Post on 17-Jun-2015
ARTIKEL YANG DIPILIH
Saya telah memilih artikel yang bertajuk “Nilai Tudung Seorang Wanita” yang diperoleh
daripada http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/wanita-yang-wajib-dijauhi-oleh-orang-
lelaki iaitu dari laman internet. Rencana ini merupakan sebuah rencana yang masih belum
disunting kerana ia memaparkan banyak kesalahan dari segi pemilihan kata, struktur ayat,
penggunaan tanda baca dan sebagainya. Penggunaan dan struktur ayatnya juga tidak
tersusun serta menampakkan ketidakmatangan penulis dalam menghasilkan sesebuah
rencana. Rencana ini telah ditulis oleh individu yang bernama Anai di Forum Tentang Cinta.
Pada kebiasaannya, rencana-rencana atau artikel yang dipaparkan diruangan internet
adalah kurang berkualiti. Justeru itu, saya memilih rencana ini untuk dikaji dan dianalisis
supaya segala kesalahan-kesalahan dapat diperbetulkan serta saya juga akan mendapat
manfaat dengan menganalisisnya. Analisis saya kali ini adalah berdasarkan unsur-unsur dari
tatabahasa dewan seperti yang tertulis dalam kamus tatabahasa dewan edisi ketiga.
Nilai tudung seorang wanita
17 julai 2008
Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita
terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar den-
gan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus
dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan
dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di
khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan
garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata
untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang men-
jaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana
sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari
peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak
lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada
1
yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau
berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan
kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan
berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk
tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menam-
bahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu
adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seo-
rang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita
dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan
muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan
bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah
yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung,
tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak
merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak
terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil
yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh
memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi
masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terli-
bat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan
lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh
orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang in-
gin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mence-
mari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan
tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang
bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga
kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.
2
Mereka tidak nampak perbezaan antara agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah be-
tapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kita-
lah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendak-
wah lain tetapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke se-
masa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan melihat orang lain, Is-
lam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna jikalau akhlak belum boleh menjadi
baik kita tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, per-
baikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain
penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap
wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Al-
lah. Amatlah tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun
tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup
aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka
bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan
bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cubalah
kita tingkatkan amalan lain. Janganlah meninggalkan sembahyang terutamanya dalam waktu
bekerja. Didiklah diri menjadi orang yang lemah-lembut, buanglah sifat kasar dan sifat suka
bercakap dengan suara yang meninggi. Buanglah juga sikap suka mengumpat, suka
mengeji dan mengata hal orang lain dan jagalah tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik ker-
ana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang
terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula menghormati
dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya itu pasti terhasil apabila individu Islam itu
sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mestilah mengorak langkah sekarang
sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
3
ANALISIS “NILAI TUDUNG SEORANG WANITA”
1.1 KESALAHAN EJAAN
Menurut Amran Halim (1972 dalam Nuwairi Hj Khazaai (1992), ejaan ialah keseluruhan
jalinan kaedah-kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan tanda-tanda
visual untuk melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan
dapat digolongkan sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi
ujaran. Ejaan menjadi kesalahan yang utama dan ketara dan ini merupakan satu perkara
penting untuk diteliti bila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa. Antara kesalahan
ejaan yang didapati daripada rencana ini adalah :
1. Perkataan muhram di perenggan pertama telah disalah eja. Perkataan muhram
sebenarnya adalah muhrim.huruf ‘a’ selepas ‘r’ harus digantikan dengan huruf ‘i’
supaya maksud perkataan lebih jelas.
Contoh ayat :
Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.
Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan
muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.
2. Kesalahan ejaan sama ada. Ejaan ‘sama ada’ ialah kata majmuk yang ejaannya
mestilah diasingkan. Hal ini kerana, sama ada tidak terkategori sebagai kata majmuk
yang ejaannya sudah mantap dan tidak berlaku pengguguran bunyi /a/.
Contoh ayat :
Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Pembetulan : Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
3. Kesalahan ejaan surat khabar. Surat khabar harus dieja dengan menjarakkan antara
surat dan khabar kerana perkataan ini bukanlah terdiri daripada kata majmuk yang
telah mantap.
Contoh ayat :
Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi
yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
4
Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya
lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
1.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENYAMBUNG AYAT
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor,
2006).
