Post on 28-Jul-2015
Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda di Tanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information Systems-GIS)
Analisis Kehampiran dan Kedekatan (Proximity Analysis)
Tajuk : Peta analisis pengukuran jarak kes jenayah dengan kawasan belukar menggunakan proximity analysis.
Dapatan Kajian
1. Kehampiran dengan kawasan Belukar
Jarak Bilangan Kes
0-50m 1351-100m 14101-150m 21
151-200m 10
Lebih 200m 42
Jadual 1: Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar
1
Rajah 1: Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar
2. Kehampiran dengan kawasan jalan utama
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 49
51-100m 23
101-150m 5
151-200m 5
Lebih 201m 18
Jadual 2: Bilangan kes jenayah dari jalan utama
Rajah 2: Bilangan kes jenayah dari kawasan jalan utama3. Kehampiran dengan kawasan ladang
2
Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah
0-50m 2
51-100m 2
101-150m 8
151-200m 5
Lebih 201m 83
Jadual 3: Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang
Rajah 3 : Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang
4. Kehampiran ke kawasan pembinaan
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 45
51-100m 24
101-150m 9
151-200m 5
Lebih 201m 17
Jadual 4: Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan
3
Rajah 4: Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan
5. Kehampiran dengan kawasan pekan
Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah
0-50m 0
51-100m 6
101-150m 6
151-200m 9
Lebih 201m 79
Jadual 5: Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan Tanjung Malim
Rajah 5: Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan Tanjung Malim
4
6. Kehampiran dengan kawasan Balai Polis
Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah
0-50m 051-100m 1101-150m 3151-200m 3Lebih 201m 93
Jadual 6: Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis Tanjung Malim
Rajah 6: Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis Tanjung Malim
7. Kehampiran dengan kawasan Bank
Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah
0-50m 2
51-100m 2
101-150m 1
151-200m 5
Lebih 201m 90
Jadual 7: Bilangan kes jenayah dari kawasan bank Tanjung Malim
5
Rajah 7: Bilangan kes jenayah dari kawasan bank Tanjung Malim
8. Analisis keseluruhan.
Kawasan Belukar Jalan
utama
Ladang Pembinaan Pekan Balai
polis
Bank
0-50m 13 49 2 45 0 0 2
51-100m 14 23 2 24 6 1 2
101-150m 21 5 8 9 6 3 1
151-200m 10 5 5 5 9 3 5
Lebih 201m 42 18 83 17 79 93 90
Jadual 8: Statistik keseluruhan kes jenayah harta benda mengikut faktor ruangan.
6
Rajah 8: Graf garis bilangan keseluruhan kes jenayah harta benda mengikut faktor ruangan
Perbincangan :
Sedar atau tidak, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam kehidupan untuk menyelesaikan
masalah. Sehubungan itu, begitu juga dalam konteks penggunaan perisian sistem maklumat
geografi (GIS), terdapat pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai
masalah ruangan yang wujud diatas muka bumi. Demikian itu, pendekatan proximity analysis
atau dalam bahasa melayunya bermaksud analisis kehampiran dan kedekatan telah
diperkenalkan dalam sistem maklumat geografi. Pelbagai analisis boleh dijalankan
menggunakan pendekatan ini. Antaranya adalah seperti analisis terhadap hubungan penyakit
kanser dengan masalah alam sekitar, kaitan antara harga rumah dengan jarak kehampirannya
dengan bandar, masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah dengan faktor ruangan
seperti pusat hiburan dan sebagainya. Melalui pendekatan ini, pengukuran jarak digunakan
untuk membantu menghuraikan pelbagai permasalahan kajian. Justeru itu, melalui laporan
ini, pendekatan analisis kedekatan telah digunakan untuk melihat perkaitan antara kes-kes
jenayah harta benda yang berlaku sekitar Tanjong Malim dengan faktor-faktor
kehampirannya dengan kawasan seperti belukar, jalan, ladang, balai polis, pekan dan bank.
