TENDER TEMPATAN
DOKUMEN TENDER
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAH
PERALATAN-PERALATAN SOKONGAN UNTUK PENGUJIAN
SATELIT BAGI AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)
TENDER NO: AAN 005/2013/T
AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
JAUHILAH DARI AMALAH RASUAH KERAJAAN MALAYSIA
NO SIRI:
PETENDER DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI
KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM
DOKUMEN TENDER. PETENDER YANG MEMBUAT KESILAPAN
DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN
INI BOLEH MENYEBABKAN TENDER TERSEBUT TIDAK
DIPERTIMBANGKAN.
Page 2 of 105
KANDUNGAN
NO KANDUNGAN MUKA SURAT
1. SEKSYEN 1: ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PETENDER ........ 3
2. SEKSYEN 2: TERMA DAN SYARAT KONTRAK .......................................... 25
3. SEKSYEN 3: SPESIFIKASI TEKNIKAL ........................................................ 56
4. JADUAL 1: JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL ...................... 62
5. JADUAL 2: JADUAL PEMATUHAN HARGA ................................................. 70
6. JADUAL 3: BORANG TENDER ..................................................................... 72
7. JADUAL 4: JADUAL PENGHANTARAN ....................................................... 75
8. JADUAL 5: SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT .................... 76
9. JADUAL 6: MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PETENDER .................... 79
10. JADUAL 7: DATA-DATA KEWANGAN .......................................................... 82
11. JADUAL 8: LAPORAN BANK ........................................................................ 84
12. JADUAL 9: REKOD PENGALAMAN ............................................................. 86
13. JADUAL 10: MAKLUMAT MENGENAI PERALATAN YANG DIIMPORT ...... 87
14. JADUAL 11: SURAT AKUAN PETENDER .................................................... 94
15. LAMPIRAN i: SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL ........... 95
16. LAMPIRAN ii: SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN ...... 97
17. ANNEX 1: CONTOH SURAT NIAT ............................................................... 99
18. ANNEX 2: CONTOH SURAT SETUJU TERIMA ........................................ 101
19. ANNEX 3: CONTOH BORANG JAMINAN BANK ........................................ 104
Page 3 of 105
SEKSYEN 1
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PETENDER
A. PENGENALAN
1. Umum
1.1 Tender ini bertujuan untuk mempelawa petender yang berkelayakan
untuk menyertai tender MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI DAN
MENTAULIAH PERALATAN-PERALATAN SOKONGAN UNTUK
PENGUJIAN SATELIT (yang mana selepas ini akan disebut
Peralatan) bagi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).
1.2 Peralatan yang dikehendaki oleh ANGKASA adalah seperti yang
dinyatakan dalam Seksyen 3: Spesifikasi Teknikal dalam Dokumen
Tender.
1.3 Pelawaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma
yang telah ditetapkan apabila menyertai tender terbuka. Kegagalan
Petender untuk mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah
ini boleh mengakibatkan syarikat disenaraihitamkan.
1.4 ANGKASA berhak untuk menukar spesifikasi dan syarat-syarat dalam
tender untuk memperbetulkan ralat, kekurangan, percanggahan atau
perubahan dalam polisi.
1.5 Petender yang berjaya dikehendaki menyempurnakan pembekalan
dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Definisi
2.1 Dalam Dokumen Tender ini, perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut
hendaklah mempunyai erti seperti yang dinyatakan di bawah,
melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:
i. ANGKASA bermaksud Agensi Angkasa Negara, sebuah
agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
ii. Peralatan bermaksud semua item yang disenaraikan di
Seksyen 3: Spesifikasi Teknikal;
Page 4 of 105
iii. Petender bermaksud syarikat yang mengemukakan Cadangan
Tender;
iv. Dokumen Tender bermaksud dokumen ini dan semua Jadual
dan Lampiran yang dilampir bersama menerangkan spesifikasi
dan keperluan Kerajaan dan akan menjadi asas penyediaan
Kontrak;
v. Kerajaan bermaksud Kerajaan Malaysia dan hendaklah juga
termasuk di mana sesuai, Ketua Setiausaha Kementerian
Kewangan Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi, ANGKASA atau wakil yang diberi kuasa;
vi. Surat Setuju Terima bermaksud surat penerimaan tender yang
dikeluarkan oleh Kerajaan kepada Petender; dan
vii. Tapak bermaksud lokasi di mana Peralatan tersebut akan
ditempatkan.
2.2 Perkataan mufrad hendaklah meliputi jamak, dan jamak meliputi
mufrad, kecuali konteks mengkehendaki makna yang lain.
2.3 Tajuk adalah untuk kemudahan pemahaman sahaja dan tidak akan
menjejaskan tafsiran ini.
3. Syarat-Syarat Penyertaan
3.1 Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 100101 (Semua
Peralatan Sukatan/Ukuran). Salinan sijil pendaftaran dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dan dokumen-dokumen sokongan
yang berkaitan hendaklah dikemukakan dalam tawaran tender.
3.2 Petender mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP-enabled.
Petender perlu mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta
cadangan tawaran harga ke dalam sistem ePerolehan (Tawaran
yang tidak dihantar melalui sistem tidak akan diperakukan).
3.3 Sekiranya wujud sebarang percanggahan maklumat antara
maklumat dalam ePerolehan dengan salinan hardcopy, maka
maklumat dalam ePerolehan akan digunapakai. ANGKASA tidak
akan bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan cadangan
kewangan dan cadangan teknikal melalui sistem ePerolehan serta
Page 5 of 105
kegagalan menerima dokumen sokongan atau kehilangan borang-
borang berkaitan tender tersebut.
3.4 Peralatan yang ditawarkan hendaklah baru dan tulen serta tidak
pernah digunakan.
3.5 Adalah menjadi tanggugjawab Petender untuk meneliti Dokumen
Tender, termasuk semua jadual, borang, terma perjanjian dan
spesifikasi teknikal. Kegagalan untuk mengemukakan semua maklumat
yang dikehendaki atau tawaran tender yang tidak responsif dan
menepati terma dan syarat tender boleh mengakibatkan tawaran
tersebut tidak dipertimbangkan.
3.6 Tiada tuntutan berkaitan bagi bayaran tambahan atau pelarasan mana-
mana harga untuk Peralatan yang terkandung di dalam tender atau
harga kontrak keseluruhan atau pelanjutan tarikh siap atas alasan
maklumat tidak mencukupi atau tidak tepat atau kejahilan terhadap
obligasi kontrak akan dilayan.
4. Kos Penyertaan Tender
4.1 Kos penyertaan tender dan penyediaan dokumen tender adalah
ditanggung sendiri oleh Petender. ANGKASA tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.
5. Kerahsiaan
5.1 Dokumen Tender ini adalah SULIT dan Petender adalah diminta untuk
mematuhi syarat ini.
5.2 Dokumen Tender ini adalah hak milik Kerajaan dan tidak boleh
diterbitkan semula, disalin atau dipindahkan kepada mana-mana pihak
ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Kerajaan. Sebarang
percetakan / pengiklanan / penerbitan dalam mana-mana sumber
adalah dilarang sama sekali melainkan memperolehi kelulusan bertulis
daripada Kerajaan Malaysia.
6. Iklan dan Publisiti
6.1 Tiada maklumat berkenaan tender dan kontrak boleh disiarkan dalam
sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan/media massa
melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan
diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
Page 6 of 105
B. DOKUMEN TENDER
7. Pemeriksaan Dokumen Tender
7.1 Petender adalah bertanggungjawab untuk meneliti semua arahan,
jadual, terma, spesifikasi dan maklumat-maklumat lain yang tertera
dalam Dokumen Tender. Kegagalan untuk mengemukakan semua
maklumat sepertimana yang dikehendaki boleh mengakibatkan
Tawaran Tender tidak dipertimbangkan.
8. Penjelasan Dokumen Tender
8.1 Petender boleh meminta penjelasan dokumen tender atau perkara-
perkara yang berkaitan dengannya daripada Kerajaan dalam tempoh
empat belas (14) hari selepas taklimat tapak melalui surat, faks atau
emel menggunakan alamat seperti di Klausa 49. Sebarang pertanyaan
selepas tempoh ini tidak akan dilayan dan dijawab. Petender adalah
dilarang untuk mengemukakan pertanyaan kepada pihak lain.
8.2 ANGKASA akan berusaha memberi jawapan kepada setiap pertanyaan
dan jawapan tersebut akan dikemukakan kepada semua Petender yang
terlibat dalam penyertaan tender dengan syarat jawapan tersebut tidak
melanggar (infringe) hak milik (proprietory) Petender yang bertanya.
Dalam hal sedemikian, pertanyaan yang boleh menimbulkan rasa
tersinggung (offending) tidak akan dilayan.
8.3 Maklumat yang diperoleh secara tidak rasmi tidak boleh dijadikan
sebagai bahan sokongan bagi sesuatu cadangan yang dikemukakan,
melainkan bahan/maklumat berkenaan diperoleh secara rasmi
(permohonan bertulis kepada pihak Kerajaan).
8.4 Semua tawaran cadangan hendaklah mengambil kira penjelasan
bertulis yang dikemukakan oleh ANGKASA.
9. Perubahan Kepada Dokumen Tender - Addenda
9.1 Pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup tender, Kerajaan boleh, atas
apa-apa sebab, sama ada atas inisiatif sendiri atau sebagai respons
kepada penjelasan yang diminta oleh Petender, meminda Dokumen
Tender.
9.2 Sebarang pindaan pada Dokumen Tender akan dikemukakan secara
bertulis melalui faks atau emel kepada semua Petender yang membeli
Dokumen Tender. Petender dianggap telah memahami serta
Page 7 of 105
mengambil kira kandungan maklumat dalam penyediaan Cadangan
Kewangan dan Cadangan Teknikal.
9.3 Setiap adenda yang dikeluarkan akan menjadi sebahagian daripada
Dokumen Tender ini. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat di
antara addenda, addenda terkini akan diguna pakai.
C. PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER
10. Taklimat Tender (DIWAJIBKAN)
10.1 Petender yang ingin menyertai tender ini adalah diwajibkan untuk
menghadiri Taklimat Tapak pada tarikh, masa dan tempat seperti
berikut:
Tarikh : 9 Mei 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Fasiliti Kawalan Misi
Pusat Angkasa Negara
Lot 2233, Jalan Turi, Kg. Sg. Lang,
42700 Banting, Selangor
10.2 Petender perlu membawa bersama dokumen dan satu (1) salinan
dokumen-dokumen berikut untuk diserahkan kepada urusetia semasa
menghadiri taklimat tapak.
(a) Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan; dan
(b) Sijil Akuan Pendaftaran Kontrator Bumiputera dari Kementerian
Kewangan (jika ada).
