UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
♦
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
* * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : Tn. Hj. Muslim Bin Jonid
Tarikh : 23 APRIL 2008
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK ‘SEXUAL REPRODUCTION IN FLOWERING PLANTS’ BAGI
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA
LYDIAWATI BT WAKANAN
Diploma Pertanian
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor
APRIL 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .
Nama Penulis : LYDIAWATI BT WAKANAN
Tarikh : 23 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;
Teristimewa buat Abah dan Mama,
Jutaan Terima Kasih atas segala pengorbanan melahirkan, membesarkan dan mendidik
dengan penuh kasih sayang dan perhatian serta berkat doa kalian yang tidak termampu
untuk membalasnya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian.
Encik Wakanan Bin Ismail dan Puan Ra’mah Binti Masrom.
Buat adik-adikku yang disayangi, yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat :
Mohd Hafiz, Nurul Hazwani, Nur Hatiqah dan Nur Saiyidah.
Buat teman-teman seperjuangan 4SPN (2006/2007) yang sentiasa memberi sokongan
terutama :
Anita, Norzawati dan Umi Mardhiah
Buat penyelia yang disanjungi,
Terima kasih kerana banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga
nilainya. Dengan doa dan jasa Tn Hj projek ini berjalan lancar.
Tn Hj Muslim Bin Jonid
Buat semua yang menyayangi diri ini terutama insan yang tersayang, terima kasih
kerana sentiasa berada di sisi dan mendoakan :
Sulhairil Hafiz Bin Hj. Sulaiman dan Azzuhana Binti Roslan.
Buat semua insan yang mewarnai kehidupanku,
Terima kasih.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan kurnia Nya, saya ingin
merakamkan jutaan terima kepada penyelia,Tn Hj Muslim Bin Jonid atas tunjuk ajar
bimbingan, dan dorongan sepanjang pembangunan perisian ini dijalankan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya
Fakulti Pendidikan kerana telah memberi kemudahan menggunakan pusat sumber
dalam mencari maklumat Projek Sarjana Muda bagi membantu membangunkan perisian
ini.
Kepada teman-teman seangkatan yang sanggup berkongsi idea dalam
menyelesaikan pelbagai kekangan serta memberi pandangan dalam memantapkan
pembangunan perisian ini.
Turut tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan perisian
ini.
Semoga segala kerjasama dan sokongan anda diredhai dan diberkati oleh Allah
S.W.T. Terima kasih segalanya.
v
ABSTRAK
Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggalakkan
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer dalam pengajaran
terutamanya subjek Sains dan Matematik. Sehubungan itu, satu modul perisian ABM
versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Sexual Reproduction in Flowering Plant dalam
mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima telah dibangunkan. Diharapkan ABM ini dapat
membantu guru untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Biologi seterusnya
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih konduksif. Oleh itu, suasana
pembelajaran menjadi menarik dan berkesan dengan pelbagai elemen multimedia
seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua sensori pelajar.
Ia akan memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft
Office PowerPoint® 2003 merupakan asas pembangunan modul dan mengunakan
perisian sokongan termasuklah Sony Sound Forge v7.0, Ulead Gif Animator 5.0,
SwiSHmax, Adobe PhotoshopCreative Suite 2, Screen Virtuoso Pro 2.40 dan lain-lain.
Modul ini mengandungi lesson, quiz, games, glossary dan user guide. Modul ini
dipakejkan ke dalam bentuk cakera padat sebagai fail mudah alih bagi memudahkan
penggunaan guru dan pelajar.
vi
ABSTRACT
Since the year 2003, Malaysia's Education Ministry has encouraged the use of
computer based teaching aids especially in teaching and learning Science and
mathematics subject. Therefore, an English version teaching aid titled Sexual
Reproduction in Flowering Plant for Biology Form Five subject has been developed.
