PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:PEMBANGUNAN SISTEM PENGUJIAN SOALAN BERASASKAN ARAS
KOGNITIF BLOOM BAGI TOPIK NISBAH TINGKATAN DUA KBSM
SESI PENGAJIAN: 2007 / 2008
Saya : MOHD ADZHA BIN ABDUL MANAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 1986, KAWASAN PERUMAHAN, PM DR ZAIDATUN BT TASIR JALAN TANJUNG TUALANG, Nama Penyelia 36800 KG GAJAH, PERAK D.R.
Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………… Nama Penyelia : PM DR ZAIDATUN BT TASIR
Tarikh : APRIL 2008
i
PEMBANGUNAN SISTEM PENGUJIAN SOALAN BERASASKAN ARAS
KOGNITIF BLOOM BAGI TOPIK NISBAH TINGKATAN DUA KBSM
MOHD ADZHA BIN ABDUL MANAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : MOHD ADZHA BIN ABDUL MANAN
Tarikh : April 2008
iii
Teristimewa buat ayah, ibu,
dan keluarga tersayang
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang ditetapkan
walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia projek ini iaitu Prof Madya Dr. Zaidatun Bt. Tasir
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan bagi
menjayakan projek ini.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada ibu dan ayah serta keluarga
tersayang di atas pengorbanan, sokongan serta dorongan yang di berikan kepada saya.
Terima kasih juga kepada semua serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian.
v
ABSTRAK
Sistem Pengujian Soalan merupakan suatu implementasi kepada penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan tahap proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya dalam proses pembinaan soalan. Pembinaan soalan
berasaskan aras kognitif Bloom yang dilakukan secara manual menyukarkan para guru
dalam membina soalan serta memerlukan masa yang panjang. Justeru itu, projek ini
merupakan satu dimensi baru kepada guru mahupun bakal-bakal guru dalam membina
soalan mata pelajaran Matematik bagi Tingkatan Dua KBSM dengan berasaskan aras
kognitif Bloom. Proses pembangunan sistem ini adalah berdasarkan Model Waterfall
oleh Royce (1970). Dengan menggunakan perisian Dreamweaver MX 2004 sebagai
platform utama, projek ini dibangunkan dengan berkonsepkan mesra pengguna. Selain
daripada itu terdapat perisian lain turut digunakan dalam membangunkan projek ini
antaranya Macromedia Flash, Swish MX, Adobe Photoshop CS2 dan Microsoft Access
XP sebagai pangkalan data pengguna. Diharapkan dengan pembangunan sistem ini dapat
membantu meningkatkan pemahaman pelajar bagi topik nisbah dan membantu para guru
dalam membina soalan.
vi
ABSTRACT
Question Evaluation System is an implementation of Information Communication
Technology (ICT) to increase the level of teaching and learning especially on question
development process. Development of questions manually based on cognitive Bloom
level is a difficult and time constraint process for teachers. Therefore, this project is a
new dimension for teachers and teachers trainees in developing Mathematics questions
for Ratio topic, Form Two based on cognitive Bloom. The development process of this
system was based on Waterfall Model by Royce (1970). By using Dreamweaver MX
2004 as the main platform, this project has been developed based on user friendly
concept. Other software have been used in developing this system including Macromedia
Flash, Swish Max, Adobe Photoshop CS2 and Microsoft Access XP as the user database.
With this system it is hoped that it can increase the students understanding towards Ratio
topic and help teachers in developing questions based on Bloom Taxonomy level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 7
viii
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Guru 9
1.6.3 Masyarakat 9
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Sistem Pengujian Soalan Berasaskan Web 11
1.8.2 Taksonomi Bloom 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Perkembangan Komputer dalam P & P 15
2.3 Kepentingan Laman Web dalam P & P 16
2.4 Kajian Mengenai Keberkesanan Laman We dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 18
2.5 Teori Pembelajaran 20
2.5.1 Teori Behaviorisme 21
2.5.2 Teori Kognitif 23
2.5.3 Teori Konstruktivisme 24
2.5.4 Taksonomi Bloom 25
2.6 Pengaplikasian Taksonomi Bloom dalam
ix
Pengajaran dan Pembelajaran 27
2.7 Kajian Mengenai Taksonomi Bloom dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 28
2.8 Proses Pembangunan Laman Web Berunsur Pendidikan 28
2.8.1 Model Air Terjun atau Waterfall 29
2.8.1.1 Fasa Analisis 29
2.8.1.2 Fasa Rekabentuk 30
2.8.1.3 Fasa Implementasi 30
2.8.1.4 Fasa Integrasi 30
2.8.1.5 Fasa Penyelenggaraan 31
2.9 Penutup 31
BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 32
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang digunakan
Dalam Pembangunan Laman Web 33
3.2.1 Fasa Analisis 34
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 34
3.2.3 Fasa Pembangunan 36
3.3 Carta Aliran Sistem 36
3.4 Pendekatan Taksonomi Bloom dalam Sistem Pengujian 38
3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Sistem 39
3.5.1 Macromedia Dreamweaver MX 39
x
3.5.2 Adobe Photoshop CS 39
3.5.3 Adobe Macromedia Flash MX 40
3.5.4 Microsoft Access XP 2003 40
3.6 Penyebaran Laman Web yang Dihasilkan 41
3.7 Penutup 41
BAB IV REKA BENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 43
4.2 Struktur asas dan kandungan Sistem 44