10.3 Hanya petender yang hadir taklimat tender dibenarkan untuk
mengemukakan tawaran tender.
11. Dokumen-Dokumen Tawaran Tender
11.1 Tawaran tender hendaklah mengandungi dokumen-dokumen yang
berikut:
(a) Dokumen komersil iaitu:
Page 8 of 105
i. Borang Tender seperti di Jadual 3;
ii. Jadual Pematuhan Harga dan Jadual Penghantaran
Bekalan seperti di Jadual 2 dan Jadual 4;
iii. Surat Perwakilan Kuasa;
(b) Selaras dengan Klausa 12 dalam Dokumen Tender, sebarang
dokumen yang menunjukkan barang dan servis yang akan
dibekalkan adalah barang dan servis yang menepati spesifikasi
tender;
(c) Selaras dengan Klausa 13 dalam Dokumen Tender, sebarang
dokumen yang menunjukkan keupayaan petender untuk
melaksanakan kontrak ini jika tawaran tendernya diterima;
(d) Mana-mana dokumen lain dalam Dokumen Tender ini yang perlu
dilengkapkan dan dihantar oleh petender.
12. Dokumen Pengesahan Keupayaan Petender Membekalkan Peralatan
Mengikut Spesifikasi Tender
12.1 Petender hendaklah mengemukakan dokumen tambahan sebagai
mengesahkan keupayaan petender untuk membekalkan peralatan dan
servis mengikut spesifikasi tender.
12.2 Dokumen tambahan ini bolehlah berada dalam bentuk literatur, brosur,
lukisan, data dan sebagainya dan harus mengandungi perkara-perkara
berikut:
(a) Keterangan mengenai spesifikasi teknikal peralatan;
(b) Senarai alat-alat ganti, alat pakai buang, peralatan sokongan khas
yang diperlukan untuk memastikan keberfungsian alat untuk
sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun. Senarai ini hendaklah
meliputi nama pembekal serta harga semasa.
12.3 Petender juga dikehendaki mengemukakan surat pengesahan dari
syarikat pembuat bagi status pengedar sah bagi peralatan yang hendak
dibekalkan (sekiranya petender bukan pembuat bagi peralatan
tersebut).
12.4 Petender hendaklah menyediakan surat tersebut di atas bagi setiap
jenis peralatan yang hendak dibekalkan.
Page 9 of 105
12.5 Surat ini hendaklah disertakan bersekali di dalam Dokumen
Tawaran Teknikal bagi tender ini bersama-sama dengan Jadual 1:
Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal
13. Dokumen Pengesahan Keupayaan Petender Melaksanakan Kontrak
13.1 Petender perlu mengemukakan dokumen tambahan sebagai bukti
mengesahkan keupayaan petender melaksanakan kontrak sekiranya
tawaran tendernya diterima oleh Kerajaan. Petender harus
membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan dari segi kewangan,
teknikal, pembekalan, pemasangan, pentauliahan dan lain-lain
keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan Pembekalan dalam
Dokumen Tender ini.
13.2 Bagi memenuhi keperluan Kerajaan dalam pengemukaan bukti
keupayaan Petender, Petender perlu mengemukakan dokumen seperti
di Jadual 5: Maklumat Am Latar Belakang Petender;
(a) Profil syarikat Petender yang mengandungi maklumat-maklumat
am seperti alamat syarikat, pendaftaran syarikat, modal
dibenarkan dan modal dibayar serta aktiviti-aktiviti utama
syarikat di dalam Jadual 5a: Profil Syarikat;
(b) Pengalaman Petender dalam bidang yang berkaitan untuk
tempoh masa tiga (3) tahun mulai tahun 2010 mengikut format
dalam Jadual 5b: Pengalaman Syarikat; dan
(c) Senarai kerja semasa Petender yang berkaitan dalam tender ini
mengikut format dalam Jadual 5c: Senarai Kerja Semasa
Petender.
14. Harga Tawaran
14.1 Harga tawaran yang dikemukakan hendaklah di dalam Ringgit
Malaysia (RM) dan tidak melebihi dua angka perpuluhan. Penilaian
harga antara Petender adalah berasaskan kepada jumlah harga
keseluruhan.
14.2 Tender ini ditawarkan dengan melibatkan pembayaran melalui sistem
e-Perolehan dan tertakluk kepada kadar fi perkhidmatan seperti yang
dinyatakan dalam perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013. Petender
hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan
harga.
Page 10 of 105
14.3 Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran
(one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi
perkhidmatan pada kadar sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus
(0.8%) dengan had maksimum RM9.600.00 bagi transaksi yang bernilai
RM1.2 juta atau lebih.
14.4 Justeru itu, harga yang ditawarkan hendaklah juga termasuk fi
perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang
disempurnakan dengan had maksimum RM9,600.00 bagi transaksi
yang melebihi RM1.2 juta. Caj ini akan ditanggung oleh Petender.
14.5 Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran kewangan, Petender
dikehendaki mengunci masuk (key-in) Jadual 2: Jadual Pematuhan
Harga ke dalam sistem e-Perolehan mengikut templet yang telah
disediakan.
14.6 Harga-harga yang ditawarkan dalam tender ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas tender ditutup dan akan berkuatkuasa selama
dalam tempoh sah laku tender. Harga yang ditawarkan oleh Petender
yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh kontrak dan tidak
boleh dibuat sebarang pindaan atau perubahan.
14.7 Harga yang ditawarkan termasuk penghantaran secara Cost,
Insurance and Freight (CIF) ke Pusat Angkasa Negara, Banting,
Selangor, Malaysia, dan meliputi semua kos pembungkusan,
pengangkutan dan insurans Peralatan bermula dari pengkalan pemuat
(port of loading) sehingga ke Tapak.
14.8 Petender adalah diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan
Multimodal Transport Operator (MTO) dan insurans tempatan bertaraf
Bumiputera yang dilantik/disenaraikan oleh Kementerian Kewangan.
14.9 Senarai MTO adalah seperti di Jadual 6 dan tertakluk kepada senarai
MTO yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan masa
kesemasa.
15. Tempoh Sah Laku Tender
15.1 Tempoh sah laku tender adalah selama seratus lapan puluh (180)
hari dari tarikh tutup tender.
15.2 Kerajaan boleh memohon Petender untuk melanjutkan tempoh sah laku
tender. Permohonan ini serta maklumbalas persetujuan petender
hendaklah dibuat secara bertulis melalui surat atau faks.
Page 11 of 105
D. PENYERAHAN TENDER
16. Penyediaan Cadangan Tender
16.1 Cadangan Tender hendaklah dibuat menggunakan:
16.1.1 Sistem eP (atas talian); dan
16.1.2 Lampiran-lampiran / dokumen-dokumen yang disediakan
(secara manual).
16.2 Dokumen Tender boleh dimuat turun melalui sistem eP.
16.3 Petender adalah dikehendaki untuk menyerahkan tender secara atas
talian dengan mengunci masuk (key in) atau dimuat naik melalui sistem
ePerolehan dan secara manual.
16.4 Penyediaan Dokumen Tawaran Teknikal
16.4.1 Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran teknikal,
Petender dikehendaki mengunci masuk (key in) Jadual
Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 1) ke dalam
sistem e-Perolehan mengikut templat yang telah disediakan.
16.4.2 Petender perlu mencetak satu (1) set Jadual Pematuhan
Spesifikasi Teknikal (Jadual 1) untuk dimasukkan ke
dalam Sampul Pertama (A) bersama dengan dokumen
sokongan yang lain.
16.4.3 Petender adalah dilarang untuk menulis / mencatat /
memaparkan nama atau tanda syarikat di dalam
dokumen tawaran teknikal. Pihak Kerajaan berhak
MENOLAK sebarang tawaran daripada pihak Petender
tanpa sebarang penjelasan sekiranya terdapat
SEBARANG PENGENALAN PETENDER di mana-mana
Dokumen Tawaran Teknikal.
16.4.4 Petender perlu menyertakan brosur atau risalah asal
pengeluar bagi peralatan-peralatan yang dicadangkan
sahaja. Walau bagaimanapun, hanya maklumat yang diisi
oleh Petender di dalam Jadual Pematuhan Spesifikasi
Teknikal dianggap sebagai cadangan muktamad Petender.
Tawaran akan ditolak sekiranya Petender gagal
mengemukakan dokumen ini.
Page 12 of 105
16.5 Penyediaan Dokumen Tawaran Kewangan
16.5.1 Pada peringkat penyediaan dokumen tawaran teknikal,
Petender dikehendaki mengunci masuk (key in) Jadual
Pematuhan Harga (Jadual 2) ke dalam sistem e-Perolehan
mengikut templat yang telah disediakan.
16.5.2 Petender perlu mencetak satu (1) set Jadual Pematuhan
Harga (Jadual 2) dan dimasukkan ke dalam Sampul Kedua
(B) bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
16.6 Petender tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan
penyediaan tender ini dalam tender yang ditawarkan.
16.7 Cadangan Tender (atas talian) yang lengkap dan sempurna diisi
hendaklah dihantar secara atas talian menggunakan sistem eP.
Penghantaran secara atas talian ini adalah wajib. Petender
dibenarkan untuk mengemaskini tawaran tender yang telah
dikemukakan secara atas talian sehingga waktu dan tarikh tutup tender.
16.8 Hanya Jadual 1 dan Jadual 2 dihantar secara atas talian. Semua
medan yang melibatkan cop dan tandatangan wajib dicop dan
ditandatangan serta diimbas (scan) untuk dimuat naik (upload) ke
dalam sistem ePerolehan.
16.9 Petender bertanggungjawab untuk memastikan penghantaran atas
talian berjaya dan kegagalan berbuat demikian bukan tanggungjawab
Kerajaan.
16.10 Cadangan Tender yang diserahkan secara manual hendaklah ditaip
atau ditulis dengan menggunakan dakwat kekal dan ditandatangan
oleh Petender yang diberi kuasa. Semua medan yang melibatkan cop
dan tandatangan wajib dicop dan ditandatangani. Keseluruhan
dokumentasi tender (Jadual 1 hingga Jadual 10, brosur, risalah,
lukisan, surat sokongan (jika ada) dan lain-lain dokumen sokongan)
perlu dijilid dengan kemas.
16.11 Cadangan Tender hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan di
mana berkenaan. Borang-borang lain tidak diterima kecuali sebagai
tambahan kepada borang asal. Borang tambahan mestilah
mengandungi medan-medan yang sama dan hampir serupa dari segi
ukurannya. Penghantaran secara manual ini juga adalah wajib.
