TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BERASASKAN “MOONEY PROBLEM CHECK LIST”
NORIASAH BINTI OSMAN TENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BERASASKAN “MOONEY PROBLEM CHECK LIST”
NORIASAH BINTI OSMAN TENG
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2006
ii
iii
DEDIKASI
Kepada bondaku dan ayahku yang tersayang,
Pn. Normah Bt. Adan dan En. Osman Teng Bin Abdullah, pengorbanan,
sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini
berjaya mencapai cita-cita amat dihargai. Semoga ayah dan ibu dipanjangkan usia
dan dirahmati Allah selalu hendaknya.
Kepada tunangku,
Mohd. Khairul Anuar Bin Mohd. Tahir, segala bantuan dan dorongan yang
dihulurkan selama ini sangat aku hargai.
Kepada rakan-rakan seperjuangan
Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang kita hadapi bersama selama
tempoh berkursus di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah.Terima kasih tidak
terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan selama
tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan
seadilnya segala budi baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.
Penulis ingin merakamkan penghargaan iklas dan ucapan terima kasih kepada
pembimbing PSM ini iaitu Prof. Madya Syed Mohamed Shafeq bin Syed Mansor
atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh PSM ini
dibuat.
Ucapan terima kasih juga penulis berikan kepada pihak pentadbir di bahagian
Pendidikan UTM atas kerjasama memberikan maklumat tentang bilangan pelajar dan
kursus pelajar Tahun Satu di UTM untuk kegunaan PSM ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan PSM ini. Semoga segala
bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dengan
demografi di kalangan pelajar-pelajar Tahun Satu , Fakulti Pendidikan di UTM.
Seramai 217 orang pelajar telah dipilih secara rawak. Alat kajian yang digunakan
untuk mengukur kategori masalah ialah Mooney Problem Check List (MPCL) yang
mengandungi 330 item. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.86. Data
yang diperolehi dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian “Statistical
Package for the Social Sciences”, Versi 11.5 (SPSS 11.5). Teknik pemeratusan telah
digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian telah diperolehi mendapati
kategori masalah yang paling mengganggu pelajar ialah kegiatan sosial dan rekreasi
(47.46%), penyesuaian terhadap kerja-kerja tugasan akademik (47.34%) dan
perhubungan peribadi dan psikologi (emosi) (43.23%). Manakala item yang kurang
mengganggu responden pula ialah kurikulum dan kaedah pengajaran (36.69%),
kesihatan dan pertumbuhan jasmani (35.65%) dan rumah tangga dan keluarga
(33.74%). Oleh itu beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah
tersebut.
vi
ABSTRACT
This study was to identify the category of problem and demography of first
undergraduate students from Education Faculty in UTM. 217 of students were
chosen randomly as respondents for this study. Instrument used is Mooney Problem
Check List (MPCL) containing 330 items. The reliability of this instrument, α= 0.83.
Data collected were processed and analyzed descriptively using “Statistical Package
for the Social Sciences”, Version 11.5 (SPSS 11.5). Statistical percentages technique
was used to answer the research questions. From the study, it was found that the most
categories of problem faced by the student were social and recreation activity
(47.46%), familiarizing with academic assignments (47.34%) and relation between
personal and psychology (emotion) (43.23%). The less distracting factors were
curricula and teaching method (36.69%), health and physical development (35.65%)
and families (33.74%).). Few suggestions were proposed to overcome the
distractions faced by students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 6
1.7 Definisi Istilah 6
1.7.1 Pelajar 6
viii
1.7.2 Kategori Masalah 6
1.7.3 Demografi 7
1.8 Penutup 7
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 8
2.1 Pengenalan 8
2.1.1 Kajian Luar Negara 8 2.1.2 Kajian Di Malaysia 10
2.2 Alat Ukur Kajian 12
2.3 Kajian Punca Masalah 13
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 14
3.1 Pengenalan 14 3.2 Reka Bentuk Kajian 14 3.3 Tempat Kajian 15 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 15 3.4.1 Cara Persampelan 17 3.5 Instrumen Kajian 17
3.5.1 Bahagian A (Biodata) 17 3.5.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 18
3.5.3 Kesahan Instrumen Kajian MPCL 19
3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 19
3.6 Prosedur Kajian 20
3.7 Analisis Data 20
ix
3.7.1 Memproses Data 20 3.7.2 Pengiraan Peratus 21
3.8 Jangkamasa Kajian 21 3.9 Penutup 21 BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 22
4.1 Pengenalan 22 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 23 4.2.1 Analisis Secara Deskritif 26 4.3 Bahagian B : Laporan Analisis 38
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 93 CADANGAN
5.1 Pendahuluan 93 5.2 Perbincangan 93 5.3 Rumusan 97 5.4 Cadangan 98
5.4.1 Pelajar 99
5.4.2 Ibu Bapa/keluarga 100 5.4.3 Universiti 101 5.4 Cadangan kajian lanjutan 101
5.5 Penutup 102
x
BIBLIOGRAFI 103 LAMPIRAN Lampiran A-E 105 - 131
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Jumlah Sampel yang Terlibat di Fakulti Pendidikan 16 3.2 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 18 3.3 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah Kajian ini 19 4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 23 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Kursus Pengajian 24 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Sekolah 25 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Kelayakan Akademik Masuk ke UTM 25 4.5 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani 27
4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Keadaan kehidupan Dan Pekerjaan 28
4.7 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan Rekreasi 29
4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Psikologi Sosial 30
4.9 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) 31
4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
xii
Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 32
4.11 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item Dalam Sub Skala Masalah Rumah Tangga dan Keluarga 33
