Post on 22-Feb-2016
description
Mini Ebok ini adalah percuma. Anda boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan pun
selagi benda tersebut tidak membawa masalah kepada pihak saya. Sebarkan sejauh
mungkin. Cuma apa yang saya harapkan adalah anda memberi kredit ke atas informasi
yang telah dikongsi kepada laman web ini. www.drinspirasi.com
www.drinspirasi.com
“Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati
supaya menetapi kesabaran.”
103:1-3
Masa merupakan komoditi yang penting pada kita. Masa yang ada pada setiap orang
adalah sebanyak tempoh 24 jam. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Namun begitu,
masih ada orang yang merungut kerana mengatakan tidak cukup masa. Disini saya ingin
berkongsi dengan anda 23 tips dan formula mengenai pengurusan masa. Mungkin
sebahagiannya anda telah ketahui, tetapi tidak salah mengingatnya bukan? Bagi yang
tidak, jadikan ini sebagai ilmu baru untuk diserap. Tips dan panduan ini bukanlah sesuatu
yang kompleks untuk diamalkan, ianya ringkas dan murah. Ayuh kita mulakan.
www.drinspirasi.com 2
1. Kenalpasti beberapa aktiviti yang mencuri masa anda
Ini dapat dilakukan dengan mengira masa yang anda peruntukkan untuk membuka email,
membaca email, melayari internet, dan berborak telefon, berSMS. Selepas anda tahu
berapa lama masa yang digunakan untuk aktiviti ini, selidik perkara tersebut adakah
ianya bermanfaat. Saya percaya masa anda peruntukkan untuk aktiviti ini juga akan
berkurangan.
Tetapi jika anda seorang IM iaitu Internet Marketer tidak mengapa. Sememangnya
internet merupakan salah satu punca pendapatan anda. Kes ini untuk orang yang suka
menghabiskan masa mereka di internet saja-saja. ( Perkara ini juga pernah berlaku pada
saya. Hampir 2-3 jam masa saya digunakan untuk melayari internet. Bayangkan jika anda
dapat menjimatkan 1 jam daripada masa tersebut. Banyak dapat dilakukan. )
2. Mula meletakkan beberapa matlamat harian dan jangan baca berita
Walaupun matlamat kecil, letakkannya juga. Contohnya memperuntukkan masa yang
singkat sahaja untuk membaca email, membasuh baju , memasak air ataupun membaca
surat khabar.
Sekadar tambahan, ramai motivator berkata bahawa akhbar hari ini terlalu banyak
mengandungi perkara negatif,. Bunuh, rogol, perang bagaikan perkara biasa. Jadi mereka
kurang membacanya sebab tidak mahu perkara tersebut mempengaruhi minda mereka.
Jadi tips yang dapat diambil adalah jangan membaca berita. Wah, ekstrem sungguh tips
ini!
“ Tetapi Saiful bagaimana saya hendak tahu apa yang terjadi di sekeliling. Nanti
dikatakan katak di bawah tempurung pula.”
www.drinspirasi.com 3
Jangan risau, anda pasti mempunyai kawan yang busybody atau Facebook untuk
berkongsikan cerita terkini kepada anda. Serahkan tanggungjawab tersebut kepada
mereka.
3. Mula merancang jadual pengurusan masa anda
Mula membuat jadual pengurusan anda. Dengan demikian anda akan tahu ke mana masa
itu diperuntukkan. Mula melakukan dengan membuat jadual ringkas dan diletakkan di
tempat yang mudah dilihat. Contohnya seperti atas meja makan, ataupun di hadapan peti
sejuk.
Jadual adalah seperti jadual waktu belajar kita semasa kecil. Ingat lagi? Dulu masa
belajar, kita mempunyai jadual waktu untuk setiap waktu pelajaran. Konsep yang sama
boleh diaplikasikan terhadap aktiviti yang menjadi rutin dalam hidup anda.
” Jika anda tidak merancang, sebenarnya anda merancang untuk gagal.”
4. Kenalpasti alat pengurusan masa yang berkesan pada anda
Setiap orang mempunyai alat pengurusan berbeza yang berkesan pada mereka. Mungkin
komputer, Smart Phone, ataupun diari anda sendiri. Setiap orang tidak sama dan
mempunyai selera yang berbeza. Mungkin Smart Phone sesuai dengan anda jika anda
seorang yang berkemampuan.
