7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
1/30
4 - 1
4.0 Pengetahuan dan Kemahiran Asas Seni Dalam Pendidikan
4.1Seni Visual
4.1.1 Pengenalan Konsep Asas Seni Visual
Kurikulum PSV sekolah rendah merangkumi empat bidang kegiatan iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan
dan mengenal kraf tradisional (rujuk Rajah 4.1). Murid dilatih untuk melihat
subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik
mahupun gunaan. Melalui kefahaman tersebut, murid akan dapat membuat
pemahaman mengenai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.
Rajah 4.1:Pengetahuan Asas dalam Pendidikan Seni Visual
PENGETAHUAN ASAS
PEND. SENI VISUAL
Empat Bidang
Kegiatan
Menggambar
Membuat Corak &
Rekaan
Membentuk &Membuat Binaan
Mengenal Kraf
Tradisional
Asas Seni Reka
Unsur Seni Reka
Prinsip Seni Reka
Struktur Rekaan
TAJUK 4
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
2/30
4 - 2
4.1.2 Asas Seni Reka-Unsur Seni dan Prinsip Rekaan
Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam
komposisi sesuatu karya seni visual.
i. Garisan
ii. Jalinan
iii Rupa
iv Bentuk
v. Ruang
vi. Warna
Garisan
Garisan merupakan cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu adalah unsur yang terpenting dalam
kerja melukis dan menggambar. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat
mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran
bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan boleh jadi
dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, purtus-putus, bergerigi, beralun,
zig-zagdan lain-lain lagi. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,
membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan
boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan,teknik tampalan, teknik kolaj, gosokan, cetakan dan capan (rujuk
Rajah 4.2).
Rajah 4.2 :Garisan
Rupa
Rupa mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan
mengelilinginya. Rupa bersifat dua dimensi (tidak berjisim) dan
merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan
permulaannya. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat
leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua iaitu rupa organik dan rupa
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
3/30
4 - 3
geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai,
tidak menentu dan bersifat dominan. Rupa geometri yang terikat
dengan bentuk yang khusus seperti bulat, empat segi, kun, kubus,
selinder, empat segi bujur, dan piramid yang boleh dihasilkan
berbantukan alat geometri (rujuk Rajah 4.3).
Rajah 4.3 : Rupa
Bentuk
Mempunyai struktur jisim, isi padu dan berbentuk tiga dimensi. Bentuk
dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi
yang terdiri daripada dua jenis iaitu bentuk ilusi (maya) dan bentuk
konkrit. Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto,
illustrasi dan lukisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar
dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua
dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau
berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh bentuk
konkrit ialah seperti bakul, bola, durian, bangunan, dan manusia (rujuk
Rajah 4.4).
Rajah 4.4 : Bentuk
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
4/30
4 - 4
Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu objek sama ada kasar, halus atau kesat. Jalinan dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.
Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang
tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis
iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.Jalinan tampak adalah jalinan
yang dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi yang
terdiri daripada gambar, slaid, bill-board, paparan jalan, simbol dan
logo. Oleh sebab jalinan tampak dalam bentuk gambar, kita tidak
dapat merasai jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh
dapat dirasa kerana ia bersifat maujud dan sifatnya tiga dimensi
seperti kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, dan buah-buahan (rujuk
Rajah 4.5).
Rajah 4.5 : Jalinan Tampak
Ruang
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan
kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Ruang merupakan
kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek yang menggambarkan
aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi,
atau di atas. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan
menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang
dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
5/30
4 - 5
Warna
Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru
dan kuning. Ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu yang
dapat dihasilkan daripada percampuran dua warna asas. Warna tertier
terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder (rujuk Rajah 4.6).
Rajah 4.6 : Roda Warna
4.1.3 Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan terdiri daripada:
i. Imbangan
ii Harmoni
iii. Kontra
iv. Penegasan
v. Pergerakan
vi. Kepelbagaaian
vii. Kesatuan
Harmoni
Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau
ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.
Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian
pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
6/30
4 - 6
menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang (rujuk Rajah
4.7).
