4.Proposal Penulisan Sejarah

Post on 17-Jan-2016

118 views 1 download

description

,,,

Transcript of 4.Proposal Penulisan Sejarah

Proposal Penulisan Sejarah

3.2.2015

Kerangka Proposal Sejarah

• Tajuk kajian• Permasalahan kajian • Tinjauan kajian lepas• Objektif kajian• Skop dan batasan kajian• Metodologi kajian• Signifikan kajian• Pembahagian bab• Penutup

Langkah-langkah

• Langkah 1: Pemilihan Tajuk

• Tajuk yang dipilih hendaklah mempunyai makna yang penting dalam peristiwa sejarah.

• Pelajar juga perlu mengambil kira tajuk yang mempunyai sumber rujukan yang banyak. Ini akan memudahkan pelajar membuat sorotan kajian lepas.

Tajuk kajian- menghuraikan cara bagaimana sesuatu tajuk

kajian dipilih. - memilih tajuk yang mempunyai makna penting

dalam peristiwa sejarah- Pengenalan – bahagian yang paling penting

dan menerangkan penulisan sejarah. -menerangkan idea awal tentang kajian- Ringkas dan jelas

• Tajuk yang baik menerangkan kandungan penulisan dengan tepat, penggunaan kata kerja yang sesuai, menggunakan perkataan yang mudah difahami, mengandungi kata kunci untuk kemudahan sistem perolehan maklumat.

• Judul mestilah tepat dan spesifik. Tajuk yang digunakan juga perlu bersesuaian dan tidak berlebih- lebihan berbanding dengan isi kandungan sesebuah penulisan ilmiah.

• Langkah 2: PengenalanBahagian ini sangat mustahak kerana menerangkan penulisan sejarah. Sebaiknya anda mampu menerangkan idea awal dan matlamat tentang kajian.

• Kajian dibuat bukan sembarangan atau suka-suka, sebaliknya anda mampu memberi impak terhadap hasil penulisan kajian anda.

Permasalahan kajian - menghuraikan persoalan yang hendak dikupasdalam kajian. - mengenal pasti persoalan yang perlu

dijawab oleh kajian.- Penulis akan mengandaikan

permasalahan yang akan dihadapi

• Permasalahan KajianKajian bermula dengan masalah yang ingin dikaji. Anda ingin mengetahui sesuatu untuk dikongsi bersama.

• Permasalahan kajian merupakan bahagian yang hendak dikupas dalam kajian.

• Anda harus mengemukakan persoalan kajian untuk perlu dijawab dalam kajian.

Contoh :

• Sejauh manakah kedatangan masyarakat Bugis mempengaruhi sosio ekonomi, politik masyarakat Melayu di Johor.

Tinjauan kajian lepasmenerangkan kajian terdahulu berkenaan isu

atau aspek yang sama/hampir sama dan kaitannya dengan kajian yang bakal dijalankan. Calon perlu menggunakan tiga hingga lima buah buku termasuk artikel dalam jurnal.

- membincangkan tulisan yang sedia ada berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

• Sorotan Kajian LepasBahagian ini menghendaki anda menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama.

• Ia juga mesti mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan. Bahagian ini memberi panduan kepada penulisan anda selanjutnya.

• Sebaiknya anda menggunakan sekurang-kurangnya 5 buah buku sebagai rujukan sama ada bahan tersebut bahan utama atau bahan sekunder, yang penting rujukan hendaklah dinyatakan sebagai sumber rujukan.

Objektif kajian- bahagian yang menjelaskan sebab kajian

dilakukan. - menyatakan dengan jelas tujuan kajian yang

dijalankan.

• Objektif KajianUntuk apakah anda menulis kajian tentang tajuk itu? Ini dinamakan sebagai objektif kajian.

• Objektif Kajian ialah bahagian yang menjelaskan sebab kajian dijalankan.

• Anda harus dapat menjelaskan tujuan kajian dijalankan.

Skop dan batasan kajian

membina batasan kajian dari segi jangka masa, kawasan, dan isu yang hendak dikaji. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat:

- menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji.

• Skop KajianIa dipanggil juga sebagai batasan kajian, limitasi kajian supaya kajian anda tidak terlalu besar dan membingungkan.

• Disini anda harus membataskan kajian dari segi jangka masa, kawasan kajian, isu yang hendak dikaji.

• Ia berkait langsung dengan menentukan tempoh, kawasan dan isu yang dikaji. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

Metodologi kajianKaedah kajian – menjelaskan tatacara

bagaimana memperolehi bahan kajian/maklumat untuk memenuhi objektif/ tujuan/permasalahan kajian. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat:

- memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temu bual

Penyelidikan bahanMengenal pasti bahan Meneliti bahan yang

sesuai dengan kajian. Setelah mengikutinya calon seharusnya dapat:

- menyenaraikan sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk

• Kaedah KajianBahagian ini menjelaskan bagaimana anda memperoleh bahan kajian/ maklumat untuk memenuhi objektif kajian/tujuan dan permasalahan kajian.

• Pelajar seharusnya dapat memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan dan temu bual

• Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A)Temu bual ~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.(B) Penyelidikan perpustakaan ~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan melayu.(C)Pemerhatian~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.(E)Penyelidikan~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.

-Mencari dan mengumpul bahan Mengesan tempat terdapatnya bahan yan diperlukan. Setelah mengikutinya, calon dapat:

- mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber Internet, arkib, temu bual, dan perpustakaan

4.3 Menyaring bahan Meneliti cara membuat saringan bagi memperolehi maklumat.

-mengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk.

Signifikan kajian• Secara asasnya kajian kita signifikan bila mana

sebagai contohnya kita menguji teori yang kita gunakan dalam kajian kita, ataupun membina inventori, instrumen, membina model baru, menentukan hubungan di antara pemboleh ubah, ataupun juga kita meneroka bidang baru atau menggunakan metodologi yang berbeza daripada kajian-kajian lepas. Ini di antara aspek yang kita boleh bincangkan dalam signifikan kajian yang sangat objektif dan boleh diukur.

Pembahagian bab

Pembahagian struktur esei bahagian ini menjelaskan cara membuat susunan sebuah esei yang baik.

- mengorganisasi persembahan dan isi penulisan kajian.

• Pembahagian Struktur EseiSetelah tugasan anda menghampiri penamat, tugas seterusnya ialah mengorganisasikan pembahagian struktur esei.

• Ia seolah-olah anda membahagikan bab dan sub-bab supaya lebih mudah ditulis. Anda harus dapat menyusun persembahan dan penulisan kajian.

Penutupbahagian ini memberi penjelasan cara

membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei. (a) membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian;

• Bahagian ini selalunya pelajar boleh memberi penjelasan atau membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei.

3.10 Bibliografi Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Dalam esei yang ditulis, calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima sumber rujukan.

menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan. Setiap subtajuk di atas menggunakan satu waktu pengajaran

27

Rujukan

• Sumber primer• Sumber sekunder• Sumber lisan• Lampiran – gambar rajah, gambar,