ULASAN JURNALICT DALAM PENDIDIKAN: PROSPEK DAN
CABARAN DALAM PEMBAHARUAN PEDAGOGI
Oleh:
WONG SHEAU WEN
M20102001127
Persoalan kajian1. Adakah terdapat kekuatan kaedah perantis
berbanding dengan kaedah tradisional?
2. Adakah terdapat kelemahan kaedah perantis berbanding dengan kaedah tradisional?
3. Adakah terdapat kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar berbanding kesan kaedah tradisional?
METODOLOGI KAJIAN Dijalankan di sebuah sek.men di Bentong, Pahang Melibatkan pelajar tingkatan 2 dalam m/p Literasi
Komputer Di pecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan
kawalan iaitu seramai 24 orang yang diajar menggunakan kaedah tradisional
Kumpulan ke 2 ialah kumpulan rawatan iaitu 25 orang dan diajar menggunakan kaedah perintis
Tajuk pengajaran yang dipilih ialah pembinaan laman web.
METODOLOGI KAJIAN Kawalan yang dilakukan untuk memastikan kesan
eksperimen kuasi yang dijalankan melibatkan:
1. Kawalan kualitatif: Pengajaran bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan dilaksanakan oleh guru yang sama.
2. Kawalan kuantitatif: Kedua-dua kelas mempunyai persekitaran serta tempoh pengajaran dan pembelajaran yang sama.
METODOLOGI KAJIAN3. Kawalan metodologi: Kaedah perantis
(pendekatan konstruktivisme) dilaksanakan dalam kelas rawatan dan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku) dilaksanakan dalam kelas kawalan.
4. Kawalan kandungan: Walaupun pengajaran dilaksanakan dalam kelas yang berbeza, namun kandungan pengajaran bagi kedua-dua kelas adalah sama.
METODOLOGI KAJIAN1. Kaedah mengajar tradisional:
Penerangan langkah demi langkah diberikan untuk membangunkan laman web.
2. Kaedah mengajar perantis:
Memberikan panduan kepada pelajar pada peringkat permulaan dan sokongan ini beransur-ansur dikurangkan.
DAPATAN KAJIAN Penilaian dibuat berdasarkan 2 tugasan , iaitu
tugasan pembinaan laman web dan ujian bertulis. Terdapat perbezaan dalam pencapaian anatara
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam tugasan laman web.
Nilai min kumpulan kawalan ialah 2.29 manakala kumpulan rawatan 1.80 dan ini menunjukkan kualiti yang lebih tinggi kerana menghampiri nilai 1 yang dianggap terbaik.
DAPATAN KAJIAN Analisis ujian t pada aras signifikan 0.05 dilakukan
ke atas hasil tugasan pelajar daripada kedua-dua kumpulan tersebut, jelas terdapat perbezaan di antara kumpulan di mana nilai p adalah 0.002. Maka ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan oleh itu hipotesis nul dapat ditolak. Maka dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tugasan tentang laman web antara kumpulan.
Nilai min markah untuk kumpulan kawalan ialah 6.64 manakala nilai min markah untuk kumpulan rawatan ialah 7.63 dalam ujian bertulis.
Analisis ujian t terhadap kesan penilaian ujian bertulis di antara kedua-dua kumpulan tersebut, didapati nilai p adalah 0.046 di mana nilainya masih lebih kecil dari 0.05 dan oleh itu ia adalah signifikan.
DAPATAN KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
Dapatan analisis ujian-t dalam menunjukkan terdapat perbezaan dalam pencapaian ujian bertulis di antara kumpulan kawalan berbanding kumpulan rawatan.
Jadi ini bererti ujian bertulis untuk kumpulan rawatan (pendekatan konstruktivisme) adalah lebih baik dari kumpulan kawalan (pendekatan tingkah laku).
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
KEBAIKAN:
i. Pelajar menggunakan pemikiran pada aras tinggi dan lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran yang aktif.
ii. Pelajar dapat bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah.
iii. Guru menjadi fasilitator dan pengurus pembelajaran.
iv Guru memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan tidak hanya menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Kelemahan:
i. Masa yang panjang untuk menyiapkan tugasan dan secara tidak langsung sukatan tidak dapat dihabiskan dan pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu anjal.
ii. Pemahaman pelajar terhadap isi pengajaran adalah berbeza dan menyebabkan berlaku pemahaman konsep yang salah.
iii. Kelas menjadi bising kerana pelajar berbincang dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain.
RUMUSANPembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dan banyak cabaran perlu ditempuh untuk menjayakan pembaharuan ini. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas. Guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa disepadukan.
BIBLIOGRAFIINTERNET
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32[09].pdf
BUKU
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah penyelidikan. Malaysia: McGrawhill Education.
Mohd Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sekian Terima Kasih