Rajah 4.7 : Harmoni
Kontra
Keadaan ini berlaku apabila satu daripada unsur-unsur seni
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ianya
bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah
karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi
kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan
dengan rupa, garisan, bentuk dan warna (rujuk Rajah 4.8).
Rajah 4.8 : Kontra
Penegasan
Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada
pemerhatian tampak. Penegasan berfungsi sebagai daya penarik,
pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan
lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan
kelainan (rujuk Rajah 4.9).
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
7/30
4 - 7
Rajah 4.9 : Penegasan
Imbangan
Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti,
sama kecerahan warna , sama padan dan sama gaya penampilan.
Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan
imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan
ruang dalam sesuatu hasil karya (rujuk Rajah 4.10).
Rajah 4.10 : Imbangan
Pergerakan
Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, dan bersinar-sinar. Pergerakan
bertujuan untuk memberi `nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni
tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan,
rupa dan ruang.
Kepelbagaian
Sesuatu komposisi karya akan mengujudkan satu keadaan yang
terdapat penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza,
susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
8/30
4 - 8
berbeza saiznya. Ketidakseragaman ini mempelbagaikan elemen
atau prinsip yang digubah dalam karya.
Kesatuan
Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,
berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya.
Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat
mewujudkan keseragaman atau kesatuan.
4.1.4 Bidang Kegiatan Seni visual di Sekolah Rendah
Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
terdiri daripada:
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
Mengenal Kraf Tradisional
Menggambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek
melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknikdengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya
ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.
Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah
kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman
sedia ada murid untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan
berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara
ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan murid dari
aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi
dan psikologi pelajar (rujuk Rajah 4.11).
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
9/30
4 - 9
Rajah 4.11 : Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakandalam bilik darjah
Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti
binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik
dan cara.
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat
secara terkawal atau bebas, Seringkali corak boleh didapati daripada:
i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan
haiwan.
ii. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan
gunting.
iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
10/30
4 - 10
Terdapat pelbagai jenis susunan dalam membuat corak. Antaranya
ialah penuh, turun separa, sisik ikan siku keluang, orgee, batu bata
dan banyak lagi. Dalam penghasilan corak, terdapat dua teknik iaitu
teknik terancang (rujuk Rajah 4.12) dan teknik tidak terancang (rujuk
Rajah 4.13).
Corak Terancang
Lukisan
Catan
Cetakan
Capan
Lipatan dan guntingan
Resis
Kolaj
Kaligrafi
Corak Tidak Terancang
Titisan
Renjisan
Ikatan dan celupan
Tiupan
Pualaman
Lipatan
Tarikan
Rajah 4.12 : Ikat dan celup
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
11/30
4 - 11
Rajah 4.13 : Pualaman
Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan
sesuatu model. Bidang kegiatan ini juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini
memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara aktif dengan alat
dan bahan.
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisonal boleh didefinisi sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-
temurun mengikut kaum masing-masing. Dalam bidang ini pelajar
diberi pendedahan untuk mengenal pelbagai jenis kraf (rujuk Rajah
4.14 dan Rajah 4.15).
Jenis-jenis Kraf Tradisional
Alat domestik
Alat permainan
Alat mempertahankan diri
Alat perhiasan diri
Batik
Seni tekat
Tembikar
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
12/30
4 - 12
Anyaman
Tenunan
Rajah 4.14 : Batik Tulis
Rajah 4.15 :Anyaman
Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh
murid semasa berada di alam persekolahan. PSV merupakan satu mata
pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk
mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya mendalami seni visual
mengikut disiplin yang betul dan sistematik. Pelajar yang sedemikian pada
jangka panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai
citarasa seni yang tinggi dan kreatif.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
13/30
4 - 13
4.2 Seni Muzik
4.2.1 Pengenalan kepada pengetahuan asas konsep muzik
Muzik merupakan sejenis seni yang dibentuk berdasarkan
organisasi bunyi dalam masa (Kamien, 2008). Komponen
teras dalam bunyi muzik terdiri daripada pic, irama, dan
warna ton. Keupayaan muzikal termasuk sensitiviti pada bunyi
(memproses rangsangan auditori dari segi pic, irama, dan
warna ton yang mempengaruhi kehidupan seharian);
mengenal, menghasil, dan mengeluarkan semula pic, irama,
dan warna ton untuk mencipta, menyanyi, dan bermain alat
muzik; membentuk perkaitan auditori antara pelbagai bunyi,
pic, irama, dan warna ton yang diperdengarkan; apresiasi
struktur muzik; serta kepekaaan kepada corak auditori
(kebolehan menggunakan elemen muzik untuk
menyampaikan idea, emosi, dan konsep) [Gardner, 2004].