Tetapi bagi saya, saya lebih suka menulis dalam diari mengenai aktiviti yang akan
dilakukan. Agak tradisional sikit tetapi fleksibel. Anda boleh padam atau potong sahaja
jika ingin mengubahnya. Guna sahaja buku hutang 555, murah lagipun.
www.drinspirasi.com 4
Kuasa 5 Minit
Guna kuasa 5 minit untuk membantu anda. Contohnya seperti ingin mula membaca buku
pelajaran? Tetapi di dalam diri terasa begitu malas untuk membuatnya. Apatah lagi ingin
mengambil langkah pertama. Terasa begitu berat sekali.Hehehe..
Caranya adalah dengan mengatakan kepada diri bahawa anda hanya akan melakukan
perkara itu selama 5 minit sahaja. Anda memberitahu diri bahawa anda akan memberi
usaha terbaik yang boleh dalam masa 5 minit itu. Kemudian lakukannya. Saya
percaya selepas 5 minit itu berlalu, anda pasti berasa sayang untuk berhenti kerana ketika
itu momentum membaca sudah pun ada. Dan apa lagi, terus sahaja membaca, sehingga
perasaan malas itu datang selepas sesuatu tempoh.
Berdasarkan hukum Newton fizik, sesuatu yang bergerak akan kekal bergerak
melainkan terdapat daya luar yang dikenakan kepadanya. Momentum anda akan terus
bergerak melainkan ada sesuatu ‘daya’ lain yang menolaknya.
Tips ini bukan saya yang cipta, sememangnya telah banyak dikongsi oleh ahli motivasi.
Psikologi 5 minit.
www.drinspirasi.com 5
5. Gunakan PERINGATAN
Gunakan Hp anda atau melakukannya pada kalendar online anda tarikh atau perkara
penting yang perlu dilakukan. Ini mengelak anda daripada terlupa tarikh penting tersebut.
Serahkan tugas mengingat kepada mereka.
6. Luangkan sedikit masa untuk melihat senarai perkara yang perlu
dilakukan anda pada setiap pagi
Untuk mengamal teknik ini, terlebih dahulu senaraikan perkara yang akan dilakukan
sebelum itu. Seeloknya pada malam sebelumnya atau jika tiada masa anda boleh
melakukannya pada awal pagi keesokkannya. Kemudian mula meletakkan
kepentingannya mengikut turutan. Kemudian, mula melakukan perkara tersebut. Jadikan
ini tabiat anda setiap hari.
Tetapi sebelum itu, pastikan anda telah menulis senarai tersebut. Dalam semua tips urus
masa, ini Antara tips kesukaan saya. Lakukan selama 21 hari supaya ianya menjadi tabiat
anda.
“Mula-mula anda membentuk tabiat, lama-kelamaan tabiat membentuk anda.”
7. Jangan membuang masa menunggu
Banyak masa terbuang disebabkan menunggu. Contohnya ketika menunggu bas,
temujanji dengan doktor. Peruntukkan masa tersebut melakukan perkara lain. Kata orang
sambil menyelam, minum air. Masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan aktiviti
mudah lain. Contohnya, anda boleh memikirkan penyelesaiaan untuk masalah anda. Atau
anda boleh melakukan senarai tugasan perkara yang perlu dilakukan pada esok hari.
www.drinspirasi.com 6
Saudara kita Fadzli Yusof, yang merupakan seorang motivator berjaya pernah berkongsi
tentang pengalamannya dalam bukunya bagaimana beliau mendapat idea mengenai
perniagaan motivasinya,Resepi Kejayaan ketika menunggu isterinya.
Ataupun boleh sahaja membawa buku ke mana-mana. Buku yang berkaitan industri atau
pengurusan diri. Jadi bila anda ada masa yang terluang, anda boleh membacanya.
