Post on 31-Oct-2021
Antologi Drama Kanak-Kanak 2015
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
i
Penaung
ROMLI BIN DARUS
Pengarah, IPGK Kent
Penasihat
DOTI BIN ASING
Timbalan Pengarah, IPGK Kent
Pengerusi
ZAINAB BINTI HASHIM
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Ketua Editor
ISMAIL BIN AG PIUT
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent
Editor/ Penelitian Pruf
PARIDAH BINTI MAMAT
RAZALI BIN MOHD. SHUKOR
MADLAIM BIN EJIB
D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN
AZMI BIN JALI
SIMON BIN GIHOL
CAROLINE LORENA DAVID
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent
Reka Bentuk Kulit & Penerbitan
Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, IPGK Kent.
Cetakan Pertama 2015
@ IPG Kampus Kent, Tuaran.
ISBN 978-967-12212-6-6
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian cerita, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah. Perundingan tertakhluk kepada
perkiraan royalty atau honorarium yang dipersetujui.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
i
Bil
Tajuk
Halaman
01
Sidang Editor
ii
02
Secebis Kata Pengerusi
iii
03
Sedetik Hasrat Pengarah
iv
04
Prakata
v
05
Penghargaan
vi
06
Anatomi Sosok Skrip Drama – Ismail Ag Piut, JPM IPGK Kent
1
07
Ciki dan Jojo – Ariathy Fairuz Ali, PISMP BM SJKT, IPGK Kent
21
08
Kakak – Vui Hui Lu, PISMP BM SJKC, IPGK Kent
27
09
Sandal Lara – Asli Majubi dan rakan, PISMP PraSekolah, IPGK Kent
37
10
Malang Tidak Berbau – Ngu Lin Na, PISMP BM SJKC, IPGK Kent
45
11
Nakal Membawa Padah – Abdul Rahim Agus dan rakan, PISMP PraSekolah, IPGK Kent.
57
12
Puteri Salju Si Bidadari Hutan – Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad dan rakan, PISMP PraSekolah, IPGK Kent
62
13
Seruling Mencari Kawan – Abidin Madde dan rakan, PISMP PraSekolah, IPGK Kent
70
14
Si Didi Berkain Merah – Mohd Faizol dan rakan, PISMP PraSekolah, IPGK Kent.
74
15
Si Tupai dan Ayam Jantan – Peyona Mokhtar, PISMP BM SJKT, IPGK Kent
80
16
Kisah Rama-rama Yang Sombong – Sarimah Lantong, PISMP BM SJKT, IPGK Kent
86
15
Glosari
94
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
ii
Penaung
ROMLI BIN DARUS
Pengarah, IPGK Kent
Penasihat
DOTI BIN ASING
Timbalan Pengarah, IPGK Kent
Pengerusi
ZAINAB BINTI HASHIM
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Ketua Editor
ISMAIL BIN AG PIUT
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent
Editor/ Penelitian Pruf
PARIDAH BINTI MAMAT
RAZALI BIN MOHD. SHUKOR
MADLAIM BIN EJIB
D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN
AZMI BIN JALI
SIMON BIN GIHOL
CAROLINE LORENA DAVID
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Kent
Reka Bentuk Kulit & Penerbitan
Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, IPGK Kent.
Cetakan Pertama 2015
@ IPG Kampus Kent, Tuaran.
ISBN 978-967-12212-6-6
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian cerita, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Peti Surat 02, 89207 Tuaran, Sabah. Perundingan tertakhluk kepada
perkiraan royalty atau honorarium yang dipersetujui.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
iii
IPG KAMPUS KENT, TUARAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejehtera, salam perpaduan, salam 1
Malaysia dan salam 1 Kent,
Dalam ruang keemasan ini, saya merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah
mengizinkan terbitnya Antologi Drama Kanak-kanak 2015; Sandal Lara yang sangat signifikan
dengan peranan dan status IPG Kampus Kent sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa
Melayu Zon Sabah. Sememangnya antologi ini sangat bermakna dalam konteks realisasi gagasan
penerbitan yang termaktub dalam Perancangan Tahunan Jabatan Pengajian Melayu 2015.
Sehubungan itu, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada
jawatan kuasa kerja antologi yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
menterjemahkan karya pensyarah dan pelajar IPGK Kent dalam bentuk penerbitan buku yang
memberi nilai tambah kepada pengetahuan konten dan kemahiran penulisan karya kreatif dalam
kalangan warga Kent. Sesungguhnya, kebersamaan dan keiltizaman ini menjadi indikator dalam
melestari dan memperkasa relevansi peranan JPM dalam pembangunan bahasa Melayu.
Akhir sekali, semoga antologi drama kanak-kanak yang julung kali ini akan memberi
manfaat keilmuan dan apresiasi nilai sastera dan budaya kepada para pembaca dan sekaligus
meningkatkan motivasi pengkarya dalam menyinambungkan usaha-usaha memperkaya penghasilan
karya-karya lanjutan sama ada yang berbentuk kreatif atau kritis.
Sekian dan terima kasih,
( ZAINAB BINTI HASHIM )
Pengerusi
Jawatan Kuasa Kerja Antologi Drama Kanak-kanak 2015; Sandal Lara
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
iv
IPG KAMPUS KENT, TUARAN
Assalamualaikum, salam sejehtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia dan salam 1 Kent,
Pada kesempatan bernilai ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jabatan Pengajian Melayu kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya buku
Antologi Drama Kanak-kanak 2015; Sandal Lara yang tentunya amat signifikan dengan status IPG
Kampus Kent sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada
1951. Buku ini bukan sahaja paparan kreativiti pensyarah dan pelajar dalam menampilkan citra
apresiasi seni sastera khususnya dalam memartabatkan bahasa Melayu melalui hasilan karya
dalam pelbagai disiplin bahasa, budaya, dan sastera, tetapi juga menjadi dokumen rujukan yang
bermakna kepada sesiapa sahaj yang ingin melihat pemikiran dan gaya penulisan kreatif dalam
kalangan warga Kent. Melalui persembahan dan kandungan antologi yang bersahaja ini, saya yakin
kehendak keilmuan dan apresiasi kejiwaan yang ingin dimiliki dan dirasai pembaca dan pengkaji
dapat dipenuhi..
Penerbitan antologi ini merupakan antara inisiatif besar untuk merealisasikan strategi
ke-5 Perancangan Strategik IPG Kampus Kent 2015 iaitu Memantapkan Budaya Penyelidikan dan
Penerbitan Ilmiah dan Kreatif Berimpak Tinggi dalam Key Result Area(KRA) ke-4; Meningkatkan
Keupayaan Kualiti Penyelidikan, Kreativiti dan Inovasi. Saya percaya, antologi ini akan menjadi
pemangkin motivasi kepada pengkarya untuk menghasilkan lebih banyak karya yang selaras dengan
kepakaran masing-masing.
Akhir sekali, saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, pengalaman, dan gaya
persembahan yang dikongsi melalui antologi ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para
pelajar, pensyarah, dan peminat sastera dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti
kendiri dalam pemerolehan ilmu alternatif khususnya genre kreatif yang bernilai tambah .
Sekian dan terima kasih,
( ROMLI BIN DARUS )
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
v
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejehtera, dan salam 1Malaysia.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015; Sandal Lara ini digagaskan sebagai angkubah dan
indek kekuatan penulisan kreatif warga Kent dalam genre drama. Pemilihan tajuk ‘Sandal Lara’
sebenarnya merujuk kepada rencam watak dan perwatakan manusia dalam melayari kehidupan
tetapi akhirnya menjurus kepada nilai kasih sayang. Secara tabi’i, manusia memerlukan kasih
sayang sama ada kepada Pencipta, sesama manusia, haiwan dan alam yang sekaligus menjadi
gambaran keluhuran peribadi yang berpaksikan syariat, iman, dan taqwa. Justeru, melalui garapan
tema cinta pelbagai dimensi, dinamisme perwatakan dalam drama ini akan menjadi pemangkin
betapa perlunya kita membudayakan rasa sayang meskipun kepada mereka yang melakukan
kejahatan sebelumnya. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah inilah sewajarnya menjadi citra
peribadi yang diselarikan dengan sifat “ubudiah”.
Paparannya yang membaurkan teks, gambar, dan inti siratan dirasakan mampu
menjelaskan tema, persoalan, dan nilai maknawi yang ingin disampaikan penulis. Sorotan tentang
Anatomi Sosok Skrip Drama diharap dapat memberi gambaran umum kepada penulis tentang
konsep umum drama dan teater serta panduan tentang kaedah penulisan skrip drama berdasarkan
pengalaman dan gaya penulisan beberapa sasterawan negara yang prolifik. Melaluinya, penulis
yang berminat akan dapat mengakses kandungan dalam sajian drama susulan secara ekspresif,
komprehensif dan mudah. Sepuluh skrip drama kanak-kanak yang dimuatkan dalam antologi ini
merupakan karya asli pelajar IPG Kampus Kent yang telah menyertai Sayembara Penulisan Skrip
Drama Kanak-kanak Peringkat IPGK Kent 2014. Apa yang jelas, semua karya ini memberikan
gambaran kepada pembaca tentang alir pemikiran, persoalan, dan nilai yang sering menyelubungi
rasa dan jiwa penulis lebih-lebih lagi dalam kalangan penulis remaja atau pelajar keguruan.
Sebagai penyelanggara, kami mengharapkan antologi ini dapat memberikan suntikan jiwa
dan semangat kepada penulis dan pembaca untuk menghayati dan akhirnya menghasilkan karya
sendiri supaya pelestarian ‘soft skill’, kemahiran rasa dan kemahiran intrapersonal dalam kalangan
mereka dapat diperkukuhkan. Kami juga mengharapkan pengguna atau pembaca dapat
memanfaatkan antologi ini semaksimum mungkin dan sebarang maklumbalas dalam bentuk komen,
pendapat, dan cadangan amatlah diharapkan demi kecemerlangan profesionalisme warga dalam
pendokumentasian karya bernilai tambah.
Penyelanggara: Sidang editor, Jabatan JabatanPengajian Melayu, IPG Kampus Kent)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
vi
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan baik kepada individu, kumpulan, maupun jabatan yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan usaha murni penyusunan dan
penyelanggaraan Antologi Sandal Lara ini. Semoga Allah SWT akan memberi ganjaran seluasnya
terhadap sumbangan datuk/tuan/puan/encik/cik berikan. Secara khusus, kami merakamkan
setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada:
1) En. Romli Bin Darus; Pengarah IPGK Kent dan En. Doti Bin Asing; Timbalan Pengarah IPGK
Kent yang telah memberikan sokongan, dokongan dan dorongan dalam bentuk kewangan,
pengurusan, dan cadangan dalam penerbitan antologi ini.
2) Pengerusi; Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan semua Ahli Jawatan Kuasa Sidang Editor
dan Penelitian Pruf yang bertungkus lumus membuat pengumpulan, pengeditan, dan
membuat pembacaan pruf dengan gigih dan teliti untuk memastikan ketepatan masukan
dan penyusunan buku.
3) Jawatan Kuasa Reka Bentuk Kulit dan Penerbitan yang bertungkus-lumus memaparkan
visual citra antologi ini secara kreatif untuk memastikan impresi kefahaman awal
pembaca dan penerbitan drafnya berjalan lancar.
4) Semua penulis budiman yang menyumbangkan karya yang menjadi inti dalam keberhasilan
penerbitan antologi ini.
5) Semua petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan
antologi ini.
16 September 2015 Ketua Editor
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
1
Oleh: Ismail Ag Piut, Pensyarah Kanan JPM
KONSEP
Terminologi drama berasal dari bahasa Yunani purba ’dran’ yang bererti
’melakukan’ atau ’melakonkan’. Aristotle dalam Rahmah Bujang (1991)
menyebutnya sebagai ’aksi manusia yang ditiru’. Menurut buku The American
College Dictionary, ia merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog,
pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Justeru,
drama umumnya merujuk kepada karya tulisan untuk teater yang mempunyai
situasi berkonflik dan sajian solusi atau karya sastra yang berbentuk dialog yang
dibuat untuk tujuan pertunjukan di atas pentas (Hasanuddin WS et.al, 2007).
Rahmah Bujang (1994) menyifatkannya sebagai ’Seni Dramatik, Seni Pengucapan
dan Seni Persembahan’ yang bukan sahaja menambat emosi pelakon dan penonton,
malah juga membangkitkan pengertian serta apresiasi nilai dan pengajarannya
kepada para audien. Safiah Hussain dan rakan (2014) pula merumuskannya
sebagai karya lakon yang menggambarkan kehidupan atau satu aspek kehidupan
manusia berkonflik melalui aksi dan dialog para watak untuk dipentaskan.
Seringkali drama disamakan dengan konsep teater. Dua istilah ini memang saling
bertindih. Drama berasal dari bahasa Yunani ”dran” yang ertinya ‘berbuat’ atau
‘bertindak’, sementara teater berasal dari kata Yunani juga ”theatron” yang
bererti tempat pertunjukan. Kata teater sendiri menjurus kepada sejumlah
perkara seperti drama, gedung pertunjukan, panggung pertunjukan, kelompok
pemain drama, dan segala pertunjukan yang dipertontonkan. Dalam hal ini, Jakob
Soemardjo membahagikan drama kepada dua iaitu Drama Naskah dan Drama
Pentas. Istilah Drama Pentas itulah yang menjurus kepada konsep Tetaer iaitu
karya sastra yang berbentuk dialog-dialog yang boleh dipertunjukan sebagai
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
2
tontonan serta mempunyai elemen-elemen seni gerak, nyanyian, musik, dekorasi,
tatarias, kostum, back-drop, pencahayaan, ruang lakon dan lainnya disebut teater.
Tegasnya drama ialah Seni Sastera, manakala teater lebih berupa Seni
Pertunjukan. Terminologi lain yang sejenis dengan kedua-dua konsep tersebut ialah
Sandiwara dan Tonil. Sandiwara berasal dari bahasa Jawa dan Tonil berasal dari
bahasa Belanda. Zainab Kassim dan Mohd. Amran Daud (2004) menyimpulkan
perbezaan antara drama dan teater melalui rajah yang berikut:
Naskah atau skrip drama pula merupakan bahan untuk bermain teater. Watak dan
perwatakan (karekter) tertulis semuanya dalam skrip. Manakala plot atau alur
cerita dinyatakan dengan jelas dalam skrip sehingga memhudahkan pemeran
(pelakon) dan sutradara untuk mentafsirkan dan menterjemahkan cerita dan
pemain yang diinginkan pengarang di atas pentas. Naskah drama mempunyai dua
dimensi iaitu
(1) sebagai teks sastra, dan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
3
(2) sebagai seni pertunjukan.
JENIS-JENIS DRAMA
Meskipun drama mempunyai banyak jenis, namun empat jenis drama yang selalu
ditampilkan oleh penulis dan sutradara dalam pertunjukan atau persembahan ialah:
1) Drama Tregedi – iaitu drama yang memaparkan kisah duka dan tragis. Dalam
hal ini watak utama digambarkan sebagai insan yang bernasib malang dan
diakhiri dengan tragedy.
2) Drama Komedi – iaitu drama jenaka atau lelucon yang menghiburkan.
Meskipun temanya serius atau berat tetapi olahan penyampaian berbentuk
lucu dan menggembirakan. Tujuannya terarah kepada sindiran masyarakat
(komedi situasi) dan plot akhirnya ditutup dengan kepuasan hati penonton.
3) Melodrama – iaitu drama sentimental realisme yang memaparkan cerita
mendebarkan dan mengharukan serta berupaya menggugah emosi penonton.
4) Frasa – merujuk kepada drama komedi murahan atau konyolan. Drama ini
lebih terarah kepada hiburan ringan dan murahan dengan aliran plotnya yang
longgar dan kurang berwacana. Untuk tujuan escapism, drama ini sering
menambat hati penonto.
Semua persembahan itu biasanya dilakukan melalut alat-alat media seperti
Panggung Teater atau drama pentas, television, media sosial seperti You Tube,
filem dan pawagam, radio, pawagam mudah-alih (portable cinema) dan sebagainya.
Dalam konteks pendidikan, teknik-teknik drama seperti berdialog, mimos, lakonan
spontan, teater pembaca, teater bercerita, tetamu dalam peranan, teater
pembaca, main peranan, simulasi, pantomim, improvisasi, dekon, nyanyian, kerusi
panas, puisirama, mestamu, lakon lilin, senantika, sketsa, dan drama pentas bukan
sahaja membantu murid menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih baik, indah
dan berkesan, tetapi juga menimbulkan minat serta mewujudkan situasi bilik
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
4
darjah yang menyeronokkan (DBP, 1992). Keberkesanan dan signifikasi
penggunaan kaedah drama dalam pendidikan dijelaskan oleh Tony Jackson (1993)
dengan katanya “….the theatre’s search for a useful and effective role within
society and an exploration especially of its potential both as an educational
medium and as a force social change..”
ANATOMI DRAMA
Secara umum, anatomi drama merangkumkan aspek dialog, petunjuk pementasan
(lakon), prolog, epilog dan penutup (ending). Hal ini hampir sama dengan karya fiksi
yang lain seperti cerpen dan novel. Kesemua komponan ini dikategorikan kepada
dua unsur binaan iaitu unsur intrinsik dan ekstrinsik. Herman J. Waluyo (2002)
merumuskan bahawa drama terbina atas Struktur Fizikal dan Struktur Dalaman
atau Batin. Struktur Fizikal terdiri daripada:
(1) Plot atau alur cerita,
(2) Watak atau pelakon dan perwatakan,
(3) Dialog,
(4) Latar,
(5) Teks samping atau petunjuk teknik (technical signs) seperti seting pentas,
muzik, cahaya, kedudukan pentas, tatarias dan unsur lain seperti nyanyian,
tarian, dan pergerakan sokongan).
Struktur Dalaman atau batin drama pula mengandungi aspek:
(1) Tema,
(2) Persoalan
(3) Amanat.
Zainab Kassim dan Mohd. Amran Daud (2004) merumuskan komponen drama
tersebut sebagaimana pada rajah yang berikut:
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
5
Bagaimanapun dalam seni persembahan atau pertunjukan, drama mestilah memiliki
elemen-elemen yang berikut:
(1) Aktor dan casting,
(2) Sutradara atau pengarah,
(3) Penata pentas (yang terdiri atas: aturan pentas atau panggung (stage),
dekorasi seneri, tata lampu (lighting), dan tata suara (sound system),
(4) Penata artistik seperti tata rias (make up), tata busana (costum), tata musik
dan efek suara, music, dan bunyi (sound effect),
(5) Naskah,
(6) Produser, dan
(7) Penonton.
BAGAIMANA MEMBINA NASKAH DRAMA
Sememangnya, membina naskah lakon atau drama amat sukar lantaran proses
penciptaannya agak lama dengan penelitian kepada semua perspektif cereka dan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
6
persembahan harus difikirkan. Bagaimanapun, kekuatan kualiti sumber daya yang
dimiliki seperti pengalaman, kemahiran, kreativiti, dan pengetahuan mendalam
tentang sesuatu isu sosial akan memudahkan pembinaannya dan menjadikan judul
pilihan lebih signifikan dan bermakna. Keterlibatan dalam kumpulan teater akan
memberi kelebihan dalam pengolahan situasi cerita, gerakan, dialog, dan rekaan
pentas. Ini disebabkan naskah drama adalah bersifat ‘situasional’ yang
memudahkan semua pembaca dan pereka pentas untuk menghayati atau
mempersembahkannya dengaan berkesan dan efektif. Namun, beberapa langkah di
bawah ini dapat dijadikan acuan untuk menulis naskah drama.
