Post on 24-May-2018
1
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI TIGA BUAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PASIR PUTEH,KELANTAN
WAN MOKHTAR BIN WAN DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI TIGA BUAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PASIR PUTEH, KELANTAN
WAN MOKHTAR BIN WAN DAUD
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
iii
DEDIKASI
Untuk ibu yang disanjung serta ibu dan bapa mertua
yang dihormati. Hanya doaku untuk kalian.
Jasamu sumber kejayaanku
Buat isteri yang dikasihi
Rohani Loman
Terima kasih atas pengorbanan dan ketabahanmu
Kejayaan ini, kejayaan milik kita bersama
Untuk putera dan puteri-puteriku yang disayangi
Wan Aiman Fahmi, Wan Nur Syuhada, Wan Nur Athirah
Jadikan jalan yang ayahanda rintis ini, panduan, teladan, pedoman serta asas
kejayaan kalian
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka projek
penyelidikan ini dapat disiapkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi
Malaysia.
Pada Kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada penyelia iaitu Encik Hassan bin Hushin di atas perhatian, bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat dan sokongan yang telah diberikan sepanjang penyelidikan ini.
Juga buat para penilai dan atas teguran dan cadangan bagi menyempurnakan lagi
laporan ini.
Ucapan terima kasih kepada para pengetua SMK Dato Ismail, SMK Cherang
Ruku, dan SMK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan di atas kerjasama yang diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan laporan ini. Semoga
Allah s.w.t melimpahkan rahmat Nya ke atas kita semua. Amin.
vi
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mendapat persepsi pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Kajian
ini memfokuskan kepada empat persoalan kajian. Pengumpulan data berbentuk soal
selidik menggunakan skala Likert. Soal selidik yang digunakan mengandungi
Bahagian A yang mengandungi sembilan item berkaitan dengan latar belakang
responden dan Bahagian B pula mengandungi 50 item berkaitan dengan minat
pelajar, kaedah pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dan
penggunaan bahasa Inggeris semasa pengajaran. Seramai 248 orang pelajar tingkatan
empat daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di Daerah Pasir Puteh,
Kelantan terpilih sebagai responden. Data yang diterima telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Pakage for The Social Science (SPSS 11.5) yang
digunakan bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian yang
diperoleh menunjukkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan nilai min 3.29 yang berada pada
tahap sederhana. Ini diikuti oleh kaedah pengajaran guru mempengaruhi
pembelajaran pelajar dengan nilai min 3.72 berada pada tahap tinggi. Seterusnya
penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dengan nilai minnya ialah 3.74 pada
tahap tinggi dan akhir sekali penggunaan bahasa Inggeris oleh guru dalam
pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dengan nilai minnya ialah 3.51
berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah diberikan
agar dapat meningkatkan lagi pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to obtain student’s perception towards teaching and
learning Science and Mathematics in English. The instrument used in this research
was a set of questionnaire with Likert scale. The questionnaire was divided into two
parts namely Part A which consists of nine items of respondent background and ‘Part
B’ consists of fifty items. The aspect in Part B encompasses student interest, teaching
method, the using of teaching aid by teachers and the use of English Language
during teaching session. Two hundred and fourty eight students form four from three
secondary school in Pasir Puteh, Kelantan were chosen as respondents for this study.
The data was gathered and analyzed using the Statistical Package For The Social
Science (SPSS 11.5) and were stated in frequency, mean and percentages. The
finding shows that mean for student’s interest towards teaching and learning
Mathematics and Science in English is 3.29 which is at a medium level. The mean of
teacher’s teaching method influence student’s learning, is 3.72 which is at a high
level. Mean for the using of teaching aid’s by teacher is 3.74 which is also at a high
level and lastly mean for the using of English language by teacher to teach Science
and Mathematics is 3.51 at a medium level. A few recommendations for further
research have been made in order to improve the achievement of Science and
Mathematics in English language.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTARK v
ABSRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENGENALAN MUKASURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
4
BAB 1
PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan
Ledakan dan kepesatan perubahan yang amat pantas dalam bidang
pendidikan yang berterusan dan menjadi lebih mencabar pada masa akan datang.
Cabaran yang besar bagi warga pendidik dalam menangani banyak isu yang muncul
seiring dengan arus pembangunan negara.