Memberikan Janjitemu Yang Salah
Semua manusia mempunyai tabiat tertentu. Apabila berjanji untuk bertemu, ada yang
kebiasaanya akan datang awal. Ada juga yang datang lambat dan kebiasaannya lambat itu
yang digemari orang. Ada sekadar lambat 10 minit, tetapi ada yang lebih teruk daripada
itu iaitu 2 jam. Lambat seolah-olah budaya kita.
Seperti yang sering diperli,
“Eh lambat ko datang, dah setengah jam baru nampak muka.Janji kul 8malam.Ni dah
pukul 8.30 malam baru datang. Haish ko ni.”
“Alah baisalah, janji Melayu,” sambil membalas senyum.
www.drinspirasi.com 7
Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini? Anda berjanji dengan kawan, tetapi dia
datang lambat daripada sepatutnya. Tentu geram dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila
sampai dengan membuat muka tidak bersalah. Masa anda terbuang begitu sahaja.
Bagaimana untuk mengatasi masalah dengan individu yang mempunyai sikap begini.
Jawapannya adalah untuk memberi janjitemu waktu yang ‘salah’.
‘Salah’ di sini adalah memberi maksud memberikan waktu janjitemu lebih awal daripada
sebenarnya. Mungkin 15minit atau 30 minit daripada waktu sebenar pertemuan. Ini
berdasarkan tabiat waktu lewatnya. Contohnya, andaikan anda ingin bertemu dengan
kawan anda pada pukul 8 malam. Seperti yang diketahui, kawan anda itu merupakan
seorang yangs sering lambat. Berdasarkan pengalaman anda, dirinya selalu datang
setengah jam lewat. Jadi, apa kata berikan padanya janjitemu waktu yang ‘salah’
kepadanya. Kata kepadanya anda akan berjumpa dengan pada ukul 7.30malam.
Apabila anda membuat perkara ini, pastikan anda tidak memberitahu kepadanya bahawa
janjitemu waktu itu adalah tidak benar sebenarnya. Jadi, anda dan dia dapat bertemu pada
tepat pukul 8 malam. Petua ini boleh sahaja diaplikasikan kepada sesiapa sahaja dan
bukan kepada pasangan bercinta ya!
8. Pecahkan tugasan utama anda kepada beberapa tugasan kecil
Tugasan besar memerlukan banyak langkah dalam menyelesaikannya. Namun begitu,
sebaliknya untuk tugasan kecil. Tugasan kecil hanya memerlukan sedikit langkah
ataupun selangkah sahaja. Dengan memecahkan matlamat besar anda kepada beberapa
matlamat kecil.
Dengan membuat demikian anda dapat memudahkan tugasan utama anda. Selain itu, ia
dapat meningkatkan motivasi anda kerana kepuasan menyiapkan tugasan kecil tersebut.
www.drinspirasi.com 8
Contohnya matlama untuk mengecat rumah. Anda boleh memecahkannya kepada
langkah kecil. Contohnya anda memperuntukkan masa untuk setiap hujung minggu
mengecat sebahagian kecil rumah. Perkara ini dilakukan dan diulang beberapa kali untuk
beberapa minggu.
9. Kenalpasti dan guna teknik keutamaan ABC
Tips lain yang berkesan adalah teknik keutamaan ABC. A adalah tugasan penting yang
menyumbang ke arah matlamat jangka panjang anda. Manakala B pula adalah
menyumbang ke arah matlamat anda tetapi kurang penting. Tugasan C merupakan
tugasan biasa dan kurang penting. Ianya dilakukan apabila anda mempunyai masa.
Terlebih dahulu kenalpasti tugasan anda dan berikan huruf kepadanya. Kemudian,
mulakan melakukan tugasan A dahulu diikuti B dan jika mempunyai masa yang
berlebihan lakukan tugasan C pula.
10 . Menilai tugasan berdasarkan kepentingan dan tempohnya
Sesuatu tugasan perlu dinilai daripada tempoh dan kepentingannya. Kenal pasti tempoh
untuk melakukannya dan keutama tugasan tersebut. Kemudian beri sepenuh perhatian
pada tugasan tersebut. Kadang-kala ada tugasan yang penting tetapi memerlukan masa
yang panjang. Begitu sebaliknya. Jadi di sini anda mesti tahu dalam mengenal pasti
tugasan yang perlu diberi keutamaan berdasarkan dua faktor ini.
www.drinspirasi.com 9
Tugasan yang Mana?