1. Menentukan Tema.
Tema adalah gagasan dasar cerita atau persoalan pokok atau pesan dasar
yang terkandung dalam inti cerita yang ingin disampaikan pengarang kepada
penonton. Umumnya tema akan menuntun laku cerita dari awal sampai akhir
dan hanya dapat dirumuskan apabila skrip drama selesai dibaca atau
ditonton. Tema ini sekaligus menggambarkan pemikiran penulis yang
disalurkan melalui dialog, aksi watak, konflik dalam cerita dan diperkasakan
dengan persoalan atau isu kecil yang disisipkan. Sebagai contoh, drama yang
bertemakan ‘Kebaikan akan mengalahkan kejahatan” akan memaparkan
peristiwa kebaikan dan kejahatan melalui dialog dan aksi watak sehingga
akhirnya penonton dapat merumuskan maksud cerita tentang sehebat
manapun kejahatan pasti akan dikalahkan oleh kebaikan. Tema ‘Kemanusiaan
dan kemasyarakatan yang memaparkan keburukan najis dadah dalam
masyarakat’ dalam drama ‘Pintu’ karya SN Noordin Hassan telah
memperlihatkan alur cerita atau plot yang berkisar kepada pergolakan dan
kecelaruan fizikal serta mental pemuda yang memberi kesan negatif kepada
cintanya kepada keluarga, kekasih, rakan dan agama sehinggalah dia sedar
apabila kehilangan semua orang disayanginya.
2. Membuat Sinopsis (Ringkasan Cerita)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
7
Setelah menentukan tema, tuliskan idea cerita dalam sinopsis pendek.
Panjangnya sekitar setengah hingga satu halaman. Sinopsis ini berisi
gambaran cerita secara umum atau global dari awal hingga ke akhirnya. Ia
juga merupakan idea cerita yang sudah ditentukan iaitu peristiwa yang
terjadi atau sumber cerita. Tegasnya, sinopsis menjurus kepada ringkasan
perkara-perkara penting dalam sesebuah cerita yang memperlihatkan
hubungan setiap bahagian secara lengkap dalam satu kerangka abstrak.
Sinopsis penting untuk memastikan perihal peristiwa yang terjadi dan
pelakon yang terlibat, tempat peristiwa, masa peristiwa di samping plot
cerita. Sinopsis digunakan sebagai pemandu dalam proses penulisan naskah
agar alur plot dan persoalan tidak melebar. Dengan adanya sinopsis maka
penulisan lakon menjadi terarah dan tidak mengada-ada. Sinopsis tidak
dimasukkan dalam skrip drama tetapi hanya menjadi panduan kepada penulis.
3. Menentukan Persoalan (Konflik).
Persoalan atau konflik adalah inti dari cerita teater. Konflik merupakan
pertentangan fizikal atau mental yang timbul daripada keadaan saling
bertindak antara dua watak atau kuasa yang berlawanan dalam plot
sesebuah cerita. Safian Hussain dan rakan (2014) menjelaskan bahawa
konflik adalah bahan mentah untuk membina plot dan digagaskan untuk
menonjolkan unsur-unsur ketegangan yang boleh menarik perhatian
pembaca atau penonton dalam sebarang bentuk fiksyen. Dalam drama ‘Bukan
Bunuh Diri’ karya Dinsman, konflik yang dipaparkan ialah pertentangan dua
unsur perwatakan dalam diri sendiri yang berjuang untuk menguasai diri
Adam; watak utama.
Tidak ada cerita teater tanpa konflik. Oleh karena itu pangkal persoalan
atau titik awal konflik perlu dibuat dan disesuaikan dengan tema yang
dikehendaki. Misalnya, melalui tema “Kebaikan akan mengalahkan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
8
kejahatan,” pangkal persoalan yang didiperkatakan mungkin sikap licik
seseorang yang selalu memfitnah orang lain demi kepentingannya sendiri.
Persoalan ini kemudian haruslah dikembangkan melalui peristiwa-peristiwa
pertentangan antara kejahatan dengan kebaikan dalam cerita yang hendak
dituliskan sehingga akhirnya peristiwa kebaikan akan mengatasi peristiwa
keburukan..
4. Menentukan Kerangka Cerita.
Kerangka cerita akan membingkai jalannya cerita dari awal sampai akhir.
Kerangka ini membagi jalannya cerita mulai dari pemaparan, konflik, klimaks
sampai penyelesaian. Dengan membuat kerangka cerita maka penulis akan
memiliki batasan yang jelas sehingga cerita tidak bertele-tele. William
Froug (1993) misalnya, membuat kerangka cerita (skenario) dengan empat
bagian, yaitu pembukaan, bagian awal, tengah, dan akhir. Pada bagian
pembukaan memaparkan sketsa singkat tokoh-tokoh cerita. Bagian awal
adalah bagian pengenalan secara lebih rinci masing-masing tokoh dan titik
konflik awal muncul. Bagian tengah adalah konflik yang meruncing hingga
sampai klimaks. Pada bagian akhir, titik balik cerita dimulai dan konflik
diselesaikan. Riantiarno (2003), sutradara sekaligus penulis naskah Teater
Koma, menentukan kerangka lakon dalam tiga bagian, yaitu pembuka yang
berisi pengantar cerita atau sebab awal, isi yang berisi pemaparan, konflik
hingga klimaks, dan penutup yang merupakan simpulan cerita atau akibat.
5. Menentukan Protagonis dan Antagonis.
Watak protagonis adalah tokoh yang membawa laku keseluruhan cerita.
Dengan menentukan watak protagonis secara mendalam, maka watak
sampingan lainnya mudah dikenalpasti. Misalnya, dalam persoalan tentang
kebijaksanaan, maka watak protagonis dijelmakan sebagai tokoh
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
9
berperwatakan rajin, bersemangat dalam bekerja, senang membantu orang
lain, berkemampuan, dermawan, dan jujur. Semakin mendalam sifat atau
karakter protagonis, maka semakin jelas pula karakter tokoh antagonis.
Antagonis yang menjadi penentang atau lawan kepada protogonis sebaliknya
mempunyai karekter yang kontradik sama ada dari segi perwatakan dalaman
dan luaran. Jika watak protagonis dan antagonis sudah dijelaskan, maka
watak sampingan atau sisipan lainnya sama ada yang berpihak kepada salah
satu watak bertentangan tersebut dapat ditetapkan. Sekaligus
memudahkan penulis untuk mencipta peristiwa-peristiwa konflik yang
menarik dan berkesan.
6. Menentukan Cara Penyelesaian atau Peleraian.
Peleraian merupakan solusi perkembangan akhir atau ‘Aksi Menurun’
sesebuah cerita akibat pertembungan konflik yang menjadi klimaks dalam
cerita. Namun dalam konteks penulisan drama, mengakhiri sebuah persoalan
besar atau tema yang dimunculkan dalam drama tidaklah mudah. Dalam
beberapa contoh drama, ada penyelesaian atau peleraian cerita yang
diakhiri dengan baik berdasarkan Hukum Karma (baik dibalas baik dan
sebaliknya) tetapi ada juga yang diakhiri secara tergesa-gesa dan tiada
kesudahan atau dipanggil juga ‘anti klimaks’. Peleraian yang baik dan mutlak
akan memberikan kepuasan kepada pembaca atau penonton tetapi
memutuskan kepanjangan akal mereka untuk berfikir secara kritis dan
kreatif. Manakala peleraian ‘anti klimaks’ selalunya mengecewakan pembaca
atau penonton, tetapi membuka ruang seluasnya kepada mereka untuk
berfikir lebih jauh dan mendalam tentang kesudahan cerita. Ia juga menjadi
pemangkin kepada penulis untuk menghasilkan karya sambungan sekiranya
mendapat sambutan. Namun, secara umum penyelesaian cerita yang
mengesankan selalu akan dinantikan oleh penonton biar macam manapun
bentuknya. Oleh karena itu, pastikan peleraian cerita digarap dengan baik,
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
10
logik, tidak tergesa-gesa, dan memberikan kesan emosi dan pemikiran yang
mendalam.
7. Menulis.
Setelah semua perkara di atas disiapkan, maka proses berikutnya adalah
menulis skrip atau sosok drama. Mencari dan mengembangkan gagasan
memang tidak mudah, tetapi lebih tidak mudah lagi memindahkan gagasan
dalam bentuk tulisan. Ini bermakna semua peristiwa, emosi watak, dialog,
latar (masa, tempat, pentas, dan keadaan), watak dan perwatakan melalui
pengalaman sosialisasi dengan manusia, diri dan alam akan disatukan dalam
garapan cerita. Oleh karena itu, gunakan dan manfaatkan waktu sebaik
mungkin.
KANDUNGAN NASKAH DRAMA
1. Judul Cerita
Judul cerita merupakan inti dari naskah drama yang akan dipertunjukkan.
Seorang penulis naskah drama harus memperhitungkan ketertarikan
penonton dengan judul naskah drama yang dibuat. Judul yang tidak menarik
akan membuat penonton enggan mendatangi pertunjukan. Kebanyakan
sasterawan negara menggunakan tajuk retorik ringkas yang dapat
menggamit hati pembaca dan penonton untuk menghayati isi drama seperti
‘Matinya Seorang Pahlawan’, ‘Dari Bintang Ke Bintang’, ‘Serunai Malam’, ‘Di
Bawah Matahari’, ‘Tirai Zaman’, ‘Kaki Langit’, ‘Tamu di Bukit Kenny’ di
samping ‘Uda dan Dara’ (SN Usman Awang), ‘1400’, ‘Tak Kunjung Kembali’,
‘Bukan Lalang Ditiup Angin’, ‘Tiang Seri Tegak Berlima’, ‘Jangan Bunuh Rama-
rama’, ‘Sireh Bertepuk Pinang Menari’, ‘Anak Tanjung’, ‘Malam Ini Penyu
Menangis’, ‘Cindai’, ‘Peran’ dan ‘Pintu’ (SN Noordin Hassan), ‘Di Mana Bulan
Selalu Retak’, ‘Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja’, ‘Wira Bukit’, dan
‘Dekon Lazri Meon’ (SN A. Samad Said) ‘Sang Luka-luka’ (SN Arena Wati),
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
11
‘Si Anak Rempang’, ‘Daging Darah’, ‘Monyet’, ‘Gembang-gembong Jakarta’,
dan ‘Anak Rempang Karam Di Kota (SN Shahnon Ahmad). Manakala Kala
Dewata menggunakan tajuk ‘Atap Genting Atap Rumbia’ dan ‘Di Balik Tabir
Harapan’.
2. Latar Pendahuluan Cerita
Latar pendahuluan cerita adalah ringkasan persiapan awal cerita di dalam
naskah drama sebelum adegan atau bab peristiwa dimulakan. Ia bertujuan
membantu kru pementasan mempersiapkan segala hal terkait dengan
pertunjukan. Dalam drama ‘1400’ (Nor Azita Umar, 2010), SN Noordin
Hassan menceritakan latar pendahuluan ini dalam setiap bahagian adegan
sebagai panduan kepada pereka pentas dalam persiapan pentas dan
kedudukan pelakon ketika memulakan persembahan. Ia diletakkan selepas
penulis menjelaskan watak dan perwatakan, waktu dan tempat dalam setiap
bahagian.
3. Jumlah Watak/ Pemeran/Pemain
Untuk naskah drama, jumlah watak yang terlibat mestilah signifikan dalam
menimbulkan kekaguman persembahan drama sama ada teater, film,
sinetron, ‘you tube’, drama radio, dan sebagainya. Keberkesanan penampilan
mereka mestilah dipertimbangkan secara mendalam agar pengolahan cerita
dan persembahan menjadi berkesan. Dalam pertunjukan drama melalui
media teater, pengoptimaan jumlah pelakon dan perwatakan mereka
sangatlah perlu kerana keterbatasan ruang pentas yang tersedia.
Bagaimanapun, dalam film dan radio, jumlah pelakon tidak menjadi begitu
kritikal karena kemunculannya boleh ditangani dengan berbagai cara. SN
Usman Awang (1995) contohnya, telah menampilkan 41 watak dalam drama
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
12
‘Uda dan Dara’ tetapi, hanya 6 watak dalam drama ‘Matinya Seorang
Pahlawan’.
4. Penggambaran Setting
Dalam membuat naskah drama, harus digambarkan setting (tempat
peristiwa) berlangsung. Hal ini terlihat di awal naskah tersebut ditulis.
Penggambaran setting ini perlu untuk memudahkan sutradara ataupun
pemain menyesuaikan pertunjukan drama yang akan dimainkan.
Contoh :
BABAK 1
ADEGAN 1
Pentas terdiri daripada tiga set: Set I : Melambangkan kelas atasan (kaya) Set II : Melambangkan tempat kehidupan dan lalu lintas manusia semua kelas. Set III : Melambangkan tempat rakyat kampong
Pembukaan dengan overture “Uda dan Dara” dan lampu untuk semua set. Setelah overture habis semua lampu digelapkan.
Lampu untuk Set II. Waktu: Menjelang senja. UDA dan MALIM melompat keluar (silat bunga) diikuti lagi dua orang, seorang dan tiga orang. Sepuluh pendekar semuanya dan “pose”.
Intro lagu “Sembah Pendekar” diikuti dengan PAK GURU masuk (ke gelanggang) menyanyikan lagu “Sembah Merdeka”.
PAK GURU : Kubelah teja kubelah jingga
Mentera keramat kata terbilang
Bismillah kata langkah bermula
Bunga silat pembuka gelanggang.
5. Petunjuk Lakon
Petunjuk lakon adalah salah satu hal penting yang harus diperhatikan oleh
seorang penulis naskah drama. Petunjuk lakon ini hampir sama dengan
penggambaran setting pada awal cerita, akan tetapi petunjuk lakon terdapat
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
13
pada semua bagian dalam naskah drama. Petunjuk lakon ini memudahkan
pemain untuk melakukan adegan demi adegan.
Contoh :
ZURAIDAH: Kau masih marah kakak agaknya, Falel.
(Memandaang baju yang direnjis, tunduk) Kaufikir… kau fikir kakak diam-diam dua
Hari ini sebab kakak dah bencikan kau,
Mula rasa jemu.
FALEL : Kakak saja yang rasa begitu.
ZURAIDAH: (Meletakkan baju di atas kerusi) Macam mana kakak rasa tak gitu kalau kau…
Muram, tak mau bercakap, tak mau meminta?
Kau tak pernah buat gitu dulu,
Tak pernah sampai gitu.
(A.Samad Said; ‘Di Mana Bulan Selalu Retak’ dalam Sarah Sadon, 2005)
CONTOH GAYA PENULISAN SKRIP DRAMA
Sememangnya gaya, cara dan teknik penulisan drama bersifat eksperimental dan
berbeda-beda antara penulis dan keadaan ini juga serupa dalam teknik penulisan
puisi atau prosa lainnya seperti novel, cerpen, dan sajak. Puisi tidak selamanya
terdiri atas baris-baris yang tergabung dalam sejumlah bait. Manakala, prosa juga
boleh menyerupai bentuk fisik puisi selain karangan berparagraf yang biasa.
Berikut ini dititipkan sedutan gaya penulisan skrip drama (peringkat pendahuluan
dan akhir) yang telah dihasilkan oleh beberapa sasterawan negara seperti Usman
Awang dan Keris Mas.
CONTOH 1:
MATINYA SEORANG PAHLAWAN
Para Pelaku:
HANG JEBAT
HANG TUAH
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
14
HANG KASTURI
DANG WANGI
DAYANG 1
DAYANG II
Kata Pengantar
Melaka pada zaman gemilangnya
Menjadi lambing kerajaan Melayu ternama!
Air selat dalam kocaknya terbentang membiru
Dalam nyanyian angina di dada ombak menderu
Terbuka pelabuhannya, segala dagang berulang lalu.
Maka dinamakan selatnya: Selat Melaka
Ah, bumi bertuah melahirkan Bendahara Seri Maharaja
Teramat bijaksana; gedung akal laut bicara
Melahirkan pahlawan lima bersaudara:
Tun Tuah, gagah perwira taat dan setia,
Tun Jebat, pendekar berani lagi satria,
Tun Kasturi, Lekir, dan Lekiu;
Sanggup bertentang di mana sahaja.
Di singgahsana Kerajaan Melaka ternama
Dikipas dayang, disembah orang,
Tak dilalui segala titah, malah dijunjung-julang
Raja Melaka bersemayam, merajai segala
Istana dan kecantikan kaum Hawa
Yang menyayangi Tun Tuah sebagai pahlawan istana!
Kata yang empunya cetera, konon khabarnya
Raja Melaka murka mendengar sembah Patih Kerma Wijaya
Si Tuah berbuat cemar di istana Raja!
Ah, dari bara menyala api bencana
Melaka! Melaka akan dibakarnya bersama.
Bendehara Seri Maharaja; gedung akal laut bicara
Menerima titah dari dada murka Raja Melaka;
“Hai Mamak Bendahara, laksanakan titah kita
Segera buangkan Si Tuah durhaka,
Kita tahu akan matinya jua!”
Arif akan fitnah yang dipersembahkan
Ah, tangis Bendahara bergema memohon;
“Tuanku, pacal yang hina menjunjung sembah
Berilah ampun atas khidmat dan jasa Si Tuah
Supaya kelak, Tuanku, matinya tidak berpadah!”
Bara telah menyala dan api bencana menyapa
Di dada Raja hanya kawah nafsu semata, dan di mana
Suatu pertimbangan yang tak pernah ada di sana!
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
15
“Kita tahu akan matinya Laksamana.
Segerakan titah kita, Mamak Bendahara”.
Tetapi Bendehara bukanlah Bendahara
Kalau Tuah akan dibunuhnya.
Di dusun kepunyaan Bendahara di Ulu Melaka
Manis dalam sepinya dan senyum dalam tenangnya
Di sanalah Laksamana dihantar Bendahara,
Berguru pula akan menambah ilmu di dada.
Tun Jebat menjunjung kurnia, tapi ah mengapa
Lihat, lihat sinar matanya; api, api yang menyala
Dia mengambil tempat Laksamana
Ah, siapa yang menyaksikan dendamnya bergema
Dalam sembahnya dia menyapa senyum Raja Melaka
Kerajaan Melaka berdetik dalam arus sejarah
Diam-diam laksana harimau menghendap mangsa,
Jebat bersumpah:
Raja adil raja disembah
Raja tak adil raja disanggah!
Dan darah! Darah orang-orang Melaka
Mengalir arus dalam gemamaut menyapa!
ADEGAN SATU
(Di bilik peraduan Raja Melaka, HANG JEBAT sedang bersuka ria bersama gundik-gundik raja)
HANG JEBAT: Dayang!
Siapakah antara kamu
Dapat mengatakan padaku
Dan menyanyikan seperti pada rajamu
Akan kemerduan suara buluh perindu?
( Dayang-dayang saling berpandangan, tak mengerti akan maksud Hang Jebat)
DANG WANGI: Maafkan hamba,
Buluh perindu yang hamba ketahui;
Hanya sebagai kiasan perbandingan
Tak ternilaikan,
Kerana kebetulan memang
Selamanya ia
Tak terdengar sebab wujudnya tiada.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
(PENUTUP)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
16
HANG JEBAT: (Pentas terang. HANG JEBAT selesai membalut lukanya. Dengan
kekuatan suaranya yang terakhir, dia bersuara)
Hai orang-orang Melaka
Aku telah menentang kezaliman
Dengan darah,
Darahku sendiri,
Buat baik berpada-pada, kalau jahat, jahat sekali
Darah ini mengalir, darahku bercucuran
Hanya atas keyakinanku membela keadilan
Dan untuk keadilan itulah pula
Darah ini kuberikan.