Page 13 of 105
17. Dokumen yang Wajib Diisi dan Dikemukakan
17.1 Petender hendaklah mengemukakan kepada ANGKASA Dokumen
Tawaran Teknikal seperti berikut:-
A. Dokumen Yang Dihantar Secara Online (e-Perolehan):
i. Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 1);
B. Dokumen Yang Dihantar Secara Manual Dalam Sampul
Berlakri A:
i. Senarai Semak Dokumen Tawaran Teknikal (Lampiran i);
ii. Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 1) Salinan
bercetak (Hard copy);
iii. Jadual Penghantaran (Jadual 4);
iv. Surat Pengesahan dari Pembuat;
v. Brosur / Katolog / Lukisan Terbina;
vi. Pelan pentauliahan setiap peralatan;
vii. Cadangan modul-modul latihan tapak untuk setiap peralatan;
viii. Senarai alat ganti untuk setiap peralatan;
ix. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika berkaitan)
17.2 Petender hendaklah mengemukakan ke ANGKASA Dokumen
Tawaran Kewangan seperti berikut:-
A. Dokumen Yang Dihantar Secara Online (e-Perolehan)
i. Jadual Pematuhan Harga (Jadual 2);
B. Dokumen Yang Dihantar Secara Manual Dalam Sampul
Berlakri B:
i. Senarai Semak Dokumen Tawaran Kewangan (Lampiran ii);
Page 14 of 105
ii. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan / Sijil
Virtual yang dicetak daripada sistem ePerolehan;
iii. Jadual Pematuhan Harga (Jadual 2) Salinan bercetak (Hard
Copy);
iv. Borang Tender (Jadual 3);
v. Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat (Jadual 5);
vi. Maklumat Am Latar Belakang Petender (Jadual 6);
vii. Data-Data Kewangan (Jadual 7);
viii. Laporan Bank / Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan
Kewangan Petender (Jadual 8)
ix. Rekod Pengalaman (Jadual 9)
x. Maklumat Mengenai Peralatan Yang Diimport (Jadual 10);
xi. Surat Akuan Petender (Jadual 11);
17.3 Sampul surat pertama A hendaklah mengandungi satu (1) set
dokumen yang disebut di Klausa 17.1 dan ditandakan di sudut sebelah
kiri bawah dengan:-
SAMPUL PERTAMA A
17.4 Sampul surat kedua B pula hendaklah mengandungi satu (1) set
dokumen yang disebut di Klausa 17.2 dan ditandakan di sudut sebelah
kiri bawah dengan:-
SAMPUL KEDUA B
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal
(Y030101060012xxxx)
Tender AAN 005/2013/T
(DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL)
SULIT
Nombor Cadangan Pembekal
(Y030101060012xxxx)
Tender AAN 005/2013/T
(DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN)
Page 15 of 105
17.5 Kedua-dua sampul (A dan B) hendaklah dimasukkan ke dalam satu
sampul surat besar yang berlakri dan ditandakan di BAHAGIAN ATAS
KIRI sampul surat itu dengan:-
18. Tarikh Tutup Tender
18.1 Tarikh tutup untuk mengemukakan tawaran ke dalam sistem
ePerolehan ialah pada 30 Mei 2013, jam 12.00 tengah hari.
18.2 Tarikh tutup untuk mengemukakan tawaran secara manual ke Peti
Tender juga adalah pada 30 Mei 2013, jam 12.00 tengah hari.
18.3 Peti Tender ditempatkan di alamat berikut:
Agensi Angkasa Negara
Tingkat 8, Bangunan Galeria PjH, Lot 4C11,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya, Malaysia
18.4 Dokumen tender (atas talian) hendaklah dihantar sama ada dalam
format Word 2000 2003 (.doc), Portable Document Format (.pdf), imej
dalam format Tagged Image File Format (.tif) atau Fail JPEG (.jpg)
sahaja.
18.5 Semua dokumen tender hendaklah dihantar kepada:-
KETUA PENGARAH
AGENSI ANGKASA NEGARA
TINGKAT 8, BANGUNAN GALERIA PJH, LOT 4C11,
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,
62570 PUTRAJAYA, MALAYSIA
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAH
PERALATAN-PERALATAN SOKONGAN UNTUK
PENGUJIAN SATELIT BAGI AGENSI ANGKASA NEGARA
(ANGKASA)
NO TENDER: AAN 005/2013/T
No. Cadangan Pembekal (Y030101060012xxxx)
DITUTUP PADA 30 MEI 2013, JAM 12.00 TENGAH HARI
Page 16 of 105
18.6 Petender dinasihatkan untuk menghantar cadangan tender (secara
manual) dengan tangan ke Peti Tender yang disediakan pada atau
sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan dalam Kenyataan Tender.
ANGKASA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,
kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos
atau Kurier. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan sebagai bukti
penerimaan cadangan tender.
19. Tender Lewat
19.1 Mana-mana tawaran yang diterima selepas Tarikh Tutup Tender tidak
akan dipertimbangkan. Bukti penghantaran oleh Petender tidak boleh
dijadikan sebagai bukti penerimaan cadangan tender.
20. Jaminan Atas Tender
20.1 Sekiranya Petender-Petender menarik balik tawaran sebelum tender
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah surat setuju terima
dikeluarkan, ANGKASA berhak untuk menyenarai hitamkan Petender
berkenaan berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan bilangan 6
tahun 2010 Tindakan Tatatertib Ke Atas Syarikat Dan Firma
Perunding Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan.
E. PENILAIAN TENDER
21. Percanggahan Maklumat
21.1 Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat yang ada pada Cadangan
Tender yang dihantar melalui ePerolehan dengan Cadangan Tender
yang dihantar secara manual, maka ANGKASA akan merujuk kepada
maklumat yang dihantar melalui ePerolehan.
22. Penilaian Awalan
22.1 ANGKASA akan menjalankan penilaian awalan terhadap setiap
Cadangan Tender yang diterima. Cadangan Tender yang responsif
adalah cadangan yang mematuhi dan memenuhi semua terma dan
syarat seperti yang terkandung dalam Dokumen Tender.
22.2 Kesilapan aritmetik akan diperbetulkan atas dasar berikut: Jika terdapat
percanggahan antara harga unit dan jumlah harga yang diperolehi
dengan mendarabkan harga unit dan kuantiti, harga unit akan diguna
pakai dan jumlah harga hendaklah diperbetulkan. Jika terdapat
Page 17 of 105
percanggahan antara perkataan dan angka, jumlah dalam perkataan
akan diguna pakai.
23. Penilaian
23.1 Penilaian Cadangan Tender akan dibahagikan kepada dua (2)
bahagian: Penilaian Teknikal dan Penilaian Kewangan.
F. PENERIMAAN TENDER
24. Hak Kerajaan Untuk Mengubah Keperluan Sewaktu Penerimaan Tender
24.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima keseluruhan pakej tawaran dan
berhak untuk menerima dan menawarkan sebahagian daripada pakej
tawaran yang dikemukakan;
24.2 Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan keseluruhan kuantiti item
yang ditawarkan dan berhak untuk menawarkan sebahagian kuantiti
yang ditawarkan tanpa sebarang perubahan pada harga seunit atau
terma dan syarat yang lain.
25. Surat Niat
25.1 Sekiranya perlu, Kerajaan akan mengeluarkan Surat Niat kepada
Petender yang berjaya yang akan mengandungi syarat-syarat
tambahan untuk dipersetujui. Surat Niat ini tidak boleh disifatkan
sebagai satu perjanjian atau kontrak di antara Kerajaan dan Petender.
26. Surat Setuju Terima
26.1 Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Petender
yang berjaya dalam tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh
iklan ditutup. Petender tidak dibenarkan menarik balik tendernya dalam
tempoh tersebut.
26.2 Surat Setuju Terima ini akan mengandungi syarat-syarat asal dan
syarat-syarat kontrak sebagai tambahan. Tender tidak boleh disifatkan
sebagai disetuju terima sehingga pengesahan bertulis daripada
Petender menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut dipersetujui.
26.3 Petender dikehendaki untuk mengembalikan Surat Setuju Terima
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tersebut
Page 18 of 105
dikeluarkan. Kegagalan mematuhi Klausa 27.3 boleh menyebabkan
pembatalan Surat Setuju Terima oleh Kerajaan.
26.4 Setelah Surat Setuju Terima diserahkan kepada ANGKASA, maka,
satu kontrak Kerajaan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di
antara Kerajaan yang diwakili oleh ANGKASA dengan Petender
mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan.
27. Bon Pelaksanaan
27.1 Petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan
sebelum menandatangani kontrak. Bon Pelaksanaan mestilah dalam
bentuk Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank yang berdaftar di
Malaysia yang berjumlah 5.0% daripada nilai kontrak yang melebihi
RM500,000.00.
27.2 Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia
(RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan
oleh Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:-
27.2.1 Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh
bank-bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank
san Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia;
27.2.2 Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank
berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di
Malaysia;
27.2.3 Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat
insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang
beroperasi di Malaysia;
27.2.4 Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful
yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi
di Malaysia; atau
27.2.5 Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan
Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil &
Sederhana Malaysia (SME Bank).
27.3 Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya
dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat
kontrak atau selepas obligasi terakhir (termasuk tempoh waranti),
mengikut mana yang terkemudian.
Page 19 of 105
27.4 Selain daripada remedi-remedi lain yang sedia terkandung di dalam
kontrak ini, Kerajaan juga sentiasa berhak memotong kesemua atau
apa-apa jumlah wang yang terkumpul di dalam Bon Perlaksanaan
tersebut jika sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran syarat di bawah
kontrak yang akan ditandatangani oleh kontraktor.
27.5 Petender yang berjaya adalah bertanggungjawab melanjutkan tempoh
sah laku Bon Pelaksanaan sekiranya berlaku kelewatan dalam
penghantaran bekalan mengikut tempoh yang telah dipersetujui dan
menjejaskan syarat seperti yang ditetapkan di Klausa 27.3.
28. Kontrak
28.1 Dokumen ini adalah dianggap sebagai kontrak antara Kerajaan dan
Petender sehingga Dokumen Kontrak penuh dimeterai oleh kedua-dua
pihak. Perkara-perkara di dalam dokumen ini (mana-mana berkaitan)
akan dijadikan sebagai asas kontrak yang akan dimuktamadkan kelak.
28.2 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen tender atau di
mana-mana jadual yang terdahulu adalah merupakan sebahagian
daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan
Malaysia dan Petender yang berjaya. Petender yang berjaya
dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan
membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak.
28.3 Dokumen kontrak yang lengkap akan disediakan selepas tender
ditawarkan kepada Petender yang berjaya.
28.4 Surat Setuju Terima tender yang dihantar oleh ANGKASA kepada
Petender yang berjaya dan Surat Perakuan Petender ke atas Surat
Setuju Terima tender itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat
di antara ANGKASA dan Petender tanpa mengambil kira sama ada
kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.