Apakah yang akan anda lakukan jika anda kini mempunyai dua tugasan yang sama
penting? Tugasan A dan B mempunyai 2 keberatan yang berbeza tetapi kedua-duanya
penting. Contohnya, anda berasa berat untuk melakukan perkara A dan lebih gemar
melakukan perkara B kerana kelihatan mudah bagi anda. Perkara yang mana yang akan
menjadi keutamaan anda?
Contohnya saya ambil keadaan sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar perlu
menyiapkan 2 ‘assignment’. Kedua-dua assignment adalah penting baginya, tetapi salah
satu agak berat dan kurang menyenangkan baginya. Walau bagaimanapun, pelajar
tersebut terpaksa melakukannya. Assignment mana yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Setiap orang mempunyai pendapatnya tersendiri. Disini saya kongsi pendapat mereka.
www.drinspirasi.com 10
Lakukan perkara yang mudah dahulu
Mulakan membuat tugasan yang mudah dan menyenangkan bagi anda. Tujuannya adalah
untuk mengwujudkan momentum bagi diri anda. Bak kata analogi mudah, sebagai
‘senaman ringan’ sebelum anda melakukan sesuatu yang lebih sukar.
Lakukan perkara yang sukar dahulu
Menurut Brian Tracy, beliau mencadangkan untuk memulakan hari dengan tugasan yang
sukar atau yang anda kurang gemar melakukannya. Hal ini kerana pada awal hari anda
masih lagi bertenaga dan mempunyai daya fokus yang lebih tinggi. Selain itu, anda masih
mampu berfikir dengan lebih baik. Anda sangat memerlukan kedua-dua itu,apabila
melakukan tugasan yang sukar.
Kemudiannya teruskan denagn aktiviti yang digemari anda. Walaupun anda mungkin
sudah penat, tetapi memandangkan anda membuat sesuatu yang digemari anda, maka
‘momentum’ anda pada itu tetap kekal.
Bagi saya?
Pengalaman saya, saya mengikut tips yang dikongsikan oleh Brian Tracy. Saya akan
memulakan tugasan yang kurang digemari saya terlebih dahulu dan kemudiannya barulah
ke tugasan yang kedua. Tips pertama kurang sesuai dengan diri saya, kerana saya
merasakan sedikit ‘ malas’ apabila ingin melakukan tugasan yang lebih berat selepas
melakukan tugasan yang senang. Membuatkan momentum saya menurun.
Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan tahap psikologi yang
berbeza. Kenali kekuatan dan kelemahan diri anda untuk mendapa manfaat keseluruhan.
www.drinspirasi.com 11
11. Usir perasaan negatif
Kadangkala melakukan sesuatu tugasan memerlukan komitmen. Oleh itu, jangan biarkan
emosi negatif hadir. Emosi sedih dan stres hanya akan melambatkan perjalanan tugasan
anda. Tetapi jika ianya hadir, luangkan sedikit masa untuk mengenalpasti sebabnya. Cari
alternatif supaya anda dapat membaiki puncanya.
12. Dengar atau baca buku motivasi
Luangkan masa anda untuk membaca buku-buku motivasi dan mendengar CD motivasi.
Ini dapat memberi anda teknik dan tips baru tentang pengurusan masa. Selain itu, ia dapat
meningkatka kemahiran anda. Seperti mana yang dikatakan oleh Stephen Covey,
“Sharpen your saw.” Dengan meningkatkan kemahiran anda, sesuatu masalah akan dapat
diselasaikan dengan lebih pantas berbanding keadaan sebelumnya.
13. Pastikan kehidupan anda tersusun
Tips ini mudah sahaja. Beli perabot atau laci yang dapat digunakan untuk mengisi barang
penting anda. Contohnya seperti peralata tulis atau fail-fail pejabat. Letakkan ia di tempat
anda bekerja sama ada di rumah atau di pejabat. Kajian menunjukkan, insan yang
tersusun adalah insan yang meluangkan waktu yang sedikit sahaja untuk mencari, dan
lebih banyak masa kepada tugasan yang telah ditetapkan. Kehidupan yang tersusun
menjimatkan masa anda mencari.
www.drinspirasi.com 12
14. Kenalpasti perkara yang kerap menganggu anda
Contohnya, kawan anda yang gemar berSMS dengan anda ataupun yang selalu mengajak
anda keluar. Jika berfaedah tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya sila ambil perhatian
serius. Cari jalan. Dengan membuat demikian anda dapat mengelakkannya daripada
berlaku.