Terdapat tujuh konsep muzik asas dalam Pendidikan Muzik
(rujuk Rajah 4.16).
Rajah 4.16: Konsep Muzik
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
14/30
4 - 14
Irama
Irama merujuk kepada organisasi muzik mengikut masa. Irama mempunyai
bit iaitu denyutan/detik yang berulang secara berterusan yang
membahagikan muzik dalam unit masa yang seimbang. Irama juga
mempunyai meter. Meter ialah organisasi bit dalam himpunan tertentu
berasaskan tekanan kuat dan lembut berdasarkan corak irama corak tertentu.
Contohnya corak irama yang dihasilkan dalam meter empatan (rujuk Rajah
4.17).
Rajah 4.17: Contoh corak irama
Irama juga mempunyai tempo. Tempo merujuk kepada kelajuan sesuatu bit.
Sebuah lagu boleh dimainkan dengan tempo cepat atau lambat. Tempo cepat
boleh dikaitkan dengan perasaan yang bertenaga dan memberangsangkan
manakala tempo lambat boleh dikaitkan dengan mud yang tenang, dan sugul.
Melodi
Melodi ialah bunyi muzik yang berturut-turut atau satu siri ton muzik yang
digabungkan untuk mewujudkan sesuatu melodi yang menyeluruh. Melodi
mempunyai pic. Pic merujuk kepada tinggi dan rendah sesuatu bunyi yang
boleh dihasilkan oleh alat muzik ataupun suara. Pic tinggi dan rendah boleh
dinotasikan dalam skor muzik (rujuk Contoh muzik 4.1)
Contoh muzik 4.1: Pic rendah dan tinggi
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
15/30
4 - 15
Setiap melodi akan bermula, bergerak, dan berakhir mempunyai haluan,
bentuk dan kesinambungan. Melodi boleh bergerak secara menaik,
menurun atau secara pendulum(undulating) yang boleh dinotasikan dalam
skor muzik (rujuk Rajah 4.18).
Rajah 4.18 : Pergerakan Melodi
Ekspresi (Dinamik dan Mud)
Ekspresi dinamik dalam muzik merujuk kepada kekuatan atau kelembutan
bunyi dalam sesuatu lagu. Misalnya sesuatu lagu boleh dimainkan dengan
dinamik kuat, lembut, semakin kuat dan semakin lembut. Istilah dan isyarat
tertentu digunakan untuk menandakan dinamik dalam lagu (rujuk Rajah
4.19). Ekspresi mud pula merujuk kepada mud sesebuah lagu yang boleh
dimainkan secara ceria, gembira atau sedih.
Rajah 4.19: Istilah dan isyarat dinamik yang digunakan dalam lagu
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
16/30
4 - 16
Bentuk
Bentuk lagu merujuk kepada jumlah bahagian atau babak sesuatu karya
muzik. Misalnya bentuk binari dalam sebuah lagu mengandungi dua
bahagian (A dan B) Contohnya lagu Its a small world.
Bahagian A
It's a world of laughter, a world of tears
It's a world of hopes and a world of fears
There's so much that we share that it's time we're aware
It's a small world after all
Bahagian B
It's a small world after all
It's a small world after all
It's a small world after all
It's a small, small world
Bentuk ternari dalam sebuah lagu mengandungi tiga bahagian (A B A),
misalnya lagu Putera Puteri.