1. Kata hubung dari hanya digunakan dihadapan kata nama arah, tempat,waktu atau
masa. Oleh yang demikian dalam struktur ayat ini penggunaan kata hubung ‘dari’
digantikan dengan kata hubung daripada ‘kerana’ daripada berfungsi dihadapan
manusia, haiwan, benda , unsur mujarad, sumber atau asal kejadian suatu benda,
perbezaan dan perbandingan.
Contoh :
Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.
Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan
muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.
2. Kesalahan penggunaan kata hubung dan. ‘Dan’ merupakan kata hubung gabungan
iaitu jenis kata yang menhubungkan dua jenis klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya. Penggunaan dan pada ayat majmuk ini adalah tidak tepat. Oleh itu
penggunaan kata sendi nama ‘dengan’ lebih bertepatan kerana ia berfungsi untuk
menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai gaya lagi
yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dengan berbagai-bagai
gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
3. Kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang mana bukanlah
kata hubung untuk menyambungkan ayat. Sesungguhnya ia telah melanggar hukum
nahu Bahasa Melayu.
Contoh ayat :
5
Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada
lelaki bukan muhramnya.
Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang akhirnya akan menjadikan daya tarikan kepada
lelaki bukan muhramnya.
4. Kesalahan penggunaan kata penyambung dihadapan ayat untuk menyambung idea.
Contoh ayat :
Kesalahan : Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gang-
guan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Pembetulan : Selain itu, pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gang-
guan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
5. Kesalahan penggunaan kata penghubung bilamana dalam ayat. Tiada dalam senarai
nahu kata penghubung Bahasa Melayu yang membenarkan penggunaan bila mana
dalam ayat. Perkataan lain yang bertepatan harus digunakan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan
riak dan bangga dalam diri.
Pembetulan : Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang yang walaupun bertudung, tetapi semakin membe-
sarkan riak dan bangga dalam diri.
6. Kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam. Perkataan dalam hanya digunakan
untuk menunjukkan lingkungan tetapi tidak digunakan untuk menunjukkan ruang.
Oleh itu, penggunaan kata sendi nama pada lebih bertepatan untuk digunakan ker-
ana pada digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu.
Contoh ayat :
Kesalahan : Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan
diri dari masa ke semasa.
Pembetulan : Aurat, wajib ditutup tapi pada masa yang sama, perbaikilah kesilapan
diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
6
1.3 KESALAHAN IMBUHAN
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses
menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
1. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan apitan dipeR-...-kan pada perkataan peraga.
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan imbuhan ini wujud dalam ayat pasif iaitu
ayat yang menjudulkan objek asal.
Contoh ayat :
Salah : Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun
pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang
leher, dada dan sebagainya.
Betul : Walaupun pelbagai gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun
pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang
leher, dada dan sebagainya.
2. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Ke-..an pada perkataan seluruh. Golongan
kata kerja, kata adjektif dan kata nama boleh bergantung pada apitan Ke-…-an untuk
membentuk kata kerja dalam ayat pasif.
Contoh ayat :
Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala
hingga ke kaki.
Pembetulan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup keseluruhan badannya dari kepala
hingga ke kaki.
3. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan MeN-… pada kata penutup untuk men-
erangkan ayat. Awalan MeN-.. ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama
ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergan-
tung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Dalam konteks ayat
ini MeN-… bertemu dengan huruf t dan menjadikannya menutup. T bertukar menjadi
n.
Contoh ayat :
Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawa-
han hingga kepada peringkat atasan.
Pembetulan : Pemakaian tudung menutupi aurat sudah melanda dari peringkat
bawahan hingga kepada peringkat atasan.
7
4. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan ber- dipermulaan perkataan warna. Dalam kon-
teks ini, konsep jamak boleh diluaskan untuk maksud perbuatan yang berlaku antara
dua pihak, berulangan, berterusan dan berpanjangan (Zaidi Ismail, 2008).
Contoh ayat :
Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Pembetulan : Labuci berwarna-warni dijahit pula di atasnya.
5. Kesalahan dalam meletakkan imbuhan yang tidak bersesuaian dengan tujuan ayat.
Imbuhan akhiran ..-kan pada perkataan menjadikan harus dibuang untuk menje-
laskan ayat. Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata tugas dan
kata adjektif bergabung dengan akhiran ..-kan untuk membentuk kata kerja. Man-
akala dalam konteks ayat ini pula hanya awalan MeN-.. digunakan kerana MeN-..
menyatakan keadaan bukan perbuatan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada
lelaki bukan muhramnya.
Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.
6. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Me-…-kan pada perkataan terasa untuk menje-
laskan ayat. Imbuhan ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan digu-
nakan untuk menandakan kausatif.
Contoh ayat :
Kesalahan : Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini
hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Pembetulan : Kita tidak merasakan bahawa menegakkan syariat dengan bertudung
ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
7. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Meng-…-I pada perkataan ikut untuk menje-
laskan ayat. Empat golongan kata utama iaitu kata adjektif, kata nama, kata tugas
dan kata kerja boleh menerima apitan Meng-…I untuk membentuk kata kerja.
Contoh ayat :
Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung
pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
8
8. Kesalahan tidak menggunakan imbuhan apitan meN-..-kan dengan lengkap. Imbuhan
ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan digunakan untuk menan-
dakan kausatif.
Contoh ayat :
Kesalahan : Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan
tidak bertudung.
Pembetulan : Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja den-
gan tidak bertudung.
1.4 KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH
1. Istilah yang digunakan untuk menegaskan syarak adalah tidak bertepatan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan
garisan syarak.
Pembetulan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian
dengan hukum-hukum syarak.
2. Kesalahan penggunaan istilah melanda. Kata-kata yang dipilih adalah keterlaluan,
sedangkan maksudnhya kosong. Penulis hanya ingin menarik pembaca dari segi
kebolehan berbahasa dan ia tidak membawa makna yang berkesan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat
bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah bermula dari peringkat
bawahan lagi hingga kepada peringkat atasan.
1.5 KESALAHAN STRUKTUR AYAT
1.5.1 Kesalahan binaan ayat.
1. Ayat tidak mengandungi predikat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pembetulan : Dapatlah kita saksikan disana sini wanita mula memakai tudung untuk
menutup aurat mereka.
2. Kesalahan ayat tergantung yang berpunca daripada penggunaan kata sendi pada
awal ayat.
Contoh ayat :
9
Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawa-
han hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah
hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawa-
han hingga kepada peringkat atasan, tidak kiralah samada dari golongan pelajar-
pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
3. Ayat tiada subjek. Di dalam binaan ayat, unsur subjek dan predikat perlu ada untuk
menyatuklan ayat. Kata penerang iaitu harus hadir selepas atau dibelakang subjek.
Contoh ayat :
Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.
Pembetulan : Wanita yang menutup aurat iaitu pakaian dan tudung yang tidak
menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak berhias-hias yang mana akan men-
jadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
4. Kesalahan ayat tidak lengkap iaitu tiada predikat. Tidsak jelas diama subjek dan di-
mana predikat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak
dan lain-lain penyakit hati.
Pembetulan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak
dan lain-lain penyakit hati yang kemudiannya akan merugikan diri.
1.5.2 Kehemataan dalam ayat.
Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan kata iaitu tidak
menokok tambah atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan dalam ungkapan atau
menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya. Untuk menjaga kehematan ayat, kata
atau frasa yang bergaris perlu digugurkan.
1. Kesalahan penggunaan frasa yang membazir atau berlebih-lebihan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci.
Pembetulan : Dibandingkan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya
dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
10
2. Kesalahan penggunaan kata pelbagai yang lewah. Perkataan pelbagai pada suku
kata kedua hendaklah digugurkan kerana pelbagai pada permulaan ayat sudah
cukup untuk menyatakan banyak.
Contoh ayat :
Kesalahan : Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-
wanita Islam kini.
Pembetulan : Pelbagai warna dan fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita
Islam kini.
3. Kesalahan ayat tidak gramatis. Penggunaan perkataan kesemuanya dalam ayat
menjadikan ayat tidak padu dan tidak gramatis. Oleh itu, pengguran unsur tokok
tambah ini harus dilakukan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Pembetulan : Rekaan itu, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya
menambahkan fitnah ke atas wanita
1.5.3 Kepaduan dalam ayat
Kesatuan ayat beerti adanya kesatuan idea yang diungkapkan oleh ayat yang jelas dan
padu. Kejelasan dan kepaduan ayat sangat bergantung pada kesempurnaan struktur bahasa
yang digunakan dalam mendukung suatu idea atau konsep. Hal ini bererti bahawa harus ada
hubungan (Nuwairi Hj Khazaai, 1992).