Facebook antara perkara yang mengganggu. Jadi jangan membukanya pada siang hari.
Cuba peruntukkan seakdar 15 minit untuk berFacebook.
15. Tetapkan matlamat anda setiap minggu
Matlamat dan keutamaan berubah setiap waktu. Apa yang penting pada hari ini, tidak
semestinya penting pada hari esok. Jadi anda mesti peka dann sanggup mengubah
matlamat anda berdasarkan perubahan ini. Nilaikan perkara yang penting dan beri
tumpuan pada perkara tersebut.
16. Belajar untuk berkata TIDAK
Kadang-kala akan ada sedikit gangguan ketika anda memberi fokus pada kerja anda. Jadi
apa yang penting adalah berkata ‘tidak’ kepada perkara yang menganggu anda. Seperti
kawan anda mengajak untuk pergi meonton wayang tetapi anda mempunyai tugasan yang
perlu disiapkan esok. Oleh itu, tolak ia dengan cara yang terbaik. Jangan berkompromi
sebab kelaknya anda juga akan rugi nanti.
www.drinspirasi.com 13
17. Mempunyai matlamat jangka panjang
Benda ini wajib. Bukan untuk pengurusan masa tetapi untuk kebahagiaan dan kepuasan
hidup. Denga adanya matlamat jangka panjang, ia dapat memastikan anda membentuk
matlamat kecil anda. Seterusnya, pecahkam matlamat anda kepada matlamat yang lebih
kecil supaya mudah diuruskan.
Jika anda mempunyai kerja yang perlu dilakukan pada keesokaan hari, salah satu tips
yang berkesan adalah tidur awal. Tidur awal membolehkan anda bangun awal pada
kesokkan hari. Ini membolehkan kerja yang ingin dilakukan itu dapat dilakukan dengan
lebih awal lagi.
Tidur awal dan bangun awal untuk melakukan kerja adalah merupakan salah satu prinsip
kejayaan. Banyak kerja dapat dilakukan jika anda bangun awal. Lebih-lebih lagi masa
produktiviti manusia kebanyakkan berada dalam likungan ini.Percaya atau
tidak,cuba lihat dan banding berapa banyak kerja yang anda dapat lakukan pada waktu
pagi, tengahari dan malam. Didapati banyak kerja dapat dilakukan pada waktu pagi
berbanding waktu yang lain.
Jadi, tidurlah awal. Setkan jam anda dan bersedialah untuk hari yang baru. Selangkah
ke arah dalam merealisasikan impian anda.
18. Jangan bertangguh
Jika anda melihat sesuatu yang perlu dilakukan, lakukan perkara tersebut sekarang.
Jangan berlengah. Berlengah hanya akan membuatkan perkara tersebut tidak diselesaikan
dan bertambah banyak pada masa kan datang. Teruskan melakukan pada waktu tersebut
dan jangan berhenti panjang untuk mengekalkan momentumnya. Seperti kata hukum
Newton, “ Sesuatu benda akan kekal bergerak atau pegun selagi tiada daya dikenakan
terhadapnya.”
www.drinspirasi.com 14
Di dalam buku 168 hours , penulis telah berkongsi tentang kisah seorang perempuan
yang berjaya mengurus masanya. Dia bukan sekadar mengurus masa bersama
keluarganya, tetapi mengurus syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Apabila dikenalkan
kepada Obama, Si pakcik Presiden Amerika Syarikat, Mr Obama itu sunggu terkejut.
" Awak tidak tidur ke?"
Persoalannya di sini, apakah rahsia si perempuan ini? Adakah dia tidak tidur dan terpaksa
mengorban masa tidurnya? Apa pendapat anda?
