FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF2803SMP
TUGASAN 1 (T1A1)
TAJUK TUGASAN :
KAJIAN DOKUMEN : ADAT RESAM PERKAHWINAN KAUM IBAN
NAMA : SAJIDIN BIN JAIS
NO. ID PELAJAR : 781218135077001
NO.KAD PENGENALAN : 781218-13-5077
EMAIL : [email protected]
NO. TELEFON BIMBIT : 013 - 8045077
NAMA TUTOR : -
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
BATU 9½, TAMAN PRINCESS
JALAN KUCHING – SERIAN
KUCHING, SARAWAK.
SEMESTER MEI 2013
1
1.0 PENGENALAN
Di Malaysia terdapat pelbagai kebudayaan dari pelbagai kaum. Di Sarawak
contohnya, mempunyai pelbagai kaum dari etnik yang berbeza. Antara kaum yang terdapat di
Sarawak adalah seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kenyah dan banyak lagi.
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000
iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak .Mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah
Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di
bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan
kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan
sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah
berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan
perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat iban pada
hari ini menerima agama Kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih
mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang unik.
Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan
pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap
di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang
diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan aspek utama dalam kehidupan
mereka iaitu perkahwinan.
2
2.0 PENDAHULUAN
Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan
yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban,
usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang
sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur
khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah
perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat
perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri
ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau
keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota
keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan
harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa
peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang,
bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.
3.0 MERISIK
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.
Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan
bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali
sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan
ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.
3
4.0 MEMINANG DAN BERTUNANG
Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai
dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang
berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat
pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah
pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu
tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian
wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan
jiran tetangga.
5.0 MAJLIS PERKAHWINAN
Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak
keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan
kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan
termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang
tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan
kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi
perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna
perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan
tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab
membuka simpulan tali itu setiap hari.
4
Majlis perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, beratus-ratus orang tetamu
yang akan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Pada masa dahulu, para
wakil akan membawa tali bersimpul ( temuku tali ), satu simpulan menandakan satu hari di
antara hari pengataran jemputan dengan hari perayaan. Setiap simpulan dibuka atau
dipotong untuk setiap hari yang berlalu.
Semasa rombongan pengantin lelaki hampir sampai di rumah pengantin perempuan ,
satu upacara diadakan iaitu upacara bertanyakan petanda ( Nanya ka Burong). Rombongan
pengantin lelaki ini akan ditemukan dengan wakil pengantin perempuan . Kedua-dua
rombongan tersebut berjumpa di pekarangan rumah panjang. Rombongan lelaki akan ditanya
jenis petanda yang mereka temui semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan.
Sekiranya terdapat petanda buruk ditemui upacara penawar mesti dilakukan dan selepasa
upacar penawar dilakukan rombongan tersebut barulah boleh naik dengan diiringi dengan
bunyi pukulan gong dan di kaki tangga, ayah pengantin lelaki akan mengorbankan seekor
babi sembahan . Di atas tangga yang teratas sekali terdapatnya dulang yang berisi seketul
batu dan air iaitu merupakan penawar petanda burung dan tangal ( sakang ) . Di mana setiap
ahli rombongan yang naik akan membasuh kaki mereka dengan memasukkan sebelah kaki
mereka ke dalam dulang tersebut.
Selain itu.pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah
panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu
sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut
jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul
gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan
dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian
5
tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa
menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang
akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka
yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa
membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.
Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik
pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan
hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa
berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua
kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis
air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan
beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di
rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini
dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas
makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur
galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas
tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan
hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras
yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu.
Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka.
Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian
yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran
6
memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing,
bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki
pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak
haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa
pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat
berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang
setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak
lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan
sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama
mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.
Seterusnya, upacara membelah pinang dilakukan iaitu buah pinang tersebut telah
dibelah kepada tiga, lima atau tujuh ulas. Kemudian buah pinang tersebut akan disimpan di
dalam bakul selok dan diselimuti dengan Pua Kumbu. Buah pinang tersebut adalah
merupakan gambaran cahayamata pasangan pengantin tersebut.Selain itu, upacara membelah
pinang atau mengulang pinang turut dijalankan yang mana, pecahan pinang itu akan
menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian
seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan
mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut
akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi.
Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya
tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan
mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang
sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang
7
pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan
juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan
memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang
jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan.
Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.
Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan
akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh
disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu Kemudian beberapa
orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam untuk membiau mereka
berdua , yang bertujuaan untuk memohon agar dewa memberkati mereka berdua. Pasangan
ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang
dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya
kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil
darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan
dan minum.
Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di
rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri,
mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang
bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang
tersendiri sama ada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat
sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.
8
Top Related