Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
TUGASAN INDIVIDU (WAJIB) MODUL 2 (ESEI)
NAMA : RASIDA BINTI MOHAMAD
KUMPULAN : NPQEL 2014/SR1
NO. KP : 680125-01-5356
Soalan 1.
a) Berdasarkan video klip ucapan YAB Dato’ Sri Najib bin Hj Tun Abdul Razak,
nyatakan anjakan paradigma yang telah dirancang untuk merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (11 markah)
b) Agenda kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah
memastikan seorang Pengetua atau Guru Besar yang berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Bincangkan bagaimana anda sebagai pemimpin
Instruksional dapat mewujudkan iklim sekolah yang positif untuk merealisasikan
agenda kelima tersebut dengan jayanya berserta contoh. (14 markah)
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 1
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
a) Berdasarkan video klip ucapan YAB Dato’ Sri Najib bin Hj Tun Abdul Razak,
nyatakan anjakan paradigma yang telah dirancang untuk merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (11 markah)
1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara
Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan yang baharu pada Oktober 2011. Kajian ini berdasarkan standard
pendidikan antarabangsa, peningkatan aspirasi Negara dan harapan ibubapa serta
masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda
untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Terdapat sebelas anjakan paradigma yang
telah dirancang untuk transformasi sistem bagi merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 (Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif,
September 2012)
2.0 ANJAKAN PARADIGMA :
2.1 Anjakan 1 : Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada pendidikan
Kerkualiti bertaraf Antarabangsa
Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan sains
dengan standard antarabangsa
Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula
kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017.
Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100%
menjelang 2020.
Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada
umur 6+ tahun,disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan
vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan.
Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 2
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
2.2 Anjakan 2 : Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris
Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah,
dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi
menggantikan kelas Peralihan.
Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.
Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi
pendedahan terhadap Bahasa Inggeris.
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.
2.3 Anjakan 3 : Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai
Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017.
Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas
teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.
Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.
Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi
antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi.
2.4 Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan
Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30%
teratas.
Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan
individu dan latihan berasaskan sekolah .
Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013
dengan mengurangkan beban pentadbiran.
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai
2016.
Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus menjelang 2016.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 3
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses
pensijilan mulai 2025.
2.5 Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan
Setiap Sekolah
Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan
proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan
lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah,
kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan
keberhasilan murid.
2.6 Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan
Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang
sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014.
Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai
dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan
prestasi besar.
Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang
2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.
2.7 Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti
Pembelajaran Di Malaysia
Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan
perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran
kritikal pada 2013.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 4
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
2.8 Anjakan 8 : Mentransformasi Kebolehupayaan Dan Kapasiti
Penyampaian Kementerian
Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan
terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013.
Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN
kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014.
Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan
utama mulai 2013.
Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016.
2.9 Anjakan 9 : Bekerjasama Dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor
Swasta Secara Meluas
Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana
penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah
(SAPS).
Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan
kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti
miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa.
Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan
melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur.
2.10 Anjakan 10 : Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan
anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB).
Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi,dengan mengagihkan peruntukan
kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 5
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
2.11 Anjakan 11 : Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara
Langsung
Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan
Pembangunan Pendidikan mulai 2013.
Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi
memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan
maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan
persekitarannya.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 6
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
b) Agenda kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
ialah memastikan seorang Pengetua atau Guru Besar yang berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Bincangkan bagaimana anda sebagai
pemimpin Instruksional dapat mewujudkan iklim sekolah yang positif untuk
merealisasikan agenda kelima tersebut dengan jayanya berserta contoh.
(14 markah)
1.0 PENDAHULUAN
Berdasarkan Anjakan 5 : Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti pengetua / guru besar merupakan faktor
berasaskan sekolah yang kedua terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan
keberhasilan murid. Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan
bahawa pengetua atau guru besar yang cemerlang, yang memberi tumpuan kepada
kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran akan dapat
meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. (Ringkasan Eksekutif PPPM
2013-2025, muka surat 21, September 2012)
2.0 DEFINISI INSTRUKSIONAL DAN KEPIMPINAN INSTURKSIONAL
Instruksional adalah merujuk kepada proses, bentuk atau cara penyampaian
maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Ia boleh dalam bentuk arahan, tunjuk
cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain dengan tujuan
membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu aktiviti,
tindakan atau tugas (James dan Balasandran, 2013).
Kepimpinan instruksional pula. adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan
oleh pentadbir sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan kejayaan proses
pengajaran dan pembelajaran dan pembangunan sekolah (Hallinger dan Murphy,
1985).