Jawapnnya adalah, tidak. Dia tidur tetapi apa yang membezakannya dengan orang lain
adalah dari sudut perspektif apabila melihat masa. Menurut penulis buku 168 hours,
perspektif inilah yang membuatkan si nenek ini mampu mengurus masanya dengan
begitu baik.
Yap, perspektif jawapnnya untuk pengurusan masa. Bagi si nenek ini, masa begitu
penting. Ops, bukan bermakna saya mengatakan kita tidak menghargai masa, tetapi apa
yang dimaksudkan saya adalah dari sudut perspektif yang lain. Si nenek ini menghargai
setiap minit yang ada. Ketika kita mungkin sedang berfikir sama ada untuk mandi atau
tidak, si nenek ini terus mandi. Ketika itu kita telahpun membuang masa hampir 5-10
minit.
www.drinspirasi.com 15
Ketika mungkin kita berfikir sama ada untuk pergi bercuti atau tidak pada minggu ini, si
nenek ini sudahpun membuat keputusan. Pabila kita akhirnya membuat keputusan sama
untuk bercuti, si nenek ini telahpun siap untuk bertolak. 6 -12 jam ke hadapan, ataupun
mungkin 2-3 hari ke hadapan. Lantas perkara inilah yang menyebabkan si nenek ini lebih
maju daripada kita.
19 . Pastikan meja anda bersih
Meja yang bersih dan kurang gangguan akan meningkatkan kesan produktiviti dalam
kerja anda. Ia tidak menyerabutkan minda anda dan menyenangkan pemandangan.
20. Jangan bazirkan masa anda pada telefon
Panggilan telefon merupakan penyumbang pembaziran masa yang utama kepada
kebanyakkan orang. Panggilan telefon kadang-kala menyebabkan satu panggilan
berlarutan kepada beberapa jam. Jadi cuba kurang waktu tersebut. Hanya melakukan
panggilan telefon kepada perkara yang perlu sahaja. Dan letakkan batas untuk setiap
panggilan tersebut. Beritahu orang yang anda telefon bahawa anda membuat panggilan
tersebut untuk seketika sahaja. Mulatkan panggilan anda seperti, “ Minta maaf, saya
hanya ada beberapa minit untuk bercakap…” atau berkata ”Panggilan ini ringkas sahaja.
Untuk memberitahu…”
www.drinspirasi.com 16
21. Kenalpasti masa efektif anda.
Setiap orang mempunyai waktu efektif yang berlainan. Ada pada awal pagi dan ada
yang sebelah petang. Oleh itu rancang masa tugasan anda pada tempat yang sepatutnya.
Lakukan tugasan yang memerlukan fokus yang tinggi pada waktu efektif anda, manakala
waktu yang kuarang efektif digunakan untuk perkara yang tidak terlalu memerlukan
komitmen seperti makan tengahari atau sarapan.
Berdasarkan kajian, kita mempunyai 2 jam emas. 2 jam emas ini lebih efektif daripada 8
jam membuat kerja bersama tugasan lain seperti FB, SMS dan lain-lain. 2 jam emas ini
boleh dicipta. Caranya adalah memberikan keseluruhan fokus anda pada satu tugasan dan
tidak akan membuka FB, email dan gangguan lain.
22. Beri kepada diri anda hadiah
Untuk setiap tugasan yang diselesaikan, beri hadiah kepada diri anda. Hadiahnya tidak
perlulah terlalu mahal Bergantung pada bajet anda dan bentuk tugasan anda. Mungkin
anda boleh menghadiahkan diri anda makan KFC untuk tugasan yang berjaya disiapkan
ataupun menonton televisyen rancangan kesukaan anda.
23 . Berhentilah untuk berehat
Seorang lelaki duduk di stesen metro di Washington DC dan mula bermain biola, ia
adalah sebuah pagi yang dingin pada bulan Januari. Dia bermain enam helai Bach selama
kira-kira 45 minit.
Pada waktu itu, keadaan sangat ribuk, dianggarkan seramai 1,100 orang telah melalui
stesen tersebut, kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiga minit berlalu,
dan seorang lelaki dalam umur pertengahan menyedari ada seorang pemuzik sedang
bermain biola. Jadi, dia memperlahankan langkahnya, dan berhenti selama beberapa saat,
dan kemudian bergegas untuk memenuhi jadual.
www.drinspirasi.com 17
Beberapa minit kemudian, pemain biola tersebut menerima dolarnya yang pertama:
seorang wanita telah melemparkan wang ke dalam bekas biola tanpa berhenti, dan terus
berjalan.