This teaching aid will helps teachers to improve students' interest in Biology subject and
creates a conducive way for teaching and learning. The leverage usage of Microsoft
Office PowerPoint® 2003 and supporting software’s' environment such as Sony Sound
Forge v7.0, ULead Gif Animator 5.0, SWiSHmax, Adobe PhotoshopCreative Suite 2,
Screen Virtuoso Pro 2.40 etc has enabled this module or teaching aid to provide a high-
level interaction for student through series of lessons, quizzes, games, glossary and user
guide. This module is packaged in compact disc form that is portable and eases the
usage by teachers and students.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.6 Skop Projek 8
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan 10
Komputer (PPBK)
viii
1.8.2 Alat Bantuan Mengajar (ABM) 11
1.8.3 Pengajaran 11
1.8.4 Pembelajaran 11
1.8.5 Multimedia 12
1.8.6 Biologi 12
1.8.7 Penilaian Formatif 12
1.8.8 Penilaian Sumatif 13
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 CAI (Computer Assited Instruction) 14
2.3 Multimedia 15
2.3.1 Elemen-elemen multimedia 17
2.3.1.1 Teks 17
2.3.1.2 Grafik 18
2.3.1.3 Audio 19
2.3.1.4 Video 20
2.3.1.5 Animasi 21
2.3.1.6 Hiperteks 22
2.3.1.7 Hipermedia 22
2.4 Definisi Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) 22
2.5 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 24
2.6 Definisi Buku Elektronik (E-Book) 25
2.6.1 Kebaikan Buku Elektronik 26
2.6.2 Kelemahan Buku Elektronik 26
2.7 Perbezaan ABM, PBK, E-Book 27
2.8 Ciri-ciri Perisian modul ABM yang baik 29
2.9 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul ABM 30
2.9.1 Melibatkan pelbagai rangsangan 30
ix
2.9.2 Menyeronokkan pelajar 30
2.9.3 Meningkatkan kadar pengekalan pengetahuan 31
2.9.4 Menjimatkan masa 31
2.9.5 Pengajaran lebih berkesan 32
2.9.6 Digunakan secara berulang kali 32
2.10 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul ABM 32
2.10.1 Pengetahuan literasi komputer 33
2.10.2 Tempoh pembangunan yang panjang 33
2.10.3 Kos pembangunan perisian yang tinggi 33
2.10.4 Pengunan terhad 34
2.10.5 Tertakluk kepada kemudahan perkakasan 34
dan perisian
2.10.6 Harga perkakasan yang mahal 34
2.11 Kepentingan Alat Bantu Mengajar (ABM) 35
2.12 Teori Pembelajaran 36
2.12.1 Teori Behaviorisme 37
2.12.1.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme 38
2.12.2 Teori Kontruktivisme 39
2.12.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Kontruktivisme 40
2.13 Pendekatan Pengajaran dalam ABM 41
2.13.1 Pendekatan Induktif 41
2.13.2 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 41
2.13.3 Pendekatan Masteri 42
2.14 Strategi Pengajaran dalam Modul ABM 43
2.14.1 Latih tubi 43
2.14.2 Tutorial 44
2.15 Kelebihan Multimedia dalam Pendidikan 44
2.16 Kelemahan Multimedia dalam Pendidikan 45
x
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 46
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 47
3.2.1 Model ADDIE 47
3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 48
3.3.1 Penentuan Tajuk Dan Skop 49
3.3.2 Objektif Pengajaran 49
3.3.3 Kumpulan Sasaran 50
3.3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 50
3.3.4.1 Aspek Pembangunan 51
3.3.4.2 Aspek Memain Semula 52
3.3.5 Pemilihan Perisian Multimedia 53
3.3.5.1 Sony Sound Forge v 7.0 53
3.3.5.2 Ulead Video Studio v10 53
3.3.5.3 Ulead Cool 3D v3.5 54
3.3.5.4 Ulead Cool 3D Production Studio 54
3.3.5.5 Ulead Gif Animator 5.0 55
3.3.5.6 Macromedia Flash 8 55
3.3.5.7 Sony Vegas 5.0 55
3.3.5.8 SwiSHmax 56
3.3.5.9 Adobe Photoshop (PScs2) 56
3.3.5.10 Screen Virtuoso Pro 2.40 57
3.3.5.11 AVI GIF converter v1.0.8 58
3.3.5.12 Kingdia Video Converter v1.0.6 58
3.3.6 Pemilihan Perkakasan 59
3.3.6.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 59
3.3.6.2 Pembangunan Perisian 60
3.4 Carta Alir Perisian 61
xi
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 69
4.2 Penyediaan Bahan 70
4.2.1 Penyediaan dan pengeditan teks 70
4.2.2 Grafik dan Visual 71
4.2.3 Penghasilan Animasi dan Video 72
4.2.4 Audio 72