Harmoni
Harmoni wujud apabila lebih daripada satu pic dibunyikan pada masa yang
sama. Misalnya dua atau lebih pic dibunyikan atau dimainkan pada masa
yang sama; atau dua atau lebih melodi dibunyikan atau dimainkan pada
masa yang sama. Contohnya nyanyian koir yang mempunyai dua padu suara
atau empat padu suara. Contoh harmoni yang boleh dihasilkan ialah melodi
dengan dron (pic yang sama diulangi di sepanjang lagu); melodi dan bordun
(dua pic iaitu doh dan soh diulangi di sepanjang lagu); dan melodi dan
ostinato (corak melodi atau irama yang diulangi di sepanjang lagu).
Warna Ton
Warna ton ialah kualiti bunyi yang dihasilkan daripada alat muzik untuk
membezakan sesuatu alat muzik dengan yang lain. Misalnya kualiti ton
trumpet berbeza daripada gitar, suara kanak-kanak dan dewasa, ketukan
batu dan kayu, salakan anjing dan ngauman harimau. Perbezaan warna ton
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
17/30
4 - 17
dikenali sebagai timbre. Warna ton boleh dihuraikan sebagai gelap atau
terang. Timbre yang berbeza mewujudkan impak emosi yang berbeza.
Misalnya bunyi dram bes adalah gelap manakala bunyi kerincing adalah
terang.
Bunyi berwana gelap Bunyi warna terang
Tekstur
Tekstur merujuk kepada lapisan melodi yang dihasilkan dalam sesuatu karya.
Tekstur monofonik mengandungi satu baris melodi. Misalnya sebuah lagu
yang dimainkan oleh alat muzik trumpet secara solo. Tekstur homofonik
terdiri daripada lapisan melodi dan kord. Misalnya melodi yang dimainkan
dengan iringan kord pada alat muzik kibod. Tekstur polifoni terdiri daripada
beberapa lapisan melodi yang dimainkan serentak. Contoh permainan
ensembel gamelan yang melibatkan penghasilan melodi oleh alat muzik
saron, bonang, gambang secara serentak dan diringi dengan gendang alat
muzik penanda masa.
4.2.2 Pengenalan kepada konsep muzik asas melalui metodologi
Muzik Bunyi-Bunyian
Muzik Bunyi-Bunyian merupakan muzik eksperimental yang
dipelopori oleh Prof. Tan Sooi Beng pada tahun 1989. Objektif Muzik
Bunyi-Bunyian ialah untuk menunjukkan bahawa muzik adalah
sejagat dan boleh dihasilkan oleh sesiapa pun tanpa pembelajaran
muzik formal dan kebolehan bermain alat muzik; mewujudkan
kepekaan bahawa muzik boleh dihasilkan dari bunyi persekitaran
dengan menggunakan objek harian, anggota badan dan suara; dan
menggalakkan kreativiti dalam ciptaan muzik (Tan, 2008).
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
18/30
4 - 18
Pengajaran dan pembelajaran Muzik Bunyi-Bunyian berpusatkan
pelajar dan dikendalikan melalui pelbagai sudut kecerdasan
berasaskan teori kecerdasan pelbagai Gardner. Langkah
pengendalian sesi Muzik Bunyi-Bunyian pada lazimnya bermula
dengan aktiviti pemanasan dan diikuti dengan pengenalan topik
ataupun identifikasi masalah, penerokaan secara hands-on, aktiviti
dinamik kumpulan, persembahan pemahaman, dan sesi penilaian.
Dimensi pengendalian sesi P&P Muzik Bunyi-Bunyian
mengutamakan penerokaan hands-on dengan media untuk
pembelajaran konsep muzik, pelaksanaan aktiviti pembelajaran yang
dikaitkan dengan hasil ciptaan pelajar, pembelajaran dan
perkembangan berterusan untuk mengukuhkan konsep seni muzik,
pembelajaran secara kolaboratif, persembahan untuk menunjukkan
pemahaman.
Contoh : P&P konsep asas muzik (unsur corak irama, pic, warna
ton, dinamik, dan tempo) berdasarkan metodologi Muzik Bunyi-
Bunyian
Langkah 1. Aktiviti memanaskan badan dalam bentuk permainan.