28.5 Draf perjanjian kontrak seperti di Seksyen 2.
29. Tempoh Kontrak / Jadual Penghantaran Peralatan
29.1 Tempoh kontrak adalah adalah bermula dari tarikh Surat Setuju Terima
ditandatangani sehinggalah tarikh tamat obligasi yang terakhir. Jadual
Penghantaran Bekalan hendaklah dikemukakan oleh petender seperti
di Jadual 4.
Page 20 of 105
Pusat Angkasa Negara,
Lot 2233, Jalan Turi, Kg. Sg. Lang
Banting, 42700, Selangor
(Sekiranya terdapat perubahan, alamat akan
dimaklumkan kemudian)
29.2 Petender yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan
mengikut tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan di dalam Surat
Setuju Terima yang ditandatangani.
29.3 Bagi kontrak kuantiti mengikut item (sekiranya melibatkan lebih
daripada satu (1) jenis item dengan tempoh penghantaran yang
berbeza), penghantaran bekalan adalah dalam tempoh penghantaran
yang dipersetujui.
29.4 Semua pembekalan hendaklah dibuat di alamat seperti berikut:-
30. Waranti
30.1 Tempoh minimum waranti bagi setiap item peralatan adalah 12 bulan
atau mengikut tempoh yang dinyatakan di dalam Jadual Pematuhan
Spesifikasi Teknikal atau di mana-mana dokumen berkaitan, mana-
mana yang terkemudian.
30.2 Tempoh waranti bagi item peralatan yang dibekalkan hendaklah
bermula dari tarikh penerimaan peralatan atau item terakhir dibekalkan
(jika melibatkan lebih daripada satu (1) item yang dibekalkan
berperingkat-peringkat dalam tempoh penghantaran yang dipersetujui)
atau bermula selepas berakhir tempoh penghantaran yang dipersetujui
dengan syarat setiap item peralatan yang dibekalkan telah ditauliahkan
dengan berjaya oleh ANGKASA.
G. LAIN-LAIN KEPERLUAN
31. Bantahan Ke Atas Spesifikasi Tender
31.1 Petender boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi tender sekiranya
didapati spesifikasi tender menjurus kepada sesuatu jenama sahaja.
Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada Bahagian Khidmat
Pengurusan ANGKASA, Agensi Angkasa Negara, dengan
mengemukakan bukti-bukti yang jelas.
Page 21 of 105
31.2 Surat bantahan ini hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh iklan tender.
31.3 Sebarang keraguan terhadapnya hendaklah dirujukkan kepada
pegawai yang berkenaan dan keputusan ANGKASA adalah muktamad.
32. Pembayaran
32.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).
32.2 Pembayaran hanya akan dibuat setelah kontrak ditandatangani oleh
petender yang berjaya dan pihak Kerajaan.
32.3 Pembayaran akan dibuat sekiranya semua bekalan atau bekalan bagi
setiap satu jenis item dalam kontrak yang dibekal berperingkat-
peringkat telah dilaksanakan dengan sempurna, sebagaimana yang
telah dipersetujui dan disahkan oleh ANGKASA mengikut harga yang
dipersetujui atau harga per item, mengikut mana-mana yang berkaitan.
32.4 Sekiranya ANGKASA tidak berpuashati dengan pembekalan yang
dilaksanakan, ANGKASA berhak untuk tidak membuat pembayaran
dan/atau bagi pembekalan yang tidak dilaksanakan.
33. Bahan, Buruh dan Kemudahan
33.1 Tiada bahan, buruh atau kemudahan yang akan disediakan oleh
Kerajaan.
34. Pentauliahan
34.1 Sekiranya perlu, cadangan perlaksanaan kerja-kerja pentauliahan
peralatan di Tapak yang lengkap boleh disertakan bersama dalam
Cadangan Tender.
35. Perkhidmatan Selepas Jualan
35.1 Jika berkenaan, Petender hendaklah mengemukakan bersama nama,
alamat dan keterangan wakil tempatan yang akan bertanggungjawab
menyediakan perkhidmatan selepas jualan.
Page 22 of 105
36. Latihan
36.1 Petender hendaklah menyatakan dengan jelas akan butiran latihan
yang akan diberikan bagi setiap jenis peralatan yang dibekalkan.
36.2 Kos bagi latihan ini hendaklah termasuk di dalam harga kontrak yang
ditawarkan dan tidak melibatkan sebarang pertambahan kos dari pihak
Kerajaan.
37. Alat Ganti
37.1 Jika berkenaan, Petender hendaklah mengesahkan adanya alat ganti
untuk Peralatan yang akan dibekalkan sekurang-kurangnya untuk
tempoh lima (5) tahun dari tarikh pembekalan.
38. Peringatan Mengenai Kesalah Rasuah
38.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
38.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota Pentadbiran Awam, maka pihak
yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau
Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah
merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
38.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota Perkhidmatan Awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
38.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota Perkhidmatan Awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
(Akta 694).
Page 23 of 105
38.5 Petender dikehendaki mengisi borang Surat Akuan Petender (Jadual
11) dan mengembalikan Jadual 11 bersama-sama dengan Dokumen
Tawaran Kewangan yang lain.
39. Tindakan Tataterbib
39.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan komuniti
perniagaan yang berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti serta
mengamalkan tadbir urus korporat yang baik semasa berurusan
dengan Kerajaan, maka Kerajaan telah menggubal satu pekeliling bagi
mencapai maksud di atas.
39.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan bilangan 6 tahun 2010 TINDAKAN
TATATERTIB KE ATAS SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING YANG
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN; telah
menyatakan dengan jelas akan kesalahan-kesalahan dan juga tindakan
tatatertib yang boleh diambil ke atas syarikat dan firma perunding yang
telah melakukan kesalahan tersebut.
39.3 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad
kepada kesalahan-kesalahan berikut:-
i) Kesalahan kerana melanggar syarat pendaftaran
ii) Kesalahan kerana melanggar syarat tender/kontrak
iii) Kesalahan jenayah dan tanggungan sivil
39.4 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib boleh
diambil sekiranya didapati pihak syarikat atau firma perunding yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan terlibat dengan mana-mana
kesalahan di bawah pekeliling ini.
40. Keputusan Kerajaan
40.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan.
Kerajaan boleh menawar sebahagian atau sepenuhnya tawaran
kepada Petender yang berjaya. Di samping itu, Kerajaan juga boleh
menolak semua tawaran yang dibuat atas sebab-sebab yang difikirkan
munasabah oleh Kerajaan. Segala keputusan Kerajaan adalah
muktamad.
Page 24 of 105
41. Pertanyaan
41.1 Pertanyaan mengenai urusan tender hendaklah dibuat secara bertulis
melalui pos atau faksimili dan dihantar selewat-lewatnya satu (1) hari
sebelum tarikh tutup tender. Tiada pertanyaan atau rayuan boleh dibuat
selepas tarikh tutup tender sehingga keputusan tender dikeluarkan.
Bukti penghantaran pertanyaan tidak boleh dianggap sebagai bukti
penerimaan oleh pihak Kementerian. Semua pertanyaan akan dijawab
mengikut prosedur aduan awam sedia ada. Pertanyaan hendaklah
dialamatkan kepada:
Agensi Angkasa Negara,
Bahagian Khidmat Pengurusan ANGKASA,
Tingkat 8, Bangunan Galeria PjH, Lot 4C11,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya, Malaysia
No. Faks: +603 8888 3480
E-mel : [email protected]
41.2 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan syarat dan spesifikasi teknikal
boleh menghubungi pegawai berikut :
A) Pn Elena Woo Lai Leng
E-mel : [email protected]
B) Pn. Nor Maria Najib (Urusetia Tender)
E-mel : [email protected]
41.3 Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah pengendalian
sistem ePerolehan hendaklah menghubungi alamat dibawah ini:-
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
2nd Floor, Bangunan Amtek
15 Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7985 7777 (Khidmat Pelanggan)
Faks : 03-7985 7800
E-mel : [email protected]
Waktu Pejabat: 9:00pagi5:30 ptg (Isnin hingga Jumaat)
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
Page 25 of 105
SEKSYEN 2
SYARAT DAN TERMA KONTRAK
PERJANJIAN dibuat pada ............................. hari bulan ................................ 2013
ANTARA
KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh oleh Agensi
Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang
beralamat di Aras 8, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
(selepas ini dirujuk sebagai Kerajaan) bagi satu pihak;
DENGAN
PETENDER (NO. SYARIKAT PETENDER) sebuah syarikat yang diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan beralamat di ALAMAT SYARIKAT
PETENDER (selepas ini dirujuk sebagai Kontraktor) bagi pihak yang satu lagi.
(Kedua-dua pihak Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai
Pihak atau secara bersesama sebagai Pihak-Pihak).
BAHAWASANYA
Kerajaan berhasrat untuk melantik Kontraktor untuk MEMBEKAL, MENGHANTAR,
MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN-PERALATAN SOKONGAN UNTUK
PENGUJIAN SATELIT BAGI AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA) mengikut
spesifikasi dalam TBD kepada Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai
Perkhidmatan); dan
Kontraktor telah bersetuju untuk berbuat demikian berdasarkan surat setuju terima
dalam TBD tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Perjanjian ini.
Page 26 of 105
DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI BERIKUT:
KLAUSA 1- TAKRIF
Bagi maksud Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang
lain, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai maksud yang berikut:
Barang-Barang
ertinya perkakasan, perisian dan lain-lain barang
yang disenaraikan dalam TBD kepada Perjanjian ini
dan yang perlu dibekal, dihantar, dipasang, diuji dan
ditauliah oleh Kontraktor;
Jawatankuasa
Penyelesaian Pertikaian
ertinya sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di
bawah Klausa 27 Perjanjian ini;
Keluaran Baru ertinya barangan yang baru dikeluarkan dan bukan
barangan terpakai;
Keluaran Tulen ertinya bukan barangan tiruan;
Keluaran Semasa ertinya barangan yang dikeluarkan dalam tempoh
tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh
pembuatan;
Pegawai Penguasa ertinya Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara
(ANGKASA) atau mana-mana pegawai yang diberi
kuasa untuk bertindak bagi pihaknya bagi tujuan
pelaksanaan Perjanjian ini;
Tapak Pengguna ertinya tempat yang akan ditetapkan oleh Kerajaan
untuk tujuan pembekalan, penghantaran,
pemasangan, pengujian dan pentauliahan Barang-
Barang iaitu di Pusat Angkasa Negara, Banting,
Selangor Darul Ehsan;
SAP ertinya Sijil Akuan Penerimaan;
SPA ertinya Sijil Penerimaan Akhir;
Page 27 of 105
SPS ertinya Sijil Penerimaan Sementara;
Tempoh Waranti
ertinya tempoh jaminan bagi Barang-Barang
sebagaimana dinyatakan dalam Klausa 22
Perjanjian ini; dan
Waktu Pejabat
ertinya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari Isnin hingga Jumaat bagi negeri-negeri di
mana cuti umum adalah pada hari Sabtu dan Ahad,
dan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada
hari Ahad hingga Khamis bagi negeri-negeri di
mana cuti umum adalah pada hari Jumaat dan
Sabtu.