(Dia melompat laksana singa lapar Diamuknya orang ramai yang ada Di sekeliling istana dan darah! Darah! Darah orang-orang Melaka mengalir Arus dalam gema maut menyapa!)
(Usman Awang (1961) dalam Dinsman, 1995)
CONTOH 2: WIRA BUKIT
WAKTU : Petang esoknya
TEMPAT : Di atas bukit kecil
Ketika pentas beransur tenang semula, Nirah dan Zahdi sedang berada di atas sebuah bukit – di pentas tingkat dua. Nirah berbaju kurung kuning muda, berskaf ungu sedang berdiri di sisi sebatang pokok membelakangkan Zahdi yang sedang duduk di sebuah bangku panjang yang using. Mereka dalam keadaan genting. Zahdi berusia akhir empat puluhan, berambut kemas dan masih tampan. Dia berseluar hijau muda berkemeja putih dilapisi kot hijau tua. Songkok hitam di tangannya. Beberapa kali Nirah mengesat-ngesat mata, bergerak gelisah. Bunyi semboyan kapal sayup-sayup sekali dua. Zuhdi memandang Nirah penuh menduga, dan dua tiga kali teragak-agak ingin bercakap. Dia bangun, mengibas-ngibas songkoknya, memakainya dan merapati Nirah.
ZAHDI: Aku tahu ramai yang memusuhi aku di sini. Mereka terlalu jengkel. Sudah wajar
begitu. Cuma aku tak sangka kau sedia ke mari. Aku pinta Bang Badin sampaikan.
(Memerhatikan Nirah, enunggu reaksi). Dia ku temui secara rahsia untuk menduga-
duga keadaan dulu. Masih pelucu orangnya – girang dan memberangsangkan. Kau
tahu katanya aku dating bergaya ningrat saja. Terbahak aku dibuatnya.
(Memerhatikan Nirah lagi, mengharapkan reaksi). Ke Indonesia ya, tapi aku tidak
sampai terendam dalam karabat karaton. Aku masih tetap marhaen – masih jembel.
(Cuba ketawa kecil, tak menjadi). Nampaknya hanya Bang Bandin yang memahami
dan bersimpati kepadaku. (Terhenti, memandang Nirah menduga-duga). Kau … kau
perlu memaafkan aku. Kalian di sini perlu memaafkan. Aku sedar kau tak mudah
menerimanya. Percayalah aku … aku sendiri juga tak begitu mudah mengucapkannya.
Lama berhitung-hitung, lama terpendam. (Merenung Nirah, cuba mendapatkan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
17
reaksi). Kata Bang Bandin, dia tak dapat selam matamu – hatimu. Betul. Siapa …
siapa dapat selam batin seseorang begitu saja?. Orang perlu tahu manusia itu
seluruhnya. Padahal setiap manusia demikian banyak jua rahsianya. Ku kira betul.
Dia tak dapat dengar suara dendammu yang tak terucapkan itu. Betul juga, kiraku.
(Menarik nafas). Tapi, aku amat bersyukur kerana dapat juga mendengar suara itu,
walaupun … walaupun aku juga sebenarnya masih gagal menyalami makna di
sebaliknya.
NIRAH: Kau kejam menghilang begitu saja. Kau … ya, ya mengapa mesti kau kembali semula
melanjutkan kekejaman itu dalam bentuk lain?.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
(PENUTUP)
RAZIF: Antara kedunguan dengan kedunguan.
NIRAH: (Kepada Lotoh). Pergi Lotoh, beritahu aku juga tunggu di sini.
(Lotoh teragak-agak, memandang Nirah, Zahdi dan Razif dank e atas sebelum keluar. Sebentar kemudian hanya terdengar suara Musir menyebut: “Bappa, bappa!” dan di tengah-tengah jeritan “Bappa, bappa!” itu berbaur pula suara beberapa orang lain meneriak: “Hei, jangan, jangan. Sabar”. Tak perduli – tak perduli – ini hutang darah!”. “Semua akan berakhir – mesti ada kepuasan!” dan “Jangan, jangan”. Jeritan, tangisan dan rayuan sama-sama sampai ke puncak. Api padam perlahan-lahan. Pentas gelita sejenak. Terdengar bunyi dua das tembakan. Suara Nirah: “Aku percaya segala-galanya sesia”. Kemudian suara Bandin: “Aku harap segala-galanya bererti”.)
a. Samad Said dalam Sarah Sadon, 2005)
CONTOH 3: SANG LUKA-LUKA
Ini cuma rangsangan daripada perasaan sayu Aku mimpi jadi jentayu Terbang menyongsong bayu. Jauh dari negeriku. Lalu hinggap di puncak gunung batu. Dari sana kulihat peristiwa ini, di situ. Belum pernah ada begitu. Kudoakan; semoga tidak akan berlaku. TEMPAT: Ibu kota sebelah timur Afrika.
WATAK:
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
18
ALI: Lemayu; dari Luba, Negeri Lambisan Bekerja sebagai pemandu lori sampah.
Pembaca dan peminat puisi. BAKAR: Bekerja sebagai pemandu peribadi DAN SARI PENDUKA. CHENG: Nicha; dari Sipar Tipuh, Lekontan. Bekas pensyarah kanan SITC di Tanjung Malim.
Kini, pemilik warung di lorong Setinggan Pelangi Malam. EDWIN: Ainda; dari Labing, Dekah. Pemandu lori treler. FUNG: Nicha; dari Luaka Rumpul. Guru sekolah menengah dan pemain saham spekulasi. KUMPULAN RUKUN 30.
ADEGAN 1
LOKASI:
Di tengah padang luas, berpagar rapi, bermutu mahal, terdiri daripada:
• Padang Polo
• Padang lumba kuda
• Padang latihan menunggang dan belajar jatuh dari kuda
• Padang menunggang kuda
• Kawasan kandang kuda dan rumah orang kuda
• Restoran elit besar yang hebat dan bertambah hebat mahalnya.
• Klinik kuda selesma atau patah kaki.
• Klinik bagi ahli Rukun 30 yang akan patah leher – jatuh dari kuda.
SUASANA
Sebelum malam terlalu larut, bulan separuh, hujan renyai turun. Siding kilat RUKUN 30 dalam kategori rahsia mutlak., dibuat di tengah padang elit Kaya-kayangan Country Club. Mereka bersuara bisik di atas kuda masing-masing.
HADIR
(Senarai nama ahli KUMPULAN RUKUN 30)
AKSI
DAN SARI WANG DUTAK KOMUDITI: (Memberikan kesimpulan): Nah, begitulah! Saya
ulang! Ini, muktamad! Rahsia mutlak. Jangan terbetik kepada polis!. Kerjakan cepat!
Laporkan progress masing-masing. Mesti melalui internet dengan sandi terkini. Media
massa tidak boleh tahu apa-apa yang kita buat.
DAN SARI BINA DUTAK BANGUN: (Terkenal cerewet dan lidahnya panjang): di tangan
siapakah pimpinan penyelarasan.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
(PENUTUP)
MRS. VARDOZA: (Mengangguk, semakin pucat, dan turut mengigil): memang kucing dia diberi
nama timangan begitu. Kucing itulah yang lebih dulu cuba semua makanan dia. Jika ada
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
19
racun, kucing itu mati, dia hidup. DN PADUKA PAHADERA tidak mati!. Bagaimana kalau dia
tahu ehwal rancangan dan siding RUKUN 30 ini?. (Dia berpaling, dan bergegas keluar)
***
(Arena Wati, 2005)
PENUTUP
Skrip drama, biar apapun kategori dan alirannyanya; Sandiwara (drama sejarah,
purba dan pra-realisme) dari aliran romantisisme, realisme dari aliran realisme,
dan absurd dari aliran absudisme seringkali memberi ruang seluasnya kepada
penulis untuk menyerapkan unsur humor, protes, dan kolokial melalui laras dan gaya
bahasa yang digunakan. Justeru penulisan skrip drama yang berkesan mestilah
menggabungkan seluruh pengetahuan, kemahiran teknikal dan pengalaman
sosialisasi, pelbagai seni (suara, gerak, tatarias, busana, muzik, pentas, dan
nyanyian), bahasa, latar pementasan, kreativiti, pemikiran (gagasan) penulis
terhadap judul yang boleh membawa kesan ‘kekaguman dalaman’ (sentuhan emosi,
fikiran dan pengalaman) pembaca atau penonton di samping ‘kekaguman luaran’ yang
memperlihatkan kematangan dan kecemerlangan dalam bentuk dan gaya penulisan.
Apa yang jelas, ‘penikmatan sesebuah drama tidak mungkin tercapai secara total
melalui pembacaan skrip semata-mata dan dalam bentuknya yang sempurna di atas
pentas kerana audien menikmatinya secara langsung tanpa henti (Safian Hussain
et.al, 2014). Justeru karya yang tidak terlalu panjang dan mempunyai kekuatan
daya tarikan dialog, emosi dan gerak watak, kedalaman konflik, dan pemerian latar
oleh pengarang menjadi inti dalam keberkesanan dan kepuasan dalam
penikmatannya.
RUJUKAN
A. Rahim Abdullah (2005). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Keris Mas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alfanul Ulum F.S (2014), Naskah Drama Indonesia, http://banknaskah-fs.blogspot.my/2012/12/langkah-langkah-menulis-naskah-drama.html. 9 September 2015.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
20
Arena Wati (2005). 7 Tegak Bersama ARENA WATI, Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP (1992). Aktiviti Bahasa; Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Jilid 7. Kuala Lumpur: Percetakan Maziza Sdn. Bhd.
Dinsman (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Usman Awang, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hasanuddin WS et.al (2007). Ensiklopedi Sastra Indonesia, Bandung: Angkasa.
Herman J. Waluyo (2002). Drama, Teori dan Pengajaran. Yogyakarta: PT. Hanindita Graha
Widya
Nor Azita Umar (2010). Antologi Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu; Dirgahayu Bahasaku, Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmah Bujang (1991). Lakon Drama dan Pemikiran; Latar Belakang Intelektual Drama Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmah Bujang (1994). Drama Melayu: Dari Skrip ke Pentas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Safiah Hussain et.al (2014). Glosari Istilah Kesusasteraan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sarah Sadon (2005). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara; A. Samad Said, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tony Jackson (1993), Learning Through Theatre: New Perspective on Theatre in Education, 2nd Edition, New York: Routledge London.
Zainab Kassim dan Mohd. Amran Daud (2004). Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oleh: Ariathy Fairuz Binti Ali
Intro 1 Sang Buaya berada di dalam sungai, manakala sang kura-kura berada di tepi sungai. Pada waktu pagi hari, cuaca sangat panas, dan matahari memancar.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
21
SANG BUAYA: Hai kawan-kawan. Apa khabar? Semua sihat? …… Bagus, bagus,
bagus.
SANG KURA-KURA: Kawan-kawan nak dengar cerita tak?
SANG BUAYA: Kalau nak, mari sini dekat. Dengar elok-elok tau cerita pak Aziz
dan Opah ni.
Intro 2 Atuk dan nenek sedang duduk pada sebuah kerusi berhampiran dengan rumah, cuaca sangat redup pada waktu petang. Angina sedang meniup sepoi-sepoi bahasa.
NENEK: Hai atuknya, nyaman sungguh suasana petang ini ye.
ATUK: Ye lah neneknya, teringat saya dengan kisah yang sering kita cerita
dengan anak-anak kita masa dulu tu.
NENEK: Ha’ah, betul tu. Tapi sekarang diorang semua dah besar-besar,
dengan siapa kita nak cerita lagi ya?
ATUK: Haaaaa… Tu dengan adik-adik tu la (sambil menunjuk kearah kamera)
Babak 1 Di sebuah taman permainan pada waktu petang, cuaca sangat baik. Kelihatan Jojo yang baru sahaja tiba dari menemui Ciki. Ciki sedang menunggu Jojo.
Penglipur lara: Pada zaman dahulu, tinggallah seekor ayam dan beruang di dalam
sebuah hutan. Ayam itu bernama Ciki manakala beruang itu pula
bernama Jojo. Ciki dan Jojo bersahabat baik.
CIKI : Sudah lama saya menunggu kamu di sini Jojo. (nada merajuk)
JOJO : Maafkan saya Ciki. Saya sakit perut tadi.
CIKI : Tak mengapa Jojo. Mari kita bermain di sana. (nada riang)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
22
Babak 2 Di kebun Ciki, iaitu di belakang tempat tinggal Ciki. Cuaca redup pada petang hari, kelihatan Ciki sedang memegang cangkul ditangannya dan tanah sudah sedikit digembur.
Pada suatu hari, Ciki berhajat untuk menanam pokok buah, lalu dia menanam
sepohon anak pokok rambutan.
CIKI : Sudah lama saya ingin menanam pokok rambutan ini. Bila sudah
berbuah nanti, bolehlah saya makan. Tentu sedap sekali! (nada
berharap)
Babak 3 Dibelakang tempat tinggal CIki, terdapat sebuah pohon rambutan yang sedang mengeluarkan bunga, tidak lama lagi akan berbuah.
Hari demi hari, pokok rambutan Ciki semakin membesar. Ciki sangat gembira.
CIKI : Wah!, cepatnya pokok rambutan ini membesar! (nada kagum dan
gembira)
Tidak berapa lama kemudian, pokok rambutan Ciki berbuah. Buah rambutan itu
mulai masak. Ciki berfikir bagaimana hendak memetik buah rambutan itu
CIKI : Yeaaah!! Buah rambutan saya sudah masak. Tapi…. Bagaimana saya
hendak memetiknya? pokok rambutan ini terlalu tinggi. (nada hampa)
Babak 4 Ciki seperti teringat akan sesuatu, dia berjalan-jalan mencari Jojo di dalam hutan. Dia berjalan mengelilingi hutan sambal mencari Jojo. Dia bertemu dengan Jojo dan terus memberitahu hajatnya.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
23
Tiba-tiba, Ciki teringat akan kawan baiknya, Jojo. Ciki pun pergi mencari Jojo.
CIKI : Jojo! Jojo!
JOJO : Apa hal ni Ciki?
CIKI : Wahai kawanku, Jojo, bolehkah engkau menolong aku?
JOJO : Boleh. Bagaimana caranya aku dapat menolong engkau wahai
sahabatku?
CIKI : Buah rambutanku sudah masak, tapi aku tidak pandai memanjat.
Bolehkah engkau menolongku?.
JOJO : Baiklah.aku akan tolong kamu.
Babak 5
Ciki berjalan membawa Jojo ke kebunnya yang terletak di belakang tempat
tinggal Ciki. Ciki menunjukkan Jojo kebunnya, di kebun tersebut terdapat
sebuah pokok rambutan yang besar dan berbuah lebat. Buah pada pokok
rambutan itu kelihatan sangat sedap dan berwarna kemerah-merahan.
Ciki membawa Jojo ke kebunnya.
CIKI : Inilah kebun saya, Jojo.
Sampai di sana, Jojo terus memanjat pokok rambutan itu. Dia memakan buah
rambutan itu dengan lahapnya. Dia tidak peduli akan Ciki yang berada di bawah.
Babak 6 Cuaca sangat panas dan terik, Ciki berada di bawah pokok dan Jojo pula dibawah pokok rambutan sambal menikmati buah rambutan dengan sepuas-puasnya.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
24
Ciki menjadi sangat marah lalu menjerit kepada Jojo.
CIKI : Wahai kawanku! kau makanlah buah rambutan aku puas-puas. Aku
hendak mandi kerana cuaca terlalu panas.
JOJO : Baiklah, kawanku (bersahaja sambil menikmati buah rambutan itu)
Babak 7 Ciki berlalu dari pohon tersebut, kelihatan wajahnya merah padam kerana marah dan kecewa. Dia juga kelihatan sangat sedih.
Ciki pergi dengan perasaan yang sedih dan kecewa.
CIKI : Aku ditipu oleh Jojo. Dia memakan buah rambutanku tanpa memberi
sebiji pun padaku (dalam hati sambil menangis teresak-esak).
CIKI : Aku berharap agar Jojo jatuh dari atas pokok rambutan itu. Biar
padan dengan mukanya yang tamak. (nada geram)
Babak 8 Ciki berada dekat dengan pokok rambutan. Terdengar suara kesakitan. Jojo yang tadi di atas pokok kini berada di bawah pokok rambutan tersebut. Kelihatan Jojo sedang memegang kakinya seperti kesakitan, Ciki hanya melihat Jojo.
Tidak lama kemudian, Ciki terdengar suara mengerang kesakitan.
JOJO : Aduh, aduh! (nada kesakitan)
Jojo terjatuh bersama-sama dengan buah rambutan ke tanah.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
25
CIKI : Padan dengan muka kamu Jojo. Itulah balasan bagi kamu yang
sangat tamak.
Jojo pun berlalu pergi dari situ sambil membawa buah rambutan yang jatuh itu.
Babak 9 Ciki duduk di kawasan rumah sambal menikmati buah rambutan dengan tenang. Cuaca sangat baik, angin menyapa rambut Ciki. Ciki tersenyum riang sambal bersiul-siulan.
Ciki berasa sangat gembira kerana akhirnya dia dapat makan buah rambutan
kepunyaannya sendiri.
CIKI : Wah, sedapnya buah rambutanku ini! Manis sungguh!
Tiba-tiba Jojo datang menemui Ciki yang sedang makan buah rambutan.
JOJO : Maafkan saya, Ciki. Saya tahu saya telah melakukan kesalahan. Saya
sangat menyesal, Ciki. Bolehkah engkau maafkan saya? (Sambil
menangis teresak-esak)
CIKI : Errmmm, saya maafkan kamu, ciki. Tetapi lain kali kamu tidak boleh
melakukan kesalahan seperti ini lagi.
JOJO: Saya berjanji saya tidak akan bersikap tamak seperti ini lagi, Ciki.
Terima kasih kerana sudi memaafkan saya. (senyum & memeluk Ciki)
Mereka pun makan buah rambutan itu bersama-sama.
Penutup 1 Nenek dan Atuk kembali dengan angan-angan cerita mereka. Sambal duduk-duduk di sekitar rumah. Cuaca sudah hamper senja.
NENEK: Menarik sungguh cerita tadi atuknya.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
26
ATUK: Ya! Banyak pengajaran yang ada dalam kisah ini.
ATUK & NENEK: Semoga Jumpa Lagi! (sambil melambai-lambai)
Penutup 2
Buaya mematikan lamunan Sang Kura-kura. Mereka membuat kesimpulan dan pengajaran cerita tersebut. Di tepi kolam, kura-kura terus beralih dari situ.
SANG BUAYA: Haaa! adik-adik begitulah tadi kisah Ciki dan Jojo yang sangat
menarik.
SANG KURA-KURA: Betul tu buaya, banyak pengajaran yang dapat kita dapat
tadi. Antaranya ialah, kita janganlah suka mempersendakan sahabat
kita.
SANG BUAYA: Tambahan lagi sang kura-kura, kita janganlah selalu tamak nanti
kita sendiri yang rugi.
SANG KURA-KURA: Kawan-kawan jadilah seperti Ciki yang pemaaf tau.
SANG BUAYA: Sampai sini saja, jumpa lagi.
SANG BUAYA & SANG KURA-KURA: Bye!!
Oleh: Vui Hui Lu
Annie, seorang budak sederhana tinggi, mempunyai rambut yang panjang dan hitam
dan berumur dua belas tahun. Annie merupakan seorang pelajar rajin dan
cemerlang dalam semua akademik. Ahli keluarganya terdiri daripada ibu, Annie dan
Aiman, adik Annie yang berumur empat tahun. Annie dilahirkan dalam sebuah
keluarga yang berpendapatan sederhana semasa ayah Annie masih berada. Namun,
ayahnya telah meninggalkan mereka dalam kemalangan sejak Annie berumur lapan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
27
tahun iaitu selepas kelahiran adiknya. Setelah ayah meninggalkan Annie, sumber
kewangan sekeluarga Annie terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh ibunya sendiri.