Negara Malaysia yang pada awalnya adalah berdasarkan kepada negara
pertanian sebagai sumber ekonominya dan kini kebergantungan ekonomi telah
bertukar kepada industri. Bagi merealisasikan sebagai negara maju amat bergantung
kepada sains dan teknologi. Kejayaan negara akan dapat dicapai sekiranya kerajaan
dapat menyediakan pengajaran Sains dan Matematik pada awalnya lagi dan kejayaan
ini dapat menjamin rakyat yang berpengetahuan yang mampu bersaing di peringkat
global.
Pendidikan yang bermutu juga akan melahirkan generasi yang sedar dan insaf
terhadap erti hidup dan tanggungjawab. Generasi yang berkualiti amat diperlukan
untuk mencapai hasrat kerajaan untuk menuju Wawasan 2020. Untuk merealisasikan
hasrat ini, bidang pendidikanlah menjadi nadi utama dan pendidikan perlu
memainkan peranan penting. Pendidikan bukan sahaja mencurahkan ilmu dan
perkembangan kemahiran pelajar malahan pembentuk akhlak dan contoh teladan
kepada pelajar dan masyarakat.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mendukung cita-cita
murni dan unggul selaras dengan falsafah dan hasrat pendidikan kebangsaan.
5
Penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah berhasrat untuk melahirkan
pelajar-pelajar berperibadi seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani
berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
(1979).
Sistem pendidikan yang bergerak ke arah penstrukturan dan merealisasikan
pendidikan di Malaysia berlaku secara sentralisasi sesuai dengan status negara
sebagai negara yang sedang membangun. Hubung kait dengan itu, pihak
Kementerian Pendidikan dan sekarang bertukar nama kepada Kementerian Pelajaran
yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan sistem pendidikan yang sesuai dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Sumber :Gerbang Web Rasmi, Kementerian Pelajaran Malaysia)
Banyak perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.
Satu dasar baru ialah penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran Sains dan
Matematik. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik
adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan
sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya banyak terdapat di dalam
Bahasa Inggeris.
Dasar ini juga bermatlamat membolehkan pelajar melayari maklumat yang
berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan
Matematik dengan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping
melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris. Selain daripada
itu, diharapkan dengan terlaksananya dasar akan dapat melahirkan golongan
6
teknokrat yang boleh menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara dan
berdaya saing diperingkat antarabangsa.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002 menjelaskan bahawa, dasar ini
diperkenalkan pada tahun 2003 dan permulaannya ialah pelajar tahun satu, pelajar
tingkatan satu dan pelajar enam rendah. Seterusnya pengajaran menggunakan
Bahasa Inggeris diperluaskan kepada semua pelajar secara berperingkat-peringkat
kepada semua pelajar tahun satu di sekolah kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil hingga tingkatan enam atas di sekolah menengah kebangsaan di
seluruh Malaysia. Cadangan awal ini mendapat reaksi yang berbeza-beza namun
dengan perancangan yang teliti setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak
dasar ini diteruskan demi kepentingan negara. Sudah empat tahun berlalu masih ada
isu-isu yang dipertuturkan dan dibahaskan tetapi pihak Kementerian Pelajaran tetap
meneruskan dasar yang telah dijalankan.
Mata pelajaran Sains dan Matematik mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam sistem pendidikan negara. Mata pelajaran ini diwajibkan kepada semua
pelajar di peringkat persekolahan. Pengajaran Sains dan Matematik bertujuan untuk
meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memperlihatkan fenomena
dalam situasi sebenar.
Dasar ini akan diteruskan walaupun banyak halangan. Menteri Pelajaran,
Datuk Hishammuddin Tun Hussien menegaskan bahawa,
Masih terlalu awal untuk kerajaan mengkaji semula dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris walaupun pencapaiannya membimbangkan terutamanya di sekolah luar bandar
(Sumber : Utusan Malaysia :01.07.2005)
Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris akan diteruskan
walaupun banyak kekangan yang ada. Dasar ini akan diteruskan juga memandangkan
kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menghantar guru-guru berkursus,
7
menyediakan peralatan seperti komputer, projektor Liquid Crystal Display (LCD)
dan bahan sokongan lain bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Walaupun perlaksanaannya telah mencecah
empat tahun tetapi kesannya belum menampakkan kejayaan yang gemilang
terutamanya kepada pelajar luar bandar.
Proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa
Inggeris merupakan satu dasar kerajaan terbaru Kementerian Pelajaran Malaysia di
semua sekolah. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang diputuskan oleh
jemaah menteri bagi merealisasikan wawasan kerajaan untuk menjadikan negara
maju pada tahun 2020. Rasionalnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa antarabangsa.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kementerian Pelajaran adalah pihak yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan cita-cita negara berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
melalui pengajaran yang disampaikan di sekolah-sekolah yang menjadi pusat segala
pengembangan ilmu. Wawasan negara yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri pada ketika itu yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju menjelang tahun 2020, khususnya di bidang sains dan teknologi
secara tidak langsung ia melibatkan sistem pendidikan di negara kita dengan
menekankan mata pelajaran sains dan teknologi.
Sehubungan itu, perkembangan dan pembangunan kurikulum dalam
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik
8
dalam Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 dan permulaannya
ialah pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu, dan pelajar tingkatan enam rendah.
Namun begitu setelah empat tahun pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris ini dilaksanakan ianya masih pada tahap yang sederhana sahaja.
Jadual 1.1 : Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 , Analisis Peringkat Mata Pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MATA
PELAJARAN (PERATUS)
NAMA SEKOLAH Bahasa Inggeris Sains Matematik
Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal 46.0 %
87.0 % 73.3 %
Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku
52.1 % 77.0 % 90.8 %
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ismail
89.2 % 96.7 % 94.5 %
Jadual 1.1 di atas menunjukkan analisis keputusan peperiksaan PMR mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi tiga buah sekolah menengah
kebangsaan di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Keputusan ini didapati daripada
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah terbabit. Keputusan yang didapati adalah
pada tahap memuaskan dan ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
dalaman dan luaran. Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti faktor minat
pelajar, kaedah pengajaran guru, faktor bahan bantu mengajar dan penggunaan
Bahasa Inggeris oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Kebimbangan ibu bapa pada peringkat awalnya ialah tentang kemampuan
anak-anak mereka menguasai Bahasa Inggeris di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ibu bapa merasa khuatir jika sekiranya anak mereka tidak berminat
menguasai Bahasa Inggeris akan menyebabkan mereka gagal di dalam mata
9
pelajaran Sains dan Matematik semasa peperiksaan. Di samping itu juga beberapa
persoalan timbul mengenai kemampuan Kementerian Pelajaran menyediakan guru-
guru yang benar-benar komitmen dan terlatih di dalam bidang ini dari sudut kaedah
penyampaian guru semasa proses pengajaran.
Kementerian telah banyak menyediakan peruntukkan yang besar untuk
menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan kelengkapan terkini
seperti modul pengajaran, buku-buku teks dan kemudahan pelbagai teknologi
maklumat seperti laptop dan projektor LCD. Sesuatu aktiviti pengajaran yang
berjaya adalah bergantung kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar,
mengekalkan operasi tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat
yang dikehendaki. (Mohd Daud,1990)
Selain daripada itu, penggunaan alatan oleh guru akan dapat membantu
pelajar untuk lebih memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Banyak
alatan dan bahan bantuan mengajar seperti laptop, projektor LCD, dan perisian Sains
dan Matematik yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam membantu
pengajaran guru di bilik darjah. Dari sudut perbelanjaan juga pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu belanja yang besar untuk menyesuaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan kelengkapan-kelengkapan terkini
seperti modul pengajaran, buku-buku teks, dan kemudahan pembelajaran teknologi
maklumat seperti laptop dan projektor LCD.
Konsep pembelajaran dan kaedah belajar yang betul merupakan faktor yang
penting untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelajaran.
Kaedah ini akan membantu pelajar menyaksikan masalah pencapaian akademik
supaya pelajar-pelajar dapat menikmati kejayaan cemerlang. Kaedah pembelajaran
yang baik dan sistematik hendaklah dipelajari, kemudian dipraktikkan secara
berterusan oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan kaedah seperti ini, masa dan
tenaga dapat manfaat sepenuhnya untuk memanfaatkan keputusan yang cemerlang.
10
Keberkesanan pembelajaran amat penting dalam membawa kepada
perubahan tingkah laku melalui amalan baru yang ditunjukkan oleh setiap individu.
Keberkesanan sesuatu pembelajaran banyak bergantung kepada persekitaran dan
motivasi. Cara penyampaian guru, cara penyelarasan kandungan, bahan bantu
mengajar, cara komunikasi, mempunyai jangkauan yang realistik terhadap pelajar,
sentiasa memberi bantuan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh pelajar dan
menerima maklum balas konstruktif akan dapat melahirkan situasi yang
menggalakkan semasa belajar.