4.3 Hasil Reka Bentuk Sistem 44
4.3.1 Reka Bentuk Tetingkap 44
4.3.2 Antaramuka Utama Sistem 45
4.3.3 Menu Utama Sistem 47
4.3.4 Antaramuka Home 48
4.3.5 Antaramuka Create Question 49
4.3.6 Antaramuka Admin 50
4.3.7 Antaramuka Test 52
4.3.8 Antaramuka Reference 53
4.3.9 Antaramuka Site Map 54
4.3.10 Antaramuka FAQ 54
4.3.11 Antaramuka Comment 55
4.3.12 Antaramuka User List 56
4.3.13 Antaramuka About Us 57
xi
4.4 Komen Terhadap Sistem 58
4.5 Penutup 59
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan 60
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa proses
pembangunan sistem
5.3.1 Aras kepakaran yang rendah 63
5.3.2 Kekurangan pengetahuan dan pengalaman 63
5.3.3 Kekangan Masa 64
5.3.4 Kekangan Idea 64
5.3.5 Masalah Teknikal 65
5.4 Kelebihan Sistem 65
5.4.1 Kemudahan untuk membina soalan 65
5.4.2 Kemudahan ujian ringkas 66
5.4.3 Kemudahan komen pengguna 66
5.5 Kekurangan Sistem 67
5.6 Kesimpulan 67
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.8 Penutup 69
BIBLIOGRAFI 70
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Air Terjun 33
3.2 Carta alir Proses Pembinaan Soalan 35
3.3 Carta Alir Sistem 37
4.1 Antaramuka Pilihan Pengguna 45
4.2 Antaramuka Utama Sistem Pengujian Soalan 46
4.3 Antaramuka Pendaftaran Guru 47
4.4 Menu Utama 48
4.5 Footer 48
4.6 Antaramuka Create Question 49
4.7 Paparan membina Soalan Objektif 50
4.8 Antaramuka Admin 51
4.9 Admin diberi kemudahan sama ada ingin
mengubah atau memadam data pengguna 51
4.10 Antaramuka Test 52
4.11 Antaramuka Reference 53
4.12 Antaramuka Site Map 54
4.13 Antaramuka FAQ 55
4.14 Antaramuka Komen 55
4.15 Antaramuka User List 56
4.16 Antaramuka About Us 57
xiii
SENARAI SINGKATAN
IT - Teknologi Maklumat
PPSMI - Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Perisian Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
BTP - Badan Teknologi Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
PJJ - Pengajian Jarak Jauh
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi setiap bidang
kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu
daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui program ICT yang telah
dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya ialah Program Sekolah
Bestari, Program Perkomputeran dan Teknologi Maklumat, Program School-net dan
Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) (Hishammuddin, 2004). Kementerian Pelajaran Malaysia juga berhasrat
mewujudkan sekolah bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan
perlaksanaan Multi Super Corridor (MSC).
Secara amnya, penggunaan komputer dalam pengajaran merupakan satu anjakan
paradigm yang berlaku dalam dunia siber masa kini. Menurut Brown, Collins dan Duguid
(1989), dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, pelajar tidak belajar mengenai
komputer tetapi komputer merupakan alat yang digunakan bersama dalam pembelajaran
bagi menyelesaikan masalah bermakna dan autentik. Ini kerana alat berteknologi masa
kini ini dikatakan mampu menarik minat seseorang pelajar agar melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran (Dublin, 1996).
Selain itu juga ia mampu memberi kemudahan kepada guru (Adi Wijaya, 2004)
sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam menjalankan setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang interaktif dan unik berbanding secara tradisional yang kebanyakannya
masih lagi menggunakan buku dan kertas (Wang dan Saleman, 1994) sebagai alat bantu
mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama,
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih dikenali
sebagai kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK) memberi kesan yang positif
kepada pelajar untuk menerima isi kandungan pelajaran yang di sampaikan oleh pengajar.
Ini terbukti melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh Kulik (1980) yang menunjukkan
bahawa ;
i. Pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih jika mereka diberikan kaedah
pengajaran berbantukan komputer (PBK).
ii. Pelajar belajar memahami konsep dengan lebih cepat dengan menggunakan
kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK).
iii. Pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran yang diajar jika
mereka menggunakan kaedah berbantukan komputer (PBK).
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berkembang
dengan pesat. Pepatah masa kini mengatakan bahawa “dunia tanpa sempadan” telah
membuktikan betapa dunia masa kini mudah ditembusi melalui jaringan komunikasi yang
global. Ini dapat dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini yang telah
banyak mengaplikasikan Teknologi Internet yang berpotensi dalam membantu pelajar
melayari laman-laman web ilmiah dan pengetahuan tentang pendidikan terkini dengan
mudah dan pantas sekiranya mereka inginkan. Nolan dan Martin (1994), menyatakan
bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan Internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Oleh yang demikian, boleh dikatakan
sumber teknologi ini ibarat sebuah perpustakaan elektronik yang mampu membantu
pelajar dalam proses pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang
memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang
mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah.
Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu
bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari
segi undang-undang dan jika disabitkan kesalahan maka ibu bapa berkenaan boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-duanya sekali.
Penyata Razak pada tahun 1956 dan Ordinan Pelajaran pada tahun 1957 telah
mewujudkan sistem peperiksaan awam yang sama bagi semua rakyat. Ujian Awam
peringkat Kebangsaan diadakan di akhir tahun persekolahan pada setiap tahap
pendidikan, bermula dari sekolah rendah. Bagi sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah
Rendah atau UPSR dijalankan semasa tahun 6 enam persekolahan. Manakala pada
peringkat sekolah menengah rendah pula, Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan.
Pada peringkat sekolah menengah atas, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan. Bagi
yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, mereka layak untuk
meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam atau memasuki kursus di Matrikulasi.
Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia dapat
menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai seperti yang
dinyatakan oleh (Evan, 1982) terdapat tujuh tujuan pengujian dan penilaian iaitu untuk
dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal. Dalam
sistem penilaian dan pengujian, pelbagai cara digunakan iaitu melalui peperiksaan, kerja
kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya.
Seperti mana yang diketahui, kebanyakan cara penilaian atau pengujian banyak
melibatkan soalan-soalan. Oleh yang demikian, proses pembinaan saoalan seharusnya
bersesuaian dengan elemen atau kemahiran yang ingin dinilai. Ini menyebabkan secara
tidak langsung aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan perlu di beri perhatian.
Tambahan pula, dalam perkembangan sistem pendidikan kita sekarang, peperiksaan
awam adalah secara berpusat dan ianya menumpu salah satu komponen penting yang
mahu diterapkan kepada pelajar dan yang mahu dicungkilkan daripada pelajar antaranya
adalah kemahiran-kemahiran kognitif.
Terdapat pelbagai aras atau kesukaran dalam pembinaan soalan dalam mata
pelajaran Matematik. Soalan yang dibina hanya memfokuskan aras kognitif rendah dan
soalan tidak memenuhi aras kognitif yang ingin dinilai. Kaedah yang paling sesuai untuk
digunakan dalam pembinaan soalan adalah berdasarkan aras-aras kognitif dalam
Taksonomi Bloom. Ini kerana dalam Taksonomi Bloom telah memperkenalkan satu satu
hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi. Pada masa kini para
guru sukar untuk mengklasifikasikan dan mengenalpasti soalan mengikut aras dalam
Bloom.
Sistem pengujian ini dibangunkan berasaskan web berikutan penggunaan laman
web lebih mudah digunakan disamping komputer berpotensi dalam membantu guru untuk
membina dan klasifikasikan soalan mengikut aras dalam Bloom. Dalam masa yang sama
sistem pengujian soalan ini akan menjadi lebih menarik apabila dibangunkan menerusi
web kerana ianya dapat diperluaskan kepada semua.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Abdullah Yusoff (2006:42), “Dalam konteks pendidikan, ujian adalah
satu daripada bentuk penilaian yang dilakukan oleh pihak sekolah atau guru mata
pelajaran untuk melihat tindakbalas pelajar terhadarp apa yang telah dipelajari.” Menurut
pendapat Haji Abdullah Bin Junus (1989:80) pula, “Menguji adalah satu bahagian
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab ujian dan peperiksaan membawa
makna penting kepada guru sebagai penilai dan pelajar, soalan yang dibina oleh guru
hendaklah tepat dan membawa mesej yang mudah difahami oleh kedua-dua pihak iaitu
guru sebagai penilai dan pelajar.
Proses penilaian selalunya memerlukan para guru untuk menyediakan ujian.
Walau bagaimanapun, tugas menulis item-item ujian adalah sukar dan memakan masa
untuk membinanya. Oleh yang demikian, satu item yang telah dihasilkan haruslah
disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang dan tidak digunakan hanya sekali
sahaja Penggunaan computer sebagai satu alat untuk menyimpan item adalah sesuai
untuk membina satu bank item yang boleh digunakan bagi tahun-tahun yang berikutnya.
Maka sistem pengujian berasaskan web ini bertujuan untuk membantu guru menyediakan
soalan dan mengklasifikasikan soalan mengikut aras dalam Bloom.
Oleh yang demikian, Sistem Pengujian berasaskan web ini merupakan satu titik
permulaan bagi kemudahan kepada pelajar dan guru dalam pembinaan soalan dan
mengklasifikasikan soalan berdasarkan aras dalam Taksonomi Bloom. Sistem ini juga
menyediakan beberapa soalan untuk mengukuhkan lagi kefahaman pengguna dalam
pembinaan soalan dan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar bagi topik nisbah.
Pembangunan sistem ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya semua
pihak.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumya, objektif projek ini adalah untuk:
i. Menghasilkan Sistem Pengujian berasaskan web mengikut aras kognitif Bloom.
ii. Menambah koleksi sistem yang boleh membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Top Related