Berdasarkan andaian yang telah dibuat, kejadian jenayah berlaku dikawasan yang berdekatan
dengan bank, pekan, ladang, jalan, belukar dan jauh dari balai polis. Hal ini menunjukkan
bahawa, proximity analysis mengambil kira faktor-faktor seperti jarak kehampiran atau
7
kedekatan daripada faktor ruangan, yang mana ia sekaligus menyebabkan kejadian jenayah
berlaku dan bagi menjawab persoalan mengapa kejadian jenayah berlaku dikawasan tersebut.
Analisis dijalankan dengan menggunakan jarak selang kelas 50 meter dari kawasan faktor
dan seterusnya.
Jenayah harta benda adalah suatu kejadian jenayah yang melibatkan kehilangan harta
benda. Berdasarkan indeks jenayah di Malaysia antara tahun 2005 hingga 2007, statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia antara jenis-jenis jenayah harta benda yang kerap
berlaku adalah seperti curi, curi van/lori/jentera berat, curi motosikal, curi ragut, pecah rumah
siang hari dan pecah rumah malam hari. Secara keseluruhan, sebanyak 135326 kes jenayah
harta benda telah dilaporkan pada tahun 2005, 156279 kes pada tahun 2006 dan meningkat
kepada 111683 kes pada tahun 2007. Berdasarkan statistik, kes curi motosikal dan pecah
rumah banyak paling berlaku. Peningkatan kejadian jenayah ini amat merunsingkan
masyarakat. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan analisis kehampiran dan kedekatan
dalam sistem maklumat geografi ini, analisis terhadap faktor ruangan yang menjadi punca
kejadian jenayah ini berlaku dapat dikenalpasti.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Tanjong Malim, kes-kes jenayah banyak
berlaku dikawasan yang berdekatan dengan kawasan belukar berbanding dengan faktor
kedekatan lain. Hal ini adalah kerana, melalui analisis kedekatan yang telah dilakukan
didapati bahawa kebanyakan kejadian-kejadian jenayah harta benda berlaku dikawasan yang
berada berdekatan atau di sekitar belukar. Hal ini disokong lagi oleh statistik kes jenayah
yang menunjukkan bahawa sebanyak 13 kejadian jenayah berlaku pada jarak kurang 50 meter
dari belukar, 14 kes pada jarak kurang 100 meter dari belukar, 21 kes bagi kurang 150 meter,
10 kes bagi kurang 200 meter dan sebanyak 42 kes bagi jarak lebih dari 200 meter dari
belukar. Hal ini ditunjukkan oleh graf rajah 1 diatas yang menunjukkan kejadian jenayah
semakin meningkat seiring dengan jarak kehampirannya dari belukar. Hal ini adalah
berikutan andaian bahawa penjenayah sering berselindung dikawasan belukar untuk
menyelamatkan diri atau menjalankan rancangan atau pertemuan didalam kawasan belukar
supaya tidak diketahui ramai.Hal ini demikian kerana, kawasan belukar merupakan kawasan
yang luas dan sukar untuk masyarakat lain mengesan aktiviti yang berlaku di dalamnya.
Seterusnya, kajian dijalankan terhadap analisis kehampiran dengan kawasan jalan-
jalan utama yang terdapat di Tanjong Malim. Dengan merujuk jadual 2 diatas, kajian
mendapati bahawa jumlah kejadian jenayah semakin meningkat dengan kehampiran dengan
kawasan jalan. Ini menunjukkan bahawa kejadian jenayah banyak berlaku dikawasan yang
berdekatan dengan jalan utama. Statistik menunjukkan, sebanyak 49 kes berlaku pada jarak
8
kurang 50 meter dari jalan, 23 kes pada jarak kurang dari 100 meter, 5 kes pada jarak kurang
dari 150 meter dari jalan dan 18 kes berlaku pada jarak lebih dari 201 meter dari jalan. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa semakin dekat dengan kawasan jalan, semakin tinggi
kebarangkalian untuk berlakunya kejadian jenayah harta benda. Hal ini adalah berdasarkan
andaian bahawa kejadian jenayah berdekatan jalan ini mungkin merujuk kepada berlakunya
jenayah ragut dan pecah rumah. Kejadian banyak berlaku dikawasan jalan raya terutamanya
bagi pejalan kaki dan pembonceng motosikal. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa
kewujudan perumahan dikawasan berhampiran jalan juga menjadi faktor kejadian jenayah
pecah rumah berlaku. Berdasarkan statistik yang telah dinyatakan diatas, 49 kes berlaku pada
jarak 50 meter dari jalan, hal ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh terjadinya banyak
jenayah ragut dan juga pecah rumah. Seterusnya pada jarak kurang 100 meter dari jalan
dilaporkan sebanyak 23 kes iaitu pada kadar yang masih tinggi yang mana berkemungkinan
kejadian pecah rumah masih berlaku dan ragut dikawasan-kawasan sunyi dan seterusnya.