KLAUSA 2 - HARGA KONTRAK
Tertakluk kepada Kontraktor memenuhi semua obligasi di bawah Perjanjian ini,
maka Kerajaan bersetuju membayar Kontraktor wang sejumlah RINGGIT
MALAYSIA .................................................. (RM .............................) sahaja
(selepas ini dirujuk sebagai Harga Kontrak).
KLAUSA 3 -TEMPOH PERJANJIAN
3.1 Perjanjian ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa untuk tempoh
dua belas (12) bulan mulai TBD sehingga TBD (selepas ini dirujuk sebagai
Tempoh Perjanjian).
3.2 Kontraktor boleh memohon secara bertulis kepada Kerajaan untuk
melanjutkan Perjanjian tidak kurang daripada tiga (3) bulan sebelum Tempoh
Perjanjian tamat jika Kontraktor berniat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian.
Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak mempertimbangkan
permohonan itu atau sebaliknya. Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk
melanjutkan Tempoh Perjanjian, Pihak-Pihak boleh dalam masa yang
munasabah berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat perlanjutan
tersebut tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum Tempoh Perjanjian tamat.
Jika sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan, Perjanjian akan
dengan sendirinya tamat selepas tamat Tempoh Perjanjian.
Page 28 of 105
KLAUSA 4 - BON PELAKSANAAN
4.1 Kontraktor hendaklah sebelum menandatangani Perjanjian ini menyerahkan
kepada Kerajaan suatu bon pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank tidak
boleh batal bernilai Ringgit Malaysia ...............................................
(RM..........................) sahaja yang bersamaan dengan lima peratus (5%)
daripada Harga Kontrak (selepas ini dirujuk sebagai Bon Pelaksanaan
Tersebut) sebagaimana yang dinyatakan dalam Lampiran D Perjanjian ini
sebagai jaminan kepada pelaksanaan obligasi-obligasi Kontraktor di bawah
Perjanjian ini.
4.2 Bon Pelaksanaan Tersebut hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada
mana-mana bank yang dilesenkan perniagaan di Malaysia dan diluluskan oleh
Kementerian Kewangan.
4.3 Bon Pelaksanaan Tersebut itu hendaklah kekal sah laku sehingga dua belas
(12) bulan selepas tamat Tempoh Perjanjian ini.
4.4 Kerajaan berhak pada bila-bila masa untuk membuat tuntutan terhadap
keseluruhan atau sebahagian daripada Bon Pelaksanaan Tersebut berhubung
dengan apa-apa pelanggaran terma atau syarat yang diperuntukkan dalam
Perjanjian ini oleh Kontraktor tanpa menjejaskan hak Kerajaan untuk
mengambil tindakan undang-undang yang lain.
4.5 Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan ke atas Bon Pelaksanaan Tersebut
yang menyebabkan jumlah jaminan bank tersebut berkurangan daripada
jumlah yang dinyatakan dalam Klausa 4.1, Kontraktor hendaklah
mengemukakan suatu bon pelaksanaan tambahan supaya nilai bon
pelaksanaan yang dipegang oleh Kerajaan bersamaan dengan nilai lima
peratus (5%) daripada nilai Harga Kontrak.
KLAUSA 5 - SKOP KERJA
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah
(a) membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliahkan Barang-
Barangkepada Kerajaan mengikut yang ditetapkan di dalam TBD kepada
Perjanjian ini;
(b) memberi latihan kepada pegawai Agensi Angkasa Negara di Tapak Pengguna
sebagaimana TBD Perjanjian ini;
Page 29 of 105
(c) melaksanakan Perkhidmatan mengikut pelan penghantaran sebagaimana di
TBD Perjanjian ini; dan
(d) menyelenggara Barang-Barang dalam Tempoh Waranti sebagaimana Klausa
22 Perjanjian ini.
KLAUSA 6 - PEMBAYARAN
6.1 Pembayaran bagi Barang-Barang akan dibayar selepas Kerajaan berpuas hati
bahawa Kontraktor telah membekalkan Barang-Barang mengikut spesifikasi
yang ditetapkan di bawah TBD dan Barang-Barang tersebut telah lulus Ujian
Penerimaan Sementara dan Ujian Penerimaan Akhir yang dilaksanakan.
6.2 Tatacara pembayaran adalah dipersetujui seperti berikut :
(a) Selepas SAP dan SPS dikembalikan kepada Kontraktor oleh
Kerajaan; dan
(b) Selepas SPA dikembalikan kepada Kontraktor oleh Kerajaan;
Kontraktor hendaklah mengemukakan tuntutan bayaran dengan mengepilkan
dokumen-dokumen seperti yang berikut:
(a) dua (2) salinan pesanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi
Barang-Barang, termasuk salinan yang asal;
(b) dua (2) salinan invois yang lengkap; dan
(c) bagi Barang-Barang yang tidak perlu diuji, dua (2) salinan SAP yang
telah ditandatangani oleh Kerajaan; atau
(d) bagi Barang-Barang yang perlu dipasang dan diuji, dua (2) salinan
SAP dan SPS atau SPA yang ditandatangani oleh Kerajaan.
6.3 Kerajaan hendaklah memproses tuntutan bayaran yang dikemukakan oleh
Kontraktor dan sekiranya tuntutan bayaran itu lengkap, Kerajaan hendaklah
membuat bayaran kepada Kontraktor dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
tuntutan bayaran yang lengkap diterima; dan
6.4 Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.
6.5 Pembayaran akan dibuat oleh Kerajaan kepada Kontraktor secara elektronik
dan fi perkhidmatan yang dikenakan kepada Kontraktor adalah sebanyak *
Page 30 of 105
kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) dengan had RM9,600.00 (Ringgit
Malaysia Sembilan Ribu dan Enam Ratus) (*mana berkenaan) bagi setiap
transaksi yang bernilai RM1.2 juta (Ringgit Malaysa Satu Juta Dua Ratus
Ribu) atau lebih yang dikemukakan kepada Kerajaan berdasarkan Klausa 2
Kontrak ini.
KLAUSA 7 - HARGA DAN SPESIFIKASI BARANG-BARANG
7.1 Kontraktor hendaklah membekal, menghantar, memasang, menguji,
memberi latihan kepada pegawai Agensi Angkasa Negara dan mentauliahkan
Barang-Barang mengikut jadual pematuhan harga dalam TBD kepada
Perjanjian ini.
7.2 Harga Barang-Barang adalah harga bersih termasuk semua cukai dan kos
pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, latihan dan
pentauliahan.
KLAUSA 8 PESANAN
Pesanan hendaklah dibuat oleh Kerajaan secara terus kepada Kontraktor secara
rasmi dan bertulis.
KLAUSA 9 PEMBEKALAN
9.1 Kontraktor hendaklah membekalkan semua Barang-Barang seperti yang
ditetapkan di dalam TBD kepada Perjanjian ini dan ke Tapak Pengguna
sebagaimana yang telah ditentukan Perjanjian ini.
9.2 Semua Barang-Barang yang dibekalkan oleh Kontraktor hendaklah terdiri
daripada Keluaran Baru, Keluaran Tulen dan Keluaran Semasa.
9.3 Kontraktor hendaklah menyediakan semua manual atau dokumen yang perlu
bagi setiap Barang-Barang tanpa sebarang kos kepada Kerajaan bagi
pelaksanaan, penggunaan dan operasi Barang-Barang yang berkesan.
Sebarang pengemaskinian, bahan sampingan atau penerbitan berkaitan
Barang-Barang yang dikeluarkan selepas tarikh pemasangan hendaklah
dibekalkan oleh Kontraktor tanpa sebarang kos kepada Kerajaan.
KLAUSA 10 - PEMBUNGKUSAN
Page 31 of 105
10.1 Kontraktor hendaklah memastikan Barang-Barang dibungkus dengan
sempurna dan mengikut keperluan bagi mengelak kerosakan yang mungkin
berlaku semasa dihantar ke Tapak Pengguna.
10.2 Pembungkusan hendaklah sesuai dan dapat melindungi Barang-Barang
daripada cara pengendalian yang kasar dan sebarang elemen cuaca dan
alam sekitar yang boleh menjejaskan kualiti Barang-Barang semasa Barang-
Barang dalam simpanan Kontraktor atau dihantar ke Tapak Pengguna.
10.3 Apa-apa kerosakan kepada Barang-Barang yang diakibatkan oleh
pembungkusan yang tidak sesuai hendaklah ditanggung oleh Kontraktor.
10.4 Semua alat pembungkusan yang disediakan oleh Kontraktor menjadi hak milik
Kerajaan dan tidak akan dikembalikan kepada Kontraktor.
KLAUSA 11 - PENGHANTARAN BARANG-BARANG
11.1 Barang-Barang hendaklah dihantar kepada Kerajaan dalam tempoh yang
ditetapkan dalam pelan penghantaran sebagaimana TBD kepada Perjanjian
ini (selepas ini dirujuk sebagai Tempoh Penghantaran).
11.2 Sekiranya Kontraktor memerlukan pelanjutan Tempoh Penghantaran,
Kontraktor hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Kerajaan
untuk melanjutkan Tempoh Penghantaran tersebut.
11.3 Jika Kerajaan bersetuju melanjutkan Tempoh Penghantaran, maka Tempoh
Penghantaran hendaklah dilanjutkan ke suatu tempoh yang dipersetujui oleh
Kerajaan.
11.4 Jika Kerajaan tidak bersetuju melanjutkan Tempoh Penghantaran tersebut
sebagaimana yang dipohon oleh Kontraktor, maka Tempoh Penghantaran
dalam Klausa 11.1 hendaklah terpakai. Kegagalan Kontraktor menyerahkan
Barang-Barang dalam tempoh yang dinyatakan dalam Klausa 11.1 adalah
satu pelanggaran terma-terma atau syarat-syarat Perjanjian ini.
KLAUSA 12 - PENERIMAAN BARANG-BARANG
12.1 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan sekurang-kurangnya
tiga (3) salinan surat penghantaran (selepas ini dirujuk sebagai DO) dan tiga
(3) salinan SAP yang mengandungi maklumat lengkap mengenai Barang-
Barang yang diserahkan dan perakuan Kontraktor bahawa kualiti Barang-
Page 32 of 105
Barang yang dihantar itu mengikut spesifikasi dan kualiti sepertimana yang
dipersetujui, semasa penyerahan Barang-Barang dibuat.
12.2 Kerajaan hendaklah mengembalikan satu (1) salinan DO dan satu (1) salinan
SAP bagi Barang-Barang yang tidak perlu diuji, kepada Kontraktor dalam
tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Barang-Barang diterima.