Ibunya terpaksa memegang beberapa pekerjaan demi menyara kehidupan mereka
sekeluarga.
Pada sabtu yang mulia ini, Annie sedang menikamati rancangan televisyen yang dia
sukai dengan tumpuan yang penuh, kerana hari sabtunya merupakan satu-satunya
hari yang dapat Annie memiliki dan menikmati waktunya sendiri kerana adiknya
dijaga oleh mak cik pada setiap hari sabtu. Semasa menonton televisyen, suara
pesanan dan langkah jejakan ibu yang sibuk itu sering didengari oleh Annie.
IBU: Annie, adik kencing di atas tilam lagi kemarin. Tolong ibu angkat tilam
itu untuk dijemur di luar sana.
IBU: Annie, tolong cucikan baju adik yang kotor itu.
IBU: Annie, tolong masakan bubur Aiman dan suapkannya selepas mak cik
hantar Aiman balik, mak nak pergi kerja ini, sudah lambat.
IBU: Annie, ingat cucikan botol susu Aiman nanti.
IBU: Annie, Annie!!! Dengarkah cakap mak? Jangan sibuk dengan tv lagi,
mak
dah lambat pergi kerja ni.
ANNIE: Annie, Annie, Annie……..kenapa semua perkara itu saya yang buat
setiap kali? Penatlah saya.
(Annie bercakap sendiri dan bergerak dengan perasaan yang tidak
berpuas hati.)
Setelah ayahnya meninggal, kebanyakkan masa ibunya digunakan dalam pekerjaan.
Oleh itu, Annie pula menjadi pengasuh adiknya pada setiap hari dan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
28
bertanggungjawab atas semua hal adik. Mula dari situ, keputusan Annie semakin
merosot dari setahun ke setahun.
Di sekolah Loceng berbunyi
CIKGU: Baiklah, sampai sini sahaja kelas kita pada hari ini. Ingat siapkana
kerja sekolah malam ni dan hantar kepada cikgu esok pagi, kalau tak
hantar besok, jagalah, hadiah istimewa sedang menunggu anda.
KAWAN: Aduhai, sudahlah banyak kerja sekolah hari ini, bagaimana nak
siapkan dalam masa satu hari. Banyak lagi kerja rumah lain masih
belum disiapkan.
(mengeluh kawan-kawan sekelas Annie)
ANNIE: (sign)
KAWAN: Sharon, bagaimana kalau kamu datang ke rumah saya, Annie pun,
datang sekali, kita bincang dan buat sama-sama. saya belanja kamu
dua makan. Mahu?
SHARON: Hahaha, udang di sebalik batu, rajin sikitlah awak
ANNIE: Tidak lah, awak bermain lebih banyak daripada membuat kerja. Selain
kerja rumah, saya masih perlu sibuk dengan perkara adik dan nak
jagaa dia di rumah. Tidak ada masa untuk itu, nak saling jawapan?
Kamu rajin sikitlah.
KAWAN: Woooo, dengarkah apa Annie cakap, Annie seorang kakak yang
cukup baik, sedangkan kerja rumahnya pun banyak tak siap tak
hantar pun sibuk dengan hal lain, kalau saya ada kakak seperti Annie,
Kan bagus? Tak perlu lagi saya buat kerja rumah bersendirian,
bergoyang kaki saya di sana saja. Syioknya.
(Kawannya megetawakan Annie sama Sharon)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
29
SHARON: Awak ni, diamlah, Annie seorang yang kakak yang bertanggungjawab
dan baik, dia memolong ibunya menjaga adik sedangkan ibunya
sibuk dengan kerja, kamu ni belajarlah dari dia. Annie, awak juga,
ingat siapkan kerja rumah dan hantar tepat masa besok.”
(Sharon memarahi kawan yang jahat itu sampil menasihat Annie yang
lama tidak menyiap dan menghantar kejar rumah)
ANNIE: ish……….
(tidak mempedulikan kawannya itu)
ANNIE: Kakak? Apa itu kakak? Apa perwatakan sebagai seorang kakak?
Bagaimana untuk menjadi seorang kakak yang baik, memang saya
tidak ada idea langsung. Segala perkara yang saya buat semuanya
disuruh oleh ibu hanya demi adik. Bagi saya adik hanya pandai makan
dan tidur sahaja. Bila dia akan buat perkara- perkara itu untuk saya?
Ibu hanya tau menyayangi adik lebih daripada menyayangi saya.
Pada hari yang kemudian. Di kelas
KETUA KELAS: Annie, guru kelas ingin jumpa kamu di bilik guru.”
ANNIE: saya?
(Annie berjalan berhadap bilik guru dengan perasaan bimbang)
Bilik guru
ANNIE: Selamat sejahtera cikgu, cikgukah yang mahu jumpa saya?
GURU KELAS: Yah, Annie, mari sini. Annie cikgu diberitahu oleh guru lain
bahawa markah peperiksaan kamu merosot setiap kali.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
30
Peperiksaan kali ini kamu juga gagal dalam hampir semua mata
pelajaran? Kamu bukan pelajar cemerlangkah pada beberapa
tahun lepas? Cikgu tahu kamu bukan pelajar yang malas. Kenapa
hal ini berlaku? Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR yang
tidak lama lagi Annie, Cikgu @#$%^&*()……………
(Annie berdiam sahaja dan air matanya menitis apabila ditegur
oleh guru kelas).
ANNIE: (Dalam hati) Kenapa hal ini berlaku? Saya sibuk menjaga adik
semasa ibu bekerja setiap hari. Saya perlu memasak nasi untuk
adik dan juga saya sendiri, saya juga perlu menyuapkan nasi
untuk adik, saya perlu memujakannya semasa adik menangis,
saya perlu memandikan adik selepas dia makan, saya perlu
menjaga adik sambai tidur sebelum saya tidur, saya juga nak
tolong ibu megemaskan rumah. Masa saya digunapakai
sepenuhnya untuk adik, mana lagi masa untuk mengulangkaji
dan menyiap kerja sekolah?
Di rumah
ANNIE: Mak, saya dah balik. (Menanggalkan kasut)
Annie mendengar suara adik menangis sebaik sahaja saya menjejaki langkah masuk
ke dalam rumah. Saya berasa amat geram apabila mendengar suara adik yang
menangis itu dan suara langkah ibu yang tengah sibuk dengan hal-halnya, tambahan
lagi tekanan kerja sekolah dan teguran cikgu yang terlalu banyak.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
31
ANNIE: (Bertanya-tanya dalam hati) Mengapa saya tidak mempunyai suasana
sebuah rumah yang tenang, mengapa saya tidak ada masa peribadi
yang cukup untuk sendiri?
IBU: Annie, mak tengah sibuk ni. Kamu pergi tengok mengapa adik kuat
menangis di bilik?
Annie berjalan ke arah adik dengan perasaan yang kurang memuaskan
ANNIE: Nangis, nangsi, nangis, dah cukuplah kamu menangis? Kamu cukup
besar sudah ni, hanya asyik pandai makan, tidur dan menangis
sepanjang hari, apa lagi kamu pandai?
(Annie memarahi adik dengan suara yang kasar, dan bertambah kuat
suara menangis adik itu)
IBU: Mak panggil kamu tengok mengapa adik menangis, bukan panggil kamu
marahkan dia, adikmu masih kecil lagi, itu sahaja kamu tahu buat?
Kamu tak nampak mak tidak senang untuk memujuk adik, kamu tak tau
tolong hanya asyik memarah saja, adakah kamu seorang kakak yang
bertanggungjawab dan bertimbang rasa?
(Mak marah Annie dengan suara yang kuat)
ANNIE: Ya, hanya mak saja yang sibuk, Annie saja yang langsung tak sibuk
hanya sibuk dengan hal Aiman! Saya tak mahu sibuk dengan perkara-
perkara adik lagi. Baik mak buat sendiri.
Bang!!! (Annie berjalan balik ke bilik tidur dengan perasaan yang amat marah lalu
menutup pintu bilik tidur dengan kuat)
ANNIE: (Bercakap dengan sendiri sambil mengalirkan mata air). “Mengapa ibu
hanya tahu marah saya sahaja, saya juga perlu kasih sayang daripada
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
32
ibu selepas ayah meninggal seperti ibu sayangkan adik. Kenapa
perasaan adik sahaja yang perlu dijaga? Tidak adillah.
Pada malam itu, Annie tidak keluar dari bilik untuk makan malan dengan ibunya.
Bagi Annie, ibu tidak pernah mengambil berat terhadap Annie. Apa yang terjadi
terhadap Annie tentu ibu tidak peduli. Ibu hanya asyik menyuruh Annie buat segala
sahaja untuk adik tanpa memikir tentang perasaan Annoe dan mengambil berat
terhadap kerja sekolah saya bertaburan itu.
Pada pagi hari Sabtu
IBU: Annie, mak akan menghadiri majlis perkahwinan kawan malan ini. Kamu
jaga adik di rumah sahaja, jangan pergi ke mana-mana, tahu tak?
Ingat bagi adik susu dalam masa yang ditetapkan malam nanti, dengar
tak?
(Bagi Annie, hari Sabtu lah satu-satunya hari yang paling dia suka dalam masa
seminggu itu kerana tidak perlu saya bangun pada awal pagi dan tidak perlu pergi
ke sekolah. Namun, suara ibu yang kuat itu telah membangunkan saya pada awal
pagi dan suasana cuti minggu telah dirosakkan apabila mendengar suruhan ibu)
ANNIE: Mak, saya perlu keluar hari ini kerana ada temu janji dengan Sharon
hari ini.
MAK: Temu janji apa? Dengan siapa?
ANNIE: Saya telah janji dengan Sharon dan rakan-rakan yang lain untuk
keluar bermain bersama-sama hari ini.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
33
IBU: Jangan hanya tahu main-main sahaja setiap hari. Tidak bolehkah
kamu janji lagi pada hari yang lain. Yang tentu, kamu jangan keluar
hari ini. Jaga adik di rumah sahaja, fahamkah?
(Annie terpaksa membatalkan janjinya dengan Sharon kerana arahan ibu yang
terpaksa saya ikuti. Annie menelefon Sharon dengan perasaan yang kecewa)
ANNIE: Hello, Sharon. Saya Annie, saya tidak dapat keluar dengan kamu hari
ini sebab ibu saya akan menghadiri majlis perkahwinan kawannya hari
ini dan saya terpaksa menjaga adik saya di rumah hari ni.
SHARON: Ohh, tak apa, kalau begitu, kesian adik awak kalau tinggalnya di rumah
saja. baikla, kita buat lain kalilah. Sebelum tu, Annie, hari ini ada
rancangan televisyen yang awak suka itu, ingat tonton ya.”
ANNIE: Hari inikah? Saya lupa sudah tu. Baiklah, saya akan tontonnya malam
ni. Terima kasih kerana telah mengingatkan saya. Semoga kamu main
dengan gembira dengan rakan lain.
Malam itu
ANNIE: HAHAHAHAHAH, lucunya watak itu, gila orang itu.” (ketawa dengan
suara yang kuat)
Malam yang sunyi itu penuhi dengan suara ketawa Annie yang kuat. Pada saat-saat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap drama yang menarik itu, Annie telah
mendengar suara adik yang sedang menangis. Annie segera memberi botol susu
untuk adik dan memujuknya. Namun, adik masih menangis sebaik sahaja Annie
berhenti memujuknya kerana suara ketawa telah menakutkan adiknya.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
34
ANNIE: Ish….berhentilah menangis, bolehkah? Biarlah saya habis menonton
drama saya yang menarik itu dulu barulah kamu menangis.”
Annie mendukung adiknya ke ruang tamu dan memujuknya dengan alat permainan
kesayangannya. Sebaik sahaja dia berhenti menangis, Annie terus menikmati
dramanya sehingga melupakan adiknya yang berada di ruang tamu itu dan adiknya
mula merangka ke sesuatu arah.
Selepas setengah jam, drama itu pun habis ditayangkan. Sebaik sahaja Annie
menutup televisyen, dia merasai terdapat sesuatu yang penting telah dia lupakan.
ANNIE: Adik!!!!
Tiba—tiba Annie teringat adiknya yang sudah tidak berada di kawasan ruang tamu
dan tak tahu ke mana adiknya merangka. Annie mula mencarinya dengan gementar.
Brang!!!!
Tiba-tiba Annie mendengar bunyi pasu bunga yang pecah itu. Annie berlari ke arah
itu dengan pantas dan ternampak sesuatu yang mengejukkannya. Adik sedang kuat
menangis pada masa itu kerana dia telah memecahkan pasu bunga kesayangan ibu
dan serpihan pasu bunga itu telah melukakan tangan dan muka adik. Tangan dan
muka adiknya mula berdarah.
Dalam keadaan itu, Annie tidak tahu apa yang harus dibuat. Kaki Annie pun telah
dicedera oleh serpihan pasu bunga semasa Annie mendukung adiknya ke arah runag
tamu. Annie menelefon ibu dengan segera sambil menangis.
Ibu kembali apabila mengetahui perkara tersebut dengan segera. Sepanjang
tempoh masa ibu kembali, pendarahan adiknya tidak dapat diperhentikan. Oleh itu,
Annie terpaksa membawa adik ke klinik yang berhampiran dengan rumah.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
35
Setelah sampai di klinik, doktor mengubati adik dengan segera. Pada masa itu,
Annie menangis teresak-esak kerana telah menyedari kesalahannya. Ketika itu,
Annie mendengar suara ibu apabila jururawat sibuk merawat luka kakinya.
IBU: Annie, adakah kamu baik-baik sahaja? Mana adik? Macam mana
dengan adik?
(Annie tidak dapat menjawab pertanyaan ibu sebab terlalu takut)
DOKTOR: Adakah anda ibu kepada Aiman?
IBU: Ya, saya ibu Aiman, keadaan Aiman okay? Seriuskah? (gemetar)
DOKTOR: Bersyukurlah sebab hanya cedera ringan. Saya sudah memberi
rawatan dan membalut lukanya. Oleh kerana Aiman Aiman cedera
muka, pihak klinik akan menahan Aiman di klinik ini satu malam untuk
memastikan tidak ada kesan sampingan berlaku. Anda jangan bimbang
sangat. Nasib baik anak kamu hantar adiknya dengan cepat. Kalau
tidak, tidak dapat saya sangka apa yang akan terjadi.
DOKTOR: Annie, awak telah membuat sesuatu yang baik, nampaknya awak
seorang kakak yang bertanggungjawab dan sayang kepada adik awak.
Awak boleh merawat adik awak sekarang, jangan sedih adikmu masih
sihat sangat.
(Doktor memujuk Annie dengan menggosok kepala Annie)
IBU: Annie maafkan mak, mak tidak sepatutnya asyik menyuruh kamu buat
perkara adik sehingga perasaan Annie terabai. Mak telah menemui
guru kelas Annie tadi, dia telah memberitahu keadaan Annie di
sekolah. Maafkan mak, Annie.
ANNIE: Maafkan saya, mak kerana tidak mendengar pesanan mak sampai
membuatkan Aiman cedera. Maafkan saya, mak.
(Annie memeluk ibunya sampil menangis kuat)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
36
Semasa Annie dan ibunya merawat Aiman di klinik itu, adiknya telah memegang
tangan Annie dan mengeluarkan kata “kakak……. Kakak.”
Annie terkejut atas semua kejadian yang berlaku kepadanya. Selepas kejadian ini,
Annie mendapat iktibar tentang tanggungjawab sebagai seorang kakak harus
menjaga adiknya yang masih kecil tanpa megeluh apa-apa. Annie juga mula
memahami apa yang harus dibuat sebagai seorang kakak yang baik dan seorang
anak yang bertimbang rasa. Annie berasa menyesal kerana tidak pernah mengambil
berat tentang perkara adik. Annie berjanji akan memberi kasih sayang yang
sepenuhnya kepada adiknya selepas kejadian itu.
Selepas satu minggu. Hari Sabtu
ANNIE: Aiman, mari kita pergi main” (Annie mengeluarkan tangan kepada
adiknya dengan senyuman yang manis)
Oleh: Asly Majubi, Noraizati Dawi, Siti Halizah Mohd Sading & Lydora
Patrik
Di sebuah kampung yang indah, tinggal sebuah keluarga yang sangat bahagia,
keluarga Pak Janggut. Pak Janggut dan isterinya, Mak Janggut mempunyai seorang
anak dara jelita yang bernama Lara. Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia
ditambah lagi dengan kemewahan yang mereka miliki.
Namun, setelah kematian Mak Janggut, Lara telah mengambil semua tugas di
rumah mereka. Mengemas rumah, menyapu, memasak, mencuci kain, semuanya Lara
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
37
yang lakukan. Pak Janggut yang kesepian itu berasa sangat kasihan terhadap anak
daranya.
PAK JANGGUT : Lara anakku, ke mari nak.
LARA : Ya pak. Bapak nak Lara buatkan air kopi?
PAK JANGGUT : Tak Lara. Bapak sebenarnya berasa sangat kasihan dengan
kamu. Yalah, kamu bersusah payah menjaga bapak dan rumah
kita ini. Lihat tubuh badan mu itu, bapak nampak semakin
hari, semakin kurus, tidak bermaya. Bapak minta maaf Lara,
bapak tidak dapat menjaga kamu dengan baik.
LARA : Bapak..apa bapak cakap ni? Semua ini kan, memang sudah
menjadi tugas Lara. Lagipun, Lara ikhlas lakukan ini semua.
Bapak..bapak jangan cakap macam begitu lagi. Lara tak suka.
PAK JANGGUT : Jika emak kamu masih ada, pasti keluarga kita lebih bahagia.
bahagia seperti dulu.
LARA : Bapak, walaupun emak sudah pergi, Lara tetap berasa bahagia.
Sebab Lara masih ada bapak. Sudah la pak, bapak pergi lah
berehat. Lara hendak memasak di dapur. Nanti Lara
panggil bapak jika semua sudah siap.
PAK JANGGUT: Baiklah nak, bapak pergi berehat dulu.
***
Pada suatu hari, Pak Janggut balik ke rumah dengan membawa dua orang wanita,
seorang wanita tua dan seorang gadis muda.
LARA : Eh bapak. Bila bapak sampai? Ermm mereka ini siapa?
PAK JANGGUT: Baru sahaja bapak sampai. Hah Lara, ini isteri baru bapak, Mak
Yong, dan ini pula kakak baru kamu, Kak Yong.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
38
LARA: Isteri baru? Kakak baru? Hurrm.. (salam) Apa khabar Mak
Yong, Kak Yong?
MAK YONG: Eh kenapa panggil macam tu sayang,
KAK YONG: Sayang? Mak, nama budak ini sayang kah mak? (mencebik)
MAK YONG: Ish kau ni. Hah Lara, panggil Mak Yong “mak” dan kakak baru
kamu ini kamu panggil “kakak”. Boleh sayang?
LARA: Boleh mak. Ermm..(mencari-cari) Bapak, mana sayur pucuk ubi
yang Lara suruh beli tadi?
PAK JANGGUT: Alaaa...bapak lupa beli. Tak pa, bapak pergi ke pasar sekarang.
Hah, Mak Yong dan Kak Yong buat lah rumah ini macam rumah
kamu sendiri. Kita kan sudah jadi satu keluarga. Erm..bapak
pergi dulu.
MAK YONG: Baiklah abang. Eh abang..kejap.
