7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
1/23
TEKNIK MENJAWAB KERTAS
PENULISAN UPSR
Oleh : Cikgu Fizah,
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
2/23
TIGA BAHAGIAN YANG WAJIBDIJAWAB
BAHAGIAN A- MEMBINA LIMA AYATBERDASARKAN GAMBAR
-- 10 MARKAH
- MASA :15 MINIT
BAHAGIAN B-
TIGA SOALAN ( JAWAB SATU SOALANSAHAJA)- 30 MARKAH
- MASA : 40 MINIT
BAHAGIAN C- MENULIS LIMA NILAI
DALAM SATU PERENGGAN
-20 MARKAH
- MASA : 20 MINIT
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
3/23
BAHAGIAN A
1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkansituasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang
diberi.
2. Kenal pasti aktiviti atau kata kerja dalam gambar.
- Bulatkan gambar yang menunjukkan aktiviti / kata kerja /perbuatan
3.Teliti Bahan- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
4/23
4. Membina Ayat- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yangada pada bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.- Susun ayat mengikut keutamaan isi.
5. Menyemak Semula- Semak dengan membaca semula ayat.- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
5/23
CONTOH 1.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalamgambar di bawah.
1
2
34
5
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
6/23
WATAK AKTIVITI KETERANGANKenapa? sebab
Di mana? tempatApa? alat yang digunakan
Dua orangmurid
menggantung langsir tingkap yang baru.
Aminah menyapu sampah supaya kelas menjadi bersih.
Seorang murid menampal nota di bahagian hadapan kelas.
Fatimah mencuci tingkap menggunakan sehelai kain.
Siti menyusun kerusi danmeja
supaya kemas dan teratur.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
7/23
CONTOH 2.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam
gambar di bawah.
3
1
2
4 5
1. _________________ menghulurkan ___________ kepada _____________________________
2. Puan Ani _____________ wang daripada dompetnya untuk _____________________________
3. __________________ memerhatikan ________________ yang sedang _____________________
4. Encik Ali _____________ sebiji _______________ menggunakan __________________________
5. _______________________________________________________________________________
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
8/23
1
2
34
5
CONTOH 3.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di
bawah
WATAK AKTIVITI KETERANGAN
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
9/23
CONTOH JAWAPAN 3.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan akitiviti dalam gambar di
bawah1. Seorang murid lelaki membuang sampah ke dalam sebuah
tong sampah.
2. Abu makan di meja kantin pada waktu rehat bersama rakan-rakannya.
3. Murid-murid beratur di kantin untuk membeli makanan pada waktu rehat.
4. Stacy membeli makanan pada waktu rehat di sekolahnya.
5. Mila berjalan sambil membawa makanan menuju ke arah meja makan.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
10/23
PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C
Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkanbahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon adadiberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan,puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untukmembuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialahseperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan jugaPengajaran daripada rangsangan atau situasi yangdiberikan tadi.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
11/23
LANGKAH-LANGKAH MENJAWABBAHAGIAN C
1. Baca arahan dan petikan yang diberi
dengan teliti
2. Gariskan perkataan / rangkai kata / ayatyang menunjukkan nilai murni, amalan baik,
faedah atau pengajaran.
3. Kenal pasti nilai / pengajaran yang terdapatdalam ayat yang telah digariskan.
4. Tulis semula nilai murni / pengajaran /
amalan baik dengan memberi huraianberdasarkan ayat yang terdapat dalam petikan.
5. Tulis jawapan nilai / pengajaran / amalanbaik beserta
huraian dalam SATU PERENGGAN.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
12/23
Contoh Soalan.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Hassan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang
buta cuba hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Hassan segera
memimpin orang buta itu melintas jalan . Kemudian, Hassan ke seberang jalan
untuk menaiki bas.
Semasa hendak menaiki bas, Hassan rela beratur di belakang . Hal ini keranadia mahu memberi laluan kepada orang dewasa naik dahulu. Kemudian, barulah
dia menaiki bas itu.
Ketika berada di dalam bas, Hassan melihat seorang ibu tua berdiri terhuyung-
hayang. Hassan kasihan melihat ibu tua itu lalu memberikan tempat duduknya . Ibu
tua itu amat berbesar hati lantas mengucapkan terima kasih kepada Hassan.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
13/23
Contoh Soalan 1.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Hassan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang
buta cuba hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Hassan segera
memimpin orang buta itu melintas jalan (1). Kemudian, Hassan ke seberang
jalan untuk menaiki bas.