12.3 Salinan SAP bagi Barang-Barang yang perlu dipasang dan diujilari hendaklah
dikembalikan selepas Barang-Barang dipasang dan diuji mengikut peruntukan
Klausa 13.
KLAUSA 13 - PEMASANGAN DAN PENGUJIAN
13.1 Kontraktor hendaklah memasang Barang-Barang yang telah dibekalkan di
Tapak Pengguna yang ditentukan oleh Kerajaan dan mengikut masa yang
ditetapkan oleh Kerajaan.
13.2 Kontraktor hendaklah melaksanakan pemeriksaan dan pengujian Barang-
Barang di tempat pengilang atau di Tapak Pengguna dengan kos ditanggung
sepenuhnya oleh Kontraktor.
13.3 Kerajaan atau wakilnya berhak untuk menghadiri sesi pemeriksaan dan
pengujian yang dilaksanakan dan Kontraktor perlu menyediakan semua
kemudahan pejabat kepada Kerajaan.
13.4 Kontraktor hendaklah memberikan notis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
kepada Kerajaan sebelum sesuatu pengujian dilaksanakan. Kontraktor
hendaklah bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran daripada
pengilang bagi membolehkan Kerajaan menghadiri pemeriksaan dan
pengujian ini.
13.5 Laporan hasil pemeriksaan dan pengujian hendaklah disediakan oleh
Kontraktor dan diserahkan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) minggu
selepas pemeriksaan dan pengujian dilaksanakan.
13.6 Sekiranya Kerajaan atau wakilnya tidak dapat menghadiri sesi pemeriksaan
dan pengujian tersebut dan telah memaklumkan kepada Kontraktor,
Kontraktor boleh meneruskan pemeriksaan dan pengujian dan menyediakan
laporan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pemeriksaan dan pengujian
dilaksanakan. Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara yang
berikut:
Page 33 of 105
(a) pemeriksaan dan pengujian telah dijalankan dalam pematuhan
penuh pada ujian yang diperlukan dan keputusan hasil pemeriksaan
dan pengujian adalah mengikut keperluan spesifikasi teknikal; dan
(b) pihak yang menyaksikannya berpuas hati dengan prestasi Barang-
Barang tersebut.
13.7 Sekiranya mana-mana Barang-Barang gagal melepasi pemeriksaan atau
pengujian atau kedua-duanya sekali, Kontraktor hendaklah menjalankan
kerja-kerja rektifikasi atau menukar ganti Barang-Barang dan mengulangi
pemeriksaan dan pengujian di bawah Klausa 13.3.
13.8 Kontraktor bersetuju bahawa tiada pelaksanaan pemeriksaan dan pengujian,
mahupun kehadiran Kerajaan atau wakilnya dalam menyaksikan aktiviti
pemeriksaan dan pengujian tersebut atau pengeluaran laporan pemeriksaan
dan pengujian di bawah Klausa 13.4 akan membebaskan Kontraktor dari
melaksanakan obligasi lain di bawah Perjanjian.
13.9 Pengujian di Tapak Pengguna hendaklah dilaksanakan dan Kerajaan berhak
untuk mengarahkan Kontraktor melaksanakan pemeriksaan dan / atau
pengujian tambahan.
13.10 Kerajaan berhak untuk menolak semua atau mana-mana Barang-Barang
yang tidak menepati kualiti atau spesifikasi yang ditetapkan di bawah
Perjanjian ini.
13.11 Selepas Kerajaan berpuas hati dengan spesifikasi dan kualiti Barang-Barang
yang telah dipasang dan diuji, Kerajaan hendaklah mengembalikan satu (1)
salinan SAP kepada Kontraktor dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh pengujian.
13.12 Kerajaan hendaklah menandatangani SPS setelah berpuas hati bahawa
Barang-Barang telah dipasang, diuji dan ditauliahkan dengan sempurnanya
dan mengembalikan SPS kepada Kontraktor.
13.13 Pengeluaran SAP dan SPS hendaklah dianggap sebagai penerimaan
bersyarat dan Kerajaan berhak untuk melaksanakan ujian penerimaan
akhir ke atas Barang-Barang yang dibekalkan dalam tempoh empat (4)
minggu dari tarikh SPS dikeluarkan. Selepas berpuas hati dengan ujian
penerimaan akhir Kerajaan hendaklah menandatangani SPA Perjanjian ini
yang menyatakan bahawa Barang-Barang akhirnya telah diterima oleh
Kerajaan.
Page 34 of 105
13.14 Kontraktor tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan
penyerahan Barang-Barang jika Tapak Pengguna yang ditentukan oleh
Kerajaan tidak siap dan atau tidak bersedia untuk menerima barang-Barang
tersebut. Kontraktor tidak akan dikenakan pampasan untuk apa-apa
kelewatan yang disebabkan oleh Kerajaan.
KLAUSA 14 - HAK KERAJAAN JIKA BARANG-BARANG ROSAK ATAU
RENDAH KUALITI
14.1 Jika Kontraktor telah menyerahkan Barang-Barang yang rosak atau tidak
menepati spesifikasi yang ditetapkan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh
sama ada
(a) menolak Barang-Barang tersebut dan memberi notis bertulis
meminta Kontraktor menggantikan Barang-Barang tersebut dengan
Barang-Barang yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan (selepas
ini dirujuk sebagai Barang-Barang Ganti) dalam tempoh tujuh (7)
hari selepas menerima notis permintaan itu. Sekiranya Barang-
Barang Ganti tersebut tidak diserahkan dalam tempoh yang
ditetapkan, Kerajaan boleh membeli Barang-Barang yang
dikehendaki itu daripada punca-punca lain dengan syarat bahawa
jika kos pembelian dari punca-punca lain melebihi harga yang
ditetapkan dalam spesifikasi di TBD kepada Perjanjian ini,
Kontraktor hendaklah membayar amaun yang lebih itu sebagai
pampasan kepada Kerajaan;
(b) mengenakan ganti rugi sebagaimana di Klausa 20 jika gagal
menyediakan Barang-Barang Ganti sebagaimana di Klausa 14.1 (a);
dan
(c) menolak semua Barang-Barang yang dihantar oleh Kontraktor
termasuk Barang-Barang yang tidak rosak atau yang menepati
spesifikasi dan menamatkan Perjanjian ini.
14.2 Jika Kontraktor telah membekalkan Barang-Barang yang rosak atau tidak
menepati spesifikasi kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin menolak
Barang-Barang itu kerana Barang-Barang itu telah dipakai atau digunakan
sebelum diketahui rosak atau tidak menepati spesifikasinya atau oleh sebab
Kerajaan telah terpaksa menerima Barang-Barang itu, Kerajaan boleh
membuat tuntutan atau mendapatkan pampasan daripada Kontraktor
mengikut nilai Barang-Barang yang rosak atau tidak memenuhi spesifikasi
yang ditetapkan.
Page 35 of 105
14.3 Kerajaan berhak untuk menolak apa-apa tuntutan, denda atau pampasan
yang dikenakan di bawah klausa ini daripada apa-apa jumlah pembayaran
yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini
jika Kerajaan mendapati Kontraktor telah membekalkan Barang-Barang yang
rosak atau tidak menepati spesifikasi. Jika jumlah wang yang perlu dibayar
kepada Kontraktor tidak mencukupi untuk menampung tuntutan, denda atau
pampasan yang dikenakan, Kerajaan berhak untuk menuntut baki tuntutan,
denda atau pampasan daripada Kontraktor dengan memberi notis
tuntutan dan Kontraktor hendaklah membayar kepada Kerajaan jumlah yang
dituntut dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh notis yang diberikan oleh
Kerajaan.
KLAUSA 15 - HAK KERAJAAN JIKA BARANG-BARANG BUKAN KELUARAN
SEMASA, KELUARAN TULEN ATAU KELUARAN BARU
15.1 Jika selepas Barang-Barang dihantar, Kerajaan mendapati Barang-Barang
yang telah dibekal bukan Keluaran Baru, Keluaran Tulen dan Keluaran
Semasa, Kerajaan boleh sama ada menyimpan atau menolak Barang-Barang
yang dibekalkan dan seterusnya Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini.
Walau apapun Klausa 15.1, Kontraktor hendaklah membayar pampasan
kepada Kerajaan sebanyak nilai Barang-Barang yang dibekalkan tidak kira
sama ada Kerajaan menamatkan Perjanjian ini atau tidak.
15.2 Jika Kerajaan menolak Barang-Barang seperti diperuntukkan di bawah Klausa
14 dan 15, Kontraktor hendaklah memindahkan Barang-Barang tersebut
dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh notis bertulis dikeluarkan oleh
Kerajaan. Jika Barang-Barang tersebut tidak dipindahkan dalam tempoh yang
ditetapkan, Kerajaan berhak memindahkan Barang-Barang tersebut ke mana-
mana tempat yang difikirkan sesuai dan menuntut semua kos yang berkaitan
dengan pemindahan itu dan kos tersebut hendaklah ditanggung oleh
Kontraktor.
KLAUSA 16 - KELEWATAN PENYERAHAN
Bagi Barang-Barang yang lewat diserahkan oleh Kontraktor, Kerajaan boleh
(a) menerima Barang-Barang itu dan menuntut daripada Kontraktor gantirugi
sebagaimana Klausa 20;
(b) menolak Barang-Barang tersebut dan membeli Barang-Barang yang
dikehendaki daripada punca-punca lain. Jika kos memperolehi Barang-Barang
daripada punca-punca lain melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor
Page 36 of 105
hendaklah membayar perbezaan amaun yang lebih itu sebagai pampasan
kepada Kerajaan; atau
(c) menamatkan Perjanjian menurut Klausa 29 Perjanjian ini.
KLAUSA 17 - PENYERAHAN TIDAK MEMENUHI KUANTITI
Jika Barang-Barang yang diserahkan tidak memenuhi kuantiti yang ditetapkan di
bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh
(a) menerima Barang-Barang yang dibekalkan dan membeli bilangan Barang-
Barang yang tidak dibekalkan daripada punca-punca lain. Jika kos
memperolehi Barang-Barang daripada punca-punca lain melebihi harga yang
ditetapkan dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah membayar amaun
perbezaan yang lebih itu kepada Kerajaan; atau
(b) menolak kesemua Barang-Barang tersebut dan membeli Barang-Barang
yang patut dibekalkan di bawah Perjanjian ini daripada punca-punca lain.
Jika kos memperolehi Barang-Barang daripada punca-punca lain melebihi
harga yang ditetapkan dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah membayar
amaun perbezaan yang lebih itu kepada Kerajaan.