KAK YONG: Hah mak. Mula la tu.
MAK YONG: (Kejar Pak Janggut) Abang hati-hati ya.
***
MAK YONG: Hah..! Ini rupanya Lara anak Pak Janggut. Huh..! Kalau hendak
dibandingkan dengan anak aku ni, Kak Yong, anak aku lebih
cantik. Huh..!
KAK YONG: Mak, dalam kampung ini, tiada satu perempuan yang dapat
tanding kecantikan Kak Yong. Satu-satunya anak dara jelita
Mak Yong.
LARA: Mak, kenapa ni mak? Lara ada buat salah kah?
KAK YONG: Woi..apa kau panggil orang tua ini? Mak? Hahaha. Ini mak aku.
Mak kau sudah lama mati.
MAK YONG: Hahaha. Apakah kau sudah jelas Lara? Aku ini bukan emak kau.
Aku kahwin dengan bapak kau tu pun gara-gara harta bapak
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
39
kau. Lagipun, bapak kau tu sudah tua. Aku takut nanti, tiada
yang tolong jagakan harta-harta bapak kau tu.
LARA: Hah? Lara tak sangka mak sanggup lakukan ini semua.
KAK YONG: Mak..lapar.
MAK YONG: Hah, kau dengar tu Lara. Anak aku tengah lapar. Apa kau
tunggu lagi, pergi masak untuk kami berdua. Satu lagi, aku nak
kau rahsiakan hal ini dari bapak kau. Faham?
LARA: Faham mak. (menangis)
KAK YONG: Woi Lara. Pergi lah masak!
LARA: (Menangis) Baiklah Kak Yong.
***
KAK YONG: Mak, hebatnya jadi orang yang banyak harta kan mak. Dapat
makan sedap, dapat pakai baju cantik, dapat tidur puas-puas.
Hebat.
MAK YONG: Hah tidur saja lah yang kau tahu. Kalau bukan kerana mak kau
ni, kau tak merasa semua ni. Hendak diharapkan bapak kau yang
telah mati tu, cincin emas pun tiada, apa lagi rumah mewah
macam ini.
KAK YONG: Arwah bapak itu lain mak. Dia tu kaki judi. Memang lah kita tak
pernah merasa kemewahan dengan dia. Mak, bila emak mahu
bunuh “laki” kesayangan mak tu?
MAK YONG: Sabar lah. Bila tiba ajal si Pak Janggut tua tu, mati juga dia
nanti.
KAK YONG: Eii tak sabarnya.
PAK JANGGUT: Apa yang kamu bual tu Mak Yong? Eh Lara mana?
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
40
MAK YONG: Eh abang. Errr….Lara pergi ke pasar. Beli barang dapur. Bila
abang sampai?
PAK JANGGUT: Baru saja. Oh ya, esok abang pergi Melaka, ada urusan.
Mungkin 1 bulan abang di sana. Jadi, Mak Yong tolong jagakan
anak-anak dan rumah kita yah.
MAK YONG: Abang, saya selalu jaga anak-anak kita tu. Abang jangan risau
lah.
KAK YONG: Pak, nanti dekat sana, bapak belikan lah untuk kami baju-baju
cantik. Kak Yong nak warna merah.
PAK JANGGUT: Baiklah. Nanti bapak belikan kamu semua baju yang cantik.
***
Setelah pemergian Pak Janggut ke Melaka, bermula lah kisah duka kehidupan Lara
bersama Mak Yong dan Kak Yong.
MAK YONG: Lara.. Oh Lara.. Sini..! Apa kau tengah buat lagi tu?
LARA: Ya mak.. (menyapu tangga dan lari)
(Lagu “Listen”)
LARA: (Menangis)
(Lagu “Dendam Dalam Diam”)
***
BUDI: Woi aku lagi. (bola terkena Lara)
LARA: Aduh. (barang berhambur)
BUDI: (Kejar) Saudari tidak mengapa? Saya minta maaf. Ermm…
(berpandangan mata)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
41
(lagu “Begini Caranya”)
MAK YONG: Kak Yong, pergi cari Lara. Cepat.
KAK YONG: Lara 0h Lara…! Mana budak ni.. Laaaa….(tertengok dorang)
Lara!! Oh ini kerja kau. Mengatal sana sini. Miang!
LARA: Eh kakak. Errrr….. (lari & tertinggal selipar)
BUDI: Saudari, saudari… selipar saudari.
***
(Bunyi degupan jantung)
MAK YONG: Apa???? Amboi..
KAK YONG: Ya mak. Lara pergi mengatal dengan jantan di hutan tadi.
LARA: Tidak mak..tidak..
MAK YONG: Semenjak bapak kau tiada di rumah ni..pandai kau naik kepala
yer..(Tolak kepala)..kau Kemas rumah ni..sampai licin dan
bersih.. Jangan kau ada hati nak keluar dari rumah ni..faham??
LARA: (Menangis dan masuk ke bilik)..
(Bunyi ketukan pintu)
O.K. 1: Yong, oh Yong.
MAK YONG: Ada apa Pak Murut?
O.K 1: Lusa ini, ada kenduri di rumah ketua kampung. Jadi, ketua
kampung jemput semua penduduk kampung ini datang ke
rumahnya. Mana lah tahu ada rezeki jadi besan ketua kampung.
Maklum la, Mak Yong kan ada anak dara yang cantik-cantik.
MAK YONG: Hurm yalah.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
42
***
(Mak Yong & Kak Yong sibuk cari baju)
LARA: Mak, boleh Lara ikut sama?
MAK YONG: Amboi.. ada hati nak ikut.. (menggeram) Kau duduk di rumah ini.
Jangan keluar. Faham? Kau nampak kain tu? Pergi lipat..!
KAK YONG: Hahhaha.. Ada hati nak ikut.
LARA: (Melipat kain)
***
(lagu “Kenangan Hidupku”)
PAK JANGGUT: (Ketuk pintu) Lara, buka pintu. Bapak ini.
LARA: (Buka pintu & sambung lipat kain)
PAK JANGGUT: Lara sihat? (Sentuh bahu)
LARA: (Kesakitan) si….sihat pak.
PAK JANGGUT: Kenapa ni? Macam orang kesakitan saja.
LARA: Tiada apa-apa pak.
PAK JANGGUT: Rumah ketua kampung ada kenduri kan? Pergi bersiap
sekarang.
LARA: Baik pak.
***
(lagu “Pesta Muda Mudi”)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
43
(Pak Janggut bercerita dengan orang kampung, Lara di datangi oleh Mak Yong &
Kak Yong & memukul Lara. Pak Janggut melihat dari jauh dan membawa mereka ke
suatu sudut)
(Bunyi suasana riuh rendah)
PAK JANGGUT: Oo. Ini rupanya kerja kau. Kau tak ikhlas berkahwin dengan
aku. Kau seksa anak aku. (Tampar Mak Yong)
LARA: Bapak, jangan pukul mereka pak. Jangan!.
MAK YONG: Abang, saya minta maaf bang. Saya bersalah.
KAK YONG: Pak, kami minta maaf pak. Kak Yong pun bersalah. (Sujud di
kaki Pak Janggut)
LARA: Sudah lah bapak. Mari lah kita balik. Lara maafkan mereka.
Lagipun mereka kan keluarga kita.
BUDI : Saudari, tunggu. (Tunggu sekejap) Bukan kah ini kepunyaan
saudari?
LARA: Lara. Errmmm.. eya.. ini sandal saya. (Malu dan bergerak
pulang)
***
Budi telah jatuh cinta terhadap Lara setelah melihat Lara buat pertama kalinya
semasa bermain bola. Dan, “Sandal Lara” yang tertinggal menjadi permulaan kisah
cinta di antara Lara dan Budi. Maka, berkahwin lah Budi dengan Lara
(Lagu “Selamat Pengantin Baru”)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
44
Oleh: Ngu Lin Na
Kisah ini menceritakan seorang budak lelaki yang berumur 12 tahun dan berbangsa
Cina, namanya Kevin. Dalam kelas, Kevin tidak menumpukan perhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran guru. Keputusannya tidak baik dan dia suka tidur di
dalam kelas, tidak menyiapkan kerja rumah yang diamanahkan oleh gurunya. Kevin
juga mengamalkan sikap tidak endah dalam pelajarannya walaupun tahun ini dia
perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Keluarganya terdiri
daripada 3 orang ahli keluarga iaitu bapanya, seornag nelayan manakala ibu Kevin
merupakan seorang penjual kuih-muih di tepi jalan. Kevin berasal daripada sebuah
keluarga yang berpendapatan sederhana.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
45
Di ruang tamu
BAPA: Kevin, bapa mahu Kevin menjadi seorang yang berguna dan hormat
ibu bapa. Boleh tak?
KEVIN: Boleh bah, bapa. Aku cuba tetapi kenapa bapa nak aku menjadi insan
yang berguna?
BAPA Sebab bapa sudah tua ni, bapa nak Kevin tolong jaga ibu apabila bapa
sudah meninggal dunia.
KEVIN Cakap apalah ni bapa.
Bapanya diam berdiri sahaja.
Bapanya merupakan tonggak keluarga yang bekerja keras untuk menangkap ikan
supaya keluarganya dapat hidup dalam keadaan yang senang dan selesa. Harapan
bapa Kevin terhadapnya adalah melihat anaknya memakai topi bersegi empat dan
memegang segulung ijazah. Manakala ‘malang tidak berbau’, bapanya telah ditimpa
kemalangan semasa menangkap ikan di laut. Bapanya digulung oleh ombak yang kuat
dan bergelora. Pada masa itulah merupakan musim hujan, keadaan omnak di laut
sangat kuat dan besar.
Mulai hari itu, Kevin dan ibunya hidup saling bergantung. Ibunya menjual kuih-muih
untuk menyara keluarganya. Ibunya menghadapi cabaran dan dugaan dengan hati
yang tabah. Ibunya tidak pernah berputus asa walaupun kehilangan suami yang
tersayang dan menerima hakikatnya sebagai takdir Tuhan.
Di tepi jalan
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
46
IBU Marilah, beli kuih yang sedap ni, marilah, marilah…..
PELANGGAN Mana ada orang nak beli, sekarang hari hujan bah, semua orang
nak balik rumah. Masa hujan lebat jarang pelanggan yang
membeli kuih-muih, pendapatan pada hari hujan lebih kurang
berbanding dengan hari biasa.
Di rumah
IBU Oi anakanda, Kevin, boleh tolong ibu jual kuih kah?
KEVIN Tak mau lah mak, saya nak keluar dengan kawan saya.
IBU Minta tolonglah, mak sakit kaki ni.
KEVIN Saya sudah kata tak mau, tak mau! (marah)
Kevin seorang yang amat membimbangkan. Kevin bukan sahaja tidak menolong
ibunya menjual kuih-muih. Walaupun ibunya sudah tua, tetapi Kevin tetap
mengamalkan sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat terhadap ibunya. Kevin
asyik berfoya-foya dan mencari keseronokan bersama kawannya.
Di pasar malam
KEVIN Eh, saya tidak mau balik rumah bah.
KAWAN Baliklah, kenapa tak mau balik? Keluarga kamu masih berada kan, jadi
jenguk-jenguklah mereka pada masa lapang bah.
KEVIN Kalau kau kawan baik aku, jom ikutlah aku. Kalau tak, kami putuskan
hubungan kami berdua.
KAWAN Janganlah kau macam ni, Kevin.
KEVIN Jangan risau banyak-banyak, saya ada duit sini, jom kita pergi kafe
siber.
KAWAN Mana datang duit kau ni? Mak kau yang bagi kan?
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
47
KEVIN Beritahulah kau, duit ni aku curi daripada dompet makku. Mak aku
tidak sedar lagi. (ketawa terbahak-bahak)
KAWAN Jangan macam ni, pulangkan duit ni kepada mak kau. Mak kau susah
payah menjual kuih demi kehidupan keluarga. Kamu berat hati mencuri
titik peluh ibu kah?
KEVIN Tak ape, duit makku duit aku pun, sama saja. Jom pergilah, jangan
cakap banyak-banyak.
Di ruang tamu
IBU Kevin, mak pergi jual kuih ya, kamu rajin belajar di sekolah. Jangan
buat jahat, tahukah? Kata orang tua ‘ambil yang jernih, buang yang
keruh’, kau adalah harapan mak. Mak sudah tua, tak dapat buat apa-
apa, tapi mak akan buat yang terbaik untuk mu.
Kevin berasa amat pelik kerana maknya tidak pernah meluahkan perasaan
kepadanya seperti hari ini.
KEVIN Tau lah mak, kuat bising ini. Pergilah jual kuih.
Ibu Kevin berjalan keluar untuk membuat persiapan sebelum menjual kuih dengan
kecewanya. Hal ini dikatakan demikian kerana nasihatnya terhadap Kevin adalah
seperti ‘mencurahkan air ke atas daun keladi’.
Dalam perjalanan pergi menjual kuih, tiba-tiba,………….
Bunyi hon kereta yang nyaraing(Bi,Bi,Bi….)
Malang tidak berbau, sebuah kereta yang melebihi had laju telah melanggar ibu
Kevin.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
48
PEMANDU : Minta maaf, mak cik, saya hantar kamu pergi ke hospital sekarang.
Ibu Kevin tercedera dengan serius dan semua kuihnya yang simpan di dalam kotak
bertaburan di atas jalan raya.)
IBU Aduh, sakitnya kakiku.
Ibunya dikejarkan ke hospital dengan segera.
Di pub
KEVIN Jom kita bersama-sama minum arak,merokok untuk mengurangkan
stres kita, marilah.
Telefon bimbit Kevin berbunyi.
KAWAN Kevin, telefon bimbit kau berbunyi. Nombor yang tidak
dikenali bah.
KEVIN Biarlah, tentulah orang itu merupakan orang yang ingin
kacau saya. Mungkin mereka cemburu dengan
saya.(ketawa terbahak-bahak). Marilah kita terus
berhibur di sini. Jangan pedulilah yang itu.
Kawannya tersilap menjawab telefon bimbit, rupa-rupanya pihak hospital yang
menelefon Kevin bahawa ibunya telah masuk hospital disebabkan kemalangan jalan
raya.
PEGAWAI HOSPITAL Hello, ini pihak hospital Tuaran. Adakah kamu Kevin?
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
49
KAWAN Minta maaf, saya bukan Kevin. Saya kawannya. Sekarang
Kevin sibuk bah tuan, ada apa-apa ya? Boleh juga tuan
bagitahu saya bah.
PEGAWAI HOSPITAL Perkara ini saya perlu bagitahu Kevin seorang sahaja.
Hal ini amat penting untuknya.
KAWAN Kalau macam itu, bolehlah, boleh tuan tunggu sekejap,
saya panggil Kevin dulu.
PEGAWAI HOSPITAL Ya, boleh, terima kasih.
KAWAN Kevin, pihak hospital yang menelefon awak, nampaknya
macam ada perkara yang telah berlaku. Cepatlah jawab
bah.
KEVIN Eh, kacaulah ni.
Kevin pun menjawab dengan perasaan marah.
KEVIN Siapa ni? Saya nak berhibur lah, kaulah yang
mengganggu perasaan saya.
PEGAWAI HOSPITAL Minta maaf ya Kevin. Saya pegawai hospital dari
Hospital Tuaran. Saya ingin memberitahu anda bahawa
sebuah berita yang amat menyedihkan. Ibu anda telah
dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalan raya.
Sila datang ke hospital sekarang. Bolehkah?
KEVIN Tak mau lah, saya tiada masa. Saya ni nak main. Biarlah
saja, saya akan datang nanti.
Selepas Kevin mengeluarkan kata-kata ini, tiba-tiba terdapat beberapa gambaran
yang terkilas di otaknya. Gambaran tersebut adalah segala perbuatan ibunya yang
telah berbuat baiknya untuk Kevin selama ini. Antaranya termasuklah ibu menjaga
Kevin semasa Kevin sakit demam, menyediakan lauk-pauk yang sedpa kepada Kevin,
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
50
mengambil berat terhadap Kevin dan sebagainya. Selepas itu, Kevin menangis
teresak-esak apabila mengimbas kembali tentang kebaikan yang dilakukan oleh
ibunya.
KEVIN Hospital mana ni? (bercakap dalam nada yang cemas dan
bimbang)
PEGAWAI HOSPITAL Sini Hospital Tuaran.
KEVIN Saya akan datang sekarang.
PEGAWAI HOSPITAL Ok bah.
Sebagai seorang anak, Kevin sepatutnya menjaga ibunya semasa ibunya sakit. Kevin
juga perlu menolong ibunya buat kerja rumah untuk meringankan beban ibunya.
Apabila Kevin sampai di hospital, dia segera mengejar ke wad ibunya. Dia berasa
sakit hati apabila melihat ibunya yang terlantar di hospital. Kaki ibunya patah.
Doktor memberitahu Kevin bahawa ibunya tidak dapat berjalan lagi. Kevin berasa
amat sesal pada saat ini kerana sebelum ini dia asyik mengingkari nasihat ibunya.
KEVIN Apabila ibuku merayu saya untuk membantunya menjual kuih-
muih, jika saya berjanji untuk membantunya menjual, mungkin
ibuku tidak akan mengalami kemalangan jalan raya. (Fikir Kevin
dalam hatinya dengan perasaan amat menyesal.)
Ibu saudara Kevin pun datang ke hospital untuk menjenguk ibu Kevin. Apabila dia
sampai di hospital, dia nampak Kevin menangis teresak-esak di atas bangku. Dia
pun mendekati Kevin untuk memujuk Kevin.
IBU SAUDARA Kevin, okay kah kau? Jangan terlalu sedih, ini bukan kesalahan
kau, segala-galanya adalah takdir Tuhan. Jadi, kita harus
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
51
menerimanya dengan hati yang sukarela. Saya percaya bahawa
ibu kau pun tidak mau nampak kau sedih atas kemalangannya.
Jom kita sama-sama menjenguk ibu kau di wad.
KEVIN Mak cik, saya memang bersalah terhadap ibuku yang bersusah
payah menyara kehidupan saya selepas kematian bapa saya.
Tidak kira hujan atau cerah, ibuku tetap menjual kuih demi
menyara kehidupan saya. Tapi, setiap kali saya mengingkari
nasihat ibu ku dan asyik membuat sesuatu yang menyakitkan
hatinya. Saya berasa amat menyesal atas perbuatanku yang
kurang matang itu. (Kevin menangis dengan teresak-esak.)
Ibu saudaranya cuba sedaya upaya untuk memujuk Kevin yang susah hati. Mereka
berdua pun masuk ke dalam wad untuk menjenguk ibu Kevin.
IBU KEVIN Kevin, kenapa kau ni nangis teresak-esak? Ada apa-apa perkara
yang berlaku kah?
KEVIN Mak, saya nangis kerana saya berasa diri saya amat bersalah
terhadap mak. Ini disebabkan kerana saya asyik melanggar
nasihat mak sehingga mak terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Doktor mengatakan bahawa kaki mak telah patah dan
tidak boleh berjalan lagi, terpaksa duduk di atas kerusi roda
sepanjang hayat. Saya berasa amat menyesal atas perbuatan
saya selama ini. (Kevin memeluk ibunya sambil berkata.)
Ibu Kevin terharu kerana Kevin memeluknya. Ini disebabkan kerana Kevin tidak
pernah memeluk ibunya sebelum ini kecuali waktu dia masih seorang bayi. Ibu Kevin
pun menangis dengan gembira atas perbuatan Kevin yang sebagai seorang anak.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
52
IBU KEVIN Ibu tidak ada apa-apa masalah. Ibu pula yang berasa bersalah
atas Kevin kerana ibu tidak mampu menjual kuih lagi. Minta
maaf ye, Kevin. Ibu bukan seorang ibu yang bertanggungjawab.