Semasa hendak menaiki bas, Hassan rela beratur di belakang (2). Hal inikerana dia mahu memberi laluan kepada orang dewasa (3) naik dahulu.
Kemudian, barulah dia menaiki bas itu.
Ketika berada di dalam bas, Hassan melihat seorang ibu tua berdiri terhuyung-
hayang. Hassan kasihan melihat ibu tua itu lalu memberikan tempat duduknya
(4). Ibu tua itu amat berbesar hati lantas mengucapkan terima kasih kepada
Hassan.(5)
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
14/23
Nilai Keterangan
prihatin memimpin / membantu orang buta melintas jalan
penyabar / berdisiplin rela beratur di belakang
menghormati memberi laluan kepada orang dewasa
belas kasihan / baik hati memberikan tempat duduknya
menghargai jasa mengucapkan terima kasih
TULISKAN JAWAPAN NILAI YANG LENGKAP DENGAN MENGGUNAKAN KATA BANTUBERIKUT :
M
mestilah
H
hendaklah
H
haruslah
P
perlulah
P
patutlah
Contoh jawapan.
Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah prihatin terhadap orang buta
yang hendak melintas jalan. Kita hendaklah berdisiplin dengan beratur ketikamenaiki bas. Kita haruslah menghormati orang dewasa dengan memberikan
laluan kepada mereka. Kita perlulah mempunyai sikap baik hati kepada ibu tua
yang memerlukan tempat duduk. Kita patutlah menghargai jasa dengan
mengucapkan terima kasih.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
15/23
Contoh jawapan yang mantap.
Antara nilai yang diperoleh ialah kita mestilah prihatin terhadap orang buta
dengan membantunya melintas jalan. Selain itu, kita hendaklah berdisiplin
dengan beratur ketika menaiki bas . Seterusnya, kita haruslah menghormati
orang dewasa dengan memberikan laluan kepada mereka untuk menaiki bas
terlebih dahulu. Di samping itu, kita perlulah mempunyai sikap baik hati
kepada ibu tua yang memerlukan tempat duduk seperti memberikan tempat duduk
kepadanya. Akhir sekali, kita patutlah menghargai jasa dengan mengucapkan
terima kasih kepada orang telah berbuat jasa kepada kita.
PENGGUNAAN PENANDA WACANA
A S S D A
Antara Selain itu Seterusnya Di samping itu Akhir sekali
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
16/23
Contoh Soalan 2.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, Azman segera memasang khemah. Azim pula
menguruskan aktiviti masakan. Kerja-kerja ini dilakukan dengan tolong-menolong sesama mereka.
Tengah hari itu, semua anggota pengakap menjamu selera bersama-sama. Masing-masing makan
dengan tenang walaupun tidak seselesa makan di rumah. Setelah makan, mereka membasuh pinggan
masing-masing. Kemudian, mereka menunaikan solat Zuhur di suatu kawasan lapang.
Tepat pukul 2.30 petang, mereka memulakan sesi kembara kendalian pihak pengurusan taman itu.
Laluan kembara ini amat mencabar. Namun begitu, mereka tidka merungut dan sentiasa mengikut arahan
jurulatih taman itu. Akhirnya, mereka tiba lebih awal daripada yang dijangkakan.
_____________________________________________________________________________________

17/23
Contoh Soalan 2.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh dalam petikan di bawah. Panjang jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, Azman segera memasang khemah.
Azim pula menguruskan aktiviti masakan. Kerja-kerja ini dilakukan dengan
1.tolong-menolong (bekerjasama) sesama mereka.
Tengah hari itu, semua anggota pengakap menjamu selera bersama-sama.
Masing-masing 2.makan dengan tenang (bersopan / tertib) walaupun tidakseselesa makan di rumah. Setelah makan, mereka 3.pinggan masing-masing
(berdikari). Kemudian, mereka 4.menunaikan solat Zuhur (taat / patuh perintah
Allah) di suatu kawasan lapang.