KLAUSA 18 - KEGAGALAN PENYERAHAN
Jika Kontraktor gagal membekalkan Barang-Barang dalam tempoh yang ditetapkan
di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh -
(a) menamatkan Perjanjian menurut Klausa 29 Perjanjian ini; dan
(b) Kontraktor hendaklah membayar satu amaun sebanyak harga Barang-Barang
yang dipesan itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.
KLAUSA 19 - REPRESENTASI DAN WARANTI
19.1 Kontraktor dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan
bahawa
(a) ia adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah undang-undang Malaysia;
Page 37 of 105
(b) ia mempunyai kuasa untuk memasuki dan melaksanakan
tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(c) ia telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memasuki dan
melaksanakan tanggungjawab serta urusan di bawah Perjanjian ini;
(d) pada bila-bila masa pelaksanaan Perjanjian ini, pelaksanaan
Perjanjian ini tidak menyalahi sebarang peruntukan sama ada
i. Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau
ii. mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya atau
asetnya;
(e) ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar pada setiap masa
dengan Kementerian Kewangan melainkan diberikan
pengecualian secara bertulis oleh Kerajaan; dan
(f) tiada sebarang litigasi, tuntutan cukai, timbangtara, pertikaian
atau prosiding sedang atau berlangsung yang pada pengetahuannya
akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan kewangan atau
tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini,
dan Kontraktor mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini
berdasarkan representasi dan waranti di atas.
19.2 Sebagai tambahan kepada mana-mana waranti yang diberikan oleh
Kontraktor di bawah Perjanjian ini, Kontraktor mengakujanji seperti yang
berikut:
(a) bahawa ia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, pada tarikh
Perjanjian ini, tentang apa-apa perkara di dalam kawalan
semunasabahnya yang mungkin atau akan sebaliknya menjejaskan
keupayaan untuk menjalankan obligasinya di bawah Perjanjian ini dan
bahawa ia mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menjalankan
obligasi-obligasinya di bawah Perjanjian ini;
(b) bahawa penggunaan Barang-Barang dan mana-mana bahagian
daripadanya tidak akan melanggar undang-undang terpakai; dan
(c) bahawa pemakaian mana-mana perisian yang dipasang dalam Barang-
Barang adalah bebas daripada virus dan pencemaran.
Page 38 of 105
KLAUSA 20 GANTIRUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN
20.1 Walau apa pun hak Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini, jika Kontraktor
gagal atau lewat untuk melaksanakan Perkhidmatan (atau sebahagian
Perkhidmatan bagi masa yang berasingan yang dinyatakan dalam Perjanjian
ini), Kontraktor hendaklah membayar gantirugi tertentu dan ditetapkan kepada
Kerajaan pada kadar satu peratus (1%) Harga Kontrak sehari untuk setiap
hari Perkhidmatan tersebut ditangguhkan.
20.2 Kontraktor bersetuju bahawa bayaran ganti rugi tertentu dan ditetapkan ini
tidak boleh dalam apa-apa cara pun melepaskan Kontraktor daripada
menjalankan tanggungjawabnya dalam menyiapkan Perkhidmatan atau
mana-mana obligasi serta liabiliti di bawah Perjanjian ini.
20.3 Walau apa pun Klausa 20.1 dan 20.2, sekiranya berlaku kelewatan dalam
pelaksanaan Perkhidmatan dan pada pendapat Kerajaan penamatan
Perjanjian ini adalah perlu, maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk
membatalkan segala Barang-Barang yang tidak diterima dengan serta-merta
dan untuk menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis secara bertulis
kepada Kontraktor. Apabila notis pembatalan telah diberikan oleh Kerajaan
kepada Kontraktor, Kontraktor dengan serta-merta hendaklah membayar balik
kepada Kerajaan semua wang yang telah dibayar bagi Barang-Barang yang
tidak diterima. Kerajaan mempunyai hak untuk diberi bayaran balik penuh
semua wang yang telah dibayar berkenaan Barang-Barang yang tidak
diterima serta menjadi hak Kerajaan akan dibayar ganti rugi di bawah Klausa
20.1 dan 20.2.
KLAUSA 21 - PEMINDAHAN HAK MILIK
Hak milik kepada Barang-Barang itu akan berpindah kepada Kerajaan selepas
bayaran penuh dibuat oleh Kerajaan bagi Barang-Barang yang telah dibekal,
dihantar, dipasang, diuji dan ditauliahkan.
KLAUSA 22 - TEMPOH WARANTI
22.1 Tempoh Waranti bagi semua Barang-Barang yang dibekalkan di bawah
Perjanjian ini ialah selama dua belas (12) bulan mulai dari tarikh SPA bagi
Barang-Barang itu.
22.2 Dalam Tempoh Waranti, Kontraktor hendaklah
Page 39 of 105
(a) menyediakan tanpa sebarang caj tambahan, perkhidmatan jaminan
untuk memastikan Barang-Barang sentiasa dalam keadaan baik; dan
(b) membuat apa-apa pelarasan dan pembaikan Barang-Barang atau
penggantian bahagian Barang-Barang jika diperlukan dan pelarasan,
pembaikan atau penggantian itu hendaklah diberitahu kepada
Kerajaan.
22.3 Jika semasa Tempoh Waranti tersebut terdapat apa-apa kecacatan yang
ditemui dalam reka bentuk, kejuruteraan dan bahan-bahan pada Barang-
Barang yang dibekalkan oleh Kontraktor, Kontraktor hendaklah dengan
segera seperti dalam Perjanjian dengan Kerajaan membetulkan kecacatan
dengan mengganti atau membaikpulih kecacatan atau apa-apa kerosakan
kepada Barang-Barang itu.
22.4 Sekiranya Kontraktor tidak dapat menggantikan Barang-Barang atau
bahagiannya dalam masa yang ditetapkan dalam Klausa 22.1 buat sementara
waktu, Kontraktor hendaklah meminjamkan kepada Kerajaan dengan
tanggungan kosnya sendiri sehingga penggantian untuk Barang-Barang atau
bahagian yang cacat itu diperolehi.
22.5 Kontraktor hendaklah memastikan mana-mana Barang-Barang atau
bahagiannya yang telah diganti dalam Tempoh Waranti adalah bebas
daripada kerosakan atau kecacatan bagi tempoh dua belas (12) bulan berkuat
kuasa dari tarikh penggantian.
22.6 Kerajaan boleh memberi akses masuk ke Tapak Pengguna yang diperlukan
oleh Kontraktor bebas dari apa-apa halangan bagi membolehkan Kontraktor
melaksanakan Perkhidmatan di bawah Klausa 22 ini. Kontraktor boleh,
dengan persetujuan Kerajaan, mengeluarkan Barang-Barang atau mana-
mana bahagian Barang-Barang yang cacat dari tapak jika sifat kecacatan
dan/atau apa-apa kerosakan kepada Barang-Barang yang disebabkan oleh
kecacatan itu, tidak dapat dibaiki di Tapak Pengguna.
KLAUSA 23 - TANGGUNG RUGI OLEH KONTRAKTOR
23.1 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan berkaitan dengan apa-apa
kerugian, ganti rugi, bayaran atau kos yang mungkin ditanggung atau
dikenakan ke atas Kerajaan berkenaan dengan apa-apa tuntutan,
tanggungan, prosiding atau perbicaraan yang timbul secara langsung atau
tidak langsung akibat kemungkiran Kontraktor, ejen atau pekerjanya terhadap
mana-mana terma dan syarat Perjanjian dengan syarat apa-apa kerugian,
ganti rugi, bayaran atau kos berkenaan tidak berpunca dari tindakan atau
Page 40 of 105
tinggalan yang cuai yang disebabkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan
mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini.
23.2 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan berkaitan dengan
apa-apa kerugian terhadap apa juga tindakan berkaitan pelanggaran hak
harta intelek oleh Kontraktor kerana mengguna atau menjual mana-mana
Barang-Barang yang dibekalkan oleh Kontraktor dan terhadap segala belanja
dan ganti rosak yang Kerajaan mungkin lakukan dalam suatu tindakan kerana
pelanggaran itu atau yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam suatu
tindakan itu.
KLAUSA 24 PENJAGAAN PERKHIDMATAN
24.1 Adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor di sepanjang Perjanjian ini berkuat
kuasa untuk memastikan segala perkakas dan peralatan pasang siap
(fixtures) Kerajaan yang sedia berada di persekitaran bangunan dan kawasan
Tapak Pengguna sentiasa dijaga kebersihan serta keselamatannya.
24.2 Apa-apa kerosakan terhadap mana-mana perkakas dan/atau peralatan
pasang siap Kerajaan di dalam Klausa 21.1 di atas akibat kecuaian
Kontraktor, ejen atau para pekerjanya hendaklah dilaporkan kepada Pegawai
Penguasa dan diperbaiki semula atau diganti oleh Kontraktor dengan
seberapa segera dan segala kos yang terlibat adalah ditanggung oleh
Kontraktor.
KLAUSA 25 PERUBAHAN PERKHIDMATAN
25.1 Pengenalan Kepada Perubahan
25.1.1 Kerajaan mempunyai hak untuk mencadangkan, dan kemudiannya
memerlukan, bahawa Kontraktor dari semasa ke semasa untuk
membuat apa-apa perubahan, pengubahsuaian, tambahan atau
pemotongan kepada Perkhidmatan (selepas ini dirujuk sebagai
"Perubahan"), dengan syarat bahawa Perubahan itu termasuk dalam
skop Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.
25.1.2 Kontraktor dari semasa ke semasa boleh mencadangkan kepada
Kerajaan (dengan salinan kepada Wakil Kerajaan) apa-apa
pertukaran sekiranya difikirkannya perlu atau mustahak untuk
meningkatkan kualiti, kecekapan atau keselamatan Perkhidmatan.
Kerajaan boleh pada budi bicaranya untuk meluluskan atau menolak
mana-mana Perubahan yang dicadangkan oleh Kontraktor.
Page 41 of 105
25.1.3 Prosedur untuk meneruskan dan melaksanakan Perubahan
dinyatakan dalam Klausa 25.2 dan 25.3.
25.2 Cadangan Perubahan Oleh Kerajaan
25.2.1 Jika Kerajaan mencadangkan Perubahan, Kerajaan hendaklah
menghantar kepada Kontraktor cadangan untuk Perubahan, yang
menghendaki Kontraktor menyediakan dan memberikan kepada
Kerajaan cadangan Perubahan dengan seberapa segera dan
hendaklah merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara yang
berikut:
penerangan ringkas tentang Perubahan;
jangka masa siap;
anggaran kos Perubahan;
kesan ke atas jaminan keberfungsian (jika ada); dan
kesan ke atas mana-mana peruntukkan lain dalam Perjanjian.