Sekarang ibu berasa amat bersyukur kepada Tuhan. Walaupun
kaki ibu patah, tetapi ibu dapat mendapat seorang anak yang
begitu sayang akan ibu semula. Segala-galanya adalah takdir
Tuhan. Kita perlu menghadapi cabaran dan dugaan dengan hati
yang tabah.
KEVIN Ibu, saya berjanji dengan ibu bahawa saya akan bertabiat baik
seterus ini. Saya akan mendengar nasihat daripada ibu dan
menjauhi perbuatan yang negatif seperti merokok, ponteng
sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya. Saya akan
menjadi seorang yang rajin berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang demi membalas jasa ibu yang
berbudi kepada saya. Saya juga mengambil keputusan bahawa
selepas tamat sesi persekolahan, saya akan membantu mak
untuk menjual kuih demi menampung keperluan keluarga kami.
IBU KEVIN Jika Kevin ada hati macam ini, ibu memang akan berasa bangga
atas perbuatan Kevin. Ibu akan menyokong segala perbuatan
Kevin asalkan perbuatan Kevin ini adalah yang mempunyai
kebaikan.
Beberapa hari kemudian…….
Ibu Kevin telah balik ke rumah. Kevin membantu ibunya menolak kerusi roda
semasa hendak balik ke rumah daripada hospital. Walaupun kaki ibu Kevin telah
patah, ibu Kevin tetap berasa amat bersyukur dan gembira kerana memiliki
seorang anak yang mempunyai fikiran yang matang dan taat.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
53
Semasa sampai di rumah…….
KEVIN Mak, saya papah mak ke bilik untuk berehat sekejap kerana
mak baru balik dari hospital. Mak sudah sangat letih hari ini.
Biarlah saya memapah mak ke atas katil untuk berehat.
IBU KEVIN Janganlah. Saya mahu menyediakan makanan tengah hari untuk
kau kerana kau belum makan lagi dari pagi tadi hingga sekarang.
Nanti kau sakit gastrik. Kita ni kan perlu mempunyai pemakanan
yang seimbang setiap hari. Ibu akan menyediakan makanan
untuk kau. Mari papah ibu ke dapur supaya ibu dapat
menyediakan makanan untuk kau. Penyediaan makanan untuk
kau adalah perkara yang paling digemari oleh ibu.
KEVIN Janganlah macam itu, mak. Saya dah dewasa. Saya dapat
menyediakan makanan untuk diri sendiri. Saya nak belajar
berdikari. Sekarang, saya pergi ke dapur untuk menyediakan
makanan untuk diri sendiri. Mak rehat sekejap dan tidur
sebentar. Saya akan menyediakan hidangan. Selepas saya
selesai menyediakan makanan, saya akan panggil mak untuk
makan. Mak boleh berehat sekejap.
Kevin pergi ke dapur untuk menyediakan makanan. Ibu Kevin berasa amat bangga
kerana mempunyai seorang anak yang begitu taat dan mempunyai fikiran yang
matang dan bukan lagi berfikiran kebudak-budakkan. Ibu Kevin berasa amat
terharu dan bersyukur kepada Tuhan kerana masih hidup dalam dunia ini. Dia
berasa Tuhan sangat mencintainya kerana sudi memberi anak yang begitu baik
untuknnya. Ibu Kevin senyum dengan manis sekali.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
54
Kawan karib Kevin datang ke rumah Kevin untuk mengajak Kevin keluar ke pub
untuk berhibur, melepak dan berfoya-foya. Tetapi ditolak oleh Kevin kerana Kevin
mahu mengulang kaji pelajaran demi menghadapi peperiksaan yang akan datang.
KAWAN Hai, Kevin. Jom kita pergi main di pub. Lama sudah kita tidak
pergi berjalan-jalan di luar. Hari ini hari cerah, marilah kita
sama-sama keluar lah.
KEVIN Minta maaf, ye. Saya tidak mahu keluar hari ini. Saya ingin
mengulang kaji pelajaran di rumah dan menjaga ibu saya yang
baru keluar dari hospital. Peperiksaan akhir tahun akan tiba
tidak lama lagi, saya tidak ingin menghampakan ibu dan cikgu
yang bersusah payah mengajar dan mendidik saya. Jadi, minta
maaf kepada kau kerana saya tidak keluar dengan kau. Kau juga
belajar bersungguh-sungguh di rumah lah. Jangan kecewakan
ibu bapa kau.
KAWAN Eh, Kevin, kamu sudah bertukar tabiat kamu yang suka melepak
tu kan? Saya amat hairan atas perbuatan kau tetapi saya
berasa amat gembira kerana kau akan bertukar menjadi
seorang yang baik-baik belaka. Saya balik ke rumah lah,
janganlah saya mengganggu kau membuat persediaan tentang
peperiksaan.
KEVIN Terima kasih kerana memahami saya. Kamu juga harus balik ke
rumah untuk mengulang kaji pelajaran demi mendapat
keputusan yang cemerlang supaya dapat membalas jasa ibu
bapa kau. Usaha dengan sebaik mungkin.
KAWAN Okay, saya akan berusaha sebaik mungkin demi mencapai
keputusan yang baik. Kita kan ini generasi baru, kita adalah
tonggak utama negara kita. Jadi, kita harus berusaha untuk
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
55
merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan
Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad. Saya balik dulu bah. Bye, Kevin.
KEVIN Bye, jumpa lagi.
Selepas kawannya balik, Kevin mula bertungkus lumus untuk mengulang kaji
pelajaran. Selepas itu, dia menyediakan makanan untuk dimakan oleh ibunya yang
baru keluar dari hospital. Kevin memasak bubur ayam untuk ibunya. Ibunya berasa
amat gembira atas perlakuan anaknya yang amat menyayanginya. Akhirnya, Kevin
bertukar daripada seorang yang jahat kepada seorang yang baik dan berfikiran
matang.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
56
Oleh: Asley Majubi, Abdul Rahim bin Agus, Hafizah binti Othman, Nor
Aizati binti Dawi & Dayang Nurshafiqa binti Abang Ahmad
Watak:
• Kambing yang degil.
• Serigala 1 bernama ‘Gala’.
• Serigala 2 bernama ‘Seri’.
• Pengembala kambing.
• Pemburu.
Babak 1:
Di pagi yang indah, kelihatan seorang pengembala sedang membawa seekor
kambing menghala ke padang rumput sambil menyanyi dengan riang.
(Lagu Sudirman, Anak Gembala dimainkan sehingga pengembala dan kambingnya
sampai di tengah pentas)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
57
PENGEMBALA: Kambing, pergilah meragut rumput di sini. Jangan pergi jauh-
jauh. Aku penat, aku mahu tidur sebentar. Ingat, jangan pergi
jauh-jauh.
KAMBING: (Mengembek) tanda mengiakan.
Sementara pengembala tidur di bawah pokok yang rendang, kambing tersebut mula
meragut rumput. Namun begitu, kambing tersebut berasa bosan kerana rumput-
rumput di situ tidak segar. Lantas, kambing berhenti meragut dan melilau keadaan
sekeliling untuk mencari rumput yang lebih segar.
Tiba-tiba, kambing terpesona melihat kehijauan rumput yang berada berhampiran
kawasan hutan yang kelihatan sangat segar dan hijau.
KAMBING: Wah! Segarnya rumput-rumput di sana. Pasti rasanya sedap.
Errmmmmmm, aku nak pergi sanalah. (Mengembek)
Kambing pun berjalan mendekati kawasan yang berhampiran hutan tersebut
dengan perasaan yang sangat teruja. Namun begitu, tidak jauh dari kawasan
tersebut, kelihatan dua ekor serigala sedang asyik memerhatikan pergerakan
kambing tersebut. Menunggu masa untuk menangkap mangsanya. Kambing tidak
menyedari kehadiran serigala-serigala tersebut.
GALA: Seri, kau nampak apa yang aku nampak?
SERI: Errrmmmmmm, rezeki! Macam sedap kan Gala. Laparnya aku.
GALA: Aku pun lapar Seri. Kalau aku ratah pahanya, mesti aku kenyang
sampai esok. (Menjilat bibir seolah-olah sudah menikmati
kambing)
SERI: Jom Gala. Aku dah tak sabar dah ni.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
58
Sedang Seri dan Gala mendekati kambing, tiba-tiba kedengaran suara pengembala
menjerit memanggil kambingnya.
PENGEMBALA: Kambing! Oh, Kambing! Di mana kau kambing? Kambing!!!
(Sambil melilau melihat sekelilingnya)
SERI: Gala, tuan kambing datang! Cepat lari!
GALA: Jom, Seri! Sembunyi, sembunyi!
Pengembala berjalan mendekati kambingnya di kawasan berhampiran hutan itu.
PENGEMBALA: Di sini rupanya kau, aku kan dah cakap jangan pergi jauh dari
padang sana. Nanti kau dimakan serigala, padan muka kau! Aku
tak nak tolong.. Dah, mari pulang! (Sambil menarik kambingnya
pulang)
KAMBING: (Mengembek) tanda mengiakan.
Babak 2:
Kelihatan seorang pemburu sedang berjalan-jalan di hutan sambil membawa
sebatang senapang. Pemburu tersebut belum memperolehi satu pun hasil
tangkapan.
PEMBURU: Alahai, penatnya aku! Malangnya nasib, dari kelmarin aku
mencari binatang buruan, seekor pun tak jumpa. (Sambil
melilau sekelilingnya)
Ketika itu, Seri dan Gala sedang berjalan tidak jauh dari tempat pemburu
tersebut. Seri dan Gala tidak perasan akan kehadiran pemburu.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
59
PEMBURU: Haa! Serigala! Serigala! Jagalah kau serigala.
Ketika hendak melepaskan tembakan, pemburu tersebut telah terpijak ranting
pokok menyebabkan Seri dan Gala perasan akan kehadiran pemburu.
GALA: Seri, ada pemburu! Cepat sembunyi!
SERI: Tunggu aku Gala! Tunggu aku!
Seri dan Gala berlari sekuat hati dan kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri
daripada menjadi mangsa kepada pemburu.
PEMBURU: Cis! Nantilah kamu serigala! Nanti pasti aku akan tembak kamu!
Babak 3:
Hari seterusnya, sekali lagi pengembala pergi membawa kambingnya untuk meragut
rumput. Kejadian seperti kelmarin terjadi lagi pada hari ini.
PENGEMBALA: Kambing, pergilah meragut rumput di sini. Jangan pergi jauh-
jauh. Aku penat, aku mahu tidur sebentar. Ingat, jangan pergi
jauh-jauh.
KAMBING: (Mengembek) tanda mengiakan.
Sementara pengembala tidur di bawah pokok yang rendang, kambing tersebut mula
melangkah mendekati kawasan hutan untuk meragut rumput. Tanpa disedari, Seri
dan Gala telah bersedia untuk menangkap mangsanya.
GALA: Seri, nanti kau pergi terkam badan kambing tu, aku akan gigit
kakinya nanti supaya kambing tersebut tidak boleh lari.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
60
SERI: Baiklah! Sedia, Gala.
Seri dan Gala mula mendekati kambing yang sedang asyik meragut rumput itu. Seri
telah menerkam badan kambing tersebut. Tetapi sebelum sempat Gala menggigit
kaki kambing itu...tiba-tiba...
Pannngggg!!!
SERI: Aduh! Sakitnya! Gala, tolong aku Gala.
GALA: Tak boleh Seri, nanti aku pun kena tembak. Aku kena lari Seri.
SERI: Gala! Jangan tinggalkan aku Gala! Galaaaaaaaa!!! (Sambil
menangis)
Pengembala yang mendengar bunyi tembakan tersebut telah terjaga dari lenanya
dan terus mencari kambingnya.
PENGEMBALA: Kambing! Oh, Kambing! Mana kau kambing?? Kambing...
PEMBURU: Sini! Kambing kau selamat..nyaris-nyaris kambing kau menjadi
mangsa serigala ni. Lain kali, buat kerja kena amanah. Jangan
tidur.
PENGEMBALA: Terima kasih, pemburu. Lain kali saya takkan lalai dengan tugas
saya.
PEMBURU: Sama-sama. Pergilah bawa kambing ini balik. Serigala ni aku nak
bawa balik. (Sambil mengheret kaki Seri).
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
61
Oleh: Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad, Princeton AK Jack, Hafizah
Othman, Ellychia Ason & Elvayleopold Anthony
Situasi 1 : Puteri Salju dan dua orang dayang masuk ke pentas
PUTERI: Dayang, sudah sebulan ayahanda beta mengkat. Beta rasa sunyi
dan sedih.
DAYANG 1: Tidak mengapalah tuan puteri. Hamba dan dayang-dayang yang
lain ada untuk menemani puteri di sini. (import)
PUTERI: Ibu tiri beta sentiasa keluar sahaja.
DAYANG1: Permaisuri kemana ya?
PUTERI : Entahlah dayang. Ke bandar agaknya. Setiap kali pulang, banyak
pakaian cantik dan barang kemas baharu yang dibelinya.
DAYANG1: Ye ke? Oh, begitu.
PUTERI: Dayang, mari kita turun ke taman. Beta rasa hendak memetik
bunga pula.
DAYANG : Baiklah tuan puteri.
------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
62
Situasi 2 : Permaisuri masuk ke pentas bersama cermin ajaib dan ketua
dayang.
PERMAISURI: Ha! Ha! Ha! Wahai cermin sakti kesayanganku. Siapakah wanita
yang paling cantic di negara ini.
CERMIN : Ampun tuanku. Permaisurilah wanita yang paling cantik di
negara ini.
PERMAISURI : Sudah tentu beta yang paling cantik. Itulah kenyataannya .
Ha!Ha! Ha! Kamu. Dengar tak dayang? Betalah paling jelita.
DAYANG : Benar, permaisurilah yang paling cantik.
PERMAISURI : Bagus dayang. Beta ‘up’ gaji kamu 30%.
DAYANG : Permaisuri, minggu depan akan diadakan majlis tari-menari di
istana.
PERMAISURI : Untuk apa?
DAYANG : Sempena hari lahir Puteri Salju yang ke 18 tahun.
PERMAISURI : Perlu ke buat besar-besaran? Menyampah beta . Lebih-lebih
pulak.
DAYANG : Kad jemputan telah diedar dan persiapan telah dibuat,
permaisuri. Semuanya sudah di upload di facebook dan
instagram dan yang sewaktu dengannya. Permaisuri x ada cek
watsap ke?
PERMAISURI : Ok, oklah. Tag dalam facebook beta. Menyibuk!
------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------
Situasi 3: Majlis Sambutan Hari Jadi Puteri Salju. Muzik dipasang. Penari
mengambil tempat. (lagu : lagu Barbie mix bunyi gitar) (penari import)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
63
Situasi 4 : Permaisuri, cermin dan ketua dayang masuk ke pentas.
PERMAISURI : Dayang, mana Puteri salju?
DAYANG : Ada tuanku. Puteri selalu berada di taman.
PERMAISURI : Oh. Eh cermin. Mari sini! Wahai cermin ajaibku, siapakah
wanita yang paling cantic di negara ini?
CERMIN : Puteri Saljulah wanita paling cantik di negara ini.
PERMAISURI: Apa?! Puteri Salju? Beta tak percaya! Lebih baik kamu tengok
baik-baik. Nanti beta pecahkan muka kamu!
CERMIN : Benar, tuanku. Ini kenyataan. Puteri Salju paling cantik.
Permaisuri di tempat kedua.
PERMAISURI : Tidak!!!! Pengawal! Pengawal! Mari kamu ke sini!
PENGAWAL : Patik mengadap permaisuri.
PERMAISURI : Pengawal, kamu bawa Puteri Salju ke hutan. Bunuh dia dan bawa
hatinya kepada beta. Sekarang!
PENGAWAL : Perintah akan dilaksana, tuanku.
------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------
Situasi 5 : Pengawal dan Puteri Salju masuk ke pentas
PENGAWAL : Cepat jalan!
PUTERI : Kamu hendak bawa beta ke mana?
PENGAWAL : Ini arahan permaisuri. Patik hanya jalankan perintah.
PUTERI : Tolonglah jangan bunuh beta. Apa salah beta? Bantulah beta.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
64
PENGAWAL : Patik telah diarahkan untuk membunuh puteri dan membawa
hati tuan puteri kepada permaisuri. Jika tidak, patik pula akan
dihukum pancung.
PUTERI : Apa kata jika kamu lepaskan beta. Gantikan hati beta
dengan......hati ayam hutan.
PENGAWAL : Hati ayam kecil sangat, tuan puteri. Lagipun permaisuri suka
makan hati ayam masak kicap. Mesti permaisuri dapat bezakan
hati ayam dengan hati manusia.
PUTERI : Ye ke? Betul juga... Kita ambil hati rusa .
PENGAWAL : Baiklah. Patik lepaskan puteri, dengan satu syarat. Puteri mesti
berjanji tidak akan pulang lagi keistana selama-lamanya.
PUTERI : Baiklah. Beta berjanji. Eh, pengawal, di sana ada seekor rusa.
Cepat tangkap!
___________________________________________________________
_______________________
Situasi 6: Puteri terus berjalan di atas pentas. Terjumpa sebuah rumah.
Bidadari hutan datang dan terkejut melihat puteri.
PUTERI : Eh, rumah siapa ni? Tak ada orang la. Baik beta berehat di sini.
(Tidur di situ)
BIDADARI : Eh, Ada penceroboh! saya harus tangkap dia. Pencuri ya?
PUTERI : Maafkan beta.... beta ingatkan rumah ni kosong. Beta hanya
tumpang tidur.
BIDADARI : Kalau ada rumah, mestilah ada tuannya. Tak faham ke?
PUTERI : Maafkan beta...
BIDADARI : Siapa kamu? Beraninya datang ke hutan seorang diri.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
65
PUTERI : Nama beta Puteri Salju. Beta telah dianiaya oleh ibu tiri beta
dan dihantar ke hutan.
BIDADARI PINK: Eh, kesian puteri yang cantik ni. Puteri Salju boleh tinggal
disini. Saya ni Bidadari Hutan. Nama saya Bida.
PUTERI : Terima kasih bidadari yang baik hati.
___________________________________________________________
_______________________
Situasi 7: Permaisuri, cermin dan dayang masuk ke pentas.
PERMAISURI: Wahai cermin sakti. Puteri Salju telah mati. Siapakah wanita
paling cantik di negara ini?
CERMIN : Puteri Saljulah wanita yang paling cantik di negara ini.
PERMAISURI : Apa? Ini bermakna dia masih hidup. Habis tu, hati siapa yang
dibawa oleh pengawal semalam? Nak tipu beta ya? Pengawal!
Pengawal!
PENGAWAL : Masuk mengadap, tuanku.
PERMAISURI : Berani kamu tipu beta. Tangkap dia dan penggal kepalanya.
PENGAWAL : Tolong....tolong.... maafkan patik...
PERMAISURI : Beta mesti bunuh Puteri Salju hari ini juga.
___________________________________________________________
_______________________
Situasi 8 : Puteri dan Bidadari Hutan masuk ke pentas.
BIDADARI : Puteri Salju, saya pergi bekerja dahulu. Tuan puteri jagalah
rumah ini seperti rumah sendiri.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
66
PUTERI : Baiklah. Beta akan masak lauk yang sedap untuk kamu makan
selepas balik bekerja nanti.
BIDADARI HIJAU : tuan puteri perlu berhati-hati tinggal seorang di rumah ini.
Kawasan ni terpencil. Takut ada pula penjahat yang datang.