Misalnya permainan irama Cap Cili Cap. Dalam permainan ini,
kanak-kanak dikehendaki menyebut satu perkataan dalam frasa ayat
cap cili cap cili cap, cap cap semasa gilirannya berdasarkan corak
irama berikut.
Langkah 2. Pemudah cara menunjukkan cara menghasilkan
unsur-unsur muzik seperti corak irama, pic tinggi dan rendah, warna
ton yang berbeza, dinamik kuat dan lembut, dan tempo cepat dan
lambat dengan menggunakan objek harian (botol dan sudu). Sesi ini
disusuli dengan demonstrasi cara untuk mengaturkan unsur-unsur
muzik tersebut untuk menghasilkan sebuah karya muzik.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
19/30
4 - 19
Langkah 3. Kanak-kanak mengeksperimen cara menghasilkan
satu corak irama dengan menggunakan objek harian dan
memainkannya pada pic dan warna ton yang berbeza untuk
menunjukkan pemahaman (rujuk Gambar foto 4.1).
Gambar foto 4.1: Penerokaan unsur muzik menggunakan
bahan bukan muzikal
Langkah 4. Setelah menguasai kemahiran tersebut, setiap
kumpulan cuba untuk menghasilkan sebuah karya secara
kolaboratif dengan mengaplikasi semua unsur muzik (corak
irama, pic tinggi dan rendah, warna ton yang pelbagai, dinamik
kuat dan lembut, tempo cepat dan lambat) yang dipelajari(rujuk Gambar foto 4.2).
Gambar foto 4.2 :Penghasilan muzik secara kolaboratif
Langkah 5. Pelajar dari setiap kumpulan mempersembah
hasil karya masing-masing kepada rakan dan pemudah cara
untuk mendapat maklum balas yang konstruktif.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
20/30
4 - 20
Langkah 6. Pelajar membuat refleksi mengenai aktiviti
yang dilaksanakan
Cadangan aktiviti susulan
i. Memindahkan unsur muzik yang diaplikasi pada objek harian
ke anggota badan untuk menunjukkan pemahaman
pembelajaran. Mengeksperimen dengan anggota badan
secara hands-onuntuk menghasilkan pelbagai perkusi badan
(menghentak kaki, menepuk tangan, peha, dada, lengan
tangan, dan punggung, menggelongsor, atau melompat)
dengan mengaplikasikan unsur muzik yang dipelajari seperti
corak irama, pic, warna ton, dinamik dan tempo (rujuk Gambar
foto 4.3).
Gambar foto 4.3: Perkusi badan
ii. Memindahkan unsur-unsur muzik yang diaplikasi pada objek
harian ke suara vokal. Misalnya, menghasilkan satu siri bunyi
vokal berirama untuk menggambarkan sebuah mesin.
Persembahan bunyi vokal boleh diiringi dengan pergerakan
berirama.
iii. Memindahkan unsur-unsur muzik yang dipelajari pada alat
perkusi tidak berpic seperti kerincing, kastenet, loceng dan
kayu tik tok untuk mengiringi lagu. Misalnya memainkan laguBermain dengan menggunakan kastenet dan loceng
berdasarkan corak irama dan dinamik tertentu (rujuk Contoh
muzik 4.2)
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
21/30
4 - 21
LAGU BERMAIN
Ra-mai ka-wan ka wan da-tang Ma- in ber- sa- ma
Contoh muzik 4.2: Permainan alat perkusi mengiringi lagu
4.3 Pergerakan
4.3.1 Pengenalan kepada pengetahuan asas konsep pergerakan
Konsep asas pergerakan terdiri daripada 4 komponen (rujuk
Rajah 4.20). di bawah.
