkan awal Disember tahun lepas.Keputusan laporantersebut menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.PISAadalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan olehOECD(Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.PISAtelah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaianPISA 2012yang telah diumumkan:NEGARAMATEMATIKSAINSMEMBACA

Singapura573551542

Vietnam511528508

Thailand4274414441

Malaysia421420398

Indonesia375382396

Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsaOrganisation for Economic Cooperation and Development(OECD)yang melibatkan 510,000 pelajar berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia.Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi pelajar kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).Walaupun pelajar Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor purata bagi negara-negaraOECD.Jadi apakah tindakan susulan Kementerian Pendidikan untuk mengatasi keadaan di atas? Ini termasuklah dasar dan agenda kementerian yang telah diperkenalkan seperti di bawah: Transformasi Kurikulum (KSSR & KSSM) Program i-THINK Kajian Susulan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Task Force PISA dan TIMSS

Read more:http://kopibiarpekat.blogspot.com/2014/05/status-pencapaian-malaysia-dalam-pisa.html#ixzz3SBk6Vhf5