Post on 12-Sep-2015
Asimilasi Proses percantuman & penyatuan di antara kelompok@ individu yang berlainan kebudayaan & identiti supaya wujud satu kelompok yang mempunyai persamaan identiti.
Ia juga merupakan satu proses yang kadangkala dinamakan sebagai asimilasi struktur untuk membezakannya daripada akulturasi atau asimilasi budaya.
Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan & perkaitan rapat.
Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.