Rajah 4.20:Konsep Pergerakan
Bi- la pe-tang sa- ya ma- in Di pa- dang bo- la
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
22/30
4 - 22
Kesedaran Tubuh Badan
Kesedaran tubuh badan merujuk kepada apa yang dapat dilakukan oleh
tubuh badan kita. Dalam komponen ini terdapat lima elemen seperti bentuk
badan, imbangan, pemindahan berat badan, layangan dan satah.
i. Bentuk Tubuh Badan
Tubuh badan manusia dapat membentuk perlbagai bentuk
bergantung kepada kreativiti setiap individu. Tubuh badan dapat
dibentuk seperti bulat, tajam, besar dan bongkok (rujuk Gambar foto
4.4).
Bulat Besar Bongkok
Gambar foto 4.4: Bentuk
ii. Imbangan
Imbangan bermaksud keupayaan individu atau kumpulan
mengekalkan kestabilan melalui pelbagai anggota badan bagi tempoh
tertentu. Imbangan terbahagi kepada tiga iaitu imbangan atas perut,
imbangan sokongan belakang dan imbangan atas punggung (rujuk
Gambar foto 4.5).
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
23/30
4 - 23
Atas punggung Sokongan belakang
Gambar foto 4.5: Imbangan
iii. Pemindahan Berat Badan
Pemindahan berat badan berlaku apabila pusat graviti tubuh badan
dipindahkan dari satu posisi ke posisi yang lain. Contoh Imbangan
bangauimbangan skala (rujuk Gambar foto 4.6)
Imbangan Bangau Imbangan Skala
Gambar foto 4.6: Pemindahan berat badan
iv. Layangan
Layangan merupakan satu fasa apabila badan terapung di udara
tanpa sebarang sokongan (rujuk Gambar foto 4.7). Contoh: Lompat
bintang, lompat sambil memusing dan mendarat .
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
24/30
4 - 24
Gambar foto 4.7: Layangan
v. Satah
Satah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satah depan,
satah mendatar dan satah sisi. Satah depan (frontal plane)
merupakan dimensi abstrak yang membahagikan badan kepada dua
iaitu depan dan belakang. Satah mendatar (tranverse plane)
membahagikan badan kepada dua iaitu atas dan bawah. Satah sisi
(sagittal plane) membahagikan badan kepada dua iaitu sisi kanan dan
sisi kiri (rujuk gambar foto 4.8).
Satah hadapan
Gambar foto 4.8: Satah
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
25/30
4 - 25
Kesedaran Ruang
Kesedaran ruang merujuk kepada ke mana badan kita boleh bergerak.
Dalam komponen ini terdapat empat elemen iaitu lokasi, arah, aras danlaluan.
i. Lokasi
Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri
merupakan ruang yang dapat dicapai di lokasi setempat oleh
seseorang. Manakala ruang am pula merupakan ruang yang dilalui
apabila bergerak dari satu titik ke titik lain (rujuk Gambar foto 4.9).
Ruang diri Ruang diri Ruang diri
Ruang am Ruang am
Gambar foto 4.9: Ruang
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
26/30
4 - 26
ii. Arah
Arah menunjukkan pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke atas, ke
bawah, ikut jam, lawan jam, ke kiri dan ke kanan (rujuk Gambar foto
4.10).
Sumber: https://foresthoesengleng.wordpress.com/the-things-that-interest-me-most/gimrama/
Gambar foto 4.10: Arah hadapan, belakang, bawah, kiri, kanan
iii. Aras
Menunjukkan pergerakan aras tinggi, sederhana dan rendah (rujuk
Gambar foto 4.11).
Aras rendah Aras sederhana Aras tinggi
Gambar foto 4.11: Aras
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
27/30
4 - 27
iv. Laluan
Menunjukkan pergerakan sama ada lurus, pepenjuru, zig-zag,
melengkung dan spiral (rujuk Rajah 4.21).
Lurus Pepenjuru zig-zag melengkung spiral
Rajah 4.21: Laluan
Kualiti Pergerakan
Kualiti pergerakan merujuk kepada bagaimana pergerakan itu dilakukan
oleh tubuh badan kita. Kualiti pergerakan ditentukan oleh dua elemen iaitu
masa, daya dan aliran.
i. Masa
Masa merujuk kepada kelajuan atau rentak sesuatu pergerakan.