1. Penggunaan ayat yang tidak padu kerana menggunakan kata hubung kerana yang
tidak bersesuaian untuk menyambung ayat. Ayat juga tidak padu kerana frasa sendi
nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Subjek ayat ini akan menjadi jelas dan
keseluruhan ayat menjadi padu sekiranya kata hubung pancangan keterangan
‘kerana’ digugurkan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, wanita yang bermaruah tidak
akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.
2. Kesalahan penggunaan perkataan yang lewah dan melemaahkan ayat. Perkataan
orang lain dari ayat hendaklah digugurkan untuk menghasilkan ayat yang padu.
Contoh ayat :
Kesalahan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain
11
Pembetulaan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk berdakwah.
1.5.4 Kemurnian dalam ayat
Yang dimaksudkan kemurniaan dalam ayat ialah menjaga keaslian struktur ayat dan nahu
Bahasa Melayu serta mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis Bahasa Inggeris atau
Bahasa Arab di dalamnya (Pitsamai Intarachat, 1987).
1. Kesalahan pelanggaran hukum jamak atau penggaandaan.
Contoh ayat :
Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Pembetulan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada
pekerja-pekerja pejabat.
1.5.5 Kepelbagaian ayat
Kepelbagaian ayat terpancar daripada struktur ayat yang digunakan dalam keseluruhan
karangan. Ada yang bermula dengana subjek dan ada yang bermula dengan predikat atau
dengan penerangan (Pitsamai Intarachat, 1987).
1. Kesalahan pengolahan ayat yang tidak padu.
Contoh ayat :
Kesalahan : Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir
dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disam-
paikan.
Pembetulan :Kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan sekiranya
tidak terus memperbaiki diri dari segi zahir dan batin, walaupun kita menutup au-
rat.
1.6 KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL LAH, NYA, PUN, TAH DAN KAH.
1. Perkataan ia dan kata penekan -nya tidak boleh digabungkan.
Contoh :
Salah : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Pembetulan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ia dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci.
2. Penggunaan perkataan yang harus menggunakan kata penegas dihujung perkataan
untuk memantapkan ayat.
Contoh ayat :
12
Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.
3. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah di awal perkataan dapat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pembetulan : Dapatlah kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
4. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah diakhir pekataan bukan untuk
menjelaskan ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya bukanlah bertujuan untuk mengelakkan
fitnah, tetapi sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
5. Kesalahan menggunakan partikel –pun dalam ayat. Partikel pun, lah, kah, nya dan
tah tidak boleh berdiri sendiri. Penggunaannya hendaklah hadir pada belakang
perkataan untuk menegaskan ayat. Oleh itu, penggunaannya hendaklah digugurkan
dari ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
1.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI
Kesalahan penggunaan kata nafi bukan. Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam
frasa nama dan frasa sendi nama. Oleh itu, dalam ayat ini kata naïf bukan harus digantikan
dengan penggunaan kata naïf tidak. Hal ini kerana, kata naïf tidak memang digunakan untuk
penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Tujuan merupakan kata adjektif (Md. Sidin
Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad, 1998).
Contoh ayat :
Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya tidak bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
13
1.8 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA
a. Kesalahan tidak meletakkan tanda koma. Tanda koma diperlukan ketika
menyenaraikan tiga unsur atau lebih.
Contoh ayat :
Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala
hingga ke kaki.
Pembetulan : Ini kerana, syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik, serta menutup seluruh badannya dari kepala
hingga ke kaki.
b. Kesalahan penggunaan noktah dipertengahan ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai
gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai
gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
c. Kesalahan tidak menggunakan tanda koma di pertengahan ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seo-
rang wanita.
Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja untuk menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya seba-
gai seorang wanita.
d. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca koma di permulaan ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
e. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca di pertengahan ayat, bagi memudahkan
proses pembacaan.
Contoh ayat :
14
Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita
Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja bagi menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita.
f. Kesalahan penggunaan meletakkan tanda baca titik walaupun ayat belum sempurna.
Contoh ayat :
Kesalahan : . Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kita-
lah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Pembetulan : Sombong makin bertambah, jalan mendabik dada, terasa tudung kita-
lah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
g. Kesalahan penggunaan tanda baca noktah di pertengahan ayat.
Contoh ayat :
Kesalahan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang
bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-
orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Pembetulan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang
bukan muhramnya dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
15