Kejadian jenayah ini berkadar langsung dengan jarak dari jalan.
Antara faktor ruangan lain yang menjadi penyebab berlakunya jenayah harta benda di
Tanjong Malim adalah dengan kehadiran faktor ruangan iaitu ladang. Ladang disini adalah
merangkumi kawasan tanaman yang luas seperti ladang kelapa sawit, getah, buah-buahan dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, bagi kajian ini saya berpendapat bahawa ladang kelapa
sawit adalah lebih bertepatan untuk dijadikan sebagai faktor. Setelah dikaji, kadar
kehampiran dengan ladang tidak banyak mempengaruhi kejadian jenayah harta benda
berlaku. Hal ini disokong lagi berdasarkan jadual dan rajah 3 diatas, iaitu sebanyak 2 kes
dilaporkan bagi jarak kurang dari 50 meter dari ladang, 2 kes lagi pada jarak 100 meter dari
ladang, 8 kes bagi jarak kurang 150 meter dari ladang dan sebanyak 83 kes dilaporkan pada
jarak lebih 200 meter dari ladang. Hal ini menunjukkan bahawa, menjadikan ladang sebagai
faktor ruangan bagi kes jenayah adalah tidak sesuai sama sekali kerana melalui statistik,
didapati hanya sebanyak 2 kes berlaku berdekatan 50 meter dari ladang dan pada pendapat
saya, faktor ruangan ladang ini lebih sesuai digunakan jika kita mahu mengkaji tentang faktor
ruangan bagi jenayah seksual mahupun rogol. Sebaliknya, melalui statistik mendapati jumlah
kejadian jenayah harta benda banyak berlaku pada jarak 201 meter keatas. Hal ini
menyokong lagi pendapat bahawa ladang tidak mempengaruhi jenayah harta benda.
Selain daripada itu, faktor ruangan pembinaan turut menjadi faktor berlakunya
jenayah harta benda di Tanjong Malim. Dengan menggunakan proximity analysis, analisis
terhadap kehampiran jenayah dengan kawasan pembinaan adalah berkadar langsung. Hal ini
bermaksud, banyak kejadian jenayah berlaku berdekatan kawasan binaan. Banyak disini
9
dapat diukur dengan merujuk pada jadual 4 diatas yang menunjukkan jumlah jenayah yang
berlaku mengikut jarak dari kawasan pembinaan. Berdasarkan statistik tersebut, didapati
bahawa sebanyak 45 kes berlaku pada jarak 50 meter dari kawan pembinaan, 24 kes pada
jarak kurang 100 meter, 9 kes pada jarak kurang 150 meter, 5 kes pada jarak kurang 200
meter dan 17 kes dilaporkan pada jarak 200 meter keatas dari kawasan pembinaan. Melalui
statistik ini, dapat diandaikan bahawa kejadian-kejadian jenayah harta benda ini dilakukan
oleh warga asing yang berkerja di sektor-sektor dan kawasan pembinaan. Kita sedia maklum
bahawa warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya lebih
mendominasi sektor ini. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan kemiskinan dan keinginan
mencari kepuasan menjadi penyebab mereka mencuri, memecah rumah dan sebagainya
dengan memecah masuk rumah masyarakat tempatan yang berada berdekatan.