4.3 Struktur Asas Perisian 73
4.3.1 Paparan Persembahan Montaj 73
4.3.2 Paparan Menu Utama (Main Menu) 74
4.3.3 Paparan Menu Pembelajaran (e-LESSON) 75
4.3.4 Paparan Isi Pembelajaran 76
4.3.5 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 77
4.3.6 Paparan Penilaian Soalan Formatif 78
4.3.7 Paparan Penilaian Soalan Sumatif 79
4.3.8 Paparan Permainan (e-GAMES) 80
4.3.9 Paparan Galeri (e-GALLERY) 81
4.3.10 Paparan Glosari(e-GLOSSARY) 82
4.3.11 Paparan Info(e-INFO) 83
4.4 Pempakejan Perisian 84
4.5 Panduan Pengguna 86
xii
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 88
5.2 Perbincangan 89
5.2.1 Kekangan yang Dihadapi 90
5.2.1.1 Kekurangan Kepakaran 90
5.2.1.2 Kekurangan Perisian Asal 90
5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian 90
5.3.1 Kelebihan Perisian 91
5.3.2 Kelemahan Perisian 92
5.4 Kesimpulan 92
5.5 Cadangan 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 97
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model ADDIE 48
3.2 Carta Alir Umum 62
3.3 Carta Alir Lesson 63
3.4 Carta Alir Quiz 64
3.5 Carta Alir Glossary 65
3.6 Carta Alir Games 66
3.7 Carta Alir Gallery 67
4.1 Penggunaan fungsi Trigger dalam Custom Animation. 70
4.2 Paparan Persembahan Montaj 72
4.3 Paparan Menu Utama (Main Menu) 73
4.4 Paparan Menu Pembelajaran (e-LESSON) 74
4.5 Paparan Isi Pembelajaran 75
4.6 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 76
4.7 Paparan Penilaian Soalan Formatif 77
4.8 Paparan Penilaian Soalan Sumatif 78
4.9 Paparan Permainan 79
4.10 Paparan Galeri (e-GALLERY) 80
4.11 Paparan Glosari(e-GLOSSARY) 81
4.12 Paparan Info(e-INFO) 82
4.13 Package for CD Microsoft Office Power Point 2003 84
4.14 Embedded True Type fonts 84
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan ABM, PBK dan e-Book 27
2.2 Aplikasi Teori Skinner, Thondike dan Pavlov 38
2.3 Aplikasi lima fasa Needham dalam perisian 40
xv
SENARAI SINGKATAN
2D - 2 Dimensi
3D - 3 Dimensi
ABM - Alat Bantu Mengajar
AVI - Audio Video Interleave
BMP - Bipmap
CAI - Computer Assited Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CBL - Computer Based Learning
CD - Compact Disc
CD-ROM - Compact Disc Read-Only Memory
COMIL - Computer Integrated Learning System
CTR - Computer Technology Research
DAT - Digital Audio Tape
DVD - Digital Versatile Disc atau Digital Video Disc
DXF - Direct Exchange File
Flc - Autodesk Animator Pro File
Fli - Autodesk Animator File
Flx - Tempro Pro File
GIF - Graphics Intercharge Format
GUI - Graphical User Interface
HTML - HyperText Markup Language
ICT - Information Communication Technology
IDI - Instuctional Development Institute
JPEG - Joint Photographics Experts Group
xvi
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LCD - Liquid Crystal Display
MB - Mega Bytes
MIDI - Musical Instrument Digital Interface
MPEG - Moving Picture Experts Group
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PDF - Portable Document Format
PM - Perdana Menteri
PNG - Portable Network Graphics
PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
RTF - Rich Text Format
SWF - Shockwave Flash
SVCD - Super Video Compact Disc
TIFF - Tagged Image File Format
TV - Television
VCD - Video Compact Disc
WAV - Windows System Sound
WMF - Windows Meta Files
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Revolusi teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini membuat ramai pihak
berminat untuk mengintegrasikan komputer dalam bidang tugasan masing-masing
termasuklah golongan pendidik. Di Malaysia, pendidikan yang berteraskan multimedia
atau CD-ROM mula diperkenalkan melalui Projek Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer atau COMIL (Computer Integrated Learning System) pada
tahun 1992. Melalui Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), pelajar akan lebih
memahami dan ini sekali gus dapat menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang
menarik dan efektif. Menurut Dick & Reiser (1989), pembelajaran yang berkesan
adalah pembelajaran yang menyeronokkan.
Bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini,
pengenalan kepada Sekolah Bestari (1999) yang berorientasikan teknologi multimedia
adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru dalam mewujudkan suasana
pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru
15
bukan lagi pendeta di atas pentas (stage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi
(guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penekanan
diberikan kepada usaha mengembangkan kurikulum dan fasiliti Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) ke semua sekolah di Malaysia bagi memastikan negara ini
mampu mengharungi transformasi ekonomi dunia pada era berasaskan ilmu dan
mengelakkan berlakunya kemiskinan digital di negara ini (PM: Tingkatkan Penguasaan
ICT, Utusan Malaysia, Selasa 21 Ogos 2007).
Teknologi multimedia adalah satu teknologi yang menggabungkan sepenuhnya
teknologi komputer, pemain cakera padat, sistem video dan audio bagi mendapatkan
kombinasi yang lebih baik dan meningkatkan interaksi di antara pengguna dengan
komputer melalui penggunaan elemen-elemen data, suara, video, audio, animasi, grafik,
teks dan audio.
Menurut Collin, Simon (1995), “.....Multimedia merupakan sebuah
persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang
berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara,
imej, animasi dan teks pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video,
pemain cakera video, pemacu CD-ROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya
program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ia disebut sebagai multimedia,
tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian
dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya disebut multimedia
interaktif....”
16
Komputer akan bertindak sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia akan memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan
pemikiran beraras tinggi dan penyelesaian masalah.
Alat Bantuan Mengajar (ABM) boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan
pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping
boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan (Mat Nor, 1987).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan pada alaf baru hasil daripada peledakan dan perkembangan
teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Peranan
guru telah bertukar kepada pembimbing dan pemudah cara pembelajaran daripada
sumber dan penyampai maklumat akibat daripada penekanan kepada kurikulum sekolah
bestari. Menurut Rozinah Jamaludin (2004), guru sekarang berfungsi sebagai
fasilitator, kaunselor dan pakar motivasi. Fenomena ini perlu difahami oleh semua guru
dan mereka perlu berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke
arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.
Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berfikiran
kreatif dan kritis telah digubal pada 1997 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di
mana ia menekankan konsep melalui penggunaan teknologi multimedia, penggunaan
school net dan penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran sains dan
matematik di sekolah menengah dan rendah.
17
Sekolah Bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar
tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar mencapai potensi
sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai (Abdul Rashid
dan Siti Rahayah, 2001).
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada buku teks
semata-mata sudah tidak sesuai digunakan. Ini kerana teknik penerangan secara grafik
yang statik adalah kurang menarik dan menyukarkan pelajar untuk memahami sesuatu
konsep. Kos cetakan yang tinggi juga membantutkan lagi penerbitan buku teks dan
buku rujukan yang mengandungi rajah berwarna-warni. Salah satu daripada punca
masalah penguasaan pembelajaran adalah bahan pengajaran yang digunakan kurang
menarik minat pelajar (Mok, 1994).
Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori pembelajaran
dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
memainkan peranan penting dalam membekalkan beberapa program pengajaran yang
sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan sepenuhnya.
Penggunaan alat bantuan mengajar (ABM) elektronik bukan sahaja menarik
minat pelajar malah ia juga memudahkan lagi proses pengajaran. Namun selain
daripada kekurangan komputer di sekolah-sekolah, kekurangan perisian pengajaran dan
pembelajaran terbitan tempatan juga menjadi faktor penghalang dalam melaksanakan
pendidikan berteknologi. Pasaran tempatan pada hari ini masih dibanjiri dengan
perisian daripada negara asing yang mana ia tidak sesuai dengan sukatan pelajaran di
negara kita.
18
Pelancaran penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik pada 2003 telah menyumbang kepada pembangunan perisian multimedia
pendidikan kerana ABM elektronik menggunakan elemen-elemen multimedia dan
interaktif yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar dalam memahami
kandungan pelajaran dengan lebih mudah di samping melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini, terdapat ABM elektronik untuk pengajaran
dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan
peranan yang penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke
arah yang lebih dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan dalam
mempersembahkan maklumat, menyokong penghasilan aplikasi pengajaran
pembelajaran.
Terdapat 3 masalah utama yang menghalang pelaksanaan pembelajaran secara
komputer iaitu ketahanan guru, kualiti perisian dan pemilihan perkakasan (R. Lewis,
1979).