3.0 TUGAS SEORANG PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DALAM MEWUJUDKAN
IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 7
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Sebagai seorang pemimpin instruksional, saya perlu memastikan dapat
melaksanakan empat bidang tugas utama yang berikut bagi mewujudkan iklim
sekolah yang positif untuk merealisasikan agenda kelima dalam anjakan paradigma
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan jayanya.
Empat bidang tugas utama dalam kemahiran kepimpinan instruksional tersebut
adalah :
3.1 KEPIMPINAN PENDIDIKAN
3.1.1 Menetapkan Hala Tuju Instruksional
Pelaksanaan strategi bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pelaksanaan program-program peningkatan akademik. Membentuk visi
dan menetapkan matlamat yang jelas, memberikan panduan kepada pencapaian
matlamat yang ditetapkan; menggalakkan orang lain untuk menyumbang kepada
pencapaian matlamat; mendapatkan komitmen untuk melaksanakan sesuatu
daripada individu atau kumpulan. Sebagai contoh, saya perlu :
Mempunyai visi yang jelas untuk sekolah dan usaha-usaha yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran.
Menetapkan ekspektasi pencapaian yang tinggi terhadap PdP untuk diri sendiri dan
orang lain.
Saya menggalakkan inovasi demi mempertingkatkan PdP yang Berjaya untuk setiap
murid.
Menetapkan objektif kejayaan akademik murid dan pengajaran berkesan yang boleh
diukur.
Menjana minat dan memupuk orang lain untuk bekerjasama kea rah mencapai
matlamat bersama, iaitu kejayaan setiap murid.
Membentuk kesepakatan dengan sumber-sumber di luar sekolah untuk
meningkatkan kualiti PdP.
Meluahkan ekspektasi yang jelas berkaitan dengan pencapaian staf kerana ia berkait
dengan keberkesanan pengajaran dan kejayaan murid.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 8
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Mengiktiraf dan menyambut kejayaan kejayaan orang lain untuk usaha mereka
memastikan kejayaan murid.
Mendapatkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam suatu tindakan spesifik
untuk meningkatkan pembelajaran murid.
3.1.2 Kerja Berpasukan
Mencari dan menggalakkan penglibatan ahli-ahli kumpulan. Meneladani dan
menggalakkan tingkahlaku yang menggerakkan kumpulan ke arah penyelesaian
tugas.Menyokong pencapaian kumpulan. Contohnya:
Saya perlu menyokong idea dan pandangan yang diberi oleh ahli ahli kumpulan
untuk menyelesaikan masalahdan meningkatkan pembelajaran
Saya harus menggalakkan orang lain untuk berkongsi idea dan pendapat.
Saya perlu menyumbang idea dan pendapat kea rah mencapai penyelesaian dan
meningkatkan kejayaan murid.
Saya perlu membantu dalam tugas-tugas operasi pasukan.
Saya perlu mendapatkan input idea daripada ahli-ahli kumpulan untuk meningkatkan
pembelajaran.
Saya harus membantu pasukan dalam mengekalkan hala tuju yang diperlukan untuk
menyelesaikan tugas.
Saya perlu berusaha mendapatkan konsensus daripada ahli-ahli kumpulan.
3.1.3 Sensitiviti
Merasai keperluan dan kebimbangan orang lain. Cekap melayani orang lain dalam
situasi yang tegang atau berkonflik. Mengetahui jenis maklumat untuk disampaikan
kepada orang yang betul. Boleh berkomunikasi yang berkesan kepada orang
daripada pelbagai latar belakang etnik, budaya, dan agama. Contohnya, saya perlu :
Berinteraksi dengan baik dan berhemah dengan orang daripada latarbelakang
berbeza.
Memahami persepsi, perasaan dan kebimbangan orang lain.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 9
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Menyuarakan ketidaksetujuan tanpa menimbulkan konflik yang tidak sepatutnya.
Cuba meramal respon orang lain dan bertindak untuk mengurangkan kesan
negatifnya.
Menyampaikan maklumat yang sesuai untuk orang yang sepatutnya dalam tempoh
masa yang sesuai.
Meluahkan secara lisan dan/atau bukan lisan untuk mengiktiraf perasaan, keperluan,
dan kebimbangan orang lain.
Bertindak balas secara berhemah dengan orang lain yang mengalami tekanan emosi
atau konflik.
Mengambil tindakan untuk meredakan konflik yang tidak sepatutnya berlaku.
Membalas dalam tempoh yang sesuai kepada pihak-pihak yang ingin menghubungi
saya.
