Download - Surat Pohon Bus

Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KAYAMAN02450 BUKIT KETERI, PERLIS.

TEL: 04-9384393, FAKS: 04-9384390Ruj. Kami :Ruj. Tuan :Tarikh : 20 Mei 2015

Syarikat Bintong Ekspres Sdn. BhdNo. 22, Wisma Bintong,Jalan Sekolah Derma,01000 Kangar,Perlis.

Tuan,

MEMOHON MENYEWA BUS EKSPRES PADA 12 HINGGA 14 JUNE 2015.

Segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami ingin menyewa bus dari syarikat tuan bagi tujuan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur dan Melaka pada tarikh tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya syarikat tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami itu.

Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah kami sanjung tinggi dan ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

............................................(MOHD NADZRI BIN JAFAR)Guru Penolong Kanan PentadbiranSekolah Kebangsaan Dato Kayaman.