1
TEKS UCAPAN
YANG DIMULIAKAN DATIN PADUKA HAJAH ADINA
BINTI OTHMAN
SELAKU
TETAMU KEHORMAT
BAGI
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINGEN NEGARA KE
6TH
ASEAN PARA GAMES
SOLO, INDONESIA
DEWAN DIGADONG
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
7HB DISEMBER 2011
2
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji-pujian bagi
Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta
pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir
zaman.
Yang Mulia,
Awang Haji Malik bin Haji Mohammad,
Pemangku Pengarah,
Jabatan Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis;
Yang Mulia,
Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos,
Setiausaha Tetap,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan;
Yang Mulia,
Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia
Dato Paduka Haji Hashim,
Pemangku Setiausaha Tetap,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan;
Yang Mulia,
Awang Haji Rosmadee bin Haji Daud,
Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
selaku Chef De Mission;
Yang Mulia,
3
Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan;
Para Atlit dan Jurulatih; Pegawai-Pegawai Pengiring
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala
kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya jua, kita dapat
bersama-sama pada petang ini di Majlis Penyerahan Bendera Negara
Brunei Darussalam kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam
yang akan menyertai Sukan Para ASEAN Kali Ke-6 yang akan
berlangsung di Solo, Indonesia mulai 11 hingga 21 Disember 2011.
Kita sedia maklum bahawa Sukan Para ASEAN pada lazimnya
diadakan selepas Sukan SEA dan pada kali ini dijangka kira-kira
2000 orang atlit berkeperluan khas akan mengambil bahagian. Saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada 25 orang atlit
berkeperluan khas yang telah dipilih untuk mewakili negara setelah
mengharungi beberapa saringan dan ujian yang telah disediakan
oleh Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan
Pembangunan Masyarakat. Pada kali ini Kontinjen Negara Brunei
Darussalam akan menyertai tiga acara sukan iaitu olahraga, catur
dan tenpin bowling.
Penyertaan atlit berkeperluan khas dalam sukan ini bukanlah
pengalaman yang baru. Namun atlit-atlit Negara Brunei Darussalam
telah mengharumkan nama Brunei dalam beberapa sukan peringkat
serantau dan antarabangsa. Dalam Sukan Para ASEAN di Thailand
pada tahun 2008, kita telah berjaya meraih 3 pingat emas, 4 pingat
4
perak dan 12 pingat gangsa. Pencapaian ini telah meningkat pada
tahun 2009 di Malaysia di mana Kontinjen Negara Brunei
Darussalam telah berjaya meraih 9 pingat emas, 5 pingat perak dan
7 pingat gangsa. Di peringkat Sukan Para peringkat Asia di
Ghuangzhou 2010, yang diakui adalah lebih hebat persaingannya,
Kontinjen Negara telah meraih 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
Di sukan Special Olympics yang khusus bagi orang kurang upaya
dari segi intelektual, Negara Brunei Darussalam juga cukup bangga
dengan pencapaian atlit-atlit kita yang berjaya meraih 3 pingat
emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa di Special Olympics World
Summer Games 2011, di Athens, Greece. Kejayaan-kejayaan ini
amat membanggakan dan dapat dicapai atas usaha gigih serta
ketekunan para atlit untuk menjalani latihan yang berterusan.
Dengan pencapaian ini, abiskita telah menunjukkan kepada orang
ramai bahawa atlit berkeperluan khas dapat mencapai
kecemerlangan di arena sukan jua.
Penyertaan orang berkeperluan khas dalam sukan memenuhi
keperluan United Nations Convention on the Rights of Persons with
Disabilities yang mana di antaranya menjamin hak orang
berkeperluan khas untuk bersukan dan beriadah. Orang
berkeperluan khas harus mempunyai akses kepada kemudahan
sukan dan riadah dan bagi negara kita, keperluan ini adalah
terjamin.
Walau bagaimanapun, pembangunan sukan bagi orang
berkeperluan khas memerlukan penglibatan bukan sahaja pihak
5
Kerajaan tetapi juga orang ramai. Dengan ini, saya amat mengalu-
alukan penubuhan satu Majlis atau Badan bukan Kerajaan yang
dapat menangani dan memajukan Sukan Orang Berkeperluan Khas.
Saya menyeru kepada orang ramai agar akan berusaha untuk
menubuhkan NGO ini akan dapat menjadi kenyataan.
Memang tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan dengan
pengorbanan, usaha yang gigih, tekun dan berdisiplin serta jangan
lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. Insya-Allah,
sekiranya semua ini kita tanamkan dalam hati dan melakukannya
bersungguh-sungguh, kita pasti akhirnya akan mampu
untuk meraih kejayaan.
Akhir sekali saya penuh yakin para atlit yang akan menyertai Sukan
Para ASEAN ini akan memberi saingan yang hebat. Harapan negara
terletak pada bahu abiskita. Dengan ini, kita sama-sama
mendoakan semoga atlit-atlit dan para pegawai yang menyertai
rombongan ini akan sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT jua,
sentiasa sehat sejahtera dan dapat mengambil bahagian dalam
acara yang disertai dengan memberikan saingan secara sehat dan
seterusnya mengharumkan nama negara dan pulang ke tanah air
dengan kejayaan.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.