01.01b gune

Post on 09-Aug-2015

17 views 4 download

Transcript of 01.01b gune

P-119-1 JURUTEKNIK AUTOMOTIF

01.01: CARRY OUT WORKSHOP SAFETY PRACTICES

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

1. Gunakan pakaian perlindungan yang sesuai semasa bekerja.2. Gunakan semua mesin dengan cara yang betul dan cermat.3. Baca dengan teliti semua penerangan arahan dan nota amaran

mesin yang sedia ada sebelum memulakan kerja.4. Perhatikan sebarang kemudahan keselamatan dan pintu kecemasan

yang ada di dalam tempat kerja.5. Periksa dan pastikan kemudahan kecemasan mesin berada di

dalam keadaan baik dan laporkan pada guru anda jika terdapat kerosakan.

6. Semua mesin alat dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan teliti selepas menggunakannya.

7. Jika mengesyaki terdapat kerosakan, hentikan semua kerja dan laporkan kepada Guru anda. Jangan mulakan kerja sehigga kerosakan itu ditemui dan dibaikpulihkan.

8. Semua pelajar mestilah faham tentang langkah–langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan.

Langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan dalam bengkel.

KESELAMATAN DIRI SENDIRI

Ini merupakan perkara utama yang perludipatuhi oleh setiap pekerja seperti :-

• Gunakan baju lengan panjang yang dibuat dari kain tebal, berbutang dan tidak berpoket manakala seluar

tidak berlipat.• Kasut di buat dari getah untuk elakkan dari tergelincir

tetapi lebih baik gunakan kasut keselamatan.

Pakaian Bengkel

a) Pakaian betul dan selamat b) Pakaian salah dan berbahaya

Gunakan pakaian khas seperti apron, sarung lengan dan sarung tangan dibuat dari kulit untuk elakkan badan dari terkena percikan arka.(apabila melakukan kerja-kerja kimpalan)

Semua pakaian di atas hendaklah terhindar dari minyak dan gris serta api bagi elakkan dari reput dan datangkan penyakit.

Jangan pakai jam, cincin , rantai atau tali leher yang mana mudah terperangkap pada mesin yang bergerak.

Jangan bawa sebarang mancis atau pemetik api dan di simpan di dalam poket. Ini datang bahaya jika tersambar oleh percikan api

Kelengkapan ini adalah bertujuan bagi lindungi bahagian muka terutama mata dari terkena cahaya kimpalan dan percikan arka.

Pelindung muka

Terdapat dua jenis iaitu Hand shield dan Head shield. Kegelapan cermin penapis adalah No. 10 – 14

Welding shields

Lindung mata dari terkena serpihan logam semasa canai dan ketuk terak dari batas kimpal.

Welding Goggle

Pelbagai jenis pelindung mata

a) Tahu aturan pengedalian sesuatu peralatan dan mesin ketika hendak gunakannya.

i. Pilih alat yang betul akan kesesuaian dengan kerja yang akan dilakukan .

ii. Jangan gunakan mesin atau peralatan yang belum tahu akan cara operasinya.

b) Pengendalian sesuatu peralatani. Alat yang tajam mesti dibawa

mata menghala ke bawah .ii. Apabila bekerja di bahagian

atas, panjat dan titi alat hendaklah digantung atau diletakkan di dalam bekas yang selamat .

iii. Sebelum gunakan alat kuasa lektrik (power tool) pasti ia dalam keadaan memuaskan. Jika terdapat kerosakan jangan cuba untuk diperbaiki tanpa kebenaran. Pastikan bekalan arus ke mesin diputuskan sebelum melakukan sebarang ubah suai pada mesin itu.

KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERALATAN KETUKANGAN DAN MESIN.

KESELAMATAN ELEKTRIK

Kelengkapan dibengkel kimpalan beroperasi dengan gunakan kuasa elektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bekalan elektrik (JBE) atau Institution Electrical Engineering (IEE).

1. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat berada dalam keadaan yang baik

2. Punca bekalan elektrik mesti disambung dengan rapi dan ikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Bekalan Lektrik atau IEE.

3. Alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.

4. Gunakan alat yang sesuai untuk uji litar elektrik, seperti penguji atau Multimeter

5. Pastikan kasut yang digunakan tidak benarkan pengaliran elektrik. Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.

6. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu kendalikan alat elektrik.

7. Elakkan jari atau anggota kita daripada sentuh dawai elektrik yang tidak bertebat.

8. Pastikan pelajar ketahui kedudukan suis kecemasan yang dapat putuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik.

9. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere.

KEKEMASAN TEMPAT BEKERJA ATAU BENGKEL.

1. Pastikan didalam dan di sekitar tempat kerja dalam keadaan yang tersusun rapi supaya tidak halang segala pergerakan.

2. Pastikan lantai dalam keadaan kering terutama dari tumpahan minyak atau bahan mudah terbakar supaya elakkan terjadinya sebarang kemalangan jiwa..

3. Peralatan tangan yang sering digunakan hendaklah di simpan ditempat yang dikhaskan dan perlulah dijaga dengan baik dan kemas.

4. Kawasan kerja mesti punyai susunatur yang betul dan ada ruang pergerakan yang mudah apabila berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan di dalam bengkel atau tempat kerja.

5. Segala kalengkapan keselamatan hendaklah disediakan untuk elak sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti First Aid, Pili Bomba, Loceng Keselamatan, Tanda Amaran, Pemadam Kebakaran serta laluan utama di sediakan.