KETANDUSAN PEMAIN SEPAK TAKRAW
Bukan mahu menuding jari kepada individu atau pihak yang terlibat, tetapi
sepatutnya sistem latihan sepak takraw ini disusun secara rapi di peringkat sekolah lagi,
barulah negara tidak ketandusan pemain yang berbakat. Secara logiknya, mustahil dalam
kalangan ratusan ribu orang pelajar sekolah dinegara ini tidak ada pelajar yang benar-benar
berbakat untuk dilatih menjadi seorang pemain yang hebat. Sepak takraw sebagai sukan
tradisional di negara ini bukanlah sukan yang asing dalam kalangan masyarakat. Namun,
muthakhir ini Malaysia semakin ketinggalan dengan kehebatan Thailand yang
mempamerkan permainan serta kemunculan pelapisnya yang hebat.
Ekoran kehebatan Thailand yang masih belum ditemui formula terbaik untuk
menewaskannya, timbul pula cadangan daripada pengurusan tertinggi PSM yang mahu
mendapatkan “sentuhan” jurulatih dari Thailand. Baru sahaja peringkat cadangan, hasrat
tersebut terus dikecam oleh beberapa individu yang merasakan pembaziran jika
menggunakan khidmat jurulatih asing. Dari sudut positif, ada juga baiknya menggunakan
khidmat jurulatih luar negara. Hal ini demikian kerana mereka lebih fokus terhadap
pembinaan serta kemahiran pemain dan bukannya sibuk menjaga “periuk nasi” sendiri.
Masalah ini yang kerap terjadi dalam mana-mana persatuan di negara ini. Konsep
mengutamakan “kepentingan diri sendiri” berbanding dengan kemajuan dan prestasi pemain
sering menjadi punca kegagalan.
[ # kətandusan pəmãin sepaʔ takraw # ]
[ # bukan mahu mənũding jari kəpada individu atau pihaʔ jaŋ terlibat / tətapi
səpatutɲa sistəm latihan sepaɁ takraw ini disusun səčara rapi di pəriŋkat səkolah lagi/
barulah nəgara tidaʔ kətandusan pəmãin jaŋ bərbakat // səčara logiʔɲa / mũstahil dalam
kalaŋãn ratusan ribu oraŋ pəlajar səkolah di nəgara ini tidaʔ Ɂada pəlajar jaŋ bənãr-bənãr
bərbakat uʷntoʔ dilatih mənjadi səoraŋ pəmaʲin jaŋ həbat // sepaɁ taʔraw səbagai sukan
tradisiʲonal di nəgara ini bukanlah sukan jaŋ asiŋ dalam kalaŋãn mašarakat // nãmũn /
muɵakhir ini Malaysiʲa səmãkin kətiŋgalan dəŋãn kəhebatan ɵayland jaŋ məmpamẽrkan
pərmãʲinãn sərta kəmũncolan pəlapisɲã jaŋ həbat//#]
[ # ekoran kəhebatan ɵayland jaŋ mãseh bəlom ditəmũʲi formũla terbaʲiʔ uʷntoʔ
mənẽwaskanɲã / timbol pula čadaŋãn daripada pəŋurusan tərtiŋgi pi.es.em jaŋ mãhu
məndapatkan “səntohan” jurulatih dari ɵayland // baru sahaja pəriŋkat čadaŋãn / hasrat
tərsəbut tərus dikəcam oleh bəbərapa individu jaŋ mərasakan pəmbaziran jika məŋgunãkan
ᵡidmãt jurulatih asiŋ // dari sudut positif / ada juga baiʔɲã məŋgunãkan ᵡidmãt jurulatih luʷar
nəgara // hal ini demῖkῖʲan kəranã məreka ləbih fokus tərhadap pəmbinãan pəmaʲin sərta
kəmãhiran pəmaʲin dan bukanɲã sebok mənjaga “pəriʲuʔ nãsi” səndiri / mãsalah ini jaŋ kərap
tərjadi dalam mãnã-mãnã pərsatuʷan di nəgara ini // konsep məŋũtamãkan “kəpəntiŋãn diri
səndiri” bərbandiŋ dəŋãn kəmãjuʷan dan prestasi pəmaʲin səriŋ mənjadi punča kəgagalan //
# ]
Top Related