Jangan buka pintu jika ada orang yang tak dikenali. Ok?
PUTERI : Bidadari janganlah risau. Beta taka pa-apa. Beta janji akan
berhati-hati. Cepatlah pergi. Nanti lambat pula.
BIDADARI : Selamat tinggal.
------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------
Situasi 9: Puteri terus membuat kerja. Tiba-tiba datang seorang perempuan
tua mengetuk pintu.
Tok! Tok! Tok!
PUTERI : Ye...siapa tu? Penjual ubat ke? Maaflah. Beta tak nak beli..
ORANG TUA : Minta maaf anakku... nenek datang ni bukannya nak jual ubat.
Nenek sedang memetik buah tadi. Ternampak rumah anak ni.
Kenapa tinggal di hutan berseorangan. Tidak takut ke?
PUTERI : Oh, maafkann beta. Beta ingatkan penjual ubat tadi. Beta tak
tinggal berseorangan. Ini rumah Si bidadari hutan. Beta telah
diusir oleh ibu tiri beta yang jahat ke dalam hutan. Ibu tiri
beta mahu membunuh beta. Nasib baik beta dapat melepaskan
diri.
ORANG TUA : Kesian...Kesian....malang sungguh nasib kamu. Baiklah, nenek
nak balik ni. Tapi, ambillah epal yang masak ranum ini. Nenek
beri percuma. Makanlah. Nenek ada banyak lagi buah-buahan
lain di dalam bakul ni.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
67
PUTERI : Betul ke ? Sedap nampaknya epal ni. Dah lama beta tidak makan
epal. Asyik makan buah pisang je... Terima kasih. (Puteri
menggigit buah epal, lalu pengsan)
(Muzik latar: Creepy /Barbie/magika)
Orang tua itu ketawa dengan kuat lalu membuka penutup kepalanya.
ORANG TUA : Ha! Ha! Ha! Padan muka kamu, Puteri Salju. Betalah Permaisuri
yang kamu katakan itu. Berani kamu melarikan diri dari beta.
Sekarang kamu telah makan epal beracun itu. Matilah
kamu.....Ha! Ha! Ha! (Berjalan keluar pentas)
------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------
Situasi 10 : Puteri pengsan di rumah bidadari
BIDADARI : Eh, kenapa puteri salju?
( Bidadari duduk di tepi puteri , tunduk dan menangis).
Muzik latar : creepy continue)
Putera dan pengawal masuk ke pentas.
PUTERA : Pengawal, hari ni nampaknya kita tiada binatang buruan.
Seekor rusa atau arnab pun tiada.
PENGAWAL : Ha! Tu ada rusa putera. Cepat panah.
PUTERA : Oh....tak kena pulak. Dah lari la...
PENGAWAL : Putera, dengar tak bunyi tu?
PUTERA : Apa? Ye lah. Ada bunyi tangisan.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
68
PENGAWAL : Hamba takutlah putera. Entah2 hantu hutan menangis mintak
tolong tak? Eiii seramnya.
PUTERA : Mengarut. Mari kita tengok kat sana. Bunyi tu dating dari sana.
PENGAWAL : Ada orang. Kenduri ke? Ramai2 tu...
PUTERA : Mengapa kamu semua menangis? Siapa yang mati ni?
BIDADARI : Ini Puteri Salju. Puteri bukan mati. Tapi termakan epal racun
yang disihir oleh permaisuri jahat.
PUTERA : Apa? Kena sihir? Pengawal, ambilkan kotak pertolongan cemas
kita. Beta ada penawar racun.
(Putera memberi puteri minum ubat penawar. Puteri terjaga)
PUTERI : Ah...Ah... Apa yang telah berlaku? Kenapa beta tak sedarkan
diri... Sia...siapa kamu?
BIDADARI : Puteri, inilah penyelamat tuan puteri.
PUTERA : Nama beta Putera Adi dari negara jiran. Ini pengawal beta.
BIDADARI : Tuan putera mesti membela nasib Puteri Salju. Puteri telah
dianiaya ibi tirinya yang jahat dan kejam.
PUTERA : Baiklah. Pengawal, bawakan tentera kita ke istana permaisuri
itu dan tawan semua penjahat.
PENGAWAL : Perintah akan dilaksana. Patik minta diri dulu.
PUTERI : Jangan bunuh permaisuri. Dia masih ibu beta.
PUTERA : Jangan risau, ayahanda beta akan hukum dia dengan setimpal.
PUTERI : Terima kasih. Putera Adi memang baik hati.
PUTERA : Puteri Salju juga baik hati dan sangat cantik. Bolehkah kita
bersahabat mulai hari ini? Marilah melawat istana beta.
PUTERI : Baiklah.
Penutup: Nyanyian lagu : Magika/Barbie/P ramlee) oleh semua pelakon di atas
pentas sebagai penutup.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
69
Oleh: Abidin Bin Madde, Anyline Binti Luntak, Farahatun Nailah Binti
Mansor, Niza Wahida Binti Wahishad & Siti Halizah Binti Mohd Sading
Watak:
SERULING
SOMPOTON
KULINTANGAN
GITAR GONG
Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yang permai terdapat lima
sekawan bersahabat baik iaitu Seruling, Sompoton, Kulintangan, Gitar dan
Gong sungguh riang bermain lagu mereka.
Pada suatu hari, tempat tinggal Seruling dan kawan-kawannya di Kampung
Serusup dilanda banjir besar. Kesemua rakan Seruling dihanyutkan oleh air.
SERULING : Arghh.. Banjir !! Selamatkan diri kawan-kawanku !!
LA LA LA LU
LA LA LU LA LU LA LE
LA LA LU LA LU
LA LU LA LU LA LE
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
70
Selepas banjir surut, Seruling pun pergi mencari kawan-kawannya. Sambil
berjalan, seruling pun berbunyi ,
SERULING : Fwee..Fwee..Fwee .. Fwee..Fwee..Fwee.. Hmm..irama laguku
kurang merdu. (sedih)
Tiba-tiba Seruling terdengar,
KULINTANGAN : Kling..Kling…Kling...
SERULING : Ah..itu pun bunyi kawanku, Kulintangan. Baik aku ke sana.
Tanpa tidak sengaja, Seruling terjatuh kerana terlanggar batu.
SERULING : Aduh !
KULINTANGAN: Kling…Kling.. Seruling! Kamu tidak apa-apa?
SERULING : Aku tidak apa-apa. (sambil membunyikan Fwee..Fwee..Fwee)
KULINTANGAN: Hmm..irama lagu kita masih kurang merdu. Kita mesti cari
kawan-kawan yang lain.
Mereka bersama-sama mencari sambil meredah sungai yang deras. Tiba-tiba
mereka terdengar Gong.
GONG : Gong…Gong… Gong… (terhanyut sambil menjerit meminta
tolong)
SERULING : Itu bunyi Gong, kawan kita ! Mari tolong dia..
Tanpa berlengah, Seruling dan Kulintangan menarik Gong naik ke tebing sungai.
Mereka bertiga bersama-sama membunyikan serentak.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
71
Gong..Gong..Fwee..Fwee..Kling..Kling.. dengan hati yang gembira.
SERULING : Ah! Alangkah baiknya jika kawan-kawan yang lain ada
bersama-sama kita. Tentu irama kita bertambah merdu.
KULINTANGAN : Ya! Betul..
GONG : Tetapi, di mana kita hendak mencari mereka.
Tiba-tiba, Gong mendapat idea!
GONG : Ha ! bagaimana jika kita mainkan lagu kegemaran kita dan
kawan-kawan kita.
SERULING DAN KULINTANGAN : Ya !
GONG, SERULING DAN KULINTANGAN: Gong..Gong..Fwee.. Fwee.. Kling..
Kling..
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi.
GITAR, SOMPOTON: Tring..Tringg.. Tet..Tet..
GONG, SERULING
DAN KULINTANGAN: Ya ! itu bunyi sorak Gitar dan Sompoton.
SERULING : Itu pun mereka. Ayuh kita ke sana.
SOMPOTON & GITAR: Hai kawan-kawan, kamu tidak apa-apa?
GONG, SERULING
DAN KULINTANGAN : Kami tidak apa-apa.
GITAR : Kawan-kawan, rumah kita macam mana ?
LA LA LA LU
LA LA LU LA LU LA LE
LA LA LU LA LU
LA LU LA LU LA LE
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
72
SERULING : Sebenarnya kawan-kawan, rumah kita sudah hanyut dan
musnah. Sekarang kita tiada tempat untuk berteduh.
KULINTANGAN: Tapi kawan-kawan, janganlah bersedih sebab kita
sudah ada rumah baru.
GONG : Rumah baru ? di mana ? wahhh..kami tidak sabar melihatnya!!
SOMPOTON : Haa..Rumah baru kita di rimba sebelah. Sebelum itu, mari kita
nyanyikan lagu kegemaran kita semua. Masih ingatkan ?
SEMUA : Ingat !
Sambil berpegang tangan, mereka pun berbunyi …
Ingat kawan-kawan, walau dimana pun kita, walau susah dan senangnya kita,
jangan sesekali kita melupai kawan-kawan kita yang berada di dalam kesusahan.
Sehingga kita bertemu kembali..
LA LA LA LU
LA LA LU LA LU LA LE
LA LA LU LA LU
LA LU LA LU LA LE
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
73
Oleh: Mohd Faizol Bin Amat, Niza Wahida W, Abidin Bin Madde, Paul Ding
Lah
WATAK DAN PERWATAKAN
SI DIDI BERKAIN MERAH
Si Kecil Bertudung Merah merupakan seorang budak perempuan yang cantik
dan sering memakai tudung merah.
IBU DAN NENEK
Seorang Ibu yang sangat menyayangi Sara dan juga melakonkan watak sebagai
nenek yang sedang berkebun.
SANG SERIGALA
Serigala ini seorang yang malas dan hanya tahu mencuri hasil tanaman pekebun
yang ada di hutan tersebut.
PEMBURU @ PEMOTONG KAYU
Tempoh masa : 15 minit Masa Keseluruhan
5 babak dan mempunyai satu babak tiga minit.
~ BABAK 1 ~
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
74
Pada suatu masa dahulu, tinggallah seorang budak lelaki bersama ibunya di sebuah
kampung yang berhampiran dengan hutan. Apabila dia keluar sahaja dari rumah,
dia akan mengenakan kain berwarna merah, jadi orang kampung pun menggelarnya
Si Didi Bertudung Merah dan dia adalah Didi.
Di suatu petang, Ibu Didi menyuruh Didi untuk menghantar sedikit buah tangan
ke rumah neneknya kerana telah lama tidak pergi menziarahi neneknya ( sambil
menghulurkan raga yang berisi buahan kepada Didi).
IBU : Hati-hati ya anakku..sampaikan salam ibu kepada nenekmu dan ingat
jangan pergi ke mana-mana selain dari rumah nenekmu dan jangan
bercakap terhadap orang yang tidak dikenali.
DIDI Baiklah ibu, Didi akan ingat pesan ibu, Didi jalan dahulu, Ibu.
Tanpa membuang masa , si Didi pun menghantar buah tangan tersebut ke rumah
Neneknya yang berada di hutan. Dalam perjalanan tersebut…
Diiringi dengan lagu kanak-kanak yang sedang bergembira. (Suasana ceria)
~ BABAK 2 ~
Sang Serigala berjalan-jalan sambil memegang perutnya dengan
mengadu…Sebenarnya Sang Serigala ini seorang yang malas dan hanya tahu
mencuri hasil tanaman pekebun yang ada di hutan tersebut.
SANG SERIGALA : Aduh!aduh!aduh!...laparnya perut aku ini…
Tiba-tiba dia terdengar bunyi siulan dan suara kanak-kanak lelaki yang sedang
menyanyi-nyanyi keriangan. Lalu serigala bersembunyi di sebalik pokok sambil
berkata…
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
75
SANG SERIGALA: Aha, aku rasa ini adalah peluang yang baik (sambil tersenyum
puas hati). Lalu dia pun keluar dari semak tersebut dan
berpura-pura mundar-mandir di sekitar pohon di laluan hutan
tersebut.
SANG SERIGALA:Hai budak comel, kemanakah awak hendak pergi?
DIDI Saya ingin mengunjungi rumah nenek saya yang berdekatan
dengan hutan dipinggir sungai. Sudah lama saya tidak
menjenguknya, rindu saya kepadanya.
Lalu Si Didi Berkain Merah baru sedar betapa lambatnya dia. Dia pun dengan cepat
meminta izin untuk pergi dan segera meneruskan perjalanannya ke rumah
neneknya.
Sementara itu, tanpa diketahui serigala pun mengambil jalan pintas dengan nafas
termengah-mengah kerana sebaik sahaja berlari-lari, Sang Serigala sampai
terlebih dahulu di rumah nenek dan mengetuk pintu .
SANG SERIGALA: Aha, ini peluang yang baik. Nenek tiada dirumah. (Berfikir
sambil memegang janggutnya).
Tanpa membuang masa Sang Serigala terus masuk ke rumah nenek lalu
membongkar almari nenek untuk memakai gaun tidur yang disukainya. Dia juga
memakai topi tidur dan sebagai tambahan, serigala menyembur minyak wangi
kesukaan nenek dibelakang telinga runcingnya.
~ BABAK 3 ~
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
76
Pada masa yang sama juga nenek sedang berada dikebun sayurnya. Sambil
mencangkul-cangkul tanah dan menyanyikan lagu “ Tanam Sayur “. Setelah penat
berkebun, nenek pun berehat sambil mengelap peluhnya…..
NENEK: Panas betul cuaca hari ini, lebih baik aku pulang. (Mengelap peluh
dan terbatuk-batuk kecil).
~ BABAK 4 ~
Beberapa minit kemudian, si Didi Berkain Merah mengetuk pintu. Si Sang Serigala
melompat ke atas katil dan menarik selimut sampai ke hidung untuk menutupi
hidung besarnya.
SANG SERIGALA : Siapa itu?
DIDI : Ini saya, Didi....cucu nenek yang comel.
SANG SERIGALA : Masuklah sayangku!!! (suara parau).
Semasa Didi masuk ke dalam rumah, dia tidak dapat mengenali neneknya.
DIDI: Nenek! Kenapa suara nenek sangat berbeza, sangat
garau…adakah nenek sakit?
NENEK: Oh, nenek sangat sejuk…(suara menggigil disertai batuk untuk
membuktikan bahawa dia demam)
DIDI: Tapi nenek, telinga nenek sangat besar. (berkain merah
semasa dia mendekati tempat tidur).
SANG SERIGALA:Ooh, supaya nenek dapat mendengar lebih baik, sayang.
DIDI: Tapi mata nenek juga besar.
SANG SERIGALA: Ooh, ya,supaya nenek dapat melihat kamu dengan lebih baik
dan jelas, sayang.
DIDI: Gigi-gigi nenek juga besar.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
77
SANG SERIGALA:Supaya dapat memakan kamu dengan lebih baik, sayang,” sambil
Serigala meraung dan turun dari katil untuk menangkap Si Didi
yang comel itu.
Nasib menyebelahi Si Didi kerana dia menyedari bahawa orang yang berada di
katil itu bukanlah neneknya, tapi seekor serigala yang kelaparan. ( sambil berlari
keluar dari rumah tersebut dan menjerit-jerit meminta tolong.
DIDI: Tolong!tolong!tolong! ada serigala!
Sementara itu, ada seorang pemburu yang sedang memotong kayu di hutan
mendengar jeritannya dan berlari ke arah rumah nenek dengan cepat. (sambil
membawa kapak berlari-lari dengan tergopoh-gapah).
DIDI: Pakcik tolong saya…
PEMBURU: Serigala tak guna! Jaga kau!
Sang Serigala menjadi takut melihat kapak pembelah kayu lalu lari ke dalam hutan.
Dalam pada yang sama, nenek pun sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Dia terdengar suara jeritan itu dan dia mendapati bahawa suara itu adalah
kepunyaan cucunya, Si Didi Berkain Merah.
~BABAK 5~
DIDI: Oh, nenek! Didi takut sekali. (menangis). Saya menyesal tidak
mendengar nasihat ibu supaya tidak bercakap dengan orang yang
tidak dikenali.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
78
NENEK: Cu, kamu telah mempelajari sesuatu hal yang sangat penting,
syukurlah kamu selamat dan ucapkan terima kasih kepada pemburu
yang telah membantu kamu..
Sementara itu, Si Pemburu berusaha keras mengalahkan Sang Serigala. Sang
Serigala menjadi takut melihat kapak pembelah kayu lalu lari ke dalam hutan.
DIDI: Terima kasih Pakcik…
PEMBURU: Sama-sama nak.
Akhirnya Didi pun bersama-sama neneknya mengajak Pemburu yang telah
membantu mereka memakan buah yang dibawanya sambil berborak keriangan
sebagai tanda terima kasih.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
79
Oleh: Peyona Binti Mokhtar
Sinopsis Drama :
Di sebuah hutan terdapat seekor tupai yang sangat comel dan hebat. Tupai
tersebut sangat hebat melompat-lompat. Setiap hari tupai tersebut akan
melompat dari sebatang pokok ke sebatang pokok untuk mendapatkan makanan.
Oleh kehebatannya itu, maka si tupai mempunyai ramai kawan yang mengaguminya.
Didalam hutan tersebut juga terdapat seekor ayam jantan yang suka merendah
diri. Ayam jantan tersebut tidak mempunyai kawan. Ayam jantan seringkali
dipulaukan oleh haiwan-haiwan lain kerana si ayam jantan hanya boleh berjalan kaki
tetapi tidak boleh memanjat mahupun terbang seperti mereka.
Pada suatu hari sedang si Tupai dan rakan-rakannya bermain-main diatas tanah
dengan riang gembira, maka datangla si ayam jantan untuk turut bermain sama.
Namun begitu, sebaik sahaja, si ayam jantan menghampiri si tupai dan rakannya,
mereka terus pergi dari kawasan itu. Tinggallah si tupai dan ayam jantan tersebut.
Pada suatu pagi, sedang si tupai melompat-lompat keriangan mencari makanan tiba-
tiba si tupai jatuh ke tanah. Akibatnya tangan si tupai pun tercedera. Oleh sebab
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
80
itu si tupai tidak boleh bergerak. Si tupai menjerit-jerit meminta pertolongan,
namun tidak seekor haiwan pun di hutan tersebut memperdulikannya kecuali si
ayam jantan yang sering diperlekehkannya.
Sejak itu si ayam jantan membawa si tupai tinggal direbannya kerana si tupai
cedera dan tidak boleh melompat mahupun manjat.
Setiap hari si ayam jantan akan keluar mencari makanan untuk si tupai yang hanya
mampu berbaring di reban. Namun begitu, disuatu pagi tiba-tiba reban si ayam
jantan telah diserang oleh seekor ular yang bengis. Si ayam jantan berusaha untuk
menyelamatkan diri dan melindungi si tupai daripada menjadi mangsa ular tersebut.
Malang sekali, usaha si ayam jantan itu tidak berhasil. Ternyata si ular tersebut
amat gagah dan kuat. Maka, si ayam jantan telah tewas dalam pertarungan
tersebut lalu menjadi santapan buat si ular. Oleh kerana merasa letih dan kenyang
maka si ular pun beredar daripada tempat itu menuju ke dalam hutan untuk mencari
tempat beristirehat. Si tupai merasa sangat sedih dan bersalah kerana selama ini
dia seringkali memandang rendah si ayam jantan. Namun apakan daya, si ayam
jantan telah pun mati demi menyelamatkannya.
Watak dan Perwatakan:
SI TUPAI - Seekor tupai yang sangat comel dan hebat.
AYAM JANTAN - Suka merendah diri dan tidak mempunyai kawan.