Beberapa minit kemudian, seseorang lelaki telah bersandar pada dinding untuk
mendengarnya, kemudian lelaki itu melihat jam tangannya dan mula berjalan semula.
Jelas sekali beliau telah terlambat untuk ke tempat kerja.
Orang yang paling banyak memberikan perhatian, adalah budak lelaki yang berusia 3
tahun. Ibunya yang memegang beliau, tergesa-gesa, tetapi kanak-kanak itu telah berhenti
untuk melihat tukang biola. Akhirnya, ibunya terpaksa menarik dengan keras, dan kanak-
kanak itu terus berjalan, tetapi memalingkan mukanya sepanjang masa untuk melihat
pemain biola tersebut.
Tindakan ini telah diulangi oleh beberapa kanak-kanak yang lain. Semua ibu bapa, tanpa
pengecualian, memaksa anak mereka untuk bergerak. Dalam masa 45 minit muzik
dimainkan, hanya 6 orang yang berhenti dan tinggal buat sementara waktu. Kira-kira 20
orang memberinya wang, tetapi terus berjalan seperti biasa.
Wang yang berjaya dikumpul, $32. Setelah beliau selesai bermain, suasana menjadi sunyi
semula, tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang bertepuk tangan dan tidak ada
sebarang pengiktirafan.
Tetapi, tiada siapa yang tahu, pemain biola itu ialah Joshua Bell, salah seorang pemuzik
yang paling berbakat di dunia. Dia baru sahaja memainkan salah satu muzik yang paling
rumit yang pernah ditulis, menggunakan biola yang bernilai $ 3.5 juta dolar. Dua hari
sebelum bermain di stesyen keretapi bawah tanah tersebut. Tiket untuk konsert Joshua
Bell di teater Boston yang berharga $100 sekeping telah habis dijual.
Ini adalah cerita sebenar. Joshua Bell telah menyamar dan bermain di stesen metro
anjuran Washington Post sebagai sebahagian daripada eksperimen sosial tentang
persepsi, rasa, dan keutamaan orang.
www.drinspirasi.com 18
Salah satu kesimpulan yang didapati dari pengalaman ini. Jika kita tidak mempunyai
masa untuk berhenti dan mendengar salah satu daripada pemuzik terbaik di dunia yang
sedang bermain muzik terbaik yang pernah ditulis, kemungkinan, berapa banyakkah
perkara-perkara hebat lain yang telah kita terlepas?
Kata-kata akhir
Apa yang penting mengenai tips dan panduan ini adalah mengimplementasinya. Seperti
kata bijak pandai, “Sesuatu ilmu tiada gunanya kecuali kita melakukannya.” Jadi disini
sebanyak 23 idea yang telah dikongsi, diharap dapat membantu anda. Ilmu ini tidak
bernilai tanpa ada tindakan dilakukannya. Jadi, mari kita bersama-sama
mengimplementasinya walaupun sekadar 1 idea.
Ilmu bukan kuasa, ia tidak mengubah hidup anda. Tindaka terhadap ilmu itu yang akan
membuat anda berBEZA dengan orang lain. Bertindak sekarang!
www.drinspirasi.com 19
Penulis
Terima kasih kerana membaca ebook percuma ini. Diharapkan ianya dapat membantu
dan bertindak sebagai rujukan dalam mengurus masa anda.
Alhamdulillah, sejak saya berkecimpung dalam penulisan blog ini kira-kira 5 tahun yang
lalu, blog saya mula diterima ramai. Kini ianya mempunyai beberapa pembaca setia.
Walaupun tidalah sehebat otai-otai blogger yang lain, tetapi bagi saya ianya percapaian
yang cukup membanggakan.
Kepada anda yang baru sahaja melayari laman web www.drinspirasi.com terima kasih
dan selamat datang saya ucapkan.
Siapa saya?
