Post on 08-Dec-2015
description
FALSAFAH• Falsafah perlu ditetapkan untuk membentuk
sesuatu kurikulum.• Falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan
terlebih dahulu jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah.
• Falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar.
• Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.
FALSAFAH
• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara.
• Mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
• Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Kesan - melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
• panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak.
• perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi.
• guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza
ISI KANDUNGAN
• Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
• Aktiviti pembelajaran melibatkan aktiviti, bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak.
• Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak
PENILAIAN• proses menilai sama ada matlamat dan objektif telah
dicapai. • boleh dijalankan secara tidak formal melalui kaedah
pemerhatian. • senarai semak dan rekod anekdot boleh digunakan
sebagai kaedah pengumpulan maklumat pemerhatian. • penilaian yang dibuat akan membantu guru
melaksanakan proses penambahbaikan dari aspek pedagogi.
• penilaian merupakan komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu kurikulum
• langkah untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.
TEORI KEMATANGAN (TEORI BEHAVIORIS)
• Perkembangan dilihat sebagai hasil struktur kematangan individu itu sendiri.
• Aspek perkembangan domain adalah hasil daripada genetik atau keturunan.
• Teori kematangan ini masih mengekalkan manusia adalah sama dalam keadaan tertentu sebab teori ini beranggapan manusia daripada spesis yang sama.
• Teori ini berpandangan keturunan mempengaruhi kematangan dan pengajaran.
• Pendidik perlu menyediakan pengalaman pembelajaran apabila kanak-kanak menunjukkan minat dan betul-betul bersedia.
TEORI TINGKAH LAKU PERSEKITARAN
• Perkembangan dilihat sebagai pengaruh daripada persekitaran dan hasil tingkah laku.
• Prosesnya lebih kepada pengukuhan verbal, penanggapan dan tingkah laku motor.
• Teori ini menekankan pengajaran menerusi arahan terus dengan urutan matlamat dan penggunaan bahan.
TEORI KONSTRUKTIVIS
• Teori konstruktivis menghuraikan kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran dan membina pengetahuannya sendiri.
• Konstruktivis melihat perkembangan adalah hasil daripada tindakan pengalaman dengan cara manusia mentafsirkan, mengenal pasti atau mengubahsuai pengalaman.
MIKROSISTEM
• Kuasa sosialisasi kanak-kanak yang kuat terdiri daripada ibu bapa, pengasuh, institusi sekolah, rakan sebaya, media dan komuniti.
• Misalnya kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan cara pertuturan ibu bapanya.
• Ibu bapa merupakan individu yang terdekat kepada diri kanak-kanak.
• Gaya asuhan mereka akan membentuk cara kanak-kanak berkomunikasi atau bertingkah laku.
MESOSISTEM
• Mesosistem pula mempunyai perkaitan dengan mikrosistem yang melibatkan interaksi ibu bapa-guru atau majikan-pengasuh kanak-kanak.
• Misalnya perbincangan antara guru dan kedua ibu bapa untuk mengatasi masalah tingkah laku anak akhirnya membawa perubahan tingkah laku kepada kanak-kanak.
• Maka kita harus ingat bahawa interaksi ibu bapa dengan semua pihak akan turut mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
EKOSISTEM
• Ekosistem adalah terdiri daripada pekerjaan ibu bapa, pengurusan majlis tempatan, ahli lembaga sekolah, perkhidmatan komuniti dan kerajaan tempatan.
• Ekosistem mempengaruhi kanak-kanak secara tidak langsung.
• kempen Rumahku Syurgaku, Kempen Tangani Stress dan Cintai Bahasa Kita yang dianjurkan oleh kerajaan akan mempengaruhi keluarga dan kanak-kanak.
• Contoh juga boleh dilihat jika majikan tidak memberikan kebenaran kepada ibu/bapa untuk menghadiri majlis konvokesyen kanak-kanak prasekolah.
• Jadi kanak-kanak akan merasa diri mereka• tidak disayangi atau tidak dihargai oleh ibu
bapa. • Sedangkan ketidakhadiran ibu/bapa tersebut
dipengaruhi oleh tindakan majikan.
MAKROSISTEM
• Makrosistem terdiri daripada sosio ekonomi, etnik, kawasan keadaan geografi, agama dan budaya.
• Misalnya perubahan ekonomi membawa kepada perubahan cara kehidupan keluarga dan masyarakat.
• Secara tidak langsung gaya pendidikan kanak-kanak turut mengalami perubahan.
• Perspektif ekologi memberi kefahaman kepada kita tentang hubungan yang kompleks terhadap pembentukan tingkahlaku.
• Perspektif ini memberi amaran kepada kita agar berhati-hati apabila membuat sesuatu keputusan dan penilaian.
• Perspektif memperlihatkan hubungkait dalam kehidupan kanak-kanak.
• Kanak-kanak dan keluarga tidak lagi terpisah-pisah. Kanak- kanak membawa sesuatu pengaruh rumah ke program pendidikan awal kanak-kanak dan seterusnya program pendidikan awal kanak-kanak dibawa ke rumah.
KRONOSISTEM
• Persekitaran kita tidak kekal sama. Ia berubah mengikut peredaran masa.
• Sebagai contoh, kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak.
• Perkahwinan ibu dengan bapa tiri atau sebaliknya turut juga memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak
Model Kurikulum Tyler
• Berasaskan kepada objektif dan proses.• Objektif pelajaran melibatkan perkembangan
tingkah laku kendiri murid dan isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku.
MODEL KURIKULUM TABA
• Taba (1945) berpendapat bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan kepada logik penyelesaian masalah dan strategi pemusatan pelajar sebagai objektif utama.