Ini adalah kerana prestasi sekolah bandar dan luar bandar dalam tahun 2003
adalah menunjukkan prestasi akademik murid luar bandar adalah lebih rendah
berbanding pencapaian murid bandar. Ini ditegaskan oleh kenyataan Menteri
Pelajaran di Lobi Parlimen :
Pencapaian murid tingkatan 1 pula hanyalah pada tahap yang memuaskan dengan purata skor mata pelajaran Sains hanya pada tahap 59.2 peratus, Matematik 58.2 peratus dan Bahasa Inggeris ialah 61.0 peratus. Di dapati juga prestasi sekolah-sekolah menengah luar bandar lebih rendah dari sekolah-sekolah di bandar
(Sumber :Utusan Malaysia : 05.04.2005 )
Pencapaian malap pelajar-pelajar ini membayangkan bahawa mereka gagal
untuk menguasai mata pelajaran ini. Keadaan ini akan menambahkan bebanan
mereka dalam pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.
Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar juga akan merasai tekanan dan akan
mempengaruhi pembelajaran mereka. Untuk mengetahui apakah sebab-sebab
berlakunya kelemahan tersebut, satu kajian perlu dilakukan. Lantaran daripada itu
penyelidik ingin mengenal pasti sejauh manakah minat pelajar di sekolah terhadap
pengajaran Bahasa Inggeris yang mungkin akan timbul adalah minat pelajar semakin
berkurangan hasil daripada perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di dalam Bahasa Inggeris ini. Implikasinya nanti mungkin akan
menyebabkan penurunan peratusan kelulusan di dalam peperiksaan.
11
Menurut bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Dr.
Ismail Ibrahim, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk
semangat dan minat pelajar terhadap Sains dan Matematik.(Utusan Malaysia, 23
November 2004). Ini terbukti bahawa anak golongan profesional dan peniaga
memperoleh pencapaian yang baik di dalam mata pelajaran tersebut. Hal ini kerana
mereka terdedah dan biasa dengan mata pelajaran Sains dan Matematik serta
menyedari kepentingan mata pelajaran ini. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di peringkat awal memberikan kesan yang kuat terhadap kecenderungan,
kecerdasan, sikap, dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut pada masa
hadapan.
Di samping itu beberapa persoalan timbul mengenai kemampuan
Kementerian Pelajaran menyediakan guru-guru yang benar-benar terlatih di dalam
bidang ini. Dari sudut kaedah dan penyampaian guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Utusan Malaysia, 05 September 2002). Proses pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik memerlukan guru-guru yang dapat menguasai kaedah
dan penyampaian yang bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar untuk
menguasai kemahiran di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Kini hampir empat tahun berlalu, perubahan dasar ini telah dilaksanakan, kita
masih tidak dapat mengetahui jawapan kepada tahap keberkesanan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Adakah penggunaan Bahasa Inggeris tersebut boleh meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik atau sebaliknya yang
berlaku.
Berdasarkan beberapa persoalan yang telah dikenal pasti dalam perlaksanaan
pengajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris. Faktor murid adalah yang
memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Faktor-faktor tersebut
antaranya ialah minat pelajar terhadap pengajaran Sains dan Matematik di dalam
12
Bahasa Inggeris, kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Sains dan Matematik,
penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dan penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru semasa proses
pengajaran an pembelajaran Sains dan Matematik.
Persoalan-persoalan inilah yang menyebabkan saya memilih pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah
kebangsaan sebagai skop kajian kerana ingin mendapat pandangan dari pelajar-
pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah
1.3 Penyataan Masalah
Daripada permasalahan yang telah dikenal pasti, penyelidik merasakan adalah
penting bagi penyelidik untuk membuat kajian berdasarkan permasalahan seperti
minat pelajar, kaedah pengajaran guru, dan penggunaan bahan bantu mengajar oleh
guru semasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa
Inggeris. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengkaji tahap penggunaan bahasa
Inggeris oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
di dalam kelas..
13
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan nanti adalah untuk menjawab persoalan yang
berbangkit di sekolah berkenaan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik ini dan mempunyai beberapa objektif iaitu untuk :-
a. mengenal pasti minat pelajar untuk belajar mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
b. mengenal pasti kaedah pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
c. mengenal pasti penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
d. mengenal pasti tahap penggunaan bahasa Inggeris guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam kelas.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas beberapa
persoalan seperti yang berikut:
a. Apakah faktor minat mendorong pembelajaran pelajar terhadap
mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris?
14
b. Apakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi pembelajaran pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris?
c. Apakah faktor tahap penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dapat
merangsang pemahaman pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik?
d. Apakah faktor tahap penggunaan bahasa Inggeris guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik di dalam kelas?