Tepat pukul 2.30 petang, mereka memulakan sesi kembara kendalian pihak
pengurusan taman itu. Laluan kembara ini amat mencabar. Namun begitu, mereka
5.tidak merungut dan sentiasa mengikut arahan(tabah menghadapi cabaran)
jurulatih taman itu. Akhirnya, mereka tiba lebih awal daripada yang dijangkakan.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
18/23
Contoh Soalan 3.
Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh dalam dialog di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Mazlan : Man, kamu hendak pasang langsir?. Biar saya tolong. Tapi elok hati-hati, bimbang terjatuh
sebab tangga tu licin.
Rosman : Terima kasih, Lan kerana ingatkan saya. Ha, sudah siap pun!. Cantik tak?
Mazlan : Wah, memang cantik, Man!. Tak sia-sialah tenaga dan wang ringgit kita menceriakan kelas
selama ini.
Rosman : Ini semua berkat pertolongan rakan-rakan kita. Tanpa sokongan mereka, harus kelas kita lapang
macam kelas usang, betul tak?.
Mazlan : Betul sangat tu. Tapi jangan lupa, kamu juga telah menjalankan tugas dengan baik. Kamu juga
tidak sombong dan ambil berat. Sikap inilah yang menjayakan tugas kita.
Rosman : Selepas ini nanti, saya akan belanja mereka semua.Mazlan : Jangan bimbang, Man. Saya pun boleh dermakan wabng untuk belanja mereka.
________________________________________________________________________________________

19/23
BAHAGIAN B
Terdapat tiga pilihan soalan . Hanya SATU
SOALAN sahaja yang WAJIB dijawab.
Bentuk soalan yang diuji
Karangan berformatumum
Keperihalan
Melengkapkan cerita Menyudahkan cerita Karangan fakta
Pengalaman
Karangan berformatkhusus
Surat kiriman rasmi / tidakrasmi
Laporan Berita Catatan Dialog
Ucapan / syarahan /ceramah
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
20/23
KARANGAN YANG MANTAPWAJIB ADA
PENDAHULUAN
- berigambaran
tentang apayang hendakdisampaikan
dalam
karangan- JANGAN
masukkan ISIdalam
pendahuluan.
ISI
- EMPAT isiutama
Isi -> huraian isi->perkembanganisi -> contoh
PENUTUP
-rumusan /
kesimpulan /harapan /nasihat
tentangkeseluruhankarangan
Sebelum menjawab pastikan
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
21/23
Sebelum menjawab, pastikananda membaca ketiga-tiga
soalan. Gariskan setiap katakunci yang terdapat dalam soalan
untuk memastikan format
karangan yang diuji sepertituliskan perbualan (dialog),
sebagai setiausaha anda dimintamelaporkan .. (laporan ),mulakan karangan anda.
(menyambung cerita) dansebagainya.
Pilih soalan yang mudah untukanda mengeluarkan isi / idea.
ELAKKAN memilih soalanberformat khusus jika anda tidak
tahu formatnya.
Catatkan / senaraikan rangkakarangan pada soalan yang telah
dipilih.
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
22/23
Contoh soalan.
Anda seorang pengawas yang ditugaskan di kawasan kantin. Ketika sedang
menjalankan tugas, anda terlihat seorang murid tahap satu yang menangis
akibat makanannya tertumpah akibat dilanggar.
Ceritakan tindakan anda untuk membantu murid tersebut.
CADANGAN IDEA.
- Sekiranya anda mendapat soalan berbentuk tindakan, pastikan perkara
berikut ada dalam karangan anda :
- menuju / berlari ke arah mangsa / suara / bunyi / kejadian
- memberikan bantuan awal
- perkembangan tindakan yang diberikan
- menelefon pihak berkenaan
7/30/2019 Teknik Menjawab Kertas Penulisan Upsr
23/23
Contoh soalan.
1. Pada musim sekolah yang lalu, anda sekeluarga telah pulang ke
kampung.
Ceritakan pengalaman anda sepanjang berada di kampung.
2. Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti
Minggu Bahasa. Sebagai setiausaha anda diminta untuk melaporkan
tentang aktiviti tersebut.
Tuliskan laporan anda selengkapnya.
3. Ketika berehat di rumah, kamu terdengar suara kanak-kanak menjerit.
Terangkan tindakan kamu.