4.12 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama 34 4.13 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akdemik 35
4.14 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran Dan Kerjaya Masa Depan 36 4.15 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Pengajaran 37 4.16 Kesimpulan Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Kategori Masalah Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 38
4.17 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan
Jasmani Mengikut Tahun Pengajian 39 4.18 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan
Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Jantina 40 4.19 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Rekreasi Mengikut Jantina 40 4.20 Lima Masalah Utama Perhubungan Psikologi Sosial
Mengikut Jantina 41 4.21 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi
dan Psikologi (emosi) Mengikut Jantina 42
4.22 Lima Masalah Utama Kategori Masalah Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Jantina 42
4.23 Lima Masalah Utama Kategori Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Jantina 43 4.24 Lima Masalah Utama Moral dan Agama
Mengikut Jantina 43 4.25 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Jantina 43
xiii
4.26 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Jantina 44
4.27 Lima Masalah Utama Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
Kategori Mengikut Jantina 45 4.28 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Jantina 45 4.29 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kursus Pengajian 46 4.30 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan
Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kursus Pengajian 48 4.31 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Rekreasi Mengikut Kursus Pengajian 50 4.32 Lima Masalah Utama Kategori Perhubunganl
Psikologi Sosial Mengikut Kursus Pengajian 52 4.33 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan
Psikologi (emosi) Mengikut Kursus Pengajian 54 4.34 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Kursus Pengajian 56
4.35 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Kursus Pengajian 58 4.36 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Kursus Pengajian 60 4.37 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kursus Pengajian 62 4.38 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa
Depan Mengikut Kursus Pengajian 64 4.39 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Kursus Pengajian 66 4.40 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Kursus Pengajian 68 4.41 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Sekolah Menengah 70 4.42 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan dan
Pekerjaan Mengikut Sekolah Menengah 71
xiv
4.43 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan Rekreasi Mengikut Sekolah Menengah 72
4.44 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Psikologi Sosial
Mengikut Sekolah Menengah 73 4.45 Lima Masalah Utama Perhubungan Peribadi dan
Psikologi (emosi) Mengikut Sekolah Menengah 74 4.46 Lima Masalah Utama Kategori Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Sekolah Menengah 75 4.47 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Sekolah Menengah 76 4.48 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Sekolah Menengah 77 4.49 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Sekolah Menengah 78 4.50 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan Mengikut Sekolah Menengah 79 4.51 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Sekolah Menengah 80 4.52 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Sekolah Menengah 81 4.53 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kelayakan 82 4.54 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kelayakan 83 4.55 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Rekreasi Mengikut Kelayakan 84 4.56 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Psikologi
Sosial Mengikut Kelayakan 85 4.57 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi
dan Psikologi (emosi)Mengikut Kelayakan 856 4.58 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Kelayakan 87 4.59 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga Dan Keluarga
Mengikut Kelayakan 88
xv
4.60 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama Mengikut Kelayakan 89
4.61 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kelayakan 90
4.62 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan Mengikut Kelayakan 91 4.63 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Kelayakan 92 4.64 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Kelayakan 93
xvi
SENARAI SINGKATAN
MPCL Mooney Problem Check List
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Packages for the Social Sciences
SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPT Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
SPC Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPM Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
SPI Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
SPS Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Sukan)
TESL Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (TESL)
SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPA Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Surat Permohonan Senarai Nama
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan 105 Lampiran B Senarai Nama
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan 107
Lampiran C Jadual Penentuan Sampel 115 Lampiran D Borang Soal Selidik 117 Lampiran E Surat Pemohonan Lebih daripada 100 130 Muka surat
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Setelah menamatkan zaman persekolahan, tiba masanya untuk melangkah
kepada satu tahap pendidikan yang lebih tinggi iaitu ke menara gading. Pemilihan
pelajar ke universiti ditentukan berdasarkan kelayakan akademik mereka sama ada
daripada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi ataupun lepasan
Diploma. Secara formalnya, setiap individu menerima pendidikan seawal usia tujuh
tahun, kemudiannya melalui beberapa tahap tertentu yang telah ditentukan oleh
sistem pendidikan sehinggalah sampai ke peringkat universiti.
Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi terutama apabila berlaku perubahan
baru kepada diri pelajar selepas sahaja melangkah masuk ke universiti. Adakalanya
berlaku kejutan budaya kepada para pelajar baru dan jika tersalah langkah akan
memberi kesan negatif kepada mereka. Cabaran dan perubahan ini menyebabkan
mereka secara paksa perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.
Masalah-masalah yang mengganggu pelajar-pelajar baru ini dapat
dikategorikan kepada 11 permasalahan yang dinyatakan dalam alat ukur Mooney
Problem Check List (MPCL) yang direka oleh Mooney pada tahun 1942 dan diuji
kembali pada tahun 1950. Kategori-kategori masalah ini terdiri daripada kesihatan,
kewangan, rekresi, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian, keluarga, dan
pengajaran.
2
1.1 Latar belakang masalah
Dalam tempoh sedekad ini, pelbagai perubahan dilakukan dalam sistem
pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun di unversiti. Perubahan-
perubahan yang dibuat ini sedikit sebanyak menganggu proses pembelajaran pelajar
dan memberi kejutan terutama kepada pelajar-pelajar yang baru melangkah kaki ke
universiti. Mereka perlu menyesuaikan proses pembelajaran, persekitaran dan
pengajaran yang berbeza di antara alam persekolahan dengan suasana yang baru di
universiti.
Kegagalan pelajar-pelajar baru dalam proses penyesuaian ini menyebabkan
pelbagai masalah timbul. Kurangnya pendedahan dan persediaan adakalanya
menyebabkan pelajar yang cemerlang semasa di sekolah atau pun di Matrikulasi
menemui kegagalan apabila berada di universiti. Pencapaian pelajar dalam sesuatu
mata pelajaran bergantung kepada bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian
terhadap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui
diagnosis terhadap gaya pembelajaran individu itu (Price, 1977). Oleh itu
pembelajaran yang tidak bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar akan
menyebabkan pelajar ini terjerumus kepada masalah pembelajaran.
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan
perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga
adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini
bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan
dan perbuatan nyata. Apabila pendidikan dilihat dari segi ini maka jelaslah objektif
pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki
berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas para pelajarnya (Ralph W. Tyler,
1989).
Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong
dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua
aspek iaitu jasmani akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan
untuk mempertingkatkan diri individu supaya hidup dengan sempurna serta
3
memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi
seorang ahli masyarakat yang berguna.
Dari pandangan psikologi pula, pendidikan bererti perubahan dan boleh
dianggap sama ada sebagai proses atau sebagai hasil. Pendidikan sebagai satu proses
meliputi semua bentuk kegiatan yang menempatkan seseorang itu untuk hidup
bermasyarakat dan yang menolong menyalurkan adat resam, undang-undang,
kepercayaan agama, bahasa dan institusi sosial dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. (Crow dan Crow, 1983).
Dalam pendidikan, perlakuan yang berlaku adalah campuran interaksi dari
dua ilmu. Perlakuan seseorang pelajar mungkin disebabkan oleh gerakan
berkumpulan atau pergerakan berkumpulan mungkin disebabkan oleh pengaruh
seseorang atau pengaruh beramai-ramai ( Mohd Najib , 1999). Oleh itu, walaupun
para pelajar ini telah menerima pendidikan secara formal, pengaruh ke arah
permasalahan kepada dunia persekitarannya akan sentiasa menganggu pelajar dalam
proses perkembangan fizikal dan mentalnya .
Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pelajaran
merupakan satu agenda yang patut diutamakan oleh setiap pelajar. Pengurangan
kategori permasalahan dalam menuntut ilmu akan meningkatkan lagi prestasi
kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian,
keluarga dan pengajaran akademik serta mengurangkan gejala sosial kehidupan
seseorang pelajar pada masa hadapan.
1.2 Penyataan masalah
Secara umumnya, setiap pelajar menghadapi pelbagai masalah. Secara
khususnya, data mengenai tahap masalah yang dihadapi oleh Pelajar Tahun Satu
Fakulti Pendidikan pada sesi 2005/2006 secara klasifikasi mengikut Mooney
Problem Check List masih belum diketahui dengan terperinci.
4
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti kategori
masalah di kalangan pelajar-pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini
bertujuan untuk :
1.3.1 Mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia.
1.3.2 Mengenalpasti perbezaan kategori masalah dari segi demografi
(jantina, kursus pengajian, sekolah dan kelayakan akademik).
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini bermatlamat untuk meneliti:-
1.4.1 Apakah kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tahun Satu
Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan kategori masalah dari segi faktor demografi
terpilih (jantina, kursus pengajian, sekolah dan kelayakan akademik)?
Top Related