25.2.2 Sebelum menyediakan dan mengemukakan cadangan Perubahan,
Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan anggaran
untuk cadangan Perubahan. Kerajaan hendaklah melaksanakan
satu daripada yang berikut:
menerima anggaran Kontraktor dengan arahan kepada
Kontraktor untuk meneruskan penyediaan cadangan Perubahan;
menasihati Kontraktor bagi mana-mana bahagian anggaran
cadangan Perubahan yang tidak boleh diterima dan meminta
Kontraktor untuk mengkaji semula anggaran; atau
menasihati Kontraktor bahawa Kerajaan tidak berniat untuk
meneruskan Perubahan.
25.2.3 Apabila menerima arahan Kerajaan untuk meneruskan perubahan di
bawah Klausa 25.2.2 (a), Kontraktor hendaklah meneruskan
penyediaan cadangan Perubahan, mengikut Klausa 25.2.1.
25.2.4 Sebarang Perubahan harga hendaklah dikira mengikut kadar dan
harga yang terkandung dalam Perjanjian. Jika kadar dan harga
Page 42 of 105
adalah tidak saksama, pihak berkenaan hendaklah bersetuju pada
kadar tertentu untuk penilaian Perubahan harga.
25.2.5 Jika sebelum atau semasa penyediaan cadangan Perubahan,
Kontraktor mendapati semua perintah Perubahan akan
meningkatkan atau mengurangkan Harga Kontrak dalam Klausa 2
Perjanjian ini sebanyak lebih daripada lima belas peratus (15%),
Kontraktor boleh memberikan satu notis bantahan secara bertulis
sebelum mengemukakan cadangan Perubahan. Jika Kerajaan
menerima bantahan Kontraktor, Kerajaan boleh mengeluarkan
Perubahan yang dicadangkan dan hendaklah memberitahu
Kontraktor secara bertulis.
25.2.6 Apabila menerima cadangan Perubahan, Kerajaan dan Kontraktor
bersetuju tentang semua perkara yang terkandung di dalamnya.
Dalam tempoh empat belas (14) hari selepas persetujuan itu,
Kerajaan hendaklah, jika berniat untuk meneruskan Perubahan,
mengeluarkan perintah Perubahan kepada Kontraktor. Jika Kerajaan
tidak dapat mencapai keputusan dalam masa empat belas (14) hari,
Kerajaan hendaklah memberitahu Kontraktor dengan jelas tempoh
bagi keputusan akan dikeluarkan. Jika Kerajaan memutuskan untuk
tidak meneruskan Perubahan bagi apa-apa sebab, Kerajaan
hendaklah, dalam tempoh empat belas (14) hari, memberitahu
Kontraktor dengan sebab yang sewajarnya. Dalam keadaan seperti
ini, Kontraktor berhak untuk menuntut semua bayaran yang
munasabah yang dilakukan olehnya dalam penyediaan cadangan
Perubahan, dengan syarat bahawa kos ini tidak melebihi jumlah
yang diberikan oleh Kontraktor dalam anggaran bagi cadangan
Perubahan.
25.2.7 Jika Kerajaan dan Kontraktor tidak boleh mencapai persetujuan
pada harga Perubahan itu atau perkara lain yang berkaitan,
Kerajaan boleh mengarahkan Kontraktor untuk meneruskan
Perubahan dengan mengeluarkan perintah Perubahan bagi
Perjanjian tertangguh . Apabila menerima perintah Perubahan bagi
Perjanjian tertangguh, Kontraktor hendaklah dengan serta-merta
meneruskan dan melaksanakan Perubahan di bawah perintah itu.
Selepas itu, Pihak-Pihak terbabit hendaklah berusaha
menyelesaikan dan mencapai persetujuan mengenai isu-isu
tertunggak di bawah Cadangan Perubahan.
25.2.8 Jika Pihak-Pihak terbabit tidak dapat mencapai persetujuan dalam
tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kuat kuasa perintah
Page 43 of 105
Perubahan bagi Perjanjian tertangguh, maka perkara itu boleh
dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian.
25.3 Cadangan Perubahan Oleh Kontraktor
25.3.1 Jika Kontraktor mencadangkan Perubahan yang menurut Klausa
25.1.2, Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Kerajaan
permohonan cadangan Perubahan, secara bertulis dengan
memberikan sebab Perubahan yang dicadangkan termasuk
maklumat yang dinyatakan dalam Klausa 25.2.1. Apabila menerima
permohonan cadangan Perubahan, pihak-pihak terbabit hendaklah
mengikut prosedur yang digariskan dalam Subklausa 25.2. Walau
bagaimanapun, sekiranya Kerajaan memilih untuk tidak
meneruskannya, Kontraktor tidak berhak untuk mendapatkan
kembali kos penyediaan permohonan cadangan Perubahan.
KLAUSA 26 - FORCE MAJEURE
26.1 Kerajaan dan Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang
ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan Perjanjian ini, jika
ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force
Majeure. Dalam keadaan ini, yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak
dapat menyempurnakan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan
persetujuan Pihak-Pihak, tanpa apa-apa pampasan. Kejadian Force Majeure
hendaklah bermaksud
(a) peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,
penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau
tindakan pengganas;
(c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana
alam yang, secara munasabahnya, seseorang yang berpengalaman
tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;
(e) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa
(f) peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;
Page 44 of 105
(g) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau
(h) sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan
mana-mana Pihak.
26.2 Apabila mana-mana Pihak mula mengalami kesulitan untuk melaksanakan
atau terpaksa menangguhkan pelaksanaan Perjanjian ini akibat daripada
insiden-insiden Force Majeure (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Terlibat),
maka Pihak Terlibat berkewajipan memberitahu Pihak yang satu lagi secara
bertulis dalam masa empat puluh lapan (48) jam dari saat berlakunya insiden
tersebut mengenai berlakunya Force Majeure dan memohon penangguhan
Perjanjian atau sebahagian daripada Perjanjian itu dan memberikan bukti-
bukti yang munasabah berkenaan dengan insiden di atas beserta kesannya
terhadap pelaksanaan Perjanjian ini.
26.3 Jika Pihak yang menerima notis mengenai insiden Force Majeure itu
mempertikaikan insiden Force Majeure itu, maka kedua-dua Pihak hendaklah
berunding untuk mencapai penyelesaian.
26.4 Walau apa pun, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Terlibat untuk
memastikan bahawa apa-apa kesan terhadap pelaksanaan Perjanjian ini
dielakkan atau dikurangkan.
26.5 Jika Kerajaan atau Kontraktor tidak dapat melaksanakan kewajipannya di
bawah Perjanjian ini disebabkan oleh keadaan Force Majeure yang
berterusan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dan keadaan
Force Majeure itu adalah sehinggakan niat Perjanjian tidak dapat
dilaksanakan, maka mana-mana Pihak boleh, melalui notis bertulis,
menamatkan Perjanjian ini dan mana-mana Pihak itu tidak akan
bertanggungjawab kepada Pihak yang satu lagi kecuali apa-apa pelanggaran
terdahulu daripada keadaan Force Majeure tersebut.
26.6 Bagi mengelakkan sebarang keraguan Pihak Terlibat hendaklah
melaksanakan semua kewajipan lain di bawah Perjanjian ini yang tidak
terjejas oleh insiden Force Majeure itu.
KLAUSA 27 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
27.1 Apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkenaan
dengan Perjanjian ini hendaklah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua
Pihak.
Page 45 of 105
27.2 Jika hal, pertikaian atau tuntutan tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik
oleh Pihak-Pihak yang terlibat, maka hal, pertikaian atau tuntutan tersebut
boleh dirujuk oleh mana-mana Pihak kepada Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian yang dianggotai oleh
(a) Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai
pengerusi bebas yang dilantik secara persetujuan bersama oleh Pihak-
Pihak;
(b) dua (2) orang wakil yang dilantik daripada Kerajaan; dan
(c) dua (2) orang wakil yang dilantik daripada Kontraktor.
27.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut hendaklah menentukan
prosedurnya sendiri. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut
hendaklah bermesyuarat dan berusaha sedaya upaya untuk mencapai
penyelesaian yang sebaik-baiknya di atas perkara yang dirujukkan
kepadanya.
27.4 Jika hal, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada Jawatankuasa
Penyelesaian Pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik oleh
Pihak-Pihak, mana-mana Pihak boleh merujuk hal, pertikaian atau tuntutan
tersebut kepada timbang tara dalam masa empat belas (14) hari daripada
tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian membuat keputusan.
27.5 Setiap ahli Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian termasuk Pengerusi
memegang satu undi. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut adalah muktamad dan
mengikat Pihak-Pihak yang terlibat.
KLAUSA 28 - TIMBANG TARA
28.1 Kerajaan dan Kontraktor hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang
mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini melalui proses
rundingan.
28.2 Apa-apa pertikaian yang berbangkit antara Kerajaan dengan Kontraktor
mengenai penafsiran, pengertian, atau kuat kuasa Perjanjian atau hak dan
tanggungan Pihak-Pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit
daripadanya atau yang berhubung dengannya yang tidak boleh diselesaikan
secara rundingan bolehlah dirujukkan dan diputuskan oleh seorang
penimbang tara yang dilantik dengan persetujuan kedua-dua Pihak, atau oleh
Pengarah, Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk
Page 46 of 105
sebagai Pusat itu). Apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan
sebagai pengemukaan kepada penimbang tara mengikut Akta Timbang Tara
2005 [Akta 646]. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh penimbang tara adalah
muktamad.
28.3 Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di Pusat itu dengan
menggunakan segala peralatan dan kemudahan di Pusat itu dan segala
peraturan timbang tara yang dipakai di Pusat itu hendaklah terpakai.
28.4 Keputusan penimbang tara hendaklah mengikat kedua-dua Pihak.
28.5 Apa-apa rujukan kepada mana-mana perkara, pertikaian, persoalan atau
tuntutan kepada timbang tara selaras dengan kalusa ini dan/atau pelanjutan
prosiding timbang tara akibat daripadanya bukanlah suatu pengetepian
terhadap apa-apa obligasi Kerajaan dan Kontraktor untuk melaksanakan
obligasi mereka masing-masing di bawah Perjanjian ini.
KLAUSA 29 - PENAMATAN PERJANJIAN
29.1 Kerajaan berhak selepas memberi notis selama tiga puluh (30) hari kepada
Kontraktor untuk menamatkan Perjanjian ini jika berlaku mana-mana
keadaan-keadaan berikut:
(a) Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma atau
syarat-syarat dalam Perjanjian ini;
(b) Kontraktor tidak lagi memiliki Akuan Pendaftaran Kontraktor
Bumiputera;
(c) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau
sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya,
sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor melakukan
perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung dengan
perolehan atau pelaksanaan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian
lain dengan Kerajaan;
(d) Kontraktor telah meluluskan suatu ketetapan atau satu perintah telah
dikeluarkan oleh Mahka
Top Related