Insan biasa yang dikenali sebagai Saiful Izzuan. Gambar di atas adalah sekitar 4-5 tahun
lepas. Sekarang ini tidak sehandsome dahulu. Hehe. Mempunyai minat yang tinggi dalam
bidang motivasi dan kewangan. Menulis beberapa buku dalam skop motivasi. Saya
memperolehi ijazah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sains
Aktuari.
Membangun laman web ini sebagai hobi supaya dapat menjadi medan tempat perkenalan
dan laman interaksi dalam memberi inspirasi kepada orang ramai. Informasi yang
dikongsi juga berharap dapat memberi sinar kepada kehidupan dalam menjadi insan
yang berjaya iaitu insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Semoga pembaca dapat
input yang berguna daripada laman web ini. Yang baik jadikan teladan yang buruk
jadikan sempadan. Selamat membaca. www.drinspirasi.com
www.drinspirasi.com 20
Antara tulisan lain saya,
Apa Bakat Saya?
Merupakan karya pertama saya dalam bentuk fizikal dan diterbitkan oleh PTS.
Berceritakan tentang kepentingan bakat. Terhasil apabila melihat dan mencari rahsia
apakah yang membezakan orang biasa dan orang yang luar biasa. Apakah yang
membuatkan mereka berjaya walaupun industri yang diceburi tidak sama. Contohnya
seperti Chef Wan, Dato Fadzilah Kamsah, Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David.
Bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu berjaya?
www.drinspirasi.com 21
Rahsianya adalah bakat. Tetapi bakat bukanlah segalanya. Terdapat 4 proses yang perlu
dilalui sebelum menjadi orang yang berjaya. Salah satunya adalah mengenal pasti bakat
tersebut terlebih dahulu. Dapatkannya untuk mengetahui apa itu bakat dan seterusnya
menyelongkar bakat terpendam anda.
Alhamdulillah buku ini telah terjual sebanyak 5000 di pasaran sejak tahun 2010 lagi.
Menjadi Lebih Bertuah
Buku ini pula diilham pada tahun 2011. Berkongsi mengenai tuah secara saintifik. Saya
dapati sebenarnya tuah boleh dicipta. Serius, lalu saya kongsikan di dalam bentuk tulisan
yang turut diterbtkan oleh PTS. Dalam buku ini diceritakan bagaimana proses mencipta
tuah. Secara umumnya terdapat 4 faktor yang ada pada tuah yang mengundang tuah ke
dalam diri mereka. Jika anda merasakan diri malang dan ingin mnegubah tuah anda,
dapatkan buku ini.
Alhamdulillah, buku ini telah terjual sebanyak 3000 unit.
www.drinspirasi.com 22
Personaliti Cinta
Personaliti Cinta pula merupakan projek saya dalam penulisan ebook. Mula dipasarkan
oleh Shuth Network. Ebook ini berkongsi tentang bagaimana mengetahui personaliti
pasangan kita. Saya dapati bahawa masalah utama kepada pengtengkaran antara suami
isteri adalah disebabkan kegagalan untuk memahami personaliti masing-masing. Dengan
mengetahuinya, ia dapat membuatkan keharmonian rumah tangga wujud.
Apa yang membezakan ebook ini dengan buku cinta yang lain adalah ia membawa
pembaca untuk memahami ‘perangai’ pasangan. Ianya berdasarkan kajian santifik yang
terbukti. Bukan sekadar memberi tips yang belum tentu sesuai dengan perangai
seseorang. Masih lagi terjual sehingga sini. Boleh klik link dibawah untuk dapatkannya.
o Klik Sini
www.drinspirasi.com 23
97 Tips Pembentangan Memikat
Ebook ini merupakan penulisan pertama saya secara rasmi. Ditulis sekitar tahun 2009.
Ianya adalah tips yang telah membentuk saya sehingga hari ini dalam memberikan
pembentangan. Ianya adalah pengalaman yang dilalui dalam memberikan pembentangan
yang berkesan. Bermula daripada seorang yang penakut, kemudian mengambil personal
coaching dengan paakr pemidato sehinggalah mampu membentang dengan baik.
Boleh klik link di bawah jika berminat untuk mendapatkan 97 Tips Pembentangan
Memikat.
Klik Sini
www.drinspirasi.com 24