Guru perlulah mampu untuk menghasilkan satu perisian yang berkualiti tinggi.
Penggunaan komputer sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran akan memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan
pemikiran beraras tinggi dan penyelesaian masalah.
19
Masalah bilangan komputer yang terhad berbanding bilangan pelajar yang ramai
merupakan antara penghalang dalam PBK. Selain itu, masalah kekurangan bahan
rujukan yang berkaitan dengan pengajaran komputer juga timbul apabila berhadapan
dengan masalah dalam penggunaan komputer.
Pada hari ini, masih kurang perisian daripada terbitan tempatan. Apa yang
terdapat di pasaran kini adalah hasil terbitan luar negara yang mana tidak sesuai dengan
sukatan KBSM sebaliknya hanya sesuai dijadikan rujukan.
Pembangunan ABM dalam versi Bahasa Inggeris amat diperlukan bagi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Biologi khasnya dan mata pelajaran Sains
dan Matematik amnya ekoran penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik yang dilaksanakan sejak tahun 2003.
Oleh itu, ABM elektronik yang bercirikan interaktif dan menggabungkan
kesemua elemen-elemen multimedia yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran Biologi
Tingkatan 5 dalam versi Bahasa Inggeris bagi tajuk Sexual Reproduction in Flowering
Plant akan dibangunkan.
20
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk:-
(i) Mereka bentuk dan membangunkan satu perisian modul alat bantu mengajar
(ABM) Biologi bagi Tingkatan 5 dalam versi Bahasa Inggeris, berasaskan
Microsoft Powerpoint v2003 yang bertajuk Sexual Reproduction in
Flowering Plant.
(ii) Menghasilkan satu perisian terdiri daripada gabungan elemen-elemen
mutimedia iaitu teks, grafik, animasi, bunyi dan video serta mudah dicapai
oleh mana-mana media pemain elektronik.
(iii) Menambahkan bilangan modul ABM elektronik dalam versi Bahasa
Inggeris khususnya bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 5.
1.5 Kepentingan Projek
Pembinaan perisian multimedia ini adalah bertujuan untuk mengatasi
kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam ABM tradisional talk and chalk
seperti buku teks, carta dan sebagainya yang mana paparan kandungannya kurang
menarik serta statik.
Perisian ini juga dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia seperti grafik,
animasi, video, audio, dan teks yang dapat memberi gambaran yang jelas serta menarik
minat pelajar di samping memudahkan pelajar untuk memahami kandungan pelajaran
dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, dalam kajian Computer Technology
Research (CTR, 1993) menyatakan bahawa seseorang dapat menyimpan maklumat
21
melalui deria penglihatan sahaja (20%), deria pendengaran sahaja (30%), deria
penglihatan dan pendengaran (50%) dan melalui deria penglihatan dan pendengaran
serta membuat kedua-duanya dengan serentak (80%). Ada pepatah Cina yang berkata
“Tell me and I will forget, show me and I remember; involve me and I will
understand”.(Rozinah Jamaludin, 2004)
ABM ini juga dapat memupuk pembelajaran masteri berlaku di dalam kelas di
mana menganggap semua pelajar dapat menguasai bahan secara langkah demi langkah
(Baharuddin, 2002). Ujian pra, ajar dan uji, guna pakai prosedur dan uji hasil
dijalankan secara langah demi langkah untuk mengukuhkan penguasaan pelajar
terhadap tajuk Sexual Reproduction in Flowering Plant ini. (Morrison,1931).
Selain itu, ia juga diharap dapat memberi idea kepada pembangun perisian
multimedia pendidikan amnya dan mata pelajaran Biologi khasnya di masa depan
dalam usaha mengatasi masalah kekurangan perisian terbitan tempatan di pasaran
negara ini.
1.6 Skop Projek
Skop projek merupakan satu pembinaan perisian alat bantu mengajar (ABM)
bagi tajuk Sexual Reproduction in Flowering Plant untuk mata pelajaran Biologi
Tingkatan 5. Isi kandungan dalam modul ini meliputi komponen pembiakan tumbuhan
berbunga, perkembangan debunga dan proses pendebungaan.
22
Modul ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Biologi KBSM Tingkatan 5.