3.2 MENYELESAIKAN MASALAH KOMPLEKS
3.2.1 Penghakiman
Keperluan mencapai keputusan atau kesimpulan logikal serta membuat keputusan
berkualiti tinggi berdasarkan maklumat yang diperoleh.Menentukan keutamaan
bersesuaian dengan isu. Berhati-hati semasa hendak membuat keputusan atau
mengambil tindakan.Mendapatkan data dan fakta yang relevan.Menganalisis dan
menterjemah maklumat yang kompleks. Sebagai contoh, saya perlu :
Memberikan keutamaan kepada isu-isu yang timbul dan tugas berkaitan PdP.
Mengambil tindakan berhati-hati (berwaspada) apabila berurusan dengan isu-isu dan
individu yang baru.
Mengelak daripada membuat kesimpulan yang cepat atau membuat keputusan
dengan maklumat yang terhad.
Menilai maklumat untuk mengenalpasti factor-faktor yang mempengaruhi PdP.
Memberikan rasional pembelajaran yang jelas untuk setiap keputusan.
Mencari maklumat tambahan tentang isu dan perkara-perkara yang berkaitan
dengan sekolah dan misinya.
Menggunakan sumber data dan maklumat yang relevan untuk mengesah atau
menolak andaian-andaian.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 10
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Menanyakan soalan-soalan tambahan untuk mengesahkan sesuatu maklumat.
Berusaha untuk mengenal pasti punca-punca masalah
Mengenalpasti hubungan antara isu dan peristiwa-peristiwa.
3.2.2 Berorientasikan Keputusan
Memikul tanggungjawab.Sedar apabila sesuatu keputusan diperlukan.Mengambil
tindakan yang pantas apabila isu muncul.Menyelesaikan isu-isu jangka pendek dan
mengimbangkannya dengan objektif jangka panjang. Sebagai contoh, saya perlu :
Mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu isu dalam tempoh masa yang
sesuai.
Mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif memajukan PdP.
Menentukan kriteria untuk mengenalpasti masalah.
Mempertimbangkan implikasi jangka pendek dan jangka panjang sesuatu keputusan
terhadap PdP sebelum mengambil sesuatu tindakan.
Melihat perkara-perkara yang berkait dengan pembelajaran murid sebagai misi
sekolah.
3.2.3 Kebolehan Mengorganisasi
Merancang dan menjadualkan kerja-kerja sendiri dan orang lain supaya sumber-
sumber digunakan dengan sesuai dan berkesan. Menjadualkan pelaksanaan aktiviti
dan menetapkan prosedur untuk memantau projek-projek.Mengamalkan pengurusan
masa dan tugas serta mahir mengagih tugas kepada orang yang sesuai. Contohnya,
saya perlu :
Mengagihkan tanggungjawab kepada orang lain.
Memantau kemajuan dan penyelesaian tanggungjawab yang diagihkan
Membuat pelan tindakan untuk mencapai matlamat berkaitan pembelajaran murid
Memantau kemajuan dan mengubahsuai rancangan dan tindakan-tindakan
sekiranya perlu.
Menetapkan jangka masa, jadual dan indikator pencapaian.
Membuat persediaan yang mencukupi untuk mesyuarat.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 11
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
Menggunakan sumber sedia ada dengan berkesan untuk mencapai maatlamat
pembelajaran untuk murid di sekolah.
3.3 KOMUNIKASI
3.3.1 Komunikasi Lisan
Berkomunikasi dengan jelas apabila bercakap dengan individu lain, kumpulan kecil
dan kumpulan besar. Membuat persembahan lisan dengan jelasdan mudah
difahami. Contohnya, saya perlu :
Mempamerkan kemahiran persembahan yang berkesan (contoh: komen pembuka
dan penutup, hubungan mata, bersemangat, yakin, peramah dan menggunakan alat
bantu visual)
Mampu meluahkan perasaan.
Menggunakan tatabahasa yang betul.
Menyesuaikan mesej untuk memenuhi keperluan audiens yang berbeza.
Menyampaikan buah fikiran dan idea dengan jelas dalam perbualan secara
perorangan.
Menyampaikan buah fikiran dan idea dengan jelas dengan kumpulan kecil.
Menyampaikan buah fikiran dan idea dengan jelas dalam persembahan formal atau
kepada kumpulan besar.
3.3.2 Komunikasi Bertulis
Menyampaikan idea dengan jelas secara bertulis, mempamerkan kecekapan teknikal
dalam penulisan.Aras penulisan bersesuaian dengan audiens yang berbezaa-beza.
Sebagai contoh :
Penulisan saya perlu ringkas dan padat
Saya perlu mempamerkan kecekapan teknikal dalam penulisan.