ULAR – Bengis
Haiwan-haiwan lain:
BURUNG – Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan
seperti burung.
ADEGAN 1
Cahaya lampu dihidupkan dan shoot kepada Si Tupai dan rakan-rakannya.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
81
MASA
Waktu pagi ( 7.00 pagi )
SETTING
Di dalam sebuah hutan yang cantik, terdapat banyak pokok-pokok dan terdapat
pelbagai jenis haiwan yang tinggal di situ.
SUARA
Mempunyai echo iaitu kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta suara
pepohon yang meliuk-liuk kerana ditiup angin.
Kelihatan si Tupai dan rakan-rakannya bermain-main diatas tanah dengan riang
gembira, maka datangla si ayam jantan untuk turut bermain sama.
Tupai menyanyi dihadapan rakan-rakannya:
Lompat, lompat, ramai-ramai,
Lekas lompat macam saya,
Sayalah haiwan yang hebat melompat,
Siapa tak kenal tupai yang hebat,
( Melodi: Burung kaka tua)
Ayam jantan masuk ke pentas
SI TUPAI: (Mimek muka yang marah). Hei, ayam jantan lihatlah
disebabkan engkau semua haiwan-haiwan dihutan ini pergi.
Engkau ni nampak sahaja ada kepak yang besar tapi terbang
pun tak boleh. Lebih baik kau tak da kepak”!
AYAM JANTAN: (Si ayam jantan hanya berdiam diri lalu berkokok), “
Kok...ko..kok..kok”
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
82
SI TUPAI : Ha, hanya tu saja yang kau tau memekak sepanjang masa. Kau
tahu tak kalau telinga aku bingit mendengar suara kau ni
(Setelah memarahi si ayam jantan maka si tupai pun terus
melompat-lompat dari pokok ke sebatang pokok dengan
riangnya).
ADEGAN 2
SETTING
Didalam hutan
Si tupai melompat-lompat keriangan mencari makanan, tiba-tiba si tupai jatuh ke
tanah. Si tupai menjerit-jerit meminta pertolongan, namun tidak seekor haiwan
pun di hutan tersebut memperdulikannya kecuali si ayam jantan yang sering
diperlekehkannya.
SI TUPAI: (Reaksi muka yang menahan kesakitan)Tolong-tolong! Tolong
saya....aduh, sakitnya tangan ku!
AYAM JANTAN : (Mimek muka yang terkejut dan risau ) Ha...Tupai tangan awak
cedera. Lebih baik awak tak usah bergerak, mari saya bawa
awak ke rumah saya.
ADEGAN 3
SETTING
Di hadapan reban ayam
Kelihatan seekor ular masuk ke pentas menuju ke reban ayam. Ular tersebut cuba
untuk mematuk si Tupai yang sedang berbaring didalam reban.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
83
SI ULAR: (Mimek muka yang sangat gembira dan tersenyum lebar)
Wah...wah...ini rezeki aku ni. Ada tupai...jarang-jarang ni dapat
makan tupai bukan senang nak tangkap. Asyik, melompat aje
kat atas pokok. Hmmmm....
AYAM JANTAN: (Tiba-tiba datang dari belakang Si Ular ). Hei, Ular !. Jangan
engkau cuba-cuba hendak mengusik rakanku.
SI ULAR : ( Sinis ) Ooo...ada penyelamat la pulak. Hei, Ayam jantan kau
nak cari nahas ya..tak dapat tupai jadi santapan engkau pun
jadilah. ( Si Ular cuba untuk mematuk Ayam Jantan)
AYAM JANTAN: Tupai cepat pergi dari sini biar saya uruskan si Ular ni dahulu...
(Si ayam jantan berusaha untuk menyelamatkan diri dan melindungi si tupai
daripada menjadi mangsa ular tersebut)
Si ular dan ayam jantan terus bertarung. Namun akhirnya si ayam jantan kalah
dalam pertarungan tersebut dan menjadi santapan si Ular tanpa rasa belas
kasihan.
SI ULAR : Errrkkk....kenyangnya. Untunglah hari ni dapat makan seekor
ayam yang besar. Sendiri-sendiri pulak tu aku makan. Tak perlu
kongsi dengan haiwan-haiwan lain. Hmm.. (Ular terus berlalu
pergi dari kawasan reban tersebut dan menuju ke dalam hutan
untuk mencari tempat berehat kerana merasa letih dan
mengantuk)
SI TUPAI: (Merasa sangat sedih kerana melihat bangkai si ayam jantan).
Maafkan saya ayam jantan. Saya tak mampu buat apa-apa
untuk selamatkan awak. Wal hal, saya selalu memperlekehkan
awak.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
84
Semua haiwan-haiwan lain masuk kedalam pentas dan melihat bangkai si Ayam
jantan. Burung, rama-rama dan haiwan-haiwan lain : (bersedih atas kehilangan
si ayam jantan. Namun ini, sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak
memandang rendah kepada kekurangan haiwan-haiwan lain dan haruslah sentiasa
menghargai antara satu sama lain kerana mereka yang memiliki kekurangan itulah
yang akan membantu kita kelak.)
Tirai : Tirai ditutup dan lampu dipadamkan.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
85
Oleh: Sarimah Binti Lantong
Watak dan Perwatakan:
RAMA - RAMA -Cantik tetapi sombong.
KUMBANG –Rakan kepada Rama-rama. Sangat Cantik. Baik hati.
SEMUT -Rakan kepada Rama-rama. Baik Hati.
LEBAH –Rakan kepada Rama-rama. Baik Hati.
BUNGA MATAHARI –Rakan kepada Rama-rama. Sangat Cantik. Baik hati.
ORANG DEWASA 1 –Berusia dalam lingkungan 20 tahun.
ORANG DEWASA 2 - Berusia dalam lingkungan 20 tahun.
BUDAK 1 –Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat
nakal
BUDAK 2 –Berusia dalam lingkungan 10 tahun. Sangat nakal
BUNGA-BUNGA –Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai
jenis bunga seperti Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga
Orkid dan sebagainya.
ADEGAN 1
MASA
Waktu pagi.
SETTING
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
86
Di taman bunga dan terdapat pelbagai jenis pokok dan bunga yang cantik dan
berwarna-warni.
SUARA LATAR
Bunyi kicauan burung. Deruan angin sepoi-sepoi bahasa serta suara pepohon yang
meliuk-liuk kerana ditiup angin
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor rama-rama yang suka menyanyi dan
menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu.
Setiap hari, Rama-rama akan menyanyi. Rama – rama mempunyai ramai teman di
dalam taman itu. Ada kumbang, lebah dan semut. Mereka sering bermain bersama-
sama.
RAMA – RAMA menyanyi:
Pagi yang gelap kini sudah terang
Aku yang cantik kini sedang terbang
( Melodi : Lagu Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan)
RAMA-RAMA : (Ketawa bangga) Oh, cantiknya sungguh badan ku ini.
Rama-rama terbang mengellingi kumbang, semut dan lebah.
LEBAH: Wah, cantik sungguh kamu rama-rama….(Terpana memandang
rama-rama)
SEMUT : Ya…kamu sungguh cantik rama-rama. Kalaulah aku cantik
seperti kamu dan kumbang mesti semua haiwan yang lain akan
memujiku. Malangnya badanku tidak cantik seperti kamu.
RAMA-RAMA: (Tersenyum bangga kemudian ketawa) Ah! Aku lagi cantiklah
berbanding kumbang.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
87
KUMBANG: Tapi rama-rama, semua haiwan di taman ini cantik-cantik
belaka. Tiada yang hodoh.
Apabila mendengar kata-kata daripada kumbang, Rama-rama berasa sakit hati
kerana dirinya disamakan dengan haiwan-haiwan yang terdapat di taman bunga ini.
Rama-rama beredar meninggalkan rakan-rakannya yang masih berbual-bual
mengenai kecantikan yang terdapat dalam diri masing-masing.
ADEGAN 2
MASA
Waktu tengahari.
SETTING
Di taman bunga dan terdapat dua orang dewasa sedang memerhatikan keindahan
taman bunga tersebut.
SUARA LATAR :
Bunyi tapak selipar orang berjalan.
ORANG DEWASA 1: (Teruja dan mendekati Rama-rama yang hinggap pada
bunga matahari sambil mencangkung) Wah, cantiknya
Rama-rama ni.
ORANG DEWASA 2 : Iyalah, cantik sungguh rama – rama ni.
ORANG DEWASA 1: (Menyanyi)
Dari ulat jadi kepompong,
Ulat hidup dalam gelongsong,
Sampai masa kepompong pecah.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
88
Jadi rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di pohon bunga,
Tapi sayang hidup tak lama.
RAMA-RAMA : Ha! Tengok. Mereka terpegun dengan kecantikkanku.
(Tersenyum bangga sambil menunjukkan sayapnya yang
berwarna-warni)
BUNGA MATAHARI : Tapi kan rama-rama, sungguhpun kamu cantik tapi hidup
kamu tidak lama. Jadi janganlah kamu terlalu bangga
dengan diri kamu tu.
RAMA-RAMA: (Senyum sinis) Huh! aku tahu kamu cemburu dengan aku
matahari. Tulah kamu berkata demikian. Mengakula
sahajalah.
BUNGA MATAHARI: Aku tidak cemburu dengan kamu matahari …malahan aku
berasa kesian dengan kamu kerana terlalu memuji diri
sehingga lupa bahawa kamu dulu hanyalah seekor ulat
yang lemah.
RAMA- RAMA: Dulu lain sekarang lainlah matahari ( memandang tajam
matahari). Malaslah aku layan kamu ni. Baik aku
sembarkan mengenai kecantikan diriku ini kepada
haiwan-haiwan yang lain.
Bunga matahari hanya memandang rama-rama berlalu pergi. Bunga matahari berasa
kesian melihat kelakuan ram-rama yang terlalu bangga diri itu.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
89
ADEGAN 3
MASA
Waktu petang.
SUARA LATAR
Bunyi tapak selipar orang berjalan dan bunyi budak-budak ketawa sambil menjerit-
jerit
SETTING
Di hadapan pagar taman bunga.
Kelihatan dua orang budak nakal iaitu Budak 1 dan Budak 2 memasuki pentas dan
sedang berjalan-jalan sambil memegang jaring dan sebuah bekas yang mempunyai
penutup di tangan mereka. Mereka berhenti di hadapan pagar rumah Pak Kasim
dan Mak Munah.
BUDAK 1: Eh, Eh, berhenti!... (Berhenti secara tiba-tiba di hadapan
pagar taman bunga)
BUDAK 2: (Terkejut sambil menggaru-garu kepalanya) Apa hal pula kau
berhenti ni ?
BUDAK 1: Ish, kau ni (Menepuk bahu Budak 1) Ha, nampak tak tu??
(menuding jari ke arah rama-rama yang terbang berdekatan
pagar taman bunga tersebut)
RAMA-RAMA : (Mengibas-gibas sayapnya yang berwarna-berwarni dengan
rasa bangga)
BUDAK 2 : Mana? Aku tidak nampak pun. (mencari-cari)
BUDAK 1: Lihat ni….(Memalingkan kepala Budak 2 tepat ke arah Rama-
rama)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
90
BUDAK 2 : Ha...dah nampak pun (Tersenyum malu).
RAMA-RAMA : (Gelisah) Ish, minta-minta budak-budak ni tidak apa-apakan
aku.
BUDAK 1: Jom kita mulakan misi kita. (memandang Budak 2 sambil
memegang erat jaring yang dipegangnya)
BUDAK 2 : Ok...Ha, apa lagi jomlah ( mengejar rama-rama yang
terbang di taman bunga tersebut)
RAMA-RAMA : (Menjerit ketakutan) Tolong…tolong…tolong aku..
BUNGA MATAHARI : (Sedih) Maaf rama-rama aku tak dapat tolong kau.
RAMA – RAMA : Kumbang….lebah…. semut… tolong aku (menjerit dengan
kuat)
Budak 1 dan Budak 2 mengejar rama-rama yang terbang melarikan diri. Kelihatan
kumbang, semut dan lebah sedang bercerita berdekatan tempat tersebut.
KUMBANG : Itu suara rama-ramalah.
SEMUT : Iyalah…
LEBAH : Jom kita tolong rama-rama.
Kumbang, semut dan lebah bergerak ke tempat rama-rama berada.
Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana rama-rama
sudah di tangkap dan berada di dalam sebuah bekas.
RAMA-RAMA : Kumbang, semut, lebah….tolong aku (menangis
kesedihan)
KUMBANG : Maafkan kami rama-rama… (berasa simpati dengan
rama-rama)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
91
SEMUT : Kalau badan aku besar, aku pasti dapat menyelamatkan
kamu rama-rama. Malangnya badan ku kecil. Aku takut
nanti budak-budak itu akan membunuh ku.
RAMA-RAMA: Lebah kamu kan boleh terbang…. tolong selamatkan aku..
(merayu)
LEBAH : Aku cuba rama-rama…(terbang ke arah dua orang budak
tersebut)
Lebah cuba menyengat dua orang budak nakal itu, namun Budak 1 menyembur lebah
dengan racun serangga. Lebah rebah ke tanah.
LEBAH : Maaafkan aku rama-rama…aku tidak berdaya untuk
menolong…(sedih)
BUDAK 1 : Cantik sungguh rama-rama yang kita tangkap ni kan. Tapi
kita hendak buat apa dengan rama-rama ni.
BUDAK 2: Hmmmmm…..kalau kita bawa balik mesti ibu dan ayah
kita marahkan. Kita bunuh sahajalah rama-rama ni
(ketawa kuat)
Budak 1 dan budak 2 membunuh rama-rama dengan mencabut sayap rama-tersebut.
RAMA-RAMA : Aduh! (meraung kesakitan)
Selepas mencabut sayap rama-rama tersebut. Budak 1 dan budak 2 meninggalkan
taman bunga itu tanpa berasa simpat terhadap rama-rama.
KUMBANG : Kesian rama-rama. Budak itu sungguh jahat. (berasa
geram)
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
92
SEMUT DAN LEBAH : Kesian rama-rama…..(sedih)
SEMUT, KUMBANG, LEBAH dan BUNGA-BUNGA lain : (bersedih atas
kehilangan rama-rama namun itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak
sombong dengan kecantikkan masing-masing.)
Tirai : Tirai ditutup dan lampu dipadamkan.
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
93
Absurdisme – Aliran kesusasteraan abad ke-19 yang menjurus kepada aliran
bertentangan atau tidak harmoni dengan realiti. Aliran ini biasanya
memaparkan karya yang tidak menggambarkan realiti peristiwa kehidupan
manusia, tetapi memaparkan di sebalik realiti dan menganggap bahawa itulah
reality kehidupan sebenarnya. Karya-karya aliran ini juga seringkali dianggap
sebagai ‘Karya Falsafah’.
Antagonis – Penentang atau lawan kepada watak utama atau protagonis dan
mempunyai karekter yang kontradik dengan watak protagonis sama ada dari
segi perwatakan dalaman atau luaran.
Drama – Karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomim atau cereka
yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.
Drama Komedi – Drama jenaka atau lelucon yang menghiburkan. Tujuannya terarah
kepada sindiran masyarakat (komedi situasi) dan plot akhirnya ditutup dengan
kepuasan hati penonton.
Drama Tregedi – Drama yang memaparkan kisah duka dan tragis. Watak utama
digambarkan sebagai insan yang bernasib malang dan diakhiri dengan tragedi.
Frasa – Drama komedi murahan atau konyolan. Drama ini lebih terarah kepada
hiburan ringan dan murahan dengan aliran plotnya yang longgar dan kurang
berwacana.
Konflik – Pertentangan fizikal atau mental yang timbul daripada keadaan saling
bertindak antara dua watak atau kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah
cerita.
Latar – Ialah persekitaran yang membayangi cerita. Ia terbahagi kepada tiga iaitu
(1) Latar tempat (tempat sesuatu cerita itu berlaku), (2) Latar masa (waktu
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
94
atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku), dan (3) Latar budaya/ masyarakat
(keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku)
Melodrama – Drama sentimental realisme yang memaparkan cerita mendebarkan
dan mengharukan serta berupaya menggugah emosi penonton.
Peleraian – Solusi perkembangan akhir atau ‘Aksi Menurun’ sesebuah cerita akibat
pertembungan konflik yang menjadi klimaks dalam cerita.
Persoalan - merujuk kepada persoalan atau isu sampingan yang ingin
diketengahkan penyajak. Gabungan persoalan sampingan ini akan membentuk
tema atau persoalan pokok sajak.
Plot - Ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita atau kronologi peristiwa yang
berasaskan sebab dan akibat. Ia terbahagi kepada dua iaitu (1) Perkembangan
plot yang melibatkan Pengenalan, Perkembangan, Pertentangan / konflik,
Puncak cerita / klimaks serta Peleraian, dan (2) Teknik plot iaitu cara sesuatu
cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan. Ini termasuklah Pemerian/
penceritaan, dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali/ flashback, dan
imbas muka/ foreshadow.
Protagonis – Tokoh atau watak utama yang membawa laku keseluruhan cerita.
Realisme – Aliran kesusasteraan abad ke-19 yang mempunyai ciri pragmatisme
dalam cereka iaitu kebenaran lukisan cerita tentang manusia dan alam
sebagaimana yang ditemui setiap hari.
Romantitisme – Aliran libralisme dalam kesusasteraan abad ke-18 dan ke-19.
Aliran ini merujuk kepada kebebasan para penulis daripada segala ikatan dan
undang-undang yang diamalkan oleh gaya klasik. Dalam hal ini kejiwaan penulis
biasanya tidak puas hati dengan dunia kenyataan lalu lari ke alam fantasi yang
ganjil.
Sandiwara – Berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna pertunjukan lakonan. Di
Malaysia pengertiannya mula dikenali dalam tahun 50-an dan ia menjurus
kepada persembahan cerita dalam bentuk lakonan yang berdasarkan kisah
Antologi Drama Kanak-kanak 2015: SANDAL LARA
95
sejarah Melayu klasik seperti cerita tentang raja atau pahlawan Melayu
terbilang.
Sinopsis – Ringkasan perkara-perkara penting dalam sesebuah cerita yang
memperlihatkan hubungan setiap bahagian secara lengkap dalam satu
kerangka abstrak.
Skrip Drama – Naskah bacaan drama yang dinikmati secara individu dan tidak
memerlukan ruang, pelakon dan bantuan seni lain.
Teater – Sejumlah perkara seperti drama, gedung pertunjukan, panggung
pertunjukan, kelompok pemain drama, dan segala pertunjukan yang
dipertontonkan.
Tema – Ialah gagasan pokok atau pokok persoalan (subject-matter) yang ingin
dikemukanakn penyair melalui puisinya.
Wacana - Unit bahasa yang melebihi batas ayat atau jalinan unit-unit bahasa yang
tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang
utuh.
Watak dan Perwatakan - Watak ialah pelaku dalam sesebuah cerita dan
berfungsi untuk menyampaikan idea penulis. Manakala, perwatakan merujuk
kepada Perwatakan Luaran/ Fizikal (umur, rupa bentuk badan, kerjaya, saiz,
dan penampilan fizikal) serta Perwatakan Dalaman yang melibatkan norma
dan nilai dalaman (perbuatan, pemikiran, dan kepercayaan)watak. Watak
terbahagi kepada Watak Utama, Watak Sampingan, Watak Bulat/ Bundar
(dinamis dan boleh berubah sifat/ sikap), Watak Pipih (statik dan tiada
perubahan), Watak Antagonis (negatif dan seteru watak utama), Watak
Protagonis (positif dan sebagai watak utama), dan Watak Kodi (seperti watak
nenek kebayan).