Disamping itu, kajian juga telah dijalankan dengan menjadikan pekan Tanjong Malim
sebagai faktor terjadinya banyak jenayah harta benda di Tanjong Malim. Berdasarkan kajian
didapati, sebanyak 0 kes berlaku pada jarak 50 meter dari pekan, 6 kes pada jarak 100 meter
dari pekan, 6 kes juga pada jarak 150 meter dari pekan, 9 kes pada jarak 150 meter dari pekan
dan 79 kes dilaporkan berlaku pada jarak lebih dari 200 meter dari pekan. Data statistik ini
menunjukkan bahawa, jarak dari pekan tidak begitu mempengaruhi taburan kejadian jenayah
harta benda di Tanjong Malim. Hal ini mungkin kerana, pekan Tanjong Malim tidak
semewah atau semaju bandar-bandar lain yang menyediakan peluang pekerjaan yang
menyediakan gaji yang menarik atau tingkat gaji yang tinggi kepada penduduk perumahan
yang berdekatan dengannya. Sehubungan itu, tidak banyak kes kecurian yang berlaku
disekitar pekan Tanjong malim.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan jarak kejauhan daripada balai polis akan
meningkatkan kadar berlakunya kejadian jenayah di Tanjong Malim. Dapat disimpulkan
disini, semakin dekat jarak dengan balai polis, semakin rendah kebarangkalian untuk
berlakunya jenayah harta benda. Ini bermaksud, kejadian jenayah banyak berlaku jauh dari
kawasan balai polis. Menurut data yang telah diperoleh, sebanyak 0 kes dilaporkan pada jarak
50 meter dar balai polis, 1 kes bagi jarak 100 meter dari balai polis, 3 kes pada jarak 150
meter, 3 kes juga pada jarak 200 meter dari balai dan sebanyak 93 kes dilaporkan berlaku
pada jarak 200 meter keatas. Statistik ini menunjukkan bahawa, penjenayah takot untuk
melakukan jenayah harta benda dikawasan yang berdekatan dengan balai polis. Hal ini adalah
kerana pihak polis sememangkan diketahui akan sentiasa untuk berlegar-legar dikawasan-
kawasan yang berdekatan dengan balai polis. Mereka berpendapat bahawa kebarangkalian
untuk mereka ditangkap adalah tinggi jika mencuri dikawasan tersebut.
10
Akhir sekali, kejadian jenayah di Tanjong malim turut dikaji berdasarkan jaraknya
daripada bank. Berdasarkan kajian yang dilakukan, merujuk pada jadual 7 dan rajah 7 diatas
mendapati bahawa sebanyak 2 kes dilaporkan berlaku pada jarak 50 meter daripada bank, 2
kes juga berlaku pada jarak 100 meter dari bank, 1 kes berlaku pada jarak 150 meter dari
bank, 5 kes pada jarak 200 meter dan 90 kes dilaporkan pada jarak 201 meter dan keatas.
Analisis ini menunjukkan bahawa, kebarangkalian untuk berlakunya jenayah harta benda
dikawasan berdekatan bank adalah rendah. Sebaliknya, jika hendak dikatakan bahawa bank
mempengaruhi kejadian rompakan dan sebagainya ia mungkin boleh diterima. Justeru dapat
disimpulkan bahawa jenayah harta benda seperti kecurian motor, kenderaan berat, pecah
rumah dan sebagainya tidak begitu dipengaruhi oleh kedudukan atau jarak kehampirannya
dengan kawasan bank.
Secara keseluruhan, antara faktor ruangan utama yang mempengaruhi kejadian
jenayah harta benda di Tanjong Malim adalah jaraknya kehampirannya dengan jalan utama,
jarak dari kawasan pembinaan, jarak dari kawasan belukar, jarak daripada ladang dan jarak
daripada bank. Manakala, daripada kajian mendapati bahawa jarak daripada balai polis dan
pekan tidak begitu mempengaruhi kejadian jenayah di Tanjong Malim. Oleh yang demikian,
saya amat bersetuju utuk menyatakan bahawa faktor ruangan utama yang mempengaruhi
kejadian jenayah harat benda di Tanjong Malim adalah jalan utama, kawasan pembinaan dan
juga kawasan belukar. Justeru, dapat dirumuskan disini, analisis kedekatan dan kehampiran
ini amat berguna dan amat membantu untuk memudahkan proses mendapatkan atau
menyiapkan suatu hasil kajian dalam masa yang lebih singkat dan jawapan yang tepat.
11