Saya harus mampu meluahkan idea dengan jelas melalui penulisan.
Cara penulisan saya haruslah sesuai dengan audiens yang berbeza-beza dalam
kalangan warga sekolah.
3.4 MEMBANGUNKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 12
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
3.4.1 Membangunkan Orang Lain
Mengajar, membimbing dan menolong orang lain. Memberikan maklum balas
spesifik berlandaskan pemerhatian dan data. Contohnya, saya sebagai pemimpin
instruksional perlu :
Berkongsi maklumat dan kepakaran professional saya demi membantu
pembangunan professional orang lain.
Memotivasikan orang lain untuk mengubah sikap yang menghalang pembangunan
professional mereka serta pembelajaran murid
Mencadangkan aktiviti pembangunan yang khusus untuk meningkatkan kemampuan
professional orang lain supaya mereka dapat menyumbang kepada pembelajaran
murid.
Memberikan maklum balas perlakuan spesifik yang menjurus kepada perlakuan dan
bukan terhadap individu berkenaan.
Menanya staf perkara yang mereka fikirkan adalah kekuatan dan kelemahan serta
apakah perkara yang ingin mereka tingkatkan.
Mendapatkan persetujuan daripada staf untuk tindakan-tindakan spesifik yang akan
mereka ambil untuk perkembangan dan pertumbuhan mereka.
3.4.2 Memahami Kekuatan dan Kelemahan Diri Sendiri
Mengambil tanggungjawab untuk maju dengan berusaha secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti pembangunan diri.Berusaha ke arah pembelajaran berterusan (Pembelajaran
Sepanjang Hayat). Saya perlu :
Memahami dan menggunakan kekuatan saya dengan wajar
Memahami dan mengurus keperluan pembangunan diri
Berusaha membangunkan diri secara aktif melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti
pembangunan yang terancang.
Memahami kelemahan diri, berusaha mengatasinya dan tidak mempamerkannya
kepada orang lain.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 13
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
PERANAN PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DALAM MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF BAGI MENJAYAKAN PERSEKITARAN PENDIDIKAN
ATAU ALAM PERSEKOLAHAN DAN HASILNYA DILUAR ALAM PERSEKOLAHAN PADA MASA HADAPAN
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 14
KEPIMPINAN PENDIDIKAN Menetapkan Hala Tuju Instruksional Kerja Berpasukan Sensitiviti
MENYELESAIKAN MASALAH KOMPLEKS Penghakiman Berorientasikan Keputusan Kebolehan Mengorganisasi KOMUNIASI
Komunikasi Lisan Komunikasi Bertulis
MEMBANGUNKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN Membangunkan Orang lain Memahami Kekuatan dan Kelemahan
Diri Sendiri
PERANANPEMIMPIN INSTRUKSIONAL
IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF
PERSEKITARAN PENDIDIKAN
INPUT PROSES OUTPUT
Mendefinisikan Misi Sekolah
Mengawal
Memimpin
Mengelola
Merancang
Pencapaian Murid
Proses Menyokong dan memfasilitasi Instruksi Memantau pencapaian Murid Mengurus Program Instruksional Penyeliaan PdP Pembangunan Profesional Guru Penilaian Pembelajaran Strategi Pelan Pembangunan Sekolah
HASILAN(OUTCOME)
Bermoral Beretika Jujur Kemahiran
Hidup Menghayati
Ilmu Kreatif Inovatif Mendapat
Pekerjaan Menghormati
Undang-undang
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025
4.0 PENUTUP
Seorang pemimpin instruksional memainkan peranan yang sangat penting
dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif melalui pelaksanaannya dalam
beberapa bidang tugas berserta dimensi masing-masing. Sesebuah Iklim sekolah
yang positif akan dapat mempengaruhi persekitaran pendidikan yang merangkumi
segala aktiviti yang berlangsung di sekolah dalam usaha mencapai misi sekolah.
Kecekapan dan kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada sejauh mana pemimpin
instruksionalnya memiliki pengetahuan dan kompetensi serta mampu memainkan
peranannya.
Kesimpulannya, seorang pemimpin instruksional perlu mampu melaksanakan
empat bidang tugas yang dinyatakan agar, anjakan ke-5 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah bagi menjana modal insan yang cemerlang dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Rujukan :
1. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad (2010). Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2. Bahagian Sekolah KPM (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah (2013). Kepimpinan Instruksional : Satu Panduan Praktikal, PTS Akademia
4. Laporan Awal – Ringkasan Eksekutif, September 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tugasan Individu Wajib Modul 2 (Soalan 1) 15