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat,
lambat, kawal-lambat dan serta merta.
ii. Daya
Komponen daya dalam kualiti pergerakan merujuk kepada jumlah
tenaga yang dihasilkan oleh otot untuk melakukan sesuatu
pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti
pergerakan dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan
keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.
Halus-ringan
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
28/30
4 - 28
Semasa bergerak bebas atau setempat, kualiti pergerakan
bersifat lembut, halus dan sensetif. Contoh : Burung
melayang, daun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Berat-kuat
Daya yang merujuk lakuan pergerakan yang tegas, kuat,
bertenaga dan pantas. Kualiti pergerakan seperti ini
memerlukan tenaga dan penggunaan otot yang kuat. Contoh
hentak kaki seperti gergasi, menolak kotak yang berat.
iii. Aliran
Aliran merupakan rangkaian beebrapa pergerakan berturutan,
berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan melalui
dua cara iaitu aliran bebas dan aliran terikat.
Aliran bebas
Pergerakan yang berterusaan dan tidak boleh diberhentikan secara
serta-merta. Contoh pergerakan menghayun kayu hoki, melonjak
dalam acara lompat jauh.
Aliran terikat
Pergerakan yang boleh diberhentikan pada bila-bila masa. Contoh :
berlari, jogging.
Hubungan
Hubungan pula merujuk kepada dengan apadan dengan siapa badan
kita bergerak. Dalam hubungan terdapat dua elemen iaitu interaksi dengan
objek dan interaksi dengan orang lain.
i. Interaksi dengan objek (rujuk Gambar foto 4.12)
Secara individu. Contoh : berdiri hadapan bangku,
mengelilingi kerusi, merangkak di bawah meja.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
29/30
4 - 29
Gambar foto 4.12: Merangkah di bawah meja
ii. Interaksi dengan orang lain (rujuk Gambar foto 4.13)
Secara berpasangan, berkumpulan kecil ataupun
berkumpulan besar. Contoh : mencermin, bayangan
Mencermin Bayangan / mengikut
Gambar foto : 4.13
4.3.2 Kemahiran Pergerakan Asas
Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu Lokomotor,
Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan (rujuk Jadual 4.1).
i. Lokomotor
Lokomotor merupakan perubahan tapak sokongan secara
mendatar dan menengak. Pergerakan ini terbahagi kepada
dua iaitu lokomotor beritma sekata, lokomotor beritma tidak
sekata.
7/24/2019 Tajuk 4-Modul SDP IPGM-PengetahuanKemahiranAsasSDP.pdf
30/30
Lokomotor beritma sekatapemindahan berat badan
dalam tempo yang sama. Contoh: Berlari, berjalan,
melompat, melonjak dan lompat sebelah kaki.
Lokomotor beritma tidak sekata pemindahan berat
badan terhadap satu atau lebih pergerakan dalam
tempo yang berbeza. Contoh : Mencongklang, berskip
dan menggelongsor.
ii. Bukan Lokomotor
Merupakan pergerakan yang melibatkan berat badan kekal di
tempat yang sama tetapi memusing di sekitar paksi mendatar
atau menegak. Pergerakan ini tidak mengubah tapak
sokongan. Contoh : Mengilas, mengimbang, meringkuk dan
meregang.
iii. Manipulatif Alatan
Kermahiran manipulasi alatan merujuk kepada keupayaan
seseorang memberi dan menerima daya daripada sesuatu
objek. Contoh : Membaling, menangkap, memukul,
menggolek, menggelecek, menendang, melantun, voli.
Jadual 4 1: Kemahiran Pergerakan Asas
Pergerakan Asas
Bukan Lokomotor: Lokomotor Manipulatif Alatan
Contoh: Contoh: Contoh:
Mengimbang Berjalan Melambung
Meregang Berlari Menyambut
Menolak Melompat Menghantar
Menghayun Menggelongsor (slide) Menyerap
Membongkok Skip Menggolek
Memusing Mengguling Menerusi
Merebah Mencongklang(gallop) Melantun
Meringkuk Melonjak (leap) Memukul