Penilaian formatif dan penilaian sumatif juga diselitkan untuk menguji kefahaman
pelajar dari semasa ke semasa. Di samping itu, terkandung maklumat tambahan agar
perisian ini dapat digunakan sebagai rujukan ketika proses pengajaran oleh guru di
dalam kelas terutamanya guru-guru yang mengajar mata pelajaran Biologi Tingkatan 5.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
“Most students engaged and understandable think, albeit with incorrect
conceptual knowledge, as they used inadequate models to account for their problems
solution. Thus, traditional classroom assessments do not provide adequate insight what
students know or do not know” (Jim Stewart, et.al 1990).
Pembinaan multimedia alat bantu mengajar ini adalah untuk meningkatkan
tahap pemikiran pelajar terhadap isi pelajaran mengikut Taksonomi Bloom (Baharuddin,
2002). Tahap pemikiran pelajar wajar berkembang dari tahap pengetahuan kepada
tahap penilaian secara langkah demi langkah dan dari mudah kepada sukar.
Biologi merupakan satu mata pelajaran yang mengkaji benda hidup (Chong
Choe Hin, 2001). Mata pelajaran ini adalah sukar bagi sesetengah pelajar kerana
konsep Biologi adalah abstrak, terutamanya dalam tajuk Sexual Reproduction in
Flowering Plant.
23
Puan Mazlifah Zainal, Ketua Panitia Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sri Mersing dan Puan Goh Peek Ha selaku Ketua Bidang Sains, guru Biologi Tingkatan
5 masing-masing menyatakan bahawa perisian modul ABM yang menarik dapat
mengukuhkan kefahaman para pelajar. Melalui pengalaman mereka selama masing-
masing 15 dan 20 tahun, mereka berpendapat pembelajaran secara tradisional tidak
sesuai lagi malah ia amat sukar untuk pemahaman pelajar. Hal ini tidak mencukupi
bagi pelajar mengukuhkan isi pelajaran tanpa unsur multimedia sebagaimana yang
diterapkan ke dalam ABM seperti simulasi, video dan audio.
Justeru itu, perisian ini dibangunkan untuk membantu guru-guru atau para
pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran secara berkesan.
1.8 Definisi Istilah
Beberapa definisi bagi istilah-istilah yang terkandung di dalam bab ini akan
dihuraikan secara ringkas dan padat bagi memudahkan lagi pemahaman tentang tajuk
ini.
24
1.8.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program
terancang (Baharuddin, 2001)
1.8.2 Alat Bantuan Mengajar (ABM)
Segala alat elektronik bersama perisian / software berkenaan yang digunakan
oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah dan
membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Contohnya, radio,
televisyen, perakam video, OHP, transparensi, perakam kaset (radio kaset) dan kaset
(pita), projektor slaid dan slaid serta komputer dan perisian (Baharuddin, 2003).
1.8.3 Pengajaran
Menurut Baharuddin (2003), pengajaran adalah langkah atau kaedah bagi
penyusunan maklumat, aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar
mencapai objektif yang ditetapkan. Ia juga merupakan proses perlakuan guru yang
dirancang dengan teliti.
25
1.8.4 Pembelajaran
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat
daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin, 2001).
1.8.5 Multimedia
Multimedia terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi,
bunyi dan video untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui
komputer.(Baharuddin Aris, 2004).
1.8.6 Biologi
High-throughput biology has opened up another important area of systems
biology: it has brought us out into the field again or at least made us aware that there is
a world outside our laboratories. Before biology, our model have been chosen
intentionally to be of limited genetic diversity and examined in a highly controlled and
reproducible environment. The real world of ecology, evolution, and human disease is
a very different place.(Marc W. Kischner, “The meaning of systems biology.” Cell 121,
Mei 2005, p.503).
26
1.8.7 Penilaian Formatif
Proses penilaian yang dibuat pada ketika proses pembinaan masih lagi berjalan.
Bahagian yang perlu dibaiki dan dikemaskini boleh dikenal pasti melalui penilaian ini.
Menurut Flagg (1998), penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik untuk
tujuan membuat keputusan bagi mereka bentuk dan memperbaiki sesuatu produk.
1.8.8 Penilaian Sumatif
Penilaian ini dibuat setelah perisian siap dan lengkap ataupun setelah beberapa
kali penilaian formatif dibuat. Ia bagi melihat dan menyemak sama ada perisian yang
telah dibina menepati permintaan dan keperluan. Melibatkan pengumpulan maklumat
tentang kecukupan dan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan
tentang penggunaan (Rozinah Jamaludin, 2004).
Top Related