Anatomi - Sistem Otot.ppt

Post on 20-Jan-2016

67 views 0 download

description

Anatomi - Sistem Otot.ppt

Transcript of Anatomi - Sistem Otot.ppt

SISTEM OTOT RANGKA

JENIS-JENIS OTOT

Otot rangka – otot berjalur Otot Licin – organ-organ dalaman

tubuh Otot kardiak – otot jantung

JENIS-JENIS OTOT

Fungsi Otot

Membantu pergerakan tulang Mengekalkan postur badan Membekalkan haba semasa

menjalankan aktiviti Menstabilkan kedudukan sendi tulang

Fungsi Otot : Hasilkan Pergerakan Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-otot

rangka yang bertindak setelah dirangsang oleh sistem saraf.

Kombinasi saling tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring dan melakukan lain-lain aktiviti yang sukar.

Penguncupan ini berlaku secara sedar atau terkawal (voluntary) atau tidak terkawal (involuntary).

Kelajuan penguncupan bergantung kepada jenis fiber otot iaitu fiber sentak cepat (fast twitch fiber) dan fiber sentak lambat (slow twitch fiber).

Fungsi otot : Kekalkan postur

Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja membolehkan kita berdiri, duduk atau baring malahan membantu untuk mengekalkan postur badan.

Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur dikekalkan.

Fungsi Otot : Stabilkan sendi Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi

yang berbeza. Otot-otot besar seperti quadriceps, triceps,

abdominis dan trapezius lazimnya bertindak sebagai agonis dan antagonis

Otot-otot kecil akan bertindak sebagai pengimbang (stabilizer), penetap (fixator) dan penyokong (synergist).

Otot-otot kecil ini menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan yang memerlukan ketepatan lakuan atau sukan sasar (target sport) seperti memanah,menembak dan ten-pin bowling.

Fungsi Otot : Hasilkan haba Tenaga diperlukan untuk membolehkan

otot-otot bekerja. Hampir 40% tenaga yang dihasilkan

bertukar menjadi haba yang meningkatkan suhu kulit atau suhu luaran badan.

Haba-haba ini dihasilkan oleh otot-otot dan dikeluarkan melalui proses evaporasi, konduksi, radiasi dan konveksi bagi menstabilkan suhu badan.

Otot-Otot Rangka Utama

Larry Larry ScottScott

Sergio Sergio OliverOliver

Arnold Schwarzeneggar

JENIS PENGUNCUPAN OTOT

Penguncupan Isotonik Penguncupan Isometrik Penguncupan Isokinetik

Penguncupan Isotonik Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada

panjang otot dan terbahagi kepada penguncupan isotonik konsentrik dan penguncupan isotonik esentrik

Penguncupan isotonik konsentrik - penguncupan melalui pemendekan fiber-fiber otot

Penguncupan isotonik esentrik - pengucupan ketika otot balik kepada panjang asal.

Kebanyakan lakuan dalam sukan seperti menendang bola, menanduk, melontar, menguis dan menangkap adalah hasil daripada penguncupan otot secara isotonik.

Penguncupan Isometrik

Pengucupan isometrik berlaku ketika otot menguncup sambil mengekalkan panjang otot atau tidak berlaku perubahan pada panjang otot ketika fiber-fiber otot menguncup.

Contoh :Fasa menahan beratan dalam sukan angkat berat, acara tarik tali dan aktiviti skrum dalam sukan ragbi

Penguncupan Isokinetik

Penguncupan isokinetik hanya berlaku dengan bantuan mesin isokenetik.

Halaju penguncupan adalah malar Digunakan bagi tujuan pemulihan

kecederaan otot.

Halaju Penguncupan

Halaju pergerakan otot berbeza antara satu sama lain.

Halaju pergerakan dan fiber otot yang bekerja bergantung kepada intensiti kerja yang dilakukan

Fiber Sentak Cepat

FT – Fast Twitch Intensiti kerja tinggi Jangka masa kerja singkat Untuk kepantasan dan kuasa

eksplosif Sel berwarna pucat (putih) Sel bersaiz kecil

Fiber Sentak Cepat – FT

Fiber Sentak Lambat

Slow Twitch - ST Intensiti rendah dan sederhana Jangka masa kerja yang lama Sel berwarna merah, kaya dengan

haemoglobin Saiz sel lebih besar

Fiber Sentak Lambat - ST

1287

9

34

10

5

1112

6